07 di lekir - Google Blog Search     |   
|    Zulheimy Ma'amor: KD <b>LEKIR</b> : HONG KONG ,1990 Posted: 17 Sep 2012 11:22 PM PDT   Hong Kong sebelum diserahkan kepada Republik Rakyat China  pada 1 Julai 1997 adalah merupakan bekas tanah Jajahan British.Hong Kong terdiri dari Pulau Hong Kong, Kowloon dan New  Territories. Diantara 236 pulau yang terdapat di Hong Kong, Pulau Lantau adalah  yang terbesar sedangkan Pulau Hong Kong adalah yang kedua terbesar.Sebahagian besar penduduk Hong Kong beragama Buddha.   Pada September 1990, KD Lekir dan KD Mahawangsa telah membuat lawatan operasi ke Hong Kong dan Korea Selatan. Pada awal program lawatan adalah ke Hong Kong dan Beijing China... namun disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan... lawatan ke China dibatalkan dan digantikan dengan Korea Selatan. Pengumuman pertukaran destinasi lawatan diberitahu oleh Pegawai Memerintah, Kdr Noor Azman Hj Othman semasa kapal berada di tengah laut dalam pelayaran ke destinasi berkenaan...   KD Lekir & KD Mahawangsa bertambat di jeti HMS Tamar iaitu Pengkalan Tentera Laut DI Raja British di Hong Kong.        HMS Tamar adalah pengkalan Tentera Laut Di Raja British di  Kepulauan Hong Kong sejak tahun 1897 sehinggalah Hong Kong diserahkan kepada  Republik Rakyat China pada 1997.  Nama  HMS Tamar diambil dari nama sebuah kapal perang British yang dijadikan  pengkalan sementara sehingga Bangunan HMS Tamar siap dibina.      Namun bangunan Prince of Wales (gambar diatas) hanya  siap dibina pada tahun 1978 dan ditauliahkan sebagai HMS Tamar.HMS Tamar dilucutkan tauliah pada 11 April 1997 setelah Hong  Kong diserahkan sepenuhnya kepada Republik Rakyat China.      Tsim Sha Tsui atau  singkatannya TST, merupakan sebuah bandar yang sibuk terletak di Selatan  Kowloon, Hong Kong. Kawasan ini bersempadan dengan Austin Road di Utara, dan  Hong Chong Road di timur dan Jalan Cheong Wan.         Secara geografinya, Tsim  Sha Tsui adalah merupakan sebuah tanjung yang terletak di hujung Semenanjung  Kowloon menunjuk ke arah Pelabuhan Victoria.         Beberapa buah kampung  telah wujud di daerah ini sebelum Kowloon diserahkan kepada Empayar British  pada tahun 1860.         Kini Tsim Sha Tsui  adalah merupakan hub pelancongan utama di Hong Kong dengan bandar yang semakin  pesat membangun.       Yang menarik di Tsim Sha  Tsui ini ialah bertemu dengan anak saudara ku LK1 PPP Abdul Halim dari kapal KD  Mahawangsa. Dulu kami pernah bertugas satu kapal di KD Sri Negeri Sembilan pada  tahun 1987.             Masjid Kowloon & Pusat Islam Hong Kong adalah salah satu  dari 4 masjid utama di Hong Kong. Terletak di antara Nathan Road and Haiphong  Road, Masjid ini mampu menampung sehingga kira-kira 2000 orang jemaah.     Masjid ini dibina pada tahun 1896 untuk kemudahan solat bagi  Tentera India Muslim yang berkhidmat dengan British Army. Tapak asal masjid ini  adalah terletak di tapak Balai Polis Tsim Sha Tsui sekarang. Masjid yang ada  sekarang siap dibina pada tahun 1984 di Nathan Road bagi menggantikan masjid  yang lama yang mengalami kerosakan struktur yang agak teruk akibat pembinaan  Mass Transit Railway. Masjid ini dibina semula hasil sumbangan umat Islam Hong  Kong dan juga dari hasil dari wang pampasan yang dibayar oleh Mass Transit  Railway Corporation kerana kerosakan Masjid asal berpunca dari pembinaan MRT di  Hong Kong.      GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SEMASA DI HONG KONG:         Teman: Kehidupan orang-orang seperti kita ini tidak dapat kita nafikan memangnya kaya dengan pelbagai pengalaman. Kadang-kala mengalah orang lain. Apa tidaknya, tanpa perbelanjaan yang banyak kita dapat jelajah ke negeri orang. Hari ini di sini, esok di sana dan lusa entah di mana-mana.    |   
| You are subscribed to email updates from di lekir - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |