Sabtu, 15 Disember 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Pegi kenduri <b>di Hutan Melintang</b>, Perak | all about life!!

Posted: 13 May 2012 07:03 PM PDT

assalamualaikum dan selamat pagi!
sihat korang? ape cerita di hari minggu? oh hari minggu aku kali ni sangat hectic. penuh dengan jadual. seronok sebab 2 hari bersama kawan2 yang memang dah lama tak jumpa. kawan2 yang susah senang bersama masa zaman belaja dulu2.
aku dapat jemputan kawen dari pengantin 2 minggu awal. before aku gi korea aritu. tapi mase tu tak bajet nak pegi. sebab selalunye aku ikut member. yela nak gi sorang memang takla. ade member baru la sedap nak pegi kan. so kebetulan jugak yutat dan wahida dah ajak. aku pun on kan ajela.
memasing single. so takde porjek lain, on kan aje hehe. aku sebenanrnye mati2 ingat kenduri kat tangjung malim perak. yela dekat la skit kan. sekali dah masuk kete baru tau rupenye kat teluk intan perak. kat hutan melintang sane tu ha! hamikkk...
tapi takpe. demi kengkawan kan. aku kawen korang tak datang siappp! ^_^
gerak dari kota damansara jam 9.30 pagi. 2 kereta. tapi ade 3 manusia je. sebab yutat nak balik kuala kangsar terus pas kenduri. aku driver kereta lagi satu, sebab wahida tuan punya kete nak tido! bole camtu? redha jela kan. aku mmg suke bawak kete pun.
jumpa lagi sorang member iaitu yati yang lagi 2 minggu nak kawen dah. sebab lalu kampung die kat sekinchan tu kan so sekali je gi. da jadi 3 kereta.
rupenye aku lalu kampung bapak aku kat sabak bernam. siyes tak tau! sebab selalunye time balik kg aku tido! ha ni la die kan. tapi tak singgah pun la kg.
sampai uma pengantin kul 12.30pm. awal. tu pun yutat cakap nak gerak kul 7 pagi! aku tanye nak jadi penanggah ke ape datang awal2?? kire sedang elok la kitorg sampai. jumpa pengantin jap.
sory ler. ini je gamba yang ade. sebab mase naik atas pengantin tengah make up. so tarik kejap. dah ler backlight! menci tau. korang buat2 nampak jela yek. hehe. pengantin lawo! dah macam artis bollywood! siap dengan hidung mancung terletak tuuu!
selamat pengantin baru ejan dan pasangan. cecepat sikit buat junior yek hehe. dah salam n tangkap gambar ngan pengantin ape lagi. makannnn!
pic sebelum makan lupa. nampak sangat kelaparan kan. hanya sempat snap lepas makan je! heheheh. acar tu yang sedap. aku kalo g memana kenduri kalo dapat acar buah ni ha memang laju jela. sedappp! and first time aku jumpa dalca ade udang!
setel makan lepak jap. sebab nak terus balik penat. yela drive dah 3 jam. ni makan setengah jam tak sampai nak balik terus. nangis ler. sempat gak jumpa bebudak class yang lain. aus dan jambu. amik ko kawan aku sume dah pakai nama singkatan je kan hehe. oh ejan si pengantin ni kawan aku mase diploma dulu.
gambar kenangan ngan pengantin sebelum balik. tq ejan sudi jemput! kami berempat yang lepas makan terus balik! yela dah sian orang lain nak makan dok tunggu tepi meja kan. tak sedap pulak nak lepak lelama. hehe

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


ENCHELEGIT: Bualan panjang tanda ibu pergi

Posted: 15 Dec 2012 05:36 AM PST


TANJUNG PIANDANG - Seorang lagi mangsa kemalangan di Slim River, 27 November lalu meninggal dunia pada malam 11 Disember lepas setelah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, Selangor, menjadikan keseluruhannya enam mangsa korban.

Mangsa, Boo Goik Hong, 55, dari Kampung Bagan Selatan, di sini meninggal dunia jam 11.45 malam setelah dipindahkan ke wad biasa akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Anak mangsa yang hanya dikenali Ah Heng berkata, ibunya dipindahkan ke Hospital Serdang dari Hospital Slim River dan berada di sisi ayahnya di sepanjang hari.

Menurutnya, ketika itu ibunya berada dalam keadaan sedar dan mampu bercakap dengan ayahnya sebelum ditinggalkan bersendirian sekitar jam 8 malam pada hari kejadian kerana ayahnya pulang ke rumah.

"Ibu mengalami muntah darah secara tiba-tiba sejam selepas itu dan meninggal dunia lebih kurang jam 11.45 malam setelah doktor gagal menyelamatkan keadaan," katanya.
Mayat mendiang Goik Hong tiba di rumah keluarga malam kelmarin dan akan dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam di Bukit Mertajam, esok.

Ah Heng berkata, bapanya hanya mengetahui berita kematian itu sehari selepas hari kejadian dan terkilan kerana tidak menyangka tindakannya pulang ke rumah untuk berehat menyebabkan tidak berpeluang berada di sisi isterinya.

"Ayah amat sedih sehingga kini dan pernah memberitahu kami bahawa perbualan terakhir di antara ibu dengannya merupakan perbualan paling panjang.

"Sepanjang hidup, mendiang ibu merupakan seorang insan penyayang dan sangat disenangi ahli keluarga," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun antara lima maut dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori 12 tan di Kilometer 372.1 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan.

Kenderaan MPV jenis Hyundai Strex itu membawa 11 penumpang terdiri daripada pemuzik dan penari untuk ke Muar, Johor bagi membuat persembahan di sana.

Mangsa yang maut adalah Poh Hock Huat, 61, dari Transkrian, Nibong Tebal; Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Serdang, Kedah; Daphne Eng Yuik Yee, 14, Bagan Selatan, Tanjung Piandang; Juvien Chim Yu Xuan, 12 dan Hong Choon Pee, 33, dari Prai, Pulau Pinang.

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


<b>Manjung</b> Mari: Najib promosi jenama barunya dalam lawatan <b>di Seri</b> <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 01:32 AM PDT

Kerana Najib nak turun melawat ke Manjung, penduduk Manjung dahjadi kelam kabut, banyak jalan dipersekitaran Stadium Manjung dah kena tutup,,, 
Dah timbul masaalah, sehinggakan berlaku kemalangan jalan raya di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung pagi tadi,, 
Aku tak mau cerita masallah, itu, tetapi cerita hal lain sebenarnya.. 


Berapa banyak MPM bayaq kat tokeh banner tak tahulah, Banner Zambry kena simbah cat dah tiga,, banner yang duk tergantung pada setiap tiang lampu entah berapa ratus helai,, dan gambar yang kat bawah ni satu banner yang agak grand. 


 .Tengok tajuk,,,amboi sedap jamuan ditepati,,,OKlah tolong lihat dan perati baju kemeja putih Najib... 
 .OK..kkkk...inilah gambar tengahari tadi,, Najib bersalama dengan rakyatnya,,, lagi sekali lihat apa yang tertera di kemeja putih Najib,, dan cuba perati kat kemeja Zambry dibelakang Najib.. 
 .Konon-kononnya ikut tajuk gambar ni, puteri UMNO Perak, lantak pilah, jangan duk tanya aku anak siapa,, manalah aku tau,,, cuma aku nak minta hangpa tengok logo yang tertera kat t-shirt budak perempuan tu....  
 .Ini ka jamuan ditepati,, he he he.. sendiri fikirlah wei,,, kesian orang-orang UMNo dan yang sewaktu dengannya,, asyik kena tipu hingga ke akhir hayat... tapi apa pun cuba perati kat kemeja putih pencacai najib tu,,, nampak tak... 
Ha ha ha kalau tak nampak lagi ,, tak tahulah.... 
Ni lambang apa ni?  bila pulak keluar ?,, rasanya ni mai rasmi inilah agaknya,, tak terlihat lagi sebelum ni...
Apa cerita bro... kalau dulu 1Malaysia boleh dikatakan untuk negaralah,masih boleh diterima pakai, walaupun aku 102% tak setuju..,, sekarang ni apa hal,,, negara kita ni Najib yang punya atau Rosmah yang punya...
Ataupun Najib jadi proxi Rosmah,,, ha ha ha,,,hangpa yangg sokong dia. ...eeiiii ...tak tergamak aku nak sebut... . 

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Perkhemahan <b>di Teluk Batik</b> » Unit Kokurikulum SMKPI

Posted: 22 Sep 2012 12:00 AM PDT

Tarikh: 15 September – 16 September 2012

Tempat: Teluk Batik

Anjuran: Unit Bomba SMKPI dan Kadet Remaja Sekolah SMKPI

Bilangan Peserta: 35 orang

Lihat galeri selanjutnya di FB Rasmi SMK Permai Indah

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Selamanya...Cinta: Pemeriksaan mata <b>di</b> Hosp.<b>Teluk Intan</b>

Posted: 09 Dec 2012 08:49 PM PST

Assalamualaikum,

Sejak lahir, Muhammad mengalami masalah saluran air mata tersekat..klik SINI untuk info lanjut..masalah ni menyebabkan mata Muhammad sentiasa berair..masa mula2 check dengan doc, aku diberitahu kemungkinan masalah ni berlarutan sampai umuq 6 bulan hingga setahun..kuasa Allah, bila umuq Muhammad genap setahun, masalah tu hilang terus..Alhamdulillah sepanjang tempoh mata berair tu, Muhammad tak mengalami masalah lain kat mata..setiap kali aku bawak Muhammad check up di Klinik Tg Malim, doc akan check sekali mata Muhammad untuk pastikan keadaan mata dia baik..maksudnya tiada jangkitan kuman dsb..

Lepas masalah mata berair tu hilang, mata Muhammad ada spot2 hitam di kawasan mata putih pulak..aku terus refer masalah tu kat doc yang selalu check Muhammad..doc tu cakap dengan aku dia kena refer kes Muhammad dekat doc pakar mata di Hosp.Teluk Intan..doc pakar mata yang akan periksa sepenuhnya masalah spot2 hitam tu..pada 21/11/12 hari tu, temujanji Muhammad dengan doc pakar mata kat Hosp.Teluk Intan untuk periksa tahap penglihatan kedua-dua mata dia..Alhamdulillah Muhammad takda gangguan masalah penglihatan dan keadaan baik2 saja..walaubagaimanapun, doc nasihatkan aku sentiasa monitor dirumah cara Muhammad melihat melalui:-

1) Jarak jauh atau dekat masa Muhammad tengok TV
2) Boleh nampak dan kutip benda2 kecik depan mata
3) Kedua-dua mata Muhammad pandang kita atau tak bila panggil dia?
4) Masa melihat, Muhammad merenung atau pandang biasa saja?
5) Perhatikan pergerakan mata Muhammad statik atau ikut bergerak bila kita tunjukkan flash card atas, bawah, kiri, kanan


Setakat pemantauan aku sampai la ni, penglihatan Muhammad elok saja..Alhamdulillah..aku mohon padaMu Allah bagi lah mata anakku sentiasa elok, jauhkan lah perkara2 tidak baik menimpa anakku..Amin..

Terima kasih.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Telok Bakong Online: DUN <b>BOTA</b> JADI TUAN RUMAH..HIMPUNAN <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2012 04:14 PM PST

Himpunan kebangkitan rakyat 16 Disember 2012 akan diadakan di Bandar Seri Iskandar,Bota,Perak.Sebelum ini diadakan di Batu Pahat Johor.Himpunan kebangkitan Rakyat ini dianjur oleh Parti-parti kompenan PAKATAN RAKYAT dengan kerjasama dari beberapa NGO-NGO yg lain.

Konvoi kereta dan motorsikal dari setiap daerah-daerah di dalam negeri Perak yg bermula dari daerah masing-masing  dan berakhirnya di tempat himpunan di Bandar Seri Iskandar

Hadirin akan mendengar amanat-amanat dari pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) sebelum kita menghadapi PRU ke 13 yang akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi.Antara pemimpin tertinggi yg akan hadir ialah Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim,Pengerusi DAP Lim Kit Siang,Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin-pemimpin tertinggi PR yang lain.

MOH MENGKOME KITE KE BANDAR SERI ISKANDAR 16 DISEMBER INI...SEMUE DI JEMPUT HADIR.

Sumber-botaonline group

Msinc-Akan support satu banner dari TBO

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b> - Kembara Jr <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2012 04:26 AM PDT


Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.

Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.

"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.

Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".

Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.

Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.

Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.

ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.

NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


My Blog Cloud: Durian Runtuh <b>Di Bukit Gantang</b>!

Posted: 05 Dec 2012 11:01 PM PST


Wowwwweeeeeee! Durian kembali runtuh di Bukit Gantang! Saper suker makan durian sila cakap "wowweeeeeeeeeee!" hehehe. Bagi penggemar durian atau istilah yang lebih komersial skek 'HANTU DURIAN', acara makan durian macam ni pastinya ditunggu-tunggu kan kan kan (^_^)

Seperti tahun2 sebelumnya, tahun ini 'Pesta Jom Makan Durian' akan diadakan di Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), selama TIGA hari bermula Jumaat(esok la, 7hb dik nonnnn) ini! 

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Expressway Berhad, Mohd. Nizam berkata, pesta makan durian ini akan bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Sebanyak 20 tan durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak akan dibawa bagi mempromosi buah durian kepada pengguna lebuhraya.

So, gegurls n bobois yang maner nak travel ke arah Utara minggu ni bolehlah singgah di Hentian Sebelah Bukit Gantang tu nanti yer! Wowweeeeeee...korang hanya perlu bayar RM8 seorang untuk makan seberapa banyak buah durian yang korang mampu makan! Waahhhhhh! Syiok lerrrrrrr!~

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Kulit Isi Rambut Hati: Seram! Kisah Banglo Lama <b>Di Taiping</b>

Posted: 05 Dec 2012 07:35 PM PST


Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat taiping sekitar tahun 1990an…nama umah makcik aku ni 'Sangkuriang Villa'. Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la.
Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu. Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah.
Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang menyeramkan…
Setiap cuti sekolah hujung tahun je aku ngan family selalu datang umah diorang bermalam..so sepupu aku ni mula la bukak cerita…
Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin, dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitoran suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper… makcik aku ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni…
Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah takde..
Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang bestnye kitorang main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah…
Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati… then malam tu kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang kacau kitorang..
Tengah malam tu…sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil tengah pandang dia macam orang tengah marah.
Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu & kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok kecoh2 tu…tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido. Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu.
Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu umo dalam lingkungan 4 – 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2 malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu. Ada ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg bersambung dengan dahan pokok ketapang tu.
Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..dlm mimpi tu,dia tgh bermain sebelah umah dia..masa tgh bermain tu dia terpandang satu lembaga besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang blakang rumah dia tu.. lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yg menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah.
Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidonyer, dia try lah gi tengok kat belakang umah.. mmg betul2 dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama cam dlm mimpi dia… Aper lagi terkejut la sepupu aku ni…
Masa spupu aku ni tengah sedap tido kat bilik dia, tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai… Dia nampak ader 2 orang datang dekat katil dia. Sorang tu lelaki, dan sorang lagi pompuan berpakaian seperti pembesar zaman kesultanan melayu dulu2, datang ke arah spupu aku yg tengah mamai ni dan laki tu bagitahu yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam ada penghulu/org2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu.. Beberapa ketika kemudian spupu aku ni terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu.
Keesokannya sepupu aku ni citer la kat mak dia aper yg dia alami mlm tadi.. so mak dia ckp kemungkinan org tu adalah org bunian yg tinggal kat blakang umah dia tu…
Mungkin itu cuma dugaan, tapi kebanyakan orang memang suka menduga-duga,kan?

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


sepetang <b>di kuala sepetang</b>, mee udang mak jah - lebih baik jadi <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2012 05:19 AM PDT


2 Oktober lalu,  selesai tugasan rasmi di Taiping dan Penang ( 1 Oktober ) amik kesempatan terus ke Restoran Mee Udang Mak Jah yang terkenal di Kuala Sepetang....puas hati akhirnya dapat jugak merasa mee udang di sini selepas berbulan2 merancang. Alhamdulillah...rasa sedap dan bestnya adalah udang yang segar dan 'manis rasanya'.
BANYAK PARKING DISEDIAKAN
Selama ini saya hanya mendengar mee udang di di Kuala Sepetang sedap.....kerana sebelum ini  dah merasa mee udang di Bayan Lepas , jalan menghala ke Balik Pulau memang sedap..... harga pun 'sedap' masa tu RM 18.00 sepinggan....tapi udangnya sebesar ibu jari kaki...


Selepas tugasan di Taiping kami terus bertolak ke Kuala Sepetang....teruja sangat....orang pun tetiba ramai dengan kehadiran dua buah bas rombongan sekolah dari Negeri Sembilan...meriah sungguh kedai makan ini.

DENGAN KAWAN2 DARI UTARA DAN HQ
Pendapat peribadi saya, bila dah makan mee udang di sini....keistimewaannya adalah udangnya yang segar dan terasa manis. Alhamdulillah.



Insyallah datang lagi  dan nak cuba gerai2 lain di sekitar Kuala Sepetang.....

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Penonton: <b>Bidor</b> Half Marathon Perak 2013

Posted: 13 Dec 2012 07:23 AM PST

Date: 28 Apr 2013
Time: 7am
Venue: Dewan Muhibbah Bidor, Perak
Distance: 3km, 10km and 21km
Registration fees:

Medal: Finisher medal
Prize: Asics voucher for top 3 winners
Contact: 012-502 7218
Closing date: 31 Mar 2013
Details here
2010 Bidor Half Top 10 Results here


07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Pusat Rawatan Islam At-Tobibi: Rawatan <b>Di Manjung</b> & Nilai....

Posted: 05 Nov 2012 04:07 AM PST

Assalamualaikum wbt.

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam dunia ini. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat dan ummat Islam.

Alhamdulillah, pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan rawatan di sepanjang musim cuti persekolahan. Rawatan akan diadakan seperti mana berikut :

Tarikh  : 10 November 2012 (Sabtu)
Tempat : Pusat Rawatan Islam Cawangan Manjung, Perak.
Masa   : 9.30 pm - 5.00 pm

Tarikh   : 17 November 2012 (Sabtu)
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Nilai,Negeri Sembilan.
Masa   : 9.30am - 5.00pm
Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada tarikh dan masa berkenaan, sila hubungi Ustaz Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205) untuk membuat tempahan rawatan. Rawatan adalah terhad kepada 50 orang pesakit untuk setiap sesi rawatan sahaja.

Sekian Terima Kasih.
Admin At-Tobibi

*sebarang perubahan berkenaan dengan tarikh dan masa rawatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.