Selasa, 28 Jun 2011

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Teganuku..segalanya di sini..: Ladang Tebu Telur <b>di Langkap</b> Jadi <b>...</b>

Posted: 28 Jun 2011 11:51 AM PDT

Kerajaan memperuntukan RM150,000 sebagai modal permulaan untuk membuka ladang tebu telur di Kampung Bukit Munduk, Langkap, Setiu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha'ari Idris berkata, seluas 20 hektar kawasan terdiri dari tanah kerajaan dan tanah milik persendirian akan ditanam dengan tebu telur untuk projek komersial.

"Seramai 27 peserta di bawah Program pembangunan rakyat Termiskin (PPRT) terpilih untuk menyertai projek perintis berkenaan," katanya kepada pemberita di majlis Bicara Media anjuran Unit Komunikasi Negeri (Ukom) di Motel Desa, Bukit Pak Apil Kuala Terengganu kelmarin.

Katanya, sebagai persediaan menjadi seorang peladang berjaya, mereka telah dibawah meninjau ke ladang tebu telur di Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini untuk melihat sendiri kejayaan petani di sana mengusaha tanaman berkenaan.

Beliau yang mengetuai lawatan berkenaan menaruh harapan besar terhadap 27 peserta itu untuk menimba pengalaman serta mencari ilmu kejayaan peladang yang mengendalikan tanaman berkenaan.

"Setakat ini kerja-kerja pembersihan kawasan sedang dijalankan dan kemungkinan selepas ini kerja-kerja menbajak tanah dan menanam dapat dimulakan," katanya.

Katanya, peruntukan RM100,000 akan digunakan untuk urusan tanaman termasuk mendapatkan benih, baja dan sebagainya manakala selebihnya untuk kerja membersih kawasan.

Asha'ari berkata, ladang tebu telur yang dicadangkan ini akan dipelbagaikan kegunaannya termasuk menghasilkan produk-produk yang boleh memberi pulangan pendapatan kepada peserta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


LEPIDOPTERA: Koleksi Foto Percutian <b>di Pangkor</b> & Balik Kampung

Posted: 02 Jun 2011 09:06 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Koleksi Foto Percutian di Pangkor & Balik Kampung. Bingkisan dari Za Nans pada 12:06 PM. 0 mengulas: Post a Comment · Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom). Dengar Radio. Apa Kata Penaja ...

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Pelajar Terbunuh Dalam Kemalangan <b>Di Trolak</b> | MyNewsHub (BM)

Posted: 25 Apr 2011 09:23 PM PDT

IPOH – Seorang pelajar terbunuh apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Besar, Felda Trolak Selatan, Slim River pada Isnin.

Muhammad Bazli Zuhaili Sharuddin, 15, pelajar Sekolah Menengah Trolak Selatan yang cedera parah di kepala meninggal di Hospital Slim River.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 5 petang.

"Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila motosikalnya terlanggar tayar kiri lori di hadapannya ketika hujan lebat," katanya.

Dalam kejadian di Tapah pula pada 2.15 petang semalam, seorang warga emas Orang Asli Pang Ensif a/l Yusof, 64, terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Ayer Kuning-Tapah.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ayer Kuning apabila dirempuh dari belakang oleh kenderan terbabit yang hilang kawalan selepas kedua-dua tayarnya dikatakan meletup.

Mangsa yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Wan Abdullah berkata seorang lagi penunggang motosikal turut terbunuh semalam selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km 4 Jalan Beruas-Ayer Tawar, Manjung.

Mangsa ialah Shaiful Azlan Zakaria, 30, dari Kampung Tualang, Beruas yang terbabit dalam kemalangan pada pukul 1.05 petang.

"Kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari satu simpang empat lalu terlanggar tayar belakang sebuah lori menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


HarbinSalamShoot: StreetPhoto:From Pekan <b>Behrang</b> Stesen To Pasar <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2011 12:04 AM PDT

ebin gambar yg kerusi 3 tuh,, best.. byk yg boleh diceritakan dgn gambar cmtuh..terbaek..yang anjing tuh pun sama..terbaek. aku rasa hang dh berjaya asah mata utk melihat dlm segi espek photog...usaha lagi kulaan.

tq bro..masih banyak kekurangan yg telah dikenal pasti..aku try improve outing 26.jun ni...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


PASPB: PAS <b>Parit Buntar</b> ucap terima kasih kepada penyumbang

Posted: 18 Jun 2011 05:47 PM PDT

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/Image037-3.jpg?t=1251353332PARIT BUNTAR , 18 Jun : Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Parit Buntar, Abdul Baharin Desa mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang memberikan sumbangan melalui akaun Dana Kebajikan PAS Parit Buntar sebagai tanda prihatin dan simpati kepada masyarakat marhaen di Parit Buntar." Ada di kalangan mereka memasukkan tunai di dalam akaun bank, namun tiada maklumat penyumbang tersebut. Saya terharu di atas sumbangan dari penyumbang yang tidak mahu dikenali ini." Sumbangan yang diberikan amat bermakna kepada PAS Parit Buntar untuk disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukan terutama orang miskin dan anak yatim."katanyaBahrain berkata, semakin ramai yang memberi sumbangan kerana yakin dengan usaha bersungguh-sungguh PAS Parit Buntar mengerakkan aktiviti kebajikan yang bersistematik, teratur dan terancang" Maklumat program kebajikan PAS Parit Buntar kepada rakyat di Parit Buntar tersebar luas melalui beberapa akhbar terutama Sinar Harian dan Harakah." Laman Web , blog dan Facebook PAS Parit Buntar juga sentiasa memuatkan berita setiap aktiviti kebajikan yang dilaksanakan PAS Parit Buntar" katanyaMenurutnya, PAS Parit Buntar menyedari peranan sebagai parti yang mengutamakan kebajikan telah mengorak langkah memperjuangkan kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar." Selaras dengan tema muktamar ' Negara Berkebajikan ', PAS Parit Buntar tidak menjadikan alasan sebagai parti pembangkang untuk tidak membantu rakyat." Program kebajikan seperti bantuan armalah dan anak yatim, bantuan orang miskin, bantuan orang kurang upaya, bantuan penyakit kronik telah dilaksanakan secara berterusan" katanyaBeliau turut menyeru kepada orang ramai agar dapat terus memberikan sumbangan untuk menambahkan dana kebajikan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Sumbangan derma kepada tabung Tabung Dana Kebajikan PAS Parit Buntar boleh dibuat melalui akaun bernombor 08022010048488 Bank Islam Malaysia Berhad di atas nama ' Dana Kebajikan Parit Buntar'

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


.: Testing <b>di Teluk Intan</b>

Posted: 08 Jun 2011 11:52 PM PDT

Zaid bin Thabit melaporkan,

"Sesiapa menjadikan dunia itu sebagai puncak tujuan, maka Allah akan cerai-beraikan urusannya. Allah akan jadikan kefakiran itu ada di depan dua matanya. Dan dunia itu tidak akan datang kepada, melainkan apa yang Allah tuliskan. Dan siapa menjadikan akhirat sebagai tujuan. Allah akan satukan urusannya. Dan Allah akan jadikan kecukupan di hatinya. Dan dunia itu akan datang kepadanya walaupun dia tidak mengharapkan."

Hadith Sahih : Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Darimi dan Baihaqi



Dari Abu Khalid (Hakim) bin hizam r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda , Penjual dan pembeli keduanya bebas belum terikat selagi mereka belum berpisah maka jika benar dan jelas keduanya, diberkahi jual beli itu tetapi jika menyembunyikan dan berdusta maka terhapus berkah jual beli itu."
(Bukhari - Muslim)

Dari Sa'ad bin Abi Waqqash r.a. berkata: Rasulullah saw menengokku pada haji wada' dari
cekaman suatu penyakit yang hampir saja merenggut nyawaku lalu aku berkata, "Ya
Rasulullah, sebagaimana engkau lihat, penyakitku ini cukup berat sedangkan aku adalah orang
yang berharta dan tidak ada ahli warisku kecuali seorang anak perempuanku. Bolehkah aku
bersedekah dengan dua pertiga dari hartaku?" Rasulullah saw menjawab, "Jangan" Aku
berkata, "Bagaimana kalau separuhnya?" Rasulullah menjawab, "Jangan, sepertiga saja dan
sepertiga pun sudah cukup banyak. Sesungguhnya jika eangkau tinggalkan ahli warismu dalam
keadaan kaya raya adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan
kekurangan meminta-minta kepada manusia. Dan tidaklah engkau mengeluarkan suatu
pembelanjaan dengan menuntut keridhaan Allah melainkan engkau akan diberi pahala
karenanya hingga sesuap makanan yang engkau suapkan ke mulut istrimu."

(Bukhari - Muslim)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Kastam Perak Rampas Barangan Seludup Bernilai RM244,000 | Voice of <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2010 07:57 PM PDT

IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas rokok, minuman keras, bunga api dan mercun seludup bernilai RM244,000 melibatkan cukai bernilai RM492,700 dalam dua serbuan berasingan di negeri itu.

Pengarah Kastam Negeri Perak Datuk Dzulkurnain Abd Rahman berkata dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Boyan Baru, Taiping semalam, seorang lelaki berusia 48 tahun yang disyaki pemilik premis, telah ditahan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan mulut.

Beliau berkata Kastam Cawangan Penguatkuasaan Taiping telah merampas rokok pelbagai jenama, bunga api, mercun dan minuman keras yang dianggarkan bernilai RM82,000 dengan jumlah cukai sebanyak RM387,700.

Sementara itu, dalam serbuan pada 24 Jun lalu di sebuah rumah di Bercham, Kastam Cawangan Penguatkuasaan Ipoh telah merampas mercun dan bunga api bernilai RM162,000 dengan jumlah cukai sebanyak RM105,000.

Bagaimanapun, katanya, ketika serbuan dilakukan, pemiliknya menghilangkan diri selepas menyedari kehadiran anggota Kastam.

"Kita percaya mercun yang dirampas dan ditemui di rumah berkenaan adalah untuk dijual kepada pembekal bagi musim perayaan akan datang", katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Dzulkurrnain berkata mereka yang terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menyorok barangan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 135(1)(d)Akta Kastam 1967 (Semakan 1980), iaitu menyimpan atau memiliki barangan belum lulus pemeriksaan kastam atau barang larangan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak bermain mercun atau bunga api pada musim perayaan kerana ia merupakan kesalahan di bawah Akta Kastam dan pihaknya akan menjalankan operasi membanteras kegiatan penjualan bunga api serta mercun sepanjang tahun ini.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan seperti rokok, minuman keras dan mercun, menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855.

Jabatan Kastam memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat akan dirahsiakan dan ganjaran dalam bentuk wang tunai akan diberikan untuk setiap maklumat yang berjaya menghasilkan kes di mahkamah. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


ainlh.com: Karnival Upin dan Ipin <b>di Ipoh</b>~

Posted: 04 Jun 2011 03:09 AM PDT

Bersusun banner Upin dan Ipin sepanjang jalan di Ipoh ni. Rupa-rupanya ada Karnival Upin Ipin sepanjang 3 - 5 Jun 2011 oleh Les' Copaque Production Sdn. Bhd.. Tempat berlangsungnya karnival ni adalah di Stadium Indera Mulia Ipoh. Ha... hari ni dah mula la.
Pagi tadi, mira dan keluaga pergi pasar tani dekat dengan stadium. Jadi, dah alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan, ye dak? Hehe, mana taknya, pergi pasar tani tu pun lambat, sampai pun  nak dekat pukul  10 pg dan acara plak memang mula pukul 10 Pg. Banyak juga acara menarik. Tak larat nak tulis, Boleh tengok gambar kat bawah, hehe

Mira sempat juga tengok maskot upin dan ipin naik pentas. Huhu, adik-adik seronok, tapi malas nak berasak ke depan. Almaklumlah, ramai orang.

Dalam stadium tu ada banyak booth yang boleh dilawat. Kebanyakannya bertemakan e-learning atau e-education untuk kanak-kanak. Selain tu, barang-barang upin dan ipin pun ada dijual. Kalau nak jadi ahli Kelab Upin dan Ipin pon boleh juga, tapi kalau mira dah lepas kot umur syarat nak masuk. Huhuhu...


Dah habis tengok-tengok kat dalam, keluar pulak. Kat luar ada board boleh tinggalkan ucapan untuk upin dan ipin.


Menariknya lagi, di luar stadium tu ada replika Rumah Opah. Macam dalam cerita tu la. Satu lagi, ada sepasang kembar seiras yag digayakan sama macam upin dan ipin. Hatta stail rambut pun sama lo!

Dah selesai, kami pun menapak ke luar. Di luar pun macam-macam gerai ada. Ye lah, tempat besar macam ni, lagi macam-macam jualnya, tapi tu lah... duit yang bawak tak la besar mana. Huhu. Ok, orang Ipoh, kalau nak serbu karnival ni pun sempat lagi. Silalah~
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Majlis Kahwin <b>di Bota</b> Kanan..

Posted: 12 Jun 2011 06:10 AM PDT

12 hb Jun 2011 menjadi satu tarikh penting bagi semua ahli Lela Rentaka kerana hari ini kami akan mengiringi majlis kawin salah seorang dari ahli PSSTLKJ yang lebih kami kenali dengan gelaran Yob Alon. Difahamkan majlis hari ini bagi menyambut dua pasangan pengantin yang akan disandingkan serentak. Seperti biasa sebelum kami bertolak dari ipoh ke bota ,rumah khairul akan dijadikan sebagai tempat berkumpul semua ahli. Perjalanan yang mengambil masa setengah jam itu kami mulakan tepat jam 9.20 pagi, dengan menaiki 2 kereta dan 4 buah motosikal. Terdetik di fikiran untuk sesekali berkonvoi menaiki motosikal bersama ke majlis ini . Akhirnya kami tiba di Dewan tempat majlis itu diadakan namun memandangkan masih awal lagi kami beralih perjalanan mencari warung makan berdekatan untuk sarapan pagi. Setelah selesai menikmati juadah pagi, kami bergegas ke dewan dan bersiap-siap menantikan ketibaan pengantin sambil mengalunkan beberapa alunan lagu rakyat.









Jam 1.25 petang rombongan pengantin tiba , kami meneruskan tugas dengan memainkan alunan muzik berarak mengiringi pasangan pengantin ke tempat persandingan di dalam dewan . Tibalah giliran persembahan silat dari Pertubuhan Seni Silat Terlak Lintau Kuntau Jawa Perak menyambut ketibaan pengantin. Dengan diiringi alunan muzik silat ,pesilat mengatur langkah menambah seri bagi menyambut ketibaan dua pasangan pengantin yang dilangsungkan serentak ini.














Tugas kami bukan selesai di situ saja, setelah semua selesai makan tengah hari di majlis ,kami teruskan persembahan dengan diselangi nyanyian karaoke oleh tetamu yang hadir. Sempat juga kami bergambar dalam masa terluang itu. Sehingga jam 4 petang kami pun berkemas untuk pulang ke ipoh semula. Alhamdulilah cuaca cerah ,sedikit sebanyak memudahkan perjalanan pulang kami.

Setibanya di rumah khairul, kami berehat sebentar dan minum petang bersama.

Syukur kepada tuhan majlis hari ini berjalan lancar dengan izinnya. kami mendoakan pasangan pengantin yob alun dan pasangannya, serta adik beliau dan pasanganya berbahagia selamanya ..amin...





Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Bro Berada <b>Di</b> Hospital <b>Slim River</b> Malam Ini | Bro Framestone

Posted: 27 Jun 2011 09:22 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Seperti yang bro maklumkan di entry bro sebelum ini. Bro selamat berada di Hospital Slim River. Tidur dulu ek kenkawan. Dah hampir 10 tahun bro hadapi. Korang.

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN: Perhimpunan PERKASA <b>di Pasir Salak</b>.

Posted: 27 Feb 2011 05:35 AM PST

Perkasa Perak berjaya dengan kehadiran 15 ribu orang melayu datang berkumpul di litar Dato Sagor Pasir Salak, Aura Tun Mahadhir Perdana Menteri ke 4 berjaya memikat orang ramai untuk sama sama mendengar ucapan dan amanat beliau,

Syabas kepada Dato Tajuddin Ahli Parlimen Pasir Salak kerana berani menyokong Perkasa untuk membela nasib orang melayu, Sebagai Yang Berhormat di Parlimen Pasir Salak beliau juga tidak lupa kepada pengundi2 kaum lain, itu lah antara kata kata keramat beliau didalam ucapannya. lagi sekali aku nak ucapkan tahniah kepada beliau dan seluruh jentera program tersebut.

Tahniah jugak kepada Dato Ibrahim Ali.

HIDUP MELAYU !!! HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


n a j w a o f f i c i a l ™: one day <b>di TAPAH</b> town ,

Posted: 28 Jun 2011 07:34 AM PDT

assalamualaikum ? haha :) hari nie sharian aku di Tapah yg kononnye naa g MDT jee . padahal sbalik nye hari nie mcm2 tmpat ktaorg *aku-umie-nik-yanti-arfah-sela pegi . smpai jmpe ngn Raja Nazrin g uhh . huu :D inad senang kee   naa jmpe ngn krabat d'raje ? susa ouu . haha . excited gilak naa msukk Mhkamah Syariah yg bruu uh . kah kah . siap ktaorg snap pic lagi tuu :) 

mase nie die naa blek daa :) kabutt aku amek gmbo die . haha . spatutnyee ktaorg d'jmput mkan sblum uhh . tp d'sbabkan ktaorg nie bajett diet sumenye , so tadee laa ktaorg mkan *bajet - bajet kowt . mane taa nye kalau u all naa tau , ktaorg jee glongan mude mudi yg dtg . haha :D yang laen uhh sumenyee daa b'umur . haha . last time balek unn spatutnye naa laa snggah mkan free situu . tgk2 mamat2 at bffet food uh usha ktaorg pelik smacam jee .ktaorg un dgn muke sgan nyee balek lee :D . 

nie adelah antra gamba2 yg smpat ktaorg tgkap at dlm dwan mhkamah bruu uh :) and akuu pnye laa sronok . mklum laa , org frst time msuk mhkamah . kih kih . 

haa , amacam ? gadis2 ini ? adee bkat jd model taa ? haha :D *berangan pulak . lpas balek dri g mjlis nie , ktaorg mkn tgh hari & slat di umah Yantie *in pic no.2 dri knan . makk die msak an laksa . sedapp ! ase naa bwak blek bngkus jee uh . hee :D pas uhh , adee la pulak sorang bby boy yg nmenye Ajim owt . sanad chumell :)

haha :) sukee bby nie amai aweks naa tgkap gmbaa ngn die . haha :D & go to our dstination iaitu pgi MDT lee . pnye laa pnat trun bkit . hee :p lpas uhh t'srempak ngn Mr. A *aidil mt wzir ouu . rupe nyee die dtg sorang . kasihan die . daa laa pndrve die wt hal , taa dpt naa cri mklumat snad . cume adee 1 jee . gmba die t'slit kat dlm cmera aku daa :) 

haha . sesat sorang laki . hihi . lpas g jmpee mrs.Mazilah nie ktaorg g jmpe mr.Razali . :) pkcikk yg gilerr sportng uhh . haha . smpai an b'murah hati bg ktaorg kurma *ank die bli dri Mkah & smthing uhh . TIME KASEHH pkcikk ! last picture from akuu sndri with pkcikk Razali :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


MI-OK (LeYha): Sejarah Awal manjung

Posted: 28 Nov 2006 12:00 AM PST

Menurut Sejarah Melayu sebelum munculnya nama Negeri Perak terdapat suatu kuasa besar yang dinamakan sebagai Kerajaan Gangga Negara (atau Qastan Zarian) yang menakluki di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung. Mengikut buku Sejarah Perak Dahulu Dan Sekarang Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna daripada Kedah, tetapi ada juga cerita yang menyebutkan bahawa kerajaan tua itu diwujud oleh Raja Khmers dari Negara Kemboja. Kerajaan Gangga Negara dinyatakan berpusat di Beruas dan telah wujud sebelum abad ke-8 Masehi.
Dalam tahun 890 seorang anak Raja keturunan dinasti Sailadra Jawa bernama Bolaputra telah menyerang dan mengalahkan Kerajaan Gangga Negara. Tetapi setelah berkahwin dengan puteri Raja Gangga Negara, Raja Bolaputra pun berundur. Pada kurun ke-11, Kerajaan Gangga Negara sekali lagi diserang tetapi pada kali ini, oleh Raja Chola Rajendran I (atau Rajendran Chola Deva I dan Raja Suran) dan menyebabkan kemansuhan Kerajaan Gangga Negara.
Kemudian itu wujudlah dua buah kerajaan iaitu Kerajaan Beruas dan Kerajaan Manjung. Kerajaan Beruas ini berpusat di Kampung Kota dan kerajaan ini sentiasa bersengketa dengan Kerajaan Manjung sehingga berperang. Kerajaan Beruas turut meminta bantuan daripada Sultan Mahmud Shah pun menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjung dan mengalahkan Kerajaan Manjung dengan mudahnya. Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah ( Sultan Perak 33 ) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin ( Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka.Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka.
Pada zaman 1980an, daerah ini dikenali sebagai Daerah Dinding. Ia merupakan sebuah kerajaan yang purba yang sebesar dan sezaman dengan sebuah lagi kerajaan purba di Perak iaitu Beruas. Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut. Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah ( Lumut ) ditukar namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai Orang Besar Jajahan. Bagi memperingati peristiwa ini Masjid Al-Adli telah dibina melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Dinding kepada Kerajaan Perak. Kini jajahan ini lebih dikenali sebagai Manjung. Daerah Manjung merupakan sebuah unit pentadbiran yang merangkumi mukim Beruas dan Setiawan. Manjung yang dahulunya pernah menjadi jajahan takluk Beruas apabila pernah ditewaskan oleh Beruas dalam satu pertempuran, kini memasukkan Beruas sebagai salah satu
Untuk mengingati kembali kegemilangan kerajaan purba, jajahan yang dahulunya dikenali juga dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung pada 1 Januari 1982 yang mana ia merupakan satu unit pentadbiran yang juga merangkumi mukim Beruas dan Sitiawan.

Manjung yang dahulunya menjadi jajahan takluk Beruas apabila apabila ia dikalahkan oleh Beruas dalam satu pertempuran dengan bantuan bala tentera dari Melaka, kini memasukkan pula Beruas dibawah daerah pentadbirannya. Sehingga tahun 1935 jajahan itu tidak dianggap sebagai sebahagian daripada negeri Perak. Lantaran itu pembangunan di situ berjalan agak lembab meskipun ia mempunyai banyak potensi yang boleh di majukan, khususnya dari segi perdagangan antarabangsa. Hanya selepas tahun 1935, barulah usaha untuk memajukan jajahan Dinding dipergiatkan tetapi tidak untuk menjadikan Lumut sebagi pelabuhan. Ini disebabkan terikat dengan perjanjian sulit antara kerajaan negeri-negeri selat dengan kerajaan Perak di mana dipersetujui yang kerajaan Perak tidak akan berbuat demikian, jika tidak jajahan Dinding tidak akan dikembalikan kepada Perak. Jajahan dinding dan Bandar Lumut sebagai pusat pentadbirannya mengambil masa yang agak panjang untuk membangun. Hampir enam dekad lamanya baru ada usaha-usaha untuk mengembalikan kegemilangannya.
Tokoh terlibat Nahkoda Mohamad Taib adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan awal Daerah Manjung yang dahulunya dikenali dengan nama Daerah Dinding. Sejarah bermula di Kuala Sepit di sekitar 1857. Beliau juga dikenali dengan nama Tok Noda telah mendapat perkenan dari Sultan Muazzam Shah untuk membangunkan Daerah Dinding setelah ramai yang gagal sebelum ini kerana serangan ganas pihak lanun. Dengan semangat dan iltizam yang tinggi beliau telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Laluan laut yang selamat telah menggalakkan para pedagang untuk ke Kuala Sepit dan bermulalah kemajuan dan kemakmuran Daerah ini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Mangsa Banjir <b>Di Kerian</b> Berkurangan Kepada 251 Orang Hari Ini <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2011 08:33 PM PDT

Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian berkurangan daripada 289 orang petang semalam kepada 251 orang hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) berkata, mangsa banjir yang masih berada di dua pusat pemindahan adalah dari 11 kampung di daerah terbabit.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Merah dan SK Alor Pongsu, katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan itu adalah dari Kampung Matang Pasir, Kampung Tanjung Bugis, Kampung Parit Simpang Lima, Batu 37 dan 38 Jalan Keretapi, Kampung Parit Abu Hasan, Parit Haji Hasan Ban, Parit Mat Keling, Kampung Tebuk Pancur, Kampung Parit Ayer Hitam dan Kampung Perlis, katanya.

Kawasan terbabit masih ditenggelami air sedalam 0.5 meter hingga satu meter. Banjir melanda kawasan terbabit ekoran langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah yang berada di paras bahaya akibat hujan lebat sejak seminggu lalu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini diminta menghubungi bilik gerakan di talian 05-7213723.

– BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Taiping Mali: Menentang Demo Jijik Ambiga <b>di Lenggong</b> Petang ini

Posted: 23 Jun 2011 11:09 PM PDT

Salam.

Demonstrasi anti bersih akan dibuat ddataran lenggong jam 4ptg 24.6.2011. Edaran t.shirt warna merah .kain lilit kepala ANTI BERSIH dpakai olih perserta perhimpunan. Lapuran polis juga akan dbuat d balai polis lenggong.tq
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PAS LENGGONG: DSAI <b>di Lenggong</b>- Semalam

Posted: 25 Jun 2011 04:00 AM PDT

Sebelum ini beberapa hari lepas mula hari rabu dah dinaikkan banner unmo yang nenunjukkan sijalang memfitnah DSAI. Di Pekan lenggong diletakkan depan Pejabat Pos. Harini sabtu maka ramailah orang yang melihatnya. Pastinya ramai yang menyumpah seranah sijalang itu. Kerana tak tahu hukum agama. Memfitnah dalam perkara seks hendaklah membawa 4 saksi. Sijalang itu tidak membawa wajib keatasnya qazaf 80 sebatan dan dia fasik dan tak boleh di ambil persaksian. Sesiapa yang menerima apa yang difitnahkan turut menumpang tui. Semalam DS Nizar telah membaca dengan jelas dan menperjelaskannya.
Kerana itu sesiapa yang mempercayai fitnah itu maka jadilah orang itu fasik.
Petang ini hujan lebat dan kelihatan banner telah terkelebih mungkin salah satu tali putus.
Barangkali tali juga tak mahu bersubahat mendengar fitnah. Hanya yang fasik dang munafik sahaja yang akan mempercayai fitnah umno terhadap DSAI. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.