Sabtu, 8 Oktober 2011

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: &#39;Miss Bikini&#39; <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b>?

Posted: 19 Sep 2011 09:24 PM PDT

Hebatnya Perak dibawah pentadbiran Zamry sekarang ya..
Iklan diatas telah disiarkan oleh The Star beberapa hari yang lepas, bayangkan jika pertandingan 'Miss Bikini' tersebut diadakan di Pulau Pinang atau Kedah ataupun Selangor lebih hebat lagi jika ianya diadakan di Kelantan..


Pasti riuh rendah media tunggangan UMNO dan blogger UMNO memainkan isu ini hingga tidak cukup pages dan blog untuk mengutarakan isu ini.. tapi ianya diadakan di Perak negeri yang dinaungi oleh UMNO maka sunyi sepi sajalah..

Bagaimanapun bukan semua Blogger UMNO setuju dengan pertandingan 'Miss Bikini World Award 2011' ini.. ada juga yang masih boleh berfikir dengan rasional.. Tahniah..

Bacalah apa yang ditulisnya dibawah..

ZAMBRY KADIR, KAU DAH BOSAN JADI MENTERI BESAR PERAK, EK?

Kita tolak ke tepi politik Perak, tendang terajang antara para pembesar dan budaya menggunakan kuasa untuk menjatuhkan lawan dalam kumpulan sendiri. Kita tolak ke tepi peranan yang dimainkan oleh segala macam Setiausaha atau pembantu politik mahupun peranan pelbagai Yayasan. Ketepikan sahaja PERANAN Razman Hakimi dan Anuar Reform yang turut serta dalam 'perebutan' di Perak SELAIN MEMERHATIKAN LABA BESAR UNTUK DIRAMPAS DAN DIREBUT.

Perhatikan PERADUAN tersebut!

Siapa sebenarnya yang dijadikan sasaran?

Memang benar Pangkor adalah DUN yang diwakili oleh Zambry Abdul Kadir, tetapi siapa pula Exco Pelancongan Perak?

Takkan cerita Altantuya yang nak 'bunuh' Anwar dan Najib secara serentak dan pada masa yang sama menyelamatkan Abdullah Badawi, berlaku pula di Perak dalam bentuk Peraduan Bikini Pantai?

Masakan Pelancongan Perak terlalu terdesak sehingga perlu mengadakan pertandingan tiga suku bogel di pantai Pangkor? Takkanlah pelancongan Perak sangat bergantung kepada BUAH DADA dan TEMBANNYA TUNDUN bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke Pulau Pangkor, sedangkan tanpa elemen-elemen buah dada dan tundun pun, Pangkor memang telah lama menjadi destinasi pelancongan?

Produk pelancongan Perak sebenarnya ada pelbagai yang boleh dimajukan. Perak mempunyai aset pelancongan yang jauh lebih besar berbanding Melaka walaupun mungkin kurang berbanding Kedah yang turut menerima nasib yang sama, iaitu SENTIASA DIABAIKAN!

Tapi tak tahulah kalau Zambry sudah mulai bosan menjadi Menteri Besar Perak dan berharap pertandingan tersebut akan mempercepatkan dia untuk bersara sebagai Menteri Besar Perak. Kita di luar ini sekadar boleh pandang dan buat persepsi sahajalah, sedangkan Zambry mempunyai pegawai-pegawai yang berotak brilliant yang sangat sukar dicari di mana-mana bahagian dunia ini.

The Flying Kick

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Santai Bersama Bob Lokman <b>di Trolak</b> Selatan

Posted: 03 May 2011 10:27 PM PDT

Pemuda bersama Pas Cawangan Trolak Selatan telah berjaya menganjurkan program Santai bersama bekas artis yang kini bergiat dalam bidang dakwah, Sdr Bob Lokman.

Program yang bermula jam 5.00 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Sdr Bob Lokman sempat menyampaikan ucapan ringkas yang amat menarik dan menghiburkan tetamu yang hadir.

Program berakhir sekitar jam 6.30 petang. Sdr Bob Lokman seterusnya bergegas ke Surau Kg Kelan untuk mengadakan Kuliah Maghrib di sana. Seterusnya, beliau berceramah pada sebelah malamnya di Dataran Berop, Tg malim bersama DS Nizar Jamaluddin.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Gunung <b>Lumut</b> (Mount <b>Lumut</b>) <b>di</b> Barito Utara Kalteng - Kabupaten <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2011 01:07 AM PDT

Kawasan ini terletak di Tenggara Pegunungan Muller Kec. Gunung Purei Kabupaten Barito Utara membentang dari arah barat daya ke timur laut merupakan wilayah tangkapan air bagi sekitarnya dan sumber keanekaragaman hayati (170 – 1.210 m dpl ) luas area  31,460 ha, memiliki nilai sakral bagi umat Kaharingan sebagai sumber persemaian arwahorang yang sudah meninggal. Nilai sakral ini memiliki 3 rangkaian bukit yaitu gunung Lumut, Peyuyan dan Penyetau, masyarakat sekitar ingin kawasan ini lestari. Desa yang paling dekat disekitar Gunung Lumut kurang lebih 11 Desa yang sebagian besar berasal dari suku Tabuyan

Keanekaragaman hayati, memiliki berbagai jenis flora fauna, berbagai jenis lumut tumbuh dipermukaan batu dan batang batang pohon, ada 75 jenis burung dari 22 suku, 15 jenis mamalia dari 12 suku dan 44 jenis ikan dari 12 suku

Jenis mamalia yang ada di gunung Lumut ; Babi Jenggot, Musang Leher Kuning, Owa Kalimantan, Lutung Dahi Putih, Bajing Tiga Warna, Tupai Gunung, Beruang Madu, Kijang Kuning, Kucing Batu, Pelanduk Napu, Rusa, Macan Dahan, Musang Belang, Bajing Tiga Warna, Jelarang Belalang, Kupu-Kupu dll. Demikian penjelasan warga Berong dan Muara Mea pada Kabag Organisasi saat pameran photo tersebut berlangsung

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Makan Nasi Arab <b>Di</b> Restoran Port Cafe <b>Teluk Intan</b>, Perak <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 06:57 PM PDT

Jika anda peminat nasi Arab, ayam penyet dan nasi lemak serta tinggal berdekatan dengan Teluk Intan, Perak bolehlah singgah ke Restoran Port Cafe yang terletak di Bandar Baru Teluk Intan. Lokasi restoran ini berhampiran dengan Bank Rakyat dan Hentian Bas baru Teluk Intan.

Restoran Port Cafe

194G, Jln Intan 5, Bandar Baru Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

Waktu operasi : Isnin - Sabtu (10.00 a.m - 12.00 a.m)

Sebenarnya ini kali kedua kami sekeluarga berpeluang makan di sana. Kali pertama semasa buka puasa pada tahun ini. Masa tu teringin sangat nak berbuka dengan nasi Arab dan kebetulan pula restoran ini hanya 45 minit saja dari tempat saya, Sungai Besar. Jadi, merasalah kami berbuka puasa dengan nasi Arab :)

Entri berkaitan : makanan

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


Belog Cik Eka: Semalam <b>di Pantai Remis</b>

Posted: 10 Jul 2011 07:24 PM PDT

Hai semua....bertemu lagi dengan hari Isnin....Hari permulaan bagi setiap minggu..Aduh nak merungut memang tak boleh lah..Kitaran kehidupan lah boleh kata........

Harini masuk opis kerja banyak sedia menanti..tapi macam biasalah kena buat sampai habis jugak harini..malas nak tunggu-tunggu dah.... lagipun lagi tak siap lagi penat nak fikir....

saja nak kongsi gambar semalam.semalam eka pergi ke Jeram Selangor lepastu jalan-jalan kat Kuala Selangor...tapi tak banyak pun eka nak tunjuk walaupun kat sebenarnya memang banyak tangkap....tak tau malam tadi penat sangat tak sempat nak update...eka punya demam dah baik cuma suara tak pulih lagi..mungkin sebab batuk ni kan..huhuhuhu....dah tu makan ubat batuk dua sudu,tapi dadah dia kuat weh..baru dalam lima belas minit minum kepala dah nampak bantal busuk,nampak selimut,nampak tilam dah.....tup tup rasa nak terbongkang depan tv sambil tengok 'Aku Masih Dara'....... tapi takleh..tak feel depan tibi..hahahaha..kena duduk dalam bilik.masa tu henpon ke sms ke tak heran dah..janji dapat buat taik mata...........last-last tido juga sampai ke subuh...

nak tunjuk gambo spesial....................................................... lah sangat kan...

tenggelam dek bunga-bunga...nasib tak melenggang berjalan sambil di tangan penuh bunga..tak sampai hati nak memetik bunga makcik ni.....kene kejo nanti...

tenggelam dek bunga dah la inner tu sama kaler dengan bunga...
eka dan adik........eka panggil dia Yah walaupun nama dia Atheerah........
hehehehe.nama gelemer leh tu
bersama maktam yang tdung merah hati,makteh tudung cekelat
dan juga sepupu - sepupu...
sepupu eka kecik2 jer lagi..
eka paling besar.....hehehehe
dan balik tu terus hajer ke Pantai Remis....
pertama kali datang sana..best jugak...
hehehehehe dapat kejar ikan belacak....geram tengok comel-comel ade tangan...
mula-mula tak bape pasti nama ikan ade tangan ni..last sekali balik semalam
terus google...dapat ni ha
dia selalu berkumpul ramai-ramai
tapi bila dengar derapan tapak kaki,
dia berkeciburan lari...............
rasa nak tangkap bawak balik....hehehe

panas pun peduli hape..
begambo jugak..heeeee

sempat jugak snap sekeping dua..tapi semalam pukul 4.00 petang
tak derlah nak bergambar sangat....
lagipun semua nak cepat..nak pi cari ikan bagok..
wahh first time jugak kenduri makan ikan bagok...

Aksi dirancang ini..heeeeeee
dan kat sana ada banyak sangat makanan laut..
pehh rasa nak beli semua hajerrrrrrrrrrr
geram tengok siput kerang dan ade yang buleh pancut-pancut lak
 satu jenis siput tu...nama tak tahu..gambar ada...nanti eka tunjuk..esok eh..
Tapi eka tak tahu apa nama ni..makcik eka masak macam tumis..
sapa tau apa nama benda ni..sedap..asyik makan masa tengok tb..
tapi tak puas sangat sebab kecik-kecik tau..
tapi rasanya memang sedap korang.....hehehe
rasa lala................
esok eka sambung lagi cerita jalan semalam..banyak gambar tapi tinggal kat umah.......
eka nak sambung buat kerja......hehehe

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


4 Penjenayah di tembak mati <b>di Ipoh</b>. » Perak News - Your Online <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2011 09:03 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]4 Penjenayah di tembak mati di Ipoh. September 20, 2011 — Leave a Comment. Posted in State News · Cancel Reply. Leave a Reply. Name. Email. Website. You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> ...

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Dd i n b u n g a: PEKAN <b>CHEMOR</b> PARLIMEN TAMBUN BAKAL <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2011 12:18 AM PDT

PERASMIAN LAMPU JALAN ESKOTIK PEKAN CHEMOR

PENULIS MENINJAU DI PEKAN CHEMOR MINGGU LALU, KEPESATAN DI PEKAN CHEMOR KETARA SEKALI, CUMA DI LOKASI UTAMA PUSAT PEKAN TERSEBUT BANGUNANNYA AGAK LAMA KERANA IANYA BANGUNAN MILIK PERSENDIRIAN, WALAUBAGAIMANA DI BEBERAPA BAHAGIAN KAWASAN BARU DI PEKAN TERSEBUT BOLEH DILIHAT RUMAH RUMAH KEDAI BARU DAN BERBENTUK MODEN.

TERBARU YB DATO SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH, AHLI PARLIMEN TAMBUN YANG JUGA MENTERI KEWANGAN II MENGUMUMKAN KELULUSAN PERUNTUKAN BAGI MEMBINA SEBUAH PERPUSTAKAAN PEKAN CHEMOR BERNILAI RM800,000 YANG AKAN MULA DI BINA PADA BULAN OKTOBER 2011 OLEH MAJLIS BANDARAYA IPOH.
INI SATU LAGI PROJEK PEMBANGUNAN YANG AKAN MENINGKATKAN MUTU DAN KUALITI SUMBER MANUSIA YANG AKAN MEMBERI MANAFAAT KEPADA PENDUDUK DI PEKAN CHEMOR DAN SEKITARNYA DAN SEKALIGUS MERUBAH LANSKAP PEKAN CHEMOR YANG LEBIH MODEN.
DALAM MASA YANG SAMA BANGUNAN PASAR SETINGKAT YANG BARU SEDANG GIAT DIBINA BAGI MENAMBAH PASAR 2 TINGKAT YANG SEDIA ADA, PASAR TERSEBUT AKAN DI BUKA PADA HUJUNG OGOS 2011.
MINGGU LALU YB DS AHMAD HUSNI TELAH MERASMIKAN GIMIK PEMASANGAN LAMPU ESKOTIK DI JALAN UTAMA PEKAN CHEMOR SEBANYAK 10 UNIT LAMPU YANG AKAN DIMULA KERJANYA PADA BULAN OGOS INI AKAN MENERANGI DAN MENCANTIKKAN LAGI PEKAN CHEMOR.
MAKA APA YANG CUBA DI EKSPLOITASI OLEH DAPIG MELALUI BALACINYA SIVAKUMAR YANG CUBA SIBUK DI KAWASAN DUN MANJOI TERNYATA MELESET DAN TAK LEBIH DARI CUBA NAK DAPAT POPULARITI MURAHAN, MENGHARAPKAN UNTONGAN POLITIK JIKA PEKAN CHEMOR BERUBAH ADALAH ATAS USAHA DIA..PIIIDAHHH SIVAKUMAR LU BOLEH BLAH.
TAHNIAH PADA YB DS AHMAD HUSNI DAN YB DATO NADZRI ISMAIL SELAKU ADUN MANJOI DIATAS PERUBAHAN DEMI PERUBAHAN YANG DILAKUKAN, SELARI DENGAN GAGASAN 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Ketua Cawangan MCA <b>Changkat Keruing</b> Dibunuh

Posted: 31 Jul 2010 03:00 PM PDT

31/07/10

Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar hari ini.
Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.
"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.
"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu," katanya kepada Bernama.
Mohd Jamil berkata mayat Lim ditemui dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas dalam perigi yang mempunyai kedalaman lima meter itu, dan polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam perigi itu.
Beliau berkata dua pekerja ladang ternakan ayam itu yang merupakan rakyat Myanmar tidak dapat dikesan dan siasatan awal polis juga mendapati kereta pacuan empat roda milik Lim juga hilang.
Polis masih menyiasat motif kejadian dan sedang mengesan kedua-dua pekerja ladang ayam yang disyaki terlibat dalam kejadian itu, katanya.
Mayat Lim dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat.
Isteri mangsa Ling Mooi Kooi, 47, berkata kira-kira seminggu lepas, dua rakyat Myanmar datang berjumpa suaminya untuk meminjam wang sebanyak RM2,000 tetapi suaminya hanya bersetuju memberikan RM500 dan beliau tidak tahu sama ada wang itu telah diberikan atau tidak.
Beliau berkata apabila suaminya tidak pulang selepas pukul 6 petang semalam dan cubaan untuk menghubunginya melalui telefon bimbit juga gagal, beliau meminta bantuan anggota keluarga dan pasukan Rela untuk mencari Lim.
"Mayat suami saya ditemui apabila seorang daripada kumpulan mencari ternampak kaki suami saya terkeluar sedikit daripada perigi itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
(Bernama)

