Jumaat, 27 April 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: UTUSAN BOHONG! Program Pakatan Rakyat <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 02:05 AM PDT

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


FREE-NI (IKLAN PERCUMA): RUMAH SEWA <b>DI SERI ISKANDAR</b>

Posted: 27 Apr 2012 08:18 AM PDT

Nama: sharulnizar bin ahmad wazir
Email: rohayasharul@yahoo.com
Website: Google Chrome
Tajuk: RUMAH SEWA DI SERI ISKANDAR
Iklan: Mencari sesiapa yang ingin menyewa rumah teres di Taman Gemilang Seri Iskandar. Keutamaan kepada pelajar.Berhampiran Uitm, KPM dan masjid Taman Gemilang. Hubungi saya 012 5738658/ 013 4107825 (SHARUL)jika berminat.....HARGA BOLEH DIRUNDING
Ip Pengirim: 60.52.1.236

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


MY JOURNEY: Event Mary kay <b>di Behrang</b>

Posted: 27 Apr 2012 10:47 AM PDT










8 April 2012...team kami merantau ke Felda Behrang untuk event Mary Kay. Best juga masuk kampung orang ni kan. Mcm2 perangai boleh kita tengok. Semua pesrta amat-amat sporting. Ada la dua orang makcik yang sangat senior dalam kumpulan tu. Steady je bersolek...ekekek...chayok2 makcik. Sebelum balik sempat depa cium aku dulu....wah...makcik ada anak handsom ke bagi le..wakakka.Apa2 pun event yang K.Nur and Puan Nafisah ni best! We had fun n semua pun puas hati. Will join event lagi kalau K.Nur yang organise...he,he....

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat <b>di Bagan Datoh</b>

Posted: 25 Apr 2012 08:58 AM PDT

0

Bagan Datoh, 25 April 2012 – Saari telah diundang untuk menyampaikan ceramah penerangan rakyat anjuran PAS Kawasan Bagan Datoh yang telah diadakan di Kampung Sungai Tiang Baroh, Rungkup.

Sdr Mahdi Hasan menyampaikan ceramah beliau berkaitan kes yang sedang berjalan di mahkamah Perancis membabitkan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato' Seri Zahid Hamidi berkenaan pembelian kapal selam Scorpene

Ustaz Misbahul Munir menyampaikan ceramah beliau mengupas isu PTPTN dan perbelanjaan boros oleh kerajaan Umno-BN yang menyebabkan kerajaan gagal dalam memberi khidmat kepada rakyat

Saari menyampaikan ceramah menerangkan dasar berkebajikan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang membuatkan Umno-BN mati akal untuk menyerang pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Sebahagian dari ratusan penduduk hadir mendengar ceramah yang disampaikan

Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


i n t a n h i j a u: DIJUAL <b>DI TELUK INTAN</b> HARI INI...

Posted: 20 Mar 2012 09:07 AM PDT

Kepada para blogger yang dihormati.

ڤيهق کامي سداڠ مڠومڤول معلومت تنتڠ بلوݢݢر-بلوݢݢر يڠ برأصل دري تلوق اينتن. تيدق کيرا سام اد اندا بلوݢݢر ڤوليتيک، سوسيال، سني، عموم، ڤريبادي، سوکن دان سباݢايڽ، اندا اداله ڤارا بلوݢݢر يڠ کامي ألو-ألوکن.

سکيراڽ اندا اداله بلوݢݢر تلوق اينتن اتاوڤون اندا سأورڠ بلوݢݢر يڠ منتڤ د لوار تتاڤي برأصل دري تلوق اينتن، بوليهله هانترکن معلومت برايکوت: نام بلوݢ، علامت بلوݢ، نام ڤنوه، نو. تيليفون دان اي-ميل کڤد

Pihak kami sedang mengumpul maklumat tentang blogger-blogger yang berasal dari Teluk Intan. Tidak kira sama ada anda blogger politik, sosial, seni, umum, peribadi, sukan dan sebagainya, anda adalah para blogger yang kami alu-alukan.

Sekiranya anda adalah blogger Teluk Intan ataupun anda seorang blogger yang menetap di luar tetapi berasal dari Teluk Intan, bolehlah hantarkan maklumat berikut: Nama blog, alamat blog, nama penuh, no. telefon dan e-mel kepada :

ybanuarsudinn56@yahoo.com.my

Terima kasih.

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


JeMaRi AsMaRa: KERANG BERDARAH <b>DI PANTAI REMIS</b>

Posted: 11 Feb 2012 09:43 PM PST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Satu lagi entry tertunggak.. Selasa 07.02.2012 yang lepas kami ke Pantai Remis, Kuala Selangor. Saja singgah masa on the way balik kampung.
Sempat la juga 3 beranak ni bergambar..
Pantai Remis ni antara pantai peranginan di Selangor. Tapi pantainya tidaklah sesuai untuk mandi manda, sekadar ambil angin dan jalan-jalan boleh la..
Banyak gerai jualan di Pantai Remis ni..
Untuk yang bawa anak-anak tu bersedialah dengan RM ye.. Macam-macam ada, dari makanan, pakaian, mainan, macam-macamlah..
Medan selera pun ada. Ibu tak pasti apa menu yang ada, sebab masa kami sampai gerai baru buka. Yang ada cuma nasi putih, ikan bakar, kerang bakar, ABC dan air kotak. Yang lain-lain belum siap katanya..
Agak-agak Yusuf kata apa tu?
Kami order kerang, sotong, ikan cencaru, ikan pari.. semuanya bakar. ABC dan nasi putih. Meh nak komen satu-satu okey..
ABC.. RM3.00 semangkuk. Tapi sangatlah biasa-biasa, bahan pun ala kadar, susu pun macam tak ada. Cuma nampak special sebab dia cucuk sebatang wafer di atasnya. Lain kali kalau datang lagi, dah tak mau dah order ABC.. :-(
Kerang.. Sila rujuk tajuk di atas okey. Juga rujuk gambar ketiga dengan memek muka Yusuf. Tu Yusuf kata; "Eeee.. ada darah!!".. Hmmm, kerang tu tak masak sebenarnya. Kerangtu di masukkan dalam satu penyepit berjaring dan diletak atas api. Yang tepi-tepi, kerangnya rentung. Yang dalam-dalam banyak tak masak. Sabar ajelah..
Ikan cencaru.. Hmm, satu lagi versi RENTUNG!! Sampai ekor ikan tu rupanya sebiji macam arang. Cuma ibu tak snap gambar je, sebab masani tangan dah kotor makan kerang..
Ikan pari.. Alhamdulillah, yang ni okey sikit. Cuma daun pisangnya rentung dan melekat-lekat pada ikan..
Air asamya, bolehlah. Macam kat kedai-kedai ikan bakar lain juga..
Sudahnya, Yusuf yang beria-ia makan lapar tak berapa nak makan pun. Dia kata semua hitam-hitam. Huhuhu..
Ini adalah komen jujur dari seorang pengguna. Tiada niat nak buruk-burukkan peniaga disitu. Semoga ada penambah baikan dari segi makanan dan perkhidmatan yang diberikan..
Okeylah, ibu nak ke IKEA lepas ni. Jumpa lagi ya..

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


NORZAILINA&#39;s PONDERINGS: Bual Bicara &#39;AIR MATA RAJA&#39; <b>di Ipoh</b> <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 04:00 PM PDT

Penulis buku AIR MATA RAJA (saya dan Prof Shaharudin Datuk Hj Ali) akan mengadakan BUAL BICARA dan berkongsi pelbagai pengalaman menarik tentang penghasilan buku tersebut yang mengambil masa 3 tahun untuk diselesaikan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Jualan buku (ada diskaun) dan sesi autograf bersama penulis juga ada. Semua dijemput hadir.
Venue : Perpustakaan Awam, Ipoh, Perak
Hari : Jumaat, 27 April 2012
Terima kasih kepada pihak DAWAMA dan Perpustakaan Awam Ipoh atas kesudian menjemput kami. Moga perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan buat semua.

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


SK Tualang Sekah <b>Malim Nawar</b>: 23 April 2012 : Penyampaian <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2012 08:43 PM PDT

 Tempat Ketiga Pertandingan Bercerita Peringkat Zon Kampar.
Mewakili Daerah Kinta Selatan dan Negeri Perak
dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSPK dan MSSM 2012.




 Johan Hafazan Peringkat Negeri Perak.
 Johan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kinta Selatan 2012.




