Ahad, 27 Januari 2013

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Aduan tekanan air rendah <b>di</b> Pekan <b>Tanjung Piandang</b> <b>...</b> - Cina Islam

Posted: 11 Aug 2010 09:22 AM PDT

TANJUNG PIANDANG : Satu aduan dari penduduk Tanjung Piandang telah diterima oleh Pejabat ADUN Titi Serong mengenai tekanan air yang rendah yang mengakibatkan kebanyakan rumah kediaman dan kedai disekitar Pekan Tanjung piandang terputus bekalan air sekitar jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Satu lawatan pada 30 July telah dilakukan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim bagi melihat dan bertanya langsung mengenai masalah tersebut. Hasil dari itu sekitar 20 orang penduduk telah ditemui dan mereka kesemuanya mengadu masalah mengenai masalah tersebut dan meminta jasa baik Drs. Khalil untuk mengadu kepada pihak Lembaga Air Perak (LAP).


07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Lelaki Parah Ditembak <b>Di</b> Pusat Hiburan <b>Parit Buntar</b> | MyNewsHub

Posted: 21 Jan 2013 02:48 AM PST

Lelaki Parah Ditembak Di Pusat Hiburan Parit Buntar

PARIT BUNTAR – Seorang lelaki parah selepas ditembak oleh individu yang dipercayai kenalannya di sebuah pusat hiburan di Taman Wawasan Parit Buntar, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, Lim Lip Hong, 24, dikatakan ditembak dari jarak dekat oleh suspek berusia 30-an yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemilik pusat hiburan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata kejadian dikatakan berpunca pertengkaran kecil antara mangsa dan suspek ketika mereka dikatakan di bawah pengaruh alkohol. – BHarian

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Jawatan kosong 2013 <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Teluk Intan</b>

Posted: 25 Jan 2013 06:08 PM PST

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan

Jawatan Kosong 2013: Majlis Perbandaran Teluk Intan telah dinaiktaraf daripada Majlis Daerah Hilir Perak setelah mendapat kelulusan jemaah menteri pada 23 April 2003.  Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 4 April 2004. Sebelum dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah Hilir Perak (MDHP) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 di bawah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan diisytiharkan melalui WARTA Kerajaan PKPU 27 dengan penyatuan enam (6) buah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan (LPKT):

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan berikut:-

Maklumat lengkap serta syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web Majlis Perbandaran Teluk Intan (www.mpti.gov.my)

Semua permohonan hendaklah melalui borang permohonan yang boleh didapati di kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Perbandaran Teluk Intan (waktu pejabat) (1 borang untuk satu jawatan) atau boleh muat turun (download) di SINI.

Alamat permohonan dan tarikh tutup iklan:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
JALAN SPEEDY
36000 TELUK INTAN
TARIKH TUTUP IKLAN : 4 FEBRUARI 2013

Permohonan akan DITOLAK sekiranya:
i. Tidak lengkap atau tidak jelas
ii. Tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.
iii. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

You can leave a response, or trackback from your own site.

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Manager “Busuk Hati” MenJERAT “Marloand” <b>di Kampar</b> « Lampu <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 12:00 AM PST

Oleh Muhammad Syukri bin Mustapha

Mr-X-QuitThe925.com_Rumah Kesatuan, 10 Januari 2013 – Ketika NUBE Ipoh sedang sibuk berbincang mengenai persiapan piket CIMB Perangin Mall Pulau Pinang kami dihubungi oleh seorang pegawai bank yang mengadukan hal seorang ahli NUBE dicawanganya "Marloand" (bukan nama sebenar) yang bermasalah di Kampar Perak untuk pihak kami membantunya atas satu kes yang telah berlaku 6 bulan yang lalu untuk bantuan lanjut.

Sebelum itu, penulis pernah menghubungi ahli ini tetapi kesukaran menghubunginya menyukarkan tugasan kami selanjutnya. Namun setelah enam bulan berlalu timbul semula masalah kerana pihak audit telah datang ke cawangan berkenaan dan menyoal siasat kejadian sebenar.

Mengikut sumber dari "Marloand" setelah beliau datang sendiri kesini memberikan keteranganya kepada kami, beliau menyatakan kes Access (lebihan wang) pelanggan telahpun DITUTUP oleh managernya 6 bulan lalu tetapi kini beliau menghadapi pertuduhan serta diambil keterangan mengenai kejadian itu semula oleh pihak audit banknya.

Menurutnya lagi, kejadian yang berlaku sehari sebelum beliau pergi bercuti berkahwin itu katanya, berlaku kerana transaksi yang dilakukan oleh seorang pelanggan dikaunternya memasukan sejumlah wang ke akaun pihak ketiga "meragukan" setelah 2 minggu selepas kejadian. Setelah disemak transaksi tersebut oleh pegawai bank berkenaan, didapati "Marloand" telah memasukan jumlah yang salah semasa mendeposit akaun berkenaan dihadapan pelanggan itu. Cuma selepas 2 minggu berlaku kejadian barulah pelanggan itu sedar dan datang semula ke bank dan membuat pengaduanya.

Manager yang ketika itu yang akan memberhentikan perkhidmatan lagi seminggu  dengan bank tersebut meminta Sdra "Marloand" ini menulis surat penjelasan mengenai situasinya sebenar dan menyelesaikan masalah ini dengan pelanggan. Jelasnya lagi, pelanggan berpuas hati dengan penjelasanya dan meninggalkan banknya setelah masalahnya selesai. Kemudian, manager dalam reaksi tenang didalam biliknya bersama "Marloand" memaklumkan kepadanya bahawa kes ini DITUTUP setelah beliau menerangkan dalam surat penjelasanya dan beliau amat berpuas hati apabila pelanggan itu tidak memanjangkan aduannya ke peringkat atasan.

Namun, setelah 6 bulan berlalu dan Manager tersebut berhenti kerja kes yang dikatakan DITUTUP manager itu datang kembali dan merunsingkan Sdra "Marloand" yang ketika ini dihalang buat sementara waktu menjadi juruwang gara – gara surat kepada Managernya itu. Beliau juga yang sebelum itu agak tidak mengambil berat kesnya itu serta tidak memberitahu secara jelas kesnya kepada kami akan berkemungkinan berhadapan dengan perbicaraan dalaman pihak banknya tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, pihak kami akan sedaya upaya akan membantunya jika laporan audit mensabitkan kesalahannya. Nantikan lanjutan kisah ini selanjutnya nanti…

Laporan GGIT untuk berita NUBE

Jawatan kosong 2012 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kampar</b>

Posted: 21 Oct 2012 10:20 PM PDT

Jawatan kosong 2012 di Majlis Daerah Kampar

Jawatan kosong 2012: Kampar memberi pengertian Bandar Kampar dan kawasan-kawasan sekitarnya dalam lingkungan 10-20 batu persegi. Penerokaan dan petempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan penemuan bijih timah itu sendiri, maka tidak hairan jika ada pendapat yang mengatakan 'Kampar dibangunkan di atas bijih timah' dan sehingga kini bijih timah masih dilombong meskipun kepesatannya mulai berkurangan akibat kemerosotan pasaran timah.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Daerah Kampar, Perak Darul Ridzuan.

1.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran – Gred U29

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati dari Pejabat Majlis Daerah Kampar dan hendaklah disampaikan kepada:-

Yang Dipertua
Kompleks Pentadbiran
Majlis Daerah Kampar
Jalan Iskandar,
31900 Kampar
Perak Darul Ridzuan.
Tidak lewat dari : 31 Okt. 2012

Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Surat berhenti Sekolah, salinan Sijil Pelajaran atau keputusan peperiksaan yang diperolehi dan sekeping gambar ukuran pasport dengan dua sampul surat beralamat sendiri dan bersetem RM0.80.

Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/ Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

Segala tuntutan perbelanjaan berhubung dengan permohonan atau temuduga dan permohonan lewat dan tidak lengkap tidak akan dilayan.

Calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga. Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 6 bulan dianggap tidak bejaya.

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

from your own site.

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Kata Kata Aluan ~ SEK KEB METHODIST <b>MALIM NAWAR</b>

Posted: 26 Jan 2013 08:22 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan di atas keizinan dan kesempatan. bagi saya meneruskan amanah dan tanggungjawab memimpin ... telah memberikan kerjasama baik dalam penyediaan perancangan. pengurusan sekolah dan penyediaan Buku Takwim Tahun ini. ' Guru Bestari, Kerja Berkualiti '. (INDHIRA A/P THIRUNAVUKARASU). Guru Besar,. SK Methodist Malim Nawar,. Jalan Tanjung Tualang,. 31700 Malim Nawar,Perak.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Pengedar dadah ditembak mati <b>di Bukit Merah</b> « DanuGemilang

Posted: 10 Dec 2012 01:48 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Pengedar dadah ditembak mati di Bukit Merah. TAIPING: Seorang pengedar dadah yang membaling sebutir bom tangan ke arah polis ditembak mati dalam kejadian di Bukit Merah, di sini, jam 10.30 pagi tadi. December 10th ...

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


BN terdesak <b>di Sungai Siput</b> sehingga panggil semula Samy Vellu <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2012 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis :  Parti Sosialis Malaysia (PSM) membidas  dakwaan sesetengah media kononnya wujud pertelingkahan antara parti itu dan PKR berhubung isu penamaan calon dan penggunaan logo parti di Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"PSM memang mahu bertanding pakai logo sendiri tapi kami (PSM dan PKR) tidak berbalah seperti yang dikhabarkan media, sebaliknya masih berbincang secara baik.

"Dulu hampir 10 tahun pendaftaran parti ini ditolak, jadi sekarang sebagai parti yang telah berdaftar, sudah tentu PSM mahu gunakan logo sendiri. Tapi kalau ada logo bersama itu juga boleh diterima," katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media kononya   PSM dan PKR yang dikatakan saling bertelagah dalam isu penamaan calon dan penggunaan logo parti di Sungai Siput bagi PRU – 13.

BN YANG TERDESAK

Ditanya mengenai sokongan pengundi Sungai Siput yang dilihat mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN), S. Arutchelvan berkata :

"Saya tidak rasa sokongan pengundi telah berkurang kerana apabila kami turun padang berjumpa rakyat, mereka masih lagi setia menyokong parti ini.

"Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj juga telah melakukan bermacam usaha untuk menaik taraf kehidupan rakyat di Sungai Siput, jadi soal isu pengundi kembali kepada BN tidak timbul sama sekali," jelasnya.

Selain itu, S. Arutchelvan menambah, BN kini dilihat sedang berhadapan masalah menamakan  calonya di Sungai Siput kerana sehingga kini BN masih belum mengemukakan nama calon yang sepatutnya.

"Kerajaan MIC-BN semakin terdesak nampak gayanya sekarang ini. Kenapa Datuk S Samy Vellu yang telah bersara kembali berkempen? Saya rasa mereka telah mengalami kepupusan kepimpinan baru," ujarnya.

Sementara itu, memberi maklum balas yang sama, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj meminta media tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar.

"Saya tahu, ini lah yang diharapkan BN sebenarnya, supaya kami parti pembangkang akan bergaduh sesama sendiri sekaligus menakutkan pengundi dengan dakwaan yang tidak betul. Malang sekali itu semua tidak akan berlaku.

"Sama seperti parti lain juga, kalau ada masalah sekalipun, ia hanyalah masalah kecil sahaja yang pasti boleh diselesaikan tanpa perlu pertelingkahan," katanya.

"Apa yang boleh saya katakan, situasi sekarang adalah 50-50. Tetapi saya tetap percaya kami (pembangkang) ada peluang untuk menang," kata beliau.

Untuk rekod, PSM menang dalam Pilihan Raya Umum 2008 menggunakan tiket PKR namun kedua-dua parti itu dikhabarkan mengalami perselisihan pendapat berikutan isu logo parti yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang.

Pada PRU 2008, bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu gagal mempertahankan kawasan tersebut yang diwakilinya sejak 1974 kepada Jayakumar dengan majoriti 1,821 undi.

Perlantikan Samy Vellu sebagai Pengerusi BN Parlimen Sungai Siput awal bulan lepas selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat reaksi yang berbeza di kalangan penyokong dan pemimpin BN sendiri.

Persoalanya mampukah Samy Vellu meredakan politik Sungai Siput selepas tersungkur di PRU 2008? Apakah pengaruhnya masih kuat disana seiring dengan tuntutan politik semasa ?

MIC dikatakan masih mencari seorang calon yang sesuai yang dapat mempengaruhi senario politik Sungai Siput tanpa "campurtangan" mana – mana pihak.

TMT difahamkan , antara nama – nama yang dipertimbangkan oleh MIC dan pucuk pimpinan tertinggi BN termasuklah,  Naib Presiden MIC Datuk S.K. Dewamany, Ketua Pemuda T. Mogan, Setiausaha Agung MIC Datuk S. Murugessan dan  bekas Timbalan Menteri Datuk T. Murugiah. – TMT

Tags: ,

Category: Bahasa Malaysia

Batu vs Kayu: Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b>

Posted: 03 Nov 2012 12:58 AM PDT

Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.
Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.
"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.
"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.
Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.
Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".
Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.
Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.
Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.
ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.
NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Katak gergasi 2 kilo <b>di Gerik</b> ditemui

Posted: 25 Jan 2013 03:58 PM PST


Orang ramai sekitar daerah ini gempar apabila seorang ahli perniagaan mempamerkan dua ekor katak gergasi seberat hampir 2 kilogram (kg) setiap seekor yang didakwa ditangkap sekitar kawasan hutan di Gerik, Perak.
Katak besar dipercayai spesis Lithobates Catesbeianus yang didakwa terbesar dan terberat di Malaysia setakat ini, memeranjatkan orang ramai berikutan turut mempunyai saiz panjang melebihi 40 sentimeter .
Katak berwarna hijau itu ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga RM130 sekilogram.
Ahli perniagaan berkenaan, Low Yin See, 45, berkata, dia memperoleh dua ekor katak gergasi itu daripada lelaki Orang Asli yang berjaya menangkapnya berhampiran sebuah sungai di Gerik minggu lalu.

Menurutnya, katak berkenaan adalah spesis katak paling besar yang pernah ditemuinya sejak menjadi peniaga haiwan eksotik di Pasar Jalong, di sini, lebih 10 tahun lalu.

"Biasanya saiz katak yang dibekalkan kepada saya hanyalah sekitar 100 gram hingga 200 gram seekor. Namun, katak gergasi ini mencecah berat hampir 1.8 kg.

"Berat katak ini amat luar biasa dan sukar dipercayai. Ramai yang teruja dan ragu-ragu namun akhirnya percaya selepas mendapati katak berkenaan bergerak-gerak," katanya.

Dia mendakwa katak itu yang hidup di tebing sungai dengan memakan ikan dan udang hanya aktif pada waktu malam saja.
"Katak ini biasanya boleh ditemui pada bulan Disember dan Januari," katanya ketika ditemui.

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


<b>Di Negeri Perak</b>: 40 tahun hidup tanpa elektrik! ~ Perakite Daily™

Posted: 22 Jan 2013 09:34 PM PST


Kehidupan yang dirasai warga emas, Steh Abdullah, 66, turut dikongsi dua anaknya berusia 23 dan 33 tahun yang tinggal bersamanya.

Steh berkata, kadangkala mereka terpaksa meminjam generator milik seorang rakan anaknya untuk mendapat bekalan elektrik namun, akan dipulangkan apabila pemiliknya ingin menggunakan alat itu.

Menurutnya, baru-baru ini anaknya dengan bantuan Pengerusi Wanita Bestari Teluk Intan, Alen Rus Ihsan, memohon bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Namun pihak berkenaan meletakkan pelbagai syarat antaranya perlu kebenaran tuan tanah.

"Sebaik sahaja menerima surat kebenaran itu, anak saya menghantar surat kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta TNB namun pelbagai syarat diletakkan," katanya kepada Sinar Harian.

Kata Steh,  antaranya syarat berkenaan, mereka perlu membayar sejumlah wang untuk membolehkan kontraktor melakukan kerja pendawaian di dalam rumah.

Jelasnya, bayaran yang dikenakan untuk kerja pendawaian menjangkau RM5,000 dan jumlah itu agak mustahil untuk disediakan.

Alen Rus pula berkata, agak sukar untuk keluarga Steh menyediakan bayaran berkenaan kerana kedua-dua anaknya bekerja sebagai nelayan dan pembantu sistem siaraya sementara warga emas itu pula sudah uzur.

"Pendapatan yang diterima mereka setakat cukup makan sahaja, jadi saya berharap ada pihak yang prihatin dapat menyalurkan bantuan ihsan kepada keluarga ini," katanya.