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Chin Peng kini tenat <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 12:50 AM PDT

Posted by admin on October 1st, 2011

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng (gambar) yang tinggal dalam buangan di Bangkok, Thailand kini berada dalam keadaan tenat, menurut sumber risikan daerah.Chin Peng yang baru menyambut kelahirannya yang ke 87 pada 21 Oktober lalu dirawat di sebuah hospital swasta terkemuka di Bangkok sejak Rabu lalu.Kesihatan beliau dilaporkan bertambah buruk dan ahli keluarga serta teman-teman rapat termasuk dari Malaysia diminta melawat pemimpin berkenaan.

"Dia sangat uzur. Kami difahamkan doktor telah memaklumkan kepada ahli keluarganya supaya melawat beliau dalam waktu terdekat," kata pegawai risikan berkenaan.

Difahamkan beliau telah mendapatkan rawatan rapi sejak dua bulan yang lalu.

Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang.

Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar,di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang.

Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.

Sumber turut melaporkan beliau kini dibantu oleh dua pembantu di Bangkok dan ingatannya semakin merosot sejak beberapa bulan yang lalu.

Chin Peng, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 2008.

Beliau dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth.

Pada 1940, dia diterima untuk menyertai PKM dan ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai setiausaha agungnya.

Dalam satu temuramah bersama The Star pada 2009 Chin Peng juga menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, Setiawan di Perak.

Tetapi beliau berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, beliau ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


DAT CHESS CENTRE: Kuala Lumpur Hosts Asian Amateur Open In <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2011 05:19 AM PDT

8 October 2011, Kuala Lumpur - Latest News : The event is now confirmed—Malaysia will be hosting the ASIAN Amateur Open and Women Chess Championship in Kuala Lumpur starting with player's arrival on Friday, 25th November 2011 until the last round on 30th November 2011.


The event is limited only to players who has a FIDE Rating of below 2100 points (for at least the last 2 years) or Unrated players only.




The 9 rounds event offers a total prize fund of USD 7.000 with USD 1,500 going to the eventual winner. For the Women and Unrated player, the winner will earn cash prize of USD 500 each.


The event will be held at Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur and entry fees has been set at USD125 for rated players, and USD 150 for players without rating.








To read more, please visit this PDF document at this link here or you may visit chess malaysia blogger's webstite http://www.chess-malaysia.com.

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


<b>Taiping</b> Mali: Lagi kisah Mayat Mat Indera <b>di</b> penjara <b>Taiping</b>

Posted: 22 Sep 2011 07:03 PM PDT

Pak Latiff Hussain bekas warden penjara Taiping yang pernah menjaga Mat Indera. Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada tahun 1957.

Menurut Pak Latiff mayat Mat Indera terbiar dipenjara tanpa dituntut oleh sesiapa pun. .........................

Dengan ini ia menyanggah pembohongan Us Mohd Akmal Kamarudin yang menyatakan mayat Mat Indera wangi dan harum..... Ia didedahkan dalam laman blog ini (KLIK)

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Majlis Ilmu <b>di</b> Pondok Lubuk <b>Tapah</b>, Pasir Mas « Pusat <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2011 08:46 AM PDT

Posted by epondok di Oktober 4, 2011

Berikut ialah penambahan kepada jadual majlis ilmu Sempena hol Habib Abdullah al-Haddad di Kelantan

Tarikh : 6 Oktober 2011 (Khamis)

Masa  : Lepas solat zohor

Tempat : Masjid Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas

Penceramah : Habib Taufiq b Abdul Qader as-Saqqaf (Ulama' Indonesia)

