Jumaat, 29 Jun 2012

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Program Turun Padang MB <b>Di Seri Iskandar</b> – Perak Today

Posted: 28 Mar 2012 04:10 AM PDT

DS Zambry Menyerahkan Geran Tanah Kepada Penduduk Kampung Sepakat Jaya Sempena Lawatan Kerja Ke Seri Iskandar Petang Tadi

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


munnafendy.com: (review) Majlis sanding <b>di Trolak</b> :)

Posted: 29 Jun 2012 09:16 PM PDT

Lagi lagi entri kahwin. Gasakkkklah kan...haha..kenduri kahwin kat kampung saya biasanya memang start awal dan habis pun awal. Dalam pukul 11pagi dah nampak ramai dah yang datang dan dalam pukul 2 petang, khemah dah lengang! Jadi bersanding pun tak boleh lewat, kalau tak hilang dah la meriahnya.
Dalam pukul 12 tengahari rombongan keluarga Fendy dah sampai. Tunggu mak andam pi tacap2 sikit pengantin lelaki dan bersiap. Nak pakai sampin (sampin ke samping?) pun tak reti, mak andammm jugak..biasalah 1st time kahwin kan.... ::kikiki::
Jom layan gambar (dari kamera abang saya)....awas! Gambar sangat banyak :p



















Make up dari Kak Bunga Si Chantek Jelita. Saya sangat berpuas hati! Nanti saya buat satu entry khas untuk kak Bunga...sebab suka sangat dengan servis MUA saya :)
Bunga tangan Calla Lily DIY by Shahzee, inspirasi dari SINI. Tengkiu sister! Muaaahhhhh!
Makan beradap semua dimasak sendiri oleh makcik saya, kakak2 dan kawan-kawan mak. Makacehh :)

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Manjung Mari: Laporan Kisah Ceramah Hasan Ali <b>di Seri Manjung</b>..

Posted: 27 Feb 2012 06:34 AM PST

Lebih jam 6.00 tadi hujan dah mula turun,, walaupun dalam cuaca yang agak terang,, terdetik dihati kecil ku, alangkah baik nya jika malam ni hujan lagi,,,,, lebih kurang 6 30 hujan berenti, sempat aku pergi ke pasar malam...
Macam biasa magrib aku pi berjemaah kat surau taman belakan rumah aku,, balik dari solat magrib, dongak ke langit nak gelap,,, nak hujan lagi ka.,,,
lebih kurang 15 minit nak masuk waktu isyak, aku keluar siap bawa kamera,, gatai pergi round kawasan stadium Manjung, nakpaknya ceramah dah mula,, rasa-rasanya dengar ke suara macam Yeop Saidin,, seorang lagi ustaz pencacai UMNO..., dalam aku dok pusing,, nak cari tempat sesuai nak snap ambik gambar, baru sempat snap satu gambar hujan dah turun,, kelam kelibut nak keluar,, sampai satu kereta dia dok pasang lampu,, hala kat aku,, siap sound kat aku,, haa ambik gambar,, nanti boleh siar dalam blog,, aku tak kenai siapa mereka,, aku hanya sekadar senyum,,, mereka bagi tau Hasan Ali tak sampai lagi...
Aku sempat keluar dari stadium dalam hujan dah mula turun,, dan dapat berteduh di stesyen minyak petronas depan stadium... Alhamdulillah, aku tak lah basah,, hanya lembap-lembap saja baju tu,, tak lah kesejukan,, dan yang rasa selamatnya,, bila aku dah sampai dapat berteduh, hujan mula bertambah lebat, sehingga azan kedengaran dari masjid daerah,, namun ceramah di staduim macam biasa juga....
Agaknya Allah nak tunjuk kepada hamba-hambanya,, hujan yang lebat ditambah pulat kilat dan guruh yang cukup kuat,,, dan akhirnya pentas tempat berucap dihapan stadium gelap,, tak tahu kenapa,, sehingga jam 10 20 mlm, hujan baru mula perlahan,, gerimis yang masih kasar-kasar,, aku stat motor redah balik juga,, sehingga sekarang suasana masih lagi hunjan diselang seli cahaya kilat...
Tak tahulah aku,, Hasan Ali sempat atau tidak berceramah,,, mereka merancang,, Allah juga merancang,, pada mulanya ceramah nak dibuat dalam dewan MPM,,, namun entah kenapa,, tak cukup bajet agaknya,, atau pun mereka-mereka dah tahu apa yang berlaku di Perlis ketika Hassan Ali berceramah,, jadi ambik ambik iktibar tak mau berulang,, maka buat di stadium,,,
Alhamdulillah,, Maha suci Allah umat Islam di Manjung terselamat akidah dari dicemari oleh pakar motivasi yang mengaku pakar ilmu usul...
Kesian kat pakcik makcik yang aku lihat berjalan kaki nak pegi dengar Hasan Ali,,, nak balik sekarang ni jam dan 11 05 malam,, masih lagi hujan.....
Ambik ko UMNO Lumut, moga-moga kalian lepas ni ada rasa kesedaran apa yang kamu nak lakukan,, jangan nak permainkan agama Allah,, kalau dahulu hangpa dok kata PAS perguna agama Islam untuk kepentingan politik sempit,, tetapi sekarang siapa yang menggunakan agama Islam untuk politik,,, habaq mai..

