As-salam, 
      Aduiii..lg 6 hari dah nak kena submit pre-dissertation report..bley ke siap ni.. huhu..insyaAllah..dengan dugaan laptop buat problem nye, dengan keadaan diri yang sudah terkena sindrom 'malas'..naseb la takde morning sickness teruk2 sangat..alhamdulillah..ya Allah, kuatkan la diri dan hati hambamu ini..aminn..semoga Masha dapat menyelesaikan thesis ini dalam masa yang ditetapkan..
      Alamak, sorry..bukan nak membebel dengan masalah Masha, juz nak story pasal last weekend..office InfoTech ada mengadakan program ala2 Family Day dan lebih kepada aktiviti untuk anak2 staff. Theme Program ni namanya : Program Transformasi IT : Merintis Sokongan Komuniti. Bertempat di Bukit Merah Laketown Resort dari 7/12 - 9/12..Memang best sebab dapat bawak family kita sendiri..Masha pon apa lagi musti la bawak hubby je kn..n baby dalam perot..merangkap honeymoon kali ketiga untuk tahun 2012 ni ..hehe..Semua aktiviti air kt Water Park, kitaorang main, tapi yang sukaneka xde la involve kn..hubby je involve..Masha tengok je..sebab doc pesan tak bleh nak lari lompat sangat..
      Then the next day ada annual dinner, cabutan bertuah, pertandingan karaoke, pertandingan baby ceria,  pertandingan macam2 la..mostly untuk anak2 staff..Kte yang xde anak lagi ni tengok je la gelagat baby2 diorang..best pon ada..tak sabar nak tunggu baby kuar..hehe..Then the next day ktorang pergi melawat Pulau Orang Utan, melawat haiwan di Eco Park n naik Chairlift ala2 cabel car la..
      Masha sebenarnya dah merasa pergi sini dulu2 zaman bujang, so malas nk excited sangat juz nak bagi hubby Masha merasa je la..Satu lagi pertandingan yang Masha masuk secara bersungguh2 ialah explorace..Explorace ni present dia sangat la gempak iaitu TV LCD Phillip 42" n set Home Theater Phillips..huhu..tu yang sangat beria2..naseb la explorace ni xyah nak kena lari2 sangat..Semua participant just kena jawab 14 soalan yang berkisarkan perjalanan peserta dari Rawang ke Bukit Merah..So kena alert la sepanjang perjalanan tu..Tapi maybe bukan rezeki Masha agaknya..melepas la hadiah itu..dan semalam baru pihak ajk emailkan jawapan kepada soalan explorace tu..sangat la tension bila tengok jawapan dia..Masha punya la jawab ikot skema jawapan xde nk bengkok2..serius..Tapi jawapan dia macam jawapan teka-teki pon ada..hehe...xpelah..next time dah tau la jawapan mesti tak logik punya la..So, tengok la soalan dan jawapannya seperti di bawah :
  
        WARNA BIRU JAWAPANNYA DAN MERAH  ADALAH KLU NYE  
    (Jawapan n Ulasan Masha warna pink)
            Soalan 1 
     Emak !!!...ayah !!!...kita dah nak sampai. Eh..ada orang asli main  bolala. Suku  orang asli ape tu !!!.. wow dia skor .. Dimana ni mak.    
    SEMANGGOL 
    yang ni memang xlogik sebab semangGOL je ke jwpn dia camtu..Masha jawab  kalo ikot logik - Suku Kaum Semai di Tapah, Kampar  dan Gopeng, Perak.
      Soalan 2. 
    Pahlawan ini satu-satunya pahlawan yang sampai bila-bila pun tidak akan  menggunakan system  matriks dalam timbangannya. 
    PANGLIMA BUKIT GANTANG
    yang Masha admit la sebab Masha xtau jawapan dia, ada logik gak  jawapan diorang kali ni..Masha jawab Dato Maharajalela
      Soalan 3. 
    Ish..Ish Ish.  Macam pesta bunga. Ada yang bawa  masing-masing dan ada juga yang bawa beramai-ramai..Boleh ke tahan  bungatu … 4 jam baru  sampai Bukit Merah. Faizol !Kenapa bunga nie makin lama makin kecik ?.Kan aku dah kata  tadi.Kaubawak bunga apa tu boleh sampai jadi macam tu ? 
    BUNGA TAYAR
    Jawapan ni sama dengan Masha jawab – Bunga Tayar makin lama guna makin  haus..
      Soalan4.
    Ramping nya tak dapat  ku rangkul
    Panjang nya tak dapat  ku paut
    Cuba juga ku selaminya
    Aduh hampIr lemas ku didakapnya
    SLIM RIVER
    Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab – Slim River 
      Soalan5.
    Mari mari mari sokong kami !!!.Apaitu?
     TEMA PROGRAM –  TRANSFORMASI IT : MERINTIS SOKONGAN KUMUNITI    
    Yang ni Masha tak expect jawapannya ini kerana dekat area meja  pendaftaran peserta time sampai bukit merah aritu ade meja Save Gaza!!, so  Masha pon jawab – Save Gaza!!  
      Soalan6.
    Hati Hati Memandu. Kenapa pulak?
    PAPAN TANDA LEMBU  MELINTAS
    Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab – Papan Tanda Lembu  Melintas. Masha  siap lukis lagi la gambar signboard tu. 
        Soalan7
    Orang Perak memang mengenang jasa.Jurumudi  pun mereka abadikan.
    TANJUNG  MALIM
  Tak tau kenapa jawapan dia Tanjung Malim, sedangkan asal usul nama  Tjg Malim disebabkan di Tanjung tu ada orang yang alim ulamak, kenapa  jawapannya jurumudi plak, sape tau sila habaq kat cheq mai..Masha plak google  punye google, memang jumpa nama jurumudi di Perak p la jawab – Juru  Mudi. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar             Soalan8.
    Jaga-jaga Kanggaroo nak loncat tu.. Apa yang dibuatnya  ?
    PAPAN  TANDA IKLAN KASUT ( Memadai sebut kasut ) ada dihujung terowong menghala utara
  Soalan ni Masha xsure sebab xnampak pon kangaroo..tapi bak kata  hubby Shue, dia nampak kilang Kanggaroo Courier otw nk pegi sini..so Masha  jawab – Kanggaroo Courier.           Soalan9( 5  point)
    A: Hampir sepurnama hamba meredah hutan, lembah, lurah,bukit dan bukau sebelum  hamba tiba di  Bukit Merah ini. 
    B: Pasti tuan hamba kepenatan tu..berehatlah dulu tuan hamba. Sambil-sambil  tu sembang-sembanglah laluan-laluan yang tuan hamba tempohi.
    LEMBAH BERINGAN/LEMBAH  BERNAM/BUKIT TAGAR/BUKUT BERUNTUNG/GUNUNG TEMPURUNG/BUKIT GANTANG ( LIMA SAJA)
    Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab seperti di atas – Lembah Beringin, Bukit  Beruntung, Gunung Tempurung, Bukit Gantang, Bukit Merah
      Soalan 10
    Amboi..Infotech kalau memilih staf baru bukan main tinggi  kelayakannya.Macam nak ambil saintis pulak..Nak cari staf yg betul2 intelek dan  mempunyai komitment tinggi agaknya.Tetapi yang peliknya diperingkat UiTM tak  kisah pun. Ada jawatanyang memerlukan kelayakan minimum saje.Apajawatan dan  kelayakannya?
    PENGARAH INFOTECH  / PMR
    Kesianlah jawapan dia PMR..dah la Prof Madya plak tu..apejela  diorg ni..huhu..masha ni ikot logic sangat..kalo ikotkan position paling rendah  kt UiTM ni ialah – Pekerja Awam Gred R1,  contohnya Pemandu. Dan kelayakan dia hanya lah perlu tamat darjah 6 sekolah  rendah bantuan penuh kerajaan dan mahir dalam bidang berkenaan..tu je..huhu..
        Soalan 11.( 2 point)
    Sebuah landasan keretapi merentasi tasik merah telah dibina  oleh British pada tahun 1885. Ianya berkembar dengan laluan kereta kuda bagi memudahkan  perjalanan ResidenBritish Sir JWW Birch berulang- alik dari Taiping ke Port  Weld (Kuala Sipitang). Tetapi beliau tidak menggunakan laluan kereta kuda tersebut.  Kenapa ?
    Tiada  laluan kuda. Birch di Pasir salak ( semua fakta dalam soalan ini salah. Kenapa  pening2 kepala ha ha )
  Kalo ikot logic n hasil dari google, memang xde laluan kuda tu,  sebab zaman tu diorg guna laluan keretapi je..then Masha jawab – Kerana laluan keretapi digunakan untuk mengangkut bijih  timah disamping menjadi laluan perjalan dan perhubungan antara pekerja lombong  bijih timah tu..           Soalan 12.
    Kasihan sungguh stafInfotech ini.Masa hadapan nya pun tak Nampak apatah lagi masa silamnya.
    ZAMANI -   (zaman ini biasa disebut zamanni : bila-bila  pun zaman ni
    Masha xtau jawapan dia, xtau la plak dia nama orang kn..huhu,,tapi  kalo ikot logic Masha jawab– Staf kontrak dan Staf  Sementara.
      Soalan 13
    A: Hurreiii !!!    
    B: Sukahati  Nampak. Macam konfiden je nak dapat tv 42 "
    A: Manakan tak nya tadi singgah R&R rawang kenyang betul makan nasi  sedap pulak tu
    Apa yang si A tu
    IKLAN BERAS SUKAHATI (  dilebuhraya dekat R&R Rawang )     
    Ni pon Masha xtau jawapan dia, malas nak pk dah, Masha pon jawab– Nasi Lemak rm1.20. Sebab nya time berenti kt rnr  Rawang tu masha makan nasik lemak sedap ni..hehe..
      Soalan 14 
    Eh..jangan la lentok kat abang. Tidur je la... kan abang tengah mandu  nie...    ekleh !!sikit je tekan dan  terbeliak la pulakmatanya ..
     Speed trap/AES    
    Masha xtau jawapan dia, tapi kalo ikot logic Masha jawab– Tekan break..kan kalo tekan break cket je akan  kuar lampu kt belakang keter
        Soalan 15 
    Di Resort ni pelik sikit. Dia suruh kita rehat lepas tu suruh pegi. 
    MESIN URUT GINTEL
    Jawapan ni  pon sama dengan Masha jawab seperti di atas  – Mesin Urut Gintell.
       
     So, kesimpulannya xyah la nk logic thinking sangat ye dek non kalo bertemu dengan soalan2 tricky camni..hehe..kelako pon ada..apela Masha ni kn..Masha btol 5 je kot dari 15 soklan..xpela..at least nanti dah bleh tanya orang lain soalan camni la gamak nye kn..hehe..sorry la membebel panjang saangat,,tu je la masha nk story kali ni..bubye...