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai

Little Brownies !: Puasa <b>di Tapah</b> :&#39;(

Posted: 02 Aug 2011 11:37 AM PDT

Hye brownies,

dh tido ta?lom tido jom teman aku wt calculas. malam nie rajen sikit. jgn men2 hahaha. now aku tgh blaja bap integrate nie. bez ckit laa. tp aku dh lpe bap nie. biasa laa lpas spm lupe smua kot. beku terus ah otak aku dok uma bpe bulan kat umah. haishhh *teruk btol anak rosli ngn remah nie :)

browniesss....
aku nk balek umah.. nk balek kl nk balek bangiii.. bkn rindu umah ape. *rindu mak ayah yelaaa. tp plg aku rinduu giler bab* kat bazarr. yelaa now tgh pose kau twuu. kat tapah nie dh tade bende. ada bazar pon kena kua naik bas g kat tapah road tu. mmg tak ah. kls pon abis pkul bpe jer. kentut ahh.. BOSANNN BODOHHH... hurghhhhhh :'( tp ksian giler kat roomate aku (aten & dayah). klakar pon ada. yelaaa ari nie dorag buka ngn maggi. first time tgk ahh mkn magi buka. hehe sedih pon ada kottt. bila pk kne idup cm nie an. aku mmg dh lama nk syukur giler2 ah makan masakan mak aku. even mee goreg ngn mee hoon tu ag sedapp tawwww hurghhh sengsara sengsara sengsara ! ! ! DAMNN tapi yg bangga tu bak kata dayah la kan tahun nie puasa as student universiti laa.. welll hahaha tu jelaaa bodoh jerr.. haha

okee laa browniess byeee mmuahhh niteee! ^_^

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


MAE: Ketua PKR <b>Padang Rengas</b>, Alias Zenon ditemui

Posted: 11 Sep 2011 08:21 PM PDT

"Saya diacu pistol di leher dan kepala selain dikenakan renjatan elektrik hampir seluruh badan sepanjang diculik dan dikurung selama hampir 12 jam," kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Padang Rengas, Alias Zenon, 73, sebaik dibebaskan sekumpulan penculik awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian petang Jumaat lalu, Alias yang juga ahli perniagaan diculik sekumpulan lelaki bersenjata pistol di hadapan kediamannya di Batu 16, Paya Panjang, Padang Rengas, di sini, ketika pulang makan tengah hari.
Bagaimanapun, dia dibebaskan lelaki berkenaan kira-kira jam 2 pagi kelmarin sebelum ditinggalkan berhampiran Plaza Tol Changkat Jering.

Menceritakan detik cemas itu, Alias berkata, dia tidak mampu melawan apabila dua lelaki mengacukan pistol di kepalanya sebaik diculik di hadapan rumahnya petang Jumaat lalu.

Beliau berkata, baju dan seluar yang dipakainya koyak rabak akibat renjatan elektrik itu malah, dia turut mengalami lebam di beberapa bahagian badan akibat dipukul.-hm


Ketua PKR Padang Rengas, Alias Zenon ditemui 12 jam selepas dilarikan penyamun dari rumahnya

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Rengas, Alias Zenon (gambar) yang dilarikan empat penyamun semalam, ditemui selamat di Plaza Tol Changkat Jering, dekat sini, awal pagi ini.

Beliau dipercayai ditinggalkan kumpulan berkenaan di kawasan tersebut pukul 1.30 pagi selepas dilarikan dari rumahnya di Padang Rengas, kira-kira 12 jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Muhamad berkata, mangsa yang hanya mengalami luka ringan menghubungi salah seorang rakannya untuk meminta bantuan.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan dan diambil keterangan di IPD Kuala Kangsar.

"Pihak polis masih berusaha mengesan penjenayah dan kereta Mercedes-Benz milik mangsa yang dilarikan kumpulan tersebut.

"Motif sebenar kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Alias, 73, ketika ditemui selepas memberikan keterangan di IPD Kuala Kangsar hari ini berkata, kejadian berlaku sejurus selepas beliau tiba di rumahnya dengan kereta pukul 1 tengah hari semalam.

Menurutnya, pada masa ini, beliau yakin kejadian itu bermotifkan samun dan menolak kemungkinan berunsurkan politik. -um

Photobucket

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


dah sampai <b>bidor</b>. berapa lama nak sampai kl ni? | Beautilicious

Posted: 06 Oct 2011 11:39 PM PDT

lunch makan roti wafer je today. kenapa bus ni berhenti di bidor. confius betul lah. harap2 x lama la sampai kl. rimas btol dok lama dalam bus ni.. sejuk macam nak beku pon ado

ek korang makan apa je untuk tengahari ni? mesti makan sedap-sedap kan? jeles nyerrr huuu :p

Sent from my BlackBerry® smartphone

Powered by ShowMeBlogger.com

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Simply Life Journey: Berhari Raya <b>di Lenggong</b>

Posted: 31 Aug 2011 08:02 AM PDT

Tahun ni giliran beraya di kampung hubby...tiap kali giliran hubby mesti beraya di Lenggong, Grik...bukan di Ipoh...ni kali kedua aku beraya disini...masa 1st time dulu aku masih peknenkan Aleesya...thn ni Aleesya 1st time raya sini..
So apa yg aku blh citer gelagat Aleesya bila sampai kt umah Opah & Atuk di Lenggong ni adalah menangis gila2 ketakutan...biasalah bdk kecik bila nmpk rumah luas n xpernah jejak umah tu takut la dia...umah ni mmg hanya setahun sekali time raya je kami balik...kl waktu lain balik Ipoh je...ni sbb sumer sedara mara hubby akan bkumpul di Lenggong bila time raya...
Raya pertama...pagi2 Aleesya dh mengamuk...pakai sumer dah cantik dah...tp asyik nak sebik jerk sbb ramai org dlm umah tu yg dia xpenah jmpa..so mmg la asyik nak merengek n melekat ja dgn mama abah dia...
Lepas hubby balik solat hari raya...acara salam maaf bermaafan bermula...kemudian kami beraya di rumah MakTeh and MakNgah yang berjiran…mmg meriah la kalau dah sumer org berkumpul kt sini…mcm2 juadah ada…tapi yang menjadi resepi wajib tiap2 tahun Laksa MakTeh dgn Lontong MIL aku…mmg sedap la..siap ulang makan lagi hehe….hari raya pertama jer dah habis lontong MIL takde lebihan langsung...buat mcm tahun2 lepas jugak...org yg datang xde pun ramai mcm tahun lepas...tapi laris la....siap import nasi impit dari rumah MakTeh untuk kuah lontong yang ada baki lagi...huhu...
Hari kedua raya takde aktiviti sangat....sekadar rehat2 di rumah dan terima tetamu + sedara mara sebelah Mak n Abah in law dari kampung yang sama....lagi aku n hubby saje nak biarkan Aleesya main dengan sepupu2 dia yang jarang berjumpa...tapi Aleesya tak layan jugak...sbb sepupu2 dia banyaknye lelaki + dia xpandai nak join the geng lagi hihi....bila sepupu2 dia gi main kt umah MakTeh...Aleesya syok sendiri main sorg2 dalam umah yang luas tu sambil menjerit2 kuat giler + gelak2 sbb terasa bebas agaknya jalan sana sini hehe....itu la prangai Aleesya sepanjang duk kt Lenggong ni...
Di sebelah petangnya...aku n hubby ngikut abg ipar aku yg sulong ke kampung sebelah untuk beraya di rumah MakLang dan Wak Oncha....Wak Oncha ni aku xkenal pun...pangkat mak sedara hubby aku...tapi hubby aku pun xkenal sangat family ni...hanya Abang ipar yg sulong ni je yang rapat dengan family ni sbb dia membesar di Lenggong ni....hubby aku dilahirkan di Ipoh dan dibesarkan di Ipoh...itu yg dia tak kenal sangat org2 yg kat kampung ni...so ni la baru nak berkenalan sumer....
Esok Aleesya dah nak balik beraya di Kedah....stay tune!!!

