Rabu, 14 Mac 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Hanya Ini Penyelesaian Banjir <b>Di Manjoi</b>

Posted: 14 Mar 2012 08:39 PM PDT

Saliran Lembah Kinta secara semula jadinya memang membawa sedimen berupa pasir dan lumpur ke hilir sejak berpuluh ribu tahun lampau. Hari ini, dengan jumlah penduduk kira-kira 1 juta orang, proses ini memberi kesan yang memusnahkan harta penduduk sehingga beratus ribu ringgit.
Banjir di Manjoi pada 20 Februari 2012 merupakan yang terburuk dalam beberapa dekad dan ini sudah tentu mencetekkan lagi hilir Sungai Pari di sekitar Buntong yang telah semulajadinya agak cetek. Dengan kedatangan bah ini, sudah tentulah ia kembali menjadi bertambah cetek dan perlu dikorek lagi.
Ini belum termasuk sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai oleh penduduk yang berminda kekampungan. Tiada pula parti-parti politik yang menjaguhi isu bantuan baik UMNO , PKR, PAS dan DAP yang mahu berlumba-lumba menjaguhi isu mendidik penduduk mengenai kesedaran sivik dalam soal menjaga saliran dengan tidak membuang sampah ke dalam sungai.
Sejak Sg. Pari mula didalamkan dan dilakukan kerja-kerja pencegahan banjir oleh JPS bermula berbelas tahun lalu, berjuta-juta ringgit telah digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini tetapi hasilnya dibuktikan belum cukup berkesan.
Berapa juta lagi yang perlu digunakan untuk kerja mendalamkan semula Sg. Pari selepas banjir ini? Berapa juta lagi yang perlu dihabiskan untuk menyelamatkan Manjoi yang merupakan kawasan ramai Melayu pembangkang tegar, sehingga ada Melayunya yang bangga menjadi ahli DAP.
Jika kita lihat perbelanjaan kerajaan dalam tempoh berbelas tahun kebelakangan ini dalam 'menyelamatkan gugusan ramai pembangkang' ini, angka perbelanjaan dalam memastikan Sungai Pari tidak menghukum lagi , telah mereka mencecah berjuta-juta ringgit.
Jumlah ini hakikatnya jika pada mulanya dahulu dibelanjakan untuk mengalih aliran Sungai Pari ke Sungai Kinta dari Taman Wing Onn di Jalan Kuala Kangsar, ke Taman Wah Keong di Kg. Simee dengan membina terusan selari dengan Lebuhraya Utara Selatan, sudah tentu menjadi solusi kekal hingga ke hari ini.
Namun, hal ini nampaknya lebih praktikal hari ini dengan kewujudan Empangan Sultan Azlan Shah setinggi 90 meter di Hulu Kinta yang berjaya mententeramkan Sungai Kinta yang terkenal mampu mengganas dengan tiba-tiba dan memusnahkan harta benda di tengah pusat bandaraya Ipoh sejak zaman tok kadok lagi.
Tambahan pula, punca aliran Sg. Pari dan Sg. Kinta adalah dari dua banjaran yang berbeza iaitu Kledang dan Titiwangsa di mana amat jarang sekali untuk kedua-dua sungai ini akan melimpah pada masa yang sama, akibat tempoh hujan yang sama.
Maka solusi pembinaan terusan ini harus dipertimbangkan oleh JPS pada masa ini sebelum kosnya meningkat akibat kenaikan harga binaan dan harga tanah di masa depan.


Jajaran yang paling sesuai untuk membina terusan Sg. Pari - Sg. Kinta

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Dataran <b>Seri Iskandar</b> Pusat Aktiviti Belia | Conteng Dinding.com <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2010 05:04 PM PDT

On the way balik dari Pertandingan Mewarna Kepenggunaan di Ipoh kami ternampak satu banner aktiviti belia sempena sambutan bulan merdeka di Dataran Seri Iskandar pada 1 Ogos 2010. Banyak program yang ada tapi pertandingan mewarna tetap  menjadi pilihan kami. Ohh..ye ada program tambahan kami sertai pada hari tersebut … pakaian beragam :) .

Hasil lukisan krayon Kak Yong pada hari tersebut …

Aktiviti Pakaian Beragam …

Kak Yong Menang Tempat Pertama Pertandingan Mewarna Dan Kak Yang Juga Menang Tempat Pertama Pertandingan Mewarna (Kategori Tadika) + Menang Tempat Pertama Pakaian Beragam. Tema Baju 1 MALAYSIA.

Terima kasih kepada para penganjur dan mereka yang terlibat menjayakan program. Terima kasih juga kepada Cikgu Rokiah selaku person in charged yang telah memberikan maklumat pertandingan kepada Team Conteng Dinding. Sehingga berjumpa lagi…

ikhlas …

Abu Syafi el-Muchtar

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Pendidikan Seni Muzik Berada <b>Di</b> Landasan <b>...</b> - Aku Budak <b>Trolak</b>

Posted: 19 Feb 2012 05:27 AM PST

TANJUNG MALIM, 15 Feb (Bernama) -- Pendidikan seni muzik tempatan berada di landasan yang betul dengan memberi perhatian yang lebih terhadap elemen kreatif dan inovatif, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Beliau juga berkata tenaga pengajar dalam bidang muzik telah memainkan peranan yang besar dalam melahirkan bakat muzik tanah air malah menzahirkan karya seni muzik yang bakal menjadi khazanah negara.

"Kita imbas kembali, banyak juga lagu-lagu dan karya muzik yang membawa kenangan manis atau nostalgia dalam perjalanan hidup kita," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia Ke-4 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini Rabu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI, Prof Madya Dr Mohd Hassan Abdullah berkata persidangan seperti itu perlu diadakan dengan turut melibatkan institusi pengajian tinggi swasta.

Persidangan selama tiga hari ini dianjurkan oleh UPSI dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sumber: BERNAMA

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


Teratakarmo: Senaman Melompat di Pagi Hari <b>di Pantai Remis</b> <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2012 09:03 PM PDT


Senaman Lompat dipagi hari sekitar pantai remis.Fuhh memang penat gilos seh. Mengah dibuatnya dan banyak pulak gambo disnap sampai habis bateri BB Torch aku. Hadu Hayy..hari ni aku cuti dan anak-anak pun cuti sekolah jadi lepas sarapan, aku bawak anak-anak nak gi jenjalan nak hidup udara segar tepi pantai pulak..adoiiyaii.Layanlah gambar senaman kitaorang yang tak semengah ni..hehe

MEMANG TAK BOLEH BLAH..AMBIK MOOD DULU

OK..LAGI TAK BOLEH BLAH MACAM NAK PECAH PERUT OK..GOOD JOB & GOOD BOY (NAJMI)  YEAH..LOMPAT ANAKKU

Serius penat melompat tapi seronok sebab takde orang kat tepi pantai jadi kitaorang tangkap gambar sepuas hatinya. Akhirnya tercapai jugak ambik gambor sampai melompat..hehe. Macam-macam aksi dirakam dan yang bestnya (gambar terpaksa disensored) ada gambar perut aku macam nak terburai..haduu hayy. Lantak gelak anak beranak. Ingat nak layan lagi gambor melompat ni sampai puas sebab tak cukup korum (Wife & Najihah takde sekali).

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran <b>di Sungai Siput</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 09:33 PM PST

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Taman Sentosa di sini malam tadi.

Mayat K. Keswini ditemui rentung dalam sebuah bilik di rumah itu dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata ketika kejadian, kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan emak saudaranya manakala ibu dan bapanya berada di pekan.

"Datuk, adik dan emak saudara mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa dipercayai terperangkap di dalam bilik kerana api marak begitu cepat," katanya kepada pemberita di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput Penolong Penguasa Roszaman Wok berkata kebakaran pada pukul 10.10 malam itu dapat dikawal dalam masa 13 minit.

Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat.

– BERNAMA

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Manjung Mari: Lapangan Terbang Baru <b>Di Sitiawan</b> Perak..

Posted: 22 Jan 2012 08:44 PM PST

Email ni dah banyak hari aku terima, cuma aku KIV beberapa hari sebelum disiar.....

Assalamu'alaikum.,

Saya ada menerima berita di mana ia diprolehi oleh sahabat saya yang bekerja sebagai pilot di MAS. Menurut kata beliau satu lapangan terbang akan dibina di Sitiawan iaitu dikenal pasti di padang lapangan terbang berhampiran di mini stadium astaka. Padang ini kebiasaannya menjadi tempat riadah masyarakat setempat di sekitarnya. Lapang terbang ini adalah usaha sama Rosmah Mansor (isteri Najib) dengan Tony Fernandes (air Asia). Pelan pebangunan ini telah siap dan sahabat saya telah melihatnya di dalam jabatan MAS yang menunjukkan kawasan lapangan penerbangan baru di Malaysia. Kini MAS telah mengalami kemerosotan. Akibatnya bon 747 telah habis dijual kesemuanya. Lapangan terbang baru yang dibina di LCCT (kalau tak silap) bertujuan untuk menggantikan kawasan penempatan penerbangan AirAsia tidak diendahkan oleh Tony Fernandes dan Rosmah dalangnya. Bahkan MAS telah memberikan 3 tahun beroperasi dilapangan KLIA tanpa mengenakan apa2 bayaran. Ekoran pembinaan lapangan terbang di Sitiawan, berkemungkinan besar banyak penempatan disekitarnya terutama penduduk tempatan dipaksa ambil bertujuan menyiapkan lapangan tersebut. Bahkan pilot telah ditawarkan pemeberhentian kerja jika tidak senang dengan keadaan yang menimpa MAS kini. Mungkin MAS akan terkubur jika perlakuan tamak si Rosmah terus berleluasa. 28.01.2012 Najib dan Rosmah akan datang ke Sitiawan untuk majlis apa aku tak tau la. Kini kerja pembaikan pulih jalan,perparitan sedang sibuk dijalankan.

Tak tau nak ulas macam mana, aku dah tanya kepada kawan-kawan, banyak yang tak berapa nak mempercayainya kalau nak dibuat di padang lapangan terbang tu, kerana tanah tapak untuk lapangan terbang ada disediakan di kawasan Simpang Dua dekat dengan Kampung Gurney, sekarang ni tanah tu diusahakan untuk pertainan tanaman kontan...
Tetapi bila difikir balik, main dengan kerja-kerja jahat UMNO ni, bukan dia kira apa,, yang penting projek dia ada masuk sama,,, teringat balik bagaimana terjadi kepada pesawah padi di Kerpan Kedah, yang diambil tanah sawah dijadikan kolam udang satu ketika dahulu, begitu juga satu tanak perkampungan di Melaka yang diambil oleh Petronas sewaktu zaman Rahim Tambi Cik menjadi Ketua Menteri Melakaq,
Cuma sekarang dok ingat imbau-imbau balik, sekarang ni siapa menteri pengangkutan,, kemudian kaum mana yang majoriti memeliki rumah kediaman dipersekitaran Kampung Serdang Setiawan, rumah-rumah banglo ditepi pada lapangan terbang tu majoriti kaum siapa punya,,
Jika nak dibandingkan dengan tapak tanah yang disediakan di Simpang Dua Kampung Gurney tu kaum mana yang menjadi majoriti penduduk berhampiran disitu... Kemungkinan berlaku seperti yang diceritakan dalam email itu aku rasa bakal berlaku, kerana kerusi DUN Setiawan mati idup balik pun BN tak akan dapat, jadi faham-fahamlah,, apa akan berlaku pada penduduk-penduduk melayu disitu,,, parti UMNO dah tak ambik kisah,,, sama seperti nasib Cikgu Jauhari bekas Ketua Penerangan UMNO Lumut yang aku cerita sebelum ini yang rumanya pun berhampiran dengan padang Astaka,
Kalau benar-benar itu berlaku, maka penduduk-penduduk melayu akan semakin terpinggir dari pekan Stiawan,,, cukuplah tanah tapak perumahan kuarter kerajaan di hadapan The Store Stiawan dah dirobohkan....
Apa pun kita tunggu, mana tahu pada 28 hb nanti, pada majlis CNY Kebangsaan yang akan diadakan di padang tersebut, Najib akan buat pengumuman... .....

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


SUARA PERAK: PROGRAM DERMA DARAH <b>DI</b> DUN <b>TRONOH</b>

Posted: 12 Jan 2012 06:05 PM PST

இரத்த தான நிரல்
       Tarikh/தேதி/ 日期:                                         Masa/நேரம்/ 时间:          
            15 / 01 / 2012                                                9.00am – 12.00pm
(Ahad/ஞாயிற்றுக்கிழமை 星期日)                         
Tempat /இடம்/地点:
  Pusat Khidmat DUN Tronoh
               Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di telefon pejabat di :
       தொடர்புக்கு /  欲了解详情,可联络以下号码:
         05-288 2105
 

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


Pemuda <b>Padang Rengas</b>: Pendedahan berapi.. Yahudi <b>di</b> belakang <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2012 07:40 PM PDT

zin1xxDakwaan mengenai dana asing dan PKR sudah sinonim dalam politik Malaysia.Ia bukan cerita baru, tapi sebelum ini cerita tersebut hanya tersebar dari blog ke blog atau mulut ke mulut.
Namum Selasa, Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zain Mohamed mendedahkan buat kali pertama secara terbuka sesuatu yang agak mengemparkan berdasarkan sumber dalaman PKR sendiri.
Katanya pendedahan ini 'sukar dinafikan' PKR.
Pendedahan yang disokong berbagai dokumen itu antara lain mendakwa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi menggerakkan PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).
Menurut Mohd Zain, agensi yang dimaksudkan adalah Yayasan Konrad Adeneur (KAF) yang berperanan membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).
KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan 'Perjanjian Luxemborg'.
Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada parti itu.
Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas, Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya agensi kerajaan).
"KAF secara terbuka menaja PKR menghantar ahli-ahlinya menjalani latihan kepimpinan di Jerman yang ditanggung sepenuhnya oleh KAF.
"Individu ini secara halus dilatih untuk menjadi kader asing yang berkhidmat dibawah PKR tanpa disedari mereka sendiri," katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam.
"KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah di Jerman... KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC).
"Ini ialah pendekatan yang diambil oleh Anwar dengan guna bantuan saluran asing yang tidak demokratik untuk bersaing dengan kita. Mereka menggunakan kaedah dengan cara menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara.
"Usaha ini sebenarnya bermula selepas PRU pada tahun 2004 bagi menghadapi PRU tahun 2008,"ujarnya.
Selain KAF, Mohd Zain mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR.
Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.
"PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya.
NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat, Madeline Albright.
Selain NDI, cabang lain ialah Institut Republikan Antarabangsa (IRI), the Pusat Solidariti Buruh Antarabangsa Amerika (ACILS), dan Pusat Perniagaan Swasta Antarabangsa Amerika (CIPE).
"IRI dipengerusikan Senator John McCain, yang juga sekutu Anwar. Agensi-agensi ini merupakan proksi kepada golongan Yahudi Zionis," katanya.
Mohd Zain mempersoalkan tujuan NDI menghasilkan buku panduan tersebut dan apakah keperluannya.
"Antara kandungan buku panduan itu ialah menyebarkan dakyah bahawa Malaysia ini kononnya tiada kebebasan media, tiada kebebasan beragama. Pihak PKR anggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk hadapi pilihan raya nanti.
"Perkara ini dikukuhkan lagi dengan temuramah akhbar The Sun bersama wakil KAF di Malaysia, Peter Schier beberapa tahun lepas yang mengakui bahawa organisasinya menaja kursus-kursus kepimpinan untuk PKR," katanya lagi.
"Menggunakan sentimen agama dan wujudkan kebencian dalam kalangan rakyat bagi rampas kerajaan adalah kaedah paling primitif dan tidak bertamadun.
"UMNO dan seluruh rakyat Malaysia yang berfikiran matang pastinya tidak dapat menerima penjajahan kuasa asing melalui kaedah ini," ujarnya.-13/3/2012- OLEH HELME HANAFI (www.agendadaily.com)

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


GALERI FOTO HMS: Kuliah <b>Di Lenggong</b>

Posted: 08 Feb 2012 07:30 AM PST

8 Feb 2012

Kuliah Maghrib 'Wahai Orang Yang Beriman' oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi di Lenggong.








07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Jambatan runtuh <b>di Kamunting</b> : Portal Berita Terkini

Posted: 12 Mar 2012 07:13 AM PDT

image

Pada petang Jumaat lepas hujan turun dengan lebat dan berpanjangan hingga ke malam membawa ke pagi.Keadaan tersebut telah menyebabkan aliran air deras dan dalam kuantiti yang banyak.Ia mengakibatkan struktur jambatan menjadi lemah apabila hakisan di tebing sungai.Hakisan tersebut telah menyebabkan jambatan arah Taiping telah rebak dan membahayakan pada pengguna jalan tersebut.Jalan ke arah Taiping dari Batu Kurau telah dilencongkan ke Jalan Bukit Jana buat sementara waktu.

Posted from WordPress for Android

Category: Blog