Khamis, 15 November 2012

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


My New Life: Sambutan Hari LAhir Wafa ke3 <b>di Trolak</b>

Posted: 15 Nov 2012 07:22 PM PST

Assalamualaikum.

Perancangan tetiba jer. Pagi sabtu balik trolak sajer nak ikut jalan ke pekan Bidor. sejak ada jalan pintasan nak ke sungkai dah x lalu ke Bidor. Masa tu la terdetik nak beli kek. nak beli kek wat kat Trolak la. Tengok kat Bidor ada x kedai kek. Ada Happy Angels. SIL suruh beli kek yang ada eskrim. malas nak beli angry bird.

Ni la kek nyer. sambut si danish skali. dia x pernah sambut. Dia lahir bulan September. JArak setahun dari qistina.

Petang tu pergi pasar Tangjung Malim beli sate.

Malam tu sambut ala kadar jer. tapi meriah. hanya MEe,nugget,kek dan sate.

Anak2 ni la meriahnya. Bila tengok baju si kakak Salima sama plak sambut besday si Wafa masa setahun. 

Bila nyanyi lagu besday nama wafa memang la seronok dan malu2. di Danish baju kuning masam dan x senyum lansung. tiada namanya disebut..Bila nyanyi sebut nama Danish baru dia senyum..memang klakar time tu. tergelak jer..


07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Belog Miss Kinuko: BERCUTI <b>DI TELUK INTAN</b>, PERAK

Posted: 03 Oct 2012 07:32 PM PDT

Al-kisah, Teluk Intan  tempat aku dibesarkan dari baby sampailah umur aku mencecah 10 tahun...walaupun aku dilahirkan di Batu Pahat, Johor, tapi parents aku menetap di Teluk Intan ketika itu...lepas umur aku 10 tahun, parents aku ambil keputusan untuk pindah balik ke tanah air sendiri....sadis jugak aku masa tu apa taknye, di Teluk Intan tu banyak kenangan manis yang susah untuk aku lupakan selain orangnye baik2, makanan sedap2, bandar tak berapa sibuk macam kat Johor...dan yang paling penting aku ada keluarga angkat di sana...mereka lah yang mengasuh aku dari baby sampailah dewasa...air tangan mak angkat aku memang power (sama power dengan mak aku sendiri) abah angkat aku pun baik & penyayang orangnye..sebab tu la hingga ke hari ni family aku masih mengenang budi diaorang..dah macam family sendiri!
4 hari berada di Perak, rasa sekejap je...rasa tak puas....seronok sangat bila mak angkat aku melayan selera aku & adik aku yang mengade2 lebih tu..hehe...paling best bila kitaorang pekena sambal tempoyak, gulai tempoyak ikan keli, nasi goreng (paling sedap di dunia), bihun goreng & macam2 lagi...stay 4 hari je berat badan aku pun meningkat...tu belum campur tolak kali bahagi makan kat luar...sambil jalan2, sambil makan masakan orang Perak....sedap2 belaka beb!!!
Nasi goreng paling sedap yang pernah aku rasa..!!
Breakfast yang sungguh menyelerakan!!
Dinner di tepi Sungai Teluk Intan
Lepas makan, lepak di Dataran Menara Condong Kiri : mak angkat, mak kandung..cyg kamu berdua!!hehe Aku pun enterprem jugak.. Bergambar kenangan di rumah family angkat ku...

Insyaallah tahun depan, aku akan ke Teluk Intan lagi...kali ni
kitaorang rancang nak bercuti ke Pulau Pangkor..
tak sabar nak tunggu!!


Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Wednesday, October 31, 2012 - sek keb methodist <b>malim nawar</b>

Posted: 31 Oct 2012 05:36 AM PDT




















07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Batu vs Kayu: Adun <b>Jelapang di</b> bidas oleh Dr Chua Soi Lek

Posted: 15 Nov 2012 05:04 AM PST

PETALING JAYA: MCA menafikan dakwaan Barisan Nasional (BN) telah bersetuju untuk membenarkan calon Bebas Hee Yit Fong akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Jelapang mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu tidak pernah membuat sebarang perbincangan bersama Perdana Menteri mengenai pembahagian kerusi di Perak.
"MCA bahagian Jelapang dan saya belum mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan orang luar bertanding atas tiket MCA," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pada Rabu, Hee berkata beliau akan mempertahankan kerusinya serta mendakwa Presiden BN, Datuk Seri Mohd Najib akan mengumumkan maklumat lanjut mengenainya tidak lama lagi.
Dr Chua berkata bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya memerlukan sokongan daripada semua parti komponen BN dan apa yang lebih penting adalah calon yang bertanding bukan hanya menerima sokongan daripada pengundi, malah parti komponen.
Beliau menegaskan BN merupakan sebuah parti komponen yang mengamalkan perbincangan serta membuat keputusan secara kolektif dan bukan menjadi norma mereka untuk membincangkan mengenai pembahagian kerusi dan calon yang bertanding secara terbuka.
"Hee membuat pengumuman beliau adalah calon bagi Jelapang pada pilihan raya umum akan datang, tanpa mendapat sokongan daripada MCA bahagian terutamanya ahli diperingkat akar umbi, adakah kemungkinan dia tidak menang," katanya.
Hee memenangi kerusi Jelapang atas tiket DAP pada 2008 namun beliau meninggalkan parti itu dan menjadi wakil Bebas yang menyokong BN.[mystar]

Fhoto Hee Yit Fong di bakar [arkib]

Muhammad Sabu hadir ceramah PSM <b>di Jelapang</b>

Posted: 11 Sep 2012 07:00 AM PDT



07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Housewife N Famili: <b>Bukit Merah</b>, di Taiping, Perak

Posted: 02 Nov 2012 03:25 AM PDT

sebenarnya ni kali ke 2 kami ke Bukit Merah, kali pertama dulu 9 tahun yg lalu Bot untuk keseberang (pulau) Dalam bot Naik chairlif bayaran untuk sorang 7 ringgit
Sekeluarga mandi kolam, tp kalau dibandingkan dgn Gambang, Gambang lagi best, keluasannya mcm gambang gak tapi gelongsor untuk kanak2 dan dewasa x best.
Abah dan kwnnya naik gelongsor tp gelongsor sini x best
Balik dri taiping kami singgah di CH, disini pun pernah dtg 6 thn dulu. tp kali ni shopping terus balik. sbb dulu dah rayau habis.
Abang dgn gaya tersendiri

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Makan-Makan <b>Di</b> Kedai Mat Jidin, <b>Kuala Kangsar</b> | Solehah <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2012 03:48 AM PDT

Penat mencari kedai yang masih dibuka, nasib baik kedai Mat Jidin ada. Kedai ni terletak di Chandan Putri, kira-kira 2 km dari rumah sewa saya. Jom tengok apa yang kami makan...

Atas ni semua makanan saya... ABC dan rojak pasembor.


Ini pula makanan kawan saya... Cendol dan nasi ayam.

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Kanak-kanak rentung dalam kebakaran <b>di Slim River</b> – Perak Today

Posted: 28 Sep 2012 06:15 AM PDT

Gambar Hiasan:-

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Lintah Tiong, Slim Village, Slim River hari ini.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River, Md. Zin Mohd. Saaidin berkata, Muhammad Shahrizal Abdullah ditemui rentung di ruang tamu selepas anggota bomba selesai memadamkan kebakaran.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Md. Zin berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.30 petang dan ketika itu mangsa berada di ruang tamu seorang diri.

Ibunya, Norlia Zakaria, 51, dan lima lagi adik-beradiknya berada di bahagian dapur dan sempat menyelamatkan diri ketika api pantas merebak.

- BERNAMA

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Sembang Mesra Belia DUN <b>Menglembu</b> Bantu Golongan Miskin

Posted: 13 Nov 2012 12:42 AM PST

BATU GAJAH – Sembang Mesra Belia DUN Menglembu telah dijalankan pada 10 November 2012, bertempat di Institut GPMS Perak Batu Gajah yang mana telah dihadiri seramai 200 orang belia dan juga penduduk setempat. Majlis yang turut di hadiri oleh Setiausaha Agung Alumni  MBM Perak iaitu Saudara Hang Tuah bin Din dan juga Mantan Pengerusi GPMS Perak Cikgu Zainal.

Sembang Mesra Belia DUN Menglembu diisi dengan penerangan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kinta dan majlis penyerahan bantuan kepada golongan miskin. Selain itu  juga sembang santai antara pemimpin bersama golongan belia yang menghadiri majlis ini turut berlangsung yang mana golongan muda dilihat banyak melontarkan berbagai soalan kepada tetamu yang diundang khas pada majlis ini.

Sembang Mesra Belia ini berlangsung selama 3 jam yang mana berjalan dengan suasana yang harmoni dan semangat kekeluargaan antara golongan muda dan tua. Majlis berakhir dengan majlis sumbangan kepada golongan miskin yang dipilih oleh pemimpin belia setempat.

Antara penduduk setempat dan penerima bantuan yang hadir dalam majlis ini

Saudara Hang Tuah Din dan Cikgu Zainal sedang menyampaikan bantuan kepada golongan miskin yang terpilih



07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Pilu ~Jasad rentung berpelukan,Kebakaran banglo <b>di Taiping</b> <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2012 03:19 PM PST


Kebakaran banglo di Taiping ragut 4 nyawa

TAIPING - Jeritan seorang kanak-kanak sebaik ternampak api berjaya menyelamatkan nyawa lima ahli keluarganya namun pada masa sama terpaksa menerima hakikat bahawa empat yang lain terkorban dalam kebakaran sebuah banglo di Taman Pegawai Kanan, Assam Kumbang dekat sini semalam. LIHAT VIDEO

Kejadian pukul 12.24 tengah malam itu mengakibatkan akauntan Royal Bank of Scotland di Kuala Lumpur, Mohd. Hakimi Zubair, 40; isterinya, seorang pakar IT, Leila Sahak, 40; anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Rizki, warga Indonesia, lemas akibat terhidu banyak asap.


