Jumaat, 19 Ogos 2011

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


PENTAS KAJIBUKU: Kedai kaset dan piring hitam lama <b>di Gopeng</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2011 08:27 AM PDT

Di sebelah Rumah Warisan Gopeng, saya terdengar bunyi lagu Cina lama berkumandang dari sebuah kedai menjual kaset dan piring hitam antik. Menarik! Saya dan isteri terus masuk ke dalam kedai.

Sebaik berjumpa Pak Cik berbangsa Cina yang kami panggil Uncle ini (belum berkenalan nama, akan datang kami nak interview beliau lagi), kami kagum dengan semangat beliau mempertahankan kedai kasetnya itu.

Beliau masih menjual kaset lama, piring hitam lama, catridge (kaset tebal) era 70an serta mempamerkan beberapa amplifier dan pemain kaset lama yang beliau masih ada. Tanpa banyak berkira, beliau menjual kaset-kaset lama dengan harga yang murah dan tanpa kedekut tenaga, beliau menceritakan sejarah kedainya itu kepada kami.

Ada benarnya kata Uncle tersebut pada kami."Sekarang bukan zaman recording." Maksudnya zaman sekarang zaman MP3, lagu dijual secara murah tanpa kawalan. Dahulu artis dapat duit hasil jualan kaset dan catridge, peniaga juga dapat hasilnya. Kini, artis hanya dapat wang hasil dari nyanyian konsert sahaja, sedangkan kaset tidak laku. Jika ada CD pun, lanun cetak rompak dah lama sapu untung.

Dahulu, lagu dan seni ada 'pride' tersendiri. Jika ingin dengar lagu bermutu dan berulang kali, kena beli piring hitam, kaset atau cayridge. Kini nada dering pun dah ada lagu. Lagu terlalu murah pada pandangan manusia sekarang. Si artis terpaksa mencipta kontroversi jika ingin popular dan menjual lagu.....

Uncle ini sebenarnya sudah ingin berhenti menjual di kedai tersebut kerana sewa kedai semakin naik tetapi cepat pula beliau menambah, rumahnya kini dah jadi muzium piring hitam, alat rekod dan kaset-kaset lama. Selain itu, ada beberapa buah 'catridge'nya dipamerkan di Muzium Gopeng secara percuma.

Sejak berusia 11 tahun, saya telah mula membeli kaset nyanyian dan ceramah untuk didengar dan sebagai koleksi peribadi. Hingga kini, saya masih mengumpul kaset walaupun ramai mengejek saya konservatif dan tidak 100% percaya pada MP3. Ceramah Ustaz Shamsuri dari tahun 1998 hingga kini pun saya kumpul dalam bentuk kaset dan bukannya CD. Bezanya dulu saya mendengar kaset-kaset tersebut seorang diri. Kini, selepas solat Maghrib, saya akan mainkan semula kaset ceramah Ustaz Shamsuri untuk didengar bersama isteri. Kaset nyanyian lagu gambus, nasyid dan penyanyi biasa juga saya mainkan untuk sama-sama kami dengar di waktu lapang.

Selepas berjumpa dengan Uncle ini, saya belajar menghargai pemain kaset saya (walkman).

Saya ingin membeli pemain radio transistor lama, pemain catridge dan pemain piring hitam suatu hari nanti selepas mempunyai bajet sedikit. Anak dan cucu saya perlu tahu benda ini semua. Peralatan seremeh pemain catridge dan pemain kaset pun cukup mencerminkan suasana sosial sejarah dan budaya masyarakat kita suatu ketika dahulu. Teknologi memaparkan budaya sesuatu komuniti. Jadi dengan mengenali semua ini, anak cucu kita akan kenal bagaimana masyarakat kita dahulu mengoperasikan kehidupan mereka.....

Uncle..kita jumpa lagi di minggu-minggu akan datang....

Muhammad Nuruddin dan Isteri








Ini catridge lama, bentuk macam kaset tapi saiznya lebih besar.
Uncle kata suatu ketika dahulu anak muda dan pelajar sekolah sukakan butang berpin/lencana macam ini. Dahulu minat artis kena ada lencana lekat pada beg. Siapa paling banyak kira hebat lah. Suatu pendedahan sosial anak muda beberapa dekad dahulu.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


House PK: FUYOH! PASARAYA MYDIN AKAN DIBUKA <b>DI</b> GUGUSAN <b>MANJOI</b>!

Posted: 16 Aug 2011 05:00 AM PDT

Gugusan Manjoi, perkampungan Melayu tradisional terbesar di Malaysia dijangka berubah menjadi sebuah perkampungan yang serba moden apabila pasaraya Mydin, gedung jualan borong dengan harga berpatutan mula beroperasi menjelang April tahun depan.

Projek yang dibina dengan kos RM50 juta itu juga bakal menawarkan kira-kira 300 peluang pekerjaan kepada anak tempatan serta memberi peluang kepada pengusaha kecil dan sederhana (IKS) di kawasan sekitarnya memasarkan produk mereka di pasaraya itu.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata pihaknya juga menyediakan 18 lot kedai dan lapan lot gerai makanan untuk disewa kepada penduduk yang berminat untuk berniaga dalam pasar raya itu.

"Keutamaan pastinya diberi kepada penduduk tempatan untuk menyewa lot kedai dan gerai makanan yang disediakan dalam pasaraya ini.

Read more...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Kunjungan Haji Wahid ke bazar Ramadhan Setiu disambut &#39;panas&#39;

Posted: 16 Aug 2011 02:42 PM PDT

SETIU - Kunjungan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang turut di sertai Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Rashid dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak ke kawsan Setiu disambut 'panas' wa;aupun cuaca hujan.

Ia adalah kerana, selain ahli-ahli dan penyokong PAS yang menunggu-nunggu kedatangan pemimpin baru Badan Perhubungan PAS Terengganu itu, mereka telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat dan laporan.

Menurut Haji Muhyiddin, antara cerita 'panas' di kawasan Parlimen Setiu adalah tindakan kerajaan Umno/ BN Terengganu 'memaksa' para peserta kelompok padi Kampung Jelapang menyerahkan kawasan penanaman mereka untuk dijadikan 'mini estate'.

"Kita (PAS) mendapt maklumat, kerajaan Umno terus menipu rakyat, kali ini kes kawasan tanaman padi kampung Jelapang, di Langkap Setiu,

"selain itu, ada bangunan yang dibuat untuk projek dan pitih, di katakan sebagai sebuah 'surau', tetapi tidak digunakan dan terbiar,"terang Haji Muhyiddin ketika ditemui.

[Gambar - Pesuruhjaya PAS Terengganu, haji Wahid menunjukkan bakat, menggoreng murtabak, di Bazar Ramadhan Sungai Tong, Langkap, dalam kunjungannya semalam]

Justeru, katanya, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah meminta PAS Kawasan Setiu untuk mengemukakan laporan dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Antaranya, Pesuruhjaya PAS yng juga ADUN Wakaf Mempelam dan Timbalan Pesuruhjaya 3, yang juga ADUN Bukit Tunggal, akan meminta penjelasan kerajaan Umno dalam sidang DUN pada 22 dan 23 Ogos ini,"katanya.

Turut bersama dalam 'jelajah bazar Ramdhan' kali ini adalah Pngerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing, Yang Di Pertua PAS Setiu, Ustaz Pauzi Muda, AJK Badan Perhubungan Dr. Azman Ibrahim.

***Sila ke buletinonline.blogspot untuk lihat gambar-gambar kunjungan ke bazar Sungai Tong. Langkap dan Sungai Tarung, Permaisuri

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


My DoOlly: kenangan <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b>

Posted: 03 Aug 2011 05:20 AM PDT






pengalaman yang paling indah!!!
Tanggal 25hb-28hb/7/2011 ialah satu peristiwa yang terpahat dan terukir di ingatan bila segala pahit manis suka duka riang tawa gelak sakit pedih...!
namun setelah mengalami 1st time pergi camping!!
a.k.a rekreasi memang terbaik!!!
mula2 rasa mcm susah sbb kena jadi tukang masak time camping..
tapi semua itu ialah pelajaran yang berguna bagi diri saya...!
sukar utk digambarkan perasaan yg gembira!
hanya daripada puisi dapat ku luahkan :
pasir nya putih..air nya biru...
ombak menghempas..angin mendayu...
terasa rindu..terasa sayu...
teringat aku di hari itu...
wajah ceria..riang ketawa..
menyelam laut rakan bersama..
melihat akua kali pertama..
indah sekali tidak dilupa..
melihat alam flora dan fauna..
kasih berputik entah kenapa..
bagai dilanda cinta pertama..
kerana Pangkor ialah jawapannya...
gelisah menanti soalan diduga..
bagai dijaga ketika derita..
usah risau usah berduka..
aku memahami hati berasa..
kini semuanya terlerai lena..
aku terjaga di buai rasa..
hanya satu itu ku pinta..
usah dilupa kisah nya kita...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


jokisenja.blogspot.com: HAFIZH PAMER KEBOLEHAN <b>DI TELUK INTAN</b>

Posted: 26 Jun 2011 05:04 AM PDT


Kemunculan semula Hafizh Syahrin Abdullah cemerlang apabila mencatatkan masa terpantas 56.685s ketika sesi ujian masa kategori CP130 di Teluk Intan, Perak gelanggang Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2011.

Pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline itu melakukan catatan terpantasnya seawal pusingan ketiga dengan kelebihan 0.475s berbanding pesaing terdekatnya, Mohd Zamri Baba (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM Racing) yang mencatatkan 57.160s manakala tempat ketiga menjadi milik Mohd Zaqhwan Zaidi (Pachie Yuzy Honda Racing) dengan 57.217s. Sebelum itu Hafizh turut muncul terpantas pada sesi latihan bebas di sebelah pagi dengan 57.768s dan 56.808s.

Gembira dapat beraksi kembali di Cub Prix, Hafizh menjelaskan, "Saya sungguh gembira kerana dapat beraksi semula di Cub Prix. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan pasukan kerana memberikan saya peluang dan sokongan untuk kembali ke arena ini."

Dia kemudiannya menambah, "Saya memulakan aksi dengan sasaran untuk melakukan yang terbaik dan pasukan juga turut menyediakan jentera yang cukup mantap. Ini memudahkan tugas saya dan saya cukup berpuas hati dengan prestasi hari ini kerana ia lebih pantas berbanding tahun lepas."

Menjawab soalan tentang bagaimana dia mengekalkan prestasinya, Hafizh berkata, "Saya tidak pernah melupakan Cub Prix. Saya sentiasa menjalani latihan dengan jentera underbone. Tambahan pula, menunggang jentera 600cc memerlukan stamina yang tinggi dan saya sentiasa melakukan latihan untuk meningkatkan kecergasan dan ini turut membantu kepada prestasi saya hari ini. Selain itu, mekanik pasukan turut menyediakan pelarasan yang begitu baik," katanya.

Menceritakan tentang aksi Superpole pertamanya musiim ini, Hafizh tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. "Saya pernah menyertai perlumbaan di Indonesia dan mempunyai pengalaman beraksi dalam Superpole tahun lepas. Ia begitu menyeronokkan dan mencabar jadi saya tidak sabar untuk beraksi di SuperPole esok. Namun begitu, mungkin sukar untuk mencatatkan masa yang lebih pantas jadi saya mahu beraksi sepertimana pada hari ini."

Selain Hafizh, Zamri dan Zaqhwan, turut layak beraksi di Superpole termasuklah Mohd Affendi Rosli (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing), Mohd Ramdan Mohd Rosli, Norizman Ismail, Elly Idzlianizar Ilias (Global Bike Rock Oil Racing), Azlan Shah Kamaruzaman, Ahmad Fazrul Sham dan Ahmad Fazli Sham dari Pennzoil Fastrac Racing.

Catatan terpantas kategori CP115 pula dilakukan oleh Mohd Hafieenaz Mohd Ali. Dia mencatatkan 58.137s pada pusingan ke-14 diikuti Ahmad Abdul Kadir (APIDO Yamaha Boon Kui) dengan 58.227s dan Mohd Rozaiman Mohd Said (Motul Yamaha YY Pang) ketiga, 58.401s.

Hafieenaz yang tidak menjangkakan mampu mencatat masa terpantas hari ini berkata, "Pada lap lap awal sesi ujian masa saya hanya melakukan catatan sekitar 58.800s pada setiap pusingan. Menyedari masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki disamping tidak mahu mengecewakan pasukan, penaja dan juga keluarga, saya cuba untuk mendapatkan masa yang lebih pantas pada pusingan akhir. Pada mulanya saya fikir tidak mampu untuk lebih pantas namun saya terkejut dengan catatan yang berjaya dilakukan. Saya bersyukur dan gembira," katanya.

Pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM itu kemudiannya menambah faktor pelarasan jentera banyak membantunya mendapatkan masa yang baik. Pada masa yang sama, Hafieenaz  turut menekankan masa terpantas pada ujian masa bukan satu jaminan menjejakkan kaki di atas podium.

"Sebahagian daripada prestasi hari ini dibantu oleh keadaan jentera. Mekanik pasukan menyediakan pelarasan yang baik terhadap dan saya akan mengekalkannya untuk perlumbaan esok. Namun masih terlalu awal untuk membuat keputusan esok berdasarkan catatan hari ini. Ia menggambarkan kedudukan pelumba namun bukan menentukannya. Oleh itu, saya perlu bekerja lebih keras pada hari esok untuk terus menghidupkan peluang bagi mengejar gelaran keseluruhan."

Seperti Hafieenaz, Mohd Adib Rosley turut mencatat masa terpantas pada pusingan terakhir dalam kategori Wira. Juara bertahan itu mencatatkan 59.324s pada pusingan ke-14 diikuti Zulsyafiz Rosli (MOS Malaysia Racing) dengan 59.528s. Mohd Emir Fareez Hasan (Honda Promax X-Dot Racing) ketiga terpantas dengan 59.841s.

Berpuas hati dengan prestasinya, Adib berharap dapat memulakan perlumbaan esok di barisan hadapan untuk mengejar kedudukan podium. "Prestasi pada hari ini sangat baik. Saya menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk memahami litar dan cuba untuk mendapatkan masa terpantas sebelum sesi ujian masa berakhir. Semua berjalan sebagaimana yang diharapkan pasukan saya."

Tambahnya, "Walaupun begitu, saya rasa masih kurang pantas. Terutamanya di selekoh 3 dan juga selekoh U. Saya perlu mendapatkan laluan yang lebih baik besok dan cuba untuk berada di barisan hadapan dan juga di atas podium kerana saya mahu mempertahankan gelaran tahun lepas," kata pelumba Motul Yamaha YY Pang itu.

Dalam kategori Cabaran Honda Wave Junior, Mohd Zulfakri Rosli muncul pelumba terpantas dengan catatan 1:02.846s menewaskan Mohd Rabilfirli Azmin di kedudukan kedua dengan catatan 1:03.059s manakala Mohd Firdaus Zainol ketiga dengan 1:03.177s.

Mohd Shafiq Rasul pula muncul pelumba terpantas kategori Piala Yamaha EgoLC PETRONAS dengan catatan 1:09.526s, Mohd Mu'izz Al-Atrash kedua dengan catatan 1:09.999s dan Mohd Amirul Rasol ketiga (1:10.244s).

Kategori Persendirian pula menyaksikan Hudzzirshah Shahdan mencatatkan masa terpantas 1:02.019s diikuti Wazir Abdul Razak dengan 1:02.163s. Catatan ketiga terpantas dimilik Mazlan Jusoh dengan 1:02.059s.

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Boy Kembali Maju <b>di</b> Pilkada <b>Kampar</b>, DPP Golkar Mesti Lihat Catatan <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2011 05:40 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Semenanjungpekanbaru – Mendaftarnya Bupati Kampar untuk menjadi Balon Bupati Kampar di sejumlah Parpol bukan menjadi persoalan bagi Golkar, asal jika terpilih nanti, Boy panggilan akrab Burhanudin, tidak menggunakan ...

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


: CERAMAH AGAMA <b>DI</b> MARITIM, <b>LUMUT</b>

Posted: 26 Jul 2011 06:44 PM PDT

Maklumat Batu Kurau

Batu Kurau merupakan sebuah mukim di daerah Larut Matang dan Selama. Terletak kira- kira 20 klometer dari Bandar Taiping dan kira- kira 25 kilometer dari Pekan selama. Di buka pada tahun 1850 dan Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani merupakan pemimpin pertama di Batu Kurau iaitu pada 1959 sehingga 1967.

Pecahan Mengikut Kaum

Melayu 64 %
India 17%
Cina 14%
Lain-lain 5%

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Kehilangan Bukit Batu Kapor <b>di Ipoh</b> Akibat Kuari | Aduan Rakyat Online

Posted: 24 Jul 2011 11:19 AM PDT

Salam,

Setiap kali melalui lebuhraya PLUS di Ipoh keindahan Bukit Batu Kapornya amatlah mengkagumkan. Malangnya apabila diamati dengan perinci, majoriti daripada bukit-bukit batu kapor ini adalah sisa kesan tinggalan kuari yang telah dilakukan sejak 100 tahun dahulu.

Lebih menyedihkan lagi, kini masih terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti kuari yang sedang rancak dijalankan dan melihat bukit-bukit ini ditarah dengan rakusnya amat menyedihkan.

Gunung batu kapur yang terdapat di Ipoh adalah proses semula jadi yang memakan masa jutaan tahun. Nilai komersial gunung ini untuk jangka panjang sebenarnya adalah jauh lebih tinggi jika dimenafaatkan bagi tujuan industri pelancongan dan industri hartanah berbanding dengan industri kuari yang memusnahkan itu.

Pembukaan Sunway lagoon yang menjadikan gunung kapur sebagai tarikan di Ipoh dan pembangunan Kondominium Mewah yang dikenali sebagai Heaven contohnya yang bernilai jutaan ringgi seunit di Tambun contohnya telah meningkatkan kemasukan pelabur ke daerah ini.

Kehadiran wargaemas dari luar negara dalam Program My Second Home oleh kerajaan Malaysia yang memilih Bandaraya Ipoh sebagai rumah persaraan berdasarkan keindahan alam dan cuacanya juga membuktikan bandaraya Ipoh adalah sebuah destinasi berpotensi untuk di majukan sebagai industri hartanah dan pelancongan di masa hadapan.

Namun kerosakan kekal akibat dari aktiviti kuari telah menghilangkan tarikan utama Bandaraya Ipoh akiabat dari kegelojohan dan ketamakan pengusaha dan tidak perihatinan kerajaan dan penguasa tempatan meluluskan kuari tanpa memikirkan hak generasi hadapan menikmati alam semulajadi anugerah tuhan yang indah ini amatlah dikesalkan.

Berdoa agar lebih-ramai masyarakat dapat menyertai kempen menyelamat bukit batu kapor di Ipoh dan melalui kempen ini diharap dapat mengurang atau menghentikan secara terus bukit-bukit ini dijarah hanya untuk keuntungan yang sedikit.

Facebook Against destruction of Ipoh limestone hills:
http://www.facebook.com/group.php?gid=139107816129906

Terima Kasih.

By: abdul jamaluidn

Aduan yang berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


CeRita BahaGia: MeNu BesT <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 13 Jul 2011 07:09 AM PDT

Kalau singgah di Kuala Kangsar, mesti nak tau apa menu best kat pekan Kuale tu ye tak? Yang melancong la, kalau orang Kuala sendiri tak tau, memang la mengada-ngada. hahaha...

Jadi, entry nie nak promo sikit menu yang biasa saya cari kalau balik kampung. Ini info nak sharing2. Makanan biasa tapi rasa yg mabeles. Sori kepada sape2 yg sedang berpuasa. Tak tahan atau dah boring tengok makanan, jangan scroll ke bawah, ok? ekeke..

mi goreng mamak kat tepi sg Perak sebelah gerai cendol tersedap di dunia.. harganya RM3.00.

cendol yang selalu diwar-warkan sedap bebeno tu. dah slurp2 sikit baru amik gambo...ekeke. Harganya RM1.00.

Laksa Sayong yang mabeles. Harganya RM2.00.

Yang nie pulak kedai yang mesti jugak dikunjungi bila balik Kuale. Cari apa?

Cari nie la. Madeline paling sedap pernah saya makan. Saya rajin beli sejak zaman sekolah. Masa tu harganya hanya 60 sen. Sekarang dah jadi RM1.50 sebiji. Tak pe la. Kerana kasih kuturutkan jua...huhu.

Mesti bawa Mak saya makan di luar. Foodcourt sebelah Arena. Sambil tunggu makanan layan si kecik nie.

suka betul dia dengan bekas kamera nie.

bersungguh-sungguh dia membelek.


feveret saya koey teow cantonese.

Kuih-kuih tradisional Kuale. Apam tangkup tu harganya RM2.50. Kuih-muih kat pekan Kuale nie 7 biji berharga RM2.00. Kalau kat kampung saya, masih ada kuih yang berharga 4 biji RM1.00.

Bekfes kat Pekan Kuale bawak sekali anak buah. Deme kate Mak Cho deme nie garang. Tapi ngendoi jugak Mak Cho nie ke mana-mana. Garang2 pun sayang jugak kome ye.....hahaha...


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: <b>Jelapang</b> Padi Setiu Mampu Hasilkan <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 05:55 PM PDT

Jelapang padi di Sri Cempaka, Kampung Jelapang, di Setiu yang mempunyai keluasan 735 hektar (1,816 ekar) sawah yang baru dibangunkan, mampu menampung keperluan beras di Terengganu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata sehubungan itu, beliau mahu agensi pertanian yang terlibat menjalankan kajian memastikan tanaman padi di kawasan itu mencapai sasaran pengeluaran sembilan hingga 10 tan metrik sehektar.

"Penanaman padi di kawasan itu berhadapan dengan beberapa masalah, antaranya serangan penyakit padi dan tanah gambutnya yang tidak sesuai kerana kawasan itu baru dibangunkan.

"Ini menyebabkan hasil tanaman daripada projek perintis yang diusahakan 19 petani dengan keluasan 32 hektar hanya mencapai 1.73 metrik tan sehektar," katanya kepada pemberita selepas melawat jelapang padi itu di sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri, Asha'ari Idris; Pengarah Pertanian Negeri, Yusof Maidin; dan Pengarah Jabatan Saliran dan Pengairan Negeri, Mat Hussin Ghani.

Ahmad Said berkata beliau telah meminta kajian dibuat oleh Jabatan Pertanian dan Mardi untuk mencari kesesuaian dari segi teknik dan benih padi yang sesuai ditanam di Jelapang Padi Setiu agar mencapai sasaran pengeluaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


DIARI ALYA: EDUCAMP 2011 : UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS <b>DI TRONOH</b> <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2011 09:14 AM PDT

Hari ini adalah hari terakhir EDUCAMP 2011 di UTP
( Universiti Teknologi Petronas ) di Tronoh, Perak
yang bermula dari Isnin 25hb hingga ke hari ini iaitu
hari terakhir Khamis 27hb.  



Lencana temuduga 
EDUCAMP di UTP

Alhamdulillah, anak kedua saya, Muhammad Nazran 
yang dapat 10A dalam SPM 2010 nya berjaya dipanggil
untuk sesi temuduga UTP pengambilan pelajar untuk 
intake Mei 2011 pada hari ini.

Memandangkan dia minat IT jadi dia pilih first choice
dia ialah Foundation in Information & Communication 
technology yang mengambil tempuh pengajian 1 tahun. 
Andai berjaya menamatkan dengan keputusan baik, dia
kemudian akan teruskan pengajian ke Ijazah Pertama dalam
IT. 


Tak apalah, memandangkan dia minat IT, saya dan
hubby ikut saja tapi dengan syarat dia mesti belajar
sungguh2 nanti andai berjaya ikuti pengajian di UTP.

Mengikut fakta sejarah, UTP berpindah ke Tronoh, Perak
pada tahun 1996 dari kampus asalnya di Bangi , Selangor 
pada 1995.


Dari Ipoh, taklah jauh sangat perjalanannya. Lebih kurang
40 km jika ikut Simpang Pulai - Batu gajah - Tronoh -
Bandar Sei Iskandar. Antara 30 minit ke 1 jam, sampai lah.


Tapi kalau dari bandar2 lain, jauh juga :


KL - Tronoh = 2 jam 30 minit
Kota Bharu, Kelantan - Tronoh = 6 jam
Alor Star - Tronoh = 3 jam
Johor Bharu - Tronoh = 7 jam


Ini adalah temuduga keduanya. 

Temuduga pertamanya pada 13/4/2011 ialah temuduga
untuk mengikuti pengajian di luar negara - ke Perancis.
Tak tahu lah samada berjaya atau tidak sebab ramai pelajar2
yang layak dipanggil untuk sesi temuduga ini. 
Macam2 kursus di tawarkan - Doktor, kejuruteraan,
Sains, Ekonomi, Pelancungan, IT antaranya.

Dia pun tak berapa confident sangat sebab agak
susah temuduga tu , katanya. Ada dua sesi 
- satu cara individu dan satu cara kumpulan. Secara
kumpulan, mesti bentang satu kes atau kertas kerja.
Ada 4 pelajar lain dalam kumpulannya dan memandangkan
dia baru kenal keempat-empat rakan ini, jadi dia
rasa agak kekok untuk berbincang tapi dia buat sebaik
yang boleh . Jadi sekarang ni , tunggu saja lah keputusan
temuduga pertama ini. 


Berbalik pada temuduga di UTP tu. Hari ni saja adalah hampir
400 pelajar hadiri dari seramai 700 dipanggil. Tak tahu lah
apa sebabnya baki 300 pelajar tu tak hadiri. Tapi dengan
400 pelajar ini pun dipecahkan ke kumpulan A, B dan C.



 Kompleks
 Canselor UTP



Kumpulan A dan B hadiri temuduga dari pukul 11 pagi ke
1 tengahhari manakala untuk kumpulan C dari 2 petang
ke 5 petang. Mujurlah anak saya ni dari kumpulan B jadi
tak payah lah tunggu hingga ke petang. Dah lah sampai
ke UTP pukul 7.30 pagi dan hadiri taklimat UTP perihal
Universiti / temuduga selama hampir 2 jam, rasa badan
dah naik lenguh2 tunggu. Aircon dewan nya pula amat
lah sejuk sampai rasa nak terkencing2...saya dan hubby
ganti silih keluar ke tandas.


Tapi yang bestnya di UTP ini, kawasannya yang luas 
1000 ekar tu punyai masjid yang berangin2 dan sejuk
rasanya . Disitu lah saya dan hubby serta anak bongsu
saya tunggu sementara anak kedua saya ini hadiri
temuduganya. Cara temuduga tu, sama saja macam
yang pertama tu, ada 2 sesi - individu dan kumpulan.


Dari kompleks Canselor UTP, tempat kita kumpul bila
mula2 sampai di UTP, untuk pergi ke blok temuduga, pelajar2
dibawa dengan bas. Agak jauh juga. 

 Tunggu pengangkutan
 bas ke blok temuduga

 Dah naik bas

Ada juga disediakan breakfast dan lunch...best sebab FREE. 
Bukan senang pihak universiti nak provide ni, syukur sebab
mereka ni prihatin.


Tapi kesian anak bongsu saya tu penat menunggu abangnya...




 Penat....






Pada rakan2 blogger yang punyai anak cemerlang dalam
SPM 2010, tahniah semuga berjaya melanjutkan pengajian
dalam kursus pilihan dan pada yang kurang cemerlang,
jangan putus asa...sabar dan cuba lagi...rezeki sentiasa
ada andai kita usaha... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Rosiah Othman: NOVEL <b>PASIR SALAK</b>

Posted: 10 Jul 2011 05:34 PM PDT

Biodata Pengarang "Pahlawan Pasir Salak

Pengarang novel ini "Pahlawan Pasir Salak", Mohd Ismail Sarbini dilahirkan di kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor pada 5 Mei 1959.  Mendapat pendidikan awal di Klang sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. Setelah bertugas sebagai guru selama enam tahun, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama pada tahun 1991. Kini beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Telok Datok, Banting.
Dalam bidang penulisan, beliau lebih banyak memberi tumpuan dalam penulisaan novel dan cerpen peringkat kanak-kanak dan remaja. Sehingga kini beliau telah menghasilkan 30 buah novel kanak-kanak dan remaja, dua buah antologi cerpen kanak-kanak (perseorangan), dua buah antologi cerpen dewasa dan 70 buah antologi cerpen kanak-kanak  dan remaja(bersama penulis lain).
Mohd Ismail Sarbini pernah beberapa kali memenangi peraduan menulis . Antaranya,  ialah:-
a)     Hadiah ke-2 dan ke-3 dalam Peraduan Menulis Novel Fiksyen Sains DBP 1980  (Pulau Berukera dan Berukera dari Planet Ulba).
b)    Hadiah pertama dalam Peraduan Menulis Novel Sejarah DBP 1981 (Pahlawan Pasir Salak).
c)     Hadiah ke-2 dalam Peraduan Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II 1982 (Mendung Semalam).
d)    Hadiah utama (kategori  cerpen remaja) dalam Peraduan Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Jalidah Hidayati Nama Untukmu).
e)     Hadiah sagu hati dalam Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Jalinan Kasih).
f)      Hadiah ke-3 dalam Peraduan Menulis Cerpen Malayan Banking-DBP 1991 (Api yang Telah Padam).
Bab 1-Beringat Sebelum Kena

Kisah bermula pada bulan Mac 1875. Suatu hari, ketika hampir senja, Deli membantu ayahnya, Pak Itam di warung. Ayah Deli menyuruh Deli pulang setelah siap menutup warung.
Setelah selesai menutup warung, Deli tidak pulang terus ke rumah sebaliknya dia duduk sebentar di atas bangku kayu bulat dan dia memandang ke arah pangkalan.  Dari situ, dia melihat sebuah perahu meluncur ke pangkalan. Dua orang yang berada di dalam perahu itu menarik perhatian  Deli; apatah lagi apabila dia mendengar  jeritan meminta tolong daripada salah seorang  yang berada di dalam perahu itu.
Tidak lama kemudian, barulah Deli mengenali orang yang berada di dalam perahu itu. Mereka ialah Lamin dan ayah saudara Lamin iaitu Pak Wan. Mereka memberitahu Deli bahawa mereka telah diserang dalam perjalanan pulalng  dari Durian Sebatang.  Sesampai sahaja di Bandar Bharu, "anjing penjajah" menahan mereka dan meminta cukai buah-buahan yang dibawa oleh mereka. Oleh sebab mereka enggan memmbayar cukai tersebut, Pak Wan telah dipukul.
Deli dan Lamin memimpin Pak Wan pulang.
*****
Di rumah, Deli menceritakan apa yang berlaku kepada  ayahnya. Ayah Deli, dan ibunya , Mak Mah bersimpati dengan apa yang berlaku keatas Pak wan dan Lamin. Pak Itam menjelaskan bahawa sejak Inggeris berada di Perak, hidup mereka tidak aman lagi.  Bagaimanapun , dengan prenuh semangat Pak Itam berjanji enggan membiarkan Pasir Salak terlepas ke tangan Inggeris. Deli turut bersemangat apabila mendengar kata-kata ayahnya itu.
Pak Itam memakai pakaian Melayu serba hitam dan pergi ke rumah Datuk Maharaja Lela. Pak Itam berpesan agar Deli berlatih silat pada malam itu.
Malam itu , Akub datang ke rumah Deli. Mereka pun ke rumah Datuk Maharaja Lela dan mengajak Lamin bersama-sama . Sesampai sahaja dirumah Datuk Maharaja Lela , kelihatan sudah ramai anak-anak muda berada di situ untuk belarja bersilat.
Malam itu, Datuk Maharaja Lela menyampaikan ucapan kepada semua yang ada di rumahnya. Ucapannya menyentuh tentang kesan Perjanjian Pangkor. Salah satunya ialah kutipan cukai keatas penduduk tempatan sedangkan tanahitu milik mereka.Datuk Maharaja Lela tidak mahu sesiapa pun membayar cukai kepada orang putih. Orang kampung mesti adakan kawalan yang ketat. Orang ramai yang berada di halaman rumah Datuk Maharaja Lela bersemangat apabila mendengar ucapan yang penuh semangat itu.
Kemudian , mereka terus berlatih silat.
Bab 2-Senja Berapi.

Mamat tiba di pangkalan dengan sebuah perahu jalur. Mamat terus sahaja ke warung Pak Itam.
Pak Itam memyambut kedatangan Mamat, anak saudaranya itu. Mamat datang membawa  perkhabaran tentang keadaan di Bandar Bharu. Menurut cerita Mamat, salah seorang rakannya iaitu Kamat yang bekerja dengan orang putih memberitahu bahawa ada orang dari Bandar Bharu akan datang ke Pasir Salak. Mereka ialah orang putih, askar sipahi dan kuli-kulinya yang ingin membuat pondok untuk mengutip cukai di Pasir Salak.
Pak Itam marah apabila mendengar berita yang dibawa oleh Mamat itu. Mamat meminta diri untuk  pulang ke Bandar Bharu. Pak Itam berterima kasih kepada Mamat yang memberi maklumat kepadanya mengenai niat orang putih itu.
Tidak lama selepas itu, Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela bersama-sama Pandak Endut. Deli disuruh menjaga warung.
*****
Esoknya, tiga buah perahu tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak dengan membawa orang Inggeris , dua orang askar sipahi dan seorang bangsa Melayu. Perahu di belakang sekali berisi enam orang lelaki dan sebuah perahu lagi berisi papan, kayu, dan atap.
Setelah mendarat, para pekerja yang terdiri daripada orang Melayu itu sibuk memunggah kayu, papan, dan atap dan mereka diawasi oleh askar sipahi yang bersenjata. Pondok itu hendak dibina tidak jauh dari Warung Pak Itm. Seputum hendak menyerang sahaja askar-askar itu tetapi telah disabarkan oleh Pak Itam.
Ramai orang berkumpul untuk melihat pondok itu dibuat. Tidak lama kemudian, Datuk Maharaja Lela datang . Datuk Maharaja Lela   kesal  kerana ada orang Melayu yang sanggup menjadi kuil-kuil Inggeris. Kalau ada orang Pasir Salak yang sanggup berbuat demikian, Datuk Maharaja Lela   akan mengoyak-ngoyak perut mereka. Seorang pemuda ingin menghalau orang putih itu dari situ tetapi Datuk Maharaja Lela   menegahnya. Datuk Maharaja Lela   beredar dari situ dan penduduk kampung berasa hairan melihat gelagat Datuk Maharaja Lela   itu. Ada yang menganggap Datuk Maharaja Lela   takut tetapi Pak Itam membela Datuk Maharaja Lela. Pak Itam menegaskan, barangkali Datuk Maharaja Lela   ada rancanganya yang tersendiri. Penerangan Pak Itam itu membuatkan orang ramai faham.
Senja itu, pondok itu siap dibina. Sebelum pulang, orang Inggeris dan jurubahasanya, Mat Arshad menemui orang kampung dan memberitahu tujuan pondok itu didirikan. Bagaimanapun, orang kampung marah kepada Mat Arshad dan menggelarnya sebagai "anjing penjajah".
Selepas orang Inggeris dan orang-orang mereka pulang, Datuk Maharaja Lela   menyuruh orang-orangnya mengumpul kayu dan daun-daun kering; dilonggokan di sekeliling pondok itu. Deli pula disuruh mengambil bara api. Apabila bara itu dibawa oleh Deli, Datuk Maharaja Lela   pun membakar daun-daun kering dan ranting-ranting kayu yang diletak di keeliling pondok.
Pondok itu dibakar hangus. Tindakan Datuk Maharaja Lela   itu menambahkan lagi semangat orang kampung. Mereka mahu berjuang bersama-sama Datuk Maharaja Lela.Mereka bersorak-sorak kegembiraan.

Bab 3-Suara Dari Sungai.

Penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela. Deli,Lamin dan Akub juga datang dan duduk di bahagian belakang untuk mendengar  ucapan daripada Datuk Maharaja Lela. Suasana di halaman rumah Datuk Maharaja Lela riuh-rendah oleh orang ramai yang berkumpul itu.
Suasana tiba-tiba menjadi apabila Datuk Maharaja Lela muncul. Dalam ucapanya, Datuk Maharaja Lela meningatkan penduduk agar berwaspada setelah pondok orang putih dimusnahkan. Datuk Maharaja Lela beranggapan orang Inggeris akan membalas dendam. Datuk Maharaja Lela menasihatkan agar penduduk menbuat lebih banyak pondok kawalan dan orang kampung terpaksa bertugas secara bergilir-gilir. Penduduk luar juga mesti diawasi kalau-kalau mereka ''anjing orang putih" yang mahu menyiasat.
Penduduk kampung bersemangat apabila mendengar ucapan Datuk Maharaja Lela   itu. Malah mereka ingin menpertahankan Pasir Salak daripada serangan dan ancaman musuh.
Selepas selesai membuat ucapan, penduduk kampung pun pulang kecuali anak-anak muda yang hendak berlatih silat. Antaranya ialah Deli, Akub dan Lamin. Pada malam itu, mereka bertiga bersumpah mahu berjuang menentang orang putih. Datuk Maharaja Lela gembira apabila mendengar sumpah ketiga-tiga anak muda itu. Malam itu, mereka dilatih bersilat oleh Pak Itam  dan pembantu-pembantunya.
*****
Pagi itu, Deli, Akub, Lamin dan Pak Wan membina sebuah pondok di pinggir Sungai Perak. Apabila siap mengatap pondok itu, Pak Wan berehat sebentar di pangkal pokok kemudian menyambung semula kerja-kerjanya dengan dibantu oleh Lamin, Akub dan Deli. Pondok itu siap dibina sebelum tengah hari.
Pak Wan gembira bekerja bersama- sama Lamin, Akub dan Deli kerana ketiga-tiga anak muda itu rajin dan kuat bekerja. Pak Wan teringat akan anaknya, Mat Nor yang sudah meninggal dunia setahun lalu kerana dipatuk ular. Kalau Mat Nor masih ada, tentu Mat Nor bersama- sama Deli dan rakan- rakannya yang lain bersatu tenaga mempertahankan Pasir Salak.
Sebelum mereka ke tempat lain pula, tiba-tiba mereka terdengar suara meminta tolong dari arah sungai. Mereka berempat terkejut.
Bab 4- Orang dari Luar.

Pak Wan,Deli,Akub dan Lamin pergi ke tebing sungai dan melihat seorang lelaki berpaut pada kayu bakau tambatan perahu. Lelaki itu dalam keadaan menyedihkan dan meminta tolong. Deli, Akub,Lamin, dan Pak Wan menolong lelaki itu dengan menganakatnya ke tebing.
Lelaki itu bernama Lamsah dan usianya lebih kurang dua puluh lima tahun. Dia dipukul dan ada kesan-kesan lebam pada mukanya. Dia dirawat dengan sewajarnyaoleh Deli, Lamin, Akub, dan Pak Wan. Lamsah dari Kota Lumut dan hendak pulang ke Pulau Tiga tetapi dia telah ditahan di Bandar Bharu ketika membawa buah-buahan. Dia dipukul kerana enggan membayar cukai.
Datuk Maharaja Lela sampai di situ dan bersoal-jawab dengan Lamsah. Datuk Maharaja Lela agak curiga pada Lamsah. Bagaimanapun, apabila Lamsah meminta kebenaran untuk tinggal sehari dua di Pasir Salak, Datuk Maharaja Lela membenarkan.
*****
Lamsah gembira kerana dibenarkan tinggal buat sementara waktu di kampung itu. Apabila tinggal di situ beberapa har, Lamsah memuji penduduk kampung itu yang baik hati.
Akhirnya Lamsah mengambil keputusan untuk terus tinggal di kampung itu. Alasannya ialah dia berasa gembira dengan keadaan hidup di kampung itu seperti amalan gotong-royong   terutamanya ketika membuat pondok kawalan dan mengawal kampung. Lamsah juga bersemangat dan ingin berjuang bersama-sama penduduk kampung itu untuk menetang penjajah.
Deli gembira dengan semangat yang Lamsah itu. Hari itu Lamsah menolong Deli memetik tiga biji kelapa muda dan dia minum air kelapa itu bersama-sama Lamsah.
Lamsah bertanyakan Deli mengenai keadaan rumah Datuk Maharaja Lela sama ada terdapat pengawal atau tidak. Apabila Deli bertanya tujuan Lamsah bertanya begitu, Lamin, Lamsah tidak memberitahu Deli.
Lamsah juga diberitahu oleh Deli bahawa pondok yang dibina oleh orang Inggeris di kampung itu telah dibakar oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.
Lamsah memuji keberanian Datuk Maharaja Lela itu.
Pak itam datang dan menyuruh Deli mengganti emaknya menjaga warung. Pak Itam ingin ke rumah Datuk Maharaja Lela. Lamsah ingin tahu tujuan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela tetapi Deli tidak tahu.
Deli dan Lamsah berpisah pada hari itu apabila Deli ke warung dan Lamsah pulang ke rumah.
Bab 5- Peristiwa di warung

Tiga orang  lelaki tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak. Ketiga-tiga lelaki itu ialah wakil Residen Birch. Mereka bersoal-jawab dengan Deli dan meminta Deli membayar cukai kerana membuka warung di tanah jajahan Inggeris tetapi Deli enggan membayarnya. Lelaki berkumis tebal berasa marah dan dia menungkit mengenai peristiwa pondok Inggeris yang dibakar. Lamin masuk campur dan menegaskan bahawa penduduk tidak akan membayar cukai kepada Inggeris.
Lelaki berkumis tebal hilang sabarn menendang bangku kayu warung Deli. Deli menerajang lelaki itu sehingga jatuh terguling. Lamin dan Akub membuka langkah silat untuk menghadapi dua orang lagi.
Ketika itu, dua buah perahu jalur sampai di pangkalan. Empat orang pemuda datang dan membantu Deli, Lamin,Akub. Akhirnya, ketiga-tiga lelaki itu berjaya ditangkap. Mereka ingin memukul ketiga-tiga lelaki itu tetapi ditegah oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua itu menyuruh mereka menyerahkan ketiga-tiga lelaki itu kepada Datuk Maharaja Lela sahaja.
Kemudian ketiga-tiga lelaki itu dibawa ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela marah akan ketiga-tiga lelaki itu kerana mereka sanggup menjadi 'anjing Inggeris'. Datuk Maharaja Lela membebaskan ketiga-tiga lelaki itu dan Datuk Maharaja Lela menyuruh ketiga-tiga lelaki itu memberitahu Residen Birch bahawapenduduk Pasir Salak tidak akan membayar cukai kepada Inggeris.
Datuk Maharaja Lela menyeru agar penduduk Pasir Salak mengawal kampung dengan lebih ketat. Penduduk Pasir Salak berjanji akan mempertahankan Pasir Salak.
*****
Pak Wan duduk di bangku kayu bulat di dalam pondok. Deli berbual-bual sekejap dengan Pak Wan. Tidak lama kemudian, Lamin dan Akub datang. Mereka bertukar-tukar membuat rondaan dan kawalan. Tiba-tiba,Deli dan Pak Wan mendengar suara orang bercakap. Pak Wan mengamati suara yang datang dari arah sungai itu.
Akhirnya, Lamsah muncul dari celah-celah pokok senduduk. Lamsah memberitahu dia seorang sahaja walaupun Deli mengesyaki Lamsah bersama orang lain.
Deli mencurigai Lamsah.
Bab 6-Api Dalam Sekam.

Suatu malam, Akub, Lamin, dan Deli,menuju ke rumah Datuk Maharaja Lela. Tidak lama selepas itu, mereka bertiga sampai di rumah Datuk Maharaja Lela dan mereka dapati sudah  ramai penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di situ. Lamsah juga ada di situ tetapi menyisihkan diri daripada orang ramai.
Lamsah,Akub, dan Deli berasa kurang senang dengan sikap Lamsah akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi setelah Deli terserempak dengan Lamsah di pinggir sungai beberapa hari lalu.
Datuk Maharaja Lela muncul di serambi bersama Pak Itam. Datuk Maharaja Lela mula berucap dan menjelaskan kepada penduduk kampung mengenai Residen Birch yang mengawal sultan dan menyuruh sultan menandatangani surat membenarkan orang Inggeris mengutip cukai di negeri itu. Mendengar penjelasan itu, orang kampung yang hadir berasa marah dan sepakat tidak akan membayar cukai kepada pihak Inggeris.
Datuk Maharaja Lela memberitahu bahawa lebih banyak kubu pertahanan akan dibina di kampung itu untuk menjag keselamatan kampung.
*****
Pagi itu, kerja-kerja membina kubu pertahanan mula dijalankan oleh penduduk kampung. Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Deli, Akub, dan Lamin meronda dari satu tempat ke satu tempat untuk memberi semangat kepada orang-orangnya agar bergotong-royong. Datuk Maharaja Lela gembira melihat kerjasama itu. Bagi Datuk Maharaja Lela, ketahanan kubu itu akan dapat menyelamatkan penduduk kampung daripada diserang. Datuk Maharaja Lela juga gembira melihat ketahanan kubu yang dibina oleh Deli, Akub dan Lamin.
Tidak lama selepas itu, Amat datang dan memberitahu bahawa ada sebuah pondok terbakar. Datuk Maharaja Lela bergegas ke tempat itu tetapi pondok itu sudah hangus. Wahab dan Ahad gagal menyelamatkan pondok itu  kerana api cepat membakar pondok itu.
Amat menjelaskan bahawa dia dan Lamsah mengawal di pondok itu. Apabila dia sakit perut, dia ke sungai dan apabila dia kembali, pondok itu terbakar. Datuk Maharaja Lela mengesyaki Lamsah yang terlibat membakar pondok itu. Sejak mula lagi, Datuk Maharaja Lela tidak begitu percaya pada Lamsah. Penduduk di situ ingin mencari Lamsah tetapi Datuk Maharaja Lela berpendapat sudah terlewat. Datuk Maharaja Lela mencadangkan agar sebuah pondok baru dibina.
Deli geram akan sikap Lamsah. Kalau dia tahu dari awal sikap Lamsah demikian rupa, tentu dibunuhnya Lamsah sejak dulu lagi.
Berita mengenai kebakaran pondok pengawal itu tersebar luas di kampung itu. Semua orang berasa geram dan marah.
Pada malam itu, Deli, Akub dan Lamin berjalan-jalan dan sampai di  pondokkawalan berhampiran pangkalan. Ahad bertugas di situ. Tiba-tiba, mereka mendengar bunyi air berkocak dari arah pangkalan. Mereka melihat dua orang di dalam perahu tetapi kedua-duanya meninggalkan pangkalan dan terus hilang dari pandangan mereka.
Bab 7-Berita dari Bandar Bharu.

Apabila matahari terbenam, Deli menutup warungnya. Sebaik sahaja keluar dari warung , Mamat(abang saudaranya) berdiri di depannya. Deli gembira sekali dengan kedatangan Mamat dan menjemput Mamat pulang ke rumahnya.
Selepas mahgrib;Mamat,Deli dan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela. Mamat disambut baik oleh Datuk Maharaja Lela. Mamat menjelaskan bahawa dia membawa berita penting tetapi berita itu kurang baik. Mamat pun menunjukkan surat kenyataan mengutip cukai bagi pihak Inggeris. Menurut Mamat lagi, surar-surat itu ditampal di Bandar Bharu siang tadi dan diiringi oleh tembakan meriam sebanyak dua puluh satu das. Esok atau lusa,Residen Birch dan orang-orangnya akan datang ke Pasir Salak untuk menampal surat itu.
Datuk Maharaja Lela marah apabila mendengar berita itu. Surat yang dibawa oleh Mamat itu dikoyak oleh Datuk Maharaja Lela lalu dicampak ke luar tingkap. Kertas-kertas itu kemudian dibakar.
Datuk Maharaja Lela berterima kasih kepada Mamat yang membawa berita itu. Malam itu,Mamat bermalam di rumah Deli. Sebelum itu, Mamat dibawa oleh Deli ke pondok kawalan berhampiran pangkalan.
Sementara itu, Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, dan beberapa orang pengawal meronda di sekitar Kampung Pasir Salak.Berita megenai orang-orang Inggeris yang akan menampal surat kenyataan diberitahu kepada sesiapa sahaja yang mereka temui. Datuk Maharaja Lela  dan pengikut- pengikutnya sampai di pondok kawalan tempat Deli dan rakan-rakanya bertugas.
Kemudian Datuk Maharaja Lela mengajak Pak Itamke rumah Seputum kerana ada hal yang hendak dibincangkan. Mamat  mengagumi Datuk Maharaja Lela  yang bertanggungjawab.Mamat juga mengagumi Deli yang mahu mempertahankan Kampung Pasir Salak. Bagaimanapun, Mamat menyesali keadaan di Bandar Bharu yang kini penuh dengan surar-surat kenyataan yang ditampal oleh orang Inggeris dan orang Melayu yang menjadi tali barut Inggeris. Deli turut menceritakan mengenai Lamsah kepada Mamat. Lamsah pada mulanya baik tetapi sebenarnya dia menjadi tali barut penjajah. Deli menyesal kerana cepat mempercayai Lamsah.
Mamat menduga bahawa jika Inggeris datang ke Pasir Salak, peperanganakan berlaku. Deli memberitahu bahawa penduduk Pasir Salak tidak gentar akan Inggeris. Mamat kagum akan keberanian anak saudaranya itu.
Bab 8-Pasir Salak Berdarah.

Pada 1 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit berlabuh di tengah sungai setentangan dengan pangkalan di Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya melihat keadaan itu dari jauh. Datuk Maharaja Lela meng arah pengikut-pengikutnya supaya tidak terburu-buru. Lagipun ketiga-tiga perahu itu tidak menghampiri tebing.
Datuk Maharaja Lela pulang diikuti oleh beberapa orang tua-tua. Pak Itam dan beberapa orang kampung masih mengawasi ketiga-tiga perahu dan rumah rakit itu. Ada yang mempertikaikan kenapa mereka tidak boleh bertindak terhadap perahu-perahu itu tetapi Pak Itam menasihatkan agar pesanan Datuk Maharaja Lela dipatuhi.
Hampir pukul lima pagi,barulah ketiga-tiga buah perahu dan rumah rakit itu mula bergerak ke tebing. Mereka yang menunggu di tebing sudah mula gelisah dan ada yang mula mengeluarkan senjata. Pak Itam menasihatkan agar jangan bertindak terlebih dahulu.
Pagi 2 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit rapat ke tebing bertentang ke kedai emas. Penduduk Pasir Salak memerhatikan sahaja perahu-perahu dan rumah rakit itu. Mereka tidak berbuat apa-apa kerana mematuhi pesanan Datuk Maharaja Lela.
Dari atas perahu itu, beberapa orang askar sipahi turun bersenjatakan senapang. Seorang anak muda Melayu  iaitu Mat Arshad juga turun.    Sementara itu, Deli ternampak Lamsah. Akub marah dan ingin bertindak terhadap Lamsah tetapi Deli menegah.
Sebaik sahaja sampai di tebing, Mat Arshad memberitahu orang ramai bahawa dia ingin berjumpa dengan Datuk Maharaja Lela. Askar-askar sipahi mengiringi Lamsah dan Mat Arshad ke rumah Datuk Maharaja Lela. Akub dan Lamin serta beberapa orang permuda turut mengekori mereka ke rumah Datuk Maharaja Lela.
Datuk Maharaja Lela menyambut kedatangan adalah untuk memberitahu bahawa Residen Birch ingin berjumpa Datuk Maharaja Lela. Residen Birch di sungai ketika itu. Datuk Maharaja Lela enggan pergi sebaliknya Residen Birchlah yang patut datang menemui Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela sempat bertanya tujuan Residen Birch datang ke Pasir Salak. Mat Arshad menjelaskan bahawa Residen Birch ingin menampal surat kenyataan cukai mengenai cukai. Datuk Maharaja Lela melenting dan memberitahu bahawa beliau enggan menurut arahan Residen Birch itu. Datuk Maharaja Lela menyuruh mereka balik sahaja dan memberitahu perkara itu kepada Residen Birch.
Sebelum mereka beredar, Datuk Maharaja Lela dan Deli sempat menyindir Lamsah. Deli juga mahu bertindak terhadap Lamsah tetapi ditegah oleh Datuk Maharaja Lela. Apabila orang-orang Inggeris itu bergerak, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya ke singai iaitu tempat Residen Birch dan orang-orangnya berlabuh. Sekiranya ada sebarang surat ditampal, surat itu mesti dikoyak. Datuk Maharaja Lela sempat berkata sesuatu kepada Seputum dan Pandak Endut kemudian kedua-duanya berlari ke sungai.
Sementara itu, sesampai sahaja di rumah rakit, Mat Arshad menjelaskan kepada Residen Birch enggan datang. Residen Birch menyuruh Mat Arshad menampal surat-surat itu. Walaupun tidak dibenarkan oleh Datuk Maharaja Lela, Residen Birch berani menyuruh berbuat demikian kerana telah diberi kuasa oleh sultan untuk mengutip cukai di situ.
Selepas itu, berlaku kekecohan antara Mat Arshad dan orang kampung. Mat Arshad ditikam oleh Pandak Endut. Kekecohan itu membuatkan Residen Birch menjengah keluardari rumah rakit dan terjun ke sungai setelah melihat beberapa bilah lembing melayang ke arahnya.lm juga terjun ke sungai untuk menyelematkan diri. Askar-askar sipahi dan tukang dayung naik ke perahu dan melarikan diri.
Seputum pula naik ke atas rumah rakit dan menunggu Lamsah dan Residen Birch timbul di permukaan air. Tidak lama kemudian, Residen Birch muncul di permukaan dan Seputum terus menetaknya. Air sungai menjadi merah bercampur darah. Seputum menjerit kegembiraan kerana berjaya membunuh Residen Birch. Seputum menunggu Lamsah muncul tetapi Lamsah tidak muncul di permukaan. Deli,Akub,dan Lamin turut menunggu kemunculan Lamsah untuk membalas dendam. Mereka cepat-cepat ke tebing iaitu ke arah hilir tetapi Lamsah tidak ditemui juga.
Apabila sudah lama menungu dan tidak menemui Lamsah, mereka pun balik. Sementara itu, tukang dayung disuruh membawa mayat Mat Arshad ke Bandar Bharu di samping memberitahu tentang kematian Residen Birch dan Lamsah. Kedua-dua penday6ung itu pun pulang tergesa-gesa.
Datuk Maharaja Lela berbangga dengan kejayaan pengikutnya membunuh Residen Birch. Surat-surat yang dibawa oleh Mat Arshad dikumpul dan dibakar. Datuk Maharaja Lela menggesa penduduk agar kawalan diketatkan kerana penjajah akan menuntut bela di atas kematian Residen Birch. Penduduk bersetuju dan berjanji akan mempertahankan Pasir Salak
Bab 9-Tiba Masanya.

Suasana di Pasir salak semakin tegang. Datuk Maharaja Lela mengarah supaya semua orang bersiap sedia dan mengukuhkan kubu pertahana. Semua lelaki berkawal siang dan malam dengan bersenjata.
Ketika matahari hampir tegak di atas kepala, Lamin, Akub, dan Deli pulang dari Bandar Tua setelah membantu membuat kubu pertahanan. Kubu pertahanan Bandar dibina agak besar dan kukuh. Akub agak hairan mengapa kubu itu dibina sedemikian rupa, tetapi menurut kata Deli, untuk  menyerang Pasir Salak, penjajah terpaksa menempuh Bandar Tua terlebih dahulu. Barulah Akub faham kedudukan sebenarnya.
Apabila mereka sampai di warung, mereka dapati ramai orang sedang  berkumpul di situ. Di tengah sungai, kelihatan  beberapa buah perahu yang  dinaiki oleh orang-orang  suruahan  Inggeris dan askar sipahi sedang  mencari mayat Residen Birch tidak akan ditemui.
Datuk Maharaja Lela tiba di tempat itu dan menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu ramai berkumpul di situ sebaliknya meneruskan kerja mengawal kampung. Datuk Maharaja Lela percaya askar-askar itu tidak akan naik ke darat memandangkan bilangan mereka sedikit.
*****
Malam itu cuaca agak gelap. Lamin, Deli dan Akub berkawal di sebuah pondok. Jamung digunakan oleh mereka untuk menerangkan sedikit tempat itu. Ahad datang ke situ dan turut bersama mereka. Tidak lama kemudian, mereka melihat cahaya api jamung ke arah mereka dalam keadaan terburu-buru.Mereka menjadi gembira kerana abang saudara Deli, Mamat yang datang ke tempat itu. Mamat datang dengan membawa berita bahawa orang Inggeris akan menyerang  Pasir Salak. Deli pun membawa Mamat ke rumah Datuk Maharaja Lela. Ketika sampai di rumah Datuk Maharaja Lela, Datuk Maharaja Lela sedang berbincang sesuatu dengan Pak Itam dan Datuk Sagor, Penghulu Kampung  Gajah. Mamat memberitahu Datuk Maharaja Lela bahawa Inggeris akan dibantu oleh askar dan mata-mata Pulau Pinang; Nahkoda Orlong dan Raja Mahmud di Selangor.  Datuk Maharaja Lela tidak takut akan serangan itu. Deli dan orang ramai yang ada di situ kagum akan keberanian Datuk Maharaja Lela itu. Datuk Sagor juga berjanji akan membantu Datuk Maharaja Lela.
Berita yang dibawa oleh Mamat itu diketahui oleh seluruh penduduk kampung. Pemuda-pemuda yang lengkap bersenjata pun datang ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela menjelaskan kedudukan sebenar kepada penduduk kampung yang datang ke rumahnya. Datuk Maharaja Lela mahu kampung itu dipertahankan dan musuh mesti dilawan. Tentang senjata, walaupun Inggeris ada senjata moden, tetapi Datuk Maharaja Lela tidak gentar. Penduduk kampung mempunyai bedil pemuras dan leta rentaka. Ucapan Datuk Maharaja Lela yang bersemangat itu diberi tepukan gemuruh oleh penduduk yang ada di situ. Selepas itu, Deli ke pondok kawalan bersama Lamin
Bab 10-Sumpah Pahlawan.

7 November 1875- pengikut-pengikut Datuk Maharaja Lela menunggu kedatangan angkatan Inggeris dalam kubu pertahanan di Bandar Tua tetapi angkatan itu tidak muncul juga. Datuk Maharaja Lela menyuruh Deli, Akub,Lamin dan Seputum serta kawan-kawanya meninjau keadaan di bahagian depan.
Sesampai di tempat itu, Seputum mengajak Deli, Lamin dan Akub memanjat untuk meninjau keadaan. Apabila mereka memanjat pokok, mereka tidak dapat melihat angkatan orang putih yang dikatakan ingin menyerang itu.
Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnyamasih menunggu di kubu pertahanan Bandar Tua. Ada antara pengikut Datuk Maharaja Lela tidak sabar menunggu kemunculan musuh. Akhirnya, Deli, Lamin dan Akub, dan Seputum memberitahu bahawa angkatan musuh sudah sampai dan kini berada Deli di Pasir Panjang dan mereka berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan mengikut jalan darat dan satu kumpulan mengikut jalan sungai.
Apabila mengetahui berita itu, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu berhampiran dengan kubu dan satu lagi di tepi sungai. Pak Itam dan Pandak Endut menyertai kumpulan di tepi sungai manakala Datuk Maharaja Lela mengetuai angkatan di kubu pertahanan.
Lamin, Deli dan Akub bersama-sama Datuk Maharaja Lela di Bandar Tua. Semuanya sudah siap dengan senjata seperti lembing, parang, pedang, bedil pemuras, dan leta rentaka. Tidak lama kemudian angkatan Inggeris tiba dan seorang pemuda Melayu berjalan di depan mereka. Datuk Maharaja Lela dapat mengecam bahawa penduduk itu ialah Lamsah. Deli pula berazam hendak melakukan sesuatu terhadap Lamsah dan Datuk Maharaja Lela mengizinkanya.
Di belakang Lamsah diikuti oleh seorang Inggeris. Di belakang mereka pula terdapat beberapa orang sedang menolak meriam dan diikuti oleh aaskar-askar sipahi dan orang-orang Melayu yang memihak kepada Inggeris. Pengerakan tentera-tentera Inggeris ini dilihat oleh berpuluh-puluh mata yang sedang memerhatikan mereka dari atas bukit kecil.
Lamsah yang menyertai pasukan penjajah itu telah sampai di kaki bukit. Meriam yang dibawa akan ditolak beramai-ramai. Bagaimanapun, pasukan itu diserang oleh Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya dengan menggunakan lembing, lela rentaka dan juga bedil pemuras.
Semasa berlaku pertempuran, Deli mencari Lamsah untuk membalas dendam tetapi Lamsah menghilangkan diri. Bagaimanapun, akhirnya Lamsah mati tertikam lembing di dadanya.
Dalam pertempuran itu juga, Deli berjaya membunuh seorang askar Inggeris yang hendak membunuh Datuk Maharaja Lela. Pihak penjajah mula berundur.penduduk Pasir Salak gembira dengan kemenangan mereka itu. Tidak ada seorang pun yang terkorban dalam pertempuran itu tetapi hanya mengalami cedera ringan sahaja.
Datuk Maharaja Lela kesal juga dengan kematian Lamsah kerana Lamsah merupakan anak Melayu yang memihak kepada Inggeris. Mayat Lamsah dibawa balik oleh mereka. Pasukan yang dipimpin oleh Pak Itam dan Pandak Endut yang berkubu di tepi sungai juga berjaya mengalahkan penjajah. Datuk Maharaja Lela gembira atas kejayaan itu.
Kemudian mereka pulang ke Pasir Salak dan berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela memyampaikan ucapan dengan penuh semangat di hadapan penduduk Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela tetap meminta agar penduduk berwaspada akan penjajah kerana mungkin mereka akan menyerang kampung itu lagi.
Semua penduduk berjanji akan melawan penjajah dan mempertahankan Pasir Salak.

NOVEL PAHLAWAN PASIR SALAK – ULANG KAJI

Peleraian Novel Pahlawan Pasir Salak.
Novel yang saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini. Peleraian ialah bahagian akhir dalam plot. Bahagian ini juga dinamakan bahagian antiklimaks. Dalam bahagian ini, segala konflik telah selesai dan cerita menuju pengakhirannya.
Peleraian cerita ini menggambarkan kejayaan penduduk Pasir Salak yang juga digelar Pahlawan Pasir Salak kerana berjaya mengusir panjajah Inggeris yang mahu mengutip cukai di Pasir Salak. Dalam cerita ini, Datuk Maharaja Lela selaku Ketua Kampung sentiasa mengingatkan anak buahnya bahawa mereka mestilah sentiasa bersatu padu dan berjaga-jaga. Hal ini demikian kerana penjajah Inggeris yang berjaya dihalau dari Pasir Salak mungkin akan datang untuk mengganggu mereka lagi. Oleh sebab itu, Datuk Maharaja Lela berharap mereka sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku. Walaupun Inggeris telah berjaya dihalau, anak-anak muda tetap berada dalam keadaan bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku.
Persoalan kasih sayang dan pengajarannya.
Semasa tingkatan 2, saya telah mengkaji novel Pahlawan Pasir Salak. Dalam novel ini, saya mendapat pengajaran yang bermakna, yakni kita mestilah sayang akan keluarga dan tanah air untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat. Berikut ialah persoalan yang berkaitan dengan kasih sayang tersebut.
Kedatangan Inggeris membawa seribu keperitan hidup kepada penduduk Pasir Salak. Hal ini demikian kerana penduduk Pasir Salak dipaksa membayar cukai yang tinggi kepada Inggeris. Oleh hal yang demikian, penduduk yang berani berjuang menentang penjajah ini mempunyai semangat sayang akan negara kerana mereka enggan membenarkan Inggeris bermaharajalela di Tanah Melayu.
Deli merupakan anak yang taat dan sayang akan ahli keluarganya. Dia sedar bahawa sebagai anak, dia harus membantu keluarga dan meringankan beban ayahnya. Dengan membantu ayahnya, Pak Itam di warung yang berdekatan dengan pangkalan, Deli berjaya membuktikan kepada kita bahawa dia anak yang sayang akan keluarga.
Kasih sayang kepada anak yang telah meninggal dunia juga merupakan persoalan penting dalam novel ini. Pak Wan yang kematian anaknya, Nuar yang dipatuk ular sentiasa merindui anaknya. Hal ini membuktikan bahawa kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan tanah air.
PUNCAK ATAU KLIMAKS NOVEL PAHLAWAN PASIR SALAK.
Novel yang saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini. Puncak atau klimaks ialah salah satu bahagian dalam plot karya sastera. Puncak atau klimaks ialah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karya. Berikut ialah peristiwa yan berlaku dalam bahagian klimaks novel ini.
Pada bahagian klimaks, kedatangan rombongan Inggeris ke Pasir Salak jelas menaikkan kemarahan penduduk. Hal ini demikian kerana Inggeris datang bersama tali barut seperti Lamsah dan Mat Arshad. Mereka datang menampal surat kenyataan mengutip cukai tetapi dikoyakkan oleh penduduk kampung.
Selepas kejadian itu, Datuk Maharaja Lela pun berjumpa dengan Seputum dan penduduk-penduduk kampung berkumpul di halaman rumah Datuk Maharaja Lela. Mereka diberi suntikan semangat cinta akan tanah air kerana bakal berjuang menentang Inggeris sehingga titisan darah terakhir.
Penduduk Pasir Salak membuat serangan dari depan dan hujung kampung. Hal ini menyebabakan Inggeris tidak dapat membuat persediaan rapi. Residen JWW Birch pula mati dibunuh oleh Seputum manakala Pak Endut berjaya menikam Mat Arshad yang menjadi pengkhianat negara.
Oleh sebab tahap ketegangan di Pasir Salak semakin memuncak, Kapten Innes dengan pasukan askarnya tiba untuk menahan serangan penduduk Pasir Salak. Walau bagaimanapun, penduduk Pasir Salak berjaya menentang kemaraan Inggeris sehingga memaksa Inggeris berundur dari Pasir Salak. Demikianlah bahagian klimaks novel ini.
Soalan dan Jawapan dan bahagian D
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut.
[ 10 markah ]
Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel ini mengisahkan kebencian penduduk Kampung Pasir Salak terhadap kedatangan Inggeris yang ingin menjajah negeri Perak. Ketokohan Datuk Maharaja Lela selaku penghulu di kampung Pasir Salak dengan dibantu oleh tenaga-tenaga muda seperti Deli, Akub, dan Lamin telah berjaya menghalang niat askar-askar Inggeris untuk menawan Pasir Salak. Darah kepahlawanan Melayu yang dimiliki jelas meniupkan semangat juang tinggi yang tidak merelakan bumi mereka dijajah.
Walaupun terdapat orang Melayu sendiri yang menjadi tali barut dan anjing penjajah, namun mereka telah berjaya dikalahkan. Kematian Residen Inggeris, J.W.W Birch yang datang untuk memungut cukai di Pasir Salak benar-benar telah menaikkan lagi semangat pengikut-pengikut Datuk Maharaja Lela untuk terus mempertahankan tanah tumpah darah mereka.
Dengan peristiwa itu, pihak Inggeris telah menghantar pasukan tenteranya yang lengkap bersenjata serta meriam untuk menawan Kampung Pasir Salak. Kedatangan tentera Inggeris ini telah pun dinanti-nantikan dengan perancangan peperangan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak buahnya. Peperangan telah meletus dan akhirnya pihak Inggeris telah berjaya ditewaskan dengan kebijaksanaan serta kepahlawanan Datuk Maharaja Lela dan penduduk Kampung Pasir Salak.

Soalan 2 :
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel ini bertemakan semangat perjuangan menentang penjajah. Perjuangan ini dapat dikesan menerusi perwatakan Deli, Lamin, Akub, Datuk Maharaja Lela dan beberapa orang watak yang lain. Mereka membakar pondok mengutip cukai, enggan membayar cukai, membunuh Residen Birch dan menentang Inggeris yang menyerang Pasir Salak.
Persoalan pertama ialah tekanan penjajah. Buktinya, penjajah mengenakan cukai yang tinggi sehingga menyebabkan penduduk berasa tertekan. Mereka juga merampas hasil Pak Wan.
Persoalan kedua ialah perasaan dendam. Buktinya, Deli mendendami Lamsah yang mengkhianati penduduk Pasir Salak. Pada mulanya Lamsah berbaik-baik dengan penduduk Pasir Salak tetapi akhirnya bertindak membakar pondok kawalan yang dibina oleh orang kampung.
Persoalan ketiga ialah kepimpinan yang berkesan. Datuk Maharaja Lela merupakan seorang Ketua Kampong Pasir Salak yang memperlihatkan cara beliau memimpin dengan penuh kesabaran di samping perancangan yang teliti sehingga menyelamatkan Pasir Salak daripada menjadi mangsa penjajah.
Persoalan keempat ialah muafakat membawa berkat. Oleh sebab penduduk Pasir Salak sentiasa hidup dalam keadaan saling membantu dan muafakat, mereka bekerjasama membina pondok kawalan dan membuat rondaan.

Soalan 3:
Huraikan Watak dan perwatakan bagai watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak utama novel ini ialah Datuk Maharaja Lela. Beliau merupakan penghulu Kampung Pasir Salak. Di rumah beliau terdapat gelanggang silat bagi melatih anak-anak muda kampung. Beliau seorang yang berpengalaman mentadbir kampungnya sehingga disegani oleh penduduk.
Beliau seorang yang mencintai tanah air. Buktinya, beliau sentiasa memberi kata-kata semangat kepada penduduk Pasir Salak supaya berjuang mempertahankan kedaulatan Pasir Salak. Beliau juga melarang penduduk kampung membayar cukai.
Selain itu., beliau juga seorang yang berani. Tindakannya yang nekad dan tidak menghiraukan penjajah Inggeris dengan membakar pondok mengutip cukai dan mengoyak surat kenyataan mengutip cukai sudah cukup membuktikan keberaniannya.
Tambahan pula, beliau seorang yang berhati-hati dan tidak terburu-buru. Beliau mengambil tindakan mengikut pemikiran, bukannya perasaan. Beliau tidak membenarkan pengikut-pengikutnya bertindak melulu terhadap wakil-wakil Inggeris yang membina pondok mengutip cukai.
Lebih-lebih lagi, beliau pandai merancang strategi. Datuk Maharaja Lela pintar menghadapi serangan pihak Inggeris. Beliau menyuruh pengikut-pengikutnya membina kubu di Bandar Tua untuk menghadapi serangan musuh.

Soalan 4 :
Huraikan empat watak dan perwatakan watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak sampingan pertama ialah Pak Itam. Dia merupakan bapa kepada Deli dan pembantu Datuk Maharaja Lela semasa melatih anak-anak muda bersilat. Dia seorang yang amat menghormati ketuanya, Datuk Maharaja Lela. Pak Ita juga merupakan seorang yang tegas. Dia tegas semasa mendidik anaknya, Deli. Selain itu, Pak Itam juga seorang yang mencintai tanah air. Dia berjuang dan bersemangat tinggi menentang penjajah. Dia juga bersemangat tinggi menghadapi kedatangan Inggeris.
Watak Sampingan kedua ialah Pak Wan. Dia digambarkan sebagai seorang yang sudah berumur tetapi menghormati jiwa anak-anak muda. Dia ialah bapa saudara Lamin. Dia seorang yang sensitif. Hal ini demikian kerana dia berasa sedih apabila mengenangkan anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular. Dia seorang yang rajin. Dia menghulurkan bantuan semasa membina pondok kawalan dan kubu pertahanan di samping rajin meronda.
Watak sampingan ketiga ialah Mamat. Dia merupakan abang saudara Deli yang baru berumah tangga yang tinggal di Bandar Bharu. Dia mencintai tanah air. Buktinya, dia sering menyampaikan maklumat dari Bandar Bharu kepada Pak Itam dan Datuk Maharaja Lela tentang rancangan Inggeris yang hendak menguasai Pasir Salak.
Watak sampingan yang memainkan peranan yang agak penting ialah Seputum. Walaupun wataknya hanya muncul sekali-sekala, Dia merupakan pahlawan yang bersemangat tinggi. Datuk Maharaja Lela yang yakin akan kebolehannya telah menyebabkan dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, yakni membunuh Residen Birch. Dia seorang pejuang yang memiliki semangat cinta akan tanah air. Keberanian yang ada pada watak Seputum wajar kita contohi.

Soalan 5 :
Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot atau jalinan peristiwa dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Plot novel ini dijalin menurut kronologi. Pada bahagian pengenalan cerita atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak Deli, Pak Itam, Lamin, Akub dan juga Datuk Maharaja Lela. Mereka adalah watak-watak yang menetap di Pasir Salak, iaitu tempat yang menjadi fokus utama pengarang dalam novel ini.
Pada bahagian perkembangan cerita, pengarang menceritakan masalah yang dihadapi oleh penduduk Pasir Salak, yakni ancaman Inggeris yang sudah mula bertapak di Perak. Dijelaskan juga mengenai peranan Deli, Akub, dan Lamin yang bersemangat tinggi dalam menentang Inggeris.
Pada bahagian perumitan cerita atau konflik, pengarang menceritakan usaha-usaha Inggeris menguasai Pasir Salak. Mereka menghantar wakil menampal surat kenyataan mengutip cukai dan membina pondok mengutip cukai. Kedatangan Residen Birch bersama-sama askar Sipahi juga merupakan konfliknya, tetapi dapat ditangani oleh penduduk Pasir Salak.
Pada bahagian puncak atau klimaks cerita, Residen Birch telah mati dibunuh oleh Seputum dan Mat Arshad mati dibunuh Pak Endut ketika mereka datang ke Pasir Salak untuk menampal surat-surat kenyataan memungut cukai. Lantaran itu, Lamsah berjaya terjun ke dalam sungai lalu melarikan diri.
Pada bahagian peleraian atau pengakhiran cerita, cerita disampaikan begitu antiklimaks. Buktinya, anggota Inggeris yang lengkap dengan meriam dan senjata api bersama-sama Lamsah yang ditugaskan sebagai penunjuk jalan akhirnya telah berjaya ditewaskan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak-anak buahnya.

Soalan 6:
Teknik plot atau teknik penceritaan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Teknik penceritaan pertama ialah imbas kembali. Imbas kembali ialah mengingati sesuatu peristiwa atau perkara yang telah berlaku. Buktinya, Pak Wan berasa sedih apabila mengenangkan anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular.
Teknik plot kedua ialah imbas muka. Imbas muka ialah pengarang memberi gambaran atau ramalan tentang sesuatu yang bakal berlaku. Buktinya, Deli dan Mamat dapat membayangkan bahawa peperangan akan berlaku sekiranya Inggeris datang ke Pasir Salak.
Teknik plot ketiga ialah monolog. Monolog ialah pengucapan secara senyap oleh watak kepada diri sendiri, orang lain atau pembaca. Bukti penggunaan teknik ini ialah ketika Deli yang hanya tersenyum apabila menerima kedatangan Lamsah. Dia seolah-olah sedang berfikir tentang sikap Lamsah yang seperti ada udang di sebalik batu daripada pertemuan kali pertama itu.
Teknik seterusnya ialah monolog dalaman. Monolog dalaman bermaksud bicara hati atau watak menyatakan perasaannya dalam hati tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Dalam novel ini, pengarang menggunakan teknik ini ketika Deli melihat orang yang sedang berkayuh di dalam perahu menuju ke pangkalan. Antara petikannya ialah: "Siapa pula tu?" bisik Deli sambil mengecilkan matanya; memandang ke arah perahu.

Soalan 7:
Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Latar tempat pertama ialah rumah Datuk Maharaja Lela. Buktinya, tempat ini menjadi tempat anak-anak muda berlatih silat. Di sini juga penduduk Pasir Salak selalu berkumpul untuk mendengar ucapan daripada Datuk Maharaja Lela.
Latar tempat kedua ialah warung Pak Itam. Di sinilah berlakunya pergaduhan antara Deli dan rakan-rakannya dengan wakil Inggeris yang ingin mengutip cukai daripada Deli yang membuka warung di situ.
Latar tempat ketiga ialah sungai. Buktinya, Residen Birch mati dibunuh oleh Seputum di situ.
Latar tempat keempat ialah rumah Pak Itam. Buktinya, Deli menceritakan kepada ayahnya mengenai peristiwa Lamin dan Pak Wan diserang oleh anjing penjajah.
Latar tempat seterusnya ialah pondok kawalan. Pondok kawalan ini terletak berhampiran pangkalan. Di sini, Deli, Lamin, dan Akub mengawal keselamatan mengikut giliran. Mereka ingin memastikan keselamatan penduduk Pasir Salak.

Soalan 8:
Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Jarak masa sepanjang perjalanan cerita novel ini ialah lebih kurang 8 bulan iaitu bermula pada bulan Mac 1875 hingga 7 November 1875. Cerita bermula dengan peristiwa Deli membantu Pak Itamnya di warung dan cerita berakhir di rumah Datuk Maharaja Lela selepas pihak Inggeris berundur.
Perjalanan cerita berlangsung pada zaman penjajahan Inggeris di tanah Melayu. Pada 1875, Residen Birch memaksa Sultan Perak menandatangani Perjanjian Pangkor yang membolehkan pihak Inggeris mengutip cukai di negeri Perak.
Pada waktu malam pula. Biasanya penduduk kampung berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela dan mendengar nasihat daripada beliau. Anak-anak muda juga berlatih silat pada waktu sebegini.
Waktu pagi juga merupakan latar masa yang agak penting. Pada waktu tersebut, Deli, Lamin, dan Akub membina pondok kawalan di pinggir sungai Perak.
Pada lewat petang dan senja, Biasanya Deli membantu bapanya Pak Itam menutup warung. Pada ketika itulah Deli terlihat Pak Wan yang tercedera dipapah oleh Lamin kerana cedera dipukul anjing penjajah.

Soalan 9:
Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat penduduk kampung. Contohnya, semua penduduk di Kampung Pasir Salak ialah penduduk kampung yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.
Latar masyarakat kedua ialah masyarakat remaja dan dewasa. Contohnya, Deli, Lamin, Akub, dan Lamsah adalah antara golongan remaja manakala Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Pak Wan, Pak Endut merupakan contoh masyarakat dewasa.
Masyarakat asing juga ada. Bukitnya, askar Inggeris, Askar Sipahi, dan pembesar-pembesar Inggeris seperti Kapten Innes, Nakhoda Orlong, dan Residen Birch ialah orang asing.
Latar masyarakat keempat ialah masyarakat yang menderhaka kepada tanah air. Buktinya, Lamsah dan Mat Arshad ialah antara tali barut atau anjing penjajah yang menderhaka kepada tanah air sendiri.
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat bandar. Buktinya, Mamat yang tinggal di Bandar Bharu. Dia mencintai tanah air. Buktinya, dia sering menyampaikan maklumat dari Bandar Bharu kepada Pak Itam dan Datuk Maharaja Lela tentang rancangan Inggeris yang hendak menguasai Pasir Salak.

Soalan 10:
Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Nilai pertama ialah kasih sayang. Buktinya, Pak Wan amat menyayangi anaknya, Mat Nor. Dia masih terkenangkan anaknya itu walaupun Mat Nor telah meninggal dunia setahun yang lalu.
Nilai kedua ialah cinta akan tanah air. Buktinya, penduduk Kampung Pasir Salak berani menentang angkatan Inggeris, walaupun mereka tidak mempunyai senjata-senjata moden.
Nilai ketiga ialah hormat-menghormati. Buktinya, penduduk Pasir Salak amat mentaati dan menghormati ketua mereka, Datuk Maharaja Lela.
Nilai keempat ialah kerajinan. Bukitnya, Deli rajin membantu ibu bapanya di warung. Selain itu, penduduk Pasir Salak juga rajin membina pondok kawalan dan berkawal mengikut giliran.
Nilai seterusnya ialah taat beragama. Buktinya, Deli digambarkan sebagai seorang remaja yang tidak pernah meninggalkan sembahyangnya. Nilai-nilai yang ditunjukkan dalam novel ini wajar kita teladani.

Soalan 11:
Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Pengajaran pertama ialah kita perlu mempertahankan tanah air daripada dijajah. Sebagai anak jati negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kita mempertahankan kemerdekaan. Sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh Datuk Maharaja Lela dan penduduk Pasir Salak yang sentiasa menentang rancangan dan kehendak Inggeris patut kita contohi.
Pengajaran kedua ialah kita tidak patut menderhaka kepada tanah air. Hal ini demikian kerana menderhaka kepada tanah air ialah perbuatan yang keji. Misalnya, Lamsah dan Mat Arshad yang menderhaka kepada tanah air akhirnya dibunuh dengan sia-sia.
Pengajaran ketiga ialah kita patut membantu orang yang ditimpa kesusahan. Tindakan Deli menolong Pak Wan yang dipukul oleh "anjing penjajah" dan tindakannya yang pernah menyelamatkan Lamsah patut kita teladan.
Pengajaran keempat ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan semua pekerjaan. Bukitnya, sikap penduduk Pasir Salak yang sentiasa bekerjasama dalam segala hal, terutamanya semasa bekerjasama membina pondok kawalan dan bekerjasama mengawal serta menentang Inggeris. Berkat usaha dan kerjasama, mereka telah berjaya mengalahkan angkatan Inggeris yang menyerang Kampung Pasir Salak.
Pengajaran seterusnya ialah kita mesti taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana mentaati ibu bapa adalah dituntut agama. Oleh itu, sikap Deli yang rajin menolong ibu bapanya serta menghormati ibu bapanya perlu kita jadikan teladan.

Soalan 12:
Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Gaya bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama ialah simile. Antara contoh simile yang terdapat dalam novel ini ialah Dia menghela nafas panjang-panjang seperti orang yang baru lepas dikejar harimau.
Gaya bahasa kedua ialah metafora. Buktinya Udara yang dingin berubah menjadi panas dibakar api bencikan Inggeris. Api ialah unsur konkrit manakala bencikan Inggeris ialah unsur abstrak.
Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya:
"Bertenang. Bertenang saudara-saudaraku. Bertenanglah," kata Datuk Maharaja Lela. Perkataan bertenang diulang sebanyak 3 kali.

Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya, Malam itu bulan agak pucat di balik awan. Dalam contoh tersebut, bulan digambarkan seperti sifat manusia, iaitu pucat.
Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel ini ialah simpulan bahasa. Bukitnya, anak tunggal, gigi air, memasang telinga, tali barut, sakit mata, mengambil berat dan banyak lagi.
Baharu!
Novel Pahlawan Pasir Salak mengetengahkan Deli sebagai watak utamanya. Deli merupakan seorang anak muda kelahiran Kampung Pasir Salak. Beliau memiliki ilmu persilatan dan mengusahakan warung di pangkalan. Deli merupakan seorang yang bersemangat cinta akan tanah air. Deli sanggup berkorban untuk mempertahankan bumi Pasir Salak hingga ke titisan darah yang terakhir. Deli juga menyertai Datuk Maharaja Lela untuk bertempur dengan pihak penjajah d Bandar Tua. Pertempuran tersebut dimenangi oleh pihak penduduk tempatan. Selain itu Deli juga sangat menghormati orang tua dan pemimpin. Deli menghormati bapanya dan juga sangat bangga dengan kehebatan Datuk Maharaja Lela. Bagi menolong bapanya, Deli membantu untuk menjaga warong milik bapanya.
Deli juga digambarkan sebagai seorang yang taat akan perintah agama. Deli tidak berlengah-lengah untuk mengerjakan sembahyang apabila tiba waktu sembahyang. Kesimpulannya Deli merupakan seorang anak muda yang memiliki perwatakan yang positif dan baik.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.