Jumaat, 20 April 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


JAWA BERNAM: TERKINI!! ADUN PKR <b>HUTAN MELINTANG</b> MINTA <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2012 07:28 PM PDT

PKR [Parti Kian Reput] terus akan lingkup di Malaysia. Hari ini dapat dilihat ADUN PKR Hutan Melintang, Kesavan, hadir bersama ke program anjuran BN Bagan Datoh yang dihadiri oleh Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh, DS Dr. Zahid Hamidi. Kesavan dilihat cuba merapati Zahid seperti mahu minta sesuatu yang mustahil mungkin demi masa depan politiknya di kawasan itu.
Untuk rekod, Kesavan ini tidak ada apa-apa contribution pun untuk penduduk di kawasan Hutan Melintang. Jadi penduduk sudah mula marah dengan dia ni. Semua kebajikan rakyat setempat semuanya adalah hasil dari bantuan DS Dr. Zahid Hamidi. Yang Kesavan tahu cuma berceramah ke hulu-hilir sebar fitnah pada BN. Dan yang lebih menarik semenjak pakatan sudah tidak mendapat tempat dihati rakyat Malaysia, Kesavan seperti sudah beralih arah, mungkin selepas ini beliau akan keluar PKR dan akan menyertai BN Bagan Datoh di bawah kepimpinan DS Dr. Zahid Hamidi.

Bukti kukuh! Kesavan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu 1 Malaysia bersama-sama! Preparation sebelum menyertai BN! 
PKR PAKATAN AKAN HANCUR MENJELANG PRU-13

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


POUCH NOTE: Kemalangan Bas Dan Treler <b>Di Behrang</b>

Posted: 11 Nov 2011 01:24 AM PST


Empat orang, termasuk dua orang pelajar SMK Air Merah, Kulim, terbunuh sementara 22 yang lain cedera setelah bas yang disewa terlibat dengan satu kemalangan dengan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas yang dinaiki 44 penumpang termasuk pemandu dipercayai hilang kawalan kerana laluan berpasir sebelum terbalik dan mengentam belakang bas yang dinaiki kesemua mangsa.

Rombongan dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands.

Mereka dijadual mengadakan rombongan tiga hari dua malam di ibu kota.

Pemangku OCPD Tanjung Malim Supt Md Tahir Kasim menyatakan bas tersebut membawa 36 pelajar dan tiga.

Siasatan awal menunjukkan pemandu berkenan hilang kawalan, melayang ke ke sebelah kiri jalan lalu terbalik. Sebuah treler kemudian melanggarnya.

Beliau menyetakan mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai pelajar tingkatan tiga Khairul Anuar Azhan dan Maysara Zaidi, kedua-duanya berumur 15 tahun dan guru Siti Hajar Mohamad, 33.

Basarah Saad, 45, seorang penumpang dari bas yang lain yang berhenti kerana membantu juga terbunuh apabila treler tersebut merempuh bas yang terbalik.

Beliau berkata 22 orang mangsa yang tercedera mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Slim River Hospital sementara lima yang lain cedera parah dimasukkan ke dalam wad.

Supt Md Tahir berkata pemandu bas dan treler berkenaan ditahan untuk membantu siasatan.

Guru Biologi Azria Hani, 31, menyatakan kumpulannya telah berlepas dari Kulim jam 11.30 malam semalam ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands.

Pelajar tahun 3, Mohd Shah Redzuan Samsudin, yang patah tangan, pada mulanya mereka di dalam bas hanya mengalami cedera ringan semasa bas terbalik.

"Tetapi apabila treler datang merempuh kami, saya melihat rakan-rakan saya tercampak keluar dari bas.

"Terdapat limpahan darah sana sini dan pelajar menjerit kesakitan," tambahnya.

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Akibat Menyampah, Ceramah Hassan Ali <b>Di Parit Buntar</b> Kena Ejek <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 08:43 PM PDT


Gambar kat atas ini ialah ceramah Hassan Ali di Parit Buntar. Jikalau perhatikan betul-betul kemudahan- kemudahan ceramah ini di taja oleh Majlis Daerah Kerian, dan perkara ini jangan di impikan sekiranya Hassan Ali masih bersama PAS.

Menurut blog PASPB, di belakang Hassan Ali ialah Ketua Pemuda Umno Bagan Serai dan mengesahkan bahawa  Hassan Ali sememangnya ditaja Umno untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat. Ianya merupakan tindakan bacul orang yang bernama Hassan Ali. Di bawah ini adalah pendedahan PASPB mengenai ceramah Hasan Ali di Parit Buntar baru-baru ini..



TERKINI!!! Hasan Ali sedih dapat layanan buruk dari orang PAS Parit Buntar
Program roadshow saya di Parit Buntar di adakan di Pekan Batu 5, Jalan Baharu Parit Buntar. Kehadiran amat memuaskan - sekitar 5 ribu orang. Ust Hafiz Nordin menjadi penceramah pertama. Agak sedih kerana ada di kalangan yang hadir yang saya percaya merupakan teman-teman PAS/PR telah cuba mengganggu ceramah beliau apabila Ust Hafiz mula menceritakan isu yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Parit Buntar banyak meninggalkan kenangan buat saya. Disinilah saya memulakan karier politik saya sebagai ahli parlimen. Namun agak menyedihkan apabila ada teman-teman akrab saya di Parit Buntar ini terpaksa mengenepikan semangat ukhuwwah Islamiyah hanya kerana saya bukan lagi ahli dan pimpinan PAS. Saya masih berharap agar tali silaturrahim tidak akan terputus hanya kerana kita mempunyai pandangan yang mungkin agak berbeza.- fb Hassan Ali

Kasihan bila membaca keluhan Hasan Ali dalam FB mengulas ceramahnya di Parit Buntar. Kasihan kerana Hasan Ali tidak dilayan macam dulu oleh orang PAS. Kasihan , mungkin pertama kali ceramahnya diganggu sepanjang ceramahnya ke seluruh negara. Pulak tu di Parit Buntar, tempat dia pernah jadi Ahli Parlimen.

Wahai Hasan Ali, siapa yang ketepikan semangat ukhuwwah? orang PAS atau Hasan Ali. Setakat mari ceramah Selamatkan Akidah orang PAS Parit Buntar tak akan marah, tapi isu akidah digunakan untuk hentam PAS di kubu PAS. Siapa yang tak marah?

Nak ceramah Selamat Akidah , ceramah la orang PAS Parit Buntar tak kisah. Sebab PAS dah lama perjuangkan akidah orang Islam. Masalahnya, bila ceramah bab akidah salahkan PAS, salahkan Pakatan Rakyat. Apa cite, orang PAS Parit Buntar bukannya bodo, bukan tak tak tahu isu murtad.

Ukhuwwah la dengan UMNO kerana ceramah itu pun Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai guna atas nama Majlis Belia Daerah Kerian. MDK pun baik punya bagi kemudahan, lepas tolong sediakan kemudahan untuk ceramah. MDK nak turun pula bendera PAS sepanjang jalan di Parit Buntar , sebab UMNO sakit mata.

Memang orang PAS Parit Buntar dan Bagan Serai yang meramaikan ceramah itu, bukan kerana nak sokong Hasan Ali dan bukan juga nak ganggu ceramah. Cuma nak dengar penampilan baru Hasan Ali lepas dipecat oleh PAS.

Bila orang PAS dah mai, ceramah la bab Selamatkan Akidah , ini tidak dok belasah PAS , dok belasah pimpinan Pakatan Rakyat. Bukan semua orang PAS boleh tahan sabar. Itu pun pimpinan PAS Parit Buntar minta orang PAS bertenang. Tak la sampai baling batu, maki, sepak terajang macam Samseng UMNO ganggu ceramah PR.

