Rabu, 6 Februari 2013

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


UMNO Online - Kerajaan Peruntuk RM30 Juta Untuk Perumahan <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2013 02:00 AM PST

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Kerajaan Peruntuk RM30 Juta Untuk Perumahan Nelayan Darat

HUTAN MELINTANG, 5 Feb  - Kerajaan memperuntukkan RM30 juta di bawah projek perumahan nelayan darat bagi membantu 3,000 nelayan di seluruh negara membaikpulih rumah mereka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum berkata bantuan yang dikawal selia oleh Jabatan Perikanan itu diberikan bagi membolehkan nelayan yang berpendapatan rendah memiliki rumah yang selesa.

"Kerajaan beranggapan golongan ini tidak mempunyai pendapatan tetap kerana  bergantung kepada hasil tangkapan semata-mata," katanya selepas majlis penyerahan lesen sampan dan program bantuan perumahan nelayan darat Parlimen Bagan Datoh dan Teluk Intan di Tanjung Bayan, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 116 nelayan darat dari Parlimen Teluk Intan dan  Bagan Datoh menerima bantuan berkenaan manakala 92 nelayan menerima bantuan khas sampan.

Beliau berkata terdapat 14,967 nelayan yang aktif di negeri ini dengan 3,294 orang di Kerian, Larut Matang (4,374), Manjung (3,367) dan Hilir Perak (3,932).

Mohd Johari berkata Hilir Perak adalah penyumbang terbesar pendaratan ikan di negara ini iaitu sebanyak 45 peratus, membabitkan 122,000 metrik tan dengan nilai RM614 juta setahun.

Sementara itu, beliau berkata kementerian tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen pembekal diesel subsidi yang menjual diesel kepada nelayan asing.

"Saya telah menerima senarai nama pembekal diesel subsidi yang terbabit dalam penyelewengan ini yang jumlahnya mencecah berjuta-juta liter sehari diseludup ke luar negara," katanya.

Berita Bertarikh Pada 5 February 2013 6:00 PM

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Menyantuni kaum Tionghoa <b>di</b> Tg <b>Piandang</b> | Dr Mujahid Yusof Rawa

Posted: 01 Feb 2013 03:09 PM PST

Tangjung Piandang - YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa telah berkunjung ke Pekan Tg Piandang pada 2 Feb 2013 sempena program edaran limau kepada orang ramai sempena  sambutan Tahun Baru Cina. Program mengedar buah limau ini anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Parit Buntar dan PAS Kawasan Parit Buntar diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Lawatan ini turut dihadiri oleh YB Yunus Jamhari ADUN Kuala Kurau.

Program kali ini menurut Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar,  Sdr Azhar Shahrin diadakan secara besar-besaran. "Kami hanya sempat membuat edaran di sebahagian pekan Tanjung Piandang apabila bekalan limau telah dah habis," ujar beliau. Koordinator program, Sdr Hairul Nizam berkata "Pihak kami terpaksa membuat tambahan limau kerana berbeza tahun tahun lalu, kali ini sambutan luar biasa, mereka berpusu-pusu kerana amat teruja dengan kedatangan rombongan YB Dr Mujahid dan YB Yunus Jamhari"

Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang ramai dengan lawatan YB Dr Mujahid dan YB Yunus Jamhari menyebabkan pihak Pusat Khidmat Masyarakat kehabisan limau sebelum menamatkan kunjungan seluruh Pekan Tanjung Piandang. "Ini menandakan sambutan yang amat menggalakkan kerana mereka berpusu sebelum kami sempat berjalan-berjalan," ujar Dr Mujahid.

Edaran limau yang melibatkan juga Kuala Kurau, Bagan Tiang, Pekan Parit Buntar dan Ban Seng Hin akan diadakan sepanjang mingg sebelum Tahun Baru Cina yang jatuh pada 9 Feb 2013. Selain edaran, pihak Pusat Khidmat Masyarakat dan PAS Kawasan turut mengadakan bantuan kepada warga emas dan penduduk miskin di Titi Serong, Bagan Tiang dan Kuala Kurau. Program edaran ini turut melibatkan Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Briget Muslimat dan Nisa' Parit Buntar.

Jamuan rakyat bagi menyambut Tahun Baru Cina akan diadakan di Pekan Parit Buntar dan Tanjung Piandang pada 16 dan 17 Feb 2013. nanti. Seluruh penduduk Parrit Buntar dijemput hadir untuk memeriahkan suasana.

Mujahid beramah mesra dengan kaum Tionghoa

Mujahid beramah mesra dengan kaum Tionghoa

Seorang pengunjung menunjukkan tanda bagus kepada Mujahid semasa Mujahid mengunjungi sebuah kedai makanan

Mesra dengan rakyat pelbagai kaum

Mujahid tertarik dengan kecomelan seorang anak kecil Tionghoa sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada ibunya

Sempat mengedar limau kepada penunggang motosikal

Berjalan kaki di seluruh pekan untuk mengedar limau

Pengunjung kedai kopi mengangkat bekas buah limau sebagai tanda sokongan mereka bersama Mujahid dan ADUN Kuala Kurau

Mujahid menyantuni seorang warga emas

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


IPOH MALAY: Kecelakaan Treler Rempuh Pekerja Lebuhraya <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 04:50 AM PST

Dua dari empat yang cedera merupakan kawan teman. Kami sama-sama tinggal di Taman Perpaduan, Ipoh. Mereka ialah Dino Azmi dan Shafuddin Abd. Jalil. 
Dino Azmi mengalami cedera ringan tetapi Shafuddin Abd. Jalil mengalami patah kedua kaki, tangan kiri dan koyak di kepala dan betis.
Harap agar ada pihak dari Parlimen Tambun jika tidak Menteri Kewangan Kedua sendiri untuk pergi melawat mangsa-mangsa ini terutamanya kedua-dua kawan teman ini kerana mereka 'orang kita' juga. Takziah kepada keluarga mereka yang meninggal dunia dan semoga tabah buat mereka yang tercedera. 



IPOH: Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi rakan sekerja mereka cedera selepas dirempuh sebuah treler yang membawa muatan coklat di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng, awal hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata kemalangan berlaku pada 4.30 pagi ketika lapan pekerja Propel itu sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lorong kiri lebuh raya berkenaan.

Sebelum itu, treler dari arah Johor Bahru ke Ipoh yang hilang kawalan itu merempuh kereta Proton Iswara, MPV Mitsubishi Triton, van dan lori kecil milik pekerja Propel itu yang diletak di lorong kecemasan sebelum melanggar lapan pekerja terbabit, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Empat pekerja yang maut ialah Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh dan Hafiz Yunus, 39, dari Kuala Lumpur.
Tiga daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Pekerja Propel yang cedera pula ialah Dino Azmi, 36, Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, dan Shafudin Abdul Jalil, 31.
Turut mengalami kecederaan ialah pemandu treler yang hanya dikenali sebagai Zulkifli dan kelindannya, Mohd Rozi Mat Sharif, 44.
Kesemua mayat dibawa ke HRPB manakala mangsa yang cedera dihantar ke HRPB dan Hospital Kampar bagi menerima rawatan.
Mohamad Shukri berkata, ketika kejadian, keadaan lokasi berbukit dan pemandu treler itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya semasa menuruni cerun ketika hujan renyai.
Pemandu lori terbabit akan ditahan selepas dirawat untuk siasatan lanjut, katanya. - Bernama

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013 <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2013 07:05 PM PST

Lokasi SK Bagan Datoh pada Hari Jumaat 18 Januari 2013

20130120-100411.jpg

20130120-100420.jpg

20130120-100427.jpg

20130120-100435.jpg

20130120-100444.jpg

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Ceramah PAS hambar <b>di Parit Buntar</b> <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 05:40 PM PST


Jika pemimpin mereka masih mahu memperbodohkan orang-orang  Melayu kononnya hanya Melayu dalam Umno itu sahaja yang Melayu...

Blogger-blogger upahan mereka juga membawa agenda yang sama iaitu juga memperbodohkan Melayu namun skop mereka lebih kecil iaitu memperbodohkan Melayu yang membaca Blog mereka sahaja..