Mayat Mohd. Hakimi ditemui di pintu keluar ke balkoni manakala tiga mangsa lain ditemui di bilik tidur utama dalam keadaan berpelukan. Kesemua mangsa tidur di tingkat atas banglo berkenaan.

Mohd. Hakimi dan Leila yang masing-masing merupakan graduan dari University of Liverpool dan University of Manchester, United Kingdom sepatutnya pulang ke ibu negara petang kelmarin. Mereka berada di Taiping kerana bercuti.Leila berasal dari Jambatan Duyong, Melaka.

sumber http://www.kosmo.com.my

Sangat memilukan apabila dua beranak yang rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah banglo dua tingkat di Taman Pegawai Kanan Kerajaan di Assam Kumbang di sini, tengah malam semalam, ditemui berpelukan.

Peristiwa menyayatkan hati itu meragut nyawa Mohd Hakimi Zubair, 40, isterinya, Leila Sahak, 40, anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka dikenali Riski, 40-an yang berasal dari Sumatera, Indonesia.LAGI GAMBAR

Tiga beranak dan pembantu rumah mereka itu berada di tingkat atas terperangkap dan terhidu asap tebal dalam kebakaran jam 12 tengah malam.


Mayat Leila dan Ahmad Faris ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di satu sudut di bilik utama rumah banglo berkenaan.

Bagaimanapun, empat ahli keluarga lain, termasuk bapa kepada Mohd Hakimi, Zubair Puteh, 73, dan tiga lagi anaknya, Luqman Hafiy, 13, Ain Najwa, 11 dan Azad Fahmi, 8, yang tidur di tingkat bawah dapat menyelamatkan diri dan tidak cedera.
sumber  http://www.hmetro.com.my

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Gerik</b> pulih Selasa – Perak Today

Posted: 13 Apr 2012 06:13 AM PDT

Bekalan air yang terputus di kawasan Gerik sejak 5 April lalu dijangka pulih sepenuhnya Selasa ini, kata Pengurus Besar Lembaga Air Perak (LAP) Datuk Mohd Yusof Mohd Isa.

Beliau berkata, sebanyak 90 peratus daripada 7,200 rumah yang terputus bekalan air sudah menerima semula bekalan kelmarin manakala 10 peratus lagi pada Selasa ini.

Katanya, LAP terpaksa membuat penyambungan paip pintasan secara terus dari rumah pam kepada pengguna berikutan loji rawatan air Gerik V rosak akibat kejadian tanah runtuh.

"Kelewatan tersebut disebabkan LAP terpaksa menunggu satu unit Variable Speed Drive (VSD) dari United Kingdom yang akan tiba hujung minggu ini," katanya kepada pemberita di Gerik, hari ini.

VSD adalah alat bagi mengawal kelajuan motor yang mengepam air yang melalui paip pintasan ke rumah.

Beliau berkata, ketika ini terdapat hanya satu unit VSD yang dipasang dari rumah pam dan ia kekurangan kuasa untuk mengepam air ke semua rumah terbabit.

"Semua 700 rumah yang masih belum mendapat bekalan air berada di kawasan tanah tinggi dan kawasan pedalaman," katanya.

Katanya, paip pintasan yang dipasang itu akan kekal sehingga loji rawatan air yang baru siap.

Mohd Yusof berkata, bagi kawasan yang masih terputus bekalan air, LAP akan menyalurkan bekalan melalui lori tangki dan tangki statik.

Katanya, seramai 105 petugas termasuk 84 anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) terbabit dalam kerja pemasangan paip pintasan dan penghantaran bekalan air.

- BERNAMA

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Pusat Rawatan Islam At-Tobibi: Rawatan <b>Di Manjung</b> & Nilai....

Posted: 05 Nov 2012 04:07 AM PST

Assalamualaikum wbt.

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam dunia ini. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat dan ummat Islam.

Alhamdulillah, pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan rawatan di sepanjang musim cuti persekolahan. Rawatan akan diadakan seperti mana berikut :

Tarikh  : 10 November 2012 (Sabtu)
Tempat : Pusat Rawatan Islam Cawangan Manjung, Perak.
Masa   : 9.30 pm - 5.00 pm

Tarikh   : 17 November 2012 (Sabtu)
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Nilai,Negeri Sembilan.
Masa   : 9.30am - 5.00pm
Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada tarikh dan masa berkenaan, sila hubungi Ustaz Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205) untuk membuat tempahan rawatan. Rawatan adalah terhad kepada 50 orang pesakit untuk setiap sesi rawatan sahaja.

Sekian Terima Kasih.
Admin At-Tobibi

*sebarang perubahan berkenaan dengan tarikh dan masa rawatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.