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Kirapu.blogspot: Reunion <b>di Teluk Batik</b>

Posted: 18 Feb 2012 10:24 AM PST

Kali ni reunion di teluk batik, lumut dengan kawan2 masa sekolah dulu. Dah lama sangat tak reunion, biasa kalau bejumpa waktu raya je..masing2 sibuk dengan kerja, kerja plak kat tempat org la katakan.

Waktu ni ada la dalam belas2 gak yg datang. Kira ok la, bukan senang nak kumpul balik setelah dekat 10 tahun habis sekolah. kebanyakan kitorang datang tak mandi pun sebab nak menghabiskan masa bersembang sampai la balik. Seperti biasa gak Teluk Batik ni sentiasa sesak dengan orang terutama waktu cuti umum macam ni.







07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


daddydian: Masih <b>di Teluk Intan</b>

Posted: 29 Jun 2012 07:36 AM PDT

Malam ni aku stay lagi kt Angsoka Hotel, Teluk Intan. Dah 2 malam kt sini sebab tadi aku kene visit agent kt Bagan Datoh. Yang tak boleh blah tu tiba sana dianya takde.. katanya ada emergency sedara masuk hospital pulak.. takpelah.. ronda2 lebih kurang pastu balik semula ke Teluk Intan.
Sepatutnya dalam jadual asal aku mlm ni aku dah kt Kampar. Dah book bilik pon ngan Rose, tapi benda yg boleh di adjust2 ni kekadang terpaksa di adjust bergantung kepada keadaan. Kt Grand Kampar Hotel tu selesa sikit kalo nk di bandingkan kt sini. Sini dalam bilik pon ada cicak! Beso lak tu.. Cuma sini dia punya staff semua ramah tamah, asyik kene tegur je aku.. "sudah makan encik?" "baru balik kerja encik?", " nak surat khabar encik?" . Receptionist dia minah saleh tu! tapi pandai cakap melayu, nama dia Nadia.. hehe.. cun gak tapi mcm dah berumur :p
Esok event kt Grand Kampar Hotel pukul 10am - 2pm, so aku kene gerak pagi2 tak tau pukul berapa. Cuma aku estimate sejam perjalanan.
Tu dia! cicak beso tu berbunyik atas kepala aku.. siol. (update blog dlm bilik hotel ni)
Ok sambung balik.. Tak sure esok dtg ke tidak student2 yg dah buat appointment ngan aku, yang penting aku dah tak sabo nak balik Sunway ni. Nak jumpa yang tersayang.. kesian budak2 tu tak jumpa Daddy 5 hari dan termasuk la jugak mak budak tu.. :D
Sakit pinggang sakit tengkuk bila banyak drive ke sana sini. Jadi, singgah jap ke Giant, beli tiger balm plaster nak di tempel kt bahagian yg sengal2 ni. Baru aku tau tiger balm plaster ni tak mcm koyok biasa mcm cap lada ke, cap kaki tiga ke, yg siat terus tepek. Yg ni lain sikit, siap ada adhesive backing tape bagai. Lepas tepek kene tepek lagi satu atas dia.. Hadoi, terlipat sebab tipis dan lembik dia punya plaster..  berkecah! berlipat pon aku tampal je kt pinggang ngan tengkuk aku..
aarrghhh...lega rasanya...

(video) CERAMAH PELAKON HAIRIE OTHMAN <b>DI TELUK INTAN</b>

Posted: 28 Jun 2012 07:12 AM PDT

1 JUN / JUMAAT - HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA DI ALOR SETAR

8 JUN /JUMAAT - SEPETANG BERSAMA ARTIS AISHAH BERMULA 5.00 PETANG-7.00 PETANG DI KEDIAMAN YB ANUAR SUDIN KG PERWIRA JAYA, PADANG TEMBAK

13 JUN / RABU - CERAMAH USTAZ MISBAH (TIM. PJ PAS PERAK) DAN RAJA ISKANDAR (PEMUDA PAS PERAK) DI BILIK GERAKAN PEMUDA PAS TELUK INTAN KG. SELABAK LUAR JAM 9.15 MALAM.

18 JUN / ISNIN - LIQA FIKRI PAS TELUK INTAN. NAQIB JEMPUTAN : USTAZ SYED ABDUL QADIR AL JOOFREE (PEGAWAI MAJLIS SYURA ULAMA). BERMULA MAGHRIB DI MARKAZ PAS KAWASAN TELUK INTAN.

22 JUN / JUMAAT - CERAMAH OLEH YB SAARI SUNGIB, YB ANUAR SUDIN DAN SDR. AMRAN HARUN DI MARKAZ PAS KAWASAN TELUK INTAN.

26 JUN / SELASA - CERAMAH DS NIZAR, LEMAN RAJA LAWAK DAN YB ANUAR SUDIN DI BENGKEL WELDING SDR. SALLEH IBRAHIM, SIMPANG TIGA BATU 9 KG BARU CHANGKAT JONG.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


TRAVELOG (6) JEJAK KASIH &#39;FOLLOWER&#39; PROF KAMIL <b>DI LUMUT</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2012 09:12 PM PDT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Abi Mas'ud, Uqbah bin Amr Al Anshari ra berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya"Sesungguhnya sebahagian daripada apa yang telah di kenali orang daripada ungkapan kenabian yang pertama adalah : Jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehandakmu."
(Riwayat Al Bukhari dan Abu Daud)

Sudah lama saya kenali Hajah Kamarjhan A .Aziz melalui komen-komen beliau di blog Prof. Kamil. Beliau anatara yang kerap memberi komen. Seketika  kemudian Prof pula ada menulis mengenai Hajah Kamarjhan ketika Prof menerima jemputan berceramah di Brunei. Prof datang bersama isteri, ibu mertua dan anak. Terdetik di hati ingin bersilaturrahim dengan beliau lantas saya menghubungi Prof Kamil......
Alhamdulillah silaturrahim pun terjalin









07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


SELEPAS SULTAN JOHOR TLDM PULA DIHINA SI NIZA LAMBEI

Posted: 26 Jun 2012 12:19 AM PDT


Nampaknya si Niza LAMBEI Meroyan nie mula Hina Angota Angkatan Tentera Laut di Lumut, dalam tweeter silambei nie nampaknya macam ayam berak kapor, Siap dia mengira dan darabkan berapa duit yang kononnya Ds Dr Zambry bagi sebagai upah untuk hadir ke Majlis TLDM sendiri, sekalipun kita cukup tahu dia nie meroyan kuat bila dapat tahu yang PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA ANGGOTA TLDM yang diluar dugaan bila puluhan ribu yang hadir

Kita bukan tak tau dia nie tgh meroyan mencari tempat baru, cadangnya dikampar tengah mengintai- intai di Malim Nawar maupun Cenderian yang sekarang ni dimenangi oleh Dato Dr Mah Han soon yang sebelum ni di PRU 2004 bertanding di Jelapang. Nampaknya sokongan Di Cenderiang memang kuat, mana taknya Dr Mah menang tunggal kerusi Dun melaluli MCA mungkin buatkan si Meroyan ni makin kuat ngetornya.


Tengok jer di Tweeter Boneka DAP nie, tak sudah dengan derhaka dengan Sultan Perak Dan Sultan Johor, dah pulak dia caci Anggota TLDM di lumut. dia ingat semua orang macam dia sanggup jadi barua untuk dapat pangkat atau habuan jawatan sekali pun sekadar MB boneka yang KENA sentiasa angguk-angguk jer.

Dewasa nie nampaknya Si meroyan Lambei ni berak kapor merata-rata, bukan kita tak tau cara mudah dia nak Glamour dengan menghina Sultan sebab namanya di Pasir panjang makin meluat oleh Rakyat disini, dia ingat dengan cara begini dia nampak berani dan mendapat sokongan, tapi rakyat dah tau jenis macam nie memang tak boleh pakai tapi boleh di baruakan. Sebaliknya makin ramai yang benci dan akan menolak di PRU 13 Nanti.

Mungkin juga dengan cara begini dia cuba try tengok respon kot ada yang akan duduk dibontot dia, seramai mana yang akan berbuat begitu akan jadi penilaian kepadanya ataupun KPI / PH kepada sokongan terhadapnya, almaklumlahtengah mencaru tempat dimana yang boleh, kita pun tahu di sana mana lagi dia nak bertempat, Pantai Remis dan sitiawan tentunya dikuasai oleh sedara kembor Ngahngeh, kalau pun kita dengor desas desus yang Si Nga nie nak Ke Batu Gajah Parlimen atau diantara 3 Dun samada Tronoh, Menglembu maupun Jelapang masih lagi samar-samar, sebabnya tentunya Speaker Meroyan akan pertahankan Dun Ddia, Di jelapang pula tentunya DUN yang menjadi sejarah hitam bagi DAP bila YB Hee Juga dianggap menjadi punca kejatuhan Kera Jagaan Pembangkang yang hanya bertahan selama 11 bulan, lagi pun di jelapang dengan pertambahan pengundi terutama Kaum India juga dikuahtiri usaha PSM yang juga dahulunya ditandingi oleh calon Saras juga akan pertahankan haknya sekalipun untuk berkompromi dengan DAP, di Menglembu nampaknya ada jalan selamat untuk sesiapa sahaja bertanding tetapi tak kan DAP nak bagi free pada rakannya yang lain.

Kita juga sedar bagaimana TEORInya yg berjaya bila makin senyap makin berisi,seperti diSarawak DAP bertanding di semua DUN yang terletak di pusat atau di bandar (pekan kecil) dan menang semua kdi 16 dun yang dipertandingkan. memang mudahsebab rakyat kurang ada masalah sebab setiap bandar atau pekan kecil selalunya tidak tertinggal oleh pembangunan kerajaan Pusat, kecuali yang diluar kawasan bandar atau pekan tersebut, ini terbukti bila lawatan Dr Zambry ke DUN Tronoh Tiga bulan yang lalu bila ramai penyokong DAP terus berjumpa dengan Dr Zambry mengadu masalah mereka terutama soal tanah dan kebajikan bila aduan mereka di pandang sepi oleh DAP.


Usaha Niza Menghina TLDM juga dilihat menyebabkan keresahan Bakal Calon ynag juga nampaknya berpotensi di Pasir Panjang Laksamana (b) Imran Abd Hamid yang nampaknya boleh diketengahkan berikutan kemungkinan mendapat sokongan Anggota TLDM yang kini semakin marah bila dinilaikan oleh si meroyan nie dengan Maruah yang boleh di Beli kononnya dengan harga RM 50 jer.

Bagi Imran Abd Hamid nie pulak harapannya hanya ada di Pasir Panjang, Kekuatan yang dia ada adalah sokongan Tentera TLDM, mana mungkin dia diletakan di Pantai Remis ataupun Setiawan. Di Pangkor pulak tentunya bakal lunyai jika dia ditempatkan disana, bak kata orang perak Tumpor yop kalau ke Pangkor, Hijau lagi tak kan nak challange yg pemimpin bayak jasanya terhadap rakyat, tak kan nakserah nasib kat yang masih hijau nue, lagi pun Pangkor tak kan jadikan bersandarkan kepada nasib seperti di PRU 12 yang lalu bila protes rakyat dengan rasa tak kan kalah jika sekadar protes, kali ii rakyat Perak terutamanya dah serik dengan kesilapan menterjemahkan diatas kertas undi, kali ini tentunya rakyat serik dengan Negeri yang telah dinerakakan 11bulan oleh pembangkang.

Peluang Bagi Imran hanyalah di Pasir panjang kerana orang perak dah getek dengan Si Meroyan Nie, apatah lagi N52 Pasir Panjang nie pun sebelum ini kerusi yang dikhaskan kepada Calon Melayu sebelum nie di PRU 11 yang lalu, Krisis dalaman PKR juga advantage kepada Imran mengimpikan sebagai YB, aptah lagi bila Kedua-dua Jawatan Ketua dan Timbalan PKR cabang Lumut yang sebelum ini ditunjangi oleh Bangsa Melayu tumbang baru-baru nie kepada ketua cabang PKR Lumut yang BARU oleh Shanmugan dan Timbalannya Dr Shanmugam. Tentunya Orang Melayu punyai laluan mudah dan logiknya berdasarkan bangsa pengundi perlu diutamakan, apatah lagi bila dengan adanya pertambahan lebih 9 ribu pengundi Baru

Apapun Sekupang dan Rakan PCT yang lain tak pernah menilai harga Rakyat sebagaimana Mereka (TLDM) yang memang terasa hati bila si Niza lambei Meroyan nie menilai komer HARGA MARUAH komer cuma RM 50 rengget. Buat Bakal Calon yang mungkin macam IMRAN kenalah banyak bersabor, miker kena faham Si Meroyan tu mesti Angin satu Badan bila tau makin gelap harapannya nak sepenggal lagi Di Pasir Panjang... Jadi mungkin dia bengkak dan LANTAK LER KALAU NAK KALAH SEKALIPUN, DAH KOMER NAK AMBIK TEMPAT AKU, BAIK AKU ROSAKAN TERUS HATI RAKYAT PADA PAS DI PRU 13 NANTI, BIOR PADAN MUKA KOMER KALAU KALAH...

SABOR JER LER YOP, UDAH DEMA KATA DIA NIE CAI DAP KOMER TAK PERCAYA, HABIH SEMUA DIJUALNYA TAK KIRA AGAMA ATAU BANGSA DIA PEDULI APA SEBAB YANG BANYAK BERJASA PADA DIA TENTULER DAP, NAK HARAP PAS MANA NAK DAPAT! YANG ADA PUN SEKELUMIT JER PUN, TAK KAN PAS NAK BAGI DIA JADI MENTERI BESOR KECUALI DAP YANG PALING MAJORITI, BAK KATA ORANG PERAK... PEGI MAMPOS LER KOMER, TEMAN PEDULI APA MIKER NAK MENANG ATAU KALAH, DAP JER YG BANYAK BEJASA DENGAN TEMAN... KESIAN JUGAK TEMAN, KUYUP KOMER KENA KENCING LAGI...

CERITA PENUH SI MEROYAN NI HINA ANGGOTA TLDM DI BLOG KINTA MENJERIT (KLIK SINI)

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


hidup ini sementara: Bercuti <b>di Bukit Merah</b> Lake Town Resort

Posted: 28 May 2012 02:45 AM PDT

Cuti sekolah semester kedua datang lagi,tapi kali ini kami tak ke mana-mana sebab ada kenduri di kampung.Sekadar mengingati percutian dengan anak-anak dan en hubby pada cuti yang lepas dan sebagai rujukan kalau ada kekawan nak bawa anak ke sana.Pada CM Bukit Merah Lake Town ni tak kurang menariknya,tempatnya cantik ,dekat dengan highway dan makanan di sana harga masih terkawal dan banyak pilihan di gerai-gerai luar taman,cafe di dalam taman tema pun harganya masih boleh buat kita tersenyumm...kami dapat pakej murah masa beli di MATTA FAIR... 3 hari 2 malam hotel cuma rm 200 jerr,,,,pas tu kami dapat jugak pakej ke Orang Utan Island dan wet world dengan harga yg murah,so kalau nk jimat tapi percutian still best dan selesa rajin-rajin pi sekondeng pakej di Matta fair ,kena gigih mencari walaupun orang sangat ramai......
 My girl berpossing depan Taman Tema,dalam tu ada gerai-gerai jualan kraftangan,souvenir,massage booth dan macam-macam lagi
    Hari kedua anak-anak layan tengok binatang,ada rusa ada rabbit,ada ular sawa.ada pertunjukkan haiwan dan macam-macam lagilah kt situ,,,nama tempat ni lupa lah tapi kt dalam taman tu lah,,,anak-anak i sangat enjoy..

  ni tempat mama pulak....sementara hubby melayan anak kt swimming pool di hotel pagi sebelum check out ,,i dah buat appointment nk sental-sental badan,,hmmm spa ni memang cantik viewnyerr,,,,tapi servisnya i bagi 3 bintang jer lahh,,,best lagi atas rumah kedai kt pekan rumah i ni,,,hihiihihi
 mama dan anak-anak yg disayangi,,hubby pemalu tak suka interpremmm...
 ok masa untuk beremdammm sampai lebamm....
 anak-anak ai selagi tak kecut,biru n lebam takkan naik ,,penat woo melayan budak mandiii
ni harga untuk panduan tuan-puan 
Bersedia untuk menaiki boat ke pulau orang utan....kat situ ada beberapa ekor orang utan dari mak,bapak,kakak ,abang adik,,,ada sekor tu status bapak kot nama dia mike,,,dia ada 2 bini loor...kira poligami lah tuuu,,ada klinik orang utan...dan berbagai information tentang dunia orang utan disini.
ok kami dah nak checkout,,3 hari 2 malam yg indahh...
pas tu abah nak bawak pi Changkat Jering makan Mee Udang...Mee Udang Zetty namanya best woooo...
Bulan Jun nanti kami akan datang Perak lagi kali ni nak melawat tempat-tempat bersejarah,,,,kena tahu sejarah jugak sebab kami anak cikgu sejarahhh...hihihi
SELAMAT BERCUTI KAWAN-KAWAN YARRRR.......

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


! ikafantasi !: Bercuti <b>Di Kuala Kangsar</b> - Part 1

Posted: 16 Jun 2012 08:57 PM PDT

Fuhh~ lama gila tak buka blog..tengok-tengok banyak habuk je..haha..
Harini kan Ahad, so ada la masa nak update blog..Actually banyak gila yang aku nak story, tapi enggak ada masa..so masa yang ada ni kita guna sebaik mungkin..
Haritu bila ntah haritu aku & hubby pergi Kuala Kangsar Perak sebab hubby kena outstation..bermalam sehari kat sana..aku paling suka kalau kena bermalam..boleh bajet macam honeymoon gitu..wakakaka..kitorang sampai sana dalam pukul7pm macam tu then terus check in..kitorang stay kat Rumah Rehat Kuala Kangsar..Jom layan pic rumah rehat..
ini la dia Rumah Rehat Kuala Kangsar..cantik kan..
Ni kunci bilik..eh tak kan tak kenal kot..so siapa nak book boleh ambik no telefon tu..
simple dan cantik kan bilik dia..
Ruang tamu pon sweet je..terasa macam kat rumah sendiri tau
rumah rehat ni sesuai kalau yang bercuti bawa family
malam tu kitorang siap2 nak pergi makan & ronda-ronda..
tapi tak tau nak ronda mana..sebab kedai pon banyak tutup dah..
so balik tido lagi best..
pagi-pagi esok nya bangun siap2 and pergi breakfast kat pekan kuala kangsar..
tak banyak kedai makan yang ada..so masuk je la kedai mamak..
aku n hubby order bihun goreng..tetiba sampai bihun goreng gini
1st time makan bihun macam ni..tak tau dia goreng ke dia juz rebus kejap..then letak cili..
ayam daging ke apa langsung tak ada..
aku usik sikit je..then ubah selera makan nasi lemak pulak..
after breakfast balik rumah rehat..ni kat dalam dewan..
ok la..nanti ai sambung lagi ok..bai

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kerian</b> Terkini 2012

Posted: 13 Jun 2012 09:10 PM PDT

By using our site, you consent to this privacy policy: This website allows third-party advertising companies for the purpose of reporting website traffic, statistics, advertisements, "click-throughs" and/or other activities to use Cookies and /or Web Beacons and other monitoring technologies to serve ads and to compile anonymous statistics about you when you visit this website. Cookies are small text files stored on your local internet browser cache. A Web Beacon is an often-transparent graphic image, usually no larger than 1 pixel x 1 pixel that is placed on a Web site. Both are created for the main purpose of helping your browser process the special features of websites that use Cookies or Web Beacons. The gathered information about your visits to this and other websites are used by these third party companies in order to provide advertisements about goods and services of interest to you. The information do not include any personal data like your name, address, email address, or telephone number. If you would like more information about this practice and to know your choices about not having this information used by these companies, click here.

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


Pembohongan Mansor isu pengundi hantu Kg <b>Bagan Serai</b> kantoi <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2012 11:14 PM PDT





SEBERANG JAYA - Apakah logik sebuah rumah dihuni 96 individu manakala sebuah rumah yang lain pula di kampung yang sama dihuni 67 individu pelbagai bangsa?

Tidak. Ini bukan asrama atau rumah kongsi pekerja kontrak tetapi sebuah rumah kampung biasa dan sebuah kedai mamak di Kampung Bagan Serai, di sini.

Hal bilangan yang terlalu ramai bagi sebuah rumah ini pernah jadi perhatian Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman yang pada Sidang Dun tidak lama dahulu pernah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) siasat dan buat pembersihan.

Mansor curiga apabila mendapati seramai 96 pengundi - 89 berketurunan India manakala 7 Melayu - beralamat di rumah yang sama, No 1155, Kampung Bagan Serai, Seberang Jaya dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala bagi rumah beralamat No 1138 di kampung yang sama, 67 'penghuninya' terdiri daripada 57 berketurunan Melayu dan yang lain, India.

Tinjauan Sinar Harian ke alamat berkenaan bagaimanapun mendapati, penghuni dua rumah berkenaan tidaklah seramai itu.

Kecurigaan Mansor, meskipun munasabah namun sebenarnya dibuktikan dengan tidak ada sebarang penyelewengan fakta yang berkaitan dengan alamat itu.

Keadaan itu berlaku hanya kerana dua rumah berkenaan yang berlokasi di kawasan depan di perkampungan setinggan itu dijadikan alamat oleh sebilangan penduduk dari kawasan belakang yang sukar dimasuki posmen.

"Itulah yang mungkin berlaku," kata Adun Seberang Jaya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Ariff Shah Omar Shah ketika ditanya mengenai kecurigaan Mansor yang dibangkitkan dalam Sidang Dun yang turut dihadirinya.

Ariff berkata, siasatan terperinci bagi kes itu perlu apabila wujud fakta yang meragukan.

"Kalau benar ada pengundi hantu, itu memang kita kesali. Tetapi kepada pihak yang curiga, siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan, bukan hanya tuding jari kepada orang lain saja," katanya merujuk pada kenyataan Mansor.

Di pihaknya, kata Ariff, siasatan sudah pun dibuat dan beliau mendapati, sebilangan penduduk kampung itu menggunakan alamat sebuah rumah dan sebuah kedai mamak sebagai alamat pos.

"Barang kali alamat yang sama juga mereka gunakan untuk urusan daftar pengundi. Ini biasa berlaku di kampung setinggan seperti itu," katanya.

Ariff berkata, daripada maklumat pangkalan data lokaliti penduduk kawasan berkenaan yang menunjukkan premis bernombor 1155 dihuni 96 pengundi dengan 89 berketurunan India dan tujuh pengundi Melayu, demikian juga premis bernombor 1138 (10 India, 57 Melayu) menunjukkan penduduk kawasan itu cenderung menggunakan alamat tumpang.

"Ini bukan alamat tempat tinggal mereka yang sebenar. Tidak munasabah untuk mereka tinggal di alamat yang sama, dan kita pun tahu bukan semua orang gunakan rumah yang mereka diami sebagai alamat pos. Ini mungkin untuk lebih memudahkan mereka dan pihak pos," katanya.

Jika benar mereka yang berkenaan sememangnya penduduk kawasan itu dan berdaftar secara sah sebagai pengundi, Ariff berkata, tidak ada sesiapa yang boleh menyalahkan mereka meskipun mereka menggunakan alamat yang sama.

"Kami (BN-Umno) juga tak boleh disalahkan, kononnya ini permainan kami," katanya.



"Dari segi undang-undang, mereka adalah pengundi yang sah. Sebab itu, saya kata, sebelum kata apa-apa, lebih baik siasat dulu," katanya.

Menurutnya, kawasan perkampungan Bagan Serai sudah wujud puluhan tahun dan menempatkan hampir 200 rumah setinggan dengan kebanyakan menumpang di tanah milik swasta.

Ariff berkata, pemimpin PR seharusnya bersikap profesional kerana ada garis panduan yang perlu dipatuhi dan dalam masa yang sama, hak pengundi juga perlu dihormati.

Tinjauan Sinar Harian ke perkampungan itu mendapati rumah No 1155 yang dikatakan dihuni 96 pengundi itu adalah bekas sebuah kedai mamak yang terletak di tengah kawasan kampung berkenaan manakala premis No1138 pula sebuah rumah kayu yang dihuni sebuah keluarga Melayu.

Dalam pada itu, seorang penduduk kampung yang enggan namanya disiarkan mengakui turut menggunakan alamat No 1138 untuk urusan surat menyurat dan daftar pemilih dengan SPR.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan Pengarah SPR Pulau Pinang, Morat Pora berkenaan isu itu bagaimanapun gagal.

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


DPPK PDG <b>RENGAS</b>: KEBANGGAAN PENGUNDI BN <b>DI PADANG</b> <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 07:08 AM PDT

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV. Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Anwar Mabuk Melakukan Aksi Terlampau <b>di Kinta</b> Valley

Posted: 29 Jan 2012 09:53 PM PST

Semalam sewaktu Anwar Ibrahim @ 'Imam Mahadi' PKR difahamkan telah meracau dengan menari tarian wilwil  di atas pentas dihadapan puluhan penonton kaum India ketika melawat KInta Valley.
Anwar dikatakan dilihat seakan-akan mabuk todi menari tarian wil wil dengan penuh keseronokan di atas pentas selama 5 minit.