Jumaat, 2 Mac 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


YONG SUKA KUNING: BR1M: YOP TAJUDDIN PASIO <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 02:27 PM PST


Yong jalan2 jumpa sedara. Marah bebenor sedara ni. Heran gak, apesei marah, baru dapat RM500. Boleh le beli ikan, bawang guler dan bahan2 runcit lain. Dalam marah ni, sedara Yong sempat seloro. Katanya dia guna RM100 setahun, boleh tahan sampai 5 tahun. Hahaha.
Menurut cerita sedara Yong, penyampaian BR1M dilaksanakan penuh gilang gemilang, dihadiri oleh tok ketua2, tok penghulu, geng songkok tinggi, ADUN Sungai Manik dan MP Pasio Salak, Tajuddin. Tempatnya: Langkap! Komer di lour Perak mungkin tak tahu mana Langkap nih? Aper speselnyer Langkap?

Dulu, sebelum PR12 saper tak kisah Langkap. Ia pekan kecil. Kot sampai situ, mesti komer ingat udah sesat dalam time tunnel, sampai ke Hongkong zaman 70han, sebab penuh dengan Cina dan bangunan lamer jer. Dulu tempat tu kawasan hitam, sebab penuh dengan kominih (kata omputih, tuan umno). Hahaha...
Sekarang Langkap kubu kuat DAP. Dengor citer DPP pun aktif gak. Demer konfim sokong PAS (Demer sebut PEH). Apesei tak sokong PKR? Ini komer kena tanya Haji Osman. Sebab tu penyampaian BR1M dibuat di Langkap! Yong sediakan peta kecik bagi yang nak tahu kat mana.
Dipendekkan cerita, sedara Yong kata, berapi ucapan MP Pasio Salak. Antara lain katanyer BR1M nih dari Najib. Ropernyer banyak bebenor duit Najib nih, bukan hanya boleh shopping sakan, tapi boleh bagi RM500 lagi kat rakyat pendapatan kurang RM3000 sebulan.
Katanyer lagi, kerajaan BN udah buat macam2 untuk rakyat selama 50 tahun, jalan, api sampai ke rumah, ayor, bla.bla.bla... Jika dibandingkan dengan zaman Jepun. Katanyer lagi, "rakyat dah senang, takkan nak balik ke zaman Jepun?"
Sempat jugak yob Pasio Salak nih kutuk Mustafa. Katanyer, idak nampak kelibat lepeh kalah PRU12 dulu. Hahaha.. Ini Yong setuju.
Kerajaan BN cuma kenakan cukai pada rakyat yang pendapatan atas RM3000 jer! Yob Pasio Salak nih prihatin, selalu ader di mana2 tak macam PR. Hahaha..
Siap Yob Pasio Salak bukak kisah Adam dan Hawa. Katanyer, Adam dan Hawa hidup senang dalam syurga, tapi sebab kena hasutan iblis, terus kena tendang "telanjang bulat" ke bumi. Ini kata2 Yob Pasio Salak yer...dipetik oleh sedara Yong. "Takkan nak dengor hasutan syaitan?"
Eleh! kata sedara Yong. Dia nak bodohkan siapa? Kita ni tak bayor cukai jalan ke? Tak bayor cukai tanah ke? tak beli barang di kedai ke? Bila pekedai kena cukai, kita pembeli yang bayor sebenornyer!
Kater sedara Yong, duit BR1M nih duit rakyat. Bukan duit BN.
Kata sedara Yong lagi, ader orang kampung kena bayor beratuh ringgit sebab nak pacak tiang litrik. Takdenyer kerajaan bayor! Ader ker kata idup rakyat macam idup Adam dengan Hawa kat syurga. Jangan dengor hasutan syaitan, katanyer. .. Dia ibaratkan PR ni syaitan!!
PATUTLE SEDARA YONG MARAH BEBENOR!
Cerodek ropernyer sedara Yong nih! Hahaha, sebenornyer sedara Yong nih graduate dari USM, dah pencen. Silap le MP ke Langkap cakap merepek. Ramei lagi yang duduk sekitar Langkap berpendidikan tinggi. Ingat orang Langkap koman ke?
Yop Pasio Salak dari negeri Pasio Berdengung dengor citer tak tersenarai sebagai calon PRU13. Jadi dia perlu mengampu habis2an.

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Kekalkan kuasa BN <b>di</b> Perak – Perak Today

Posted: 21 Feb 2012 06:44 PM PST

Ahli UMNO seluruh negeri Perak digesa membantu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengekalkan kuasa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan BN amat penting kepada masa depan rakyat pelbagai kaum di negeri ini terutama orang Melayu.

Beliau berkata, tanggungjawab mempertahankan kuasa BN di negeri ini bukan terletak di bahu Menteri Besar semata-mata, malah semua ahli UMNO yang mendokong perjuangan parti itu.

Menurutnya, selain beliau, dua menteri daripada kalangan UMNO iaitu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut bertanggungjawab membantu dan memastikan lebih dua pertiga kerusi BN dimenangi dalam PRU-13 nanti.

"Selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri dan pemimpin UMNO pelbagai peringkat, kami turut membantu memperkukuhkan sokongan terhadap BN dan memantau perkembangan politik semasa di negeri ini atas rasa tanggungjawab bersama," katanya ketika berucap di majlis perasmian Kursus Transformasi Minda Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh, di Ulu Kenas, dekat Kuala Kangsar, kelmarin.

Sementara itu, beliau menggesa semua jentera parti komponen BN menggandakan usaha kerana persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, DUN Hutan Melintang dan Parlimen Bagan Datoh dalam pilihan raya kali ini dijangka sengit.

Beliau berkata, pembangkang telah merasa nikmat memerintah negeri Perak dalam pilihan raya lalu dan ketagihan memperoleh kuasa semula mendorong mereka menggunakan segala taktik kotor untuk mengulangi kemenangan lampau.

Ahmad Zahid berkata, pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian seluruh negeri ini hendaklah memastikan calon BN menang di tempat masing-masing.

Katanya, setiap kerusi DUN yang dimenangi amat penting dalam pilihan raya kerana ia boleh membantu penubuhan kerajaan negeri,

"Kekalahan calon BN di Hutan Melintang dalam pilihan raya lalu menyumbang kepada kejayaan pembangkang membentuk kerajaan negeri.

"Sehubungan itu, pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan Bahagian Bagan Datoh perlu bekerja keras mengembalikan kerusi berkenaan kepada BN dalam pilihan raya kali ini.

"Kita harus memujuk majoriti pengundi Melayu di Bagan Datoh supaya mengundi calon BN dalam pilihan raya akan datang di samping meningkatkan majoriti besar undi bagi calon Ahli Parlimen Bagan Datoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup," katanya.

- UTUSAN MALAYSIA

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Sunset <b>di Sri Iskandar</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 20 Feb 2012 12:00 AM PST

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Persefahaman Untuk Hormati Satu Sama Lain Perlu Mula <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 02:55 AM PST

PETALING JAYA, 21 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah untuk mewujudkan persefahaman yang lebih mendalam mengenai pentingnya menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza agama, haruslah bermula di peringkat sekolah.

Beliau berkata negara akan dapat menjana suatu kekuatan yang lebih besar pada masa akan datang apabila rakyat tidak melihat kelainan dan perbezaan antara satu sama lain.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata langkah itu akan membolehkan warga pendidik, guru, ibu bapa dan pelajar mengutamakan kepentingan untuk tidak menyentuh dan menghormati sensitiviti kaum lain.

"(Sebaliknya) kita menghormati kelainan kita, menerimanya sebagai suatu warisan yang kita hargai yang mungkin tidak banyak terdapat di negara lain seperti Malaysia. Ada negara yang mempunyai satu agama tetapi mempunyai pelbagai puak, bergaduh dan berperang sesama sendiri.

"Ada negara mempunyai pelbagai agama tetapi hubungan antara mereka sentiasa tegang. Kadang-kadang berlaku pertempuran sehingga berlaku pertumpahan darah dan negara seperti ini tidak mengecapi kemajuan berikutan tidak aman. Dan apabila tidak aman, tidak ada kemajuan dan pembangunan yang boleh dinikmati oleh rakyat," katanya ketika melancarkan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia Peringkat Sekolah di SMK (P) Sri Aman, di sini Selasa.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.

Muhyiddin berkata pelbagai program dan aktiviti yang bukan sahaja menjurus kepada memupuk semangat kerjasama tetapi juga toleransi dan penerimaan kepada kepelbagaian agama, budaya dan kaum, boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.

Katanya kemajuan amat pesat yang dicapai negara pada hari ini merupakan hasil kerjasama rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya yang dapat menerima perbezaan itu sebagai suatu keistimewaan.

Sebagai rakyat Malaysia di bawah Gagasan 1Malaysia, katanya semua pihak mahu melihat negara mencapai kejayaan pada masa akan datang.

"Alhamdulillah, Malaysia ialah sebuah negara yang amat istimewa, dan kita harus bersyukur dan semua agama menuntut supaya bersyukur kepada Tuhan apabila suatu nikmat diberikan kepada kita, maka kita harus menghargainya.

"Satu nikmat yang diberikan ialah adanya perasaan persefahaman, menghormati antara satu sama lain dan wujud perpaduan yang dapat menjalin kerjasama lebih baik, dan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju pada hari ini," katanya.

Sumber: BERNAMA

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Ke <b>Lumut</b> - Berlibur <b>di</b> Pantai Teluk Batik

Posted: 01 Mar 2012 09:52 PM PST

03 Disember 2011
Sabtu

Dari kapal perang...kitorang terus ke Pantai Teluk Batik. Anak2 nak mandi laut. Ri tu gi Feringghi...akiss jer yg mandi laut. Suasana kat Feringghi memang kureng!! Tak best. Ramai pelancong asing....ada anjing berkeliaran kat pantai..

Tp kat Teluk Batik ni best laa....mmg majoritinya org kita dok berkelah dan mandi-manda kat situ, hehe. Gerai2 makan pun banyakkk sangat, gerai pakaian dan kraftangan pun mcm tu lah. Dh lama jugak aku tak ke sini wlpn ada beberapa kali sampai ke bandar Lumut. Mmg byk perubahan.

Sampai situ..aku dh ckp kat abg nk gi beli air, haus..tekak kering. Maklum ler baru keluar dari kapal perang tengah2 panas td, huhu.
Tengah2 beli air...nampak lak rojak buah. Beli jugak. Tetiba tingat ler pulak...anak2 mesti dh mula rasa lapar...oder lak burger. Tunggu burger punya laa lama.
Yang aku tak perasan lak kat tempat aku berdiri di gerai tu takde line maxis. Maxis takde..digi lagi hampeh...mesti lagi takde, hihi.
Rupa2nya abg dan anak2 dok tertunggu aku dh lama. Try kol tak dpt...hantar msj tak berjawab. Dorang dh risau tentang keselamatan aku. Yelah, kan..aku berhenbeg. Persepsi org jahat....itu adalah henbeg. Ada duit takde duit...belakang kira.
Maklum ler...hari tu mmg ramaiiiii sgt orang. Bermacam2 jenis org. Ramai jgk nampaknya yg mgkn balik dari kenduri sebab dorang lawa berbaju kurung, berjubah singgah situ lepak2 amek angin.
Abg dan anak2 cari aku sampai ke tempat parking kete, dorang kerisauan tentang keselamatan aku...ades...aku mmg tak perasan langsung hp takde coverage. Kalo ada line...mesti tak jadi cenggini, kan??

Bila aku dh selamat membeli...terus ke tempat tadi...tp jenoh aku tgk memerhati sekeliling...somi ngan anak2 aku takde. Mana lak peginya dorang sume ni??
Tengah2 aku mencari kelibat dorang...baru aku dpt bunyi msj masuk. Tak sempat nk baca..dh berbunyi kol dari abg yg tengah kerisauan cari aku. Adess...
Nak wat cmne...aku ingatkan kat situ setiap sudut ler ada coverage hp kan...rupa2nya tidak!!! Kat area situ ada, kat area sini takde...cenggitu lah!!
Masa dh jumpa balik tu...akiss nangis, abg pulak dh mula hilang mood, hihi. Aku lak mood keharuan. Dalam masa yg sama...aku takmo anak2 hampa tak dpt mandi laut. Jd, aku tolak tepi mood2 cenggini. Mmg dtg sini nk bagi anak2 gembira. Lgpun, aku mmg takde apa2...ok aje. Disebabkan line henpon sat ada sat takde tu yg menerbitkan kekeliruan kat situ, hihi..Dalam masa yg sama, terzahir yg mereka semua menyayangi aku...terharu lagi!!

Kat sini jgk...ramai penjual aiskrim, kepek2....mm. Ramainya mat pakistan ke...mat bangla ntah yg jual eskrem ni. Aku tak beli pun. Dah ada air kelapa dh...

Kat sini, seperti pantai2 tersohor yg lain...sudah tentulah ada riadah sukan air. Yg paling menarik perhatian sudah tentulah banana boat. Kalo kat tempat lain..dorang jatuhkan penumpang kat air jaoh dari pantai. Tp kat sini..dekat2 ngan pantai. Clear leh tgk gelagat dorang. Tu yg seronok, hehe..
Mgkn kat sini...harga dia murah. RM10...tu yg kerap trip banana bot ni. Ramai yg mampu nk naik & boleh naik 2-3X..maklumlah, kalo kat pantai PD naik mende ni RM20 sekepala. Naik kat Feringghi RM25 sekepala, huhu..

Dan....acara yg ditunggu2....splash!!!! 
Dan aku yg tengok tu jd tukang gelak aje lah, kahkah......ntah hape2 ntah..
Gambar2 kat atas tu....abg ler yg rajin sgt nunggu adegan2 tu, kehkeh. Masa tu mood abg dh ok balik, hihi..

Gelagat orang kat pantai ni mmg bermacam ragam termasuk ler org tgk ragam aku yg suka tgk ragam org, kehkeh...gasak!!!

Kalo kat pantai ni...kaum2 bapa ler selalunya yg kena layan karenah anak2, hihi..
Mak2 punya peranan pulak...hidang makanan bekalan, salin pakaian anak2 kecik, kan...

Bila anak2 aku dh salin pakaian...kitorang pun nk beransur pulang ler. Sebelum balik tu..kitorang tertarik kat satu pulau tu...apa ek nama dia, alahhh lupa lah pulak. Pulau tu pulau buatan...iaitu kawasan yg ditambak menjadi sebuah pulau kecil tp luas. Terdapat apartment, kompleks jetty yg baru ala2 kat pekan Kuah gitu...yg punya kedai2 yg menjual brg2 berjenama.
Kat pulau tu jgk ada deretan kedai, ada restoran, ada tempat membaiki kapal layar....dan byk lagi masih dlm pembinaan..(ada bbrp gambar akan aku taruk dlm entry seterusnya sbb gambar tu mmg diambil pd keesokkan harinya, hehe..)
Dari situ...kitorang kena cari pasar mini sebab tujuan utamanya nk cari berus gigi dan ubat gigi, hehe. Tak bawak dari umah, ngee.
Kat situ gak aku sempat beli bedak two way cake PIXY. Aku tak tau ler ori ke tak...RM15 aje..tp ada ler sticker hologram tu..
Aku dh guna bedak tu...best ler bila pakai...Mcm maybeline gak kualitinya bila dipakai, tak mcm avon yg kureng sket ler. Tp harganya murah mcm harga two way cake MIYAMI keluaran Cosway tu..Buat masa skang ni, ok ler lagi...harap2 sesuai ler. Tak mampu nk beli yg mahal2 dh skang ni, huhu.

Balik bilik...mandi2, buat apa2 yg sepatutnya nk buat, istirehat sekejap...kemudian kitorang keluar gi isi perut utk stok malam, hehe. Kat bawah bukit tu aje. Wlpn tak jauh tp kena naik kete gak ler psl dorang takde wat tangga, ngee..

Lepas dh kenyang...gi ke bandar...sj jer ler ronda2 nk tengok happening ke malam2 kat situ, hehe..
Ada ler funfair masa kitorang dtg tu, kedai2 pun byk jugak laa yg masih beroperasi lg. Ada jgk kelihatan geng2 fotografer outing kat area situ. Biasa2 aje lah suasana bandar Lumut di waktu malam. Cuma ramai laa yg melepak tepi2 tembok laut amek angin malam...
Tp kitorang terus balik jer...lepak kat bilik lagi best. Dh bayar RM138...dok ler puas2 sket iye dak. Bkn selalu dpt dok hotel....(kalo dok hostel tu.....along selalulah, kehkeh...)

Abes ler citer hari pertama per dua di Lumut...

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


FIQ&#39;s Blog: Bertanding Catur <b>Di Kuala Kangsar</b>

Posted: 19 Feb 2012 09:59 AM PST


Pada hari Ahad 12 Februari yang lalu aku menyertai Kejohanan Catur Grand Prix Tan Sri Lee Loy Seng ke-3 di Kuala Kangsar. Aku sekeluarga bertolak dari Shah Alam pada pukul 6.30 pagi. Kami tiba di Kuala Kangsar tiga jam selepas itu. 
Setiba di lokasi pertandingan iaitu di SMK Clifford, aku terus menuju ke dewan pertandingan. Risau juga jika pertandingan telah bermula on time seperti dalam jadual pada pukul 9.30 pagi. Rupa-rupanya pertandingan lewat juga seperti kebanyakan kejohanan catur rapid di Malaysia.
Ayah daftarkan aku dalam kategori terbuka, bukan kategori Under 16 (U16). Tidak berapa ramai peserta dalam kategori terbuka. Hanya 47 orang pesaing. Tidak seperti kategori U16 yang disertai adikku, Anis, yang telah menarik minat lebih 170 orang peserta sehingga terpaksa bermain lapan pusingan.
Di pusingan pertama, sebagai seeded ke-7 aku bermain white di papan ke-7 bertemu Mohammad Juraiman. Alhamdulillah, aku menang. Aku juga menang dua pusingan yang berikutnya. 
Di pusingan ke-4, cabaran sebenarku bermula. Aku dipairkan dengan top seed kejohanan iaitu Ahmad Fadzil Nayan. Beliau adalah juara Kejohanan Catur Amatur Asian yang diberi gelaran AM atau Asian Master. Aku bermain buah putih. Aku cuba memberi cabaran sebaik mungkin tapi sayangnya tewas setelah Rook + Rook endgame.
Kemudian di pusingan ke-5, aku dipairkan dengan Gary Tan yang berjaya menewaskan Fong Yit San di pusingan ke-4. Satu keputusan upset aku kira kerana Yit San memiliki rating yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih baik. Dengan bermain buah hitam, aku berjaya menewaskan Gary.

Di pusingan ke-6, lawanku adalah Saiful Azlan yang bermain buah hitam. Sedikit kesilapan dalam pergerakan buahku, aku telah ditewaskan oleh beliau. Aku agak kecewa dengan kekalahan ini. Tetapi aku bangkit semula dengan kemenangan di pusingan terakhir ke atas lawanku yang bernama Salehuddin Shamsuddin.


Dengan memungut 5 mata dari 7 pusingan, aku berjaya mendapat tempat KELIMA. Alhamdulillah, aku berjaya memenangi wang tunai seratus ringgit dan 5 mata GP.
Setelah usai pertandingan, aku sekeluarga singgah di Masjid Ubudiah, salah sebuah masjid tercantik di Malaysia, untuk bersolat maghrib. Kemudian, sewaktu dalam perjalanan balik ke Shah Alam, kami singgah menjamu selera di Kafe Pak Ngah Laksa.


Dalam perjalanan, aku dan adik beradikku tidur setelah penat beradu minda di Kuala Kangsar, Bandar Diraja Negeri Perak. Ia bakal menjadi satu kenangan terindah dalam kembara caturku terutamanya ketika bersolat di Masjid Ubudiah.   

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


MAGICK RIVER: <b>Bukit Merah</b> Catastrophe Revisited (a pictorial essay)

Posted: 02 Mar 2012 10:12 AM PST

Asian Rare Earth Sdn Bhd - a joint venture involving Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji or the state-owned Pilgrims' Management Fund Board (20%) and other bumiputra businessmen (10%) - began operations in 1982 soon after Mahathir Mohamad became prime minister. It took the residents of Bukit Merah more than 10 years of unrelenting struggle to get this lethally hazardous operation shut down. In the process, community leaders at the forefront of the protest against ARE were even arrested and detained under the obnoxious ISA by order of the vindictive home minister, Mahathir Mohamad...


























[courtesy of Shanthini Venugopal]
And now, under the nefarious Najib Razak, history is about to repeat itself...
unless we topple this lethally hazardous, ecocidal and utterly corrupt BN regime!

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina <b>Di Sitiawan</b> – Perak Today

Posted: 28 Jan 2012 02:48 AM PST

Majlis Rumah Terbuka Tahun baru Cina Bersama Pertana Menteri Di Padang Lapangan Terbang Manjung,Setiawan Meriah dengan kehadiran Rakyat

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


cherish every cherry: Our New Life in <b>Tronoh</b>

Posted: 01 Mar 2012 06:27 PM PST

Salam,

dah hampir seminggu tak jenguk blog.sebab dah hampir seminggu kami pindah menetap di tronoh, perak.
Alhamdulillah semuanya hampir settle.hal rumah almost done except for beberapa barang yg tak dikemas and simpan elok dalam kotak lagi.since takde tempat nak simpan, so better barang2 tu duduk dlm kotak je.

Ilyaas pon dah 5 hari duduk nursery. tp kejap2 je.hantar pukul 9.30-3.30 je pon. mula-mula tu nangis meraung jugak la..tp hari ketiga dah start nangis tipu2..since hantar kejap2 je, so intake susu pon tak lah sebanyak dulu.sekadar bawa 6oz or 8oz dah cukup. so dapat la umi nak topup susu ..plus Ilyaas dah boleh minum dumex slowly, jadi tak risau sgt kalau susu kat nursery tak cukup..

Life is much more simple and easier bila kat sini. Dengar radio hari2 cakap jem sana sini kat KL.tergelak2 dengar.rasa kesian org yg dalm jem tu ..sbb sy sendiri pernah berada dlm kesengsaraan jem tu..boleh bikin physco kalau berterusan macam tu..Alhamdulillah, dah terlepas dari dunia sesak KL.

Dari segi uni pulak, as for now, tak dpt work station lg.sbb supervisor masih di Miri. next week baru dia balik.So next week baru finalize topics etc. Jadi hari2 sy lepak kat library study theory. ok la jgak walaupon dah lama xbukak buku,ngantuk juga. tp dapat la refresh sikit2.ni curi masa buat perkara tak berfaedah jap.heheheh..

that will be all for now..

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


Pesara tentera digalak sertai projek <b>di Sungkai</b> - Zahid - Utusan Online

Posted: 26 Dec 2011 06:13 AM PST

Pesara tentera digalak sertai projek di Sungkai - Zahid

Pesara tentera digalak sertai projek di Sungkai - Zahid

26/12/2011 6:28pm

BAGAN DATOH 26 Dis. - Pesara tentera Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam industri pertahanan terutamanya dalam bidang kejuruteraan digalak menyertai projek Pusat Industri Pertahanan di Sungkai, Tanjung Malim Perak yang dijangka dimulakan dalam suku pertama tahun depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pesara tentera yang terlibat dalam industri pertahanan harus memanfaatkan projek itu kerana ia membuka peluang besar dalam perniagaan baru selain menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, kerajaan meletakkan sasaran pelaburan asing bernilai RM15 bilion apabila pusat industri pertahanan itu beroperasi sepenuhnya nanti.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 25 syarikat pertahanan antarabangsa telah menunjukkan minat iaitu 15 dari Eropah, Amerika Syarikat (lapan) dan dua dari Korea dengan nilai pelaburan bejumlah RM4.73 bilion. - BERNAMA

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


Cerita Lawak : Pesakit Mental Bahagia <b>Tanjung Rambutan</b> - Zoomartis

Posted: 01 Mar 2012 04:03 AM PST

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor

"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa" jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya
panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

"Baik nya doktor....." sukanya hati AhmadSuka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Bila Mama AdAmTifSyah Berbicara .....: Report on Diet Progress <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2011 07:07 PM PDT

Aku baru balik dari kampung......
Sepupu baik meninggal dunia gara2 accident di Bidor.
Baru jek raya hari tu bertemu......
Sayu juga hati ni bila melihat tunangnya yang pengsan gara2 terkejut akan berita ini.....
Jika tak, bulan depan mereka akan diijab kabulkan....
Jika terkena batang hidung sendiri, aku pun tak pasti boleh terima dugaan itu atau tidak!!
Hancur hati !! Luluh perasaan.....
Tapi bila difikir dengan akal yang waras, pasti ada perancangan terbaik buat tunangnya itu oleh Allah SWT.
Jadi perlu terima dengan redho....
Buat sepupu aku itu, ALFATIHAH......
Incident ini buat aku sedar betapa perlu menghargai pasangan.....
Walau bagaimana kuat pun pasangan kita buat perkara2 yang kita nyampah kadang2, tapi perlu take positif ....
Sekurang2nya dia ada bersama kita jua....
Owh...... jap ye, nak pi peluk hubby aku jap :))
Okey, back to my diet progress,
Nampaknya, daku tak berapa ikut the program....
Bila balik kampung, jadual banyak yang lari....
Plus mental pun tak ready,
Jadi aku makan jek apa yang ado.
Cuma tak makan banyak,...
Masih jaga kuantitinya...
Dan malam memang tak makan nasi..... amik laksa sahaja since auntie aku meniaga situ.... hihihi.
But aku tetap regret plus upset sebab tak leh buat apa yang patut .......
Dan aku sangat bimbang akan resultnya nanti...
Aku and family pi soping at giant Kota Damansara.
Eh giant ada timbang ala2 timbang TANITA.....
So aku amik kesempatan untuk timbang......
But the result as i aspected before, I am upset.......
Gila kan.....lemak saja hampir 30kg... Huhuhu!!
Tak banyak beza dengan timbang TANITA coach herbalife aku.....
Tapi encik suami kata, jangan compare since dua timbang ni adalah medium yang berlainan.....
 Kalau nak compare, compare dengan timbang yang sama....
 So kira timbang ini, adalah timbang utk aku buat comparison each week..... :)))
 Nanti tengok minggu depan punya plak macam mana ye ..... hihihi....
Nak tunggu timbang coach, hujung bulan ni baru dia datang rumah aku ni.....
Hope bacaan dari timbang dia tu, lebih positif.

Cuma, bila diukur badan, yang ni ada progressnya.....
Pinggang dari 33 3/4 kini 33.25 inci.
Ponggong dari 43.5 kini 42.75 inci.
Tatau apsal menten..... Agaknya part tegar ada di situ kot aih :))
Huhuhu...... at least 58kg.....
Tapi perlu buat untuk lebih sihat.....
Aku ada keturunan diabetis, darah tinggi dan cancer.....
Tu pasal perlu get ideal weight untuk minimize the chances utk inherit segala penyakit keturunan ni......
Ok laa, away dahulu...... esok plak bebel.

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


SOKONG PAS <b>LENGGONG</b>: Malamni <b>di</b> Luat

Posted: 19 Feb 2012 02:18 AM PST

Dialog anjuran umno. mereka mencabar orang lenggong kalau berani hadir. YDP Lenggong telah mengajak ahla dan penyokong untuk hadir dan telah menyediakan berbagai soalan. Kaptan (B) Rosli juga akan hadir. Beberapa orang lagi akan hadir.
Dalam poster itu memapar ketandusan orang alim (ahli agama dalam umno lenggong) mereka membawa fathul bari dari perlis. Fathul barini seorang yang bangang dan jahil. Dalam islam mana ada ulama tua dan muda. yang ada hanya ulama. Kerana kebangangang dan kejahilan yang mu'rakabun dia memprojekkan ulama muda dalam umno. Malah si fathul bari ini menghina institusi ulama. Di lenggong mana ada orang yang sejahil murakabun seperti fathul bari sekalipun. Orang yang mengerti agama di lenggong tak mahu menyertai umno. imam yang nenyertai umno bila membaca talkin bagi orang umno yang berpangkat dati mati di panggilnya "Wahai dato ..... sesungguhnya .... ) Macam - macam kejahilan dalam umno.