07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


300 ahli NGO <b>Bagan Serai</b> bantah Bersih 3.0, kutuk Nizar kaitkan <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 08:33 AM PDT

Lebih 300 ahli yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO) di Bagan Serai menyuarakan bantahan keras terhadap  penganjuran Bersih 3.0 yang dijadual  berlangsung secara serentak di seluruh negara, mulai jam 2 petang esok.

Antara NGO yang mengambil bahagian dalam bantahan aman yang berlangsung dalam tempoh 30 minit itu termasuklah Kelab Rekreasi Sukan Bermotor Selinsing, Kelab Kulaan Malaysia (KKM) dan Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) cawangan Bagan Serai.

Bantahan yang berlangsung di hadapan balai polis Bagan Serai itu turut mempertikaikan tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang membuat tuduhan wujud komplot antara Perdana Menteri dengan angkatan tentera untuk merebut kuasa jika Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke -13 nanti.

Mereka membawa sepanduk tertera perkataan Ambiga Anti Islam, Bersih Jadi Kotor, Ambiga Petualang Negara, Bersih Agenda Yahudi dan Nizar Bohong sebelum wakil daripada setiap NGO membuat laporan polis terhadap bantahan tersebut.

Yang Dipertua Kelab Rekreasi Bermotor Selinsing, Mohamad Noor Dawood, berkata pihaknya membantah sekeras-kerasnya perhimpunan Bersih 3.0 yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan yang secara terang-terangan menyokong seks songsang.

Beliau turut menyelar tindakan Nizar yang juga merupakan Adun Pasir Panjang kerana membuat tuduhan liar dan tidak berasas yang mengaitkan Datuk Seri Najib dengan pemimpin tertinggi ATM dalam soal keselamatan negara.

Sementara itu, Setiausaha KKM, Azlan Che Lob, pula berkata, rakyat tidak seharusnya menyokong Bersih 3.0 kerana ia jelas bermotifkan politik dan ingin mencari publisiti murahan.

Perhimpunan itu juga katanya, boleh mengancam keselamatan rakyat  jika berlaku pertempuran antara peserta dan anggota keselamatan yang bertugas mengawal keamanan.

"Himpunan Bersih ini tidak seharusnya dianjurkan kerana kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji ketelusan pilihan raya di negara ini.

"Bersih 3.0 jelas dibayangi sokongan pembangkang yang ingin mencari isu baru untuk menarik sokongan pengundi atas pagar dan menunjukkan bahawa kerajaan BN zalim terhadap rakyat," katanya lagi.

Mengulas tindakan Nizar pula, Azlan menegaskan, tuduhan wakil rakyat Pas itu terhadap PM dan BN sangat serius kerana ia sekadar andaian atau khabar angin sahaja.

"Rakyat sentiasa memandang tinggi pasukan tentera dan tuduhan yang dilemparkan oleh Nizar yang mengaitkan pasukan itu dengan komplot rampasan kuasa jika BN tewas pada PRU-13 boleh menjatuhkan imej pasukan itu di mata rakyat," katanya lagi.

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


PAS Kawasan Gerik: Pengumuman Bekalan Air <b>Di Gerik</b> Akan Pulih <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2012 02:16 AM PDT

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


jinggo-fotopages: 50000 Peluang Pekerjaan <b>di Sungkai</b>

Posted: 05 Apr 2012 09:18 PM PDT

Venue : Sri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
Event : Sidang Taklimat bersama Media bagi Projek Taman Teknoloji Pertahanan dan Keselamatan

MDSTP tarik pelaburan RM15b

KUALA LUMPUR 5 April - Projek Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) yang bakal menjadi hab penyelidikan dan pertahanan pertama Asia Tenggara di Sungkai, Perak dijangka menerima pelaburan bernilai RM15 bilion dalam tempoh 12 tahun akan datang.
MDSTP akan mula dibangunkan oleh Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MCSB) pada suku akhir tahun ini, setakat ini telah menarik minat kira-kira 500 syarikat pertahanan dari dalam dan luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutif MCSB, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim berkata, antara syarikat itu termasuk Persekutuan Aeroangkasa, Pertahanan dan Keselamatan Itali (AIAD) yang dijangka melabur RM4 bilion dalam bidang sistem integrasi, teknologi pembuatan komposit, penyelenggaraan, pembaikan dan pemulihan (MRO) serta hidrogen pengangkutan.

1. Ketua Pegawai Eksekutif MCSB, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim