Ahad, 20 Januari 2013

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Friday, 18 January 2013 - Mama Aimi Najla

Posted: 18 Jan 2013 07:54 AM PST

Majlis Persandingan Sham & Nora Di Lekir Sitiawan 

                                                 Ketibaan rombongan pengantin perempuan

                                  Anak-anak dara geng sepupu opss Aiman sorang teruna....


                                                     Makan beradap.....alohhh sopannyer

                                          Senyuman yang paling manis dari pengantin .....


                                                 Semoga berbahagia sampai akhir hayat
                                           
                                                                Purple girls.........
                                                                      SMILE........

                                                                   Flower girls......

                                            Pengantin lama dengan pengantin baru

 


                                                               Comelnyer wani......

                                                                               

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Beasiswa <b>di Kampar</b> Hendaknya Dibagi Dalam Dua Metode Seleksi <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 07:59 AM PST

By RiauEditor - Tue Jan 08, 10:59 pm

BANGKINANG(riaueditor)-Bantuan beasiswa dari Pemerintah Kabupaten (Pemkab) Kampar kepada mahasiswa yang menimba ilmu di perguruan tinggi, oleh mahasiswa agar dibagi dalam dua metode seleksi, yakni berdasarkan ekonomi lemah dan berdasarkan prestasi yang dilihat dari Indeks Prestasi Kumulatif (IPK).

Hal tersebut diungkapkan Anwar, salah seorang mahasiswa Kampar di Bangkinang beberapa waktu lalu. Pembagian ini dimaksud agar mahasiswa yang orang tuanya tergolong ekopnomi lemah agar dapar terus menimba ilmu di perguruan tinggi.

"Dengan begitu mahasiswa yang memerlukan beasiswa tidak perlu mengurus surety miskin sebagai salah satu persyaratan untuk mengajukan beasiswa. Sedangkan mahasiswa yang ekonomi orang tuanya tergolong mapan, dengan adanya beasiswa untuk mahasiswa berprestasi tadi termotivasi," kata Anwar.

Sambung Anwar, mahasiswa yang tergolong tidak mampu memang sudah selayaknya mendapatkan bantuan beasiswa. Namun itu,  mahasiswa berprestasi yang orang tuanya tergolong mampu juga haris diperhatikan.

"Mahasiswa berprestasi yang orang tuanya tergolong mampu namun ingin mendapat beasiswa, tentunya tidak perlu lagi mengurus surat keterangan miskin," kata mahasisa salah satu perguruan tinggi di Bangkinang ini.(hasbi)

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Jengka 19: Berita Harian: Mutakhir

Posted: 20 Jan 2013 03:07 AM PST


Chong Wei pertahan gelaran Terbuka Malaysia

Posted: 20 Jan 2013 02:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mudah mempertahankan Kejuaraan Terbuka Malaysia Maybank selepas menumpaskan pemain nombor lima dunia, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia dengan keputusan 21-7, 21-8.

Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia, hanya mengambil masa 32 minit untuk menundukkan Kuncoro sekali gus menjulang gelaran kali kesembilan kejohanan dan kedua pada Kejuaraan Super Siri Musim 2013.

Dalam pusingan separuh akhir semalam, Chong Wei yang menentang pemain Denmark, Jan O Jorgensen dipaksa bermain ke set penentuan namun kemenangan akhirnya berpihak kepada pemain pilihan kejohanan itu dengan 21-13, 17-21, 21-12.

Rekod pertemuan sebelum ini ternyata memihak kepada Chong Wei apabila pernah menewaskan Kuncoro sebanyak tujuh kali daripada 12 pertemuan.

Pelatih TNB lemas ketika berkelah di Rekreasi Arus Deras, Kulim

Posted: 20 Jan 2013 12:57 AM PST

KULIM: Mayat seorang pelatih Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijumpai terapung di kawasan Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim, dekat sini kira-kira jam 9.00 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, mayat Abdul Hafiz Abdul Razak, 22, ditemui pasukan penyelamat terdiri daripada lebih 20 anggota polis, pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), dan penduduk kampung.

Abdul Hafiz yang menjalani latihan di Institiut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang disedari hilang ketika berkelah di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang semalam.

"Mangsa adalah antara 132 orang pelajar dan aprentis yang datang berkelah di kawasan rekreasi tersebut dan didapati hilang ketika rombongan itu hendak pulang," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Menurut Ghuzlan, laporan polis telah dibuat pihak rombongan pada kira-kira jam 7.00 petang semalam dan gerakan mencari telah dijalankan dan ditangguhkan pada jam 10 malam tadi akibat cuaca gelap.

Sementara itu, Pengurus TNB di Institiut TNB di Malim Nawar, Perak, Fadzil Mohd Yusof berkata jenazah Abdul Hafiz akan dihantar pulang ke rumah keluarganya di Kemaman, Terengganu. - BERNAMA

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Suara Generasi Baru » Kedah Bakal Jadi Negeri <b>Jelapang</b> Lumpur

Posted: 18 Dec 2012 12:21 AM PST

KEDAH DARUL AMAN , JELAPANG PADI , PETANI ,  PADI, SAWAH

Utusan Malaysia hari ini telah mendedahkan secara terperinci masalah pembalakan di Kedah yang meruncing.  Masalah ini telah lama didedahkan oleh media alternatif iaitu blog-blog dan laman-laman web, tetapi telah tidak diendahkan oleh kerajaan negeri Kedah, mahupun pemimpin-pemimpin PR pusat.   Para penyokong PR pula menganggap pendedahan tersebut sebagai fitnah walaupun ada di antaranya disertakan dengan gambar-gambar sebagai bukti.

Oleh itu, tidak mengejutkan jika pendedahan besar-besaran oleh Utusan Malaysia yang dilengkapi bukti gambaran dari atas juga, dianggap sebagai fitnah BN untuk memburukkan kerajaan PAS Kedah dan PR secara keseluruhannya.

Malah, kalaupun ada yang menerimanya sebagai benar, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN iaitu alasan atau jawapan 'standard' kerajaan PAS Kedah untuk semua masalah di dalam negeri itu hari ini.

Kerana asyik menuding jari, maka masalah pembalakan tidak terkawal di Kedah kini bukan sahaja tidak selesai tetapi semakin hari semakin buruk dan bakal menjadi satu bencana besar.  Ini disahkan oleh pakar-pakar melalui ujian dan penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar.   Antara bencana yang dijangka ialah masalah banjir lumpur dalam skala yang jauh lebih besar daripada yang berlaku pada 2010, di Sik, Kedah yang menjejaskan 6 buah kampung – iaitu berita yang langsung tidak dilaporkan oleh Harakah, media rasmi PAS.

Selain itu, bencana yang kini sedang berlaku dan semakin parah ialah masalah kualiti air akibat aktiviti tanah yang 'menggila' iaitu merangkumi pembalakan, perlombongan dan korek pasir sekali gus, di kawasan tadahan yang mencemarkan air di empangan.  Setakat ini sahaja, kadar kekeruhan kawasan tadahan di Kedah berada di tahap 8,000 – 18,600 Nephelometrik Turbidity Unit (NTU) yang mana telah terlalu jauh mengatasi kadar yang dibenarkan iaitu 50 NTU, bagi kawasan tadahan, dan 1000 NTU bagi sungai-sungai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Walaubagaimanapun, Ustaz Azizan bertegas menyatakan yang masalah ini berpunca dari kerajaan BN dan beliau tidak punya kuasa untuk menyelesaikannya.  Persoalannya, benarkah begitu?

Setiausaha Politik beliau, Sanusi Md. Noor, menjawab perkara ini di dalam blog beliau sekitar Ogos 2011, seperti berikut: "kegiatan pembalakan tersebut diluluskan dalam mesyuarat JHB pada 25 Ogos 2005 dan 9 November 2005, iaitu di zaman BN menjadi kerajaan.  Lesen menebang adalah proses terakhir dalam proses membalak selepas kelulusan diberi. Sebelum dapat lesen menebang, sesuatu kawasan yang diluluskan mesti melalui proses persempadanan, penandaan pokok (tagging), penelitian laluan air dan lain-lain aspek teknikal. Kalau semua peraturan telah dipatuhi, lesen menebang akan dikeluarkan oleh Jab Perhutanan. Telah saya katakan, tempoh antara kelulusan dan menebang memakan masa bertahun-tahun. Ternyata kawasn ini memakan masa 5 tahun sebelum dapat ditebang."

Namun, sebelum itu, pada 3 Januari 2010, Harakahdaily melaporkan bagaimana Azizan berjaya meningkatkan pendapatan melalui balak melalui sistem tender terbuka.    Kata Azizan, "Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.   Pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri."

Mengikut rekod, terdapat 10 syarikat yang menerima lesen pembalakan dari kerajaan negeri melalui 'tender terbuka' tetapi sehingga kini, Azizan tidak pernah mengumumkan keluasan dan kawasan mana yang terlibat dalam tender tersebut.

Hakikatnya, proses pengeluaran lesen penebangan oleh Jabatan Hutan dan Galian serta Alam Sekitar hanya memakan masa 6 bulan.  Oleh itu, jawapan Setiausaha Politik Azizan bahawa ia mengambil masa 5 tahun amatlah menghairankan.

Dan mengikut rekod juga, dari zaman Dato' Seri Syed Razak dan Dato' Mahadzir Khalid menjadi MB Kedah, tiada lesen pembalakan yang dikeluarkan di kawasan tadahan.  Ia pernah dikeluarkan untuk Rimba Teloi tetapi pengeluaran balak dibuat ketika Empangan Beris BELUM LAGI dibina dan ianya bersifat TERKAWAL.  Namun, apa yang berlaku di Kedah sekarang ialah ianya sudah tidak terkawal atau di tahap 'menggila' sehinggakan balak-balak yang masih muda, sekecil betis juga diangkut sekali.

Secara umumnya, rakyat Kedah cukup maklum dengan sikap MB mereka yang suka 'buat tak tahu'.  Laporan audit Kedah baru-baru ini sudah cukup untuk membuktikan sikap MB yang 'tidak tahu apa-apa' ini di mana projek-projek besar yang memakan ratusan juta juga telah dilaksanakan atau telah tidak terlaksana secara tanpa kawalan iaitu tanpa pengetahuan dan tanpa kelulusan pihak-pihak yang berkenaan di dalam kerajaan.

Seolah-olah, di Kedah masing-masing boleh berbuat sesuka hati dari peringkat kepimpinan bawahan sehinggalah ke peringkat exco.  Lebih memburukkan keadaan ialah apabila ramai yang keliru atau sengaja mengelirukan kedudukan kuasa antara kepimpinan negeri dan parti PAS.

Sewajarnya, laporan Utusan Malaysia hari ini diambil sebagai loceng yang menggerakkan Azizan dari tidur.  Beliau tidak boleh menuding jari lagi, sama ada kepada BN atau kepimpinan bawahan negeri dan parti PAS sendiri.  Siapapun yang bersalah, adalah soal kedua, yang penting kini, beliau wajib memikul tanggungjawab mencari jalan bagi menghindari bencana besar.

Lebih dari itu, beliau tidak boleh menafikan bahawa beliau pernah mengugut untuk membalak di kawasan tadahan sekiranya kerajaan pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun.  Kata beliau:

"Kita dah banyak berkorban dengan tidak mengambil balak di kawasan simpanan dan tadahan supaya dapat membekalkan air kepada Pulau Pinang dan Perlis untuk kegunaan industri, pertanian dan minuman tanpa mendapat bayaran.

"Sebab nak jaga kawasan itu kita kehilangan hasil bumi. Kami orang Kedah nak makan apa. Kerajaan pusat hantar duit mai tak apa la.  Salahkah kerajaan negeri lakukan ini untuk rakyat dia. Kalau balak itu diambil untuk menteri besar atau exconya, itu barulah salah," kata Azizan.

Beliau berkata atas alasan itu kerajaan negeri mempunyai sebab kukuh untuk menebang balak di tanah miliknya.

Ditanya mengenai kesan penebangan balak terhadap alam sekitar di kawasan terbabit, Azizan berkata: "Kita tahu polisi itu tetapi sampai orang yang tinggal di tepi laut nak makan pun tidak cukup, nak buat apa. Itu tidak boleh, ini tidak boleh."

— Malaysiakini (Jun 19, 2008)

Justeru, rakyat Kedah wajar memikirkan semasak-masaknya untuk mengenali pemimpin negeri mereka – apakah benar Ustaz Azizan tidak tahu apa-apa, atau sekadar 'buat-buat tak tahu'?   Rakyat Kedah perlu buat keputusan tepat dalam memilih kerajaan negeri dalam PRU kali ini agar negeri Jelapang Padi ini tidak berubah menjadi Jelapang Lumpur…

Tetapi sebelum itu, rakyat Kedah perlu mencari jalan agar Ustaz Azizan tersedar, bangun dan bekerja untuk negeri terlebih dahulu, sebelum bekerja untuk pilihanraya.



Batu vs Kayu: Adun <b>Jelapang di</b> bidas oleh Dr Chua Soi Lek

Posted: 15 Nov 2012 05:04 AM PST

PETALING JAYA: MCA menafikan dakwaan Barisan Nasional (BN) telah bersetuju untuk membenarkan calon Bebas Hee Yit Fong akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Jelapang mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu tidak pernah membuat sebarang perbincangan bersama Perdana Menteri mengenai pembahagian kerusi di Perak.
"MCA bahagian Jelapang dan saya belum mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan orang luar bertanding atas tiket MCA," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pada Rabu, Hee berkata beliau akan mempertahankan kerusinya serta mendakwa Presiden BN, Datuk Seri Mohd Najib akan mengumumkan maklumat lanjut mengenainya tidak lama lagi.
Dr Chua berkata bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya memerlukan sokongan daripada semua parti komponen BN dan apa yang lebih penting adalah calon yang bertanding bukan hanya menerima sokongan daripada pengundi, malah parti komponen.
Beliau menegaskan BN merupakan sebuah parti komponen yang mengamalkan perbincangan serta membuat keputusan secara kolektif dan bukan menjadi norma mereka untuk membincangkan mengenai pembahagian kerusi dan calon yang bertanding secara terbuka.
"Hee membuat pengumuman beliau adalah calon bagi Jelapang pada pilihan raya umum akan datang, tanpa mendapat sokongan daripada MCA bahagian terutamanya ahli diperingkat akar umbi, adakah kemungkinan dia tidak menang," katanya.
Hee memenangi kerusi Jelapang atas tiket DAP pada 2008 namun beliau meninggalkan parti itu dan menjadi wakil Bebas yang menyokong BN.[mystar]

Fhoto Hee Yit Fong di bakar [arkib]

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Rumah <b>di</b> Taman Klebang Putra, <b>Chemor</b> untuk dijual

Posted: 08 Jan 2013 11:46 PM PST

Rumah di Jalan Putra 2B, Taman Klebang Putra, Chemor. 
Rumah teres 3 bilik 2 bilir air (rumah tengah)
Tak banyak di renovasikan.
Laman kereta yang luas untuk 2 kereta.
Suasana kejiranan yang baik & selamat.
Tidak jauh dari Bandar Ipoh, Jelapang & Tambun.
Untuk melihat rumah hanya melalui temujanji yang bukan pada cuti am & cuti minggu.
Harga jualan RM150K (dirunding)

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Kolej Komuniti <b>Pasir Salak</b> (PERAK) - 25 Januari <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2013 06:30 PM PST


Permohonan adalah dipelawa bagi mengisi jawatan kosong seperti di bawah:- 

JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) 
BIDANG : Automotif 
BIL. KEKOSONGAN : 1 
TARAF JAWATAN : KONTRAK (BERGAJI HARI) 
SYARAT PERMOHONAN : Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia;
2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
3) Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
(i) Diploma dalam bidang Automotif.

Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bersama resume, salinan sijil-sijil yang berkaitan yang disahkan berserta dengan gambar berukuran passport yang tidak dikembalikan dalam sampul surat yang bertanda 'Jawatan Kosong' kepada:

Pengarah
Kolej Komuniti Pasir Salak
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada
36800 Kampung Gajah
Perak

Tel : 05-655 2300
Faks : 05-655 2800
Emel : kkps[at]kkpsa.edu.my

Sebelum atau pada 25 Januari 2013.

TEMPOH PERKHIDMATAN ADALAH MAKSIMUM 6 BULAN SAHAJA

*(Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga).
**gantikan [at] dengan @



UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI
SILA KONGSI JAWATAN INI SEKARANG :

My Kerjaya Online: Jawatan Kosong <b>di</b> Kolej Komuniti <b>Pasir Salak</b>

Posted: 19 Jan 2013 05:38 PM PST

Kekosongan di Kolej Komuniti Pasir Salak
1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)  Automotif
Tarikh Tutup: 25 Januari 2013

Klik Untuk Maklumat Lanjut

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


MPP Online: Khalid Ismath meroyan <b>di</b> Balai Polis <b>Tanjung Malim</b>..

Posted: 17 Jan 2013 12:56 AM PST

Kalau betul-betul ada kes terus dakwa ke mahkamah. Jangan susahkan pelajar datang jauh-jauh semata-mata untuk kawad cam," kata Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath ketika ditemui selepas menjalani proses pengecaman di Balai Polis Tanjung Malim, dekat sini, semalam.

Beliau yang hadir bersama pengasas Kami, Hilman Idham dan seorang pelajar Universiti Selangor (Unisel), Mohd Zaini Hassan dipanggil berhubung demonstrasi menuntut pembebasan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli dan pemansuhan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) di hadapan kampus Upsi pada 1 Januari 2012.

Khalid berkata, tindakan pihak berkuasa itu disifatkan tidak mesra pelajar dan menyusahkan mereka.

Menurutnya, proses pengecaman itu adalah yang kedua dilakukan selepas hadir pengecaman pertama pada pertengahan tahun lalu.

"Kali ini dipanggil lagi untuk proses yang sama, tapi kami bertiga saja.

"Mereka kata ini prosedur biasa dan surat panggilan telah dihantar sebulan lalu tapi kami tak dapat," katanya.

Katanya, mereka telah dihubungi beberapa kali melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk hadir semalam.

Namun, katanya sekiranya benar pihak berkuasa mempunyai bahan bukti seperti rakaman video demonstrasi tersebut, proses pengecaman tidak sepatutnya dilakukan berulang kali.

Menurutnya, pihak berkuasa hanya perlu mendakwa mereka ke mahkamah dan tidak menyusahkan mereka.

"Nampak seolah-olah layanan buruk pada pelajar yang sememangnya tidak berkemampuan.

"Sepatutnya tidak menyusahkan pelajar datang dua tiga kali, jadi nampak sangat tidak bijak dalam tangani kes ini," katanya.

Pada awal pagi 1 Januari tahun lalu, berlaku demonstrasi yang disertai lebih 100 penuntut daripada beberapa institusi pengajian tinggi di hadapan pintu utama kampus Upsi yang turut disertai Adam Adli.


p/s: Dah buat salah, lepas tu meroyan marahkan Polis.. Memang sewel betul MahaSewel pencacai Anwar sekor nih!!!!