Rabu, 4 Julai 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Hartanah Untuk Dijual: Banglo Setingkat <b>di Langkap</b> Baru Setiu

Posted: 19 Feb 2012 07:26 AM PST

Keluasan Lantai : 1500 Kaki Persegi
Keluasan Tanah : 736 Meter Persegi
DEPOSIT : 10% X Harga Jualbeli
EARNEST DEPOSIT : 3% X Harga Jualbeli
Baki 7% Semasa menandatangani Surat Perjanjian J/Beli
Urusan guaman & Pinjaman akan disediakan

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Ribuan Hadiri Ceramah DSAI <b>di Tanjung Piandang</b>

Posted: 18 May 2012 09:18 AM PDT

Parit Buntar, 18 Mei; Ribuan hadirin membanjiri Dataran Pentas Merdeka Rakyat di pekan Tanjung Piandang untuk mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim pada malam ini. Sambutan yang hangat ini diberikan oleh pelbagai bangsa Melayu, Cina dan India telah meningkatkan semangat hadirin untuk membuat perubahan secara total dalam lanskap politik negara. Kehadiran orang ramai di sini tidak pernah seramai pada malam ini. Ini menunjukkan gelombang rakyat semakin jelas dan bertambah kuat untuk menjatuhkan BN dalam piliharaya yang akan datang.Nampaknya arus perubahan semakin jelas dan BN akan tumbang seandainya PRU 13 dijalankan secara bersih dan adil.

Rakyat sudah muak dengan BN  dan UMNO . Malahan UMNO dan BN  sudah tidak relevan lagi untuk diamanahkan mengurus dan mentadbir negara kerana pelbagai bentuk penyelewangan yang dilakukan oleh mereka. Kezaliman, rasuah, kroni dan sebagainya berlaku selama lebih 50 tahun mereka mentadbir negara. Kekayaan negara tidak diagihkan kepada rakyat sebaliknya hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang membolotnya.

DSAI berada diatas pentas Merdeka Rakyat di Tanjung Piandang

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Pakej Percutian <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b>: <b>Pangkor</b> Island (Pulau <b>Pangkor</b> <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2011 08:22 PM PDT

Aktiviti luar, permainan pantai, sukan air, rekreasi, lawatan, membeli-belahABCD
A) Kenu/kayak
B) Runtuhan Kota Belanda di Teluk Gedung
C) Replika mini Tembok Besar Cina
D) Produk dari Laut Pulau Pangkor
EFGH
E) Memukat ikan bilis
F) Basikal untuk disewa
G) Jungle trekking – meneroka hutan-hutan di Pulau Pangkor
H) Permainan paintball
IJKL
I) Program team building – membina rakit (rafting)
J) Mendirikan khemah
K) Membeli-belah cenderahati
L) Motosikal untuk disewa
MNOP
M) BBQ pantai
N) Jetski
O) Banana boat
P) Tukang bot
QRST
Q) Jeti Teluk Dalam
R) Teksi merah jambu Pangkor 
S) Boat trip
T) Snorkeling

Pakej Percutian <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b>: <b>Pangkor</b> Escapade Package (TDR)

Posted: 12 Sep 2011 10:24 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]3 Days 2 Nights Package. VALIDITY: Valid until 31 December 2011. Valid for local and Singaporean only. RATE: RM480.00 nett per package. Package Includes: 2 Nights accommodation in a Melati Chalet (Twin sharing) ...

Pakej Percutian <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b>: Romantic de <b>Pangkor</b> (TDR)

Posted: 12 Sep 2011 11:08 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Savour the splendid moments. 2 nights accommodation in a Honeymoon Suite; 2 Verandah brunch for 2 persons; 2 Candlelight Dinner for 2 persons; Round Island Tour via land (2 hours); Tantalizing chocolates; Aromatic ...

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


2 pekerja kilang maut, 9 cedera dalam kemalangan <b>di Kampar</b> <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2012 09:09 PM PDT

Who's Online

9 visitors online now

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


TOKGURU86: #EURO 2012, Restoran <b>Di Lumut</b> Diserbu.

Posted: 01 Jul 2012 03:11 PM PDT


1. Kira-kira 500 lebih orang muda menyerbu restoran Briyani di Manjung Lumut untuk Lepak Santai EURO2012 akhir antara Sepanyol dan Itali.

2. Terima kasih Ahli Parlimen Lumut yang belanja kami semua makan sejumlah kos RM10,000.00 sepanjang menonton bola sepak.

3. Tahniah BN Lumut dan MAYC serta Belia 4B kerana berjaya melaksanakan program yang agak santai tetapi menyeronokkan. Walaupun gua kecewa dengan kekalahan Italy, tetapi senang hati melihat gelagat setiap anak muda yang hadir.

4. Tahniah buat penyokong Sepanyol dan takziah buat penyokong Italy. Keputusan penuh Sepanyol 4-0 Italy. Sepanyol ibarat jalani latihan semalam.

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Malaysia Airport Holdings Berhad

Posted: 14 Jun 2012 09:43 AM PDT

Post 1 – 4 Closing Date : 19/06/2012

Post 5 – 8 Open Application

Malaysia Airports Berhad was incorporated in 1991 when a Malaysian Parliament upheld a check to apart a Department of Civil Aviation (DCA) into dual entities with opposite spheres of responsibilities. DCA stays a regulatory physique for a airports and aviation attention in Malaysia while a newly combined entity, Malaysia Airports Berhad is to concentration on a operations, government and upkeep of airports. In Nov 1992, Malaysia Airports Berhad was duly protected by a Minister of Transport Malaysia to lift out a duty as a airfield operator.

We entice rarely encouraged and result-oriented people to join the group as:

1. Executive – Administration (IT Division)

2. Executive – Corporate Planning (Regulatory Affairs Unit)

3. Executive – Land Development

4. Manager – Corporate Communications (Centralised Customer Service)

5. Retail Advisor – Operations (Floor KLIA SAT/ CP LCCT – Contract)

6. Customer Service Coordinator- Retail Business (Operations)

7. Supervisor – Food and Beverage

8. Customer Service Assistant – Operations (Retail)

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Click Here to see more..

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


UMNO Online - Kem PLKN <b>Di Sungai Siput</b> Ditutup Susulan <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 11:17 PM PDT

Kategori Dari Parlimen

Kem PLKN Di Sungai Siput Ditutup Susulan Kematian Pelatih – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 April – Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Terkok di Sungai Siput, Perak telah ditutup operasinya susulan kematian seorang pelatih pada 12 Mac lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua jenis latihan air di semua kem PLKN di seluruh negara turut dihentikan serta-merta.

"Kita tidak berkrompomi dan sedaya upaya melaksanakan program bersandarkan 'Standard Operating Procedure' (SOP) serta kita akan pastikan jika wujud sebarang permasalahan di mana-mana kem PLKN, tindakan tegas akan ditentukan.

"Justeru saya ambil keputusan bukan sahaja menghentikan latihan-latihan pengairan malah kem PLKN Terkok ditutup dan tidak mengambil peserta untuk pengambilan kali akan datang," katanya menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Fong ingin tahu tindakan kementerian terhadap kes tersebut dan sama ada akan  akan menangguhkan PLKN untuk meneliti dan mengkaji pelaksanaannya.

Ahmad Zahid berkata kematian R.Vinoth, 18, itu bukan disebabkan oleh kencing tikus dan perkara tersebut disahkan selepas pemeriksaan makmal dan juga Jabatan Kesihatan Perak, mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria Leptospira.

Namun katanya, tindakan menutup kem Terkok dan menghentikan latihan air adalah bagi menjaga keberkesanan PLKN dan bagi memastikan tidak akan berlaku masalah kesihatan disebabkan oleh kelemahan pentadbiran dan kebersihan.

"Diingatkan, kami tidak akan berkompromi sama ada dengan komandan, jurulatih atau pihak yang menjadi operator mana-mana kem berkenaan sekiranya mereka melanggar SOP," katanya.

Beliau menyifatkan cadangan untuk menangguhkan atau menghentikan terus PLKN hanya kerana berlaku beberapa kematian, adalah sebagai langkah ke belakang.

"Seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Feb lepas dan 19 pelatih meninggal dunia atas faktor lain-lain yang bukan kecuaian kem," katanya sambil menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu), Ahmad Zahid berkata setakat ini seramai 33,591 bekas pelatih telah mendaftar sebagai anggota Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) dan jumlah dijangka terus bertambah dengan adanya kemudahan pendaftaran dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Latihan Khidmat  Negara (JLKN).

Beliau berkata penubuhan BSKN tidak terbatas kepada remaja yang menjalani latihan PLKN sahaja tetapi juga mencakupi bekas pelatih PLKN yang telah dewasa yang masih mahu menyumbang khidmat bakti secara sukarela.

Katanya anggota BSKN boleh digembleng bagi membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pelbagai kejadian malapetaka atau bencana alam seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran.

"Kerajaan akan terus berusaha membina generasi muda bersemangat patriotism tinggi di negara ini dan dengan adanya sikap kesukarelawan dan saling bantu membantu, ia sudah tentu akan memantapkan persefahaman dan perpaduan antara kaum," katanya.

Berita Bertarikh 5 April 2012 Pada 2:17 PM

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


IPOH MALAY: Undang-undang Singapura <b>Di Tambun</b>?

Posted: 15 Mar 2012 05:45 PM PDT

Ini cerita yang baru teman dengar. Tapi teman belum siasat lagi. Teman tak nak la tuduh-tuduh. Tapi kalau ada pihak nak siasat, silakan.
Kisahnya, sebuah surau yang disediakan oleh pemaju Sunway City Ipoh yang terletak agak berhampiran Hotel Lost World yang baru dibuka, yang turut menjadi surau bagi penduduk masyarakat kiasu berpagar Sunway City Ipoh, tidak dibenarkan melaung azan keluar.
Bukan itu sahaja, muazzin tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara terus.
Tetapi apa yang teman tahu, kepala persatuan penduduk di situ adalah seorang Melayu. Bagus. Walaupun penduduk di situ majoritinya bukan Islam. Si Melayu ni, Islam atau tidak, teman tak tahu. Kalau bukan Islam maknanya bukanlah Melayu. Itu apa yang tertulis di perlembagaan negara.
Menurut empunya cerita, antara yang membantah laungan azan di situ ialah penduduk orang putih yang turut bermestautin di situ.
Teman tak sangka pulak di sebalik laungan azan yang bersahut-sahutan di petempatan antara Tambun dan Ulu Kinta ini, ada surau yang terbungkam laungan azannya.
Setahu teman, Tan Sri Jeffry Cheah ni seorang yang baik lagi penuh toleransi. Tambahan pula dia kini memiliki kawasan yang dahulunya perkampungan bunian yang pernah menjadi rujukan punca kehilangan Datuk Panglima Kinta Ke-5 , Ngah Ghafar pada tahun 1820an.
Malah, ketika taman temanya diganggu 'makhluk halus' , orang-orang surau dari Kg. Tersusun Batu 6 yang berhadapan dengan hartanahnya juga yang dipanggil untuk 'menghalau' gangguan. Rasanya kali ini, kalau ada gangguan, biarkan sajalah.

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit: INFO : Kongsi Gelap <b>di</b> Malaysia

Posted: 29 Jun 2012 01:15 AM PDT

Kongsi Gelap adalah merujuk kepada kumpulan jenayah yang sudah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang. Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.

Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang-orang bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana orang atasan menyediakan pekerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.

Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa- bangsa lain seperti India, Sikh dan Melayu. Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong-pelombong bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong-pelombong ini kebanyakannya adalah pengikut-pengikut setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli-ahli baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin-pemimpin baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya diketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa-bangsa lain seperti 08,18,24,30,36,360,77,99,313(pesima) dan lain-lain. Kumpulan-kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan-haiwan liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.

Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai meniru kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja-puja. Malah di dalam sumpah setia mereka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah". Sehingga kini masih ada ahli-ahli yang taksub, tidak faham, mengikut membuta-tuli dan keliru dengan pengertian perjuangan 'Tentera Merah'.

Wujudnya banyak kongsi-kongsi gelap baru di Malaysia adalah kerana perpecahan antara kumpulan mereka dan perebutan jawatan tinggi. Kebanyakkannya mereka yang menjadi pengikut adalah mungkin kerana pengaruh rakan-rakan yang jahat, ada juga yang mengikut membuta-tuli semata-mata ingin dikenali sebagai 'gangster' serta taksub untuk popular.

Di negara lain juga banyak terdapat kegiatan organisasi kongsi gelap yang dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13, Yakuza dan banyak lagi.

Namun begitu kegiatan kongsi gelap di Malaysia sentiasa dipantau oleh kerajaan melalui pelbagai agensi berkaitan antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di dalam PDRM pula terdapat unit khas yang dikenali sebagai D7 yang ditugas membanteras kegiatan menyalahi undang-undang oleh kongsi-kongsi gelap ini.

*dipetik dan diedit dari laman sesawang definasi

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


ALaHai Si LunCAi: SETELAH YAKIN KALAH LUBUK MERBAU, PAS <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2012 08:42 PM PDT

SIAPA KATA PAS TAK ADA MASALAH DALAM MENENTUKAN CALON ? SEBENARNYA PAS DAN PKR SAMA JER. CUMA PAS TERLINDUNG DI SEBALIK PESONA AGAMA YANG SELAMANYA MENJADI ALAT MEREKA.


DI PADANG RENGAS MASALAH PAS NAMPAKNYA TAK DAPAT DIBENDUNG LAGI. PAS PADANG RENGAS DIKATAKAN TERKILAN DENGAN KEPUTUSAN PARTI MENGEKALKAN HAJI ZAINUDDIN SEBAGAI CALON PRU 13.


PADANG PADANG RENGAS MAHU USTAZ JAMALUDDIN ( YDP ) MENGGANTIKAN ZAINUDDIN. ALASAN MEREKA IALAH ZAINUDDIN TELAH GAGAL MELAKSANAKAN TUGAS WAKIL RAKYAT, SAMA MACAM WAKIL RAKYAT PAS YANG LAIN.


PADANG RENGAS MENGANGGAP MELETAKKAN ZAINUDDIN MACAM MENEMPAH KEKALAHANLAH.


PAS PADANG RENGAS BUKAN SAJA TAK SETUJU BAHKAN TELAH BERTINDAK. MEREKA ABAIKAN SAMA SEKALI LUBUK MERBAU DAN BRI TUMPUAN KEPADA CHENDERUH.


SEKARANG NI SEMINGGU TIGA KALI PAS BUAT CERAMAH DI CHENDERUH WALAUPUN SAMBUTAN MEMANG AMAT DINGIN.


PAS TAHU MEREKA TAK MUNGKIN DAPAT MERAMPAS CHENDERUH KERANA DALAM TSUNAMI PUN CHENDERUH BERTAHAN, APA LAGI SEMASA TENANG MACAM SEKARANG.


JADI AKU JANGKA DENGAN IZIN ALLAH, UMNO/BN BUKAN SAJA AKAN PERTAHANKAN PARLIMEN PADANG RENGAS DAN DUN CHENDERUH TETAPI AKAN MAMPU MERAMPAS LUBUK MERBAU...


AKU JANGKA JUGA PAS BUKAN SAJA AKAN TAK DAPAT APA YANG DIKEJAR TAPI AKAN TURUT TERCICIR APA YANG SEDANG DIKENDUNG...

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Kedai Kopi &#39;BERAHI&#39; Sedia Wanita Untuk Seks <b>Di Manjung</b>!

Posted: 02 Jul 2012 11:33 PM PDT

Lebih 10 restoran dan kedai kopi yang beroperasi di ladang kelapa sawit di sekitar daerah Manjung layak digelar 'premis berahi' apabila bukan sahaja menyediakan wanita warga asing sebagai pelayan, malah pelanggan boleh membawa pulang wanita itu sebagai teman seks.
Lebih membimbangkan, kegiatan itu sukar dikesan pihak berkuasa berikutan premis itu beroperasi jauh terpencil di dalam ladang kelapa sawit iaitu kira-kira satu kilometer dari jalan utama.
Difahamkan, pelanggan yang berkunjung ke premis berkenaan turut berpeluang membawa pulang pelayan warga asing berkenaan dengan bayaran berpatutan sejurus menjamu selera di premis berkenaan.
Sejak beberapa bulan lalu, restoran yang menyediakan makanan laut itu kerap menerima kunjungan terutama dari penduduk tempatan yang ingin mencari pelayan pelanggan warga asing untuk memuaskan nafsu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintenden Ahmad Isaa ketika dihubungi semalam turut mengesahkan beberapa premis makanan di sekitar Segari, Pantai Remis dan Sitiawan, di sini, menjalankan kegiatan tidak bermoral itu disamping beroperasi sebagai restoran dan kedai kopi.
Ahmad berkata, kebanyakan wanita yang bekerja di premis berkenaan terdiri daripada warga Vietnam dan China berusia antara 30 hingga 40 tahun.
Beliau berkata, pihaknya sudah menjalankan beberapa siri serbuan di beberapa premis berkenaan dan tidak menolak kemungkinan wujud kegiatan pelacuran di kawasan itu.
"Berdasarkan statistik, wanita warga Vietnam paling ramai ditahan di premis berkenaan atas pelbagai kesalahan termasuk menyalahgunakan pas lawatan sosial dan tidak mempunyai permit kerja yang sah.
"Bagaimanapun, serbuan gagal mengesan pemilik premis, malah siasatan turut mendapati premis beroperasi tanpa lesen," katanya.
Katanya dalam Ops Noda sepanjang Januari hingga Mei lalu, pihaknya berjaya menahan kira-kira 370 wanita warga Vietnam selain 37 warga Cina dan 30 orang warga Thailand.
Ahmad berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung aktiviti tidak bermoral berpusat di premis berkenaan terutama daripada golongan isteri di daerah ini.