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Ajijoi: Edaran kuih raya <b>di</b> Stesen Bas <b>Kamunting</b>

Posted: 13 Sep 2011 04:19 PM PDT


TAIPING: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perak sekali lagi melakukan program mengedarkan sumbangan kuih raya dan juadah berbuka puasa pada 28 Ogos lalu kepada pengunjung di Stesen Bas Kamunting.

Program ini yang diketuai Pengerusi lajnah berkenaan Ustaz Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz , bersama timbalannya Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz serta Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan Taiping .

Lebih 500 bungkus juadah berbuka dan kuih Raya diedarkan kepada pengunjung, penumpang, pemandu teksi, petugas kaunter tiket  termasuk juga anggota beruniform dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis.

"Kita juga sempat berkunjung ke Balai Polis berdekatan dan mengedarkan juadah di sana dan sambutan dari anggota Polis sangat baik," ujar Fakharudin.

Beliau berharap Program seperti ini dapat dilaksanakan di setiap kawasan memandangkan para pengunjung mungkin tidak berkesempatan membeli juadah kerana ada yang baru sampai ke destinasi dan ada yang akan bertolak ke destinasi masing-masing.

Program ini yang bermula jam 6.00 petang berakhir sekitar jam 7.00 petang.

Ustaz Fakharudin mengedarkan juadah berbuka dan kuih raya kepada petugas di kaunter tiket 

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


MAJLIS BERSAHUR BERSAMA RAKYAT SIRI I. (TELOK PIAL <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 08:47 AM PDT

Majlis Bersahur Bersama Rakyat siri pertama yang diadakan di pekarangan rumah TUAN HJ ABDULL RAHMAN BIN AHMAD di TELOK PIAL BARUH, KUALA KURAU. Majlis yang diadakan pada 14 OGOS 2011, bermula pada jam 3.00 pagi dimulakan dengan solat TAHAJJUD dan SOLAT HAJAT, kemudiannya diteruskan dengan TAZKIRAH yang disampai kan oleh AL-FADIL USTAZ WAN HIZAM BIN ABDULLAH SABIL. Majlis yang dihadiri oleh YBhg Dato' Hj. Abdul Raman Bin Suliman ( Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar), Ybhg Tn. Kamaruddin Bin Awang (Pegawai Daerah Kerian), Ybhg En. Abu Bakar Bin Mat Ali ( Penyelaras DUN Titi Serong), Ketua-ketua jabatan di dalam Daerah Kerian, Ketua-ketua Kampung di dalam Parit Buntar, Ketua-ketua UMNO Cawangan dalam UMNO Bahagian Parit Buntar serta penduduk-penduduk kampung Teluk Pial Pial.

DSC_0050

Majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan bersahur pada jam  4.45 pagi, kehadiran pada majlis itu dianggarkan seramai  400 orang. Setelah selesai jamuan bersahur, para hadirin dan tetamu kerhormat kemudiannya ke MASJID TELOK PIAL BARUH untuk menunaikan solat subuh berjemaah.

DSC_0042Tepat pada pukul 6.30 pagi aturcara dimulakan dengan majlis penyampaian sumbangan kepada penerima-penerima yang tergolong daripada IBU TUNGAL,ANAK YATIM,ORANG KURANG UPAYA DAN FAKIR MISKIN. seramai 150 orang. Setiap penerima menerima wang tunai RM100 dan hamper berupa barangan keperluan harian.

DSC_0117

DSC_0145

DSC_0146

Program yang diadakan telah mencapai matlamat dengan berjayanya. Semoga pada masa akan datang majlis seumpama ini akan lebih berjaya. Insyallah.