Khamis, 16 Februari 2012

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


opsyen: Beberapa hari <b>di Bagan Datoh</b> dan beberapa tempat yang <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 04:58 AM PDT





















makwe ni memang power


Ok, terimah kasih banyak banyak kat pozi kerana bagi bermalam kat rumah dia untuk beberapa hari. pozi ko memang power. Aku tak puas "makan" lagi kat sana. kehkehkeh. harap boleh ke sana lagi.

Apa lagi nak tulis ni?. ok takda dah. sambung tengok gambo kat sini

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Hikayat hidupku...: Musim buah <b>di Chemor</b>

Posted: 11 Jan 2012 09:28 PM PST

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Bulan lepas aku balik ke kampung belah hubby di Chemor. Tak sangka buah-buahan kemain merimbun terutamanya buah rambutan. Seronok... kalau boleh nak ambil banyak-banyak, pastu bawa balik sini tapi kereta lak tak muat. Terpaksa lah tinggalkan di situ.... Sayang kan. Kalo jual, boleh gak belanja makan KFC hehe....






07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


TIUB BOCOR: TRAGEDI <b>PASIR SALAK</b>

Posted: 10 Feb 2012 03:55 PM PST




USAHA memulihkan semula rumah dan kubu Datuk Maharajalela di Pasir Salak wajar dilakukan demi memartabatkan perjuangan mereka dalam menentang Inggeris.


SEGALA-GALANYA sudah tersurat. Tidak ada apa-apa yang boleh mengubah suratan takdir ini. Namun, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Begitulah permulaan persengketaan di dalam keluarga diraja Perak selepas Sultan Perak ke-24, Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah mangkat di Sayong pada tahun 1871.
Raja Muda Abdullah yang bersemayam di Batak Rabit sepatutnya mudik ke Sayong untuk ditabalkan sebagai sultan tetapi beliau enggan berbuat demikian. Ini mengakibatkan jenazah Almarhum Sultan tidak dapat dimakamkan selama sebulan, dan bagi menyelesaikan masalah itu, Raja Bendahara Ismail ditabalkan sebagai Sultan.
Akibat pertabalan itulah, perselisihan faham berlaku dan berlarutan di antara Raja Abdullah dengan Sultan Ismail. Memburukkan lagi keadaan apabila pergaduhan besar berlaku di antara dua kongsi gelap pelombong Cina iaitu puak Ghee Hin dan Hai San di sekitar Kelian Pauh dan Kelian Baharu. Akibatnya, peperangan puak berlaku sepanjang tahun 1861 hingga 1862 dan 1871 hingga 1874.
Pihak Inggeris yang tidak mahu kepentingan ekonominya terjejas terutama bijih timah telah menggunakan isu tersebut untuk mencampuri urusan negeri Perak.
Dengan penuh bijaksana, pihak Inggeris berjaya 'memerangkap' Raja Abdullah dan beberapa Orang Besar-Besar Perak untuk berunding di Pulau Pangkor. Turut dijemput dalam rundingan itu adalah wakil kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Muslihat Inggeris gagal dihidu pihak istana sehingga termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Sejak itu, bermulalah perjuangan orang-orang Melayu Perak menentang Inggeris sehingga Residen Pertama Inggeris di Perak, J.W.W. Birch dibunuh pada 2 November 1875.
Walaupun peristiwa itu telah berlaku kira-kira 137 tahun yang lalu, namun kesannya masih boleh dilihat di Pasir Salak. (sumber: UM,11/02/12)

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


ZambryAbdKadir Merasmikan Kedai Rakyat 1 Malaysia <b>Di Bagan</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 07:06 PM PST


Baru-baru ini Kulaan menerima panggilan telefon daripada bonda Kulaan di kampung. Agak lama juga Kulaan tidak menghubungi bonda kerana kesibukan kerja di hujung tahun. Namun, panggilan bonda kali ini ada kelainan. Bonda Kulaan bagi tau Datuk Seri Zambry, MB Perak ada datang ke kampung halaman Kulaan di Bagan Serai.
Kulaan kata biasa la kalo MB Perak datang, kan kerja dia melawat kawasan dalam Perak. Tapi bonda Kulaan kata lawatan MB Perak kali ini berbeza sebab dia rasmikan "Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)". Apa? 'KR1M' ada kat Bagan Serai. Biar betul? Pekan kecil sebelum di hujung sempadan utara negeri Perak dah ada 'KR1M'.
Bagan Serai merupakan pekan kecil dalam Daerah Kerian yang terkenal sebagai 'Jelapang Padi Perak' kerana keluasan sawah padinya. Majoriti penduduknya berkerja di sawah atau lebih dikenali dikalangan penduduk setempat sebagai "bendang" atau berkaitan dengannya. Mereka ini terdiri daripada etnik Melayu yang berasal dari BanjarMasin ratusan tahun dahulu. Keadaan taraf hidup masyarakat di sini bukanlah boleh dikatakan sebagai "mewah" sekadar biasa-biasa sahaja.


Namun, dengan kehadiran "Kedai Rakyat 1Malaysia" ini memberi peluang kepada penduduk sekitar Bagan Serai, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Selingsing, Bukit Merah, Gunung Semanggol, bahkan penduduk Parit Buntar dan Taiping menikmati barangan 'KR1M' yang murah harganya berbanding di pasaraya-pasaraya besar yang ada.
Sudah tentu dengan kehadiran 'KR1M' ini dapat mengurangkan beban perbelanjaan penduduk setempat dan rakyat negeri Perak amnya dalam membeli barangan harian. 
Pemilihan MB Perak untuk membuka 'KR1M' di pekan kecil ini amat bertepatan dengan objektif 'KR1M' yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib, PM kita. Semoga bukan ini satu sahaja 'KR1M' yang dibuka di negeri Perak. Alangkah baiknya 'KR1M'  dibuka disetiap pekan kecil agar 'nikmatnya' dapat dirasai oleh rakyat biasa atau orang kebanyakkan.


Sumber Gambar : PerakToday

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Anak Kambing Berwajah Pelik <b>di Gerik</b> | nurizspace

Posted: 27 Nov 2011 02:01 AM PST

Penduduk kampung Air Suda 2, Gerik, gempar dengan kelahiran anak kambing yang berwajah pelik pada hari Isnin lalu. Menurut menantu kepada pemilik kambing, Mohd Halim Mat Wahid, anak kambing itu berasal dari spesis kambing boer. Kejadian tu dianggap luar biasa kerana pemilik kambing Abd Karim 69 tahun, telah menternak kambing selama 20 tahun tetapi dia belum melihat kejadian pelik tersebur.

"Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mohd Halim, kelahiran anak kambing berkenaan disedari pada jam 8 pagi di kandang kambing bapa mertuanya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa 2, Gerik-Kupang.

Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya.

Katanya, kebanyakan penduduk yang berkesempatan datang dan melihat sendiri anak kambing itu mengatakan wajah peliknya agak menakutkan.

"Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.

"Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain," katanya.

sumber :sinar harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Both comments and pings are currently closed.

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


MPP Online: Dewa AnuwaNuraGay turun <b>di Kinta</b> Valley, Batu <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2012 07:47 AM PST


Gempar beb.. Hari ni semua blog pro kerajaan main gambar Dewa AnuwanuraGay yang turun di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak.

Gua pun tak sangka peristiwa 'ajaib' macam tu boleh berlaku di negara ni.. Gila lahh.., 'seorang Dewa' boleh turun dari 'kayangan' sempena Perayaan Ponggal beb..


Mahsyurlah nama Malaysia nanti sehingga ke negara India. Kat sana mana pernah jadi macam ni.. Benda-benda ajaib macam ni hanya jadi di Malaysia.. Malaysia Boleh!!!

Gua tengok, dengan tersebarnya gambar Dewa AnuwanuraGay oleh blog RBF, semua penyokong Pakatan dah macam ayam kena penyakit hawar..


Telor blogger-blogger dorang semuanya dah sentap masuk ke perut akibat terlampau terkejut.. Cuma blogger Amenoworld saja meroyan macam orang mati anak..

Nak kata apa lagi beb.., nak kata tipu, kejadian dewa turun tu benar berlaku. Nak kata superimposed.., gambar Dewa AnuwanuraGay pakai nandek tu memang disahkan tulen.


Siap ada video Dewa tu berjoget sambil bernyanyi lagi beb.. Mana blogger Pakatan Najis nak sorokkan muka dorangg... malu bebb..

So.., kita tunggu puak apa kata pemimpin-pemimpin PAS pasal isu Dewa AnuwanuraGay ni.. Hari tu bukan main dorang bantai Najib tak ingat dunia..


Dan kita tunggu jugak ulasan Tok Mufti.. Kalau Najib setakat pakai kalung bunga dan berada diluar kuil, Dewa AnuwanuraGaytu siap sembah api dan diarak seratus meter naik kereta lembu..

Kalau Najib dikatakan gadai akidah, yang mangkuk satu tu gadai apa pulak? Sila jawab Tok Mufti... Kita layan video duluuu... Yennasolleyy.. Padiyapaaaa.. Ammakkk..!!!

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


GALERI FOTO HMS: Kuliah <b>Di Lenggong</b>

Posted: 08 Feb 2012 07:30 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Kuliah Di Lenggong. 8 Feb 2012. Kuliah Maghrib 'Wahai Orang Yang Beriman' oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi di Lenggong. Dicatatkan oleh محمد صالح ابو بکر pada 23:30 · E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook ...

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Pembantu gerai <b>di bidor</b> | Malaysia Job & Career

Posted: 04 Nov 2011 07:43 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Bidor, Perak – kami di papa sate membekal sate mentah sekitar slim river, trolak, besaot, sungkai, bidor, tapah, kampar , gopeng, harga seperti berikut : ayam : 0.45 – jual RM0.60 daging : 0.55 – jual RM0.70 rusa : coming ...