Biarpun mereka menyedari bahawa bukan Blog mereka sahaja yang ujud di alam cyber ini, Blogger Pro UMNO masih cuba memperbodohkan pembaca mereka..

Seperti biasa yang mereka lakukan dari dulu hingga sekarang, berbekalkan beberapa keping gambar di awal program ceramah Pakatan Rakyat (gambar di atas), mereka menyebarkan cerita kononnya 'Ceramah PAS hambar di Parit Buntar'..

Berikut adalah sedikit laporan dan gambar suasana sebenar di ceramah PAS yang diadakan di Parit Buntar itu..


Tanpa t-shirt dan makanan percuma, ceramah anjuran Pakatan Rakyat Parit Buntar tetap mendapat sambutan hebat dari penduduk di Parit Buntar.

Terkini, ceramah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz yang menarik kehadiran lebih 2000 orang di Batu 7 , Kuala Kurau.


Ketua Penerangan Pas Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, lebih menarik ceramah ini diadakan di kawasan yang dianggap kubu kuat Umno Parit Buntar.

" Kehadiran Dato' Zambry Kadir ke Parit Buntar baru-baru ini tidak sedikit pun mengurangkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

" Buktinya, kehadiran orang ramai mendengar ceramah Dato' Ariff pada malam ini walaupun tiada t-shirt dan makanan percuma diberi" katanya.

Sementara itu, Dato' Ariff yang merupakan bekas orang kuat Umno Pekan telah membongkar banyak isu berkaitan ketuanya sendiri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

" Kita sudah memberi Umno 55 tahun memerintah dan perkara terpenting yang mereka lakukan ialah menakutkan orang Melayu supaya berfikiran kalau Umno tidak ada Melayu akan hancur, kalau Umno tidak ada, raja-raja Melayu akan musnah dan jika Umno tidak ada, maka Islam akan tergugat.

" Maka pencapaian terbesar Umno ialah menakutkan dan membodohkan orang Melayu. Kedua perkara ini menghamba abdikan minda orang Melayu. Di mana maruah suatu bangsa jika minda nya dipenjara? " katanya.

Beliau meminta rakyat menolak dakyah Umno yang menjual nama bangsa untuk kepentingan peribadi.

"Tidak benarlah apa yang didakyahkan oleh Umno jika UMNO tewas, Melayu akan rugi.



" Kita mesti nyahkan dari kepala kita, tanggapan bahawa hanya Melayu dalam Umno itu sahaja yang Melayu. Sedangkan Umno di depan orang Melayu, laung hidup Melayu tapi belakang orang Melayu mereka rompak dan samun harta benda orang Melayu" katanya.. ~ Dilaporkan oleh
PASPB

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Penjelasan Awie Buka Kelab Malam <b>Di Ipoh</b> Perak | melvister.com

Posted: 23 Jan 2013 09:26 PM PST

Berikut adalah penjelasan Awie mengenai buka kelab malam sendiri di Ipoh Perak. Beliau ternyata berang dengan sikap sesetengah pihak yang telah memandang serong terhadapnya. Ramai yang beranggapan bahawa membuka sebuah kelab malam bukanlah tindakan yang bijak bagi artis seperti Awie. Ini kerana sumber pendapatan itu adalah haram kerana hasil penjualan minuman keras dan sebagainya.

kelab malam

Penjelasan Awie Isu Buka Kelab Malam

"Apa salah saya buka club? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo — kenapa dia bukak Hard Rock (Cafe), Saloma (Bistro), Concord. Untuk sembahyang ke?"

Awie turut meminta sesiapa yang mempertikai tindakan beliau untuk membuka kelab malam ini untuk berhenti bercakap dan bukan mereka yang memberi rezeki kepada beliau.

"Mereka tidak suap mulut saya dengan nasi — so better stop this stupid question," tambah Awie yang jelas kesal dengan isu ini.

awie kelab malam

awie

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Masjid (Mosque of) <b>Changkat Keruing</b> - seni lama melayu (malay <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2012 03:38 AM PDT

Dari Pantai Remis saya pergi ke pekan Changkat Keruing lalu singgah di masjidnya.
From Pantai Remis I went to the small town of Changkat Keruing and stopped by its mosque.






