Selasa, 21 Jun 2011

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Otai Manjung: TERTUNDA: CERAMAH NUR MANUTY PKR PERAK <b>Di PANGKOR</b>.

Posted: 19 May 2011 01:34 PM PDT

23.04.2011, Pulau Pangkor, Perak.

Ucapan Ketua PKR Perak, Dr. Muhammad Nur Manuty.

Gerombolan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada awalnya dilarang berlabuh di jeti utama Pulau Pangkor, bagaimanapun rombongan telah menukar arah ke jeti Sungai Pinang Kecil yang disambut oleh penduduk dan ahli-ahli PKR, DAP dan PAS Pulau Pangkor. Di Markas DAP Pulau Pangkor, kelihatan penduduk menyambut kehadiran DSAI dengan penuh semangat dan tepukan terutamanya warga-warga emas Pulau Pangkor yang terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil. Dato' Ngeh Koo Ham bagaimanapun tidak dapat turut bersama kerana rancangan ceramahnya di tempat lain terpaksa di tunda masa dan sukar untuknya hadir ke Pangkor, begitupun wakilnya tetap bersama.

Pautan Misi OM :

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Puskesmas Kampar Kiri: Puskesmas Pembantu <b>di Kampar</b> Kiri

Posted: 14 Jun 2011 06:38 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Semalat datang di weblog puskesmas kampar kiri, kami menyediakan beberapa artikel mangenai kesehatan, penjelasan mengenai penyakit, serta tips - tips dalam kesehatan - puskesmas kampar kiri melayani masyarakat dengan prima, dengan motto ...

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


rathiqahazmirarosli: Kenangan <b>di teluk batik</b>:)

Posted: 13 Jun 2011 03:45 AM PDT


Dengan penuh semangat aku nak mengupdate tentang percutian aku bersama geng geng ditempat praktikal aku.Dah lama rasanya aku tak keluar beramai ramai yang terdiri daripada perempuan je semua.Dah la baik baik semuanya.hehe Aku sorang je tak bape nak baik.sobsobsob

Ok plannya nak bertolak pukul 8 pagi.Tapi macam biasa orang melayu kacukan korea mestila lewat dalam beberapa jam.hehe Bertolak dalam 8 lebih la.

Tibe tibe dalam perjalan kereta buat hal kot.Dan kereta itu adalah kereta aku.Ehem ehem aku drive okeh.

Rupanya kompresor pe jadah tah.Hari langsailah duit apak aku sebanyak lima latut linggit wooo.Aku mase tu cuak kot tapi tak nanges ar.Apa barang nanges.Haruslah gelak kan.hahaha

Tapi alhamdulillah berkat doa kami sekeluarga,cewah sampai jugak kiteorang didestinasi dalam pukul 10 lebih.Fes time kot aku drive jauh.hehehe Tepuk tangan sambil hentak kaki sikit untuk aku.heh

Port baik punya.Angin sepoi sepoi.Perghhh mantoppp

Lepas dah tak nak mandi,aku dengan nabilah pergi shoping baju jap.Dengan basah basah camtu kiteorang redah je.

Ok lepas tu kiteorang jalan jalan jap,amik amik gambo dan berangakat pulang.Sebelum tu singgah UTP ingatkan ada expo rupanya nan ado.huhu Tapi okla gak,merasa la gak aku masuk UTP tu kan.hehe

Alhamdulillah kiteorang sampai umah nabilah dan faiezah pukul 7 lebih.Duk golek golek sambil tunggu nabilah hidang makan malam.Dalam 9 lebih aku beransur pulang.

Bestt gileeeeeeeeeeerrr okeh.Tak tahu nak cakap camne.SAYANG gila kat korang.hehehe

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


BENGKEL KECANTIKAN TERMURAH <b>DI IPOH</b>

Posted: 16 Jun 2011 12:00 AM PDT

Mary Kay Jaminan Produk.

Mary Kay adalah sebuah syarikat yg boleh korang percayai.
Juga satu produk yg boleh korang yakini.
(di ulangi yer)
Bole di percayai dan di yakini!=)

Jaminan Produk Mary Kay ialah satu bukti kpd kualiti tinggi semua produk Mary Kay.

1. Keselamatan produk adalah keutamaan kami.

Tahukah kamu?
Mary Kay Inc. memblanjakan jutaan dolar utk menjlnkan lebih dari 300, 000 ujian bg memastikan bahawa setiap produk Mary Kay memenuhi piawaian tertinggi dr segi keselamatan, kualiti dan prestasi!

2. Pakar2 sains menilai setiap satu ramuan dan setiap produk akhir.

Semua ujian yg ketat, pengujian semula, dijalankn@diseliakn oleh ahli2 Makmal Penyelidikan & Pembangunan Mary Kay, termasuk ahli2 sains berkelulusan Ph.D. dan ijazah lanjutan yg lain dlm bidang toksilogi, farmakologi, mikrobiologi, kimia dan biokimia.

3. Setiap keputusan produk adalah berdasarkan fakta sainfik, bkn pandangan.

Mary Kay Inc. bersandarkan pd bukti penyeidikan saintifik yg menggunakan teknologi paling maju yg boleh didapati, dan Syarikat tidak akan menggunakan sebarang ramuan sehingga ujian kami telah membuktikan ia selamat dan berkesan digunakan.

4. Pakar2 dermatologi dan perubatan lain yg disahkan Lembaga Bebas
memainkan peranan yg amat penting dlm pengajian produk.

Ujian klinikal dijlnkan di makmal bebas di mana sukarelawan menggunakan produk Mary Kay di bwh penyeliaan dan penilaian ketat oleh satu lembaga pakar dermatologi (berkaitan kulit) dan oftalmologi (satu bidang yang sangat terkemuka dalam perubatan Islam jika dibandingkan dengan bidang lain selain dari farmakologi) yg sah.

Mary Kay Inc. juga menjlnkan ujian makmal secara ekstensif utk menentang kerengsaan dan alergi kulit serta menggunakan kaedah yg tercanggih utk menilai semua produk yg akan digunakan di bahagian mata.

5. Semua produk penjagaan kulit dan kosmetik dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan kerajaan.

Sebelum sebarang produk dibenarkan di pasaran, ia mesti lulus keperluan keselamatan kerajaan yg ketat. Sebagai soal prinsip, Mary Kay Inc sentiasa melangkaui apa yg diperlukan oleh undang-undang apabila ia berkaitan dengan keselamatan produk.

6. Mary Kay Inc. tidak menjalankan ujian haiwan.

Syarikat tidak pernah menjlnkan, atau meminta bg pihaknya utk menjlnkan sebarang ujian produk atau ramuannya pd binatang dan telah bersumpah tidak akan melakukannya pd masa akan dtg.

Huhh pnt tul menaip! Ok rest 2minit jap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Video: Ceramah Anwar <b>di Bota</b>, Perak – 31/1/2009 | AnwarIbrahimClub.com

Posted: 01 Feb 2009 06:57 AM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@anwaribrahimclub.com and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.


Apache Server at anwaribrahimclub.com Port 80
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Tanah <b>di Slim river</b> – Land for sale Perak – Brought by Condo.Com <b>...</b>

Posted: 20 May 2011 02:00 PM PDT

Tanah pertanian bumiputera untuk dijual di slim
river. ada getah liar ditanah ini…bersebelahan Plus Highway . direct dengan owner.
harga yg ditawarkan RM 35000/ekar.sekiranya berminat boleh menghubungiHamid 0122067519Damia 0163848439

Contact Seller Email This Post Email This Post

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


4 Mati Kereta Langgar Penghadang Jalan <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 10 Jun 2011 02:08 AM PDT

Aku yakin ramai, terutama pengamal-pengamal keselamatan, dah acapkali bagitau JKR Malaysia yang rekabentuk penghadang jalan atau guardrail di jalanraya Malaysia amat berbahaya di mana kalau pemandu silap sedikit, boleh di"hukum" bunuh oleh penghadang jalan itu. No such thing as forgiving road di Malaysia ni. Langgar = mati. Tapi depa takmo dengar, depa bagi alasan takde duit la, itu la, ini la. Sekarang di peringkat tempatan, 4 orang dah mati dalam kemalangan kereta langgar penghadang jalan di Kuala Kangsar ni. Sebelum-sebelum ni pun dah ramai yang mati. MIROS dah buat penyelidkan di lebuhraya tentang isu ini, alhamdullillah, masalah penghadang jalan di lebuhraya dah lega sedikit, dah banyak penambahbaikan dibuat, tapi masalah penghadang jalan di jalan-jalan negeri dan persekutuan ni masih tidak selesai. Jadi bagaimana? P/S: Kepada yang berkenaan, sebagai seorang khalifah di muka bumi yang telah diberi mandat oleh rakyat wajib memastikan keselamatan rakyat dalam negeri yang diperintah. Berdosa sekiranya seseorang itu mendapat celaka kerana kealpaan kamu mengejar kekayaan yang sementara.

kereta langgar penghadang jalanKeadaan penghadang jalan yang telah menusuk kereta mangsa. Kebanyakkan mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala

KUALA KANGSAR: "Permintaan ayah sebelum ini yang seakan-akan mahu anak-anaknya pulang ke Kuala Kangsar, rupa-rupanya membawa petanda bahawa kami adik-beradik akan pulang dan melihat jenazah dia dan ibu hari ini (semalam)," kata Zaliana Zainuddin, 44, anak sulung pasangan pesara guru, Zenodin@Zainuddin Abas dan isteri, Azizah Mahmood, masing-masing berusia 69 tahun yang maut dalam kemalangan di sini, petang semalam.

Kejadian menyayat hati itu turut meragut nyawa anak perempuan bongsu pasangan itu, Zalinda, 33, anak perempuannya, Aishah Suffian Afendi, 7, manakala seorang anaknya, Nurul Sarah Sufian Affendi, 2, cedera parah dan masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Dalam kejadian jam 2.40 petang di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, berhampiran Kampung Seterus, Sauk itu, keempat-empat mangsa maut apabila kereta Proton Saga dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.

Difahamkan, lima sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis perkahwinan jiran, di sini selepas bertolak dari Pasir Mas, Kelantan, pagi semalam. Lebih menyayat hati, keempat-empat mereka maut apabila kereta dinaiki ditembusi besi penghadang jalan itu yang dipercayai menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa terutama di kepala.

Zaliana ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Sultan Yusuf, Bukit Chandan di sini, semalam berkata, kali terakhir dia bertemu semua arwah pada Rabu lalu ketika berada di rumah saudara ibunya di Pasir Mas, Kelantan. "Dalam pertemuan terakhir itu, bapa bertanya saya bila mahu pulang ke Kuala Kangsar, tapi saya tidak nampak sebarang perubahan pada arwah," katanya.

Bapa saudara kepada Azizah, Kamarudin Zainal Abidin, 67, berkata, mereka sekeluarga terkejut dan sedih dengan kejadian itu yang meragut empat nyawa ahli keluarga sekali gus. Bagaimanapun, usaha wartawan untuk menemubual bapa Nurul Sarah, Sufian Affendi, 30-an, di pekarangan HRPB gagal kerana dia masih trauma dengan kehilangan isteri dan anaknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang ketika dihubungi, semalam berkata, siasatan mendapati kenderaan dipandu Zainuddin gagal dikawal ketika tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas. "Tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi maut ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Sauk, dekat sini. "Kami mendapati lokasi terbabas adalah laluan lurus dan tiada kesan brek kenderaan. Jadi, polis mengesyaki pemandu kenderaan gagal mengawal keretanya dan terbabas," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian jam 2.40 petang bersama jentera dengan lapan anggota. Beliau berkata, kereta mangsa terperosok dan menembusi penghadang besi jalan dan pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan semua mangsa.

Semua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Chandan, pagi ini.

Sumber Berita: Harian Metro Online

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Mangsa banjir <b>di Kerian</b> meningkat | peraktoday.com

Posted: 25 Mar 2011 08:59 AM PDT

Jumlah mangsa banjir di Daerah Kerian meningkat kepada 406 pagi ini berbanding 359 orang petang semalam.

Mangsa banjir terbaru adalah dari Kampung Matang Pasir seramai 31 orang, Kampung Tanjung Bugis lima orang dan Kampung Parit Simpang Lima seorang.

ngsa banjir terbaru adalah dari Kampung Matang Pasir seramai 31 orang, Kampung Tanjung Bugis lima orang dan Kampung Parit Simpang Lima seorang.

Mereka yang masih berada di pusat-pusat pemindahan adalah penduduk dari kawasan Batu 37 dan 38 Jalan Keretapi, Kampung Parit Abu Hasan, Parit Haji Hasan Ban, Batu 40 Jalan Bukit Merah, Parit Mat Keling, Kampung Tebuk Pancur, Kampung Parit Ayer Hitam, Kampung Alor Setangguk dan Kampung Perlis.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata semua mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, Sekolah Kebangsaan Haji Dahalan dan dewan orang ramai di Alor Pongsu.

Kampung terbabit dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1 meter akibat langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah akibat hujan lebat sejak lima hari lalu, katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata jalan raya di km 17 dan 18 Alor Pongsu-Selama, Jalan Bukit Merah, ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air.

Operasi memindahkan mangsar banjir telah dilakukan oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat menyampaikan sumbangan berupa makanan dan minuman. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa Banjir <b>Di Kerian</b> Meningkat 280 Orang | peraktoday.com

Posted: 23 Mar 2011 12:51 AM PDT

Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian meningkat daripada 88 orang semalam kepada 280 orang sehingga pagi ini.

Mereka yang dipindahkan terdiri 163 orang dari Kampung Alor Setangguk, 18 dari Kampung Batu 37 dan 38, 41 dari Kampung Parit Abu Hasan, 44 dari Batu 40 Bukit Merah, empat dari Kampung Parit Mat Keling, lapan dari Kampung Tebuk Pancur dan dua dari Kampung Perlis.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa banjir itu dipindahkan ke dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah dan dewan-dewan orang ramai di Alor Pongsu, Batu 38 Parit Abu Hasan dan Batu 40 Bukit Merah.

Mereka dipindahkan sejak petang semalam hingga tengah malam tadi setelah kawasan kediaman mereka dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1 meter akibat langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah akibat hujan lebat sejak tiga hari lalu.

Mat Fauzi berkata jalan raya di Batu 38 Alor Pongsu-Selama turut ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air.

Operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

– BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


LINTAU PERAK: PAS <b>Padang Rengas</b>, Dah Tinggal Nyawa Ikan, Bila Nuar <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2011 09:11 AM PDT

Pic dipetik dari Facebook Kampung Buaya

Berdasarkan tinjauan bersemuka dengan bekas2 ahli dan penyokong yang tekah meninggalkan Pas, dapatlah disimpulkan bahawa Parti Melayu Pas Padang Rengas sudah hampir berkubur. (Lintau maksudkan 'bekas' itu adalah ahli2 dan penyokong yang meninggalkan parti tetapi tidak mengistihar secara terbuka)

Pas kawasan Kati hanya tinggal sekitar 6-10 orang sahaja yang aktif, di kawasan Sauk cuma ada 7 -12 orang, kawasan Kota Lama Kiri sekitar 12 -18 orang dan sepanjang jalan lubuk merbau - Beluru langsung  tidak kelihatan wujud ahli yang aktif lagi.

Manakala bagi kawasan di sebelah DUN Lubuh Merbau, kebanyakan ahli dan penyokong Pas memilih menjadi "bekas" kerana amat kecewa dengan Wakil Rakyat, Haji Zainudin Yusof,  yang memenangi PRU yang lalu.

Mereka berpandangan Hj Zainudin tidak langsung mempedulikan agenda membela rakyat sebagaimana yang mereka ceramahkan semasa berkempen dahulu.

Tidak ada satu aduanpun yang disampaikan kepadanya telah diambil tindakan yang sewajarnya  Kalau adapun hanyalah bantuan yang disalurkan oleh agensi Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri yang mereka ubahsuai menjadi jenama parti.

Pengundi Lubuk Merbau berasa tertipu dan mereka mengesahkan bahawa parti PAS memang suka bercakap seolah-olah mereka parti Islam. Tetapi hakikatnya mereka hanya menggunakan agama Islam untuk memancing undi sahaja.

Apa yang mampu dilakukan oleh Wakil Rakyat dan parti PAS di kawasan Padang Rengas hanyalah seperti yang disenaraikan oleh bekas2 ahli dan penyokong berikut:

  1. Cuba "merebut atau merampas" mayat apabila ada berlaku kematian di kalangan orang Islam. Tujuannya adalah untuk mereka uruskan dan mengenakan "charge" pengurusan yang tinggi bagi bayaran kenderaan dan upah "team" korek kubur dan mandi jenazah. Ini tidak berlaku jika pihak lain yang menguruskannya malah membantu keluarga si mati dengan berbagai-bagai bentuk bantuan bagi meringankan kesedihan keluarga si mati.
  2. Berbual di kedai kopi dengan tajuk kerajaan zalim, kerajaan rampas hak rakyat, kerajaan membebankan rakyat, kerajaan barang naik, kerajaan tolak islam dan sebagainya dari pagi hingga ke malam dan berlarutan hingga ke surau dan mesjid di tempat mereka berkumpul.
  3. Meminta dan mengambil semua pemberian dan bantuan kerajaan untuk rakyat malah akan mengamuk sakan jika nama mereka tercicir dari senarai penerima.
  4. Wakil Rakyat Hj Zainudin akan mengarahkan sesiapa sahaja yang mengadu kesusahan kepadanya supaya berjumpa dengan Yang Berhormat DS Nazri untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan. Dengan mudah beliau mengatakan "itu tugas kerajaan...pergi jumpa Dato' Nazri".
  5. Pas hanya berminat untuk mengatur ceramah di surau2 yang mereka kuasai dan mengutip derma untuk dibayar kepada ustaz-ustaz politik yang datang berceramah.

Sebab itulah hampir semua markaz Pas dalam kawasan Padang Rengas kelihatan terbiar, kelihatan uzur, ditumbuhi rumput dan bekalan elektrik dan air telah dipotong.

Nampaknya jika Nuar Berahim dan China DAP tidak datang menolong, PAS Padang Rengas, Lenggong dan Gerik akan berkubur.  

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


Pekan Lama <b>Sungkai</b> Terkubur? | peraktoday.com

Posted: 16 Jun 2011 10:52 AM PDT

TERLETAK kira-kira 90 km dari Ipoh, Sungkai merupakan salah satu daripada pekan kecil di selatan Perak yang berada dalam Daerah Batang Padang. Berkedudukan antara pekan Bidor dan Slim yang lebih pesat membangun, pekan kecil Sungkai tidak jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan masa dahulu dan sekarang. Deretan kedai lama dan bangunan usang yang terbiar turut mencacatkan pemandangan pekan koboi ini seolah-olah ia menggambarkan nasib suram dan muram pekan Sungkai yang mungkin terkubur jika tidak dibangunkan semula dengan kadar segera.

Selain bangunan terbiar seperti balai polis lama yang ditumbuhi semak-samun, kegiatan ekonomi di pekan kecil ini juga tidak serancak jirannya, pekan Tapah, Bidor dan Slim yang menjadi tumpuan ramai kerana menawarkan banyak pilihan kedai dengan harga murah dan khidmat perbankan yang lebih meluas berbanding hanya dua bank di Sungkai, iaitu RHB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kegiatan harian di pekan Sungkai bermula seawal jam 6.30 pagi dan berakhir sekitar jam 7 malam. Kebanyakan deretan kedai yang majoritinya dimiliki tauke Cina akan ditutup selepas waktu itu kerana tiada sambutan pelanggan. Natijahnya, pekan Sungkai akan menjadi seperti pekan mati yang sunyi dan sepi kerana tiada aktiviti berlangsung di sebelah malam. Selain itu, khidmat pengangkutan bas awam yang disediakan juga tidak menentu serta bergantung kepada sambutan penumpang bagi mengelak pengusaha mengalami kerugian.

Ketika kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sibuk merancang untuk membangunkan semula pekan kecil di seluruh negeri, penduduk di sini turut mengharapkan agar Sungkai tersenarai antara 14 pekan kecil itu tetapi malangnya Tapah Road, Lawin, Trong, Changkat Lada, Sauk, Kati, Batu Kurau, Ijok, Bandariang, Lekir dan Kubu Gajah pula yang terpilih.

Mungkin timbul persoalan di kalangan rakyat dan peniaga tempatan adakah pekan lama Sungkai ini dianaktirikan oleh kerajaan negeri? Selama ini, tidak banyak pembangunan dibawa ke kawasan itu baik dari segi ekonomi atau sosial yang boleh menarik kehadiran lebih ramai pengunjung. Kebimbangan yang disuarakan mereka ada asasnya kerana tanpa pembangunan dan kehadiran ramai pengunjung, ramai peniaga di pekan itu bakal gulung tikar lebih awal seperti yang diakui seorang peniaga kecil-kecilan yang cukup sedih dan kecewa dengan nasib yang menimpa pekan Sungkai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Saban hari, peniaga di situ mengeluh dan menyatakan rasa bimbang kerana perniagaan mereka semakin merosot akibat kurang sambutan pelanggan. Tambahnya, pekan Sungkai kini sudah separuh mati, dan dijangka mati sepenuhnya apabila projek pembangunan bersepadu dikenali Sungkai Perdana yang terletak kira-kira 1.5 km dari pekan lama beroperasi sepenuhnya dalam tempoh setahun dua lagi. Justeru katanya, sesuatu perlu dilakukan bagi membangunkan semula pekan lama itu jika tidak mahu ia terkubur begitu sahaja, yakni sekadar meninggalkan nama sekiranya tidak dipertahankan oleh pihak kerajaan negeri.

Pekan Sungkai sebenarnya berpotensi untuk berkembang dan menjadi pusat ekonomi tempatan kerana ia terletak di laluan strategik, iaitu hanya 10 minit dari susur keluar tol Sungkai dan di kawasan sekitarnya juga terdapat beberapa penempatan Felda, estet dan kampung tradisional Melayu antaranya Felda Trolak Utara, Trolak Selatan dan Trolak Timur, Felda Sungai Klah dan Felda Gugusan Besout yang jika dihitung kesemua penduduknya dianggarkan melebihi 30,000 orang. Selain itu, ia juga terletak berdekatan destinasi pelancongan tempatan seperti Taman Rekreasi Kolam Air Panas Sungai Klah dan Felda Residence. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Trolak juga terletak hanya 15 km dari pekan Sungkai, antara MRSM yang terbesar dibina oleh kerajaan Pusat di negara ini dengan bilangan pelajar dan tenaga pengajar yang mencecah ribuan orang.

Dengan populasi penduduk yang dijangka terus bertambah, pekan Sungkai wajar dibangunkan semula dengan lebih banyak pusat perniagaan termasuk pasaraya besar dan pusat jualan makanan sebagai memenuhi keperluan pengguna selain menjadi daya tarikan pengunjung ke situ. Jika perancangan ini dapat dibangunkan, penduduk yang tinggal di Felda Trolak, Gugusan Besout dan kampung berdekatan pastinya lebih berminat untuk berbelanja atau berurusan di pekan Sungkai daripada menghabiskan masa dan wang mereka di pekan Bidor, Slim atau Tanjung Malim yang terletak lebih jauh. Sebagai contoh, tempoh perjalanan ke pekan Sungkai dari Felda Besout 1, 2 dan 3 memakan masa sekitar 30 minit berbanding hampir satu jam jika ke pekan Bidor.

Timbul persoalan, di manakah peranan pemimpin tempatan dan wakil rakyat di sini yang sepatutnya memperjuangkan nasib pekan Sungkai yang amat memerlukan pembangunan baik dari segi ekonomi mahupun sosial bagi bersaing dengan pekan lain di selatan Perak? Apabila ditanya, jawapan yang diberi penduduk sini cukup sinis iaitu bila tiba musim pilihanraya barulah nampak kelibat wakil rakyat datang menjenguk kawasan. Adakah ini membawa maksud wakil rakyat baik yang duduk di kerusi Parlimen Tanjung Malim yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada PRU-12 lalu, iaitu Datuk Seri Ong Ka Chuan dari MCA ataupun ADUN Sungkai, iaitu A Sivanesan dari DAP tidak buat kerja mereka yang sepatutnya? Atau juga pemimpin di peringkat akar umbi tidak membawa atau membangkitkan perkara itu kepada wakil rakyat untuk dipanjangkan kepada pengetahuan kerajaan negeri untuk tindakan susulan.

Apapun dolak-daliknya, perbezaan politik tidak seharusnya menghalang Ong Ka Chuan dan Sivanesan daripada membantu rakyat dengan membawa pembangunan di pekan lama Sungkai. Sejak 2008 hingga ke hari ini, tidak banyak aktiviti ekonomi dan pembangunan dilihat mengambil tempat di pekan Sungkai yang dilabelkan sangat perlahan oleh peniaga dan penduduk tempatan baik ketika pemerintahan Pakatan Rakyat mahupun kerajaan BN.

Jika pekan lain dalam Parlimen Tanjung Malim seperti Slim dan Behrang kian pesat membangun, Sungkai juga tidak seharusnya dipinggirkan. Kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Batang Padang perlu bertindak segera untuk merancang dan membangunkan semula pekan lama Sungkai ini. Jika berteraskan gagasan Perak Amanjaya, kualiti hidup rakyat di sini seharusnya dipertingkatkan dengan membawa lebih banyak pembangunan dan peluang ekonomi untuk dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Wakil rakyat BN juga perlu lebih kerap turun padang untuk meninjau dan menyelesaikan masalah rakyat di kawasan ini. Ia seharusnya dijadikan peluang keemasan oleh BN untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sama sekali tidak mengabaikan kawasan yang dikuasai pihak pembangkang. Rakyat kini semakin bijak menilai dan tidak mustahil sekiranya kerusi DUN Sungkai yang kini diwakili DAP bertukar tangan kembali kepada kerajaan BN pada pilihanraya akan datang jika pemimpin atasan negeri memberi perhatian sewajarnya kepada pembangunan semula pekan Sungkai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Pelaburan RM5.8 bilion bina loji LNG <b>di Manjung</b> | peraktoday.com

Posted: 14 Jun 2011 12:59 AM PDT

Perak bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang membekalkan gas cecair asli (LNG) apabila kerajaan negeri meluluskan pelaburan sebuah syarikat untuk membina loji LNG di Tanjung Hantu, dekat Manjung.

Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, kerajaan negeri sudah meluluskan tanah seluas 60 hektar kepada Syarikat Atigas Technology Sdn Bhd yang akan mengimport gas dari Qatar untuk dibekalkan kepada pasaran tempatan.

Katanya, pembinaan loji ini melibatkan pelaburan bernilai RM5.8 bilion.

"Tapak ini bakal dijadikan sebagai pangkalan kepada gas yang diimport dari Qatar untuk tujuan pelaksanaan LNG ini.

"Penubuhan pangkalan ini secara tidak langsung membawa berita baik di Perak kerana ia merupakan negeri pertama di Malaysia yang menjadi pengeluar kepada gas LNG, " katanya di dalam sidang media di Bangunan Perak SUK, Ipoh, baru-baru ini.

LNG merupakan gas semulajadi yang ditukar daripada gas cecair kepada gas dan penggunanya dilihat berpotensi dalam memberi penjimatan lebih daripada 70 peratus kepada pengguna kenderaan dan komersial jika dibandingkan dengan penggunaan petrol dan gas NGV.

Hamidah berkata, logi membekal LNG di Tanjung Hantu itu merupakan yang kedua terbesar di rantau Asia Tenggara selepas Singapura dan dijanga menyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan.

Pengarah Syarikat Atigas, Tang Hock Leng berkata, LNG menawarkan harga yang sama seperti petrol dan NGV tetapi ianya mempunyai kelebihan tersendiri iaitu dari segi ketumpatannya.

"Jika kenderaan yang menggunakan NGV, separuh daripada ruang but bakal diperuntukkan untuk meletakkan tangki NGV yang bersaiz besar tetapi tangki LNG hanya menggunakan ruang separuh daripada itu dengan jumlah isipadu yang sama .

"Tetapi oleh kerana ketumpatannya yang tinggi, maka pengguna bakal menikmati lebih 70 peratus penjimatan berbanding petrol dan NGV selain mampu menjimatkan lebih 2 juta subsidi kerajaan, " katanya.

Hock berkata, syarikatnya telah mula melaksanakan LNG ini dan dalam masa 15 bulan daripada sekarang masyarakat sudah boleh didapati di pasaran.

Projek ini dijangka bukan sahaja mampu menyediakan kemudahan kepada seluruh rakyat di Malaysia malah dilihat data merancakkan perindustrian gas dan minyak ini sekaligus mampu meningkatkan ekonomi di Perak.

Pada peringkat permulaan ini, Hock berkata syarikatnya bakal mewujudkan sebanyak 300 kiosk LNG di seluruh Perak sebelum bercadang menubuhkan stesen LNG sendiri dalam masa terdekat ini.

"Sasaran kami ialah kami menyasarkan 70 peratus daripada penduduk di Malaysia bakal menggunakan LNG ini menjelang tahun 2020," katanya.

- SUNGAI RAPAT ONLINE

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perkhidmatan bas henti-henti <b>di</b> Daerah <b>Manjung</b> akan beroperasi <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2011 05:06 AM PDT

Berita gembira buat pengguna di Daerah Manjung apabila perkhidmatan bas henti-henti yang ditamatkan operasinya kira-kira empat tahun lalu bakal beroperasi semula dengan menggunakan 18 buah bas baru yang serba moden serta dilengkapi sistem keselamatan canggih.

Inisiatif kerajaan negeri itu bukan sahaja dapat memberi kemudahan yang selesa tetapi juga menjamin keselamatan pengguna kerana dipasang kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penentu kedudukan sejagat (GPRS).

Tujuh laluan akan diperkenalkan antaranya Seri Manjung, Pantai Remis, Sitiawan, Changkat Kruing dan Hospital Manjung.

Dijangka beroperasi dalam tempoh dua minggu lagi, ia dikendalikan oleh syarikat Bas Rakyat Sdn Bhd yang ketika ini sedang menunggu kelulusan dan permit operasi daripada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Exco Pengangkutan Awam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata syarikat itu juga menerima subsidi RM4,000 sebulan bagi setiap bas yang digunakan untuk tempoh lima tahun.

"Kerajaan negeri begitu prihatin dengan keperluan pengguna pengangkutan awam dan Daerah Manjung dipilih sebagai projek perintis kepada usaha kita dalam menaiktaraf perkhidmatan bas henti-henti di Perak," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mah berkata, pihak pembangkang terutamanya Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham cuba menarik sokongan rakyat dengan membangkitkan isu perkhidmatan bas di kawasan itu sedangkan ketika 11 bulan memerintah, tiada langkah diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengatasi masalah itu.

Jelasnya, rekod daripada Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dalam tempoh itu juga menunjukkan tiada sebarang perancangan menyediakan perkhidmatan bas di kawasan itu seperti yang diwar-warkan Pakatan Rakyat.

"Ngeh semakin gelisah dan bimbang dengan usaha komited yang dilaksanakan kerajaan negeri dalam menyediakan sistem pengangkutan awam terbaik kepada rakyat Perak," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Urusan Bas Rakyat, Abu Talib Hafis Syed Abdul Fasal, berkata syarikatnya akan menggunakan dana sendiri dahulu bagi menjalankan operasi perkhidmatan bas itu kelak.

"Kita sudah menerima kesemua bas yang akan digunakan bagi perkhidmatan henti-henti ini dan ia diharap dapat beroperasi sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi," jelasnya.

Selain dilengkapi sistem keselamatan canggih, bas itu katanya, boleh membawa 40 penumpang pada satu-satu masa serta mempunyai pelbagai kemudahan yang mesra pengguna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Taiping Mali: Ummi Hafilda membongkar kemunafikan Anwar <b>di Kamunting</b>

Posted: 20 Jun 2011 08:09 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ummi Hafilda membongkar kemunafikan Anwar di Kamunting. Pada 24 Jun 2011 Jumaat ini Ummi Hafilda sekali lagi akan berada di Kpg Sungai Relong untuk membongkar kemungkaran dan kejahatannya dalam menjahanamkan negara dan ...

pembangkang batu kurau: tiket habis <b>di kamunting</b> ..9julaiBERSIH <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2011 11:11 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]tiket habis di kamunting ..9julaiBERSIH 2.0 : Polis diminta beri kerjasama. Posted by PBK at 2:11 PM. 0 comments: Post a Comment. Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom). livestream. selangortv · kelantantv ...