Baru sikit orang PAS bising dah minta polis tolong, yang samseng UMNO bermaharaja lela ganggu ceramah PAS di kawasan lain. Polis buat dek , macam tak berlaku apa-apa. Sampai Samseng UMNO baling batu melayang atas kepala polis pun , polis tak ambil tindakan.

Cukup la Hasan Ali nak bersandiwara. Kalau nak berjuang akidah , berjuang betul-betul. Ramai orang PAS akan sokong. Tapi berjuang isu akidah kerana ada maksud lain. Tak payah la nak gebang kat orang PAS Parit Buntar.

UMNO dah jaja merata kononnya, orang PAS dah kalih buktinya ramai yang pi ceramah Hasan Ali. Simpan la angan-angan tu. Orang PAS Parit Buntar bukan mudah kalih hanya dengan satu ceramah macam tu.

Tahniah la kepada Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai kerana berjaya bawa Hasan Ali ceramah di Parit Buntar setelah lama dia mengidam nak ceramah di Parit Buntar.Tapi kenapa UMNO Bagan Serai, mana UMNO Parit Buntar? ~paspb

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Najib Rasmi Bangunan Menara Baru Bukit <b>...</b> - Aku Budak <b>Trolak</b>

Posted: 10 Apr 2012 08:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan bangunan yang menjadi lambang modenisasi dan transformasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 205 tahun penubuhan pasukan itu, iaitu Menara 1 Bukit Aman, bernilai RM320 juta, Khamis ini.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata menara itu kini menjadi pusat pentadbiran baru Bukit Aman menggantikan bangunan lama berdekatan dengan menara tersebut.

"Perdana Menteri juga akan menyerahkan cek bantuan Bayaran Saguhati Khas Bekas Polis Zaman Darurat dan merasmikan Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman, di Bukit Aman," katanya kepada Bernama.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pula akan merasmikan Pusat Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) PDRM di Bukit Aman, katanya.

Ramli berkata Menara 1 Bukit Aman mula dibina pada 3 Mac 2005 di tapak asal tempat meletak kenderaan Bukit Aman yang berkeluasan 1.4 hektar.

Ramli berkata Jabatan Kerja Raya Malaysia bertanggungjawab mereka bentuk bangunan menara setinggi 31 tingkat dengan keluasan lantai 85,000 meter persegi dan seterusnya memantau kerja-kerja pembinaan sehingga siap sepenuhnya pada 21 April 2010.

Beliau berkata pembinaan bangunan Menara 1 adalah untuk menggantikan Kompleks Jabatan Logistik yang ditempatkan di bangunan kayu separa kekal serta memindahkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam yang sebelum ini berkongsi bangunan dengan Cawangan Khas di Kompleks 3.

Katanya perpindahan ini juga melibatkan Pejabat Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Menara 2.

Sementara itu Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Narkotik masih kekal di Menara 2 serta Cawangan Khas di Kompleks 3 Bukit Aman, katanya.

Sumber: BERNAMA

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


ADUN <b>BOTA</b> MASUK PKR - IMBASAN KEMBALI

Posted: 01 Jan 2012 06:15 AM PST

JAN 2009

Datuk Nasarudin Hashim, Umno Perak's assemblyman for Bota, has quit the party with immediate effect and crossed over to PKR, citing the interests of his constituents. The former civil servant said that he had only made his decision today and would be tendering his resignation to Umno tomorrow. Coming on the back of Pakatan Rakyat's (PR) victory in the Jan 17 Kuala Terengganu by-election, this will be an additional fillip to Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's long standing plans to take over federal government .

"The decision of Datuk Nasarudin is critical, reflecting the sentiment of his voters, primarily the Malays in his constituency," Anwar told a press conference at the party headquarters today. The PKR de facto leader said that this reflected the demand of the pulic and saw it "as the beginning of a new wave," when quizzed over the significance of the move. This may not signal the mass defection that Anwar had promised but failed to deliver last Sept 16 in a bid to topple the five-decade old Barisan Nasional (BN) regime.


But coupled with the Kuala Terengganu win, it rejuvenates the momentum that has ebbed and flowed since the opposition's huge gains in the 12th general elections last March. This now adds to PR's majority in Perak which stood at three seats last year and was the subject of an attempt to lure defectors by Umno Perak. Losing an elected representative just two months before assuming leadership of Umno, BN and the federal government will be a blow to the notion that prime minister-elect Datuk Seri Najib Razak is the man to steady the ship come March.

Najib has however, persistently dismissed talk that the Kuala Terengganu by-election was a referendum on his impending premiership, stating that in the big picture, the loss of one parliamentary seat does not change much. But it indicates, as Nasarudin told reporters today, that there are issues in "the direction of the public's support" and "the situation that exists now in Umno and its leadership," which were the reasons for his defection. "This decision has been taken after a long study and consideration of the public's interest in general, especially my supporters and voters in the state assembly area of Bota," the former Parit MP said.

His decision will also be a boost to PR's desire to gain crucial ground among the Malay electorate, who have been unsure of the PKR-led coalition's commitment to the special position held by Malays according to the Federal Constitution. "I am confident that PKR will uphold and respect the rights that are enshrined in the Federal Constitution especially the position of Bahasa Malaysia as the official language, the sovereignty of the Malay rulers and the position of Islam as the official religion," Nasarudin said, who was formerly chairman of Felcra Berhad.

Dipetik dari:- http://tvpakatanrakyat.blogspot.com/2009/01/anwar-ibrahim.html

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Kem PLKN <b>Sungai Siput</b> Ditutup

Posted: 05 Apr 2012 12:07 AM PDT

Kem PLKN Sungai Siput Ditutup

KUALA LUMPUR — Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Terkok di Sungai Siput, Perak telah ditutup operasinya susulan kematian seorang pelatih pada 12 Mac lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua jenis latihan air di semua kem PLKN di seluruh negara turut dihentikan serta-merta.

"Kita tidak berkrompomi dan sedaya upaya melaksanakan program bersandarkan "Standard Operating Procedure" (SOP) serta kita akan pastikan jika wujud sebarang permasalahan di mana-mana kem PLKN, tindakan tegas akan ditentukan.

"Justeru saya ambil keputusan bukan sahaja menghentikan latihan-latihan pengairan malah kem PLKN Terkok ditutup dan tidak mengambil peserta untuk pengambilan kali akan datang," katanya menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat, di sini hari ini. — BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS DAERAH <b>PENGKALAN HULU</b> <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2012 05:33 PM PDT


3 Kekosongan Jawatan:   Badan Berkanun / GLC

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. Pembantu Undang-Undang Gred L29
2. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
3. Pekerja Awam Gred R1

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Date: 27 April 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


[Bukti Bersurat] Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia <b>Negeri Perak</b> <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 06:55 PM PDT


Surat  diatas bertajuk PENANGGUHAN  TARIKH  MENSYUARAT  AGUNG  TAHUNAN  PKMM  NEGERI PERAK  KE-35  BAGI TAHUN  2011/2012 adalah suatu bukti yang jelas bahawa persatuan ini menjadi tunggangan Barisan Nasional, ini kerana tertera penyebab  tunggal utama mengapa  mensyuarat ini  terpaksa ditanggungkan oleh kerana  hanya  disebabkan  ARAHAN dari NGO yang bergabung  dengan Barisan Nasional diminta  menangguhkan mesyuarat. 
Keratan isi kandung penyebab yang menjadi bukti PKMM di perkuda oleh Barisan Nasional
Hendak tanggungkan  mesyuarat  tu…lantak la..mungkin kalau sebab-sebab tertentu  dalam organisasi atau  masaalah sebarang teknikal berkaitan persatuan,itu adalah lumrah berorganisasi. Tapi atas sebab arahan NGO yang bergabung dengan Barisan Nasional.. Apa kejadahnya..!!!  PKMM ni parti politik ke..??? 
Patutlah ramai dikalangan kontraktor melayu dinegara ini yang mencari sumber rezeki  dalam sektor kerjaya  ini ramai yang merunggut mengenai  ada sikap pilih bulu dalam mendapat  tender dalam sesuatu projek di tanah air khususnya di negeri Perak,rupa-rupanya memang jelas PKMM  yang menaungi golongan kontraktor ini dibelenggu oleh kuasa rakus Barisan Nasional, maka tidak hairanlah jika ada golongan kontraktor  orang melayu terpaksa gulung tikar dek kerana sikap pilih kasih dan pilih bulu ini banyak sekali berlaku. Untuk  senang  mendapat  sesuatu projek para kontarktor  yang lebih mengampu Najib dan yang lebih menyokong  UMNO BN  maka layaklah menerima tander dan keistimewaan,jika sebaliknya mereka bakal sukar menerima apa-apa  yang sepatutnya.
Disini dapat perhatikan  PKMM  hanya  sebuah persatuan yang berkepentingan politik kepada UMNO BN sahaja,tidak lebih dari itu. Dimaklumkan juga mejoriti  kontraktor  orang Melayu di Malaysia khususnya di negeri Perak  sudah terlalu ramai yang  sudah menolak  sepenuhnya  Barisan Nasional.
Maka tidak hairanlah surat bukti  ini dipertikaian mereka dan diserahkan kepada  aku untuk di kongsi bersama…betul tak..??? Tepuk dada….jangan tanya UMNO BN…tanyalah diri sendiri…haha….
Surat  diatas bertajuk PENANGGUHAN  TARIKH  MENSYUARAT  AGUNG  TAHUNAN  PKMM  NEGERI PERAK  KE-35  BAGI TAHUN  2011/2012 adalah suatu bukti yang jelas bahawa persatuan ini menjadi tunggangan Barisan Nasional, ini kerana tertera penyebab  tunggal utama mengapa  mensyuarat ini  terpaksa ditanggungkan oleh kerana  hanya  disebabkan  ARAHAN dari NGO yang bergabung  dengan Barisan Nasional diminta  menangguhkan mesyuarat. 
Keratan isi kandung penyebab yang menjadi bukti PKMM di perkuda oleh Barisan Nasional
Hendak tanggungkan  mesyuarat  tu…lantak la..mungkin kalau sebab-sebab tertentu  dalam organisasi atau  masaalah sebarang teknikal berkaitan persatuan,itu adalah lumrah berorganisasi. Tapi atas sebab arahan NGO yang bergabung dengan Barisan Nasional.. Apa kejadahnya..!!!  PKMM ni parti politik ke..??? 
Patutlah ramai dikalangan kontraktor melayu dinegara ini yang mencari sumber rezeki  dalam sektor kerjaya  ini ramai yang merunggut mengenai  ada sikap pilih bulu dalam mendapat  tender dalam sesuatu projek di tanah air khususnya di negeri Perak,rupa-rupanya memang jelas PKMM  yang menaungi golongan kontraktor ini dibelenggu oleh kuasa rakus Barisan Nasional, maka tidak hairanlah jika ada golongan kontraktor  orang melayu terpaksa gulung tikar dek kerana sikap pilih kasih dan pilih bulu ini banyak sekali berlaku. Untuk  senang  mendapat  sesuatu projek para kontarktor  yang lebih mengampu Najib dan yang lebih menyokong  UMNO BN  maka layaklah menerima tander dan keistimewaan,jika sebaliknya mereka bakal sukar menerima apa-apa  yang sepatutnya.
Disini dapat perhatikan  PKMM  hanya  sebuah persatuan yang berkepentingan politik kepada UMNO BN sahaja,tidak lebih dari itu. Dimaklumkan juga mejoriti  kontraktor  orang Melayu di Malaysia khususnya di negeri Perak  sudah terlalu ramai yang  sudah menolak  sepenuhnya  Barisan Nasional.
Maka tidak hairanlah surat bukti  ini dipertikaian mereka dan diserahkan kepada  aku untuk di kongsi bersama…betul tak..??? Tepuk dada….jangan tanya UMNO BN…tanyalah diri sendiri…haha….

^KAPAKTAJAM^: PERSIDANGAN DEWAN <b>NEGERI PERAK</b> TAHUN <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 07:33 PM PDT

Hari ini merupakan hari bersejarah di Negeri Perak Darul Ridzuan, kerana ia merupakan hari permulaan bagi Persidangan Dewan Negeri Perak, Tahun 2012.

Ia dimulakan dengan Pemeriksaan Perbarisan yang disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Pemangku Raja Perak, Raja Yang Teramat Mulia, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah. Marilah sama-sama kita meneliti dan menganalisa "Ucapan Perasmian Baginda" yang menekankan Pembangunan Ekonomi, Pendidikan, Sosial dan Politik Negeri.

Baginda menegaskan dan berharap amanah yang diberikan oleh rakyat, dan ia wajar dilaksanakan dengan baik dan berdisiplin oleh semua wakil-wakil rakyat yang telah dipilih. Ia juga wajar dilaksanakan dengan permuafakatan yang baik dengan Anggota Kakitanagn Kerajaan selaku agen pelaksana dasar-dasar kerajaan.

Mari kita ikuti Ucapan Perasmian Penuh Baginda di video disini.

Terima kasih.

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Lagi Berita: Ditahan <b>di Kamunting</b> kerana bantah nadir bumi

Posted: 17 Apr 2012 04:52 AM PDT

FOKUS ISA Professor kejuruteraan kimia Tan Ka Kheng ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menentang loji pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah pada 1987, tetapi hal demikian tidak menghalang beliau untuk terlibat dalam kempen yang sama 25 tahun kemudiannya.

Sebagai ahli akademik di sebuah kolej swasta tempatan dan penyelidik dengan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan dengan lantang menentang loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Beliau kerap muncul di forum awam berkaitan Lynas dan merupakan pakar membuat semakan tentang dokumen berkaitan Lynas - laporan Environmental Impact Assessment (EIA) dan Radiological Impact Assessment (RIA) - apabila dipamerkan untuk tatapan umum.

Tetapi lebih tiga dekad lalu, usaha yang sama menentang loji Asian Rare Earth (ARE), menyaksikan beliau menjadi individu pertama ditahan bawah Operasi Lalang pada 1987.

"Saya bertanya kepada polis cawangan khas ketika saya disoalsiasat, 'mengapa awak tahan saya"," imbau Tan ketika ditemubual Malaysiakini.

Jawapan yang diterima, "Sebab awak jadi dalang. Awak dalang jawatankuasa (bantah) Empangan Bakun, Pengerusi PSG (Papan Support Group), (pengasas grup teater) PENTAS... Tangan awak ada di mana-mana."

Tan pernah menjadi naib pengerusi Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM), berkelulusan sarjana dalam bidang kejuteraan alam sekitar dari Universiti Carlifornia, Amerika Syarikat dan pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia). - Malaysiakini

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Otai Manjung: FENOMENA RIBUT HASAN ALI <b>Di MANJUNG</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 08:30 PM PST

27.02.2012, Stadium Seri Manjung.
 
Fenomena yang diakui biasa berlaku dalam siri road tour JATI oleh Dr Hasan Ali. Rakaman ini dirakamkan sebelum aktivis ke kawasan perumahan yang dilaporkan mengalami bencana hujan ribut petir sekitar daerah Manjung. Khemah Pentas di tengah padang tidak dapat digunakan.

Video Suasana sebelum hujan ribut petir reda & pengakuan Dr Hasan Ali suasana ini juga berlaku di Melaka malah lebih dasyat lagi (10 kali ganda katanya):