Ahad, 2 Oktober 2011

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Otai Manjung: TERTUNDA: CERAMAH MAT SABU <b>Di LEKIR</b>

Posted: 19 May 2011 02:36 PM PDT

10.05.2011, Batu 12 Lekir, Manjung.

Ceramah dimulakan oleh Hj Misbah Munir, namun tidak sempat rakam penuh. Penceramah kedua oleh YB Ng Suee Lim selaku ADUN Sekinchan, Selangor yang lebih dikenali sebagai Wak Ng Suee Lim atau Cina Jawa. Dan Hj Mohamad Sabu mengakhiri ceramah malam tersebut.

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Pelajar Terbunuh Dalam Kemalangan <b>Di Trolak</b>

Posted: 25 Apr 2011 09:23 PM PDT

BN Akan Terus Berjuang Untuk Keadilan Sosial

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan terus berjuang untuk keadilan sosial demi kepentingan semua rakyat Malaysia. Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu berkata, parti komponen BN perlu mendekati rakyat dan memilih pendekatan inklusif dalam

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Hantar SMS Ayat-ayat Cinta Sebelum Maut | Blogepal.Com

Posted: 29 Sep 2011 07:01 PM PDT

SMS berbunyi 'kutitiskan warkah buat diriku sendiri, hidup tanpa kasih dan sayang umpama hidup di padang pasir yang gersang' diterima suri rumah, Che Wan Kamsah Ahmad Jaluddin, 35, sebelum diberitahu suami dan anak perempuannya maut dirempuh lori.

Che Wan Kamsah berkata, dia terkejut apabila menerima SMS puitis itu dari suaminya, Roslan Osman, 35, berikutan mangsa tidak pernah menghantar kiriman sebegitu sejak mendirikan rumah tangga 15 tahun lalu. Lebih menyedihkan apabila ayat-ayat cinta itu dihantar beberapa minit sebelum mangsa dan anak perempuan mereka, Puteri Nurul Najwa Roslan, 12, menemui ajal dalam kemalangan malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam di Kilometer 4, Jalan Seri Manjung-Segari berdekatan Kampung Sungai Rumput, di sini, dua beranak itu bersama seorang lagi mangsa, Ainuddin Abd Wahab, 15, maut apabila kereta dinaiki mereka bersama dua lagi mangsa dirempuh lori.

Ainuddin yang juga anak saudara Roslan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, manakala dua lagi mangsa yang juga jiran arwah cedera.

Che Wan Kamsah yang ditemui di rumah mentuanya di Kampung Permatang Raja, Pantai Remis, dekat sini, semalam berkata dia terkejut menerima SMS berkenaan kerana arwah tidak pernah mengirim SMS seperti itu.

"Saya tidak menyangka SMS itu petanda akan kehilangannya. Saya akan menyimpan SMS itu selain menjadi pengubat rindu.

"Saya dan arwah sebelum ini ada sedikit pertengkaran menyebabkan saya terpaksa pulang ke rumah ibu di Sungai Siput bersama anak sulung kami berusia 15 tahun," katanya.

Katanya, malah, petang hari kejadian, arwah menghubunginya supaya pulang segera ke Pantai Remis kerana rindu untuk bertemunya.

Che Wan Kamsah berkata, dia tidak menyangka kepulangannya untuk menemui arwah dan Puteri Nurul Najwa semalam bertukar hiba apabila hanya menatap jenazah mereka.

Menurutnya, arwah ditemani anak dan tiga yang lain dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membuat pemeriksaan penyakit batu karang di Hospital Seri Manjung (HSM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, kejadian berlaku apabila Perodua Kancil dinaiki lima mangsa itu bertembung sebuah lori tiga tan.

"Siasatan mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa yang datang dari Seri Manjung bertembung lori dari arah bertentangan selepas pemandunya gagal memotong sebuah kenderaan di hadapan.

"Pertembungan kuat itu menyebabkan dua penumpang kereta Kancil berkenaan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HRPB," katanya.

.