Siapa Bunuh Ketua Cawangan MCA <b>Changkat Keruing</b>? | SEDAKA <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2010 02:56 AM PDT

LUMUT, 31 Julai - Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


4 rentung dalam kebakaran <b>di sungai siput</b> | Merdeka Online

Posted: 04 Feb 2013 05:06 PM PST

Kebakaran

Mo,Sungai Siput, 5/2/2013- Empat beranak ditemui rentung dalam kebakaran rumah mereka di Taman Bukit Medan di sini, awal pagi tadi.

Mangsa iaitu wanita berusia 50an serta tiga anaknya berusia antara 16 hingga 23 ditemui rentung di bahagian dapur rumah selepas kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 12.57 pagi.

Polis setakat ini menyiasat kejadian itu sebagai mati mengejut kerana tidak menolak kemungkinan kes itu berpunca mangsa terlalu sedih dengan kematian ketua keluarga mereka beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, polis masih menyiasat lanjut punca kes itu termasuk dakwaan jiran terdengar letupan kuat di bahagian dapur rumah berkenaan. – Berita Harian

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Taiping Mali: Anwar jual minyak <b>di Tapah</b>

Posted: 18 Dec 2012 04:08 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Terkejut sakan aku mendengar kata-kata ANWAR di depan orang India.....di depan orang Melayu lain pula cakapnya..Penuh pembohongan...Apa jenis pemimpin ni?Tak teringat kubur ke? Betullah kata orang dia nI ...

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Taiping Mali: Isu kubur palsu Mat Indera <b>di Taiping</b>

Posted: 04 Feb 2013 07:03 PM PST

Wartawan Sinar Harian berkunjung ke kampung berkenaan untuk melihat sendiri kubur berusia lebih separuh abad itu.


Menurut penduduk, walaupun sudah lama tidak dikunjungi oleh sanak saudaranya, namun kubur berkenaan sentiasa bersih dan ditaburi bunga kemboja putih yang gugur dari pohon berhampiran.
Batu nisan jenis lama itu kelihatan agak usang dan hampir sukar untuk dibaca namun disahkan milik Mat Indera oleh penjaga kubur, Yaacob Din, 63, atau lebih dikenali sebagai Pak Akob.

Menurut Pak Akob, kubur Mat Indera tidak ditanda atau diletakkan kapok (pagar kecil) bagi mengelakkan perbuatan khurafat.

"Memang saya jaga baik kubur ni. Tapi saya sengaja tak letak sebarang tanda tertentu kerana bimbang ada yang salah gunakan untuk tujuan tidak elok," katanya.

Menurutnya, keluarga Mat Indera sebelum ini sering menziarahi kubur berkenaan tetapi sejak tiga tahun kebelakangan tiada waris yang datang membersihkannya.

"Banyak cerita yang saya dengar tentang Mat Indera ni daripada orang tua-tua dulu, tapi saya sendiri tak berani nak beritahu sebab nanti orang cakap saya membohong," katanya.

Menurutnya, berdasarkan kisah-kisah yang pernah didengar, ketika meninggal dunia, jenazah Mat Indera berbau harum dan kulitnya begitu lembut.

"Mat Indera dipercayai mempunyai keupayaan keluar masuk dari penjara untuk membeli makanan. Bagaimanapun, kebenaran kisah yang diceritakan itu tidak dapat dipastikan kerana tiada orang lama yang boleh mengesahkannya. Mereka sudah meninggal dunia.

Pak Akob berkata, terdapat tujuh kubur anggota polis yang terkorban ketika menentang komunis di Grik, Perak ketika zaman darurat di tanah perkuburan berdekatan.
TM Note;

Minggu lalu TM berjanji nak dedahkan kubur yang sebenar Mat Indera tetapi ditangguhkan sehingga Khamis atau Jumaat ini.

Biarlah Pas dan Dap Taiping pening kepala dok cari mana kubur yang sebenarnya. beberapa hari lepas kereta pick up Dap Taiping dah masuk ke tanah perkuburan tersebut, apa tujuan pun tak tahu, mungkin mereka tahu lokasi sebenar kubur tersebut, apa pun kita tengok lah apa lagi reaksi Pas dan Dap mengenai isu kubur palsu Mat Indera ini.

Penjaga kubur Pak Akub pun tak berapa tahu kisah sebenar sebab semasa kematian Mat Indera beliau baru berusia 3 tahun.

Sejak kisah kubur Mat Indera didedahkan oleh Mat Sabu, ramai orang Pas telah datang mencari kubur tersebut dan mungkin lah kerana menyampah dengan Pas, Pas Akub pun tunjuk lah mana-mana kubur yang ada tulisan jawi bernama Ahmad dan jika dilihat batu nisan pun jelas ia tidak tulen dan seperti sudah diubah suai tulisan nya.

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


9,000 pengundi baru <b>di Bukit Gantang</b>: Jangan nak tuduh BN <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2011 05:44 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menyiasat pertambahan pengundi baru di beberapa kawasan Parlimen di negeri ini termasuk di Bukit Gantang yang dikatakan mempunyai lebih 9,000 orang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, walaupun kerajaan negeri tidak ingin menuduh ia dilakukan pihak pembangkang, namun hakikatnya perkara itu turut berlaku di kawasan Gopeng, Tambun dan Lumut.

"Mereka (pembangkang) mengatakan kita menambah pengundi di Lumut suatu masa dulu. Namun, dari segi logik politik, mereka tahu Datuk Seri Kong Cho Ha (Ahli Parlimen Lumut) hanya menang tipis di sana dengan majoriti 298 undi.

"Jadi, kita juga hendak bertanya kepada mereka, kenapa tiba-tiba terdapat pertambahan pengundi di beberapa kawasan Parlimen ini? " soalnya pada sidang akhbar sempena Program Turun Padang ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham baru-baru ini yang mendakwa wujud pengundi hantu di kawasan Parlimen Beruas apabila beberapa warganegara asing telah didaftarkan sebagai pengundi.

Ngeh yang juga Ahli Parlimen di kawasan tersebut mendakwa, sekurang-kurangnya terdapat 25 nama telah disenaraikan sebagai warga Thailand, Pakistan, Indonesia, Bangladesh dan Eropah tetapi lapan daripadanya tidak mempunyai kad pengenalan yang sah.

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Blog Halim: Kisah Seram <b>Di</b> Highway Bukit <b>Gerik</b> & Highway <b>Gerik</b> <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2012 10:49 PM PST


Jom baca kisah seram yang dikongsi oleh seorang pembaca di forum CariGold... Layan~

Mggu lepas kami sekeluarga dpt berita adik Ipar aku eksiden motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu. 


Jadi kami sekeluarga diminta utk balik mlm tu juga...
Tetapi dlm perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dpt call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah... Allah lebih sayangkan dia... Al-Fatihah...
Jadi kami teruskan juga perjalanan keTrg dgn hati yg tabah...
Setelah semua selesai, Ahad mlm Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yg perlu disiapkan, dan kami bertolak dari K.Trg dlm 10.30mlm...

Mula masuk H'way Bukit Grik dlm 1.30 pagi... dan sepanjang prjalanan aku rasa mcm biasa..cuma bini aku ckp dia pening dan rasa nak muntah..mgkn sebab jln bengkang-bengkok...
Alhmdllah, kami sampi ke Grik dlm kul 4.10pagi gitu, dan kami stop kat R&R sebab aku nak p toilet...
mcm biasa aku lock kereta kalau aku tggl sat anak bini aku, tapi alhmdllah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm...

Tiba-2 kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas p tgk kereta aku, tak ada apa-2 berlaku...
Then aku p dptkan bini aku, dia nmpk mcm takut... Aku tanya kenapa? Dia kata ada org lalu mundar mandir depan keta aku tu, tgk direct kat depa dlm keta... Then, masa tu keta aku berbunyi...Then tiba-2 org tu hilang... So aku pujuk bini ckp maybe org driver lorry dkt-2 situ yg lepak sama....

Then kami teruskan perjlanan ke Penang... start nak masuk H'way baru Grik-Baling dlm kul 4.30pagi...
Aku nampak kabus tebal... Rasa berat hati nak teruskan...ingat nak U-turn...jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jln aku nak U-turn... Tapi bila terus...still takder lampu jln, sebab bateri solar utk lampu tu dah habis kot... so aku make desicion teruskan perjlanan...

Tiba-2 aku rasa semcm jer...Then bini aku tiba-2 mcm terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut...Aku pun sama baca apa yg patut... Then tiba-2 aku rasa keta aku mcm berat... aku tekan myk juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4... masa tu turun bukit! Hangpa bayangkan turun bukit guna gear 4  Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit... Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit...Tapi ini turun bukit gear 4.

Alhmdllah depan kami ada lori balak..rasa ringan semula... Bila aku dah overtake lori tu...tak lama aku rasa berat balik... Mcm tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4...Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku.... Sepnjg nak kuar h'way tu nak sampai ke Baling, dlm 3-4 kali aku rasa mcm tu... Kadang-2 aku mcm terasa nak tgk tepi cermin...tapi bila tgk takder apa-2... Alhmdllah, kami dpt kuar dari H'way tu dan sampai ke Baling... Then takder rasa apa-2...Lepas tu ada bukit-2 nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5....

Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku ckp kat bini aku... (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-2 kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ...) Lepas aku ckp kat bini aku, barulah bini aku rasa 'burden' yg dia rasa tadi hilang tiba-2..rasa lega... Kami selamat sampai rumah kat seberang jaya dlm kul 7.30 pagi... itu pun aku sempat lagi p beli nasi kandar kat Jalil bagan...


Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku... Bini aku ckp, masa perjalanan nak ke K.Trg pun dah ada nampak benda pelik... Dia nampak mcm org tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia... Then masa nak balik ke Penang, still org yg sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum. Then dia kata masa kat H'way Grik Baling tu org tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dgn beranikan diri buat tak tahu jer... Kuat juga bini aku. Tahniah!

Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga...Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat...
Dia ada nmpk mcm benda putih follow kereta kami... Nauzhubillah..! Tapi Alhamdullah, kami selamat sampai rumah....Then kami cerita benda tu kat family kat kg,... Adik ipar aku yg sorang tu cerita, dlm bulan lepas, member dia terbabas kereta kat H'way Baling Grik sebab rasa benda yg sama..kereta rasa berat, then lost control terbabas... dia kata kami Alhamdullah kuat juga dpt lawan....

Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu H'way Baling grik tu, kalau boleh jgn lewat sgt..Tunggu sat kat Pekan Grik tu...dah masuk subuh, then boleh la kot tempoh jln tu... Tapi kalau kuat, belasah jer...
Lagi kalau korang ada any experience or info tntg topik aku bukak ni, boleh la share kat sini...
At least takder la member-2 kita kena benda yg sama aku kena..or maybe lagi teruk!

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit : Niza Meroyan dah tahu dia akan kalah <b>di</b> Pasir <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2013 12:02 AM PST


Niza Meroyan didakwa tidak lagi berminat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat Pasir Panjang berikutan banyak masalah rakyat di kawasan itu gagal diselesaikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membuat kesimpulan ini berikutan banyak masalah termasuklah projek-projek pembangunan masih belum dilaksanakan sehingga kini.

Katanya 'Niza Meroyan' juga didapati gagal melunaskan janji-janji yang dibuat kepada pengundi kawasan Pasir Panjang sejak dipilih pada pilihanraya 2008 lalu.

"Saya tahu penduduk di sini dipinggirkan wakil rakyatnya. Saya ada ingatkan beliau tentang perkara ini setiap kali siding DUN tetapi dia menafikan dengan mengatakan banyak yang telah diselesaikannya dengan Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
"Berdasarkan maklumat, kita dapati MPM telah menyelesaikan lebih 50 aduan dan daripada aduan ini tidak satu pun datang daripada Pejabat DUN Pasir Panjang dan ini jelas membuktikan 'Niza Meroyan' memang kuat berbohong," katanya.

Menteri Besar itu mendakwa bahawa Niza Meroyan mungkin lebih berminat untuk menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang berikutan sering menimbulkan isu berkaitan kawasan itu setiap kali sidang DUN.

Malah, katanya, tindakan Niza Meroyan menuduh kononnya kerajaan Malaysia telah menerima
RM 207 billion pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk dibayar kepada mangsa-mangsa keretapi maut sehingga menimbulkan kemarahan Kerajaan Jepun mengukuhkan lagi bukti bahawa Ketua Pembangkang Perak itu sebenarnya lebih berminat menjadi Ahli Parlimen daripada seorang ADUN.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Futsal
dan makan tengah hari bersama penduduk Kampung Padang Tembak dan
siswa siswi Universiti Utara Malaysia di Dewan Kampung Padang Tembak,
Teluk Muroh, hari ini.

"Dia tak habis-habis berbohong. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah juga telah memaklumkan bagaimana kerajaan Jepun memandang serius tuduhan ini sehingga mencalar kredibilitinya sendiri," katanya

Mengulas cabaran berdebat yang dibangkitkan oleh si Niza Meroyan, Dr Zambry berkata beliau tidak akan membuang masa dengan melayan cabaran itu kerana isu yang bakal dibangkitkan sangat penuh dengan pembohongan.

"Rakyat sendiri saksikan bagaimana dia berbohong ketika dalam Dewan dan saya rasakan orang seperti ini tidak patut dilayan," katanya.

* sumber dari portal berita tempatan edisi negeri Perak.

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Absolutely Afzan: Aidiladha <b>di Bidor</b>

Posted: 08 Dec 2008 07:29 AM PST

Raye haji nih balik Bidor.. bawak Affan beraye umah tok ibunye.. kitorg sampai sini dari hari jumaat lagi. Afat kan cuti Jumaat & sabtu. n terengganu bagi cuti raye haji hari isnin & selase. so, hari selase pagi2 baru balik kuantan..

Hari nih, di pagi hari raye, cam biaselah, mkn soto.. ibu masak soto mmg sedap.. pastuh kol 3ptg gerak keluar. dari semalam Liyana dah ajak dtg umah mak mertua die kat Ipoh sbb ade kenduri Akikah anak die, Puteri Orked Khadija.. So, siap2 la gi Ipoh.. 1st time nih aku nak gi Ipoh.. Affan surela dibawak sekali. lagipon Yana x penah tgk affan lagi..

Affan yang dah siap pakai jeans n baju jalan die menunggu mama bersiap sambil duduk2 di atas sofa..

Ok, nak keluar rumah kenela pakai topi eskimo die..

Affan sgt suke gi jalan, masuk kete je trus tido.. mmg senang nak bawak die nih jalan..

Bergambar ngan Liyana ngan Orked nye.. Orked dah 8 bulan.. tapi die akan dapat baby x lame lagi. Liyana pregnant dah 6 bulan..

Balik dari rumah Liyana, gi lak umah kawan Afat. tapi x de org kat umah, pastuh gi umah kawan Afat sorg lagi, Ijad kat Kampar.. lepas tuh dah magrib tuh turun dari umah Ijad, gi lak umah Acik Afat kat Temoh lak.. last2 kol 9 malam sampai ke Bidor.. sakan betul berjalan raye hari nih. Affan pon dapat byk duit raye..

Sekian.. Esok nak balik ke Kuantan..

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Menziarahi pelajar <b>di</b> CCU Hospital Seri <b>Manjung</b> - Cikgu Zuhairi <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2013 12:57 AM PST

[unable to retrieve full-text content]2013 (9). ▽ January (9). "diari' jawi... Menziarahi pelajar di CCU Hospital Seri Manjung · Pendaftaran pelajar tahun 2013 · Harimau naik kapalterbang · Sayangnya... Panjangnya · Tingginya... Beraninya · Banyaknya ...