Slim River adalah sebuah pekan di Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Ia terletak di selatan Perak, kira-kira 20 km di utara Tanjung Malim dan 100 km di selatan Ipoh. Slim River merupakan pekan kedua terbesar di daerah Tanjung Malim dan ditadbir oleh Majlis Daerah Tanjong Malim.

Slim River adalah tempat berlakunya Pertempuran di Slim River, pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu semasa Perang Dunia II. Tentera British telah mengalami kekalahan teruk semasa Pertempuran Jitra apabila Divisyen ke-11 India pimpinan Mej. Jen. David Murray-Lyon ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar. Tentera British mengatur pertahanan di Kampar. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalam Pertempuran di Kampar. Tentera British memberikan tentangan hebat tetapi Tentera Imperial Jepun lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.
Lt. Jen. A. E. Percival dan Lt. Jen. Lewis Heath tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, Tentera British tidak akan dapat mempertahankan Selangor dan Negri Sembilan. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran di Slim River. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil tentera infantri Jepun dengan bantuan kereta kebal berjaya menumpaskan pasukan Tentera British yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.


Pertempuran di Slim River


Pertempuran di Slim River merupakan salah satu pertempuran yang singkat yang terkenal dalam Penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Pertempurtan ini terkenal kerana kejutan sepenuhnya oleh sejumlah kecil tentera pejalan kaki dan kereta kebal Jepun terhadap tentera British. Secara tidak langsung, pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu, akibat korban yang tinggi dan kehilangan sejumlah besar peralatan ketenteraan dalam pertempuran tersebut. Pertempuran ini bermula dengan kepantasan tentera Jepun mengatasi pertahanan di Trolak, lima batu di utara Slim River, yang menonjolkan kecermelangan penggunaan kereta kebal Jepun di Malaysia semasa Perang Dunia II.
Sejumlah sedosen kereta kebal Jepun dan sepasukan 100 orang tentera dalam lori kemudiannya menyerbu ke arah jambatan Slim River bagi merampas jambatan tersebut sebelum ia dimusnahkan oleh tentera British yang sedang brundur. Dalam perjalanan mereka itu, tentera Jepun terserempak dan mengejutkan tentera British yang sedang berehat akibat kepenatan, antaranya termasuk Lt Hartley dan Bateri 501.


Tentera British tidak menjangkakan Trolak akan tewas dengan begitu pantas dan tiada amaran diterima bahawa tentera Jepun akan tiba. Payne merakamkan bahawa seorang pegawai Jepun, Leftenan Watanabe, melompat keluar daripada kereta kebal dan menghunus pedang lalu memotong fius bagi peletup pemusnah di jambatan. Burt-Bnggs teringat berjumpa dengan Leftenan Watanabe, di Tarsoa pada tahun 1943.
Kereta kebal Jepun tersebut memeranjatkan tiga batalion Brigade ke 12 - dua Gurkha dan satu Regiment Punjab 5/14 - berbaris sepanjang jalan dan menembak mereka. Tentera Jepun juga memeranjatkan Bateri 501 dan 349 bersarapan di tepi jalan di ladang getah Cluny, dan menembak mereka dengan meriam dan mesingan sebelum mereka sempat menyediakan kedudukan meriam mereka.


Kolonel Harrison, pegawai tentera British yang tiba di ladang Cluny selepas kereta kebal Jepun beredar menggambarkan keadaan sebagai:
"Lori peluru dan tundaan (limbers) marak terbakar, peluru meriam meletup dan peluru meletup dimerata tempat. Saya lihat sebuah ambulan terhoyong-hayang di jalan sehingga melanggar pokok dan terbalik.


"Seorang sub-leftenan (Lt Hartley?) kemudiannya melapurkan bahawa mereka sedang bersarapan di bawah pokok Getah 200 ela dari jalan apabila seseorang tiba dan memberitahu bahawa kereta kebal Jepun sedang mara. Major Drought meluru bagi menyiapkan dua meriam untuk menembak di jalan tetapi . . . lima kereta kebal Jepun tiba, berhenti di jalan dan menembak tempat berlindung. . ."
Harold Payne mengingati keputusan bagi memusnahkan meriam - "satu perkara yang dahsyat yang perlu dilakukan bagi pegawai artileri". Mereka meninggalkan kesemua 13 meriam yang mereka telah bawa dengan bersusah-payah dari Jitra.


Tentera Jepun merampas jalan jambatan Slim River pada 0830 pagi sebelum ia sempat dimusnahkan, memintas laluan mereka yang terselamat untuk lari keselatan.


Apabila CO bagi Regimen 137, Kolonel Holme, pegawai pemerintah Lt Hartley, diberitahu mengenai pertempuran ladang Cluny, dia berkeras untuk kembali bagi membantu. Dia melompat diatas motorsikal dan tidak pernah dilihat lagi.
Kekalahan di Slim River, dilakukan oleh sejumlah kecil tentera Jepun dengan penguasaan udara sepenuhnya, secara berkesan menghapuskan harapan bagi mempertahankan Malaysia dan Singapura.