.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Lokasi berkonsep Jonker Street <b>di Ipoh</b> | peraktoday.com

Posted: 29 Sep 2011 02:11 AM PDT

Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) bercadang untuk memperkenalkan konsep Jonker Street dari Melaka serta Walking Street (Songkhla) pada beberapa lokasi 'siar kaki' yang bakal diwujudkan kelak.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, kedua-dua konsep berkenaan dilihat sebagai sesuatu yang unik selain boleh dijadikan sebagai antara usaha bagi menceriakan kawasan di sekitar bandar raya khususnya menjelang sambutan Tahun Melawat Perak tahun depan.

Menurutnya, perkara tersebut bakal dibincangkan, di samping bercadang menghantar pegawai MBI untuk membuat kajian lanjut berhubung perkara berkenaan sebelum ianya diimplementasikan di Ipoh.

"Ketika delegasi MBI menganjurkan lawatan ke Songkhla, Thailand baru-baru ini, kami turut berkesempatan melawat Walking Street di sana dan saya dapati ianya sangat menarik, khususnya dengan pelbagai perniagaan makanan.

"Begitu juga dengan konsep Jonker Street dari Melaka dan saya harap para peniaga di sekitar bandar raya dapat memberi kerjasama untuk mengambil bahagian," katanya, semalam.

Roshidi turut berbangga dengan kemasukan ramai pengunjung luar ke Ipoh sejak kebelakangan ini khususnya pada hujung minggu hingga mengakibatkan kesesakan jalan raya di beberapa lokasi tertentu sehingga lewat malam.

"Sejak kebelakangan ini, Ipoh banyak menganjurkan pelbagai aktiviti (program) dan ini mungkin menjadi faktor yang menarik kunjungan mereka," katanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas berhubung insiden menembak anjing liar di sebuah kondominium di sini kelmarin, Roshidi berkata, tindakan tersebut diambil setelah menerima aduan orang ramai berhubung anjing-anjing liar yang berkeliaran di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan aduan perihal anjing-anjing tersebut, saya anggap ianya sesuatu yang perlu ditangani kerana ianya jelas mengancam keselamatan awam," katanya.

MAZHA 2010: Popiah tersohor <b>di Ipoh</b>

Posted: 05 Aug 2011 12:00 AM PDT


Sos Dan Kulit Popiah Rahsia Popiah S.S Ali

Keunikkan, kesedapan dan perbezaan kuih popiah yang dibuat oleh setiap pengusaha popiah adalah terletak pada sos dan kulit popiahnya. Kedua-dua perkara ini menjadi penentu, samada popiah tersebut akan menjadi kegemaran ramai atau pun tidak.

Pengusaha Popiah S.S. Ali, Mohamad Mubarak Mohamad Sultan, 45, berkata sos dan kulit popiah yang disediakan oleh beliau merupakan bahan yang paling penting dalam proses penyediaan kuih popiahnya.

"Sos popiah dan kulit popiah S.S. Ali ini, dibuat sendiri oleh saya dengan menggunakan bahan dan resepi keluarga yang diturunkan oleh arwah bapa saya Mohamad Sultan Daud kepada sembilan orang anak-anaknya.

"Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sos dan kulit popiah tidak boleh saya kongsi dan biarlah ia menjadi rahsia turun-temurun keluarga kami," katanya ketika ditemubual di kediamannya yang terletak di Fair Park, Ipoh.

Justeru itu, Mubarak berkata adalah penting untuk beliau menyelia setiap proses penyediaan bahan-bahan tersebut agar kualitinya terjamin dan sentiasa konsisten.

Selain daripada itu, beliau turut menegaskan bahawa bahan-bahan yang akan digunakan untuk dijadikan inti kuih popiah juga diberi perhatian yang sewajarnya dan perlu dipastikan kesegarannya.

"Ya, memang betul sos dan kulit popiah penting tetapi inti popiah juga tidak seharusnya kita ambil mudah. Dalam erti kata lain, ia juga penting. Bahan-bahan tersebut seperti sengkuang, taugeh, telur, bawang goreng, lobak, kacang dan udang goreng perlu sentiasa dalam keadaan yang segar," jelasnya.

Katanya, tahap kebersihan dalam setiap proses penyediaannya juga harus diberi perhatian kerana sedikit kekotoran akan menyebabkan kuih popiah tersebut mudah basi dan mendatangkan kemudaratan kepada pemakannya.

Sehingga kini menurut beliau lagi, berkat usaha dan wasiat arwah bapanya yang menginginkan anak-anaknya meneruskan perniagaan keluarga Popiah S.S. Ali, perniagaan tersebut terus berkembang pesat di seluruh Malaysia iaitu terdapat 17 gerai kesemuanya dan antaranya ialah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor , Perak, dan Johor Bahru.

"Di Ipoh saja saya giat menjalankan perniagaan Popiah S.S. Ali di setiap pasar malam yang ada. Pada hari Isnin di Ipoh Jaya dan Medan Selera Tasek. Hari Selasa di Klebang, Taman Perpaduan dan Sungai Siput. Hari Rabu di Rapat Setia, Sri Iskandar, dan Sungai Siput. Hari Khamis di Taman Seri Rapat dan Silibin. Hari Jumaat di Simpang Pulai, Pekan Razaki dan Taman Jati. Hari Sabtu di Bercham Raya dan Taman Anda. Pada hari Ahad pula kami tidak berniaga," terangnya dengan teliti.

Beliau yang mempunyai tujuh orang pekerja memberitahu kuih popiah yang dijualnya setiap hari adalah dalam lingkungan 1000 hingga 2000 dan akan habis sebelum pukul 10 malam.

Katanya, beliau juga menerima tempahan untuk majlis-majlis keramaian.

"Setiap tempahan di bawah 500 kita akan sediakan di rumah dan hantar dan tempahan yang melebihi 1000 kita akan buat live show di majlisn tersebut," katanya.

Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan popiah S.S. Ali boleh hubungi En. Mubarak di talian 012-5512012 ataupun Pn. Azura di talian 017-5910746.

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Gambar helikopter terhempas <b>di Malim Nawar</b> | yusufultraman[dot]com

Posted: 14 Dec 2010 04:55 AM PST

Juruterbang maut helikopter terhempas di Malim Nawar
TIMBALAN Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof (dua dari kanan), meninjau keadaan helikopter Robinson 44 (R-44) yang musnah terbakar selepas terhempas ketika juruterbangnya, Inspektor Mohd Shukri Osman, 31, menjalani latihan di kawasan lombong tinggal berdekatan Kampung Seri Malim, Malim Nawar dekat Kampar 3 petang tadi. Mohd Shukri meninggal dunia di tempat kejadian. – Foto Ikhwan Munir

petikan berita harian

Insp. Mohd Shukri yang mengendalikan helikopter R-44, dengan empat tempat duduk itu, dipercayai hilang kawalan ketika berada di ruang udara lalu terhempas dan terbakar.

Mangsa yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang mengalami kecederaan dengan kesan kebakaran di bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata, mayat mangsa di hantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Shukri yang telah beristeri dan mempunyai seorang anak dikatakan menjalani latihan memandu helikopter sejak pertengahan tahun ini.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran. – Bernama

petikan utusan

Related posts:

  1. Helikopter buatan sendiri
  2. Gambar eksklusif serangan 9/11 didedahkan
  3. Anak tetak ibu dengan kapak di Chini
  4. Berebut siaran televisyen – Seorang adik Mati bergaduh dengan kakaknya
  5. Tragedi amuk sahur
  6. Ombak tsunami elak masjid – Tidak terjejas dilanda tsunami (gambar)
  7. Gadis ghaib (Siti Balqis Mohd Nor) rakam gambar jin
  8. Perkosa rakan dalam kelas
  9. Bas pelancongan terbabas di Genting Sempah – 6 maut, 21 cedera (senarai 6 penumpang)
  10. Helikopter penyerang Eurocopter Tiger

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Queen Of The Heart: Wedding <b>di Bota</b>, Perak

Posted: 02 Jun 2011 06:50 PM PDT






Salam sume..28 Mei 2011 kami makan kenduri jauh nun di Perak. Seawal 8 pagi I dah bgn siapkan lil prince..dia pon hepi saje lah tahu nak jln2..pukul 9pg bertolak dari umah..singgah breakfast di kedai kg dkt dgn umah, sgt best suasan kg di pg hari..adeeb spt biasa le kalo mkn kt kedai tu mesti sibuk nk kejar kucing..hehe..then trus bertolak ke Bota tanpa henti..ikut GPS saje lah..even I penah pegi umah kenduri ni masa abg nye kawen, tp dah lama..sah2 dh lupe kan..kami sampai umah pengantin pukul 1 lebih..time tu dah x ramai tetamu so boleh lah usik2 pengantin kan..
Actually wedding ni antara my best fren..Azrul dgn adik classmate kitorg dan juga rakan sekerja kami..Anith,adik kepada Hazwan..sgt special percintaan mereka dan I sgt suke mereka bersama..doa I mereka akan bahagia hingga ke hujung nyawa..tahniah utk mereka berdua. oh ya, dari awal lg I tahu tema wedding mereka di Bota iaitu Pink & Silver..so I decide kami pon nk pakai baju kaler pink so that masa amik gambar dgn pengantin akan jadi sgt sweet..adeeb pulak x penah ade baju kaler pink..ye la..boy kan, i xpenah nmpk baju baby boy kaler pink..tp i cari jugak..at last jupe baju Anakku..hehe..sgt cute dia pakai bj pink oke..sampai je,jupe pengantin jap kasi hadiah..then terus mkn..sgt lapar dan sgt selera tgk2 menu nye patin masak tempoyak..wahhh..mkn x igt tuuu..so, jom layan pic..
 baru bertolak slps breakfast..adeeb dgn baju pink nye!
gelak besar sbb mama kasi green light main lari2..
 pencuci mulut..kerepek pisang..favourite papa & adeeb
 gmbr 1st xjd sbb adeeb mcm pelik je tgk pengantin..haha
 ok..yang ni cantik..so sweet pengantin dan kami jugeee =)
 aktiviti kejar mengejar adeeb yg sudah lupa diri dan buat rumah org mcm rumah dia sajeee
 adeeb garu kepala sbb mama asik ikut bontot dia saje..kikiki
 tukar pampers time..sbb dh nk bertolak balik..siap dia kemas2,nnt naik kete mesti tido punyee
 pose wajib kami..mane adeeb???
taraaaa..sudah lena dibuai mimpi..kenyang mkn nasi myk dgn ayam goreng..
alhamdulillah..we safely arrive at Kinrara by 7pm..singgah umah kakak ipar I..lepak2,mandi sume..then kul 11pm balik umah..

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Mahathir harus meminta maaf kepada mangsa <b>Bukit Merah</b>

Posted: 24 Sep 2011 10:11 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (KEADILN) menganggap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir harus meminta maaf kepada mangsa Bukit Merah akibat krisis kebocoran radiasi oleh kilang pemprosesan tanah nadir – Asia Rare Earth (ARE) dan bukan memberikan pandangannya terhadap Kilang Lynas secara tidak bertanggunjawab.

Ahli Jawatankuasa KEADILAM Majlis Pimpinan Pahang Lee Chean Chung mengulas kenyataan Mahathir yang bersetuju dengan pembangunan Kilang Lynas. Menurut beliau, sempena Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, beliau bukan sahaja meluluskan projek ARE di Bukit Merah, malah juga melakukan pelbagai kesilapan besar sejurus itu.

Yang pertama, Projek ARE diluluskan Mahathir mengalami bencana kebocoran radiasi dan membahayakan nyawa penduduk di sekitar Bukit Merah. Statistik menunjukkan bahawa sebanyak 8 orang kanak-kanak menghidapi Leukimia akibat radiasi, dan hanya 2 orang sahaja yang masih hidup sehingga sekarang. Selain itu, 5 orang mengalami kecacatan otak akibat kesan radiasi. Kadar keguguran dan kematian bayi juga adalah 3 kali lebih tinggi daripada kadar purata negara ini.