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


ZAKRI ALI RANGKUTI: Ketua Pendakwa Syarie <b>negeri Perak</b> <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2012 08:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Ketua Pendakwa Syarie Perak hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan denda RM 55,000 atas empat pertuduhan meminta dan memperoleh suapan sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan atas satu kes khalwat.
Shahrunnazri Abdul Samad, 40, didakwa melakukan kesalahan tersebut semasa beliau bertugas sebagai Ketua Pendakwa Syarie yang merupakan jawatan tertinggi Bahagian Pendakwaan Syariah di negeri Perak.
 
Beliau dituduh di bawah seksyen 10 (a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 dan Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.
 
Bagi pertuduhan pertama, Shahrunnazri secara rasuah meminta suapan wang tunai berjumlah RM5,000 daripada Mohamad Asri Bin A. Bakar sebagai dorongan supaya tidak meneruskan pertuduhan ke atasnya yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh secara rasuah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM1,000 melalui akaun simpanan Maybank supaya tidak diteruskan pertuduhan ke atasnya yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh turut memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM 2,000 melalui akaun simpanan Maybank supaya tidak diteruskan pertuduhan ke atas individu sama yang disyaki terlibat dalam satu kes yang sama.

Pertuduhan keempat pula, tertuduh didakwa telah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM 2,000 melalui akaun simpanan Maybank untuk diri tertuduh sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan ke atas individu sama yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM 25,000 bagi pertuduhan pertama.

Manakala untuk ketiga-tiga pertuduhan berikutnya, hakim telah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM 10,000 bagi setiap pertuduhan tersebut.

Pendakwaan telah dijalankan di hadapan Hakim Tan Hui Lim, SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa manakala tertuduh diwakili oleh Abdul Roni Abd Rahman & Co.
Bagi kesalahan di atas jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan. - The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Ketua Pendakwa Syarie Perak hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan denda RM 55,000 atas empat pertuduhan meminta dan memperoleh suapan sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan atas satu kes khalwat.
Shahrunnazri Abdul Samad, 40, didakwa melakukan kesalahan tersebut semasa beliau bertugas sebagai Ketua Pendakwa Syarie yang merupakan jawatan tertinggi Bahagian Pendakwaan Syariah di negeri Perak.
 
Beliau dituduh di bawah seksyen 10 (a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 dan Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.
 
Bagi pertuduhan pertama, Shahrunnazri secara rasuah meminta suapan wang tunai berjumlah RM5,000 daripada Mohamad Asri Bin A. Bakar sebagai dorongan supaya tidak meneruskan pertuduhan ke atasnya yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh secara rasuah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM1,000 melalui akaun simpanan Maybank supaya tidak diteruskan pertuduhan ke atasnya yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh turut memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM 2,000 melalui akaun simpanan Maybank supaya tidak diteruskan pertuduhan ke atas individu sama yang disyaki terlibat dalam satu kes yang sama.

Pertuduhan keempat pula, tertuduh didakwa telah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM 2,000 melalui akaun simpanan Maybank untuk diri tertuduh sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan ke atas individu sama yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM 25,000 bagi pertuduhan pertama.

Manakala untuk ketiga-tiga pertuduhan berikutnya, hakim telah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM 10,000 bagi setiap pertuduhan tersebut.

Pendakwaan telah dijalankan di hadapan Hakim Tan Hui Lim, SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa manakala tertuduh diwakili oleh Abdul Roni Abd Rahman & Co.
Bagi kesalahan di atas jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan. - The Malaysian Insider