Khamis, 24 Januari 2013

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


apa ku nak kata: Akikah <b>di Parit Buntar</b>

Posted: 04 Nov 2012 03:06 PM PST

Semalam, kami ke rumah kawan suami (geng superbike dia) untuk kenduri akikah anak sulungnya di Parit buntar. Punya bertuah, gambar baby tak sempat ambil pun,heheheh.
Cuma ada gambar dua baby besar ni,hiks....



Tak hairanlah kalau budak berdua ni besar sikit dan dilepaskan.......depa akan main parit dan menangguk ikan. Sekarang, pantang lepas, main tanah, main batu, berlari terus nak ke parit. 

Kawan-kawan suami, geng superbike. Tapi kami naik keretalah, sebab bawa anak-anak sekali. 

Jumpa pondok.......sakan abang seronok.
Pemandangan sekitar situ cantik, sawah padi tengah rancak hijaunya.

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


| NAILAHAZMAN |: Picnic <b>Di Teluk Batik</b>

Posted: 23 Jan 2013 09:57 AM PST

Ok. Before balik Malaysia haritu, suami sempat bagi idea nak pergi mandi laut kat Malaysia. Almaklum, nak mandi laut kat sini terbatas sebab biasanya kat sini, yang mandi laut tu, semua kaum lelaki je. Perempuan boleh je nak mandi. Tapi pakai abaya. =_=
Bila suami dah bagi idea macam tu, terus saya call adik ipar. Mintak cadangan-cadangan yang bernas. At first, adik-adik ipar cadang nak ajak pergi Pulau Pangkor tapi faham-faham je lah kalau dah last minute ni. Bukan kesuntukan masa tapi susah sikit nak cari tempat stay kalau lagi 2,3 hari nak pergi, baru nak cari. Plus tengah cuti sekolah lagi. Jadinya, we have to cancel ke Pulau Pangkor.
So dari Pulau Pangkor, pung pang pung pang, last-last pergi ke Teluk Batik je. Jadilah sebab we have no choice
Bila suami sampai Khamis 27hb tu, hari Sabtu 29hb, dah nak ke tengahari baru kami gerak ke Teluk Batik. Ni kira vacation dengan family belah suami sahaja. Dari Bagan Serai nak ke Teluk Batik tu, errrr ... jauh jugaklah pada saya dengan kena ikut jalan dalam lagi. Sedih sebab jalan kampung kan, banyak lubang sana sini. Naik kereta pun seakan rasa macam naik kuda! Hahaha. =_=
Sampai sana pun dah petang dalam pukul 4 macam tu. Terus check in hotel murah near to Jeti Lumut. Murah-murah pun, bangunan hotel buruk pun, tapi serius berbaloi sebab bilik selesa nak mampuih! Dengan bilik beso siap boleh tidur lambak kat bawah lagi. Bilik air pun selesa sangat. Siap ada toiletries. Serius lebih dari cukup. Alhamdulillah. ;)
Dari hotel tu nak ke Teluk Batik few kilometres jugaklah. Naik kereta dalam 10 ke 15 minit macam tu lah. Memula tu decided nak ke pantai lepas Asar tapi bila tengok waktu solat Asar lewat sangat dah nak ke pukul 5 petang, we decided pergi time tu jugak memandangkan kami semua boleh buat jamak. ( See? Agama Allah SWT tidak pernah menyusahkan hambaNya. ;') )
Terus semua packed and bawak barang apa yang patut. As usual sampai pantai terus cari port yang sedap untuk lepak dan teduh memandangkan baby Hana ada. 
Lepas dah dapat port, apalagi lah kan? Haruslah berendam sampai lebam! Tapi sebelum berendam dalam air masin, kami dok pi balun main Banana Boat. Saya serius eksaited sangat masa nak naik tu but end up?
Sangat boringgggggggggggggggg! T________________________T
Abang bot tu bawak bot sangatlah lambattttttttt! Stress gila kami yang 7 orang kat belakang sampai adik ipar kat belakang saya dok tanya : " Nape Kak Ilah senyap? Takut ke? ". Takut apanya? Saya senyap sebab abang bot bawak bot macam nak pergi bersiarrrrr! =_____________=
Huaaaaaaaaaa .... tak puas hati langsung bayar naik menatang tu walaupun at the end tu, abang bot tu dok golekkan kami masuk dalam laut. Still tak puas hati sebab selalunya saya tengok sebelum ni, yang naik Banana Boat ni, mesti kena bawak bot laju-laju. Yang kami ni? Kucing saya lari lagi laju kot? Huhuhu. T__T


Datang picnic serius takde bawak makanan berat ke apa. Semua beli kat gerai-gerai tepi-tepi tu je. Nasib baiklah harga reasonable lagi. Saya dan suami sempat pi beli burger special ( Burger special is a must setiap kali balik Malaysia! ), rojak buah dengan air panas.

Masa ni semua naik atas, nak rehat kejap plus makan sebab biasalah, kalau mandi, perut mesti kelaparan melampau. Alhamdulillah burger semua sedap. ;)
Budak baju biru tu nama dia Haziq. Anak sedara sulung belah family suami saya. Time ni dia memang jelas nyata sangat sangat lapar sebab makan beriye! Habis semua black pepper dan segala sos lain dia bedal jugak padahal kalau diikutkan, bukan dia makan pun! Kuikuikui.
Lepas makan burger, saya yang gemok ini tak sedar diri terus request kat suami : " I nak aiskrim letak dalam roti tu boleh? " ( Sambil kepala toleh kiri kanan belakang cari pakcik motor jual aiskrim tu) . Hahaha. Memang teringin sangat sebab bila masa sampai kat Teluk Batik ni ada nampak sorang budak ni pegang roti dengan aiskrim kat tengah. Terus nafsu membuak-buak nak jugak! Tak kisahlah gemuk ke apa. Lantak! Bukan selalu dapat makan. Kahkahkah.
Lepas tu baru nak menyesal bila dah jadi dugong terdampar di tepian pantai Teluk Batik. Hahaha. =_=
Malam tu pulak, adik-adik sangat rajin nak buat bbq. Sebelum nak Maghrib tu, dorang dah sibuk pergi cari barang bbq. Serius. Semua last minute. Beli tempat nak bako tu pun last minute sebab kami memang datang tangan kosong.
Tukang hidupkan api is my biras. Tukang bako adalah kami bertiga : saya, suami dan biras si tukang hidupkan api. Hahaha. Mujurlah malam tu cuaca ok dan angin tak berapa kuat tapi jenuh jugaklah nak hidupkan api pakai arang tu. Dahlah kipas ke apa takde. Biras saya dok hidupkan api tu, dia kipas pakai pinggan polystrene yang dia kutip kat memana entah. Hahaha.
Jadinya, malam tu kami dinner food dari bbq tu je. Ada udang, sotong and some fishball yang beso yang selalu ada kat pasar malam tu. I don't know the exact name of it.
Dan nak dijadikan cerita, my abang ipar and biras suddeny last minute jugak nak datang Teluk Batik from Sungai Buloh. Datang sebab jeles tengok kami ramai-ramai picnic and bbq! Hahaha. Serius dorang adik beradik ni memang suka buat kerja gila. Dahlah bini tengah sarat mengandung. Boleh rilek datang time tu jugak. Hahaha.
So, malam tu, lengkaplah the whole family clan. ;)
Then, esoknya, we check out early as we planned nak ke Lumut Jeti sebab saya request nak beli segala spesies sotong dengan ikan kering tu. Memang saya borong betul lah! Banyak gila. Penuh 1 plastik beso. Suami cakap saya tamak! Mujur makanan tu semua habis. Hahaha. So, tak rugilah kan sebab saya sendiri pun makan banyak especially sotong kering yang dah siap salut dengan gula pasir tu. Sedapnyaaa! :p
Pemandangan dari tempat parking bertingkat. Terpaksa parking kat sini sebab berkonvoi dengan 4 kereta. Parking luar banyak dah penuh. Sini je lah kosong. 

This is the whole family kecuali abang ipar si tukang tangkap gambar ini. Heeeeee. ;)


Sebelum balik ke Bagan Serai, kami singgah makan tengahari dulu dekat area Jeti Lumut tu jugak. Alhamdulillah, menu dan rasa makanan kat kedai Makcik ni sangat ok dan sedap! Puas hati walaupun kedai dia tak berapa nak ramai sangat customer. Hehehe.
Sampai kampung pun dah petang dengan memasing kulit dah golap! Kahkahkah. Paling kelako, adik-adik ipar saya yang baju purple dengan belang merah tu gigih pakai sunblock SPF tinggi tapi tatap golap! Hahahaha. :p
Harap kalau ada rezeki, boleh pergi jauh sikit like Terengganu sebab saya memang teringin nak ke sanaaaaaaa! Dah lama plan dengan suami tapi sampai sekarang tak dan nak sampai lagi kat sana. Huhuhu.

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Santai Raya <b>di</b> Ulu Chepor, <b>Chemor</b> | MyMekar.com

Posted: 04 Sep 2012 07:30 PM PDT

Assalamualaikum kepada pembaca blog mymekar.com yg dikasihi dan dihormati sekalian. Masih belum terlewat kiranya dikesempatan ini daku ingin mengambil peluang mengucapkan Salam AidilFitri, maaf zahir batin terutama jika ada tulisan/komen mymekar.com selama ni yg bisa mengguris hati kalian.  Semoga kehidupan kita semua sentiasa dirahmati Allah swt. Ameen.

Musim perayaan ni tidak lengkap sekiranya kita tidak menziarahi saudara-mara dekat jauh sambil makan ketupat, lemang, rendang dan sebagainya. Begitu juga suasana yg berlaku kepada daku sekeluarga.

Kali ni daku bukan nak coretkan kisah kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara @ teman sepermainan di kampung, tapi saje nak kongsi pengalaman "percutian" daku, family & sedara-mara kami pada hari raya ke-4 baru-baru ni.

Perancangan asal kami nak menaiki puncak Cameron Highland yg jaraknya cuma 45 minit dari kampung daku di Ipoh, Perak. Namun di atas sebab kesesakkan jalan dan kecederaan kecil yg terjadi kpd "pemandu utama" myebabkan kami mengubah lokasi percutian. Disebabkan pertukaran berlaku last minute, maka sehari suntuk kami adik-beradik dok google internet utk mcari lokasi percutian yg best di sekitar negeri Perak. Nak pegi Pangkor/Teluk Batik kami dah jemu sbb dulu2 kami memang pernah tinggal di Lumut. Nak pegi Lost World Tambun…huu mak aih.. tiket seorang je dah harga RM 40++..Family kami ada dlm 20 org (besar juga fulus terbang nnti !). Bekalan makanan pulak tak dibenarkan dibawa masuk dlm ..adoiya ! huh… rupanya kat Perak ni tak banyak tempat yg boleh diterokai !… (jangan marah org Perak !).  Cari punya cari, akhirnya Abah sarankan kami ke  Ulu Chepor, di Ipoh jer..hehe (confirm jln tak jem !).

The Lereng Adventure Camp & Resort

Apa yg menarik di sini? Jom ikut daku terjah ke dalam 'hutan' Ulu Chepor ni :-

The Lereng ni milik kawan Abah. Sebetulnya tempat ni hanya sesuai utk group2 pelajar yg sukakan aktiviti camping dan merentas desa. Tapi disebabkan kami dah buntu tak tau nak pegi mana, akhirnya sampai juga kami ke sini. Tak kisah la ceruk mana pun, asalkan kami ada tempat utk dituju.

ini pula bilik2 penginapan sekiranya pengunjung memilih The Lereng sbgai tempat utk bermalam

nak masuk ke kawasan ni memang agak jauh ke dalam hutan. mula2 melalui jalannya agak ragu2 utk meneruskan perjalanan. nasib baik abah ada pengalaman berkursus di sini. adventure sungguh kami merentas desa dgn menaiki 3 buah kereta pada haritu . Pendapat kami yg kategori remaja dewasa, tempat ni biasa-biasa aje. (rasanya tak pegi lagi kot lepas ni..hehe..)

tapi bagi adik2 & sepupu2 daku yg kecik2 tu kelihatan seronok sangat mrka mandi-manda di kolam yg disediakan

minggu perayaan ni memang tiada kelibat pengunjung lain kecuali  keluarga kami. kelihatan adik2ku yg remaja seronok bermain bola tampar.

eh.. pokok kacang panjang pun ada juge :o

bekalan makanan yg kami bawa dari rumah

pecal pun ada ! – semuanya berselera makan tengahari tu

tenangnya suasana – bilik penginapan mengadap kehijauan pokok-pokok hutan

simple kan bilik penginapannya? rate 1 hari kalau tak silap daku sekitar RM50. siap penghawa dingin. ada bilik air disetiap biliknya. namun haritu nasib kami kurang baik krn bekalan air paip pula tiada. jadi sesiapa nak bersolat dan 'melepas hajat' terpaksa mengangkut air dari kolam berhampiran. adoiya..lecehnyee. kami ambil 2 buah bilik haritu sekadar utk rehat2 dan bersolat (day use).  Alhamdulilah, pemilik resort tak mengenakan apa2 caj utk kami. namun kami beri angpau raya untuk anak2 beliau :D

Ok..itu saje aktiviti kami di sini. tak de apa yg menarik sangat. Sebelum asar kami pun berangkat untuk pulang ke rumah. walaupun daku rasakan tiada yg best dgn percutian ini, namun daku gagahkan utk tempek juga ceritanya kot-kot ada sesiapa yg teringin untuk ber'camping' di sini suatu ketika nanti. Selamat beriadah !

Macamana nak sampai sini? Nah..ambik peta nih  :-

klik gambar utk imej yg lebih jelas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


KaKi JaLaN: MiSi IPoH PaRT 5 : THE LaST DReDGe (KaPaL <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 07:20 PM PST

Assalamualaikum, Salam jom pi jalan dan Salam Tahun Melawat Perak 2012 (promo akhir tahun)
Ok... sambung balik dalam minggu Mencari Hidden Gem di Ipoh...  ini entri terakhir untuk pakej percutian dua hari di Ipoh bersama Byya, Maszuber dan John kaedahnya...  Macam mana aku leh jadi agen pelancongan ni pun tak pasti.. #drama
Entri dahulu baca dari sini 
Selepas menikmati keindahan alam semulajadi gua batu kapur terpanjang di Malaysia iaitu Gua Tempurung, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Tualang melalui pekan Malim Nawar.  Berkobar-kobar rasanya nak melihat satu lagi tempat menarik di negeri Perak iaitu Warisan Kapal Korek Bijih Timah.  Almaklumlah, lembah Kinta ni dulunya kan terkenal dengan lombong bijih timah...  Haruslah tengok mana-mana tinggallan selain dari kawasan-kawasan lombong tu je kan????  Rupa kapal korek camne??? Pernah tengok? Pernah tengok? Tak pernah?? Ok, aku pun tak pernah!! Kita sama!
Jomssss....  Melawat Perak 2012 katanya kan??? Moh kita ke sane sana.


Sebenarnya aku berharap kat dalam kapal korek ini diletakkan maklumat-maklumat dengan peralatan dan sekian-sekian tempat di dalam bahagian kapal ini apa dia.  Masuk dalam kapal ni memang impress, menarik tertarik tapi sayang tak tahu alat ini untuk apa, alat itu untuk apa.
Memandangkan kapal korek ini masih lagi dalam proses naik taraf / baikpulih, maka memang aku haraplah  nota-nota ringkas ditampal atau diletakkan di kawasan tersebut.
Hurmmm tetiba baru perasan tak banyak ambil gambar dalam ni... Ekekeke... Maksudnya, memang korang kena pergi sini dan tengok sendiri letew... Moh ke Perak!! 

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Kedah Bakal Jadi Negeri <b>Jelapang</b> Lumpur – Perak Today

Posted: 18 Dec 2012 02:58 AM PST

Utusan Malaysia hari ini telah mendedahkan secara terperinci masalah pembalakan di Kedah yang meruncing.

Masalah ini telah lama didedahkan oleh media alternatif iaitu blog-blog dan laman-laman web, tetapi telah tidak diendahkan oleh kerajaan negeri Kedah, mahupun pemimpin-pemimpin PR pusat.

Para penyokong PR pula menganggap pendedahan tersebut sebagai fitnah walaupun ada di antaranya disertakan dengan gambar-gambar sebagai bukti.

Oleh itu, tidak mengejutkan jika pendedahan besar-besaran oleh Utusan Malaysia yang dilengkapi bukti gambaran dari atas juga, dianggap sebagai fitnah BN untuk memburukkan kerajaan PAS Kedah dan PR secara keseluruhannya.

Malah, kalaupun ada yang menerimanya sebagai benar, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN iaitu alasan atau jawapan 'standard' kerajaan PAS Kedah untuk semua masalah di dalam negeri itu hari ini.

Kerana asyik menuding jari, maka masalah pembalakan tidak terkawal di Kedah kini bukan sahaja tidak selesai tetapi semakin hari semakin buruk dan bakal menjadi satu bencana besar.

Ini disahkan oleh pakar-pakar melalui ujian dan penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar. Antara bencana yang dijangka ialah masalah banjir lumpur dalam skala yang jauh lebih besar daripada yang berlaku pada 2010, di Sik, Kedah yang menjejaskan 6 buah kampung – iaitu berita yang langsung tidak dilaporkan oleh Harakah, media rasmi PAS.

Selain itu, bencana yang kini sedang berlaku dan semakin parah ialah masalah kualiti air akibat aktiviti tanah yang 'menggila' iaitu merangkumi pembalakan, perlombongan dan korek pasir sekali gus, di kawasan tadahan yang mencemarkan air di empangan.

Setakat ini sahaja, kadar kekeruhan kawasan tadahan di Kedah berada di tahap 8,000 – 18,600 Nephelometrik Turbidity Unit (NTU) yang mana telah terlalu jauh mengatasi kadar yang dibenarkan iaitu 50 NTU, bagi kawasan tadahan, dan 1000 NTU bagi sungai-sungai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Walaubagaimanapun, Ustaz Azizan bertegas menyatakan yang masalah ini berpunca dari kerajaan BN dan beliau tidak punya kuasa untuk menyelesaikannya. Persoalannya, benarkah begitu?

Setiausaha Politik beliau, Sanusi Md. Noor, menjawab perkara ini di dalam blog beliau sekitar Ogos 2011, seperti berikut: "kegiatan pembalakan tersebut diluluskan dalam mesyuarat JHB pada 25 Ogos 2005 dan 9 November 2005, iaitu di zaman BN menjadi kerajaan.

Lesen menebang adalah proses terakhir dalam proses membalak selepas kelulusan diberi. Sebelum dapat lesen menebang, sesuatu kawasan yang diluluskan mesti melalui proses persempadanan, penandaan pokok (tagging), penelitian laluan air dan lain-lain aspek teknikal.

Kalau semua peraturan telah dipatuhi, lesen menebang akan dikeluarkan oleh Jab Perhutanan. Telah saya katakan, tempoh antara kelulusan dan menebang memakan masa bertahun-tahun. Ternyata kawasn ini memakan masa 5 tahun sebelum dapat ditebang."

Namun, sebelum itu, pada 3 Januari 2010, Harakahdaily melaporkan bagaimana Azizan berjaya meningkatkan pendapatan melalui balak melalui sistem tender terbuka.

Kata Azizan, "Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.

Pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri."

Mengikut rekod, terdapat 10 syarikat yang menerima lesen pembalakan dari kerajaan negeri melalui 'tender terbuka' tetapi sehingga kini, Azizan tidak pernah mengumumkan keluasan dan kawasan mana yang terlibat dalam tender tersebut.

Hakikatnya, proses pengeluaran lesen penebangan oleh Jabatan Hutan dan Galian serta Alam Sekitar hanya memakan masa 6 bulan. Oleh itu, jawapan Setiausaha Politik Azizan bahawa ia mengambil masa 5 tahun amatlah menghairankan.

Dan mengikut rekod juga, dari zaman Dato' Seri Syed Razak dan Dato' Mahadzir Khalid menjadi MB Kedah, tiada lesen pembalakan yang dikeluarkan di kawasan tadahan.

Ia pernah dikeluarkan untuk Rimba Teloi tetapi pengeluaran balak dibuat ketika Empangan Beris BELUM LAGI dibina dan ianya bersifat TERKAWAL. Namun, apa yang berlaku di Kedah sekarang ialah ianya sudah tidak terkawal atau di tahap 'menggila' sehinggakan balak-balak yang masih muda, sekecil betis juga diangkut sekali.

Secara umumnya, rakyat Kedah cukup maklum dengan sikap MB mereka yang suka 'buat tak tahu'. Laporan audit Kedah baru-baru ini sudah cukup untuk membuktikan sikap MB yang 'tidak tahu apa-apa' ini di mana projek-projek besar yang memakan ratusan juta juga telah dilaksanakan atau telah tidak terlaksana secara tanpa kawalan iaitu tanpa pengetahuan dan tanpa kelulusan pihak-pihak yang berkenaan di dalam kerajaan.

Seolah-olah, di Kedah masing-masing boleh berbuat sesuka hati dari peringkat kepimpinan bawahan sehinggalah ke peringkat exco. Lebih memburukkan keadaan ialah apabila ramai yang keliru atau sengaja mengelirukan kedudukan kuasa antara kepimpinan negeri dan parti PAS.

Sewajarnya, laporan Utusan Malaysia hari ini diambil sebagai loceng yang menggerakkan Azizan dari tidur. Beliau tidak boleh menuding jari lagi, sama ada kepada BN atau kepimpinan bawahan negeri dan parti PAS sendiri. Siapapun yang bersalah, adalah soal kedua, yang penting kini, beliau wajib memikul tanggungjawab mencari jalan bagi menghindari bencana besar.

Lebih dari itu, beliau tidak boleh menafikan bahawa beliau pernah mengugut untuk membalak di kawasan tadahan sekiranya kerajaan pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun. Kata beliau:

"Kita dah banyak berkorban dengan tidak mengambil balak di kawasan simpanan dan tadahan supaya dapat membekalkan air kepada Pulau Pinang dan Perlis untuk kegunaan industri, pertanian dan minuman tanpa mendapat bayaran.

"Sebab nak jaga kawasan itu kita kehilangan hasil bumi. Kami orang Kedah nak makan apa. Kerajaan pusat hantar duit mai tak apa la. Salahkah kerajaan negeri lakukan ini untuk rakyat dia. Kalau balak itu diambil untuk menteri besar atau exconya, itu barulah salah," kata Azizan.

Beliau berkata atas alasan itu kerajaan negeri mempunyai sebab kukuh untuk menebang balak di tanah miliknya.

Ditanya mengenai kesan penebangan balak terhadap alam sekitar di kawasan terbabit, Azizan berkata: "Kita tahu polisi itu tetapi sampai orang yang tinggal di tepi laut nak makan pun tidak cukup, nak buat apa. Itu tidak boleh, ini tidak boleh."

- Malaysiakini (Jun 19, 2008)

Justeru, rakyat Kedah wajar memikirkan semasak-masaknya untuk mengenali pemimpin negeri mereka – apakah benar Ustaz Azizan tidak tahu apa-apa, atau sekadar 'buat-buat tak tahu'? Rakyat Kedah perlu buat keputusan tepat dalam memilih kerajaan negeri dalam PRU kali ini agar negeri Jelapang Padi ini tidak berubah menjadi Jelapang Lumpur…

Tetapi sebelum itu, rakyat Kedah perlu mencari jalan agar Ustaz Azizan tersedar, bangun dan bekerja untuk negeri terlebih dahulu, sebelum bekerja untuk pilihanraya.

- BERUANG BIRU

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> Kolej Komuniti <b>Pasir Salak</b>(KKPS)

Posted: 19 Jan 2013 06:00 PM PST

Jawatan Kosong 2013 di Kolej Komuniti Pasir Salak(KKPS)

Jawatan Kosong 2013: Kolej Komuniti Pasir Salak(KKPS), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia merupakan institusi pendidikan yang menyediakan latihan dan kemahiran kepada semua anggota masyarakat yang memerlukannya. Ia juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar atau kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk mendapatkan latihan dan kemahiran yang mereka minati. Ini bermakna KKPS menyediakan kursus peningkatan kemahiran kepada masyarakat setempat tanpa mengira had umur bagi membantu mereka  meningkatkan kualiti hidup.

Jawatan Kosong 2013 di Kolej Komuniti Pasir Salak(KKPS)

Permohonan adalah dipelawa bagi mengisi jawatan kosong seperti di bawah:-

JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
BIDANG : Automotif
BIL. KEKOSONGAN : 1
TARAF JAWATAN : KONTRAK (BERGAJI HARI)
SYARAT PERMOHONAN : Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia;
2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
3) Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
(i) Diploma dalam bidang Automotif.

Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bersama resume, salinan sijil-sijil yang berkaitan yang disahkan berserta dengan gambar berukuran passport yang tidak dikembalikan dalam sampul surat yang bertanda 'Jawatan Kosong' kepada:

Pengarah
Kolej Komuniti Pasir Salak
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada
36800 Kampung Gajah
Perak
Tel : 05-655 2300
Faks : 05-655 2800
Emel : kkps[at]kkpsa.edu.my

Sebelum atau pada 25 Januari 2013.
TEMPOH PERKHIDMATAN ADALAH MAKSIMUM 6 BULAN SAHAJA
*(Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga).

You can leave a response, or trackback from your own site.

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


ALaHai Si LunCAi: MUSIM LURUH <b>DI PADANG RENGAS</b> !

Posted: 23 Jan 2013 07:49 PM PST


LURUH  DALAM PERKATAAN LAIN DISEBUT JUGA GUGUR, JATUH. SEBUT LURUH NI MACAM SEDAP SIKIT BUNYINYA. SELALUNYA ORANG PERAK SEBUT LURUH UNTUK DURIAN.

TAPI AKU NAK MAKSUDKAN PAS. TAK BOLEH KATA PAKATAN SEBAB DAP DAN PKR LANGSUNG TAK WUJUD DI PADANG RENGAS NI.

DUA MALAM BERTURUT TURUT PAS BUAT CERAMAH DI PADANG RENGAS. MALAM TADI DI KOTA LAMA KIRI. BANYAK BANNER ATAU KAIN RENTANG DIPASANG UNTUK MENARIK ORANG DATANG.

DUA MALAM LEPAS DI KAMPUNG TANAH MERAH. KEDUA DUA CERAMAH INI AKU PERCAYA REAKSI KEPADA LAWATAN MB BARU BARU INI.

AKU LALU DI KEDUA DUA CERAMAH. KOSONG, SEPI. DI TANAH MERAH AKU KIRA ADA DALAM DUA PULUH ORANG KHALAYAKNYA.

DI KOTA LAMA RAMAI SIKIT. ENAM PULUH ORANG ADA RASANYA.

KESIAN YANG DI KOTA LAMA TADI. BARU NAK MULA HUJAN TURUN SECARA TIBA TIBA. BERASAP ORANG LARI. TINGGAL KHEMAH KOSONG.

HE! HE! HE! NASIB BAIK HUJAN. KALAU TIDAK MALU BESAR USTAZ JAMALUDDIN. KAMPUNG LAMAN DIA. TAPI ORANG LANGSUNG TAK MINAT DENGAN PAS.

AKU ADA DENGAR CERITA. DAP AKAN LETAK CALON MELAYU DI SALAH SATU KERUSI PADANG RENGAS.

LETAKLAH SIAPAPUN. AKU DAH NAMPAK SANGAT JELAS, PADANG RENGAS BUKAN KAWASAN PEMBANGKANG. INI MUSIM LURUH MEREKA, MUSIM GHUYUB.

MASA DAH TIBA. ALLAH DAH HUKUM MEREKA KERANA PERDAGANG AGAMA DENGAN HARGA YANG AMAT RENDAH...



07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Proton nafi pindah keseluruhan kilang ke <b>Tanjung Malim</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 10:48 PM PST

KUALA LUMPUR -– Pengeluar kereta nasional pertama, Proton Holdings Bhd tidak akan memindahkan keseluruhan kilang pembuatan di Shah Alam ke Proton City di Tanjung Malim.

Kereta Proton yang kini dikeluarkan di Shah Alam akan terus dihasilkan di sana, demikian menurut Ketua Sektor bagi Operasi Teknikal Proton untuk kilang Shah Alam dan Tanjung Malim, Abdul Rashid Musa.

Semalam, di Tanjung Malim, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan negeri akan menggerakkan semula rancangan untuk membangunkan perbandaran itu kepada hab automotif negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Zambry berkata Proton akan memindahkan operasi pembuatan berperingkat-peringkat dari Shah Alam ke kilang Tanjung Malim.

Abdul Rashid memberitahu bahawa hanya model Proton masa depan akan dipertimbang untuk dikeluarkan di kilang Tanjung Malim.

"Ini untuk mengoptimumkan penggunaan kapasiti kilang Proton yang canggih di Tanjung Malim untuk mencapai skala ekonomi, yang kini beroperasi separuh daripada kapasitinya," kata beliau.

Beliau berkata ini akan meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan operasi Proton.

Kilang Proton di Tanjung Malim yang dibuka pada Ogos 2004 adalah lima kali lebih besar dengan tanah seluas 517 hektar berbanding kilang Shah Alam yang terletak di kawasan seluas 101 hektar.

Kilang Shah Alam kini mengeluarkan Saga, Satria Neo R3, Exora dan Inspira, manakala Gen 2 (untuk eksport), Persona dan Preve dikeluarkan di kilang Tanjung Malim.

Menurut Zambry, beliau telah bertemu dengan pengurusan Proton dan susulan beberapa perbincangan, syarikat itu telah memutuskan untuk memulihkan Proton City.

Beliau berkata hab automotif negara itu dijangka memberi impak yang besar kepada ekonomi Perak dalam tempoh lima tahun.

Zambry berkata dalam rancangan pembangunan negeri, pembangunan Tanjung Malim itu akan melengkapkan Lembah Klang, seperti yang telah berlaku dengan Seremban, Negeri Sembilan.

Proton melabur antara RM1 bilion hingga RM2 bilion di bawah rancangan penyusunan semula bagi Proton City dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang. – Bernama

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


BrightEye: Bercuti <b>di Sungkai</b> 2012

Posted: 12 Jan 2013 08:50 PM PST

Hari yang sungguh relaxing, awal pg td lps subuh BE dan mama BE pegi jogging.. kul 7am dh kuar dh.. Dah lama sgt2 BE tak jogging.. sejak kawin x penah jogging kot.. Jog skit ada lah semput sekejap tp tetap cool.. Inhaler mmg stand by kt poket. Sampai je umah dh mula hujan lebat selebat-lebatnya...
Ok...dh lari tajuk. BE nak citer masa BE bercuti di Hotspring Sungkai, Perak. Tmpt tu dibuka pada tahun 2003. Natural hot water from underground. Perjalanan dari KL ke Sungkai makan masa hampir 2 jam.. tgk pada trafik juga la. Nak ke sana ikut highway Plus masuk ke tol Trolak, lps tol tu masuk kiri. Nnt jumpa sign board Hot Spring tu. Agak dalam jugak lah bila nak masuk ke pintu depan dia. BE bertolak dr umah kul 8pagi. Bila dh sampai sana punya ramai manusia dh terpacak depan gate tunggu shuttle.
Nak masuk dalam kene byr tiket dulu, mcm masuk mana theme park. Dewasa RM10, Kanak2 RM8, untuk warga emas RM7 dan OKU RM2. Pelbagai bangsa yang nak mandi kt Hot Spring tu, pelancong dr negara lain pun ada. Dan sape2 nak g sana, BE nasihat agar kuar umah lebih awal dr jam 7pagi sbb ada orang sampai kul 730 kt Hotspring pun dh penuh.. Klau pergi waktu cuti sekolah mmg sesak, nak duk resort kt dlm tu mmg cpt penuh.. better book awal2..
Bila dh sampai dalam, ada pagar lagi. Orang tu tahan sbb makanan luar xleh bawak masuk, kitorg dh bwk makanan byk masa tu so terpaksa tinggalkan kt luar. Cari port utk letak makanan pastu tutup dgn tikar. Yang boleh bwk masuk hanya air mineral. Sape yg bawak telur pun xleh bwk masuk sbb kt dalam dh ada dh tp klau nak rebus telur kene beli dulu. 3 atau 5 biji rm3 kot..dh lupa dh tp cam x berbaloi lah..
Setiap kolam ada suhu yg berbeza.. Ada sampai 100 Degree Celcius..mcm masak air tau..lagi panas drpd tu rasanya sbb BE tgk berasap2.. Dorang buat wiring utk elak orang sentuh air tu,, klau x skali celup dh masak dh daging kite..huhu.. Membebel lak BE ni,,jom lah tgk gmbr ye..
BE dgr klau sape2 preggy, jgn pijak atas batu ni..effect dia teruk sampai leh gugur..betul ke?
Rumah ni ada 4 bilik, 2 Bilik Air.
Owner rumah ni seorang cikgu.. Sape2 nak contact no. dia leh lah call dia Pn.Shidah 0195772972

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


madu3urusharta: Rumah <b>di</b> Taman Kurau Lesari <b>Kuala Kurau</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 03:50 PM PST

Price: RM 237 500 Type: Houses, For sale Area: Bagan Serai Title type: Freehold Tenure: - Other info: Bumi Lot Size: 2271 sq.ft. Bedrooms: 3 Bathroom: 2 Property Type: Semi detached sesiapa yang ingin membeli rumah ini sila hubungi saya di no 019 2136502 / 019 207 4779 rumah dekat sekolah , pusat bandar , ada bank , klinik dan segala kemudahan moden . dekat highway ke utara dan selatan . pemandangan cantik dan kemas serta ada kawasan permainan kanak-kanak berdekatan dengan pulau pinang hanya 55 km Berdekatan bandar/pekan: Kuala Kurau (5 minit) Bagan Serai (10minit) Parit Buntar (15minit) Kediaman yg tenang berlatarbelakang sawah padi.. http://www.mudah.my/Taman+kurau+lestari+bagan+serai+perak-19683115.htm Taman Kurau Lesari Kuala Kurau.., bagan serai ..perak syukur kepada ALLAH diatas kemurahan rezeki nya..ahli MADU3 PERAK berjaya dalam projek kerjasama pembangunan tanah terbiar menjadi taman yang cantik dan kemas . taman ini bernama taman kurau lestari di bagan serai ....ALHAMDULILLAH....kegigihan berusaha dan yakin pada rezeki ALLAH..akhirnya berjaya juga akhirnya. http://youtu.be/y5avEDiSz4Q sesiapa yang ingin membeli rumah ini sila hubungi saya di no 019 2136502 / 019 207 4779 sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


<b>Di Negeri Perak</b>: 40 tahun hidup tanpa elektrik! ~ Perakite Daily™

Posted: 22 Jan 2013 09:34 PM PST


Kehidupan yang dirasai warga emas, Steh Abdullah, 66, turut dikongsi dua anaknya berusia 23 dan 33 tahun yang tinggal bersamanya.

Steh berkata, kadangkala mereka terpaksa meminjam generator milik seorang rakan anaknya untuk mendapat bekalan elektrik namun, akan dipulangkan apabila pemiliknya ingin menggunakan alat itu.

Menurutnya, baru-baru ini anaknya dengan bantuan Pengerusi Wanita Bestari Teluk Intan, Alen Rus Ihsan, memohon bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Namun pihak berkenaan meletakkan pelbagai syarat antaranya perlu kebenaran tuan tanah.

"Sebaik sahaja menerima surat kebenaran itu, anak saya menghantar surat kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta TNB namun pelbagai syarat diletakkan," katanya kepada Sinar Harian.

Kata Steh,  antaranya syarat berkenaan, mereka perlu membayar sejumlah wang untuk membolehkan kontraktor melakukan kerja pendawaian di dalam rumah.

Jelasnya, bayaran yang dikenakan untuk kerja pendawaian menjangkau RM5,000 dan jumlah itu agak mustahil untuk disediakan.

Alen Rus pula berkata, agak sukar untuk keluarga Steh menyediakan bayaran berkenaan kerana kedua-dua anaknya bekerja sebagai nelayan dan pembantu sistem siaraya sementara warga emas itu pula sudah uzur.

"Pendapatan yang diterima mereka setakat cukup makan sahaja, jadi saya berharap ada pihak yang prihatin dapat menyalurkan bantuan ihsan kepada keluarga ini," katanya.