Menurut Chean Chung, Mahathir pada ketika itu enggan memberi arahan supaya menutupkan kilang tersebut. Penduduk kampung yang terdesak terpaksa membawa kes tersebut ke mahkamah dengan usaha sendiri.

"Malah kes mahkamah telah berlanjut selama 10 tahun. Penduduk kampung menderita sepanjang tempoh tersebut. Sekarang, Mahathir bukan sahaja tidak insaf akan tindakan beliau, malah menyatakan persetujuan terhadap Lynas, iaitu sebuah kilang pemprosesan tanah nadir yang bakal dibuka di Gebeng, Kuantan."

Kedua, Kerajaan Barisan Nasional hanya mengambil langkah mendirikan tapak simpanan sisa radioaktif tetap 13 tahun selepas Kilang ARE berhenti beroperasi. Tapak tersebut hanya akan disiapkan menjelang tahun 2014. Penangguhan tersebut telah membuktikan kesilapan pentadbiran kerajaan BN.

"Kerja penceraian bangunan kilang dan penghantaran sisa radioaktif ke tapak simpanan telah mengambil masa selama 13 tahun dan peruntukan yang tidak dapat dinilai harganya. Tambahan lagi, tapak tersebut akan diserah dan diselenggarakan oleh Kerajaan Negeri Perak selama 300 tahun. Tempoh separuh hayat Thorium adalah selama 14 bilion tahun. Betapa lamanya kerajaan kita dapat menjamin sisa radioaktif tersebut adalah di bawah keadaan selamat?"

Akhirnya, Chean Chung juga mengkritik Mahathir yang menahan beberapa aktivis alam sekitar dalam gerakan anti ARE Bukit Merah di bawah ISA. Antara mereka termasuk Peguam Sahabat Alam Malaysia (SAM) Mina, Hew Yuen Tat, Fang Kui Mien dan Prof. Tan Ka Kheng.

"Yang menyedihkan, Prof. Tan Ka Kheng yang merupakan graduan daripada Universiti Cambridge telah ditahan tanpa bicara selama 2 tahun. Memandangkan sekarang Kerajaan telah membuat keputusan memansuhkan ISA, jelas bahawa tindakan Mahathir pada ketika itu telah dibuktikan salah."

Akhir sekali, Chean Chung mengambil pendirian bahawa selepas insiden Tanah Merah, Malaysia tidak perlu lagi sebuah Kilang Lynas untuk mengingatkan kelemahan penguatkuasaan institusi, kelonggaran akta alam sekitar dan harga nyawa rayat kita. Jika Mahathir ingin meninggalkan satu legasi yang bertanggungjawab, beliau harus memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan olehnya kepada rakyat Bukit Merah.

"Yang pentingnya, keputusan muktamad untuk membangunkan Kilang Lynas haruslah datang daripada rakyat, dan bukan pihak lain, terutamanya tokoh politik yang sudah bersara."

公正党细数前首相三大罪状

李健聪:马哈迪应向红泥山受害者道歉

(关丹22日讯)人民公正党认为前首相马哈迪应该为其掌政期间批准霹雳州红坭山亚洲稀土厂运作,结果酿成辐射泄漏危机一事道歉,而非毫无悔意地大放厥词。

公正党彭亨州州委李健聪表示,马哈迪在任内批准红坭山亚希厂的运作,犯下了多项严重的错误。他细数马哈迪的三大罪状如下:

第一,马哈迪任内批准的稀土厂发生辐射外泄问题,并危害多人性命。统计显示,在该段期间因怀疑辐射而患上血癌的儿童有8位,侥幸生存的仅有2位。此外由于辐射影响而脑残者也有5名,加上孕妇流产,婴儿夭折率也是全国的3倍。

"马哈迪迟迟不肯下令关闭稀土厂,导致村民需要自费筹款打一场长达10年的官司,可谓罔顾人民的安危。现在,前首相对于这些悲惨的事件不但未有表达丝毫歉意,反而还为即将在关丹开厂的莱纳斯稀土厂背书,着实让人心寒。"

第二,另外,国阵政府与亚洲稀土厂在停厂的13年后,也就是迟至2006年才开始研究重新设置永久埋毒槽,而且在2014年才会完成埋毒槽的工程。这种延误已经犯了行政疏忽的错误。

"亚洲稀土厂花费了13年的时间和无法估计的金钱进行拆厂和处理辐射性废料的工作,而且埋藏辐射废料的永久埋毒槽,将会在2016年正式交给霹州政府负责及管理至少300年。钍辐射废料的半衰期为140亿年,我国的政府能够保证安全看管这些废料到什么时候?"

第三,李健聪也抨击马哈迪在反对亚洲稀土厂的运动中,以《内安法令》逮捕多名环境维权人士,其中包括霹雳反辐射抗毒委员会主席丘运达、大马自然之友米娜等,其中剑桥大学化工博士陈嘉庆更在未审讯的情况下就被扣留长达2年,犯下了严重的错误。

"马哈迪在茅草行动中动用恶法钳制运动,导致许多无辜的人在黑狱中度过非人的日子。其中,丘运达在扣留期间连续被盘问78小时,不止不允许他睡觉,也禁止与家人见面。现在国阵政府终于痛定思痛决定废除《内安法令》,马哈迪当年的行为对错,已经不证自明。"

最后,李健聪也认为,我国已经有了这个红坭山稀土厂的惨痛经验,不需要再来一个关丹莱纳斯稀土厂来提醒我国监管机构的脆弱、环境法令的松懈以及人命的可贵。马哈迪如果要为后代留下一个正面的楷模,则应该为其任内的错误决策所导致的人命与财物损失诚恳道歉。

"而且,要不要稀土厂的最后决定必须来自人民,而不是任何政党、组织或过气政客,更加不会是马哈迪。"

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


cOraT cOret NusHA : Bunuh diri <b>di</b> TTS, <b>Sungai Siput</b>.. Kawasan <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2011 08:53 PM PDT

Tahu apa itu TTS?? singkatan taman di kawasan rumah mak bapak ak umh mak bapak,rumah ak gak kan??heheh..  TTS = Taman Tun Sambanthan.. Kenapa?? ada kes bunuh diri beb.. lau tadi tengok kosmo on9, ni ha dok tgk metro lak..
Kenapa dia bunuh diri?? Putus cinta?? Tekanan?? hmm..muda lagi tu. ambil jalan mudah sangat.. macam-macam manusia sekarang.. putus cinta bunuh diri.. nak lari dari "along" bunuh diri.. bercerai bunuh diri..

Yang penting diri itu.. fikiran waras,waras lah tindakannya.. toi dak?? balik ni nak try cari nom rumah mana mangsa ni.. Takziah untuk keluarga si mati..

n/y: sebesar mana masalah yang kita hadapi
jangan cuba untuk cari jalan mudah selesaikannya..
selagi ada cara,kita cuba dan terus mencuba..

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


MUFTI KEDAH <b>DI BAGAN SERAI</b>

Posted: 30 Jul 2011 08:40 AM PDT

Sempena Hari Pahlawan dan menjelangnya Ramadhan,Persatuan Bekas Tentera Malaysia kawasan Bagan Serai telah menjalankan satu program ceramah yang disampaikan oleh Mufti Kedah,Dato Sheikh Mohd Baderuddin B Haji Ahmad..


YB Ramli dan YB Husin turut hadir bagi memeriahkan majlis ini yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Serai Permai,Bagan Serai..


YB Ramli awal-awal petang sudah menghadirkan diri untuk melihat persiapan majlis ini..


Turut diselitkan satu persembahan qasidah oleh sekumpulan anak muda





































07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


Ketua PKR <b>Padang Rengas</b>, Alias Zenon ditemui 12 jam selepas <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2011 03:59 PM PDT

No of View :629

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Rengas, Alias Zenon (gambar) yang dilarikan empat penyamun semalam, ditemui selamat di Plaza Tol Changkat Jering, dekat sini, awal pagi ini.

Beliau dipercayai ditinggalkan kumpulan berkenaan di kawasan tersebut pukul 1.30 pagi selepas dilarikan dari rumahnya di Padang Rengas, kira-kira 12 jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Muhamad berkata, mangsa yang hanya mengalami luka ringan menghubungi salah seorang rakannya untuk meminta bantuan.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan dan diambil keterangan di IPD Kuala Kangsar.

"Pihak polis masih berusaha mengesan penjenayah dan kereta Mercedes-Benz milik mangsa yang dilarikan kumpulan tersebut.

"Motif sebenar kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Alias, 73, ketika ditemui selepas memberikan keterangan di IPD Kuala Kangsar hari ini berkata, kejadian berlaku sejurus selepas beliau tiba di rumahnya dengan kereta pukul 1 tengah hari semalam.

Menurutnya, pada masa ini, beliau yakin kejadian itu bermotifkan samun dan menolak kemungkinan berunsurkan politik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


PAS LENGGONG: DSAI <b>di Lenggong</b>- Semalam

Posted: 25 Jun 2011 04:00 AM PDT

Sebelum ini beberapa hari lepas mula hari rabu dah dinaikkan banner unmo yang nenunjukkan sijalang memfitnah DSAI. Di Pekan lenggong diletakkan depan Pejabat Pos. Harini sabtu maka ramailah orang yang melihatnya. Pastinya ramai yang menyumpah seranah sijalang itu. Kerana tak tahu hukum agama. Memfitnah dalam perkara seks hendaklah membawa 4 saksi. Sijalang itu tidak membawa wajib keatasnya qazaf 80 sebatan dan dia fasik dan tak boleh di ambil persaksian. Sesiapa yang menerima apa yang difitnahkan turut menumpang tui. Semalam DS Nizar telah membaca dengan jelas dan menperjelaskannya.
Kerana itu sesiapa yang mempercayai fitnah itu maka jadilah orang itu fasik.
Petang ini hujan lebat dan kelihatan banner telah terkelebih mungkin salah satu tali putus.
Barangkali tali juga tak mahu bersubahat mendengar fitnah. Hanya yang fasik dang munafik sahaja yang akan mempercayai fitnah umno terhadap DSAI.

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


<b>Sungkai</b> bersama anak yatim <b>di</b> Kalabakan - Tawau Bloggers Unity

Posted: 04 Aug 2011 10:01 AM PDT

Aktiviti — By on August 5, 2011 at 1:01 am

PUASA keempat Ramadhan 1432H, seawal jam 3.30 petang rombongan kami tiba di Kampung Kalabakan untuk bersama-sama penduduk kampung untuk bergotong-royong menyiapkan juadah sungkai di perkarangan Masjid Al-Muqarrabah Kampung Kalabakan. Satu pengalaman yang menarik kerana semangat bergotong-royong seumpama ini sudah jarang dibuat samada di kampung apatah lagi di bandar.

Majlis berbuka puasa di Kg Kalabakan bersama Adun Tg Batu, Datuk Hamisa Samat itu untuk meraikan anak yatim dari sekitar kampung. Majlisnya sederhana tetapi kerjasama warga Kalabakan yang bergotong-royong di perkarangan masjid untuk menyiapkan juadah sungkai tidak akan dilupakan.

.

.

Potong bawang, perah santan kelapa, melapah daging ayam untuk menyiapkan bubur ayam, nasi kuning, bubur kacang… keseronokkannya buat semuanya lupa lapar dan dahaga berpuasa. Datuk Hamisa bersama skuad wanita UMNO Kalabakan, Pengawai Penyiaran Tawau FM, Ares Arapah, DJ Ramlah dan KRU Tawau FM tidak segan-silu mahupun kekok untuk membantu menyiapkan juadah sungkai.

.

Anak yatim yang sudah kehilangan ibu atau bapa mereka dari sekitar kampung Kalabakan begitu gembira menerima sumbangan serta dapat lagi berbuka puasa bersama wakil rakyat. Bila didekati, adik Hurul Ain Binti Salaman, 9 tahun memberitahu dia bersyukur dan gembira kerana dapat berbuka puasa bersama petang itu.

"Selalunya hanya dapat berbuka ala kadar, mak pun jarang dapat berbuka bersama kerana akan berjualan sehingga malam," katanya yang kehilangan bapa sejak masih bayi lagi.

Bila ditanya, mahu buat apa dengan duit saguhati, adik Hurul Ain berkata;

"Saya mahu beli baju hari raya, beli peralatan sekolah," katanya.

Popularity: 1% [?]

Tags: , , , , ,

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


hiDuP biAr SeDap: eiD duLfiTRi 2011

Posted: 07 Sep 2011 11:12 PM PDT

salam eaidulfitri semua.semoga raya ini membawa seribu rahmat kepada kita..amin..
meh teman hidangkan gambar2 sebagai kueh raya tahun ni...kehkehkeh..
datang la rumah teman..kueh raya banyak lagi...
terawih di ramahdan terakhir di imamkan oleh abdul aziz hanzalah..
sebagai imam,semoga hati hang dilembutkan dan mendapat result cemerlang spm ni...
berjaya didunia dan akhirat...
ya Allah..bahagiakanlah keluarga kami ini..
sihatkanlah kesihatan kami..hindarkanlah kami dari segala hasutan syaitan dan maksiat..
pereratkanlah hubungan kami sekeluarga agar dijauhi segala sengketa...
solat sunat raya di surau depan rumah..
pastu pergi ziarah kubur abah..alfatihah..semoga dicucuri rahmat dan diampunkan dosa ke atasnya...
pastu berehat di rumah dan melayan tetamu yang hadir..
balik kampung titi gantung..
dulu teman tinggal dekat titi gantung until darjah 2..
besh tu mmg besh,duk kawasan sawah..petang2 terjun ban,berkubang la..
main panjat2 pokok sampai pernah tersembam la ke tanah..
main kurik kundi,sampai terpukul la kayu kene kepala budak laki tu..
kawan2 semua lakian:hadi, chaun, syukor..
sekarang ni dah tak kenal dah rupa..

Imam Muda Asyraff <b>di</b> SK Kuala <b>...</b> - PSS SK <b>KUALA KURAU</b> BARU

Posted: 31 Jul 2011 05:45 PM PDT


Tanggal 29 Julai 2011 merupakan detik manis bagi semua warga SKKB.Pada tarikh tersebut telah diadakan program Penghayatan Ramadan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam.

Apa yang menarik ialah Imam Muda Asyraff, Juara Program Imam Muda musim pertama telah
menjadi penceramah jemputan pada majlis tersebut.Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi.Imam muda Asyraf telah menyampaikan ceramah dengan begitu menarik dan mencuit hati murid-murid serta guru-guru SKKB.


Di akhir sekali guru-guru serta murid-murid SKKB mengambil peluang bergambar kenangan bersama Imam Muda Asyraff.Murid-murid juga mengambil tandatangan dan autograf daripada beliau sebagai tanda kenangan.

Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Jadual Berbuka Puasa 1432 H / 2011 Bagi <b>Negeri Perak</b> | Keluarga <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2011 09:37 PM PDT

Assalamualaikum WBT Salam Sejahtera

Pejam celik pejam celik…2011 dah masuk bulan Julai…meaning 3 minggu lagi kita dah nak kena puasa…sekejapannya masa berlalu..lepas tu raya.. :D

puasa tahun lepas dah ganti ke? hehe kena la ganti yg mana belum tuh! peringatan utk diri sendiri jgk

ok..oleh kerana ibu menetap di Negeri Perak, so just nak share Jadual Berbuka Puasa @ Takwin Ramadhan 1432 H  bagi Negeri Perak

Zon I – Tapah, Slim River & Tanjong Malim

lain-lain zon boleh klik di pautan di bawah :-

ZON II – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput & Kuala Kangsar

ZON III – Pengkalan Hulu, Grik & Lenggong

ZON IV – Temenggor & Belum

ZON V – Bukit Larut

Entri Berkaitan: