Ahad, 24 Februari 2013

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Nenek ditampar sebelum disamun | Kakiharu Blog™

Posted: 24 Feb 2013 06:39 PM PST

Kakiharu Blog™ | | 0 comments

PARIT BUNTAR - Seorang penyamun yang menceroboh masuk rumah seorang warga emas yang hidup sebatang kara di Kampung Parit Tanjung Piandang Tengah dekat sini semalam menghulurkan wang tunai RM20 dan memohon dihalalkan barangan yang dicurinya sebelum melarikan diri.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, warga emas yang mahu dikenali sebagai Mek Ya, 75, kerugian RM3,000 apabila wang tunai dan rantai leher miliknya dilarikan seorang penjenayah yang masuk ke rumahnya.

Menceritakan kejadian tersebut, Mek Ya berkata, dia yang kematian suami sejak beberapa tahun lalu bangun daripada tidur untuk mengambil wuduk di bilik air, tiba-tiba terasa bahunya ditepuk dari belakang.

"Sebaik menoleh ke belakang, muka saya ditampar berkali-kali manakala leher diacu parang. Selepas itu saya nampak seorang lelaki tanpa menutup muka mengugut untuk mencederakan saya jika saya menjerit," ceritanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurut warga emas itu lagi, dia kemudian dibawa ke ruang tamu rumah dan diminta duduk diam manakala penjenayah itu pula menggeledah rumahnya.

Mek Ya memberitahu, kira-kira setengah jam selepas menggeledah, suspek menjumpai wang tunai berjumlah RM2,000 yang disimpan di bawah tilam di bilik tidurnya.

Wang tersebut merupakan wang simpanannya yang menyara hidup dengan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mek Ya tiada zuriat dan hidup di rumah yang dibina di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Penjenayah itu kemudian merentap kasar rantai leher bernilai RM1,000 yang saya pakai.

"Sebelum penjenayah itu meninggalkan saya, saya merayu agar dipulangkan wang dan rantai leher saya kerana itu saja harta yang saya ada," katanya.

Dia memberitahu, penjenayah itu yang dipercayai warga tempatan mungkin tersentuh dengan rayuannya lalu memulangkan wang tunai RM20 sebelum meminta dia menghalalkan barangan yang dicurinya sebelum melarikan diri.

Mek Ya pasrah dengan ujian Allah tersebut bagaimanapun dia tidak akan memaafkan perbuatan penjenayah terbabit.

Warga emas itu memberitahu, dia percaya penyamun tersebut menceroboh rumahnya melalui tingkap bilik air berdasarkan dua rangka besi cermin tingkap yang patah.

Difahamkan, penjenayah yang menceroboh masuk rumah Mek Ya turut masuk ke sebuah rumah lain di kampung sama sebelum itu menyebabkan pemilik rumah terbabit hilang sebuah basikal, telefon bimbit dan wang tunai RM40.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kes tersebut.


07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Treler Negara Berkebajikan disambut meriah <b>di Manjoi</b>

Posted: 21 Feb 2013 07:24 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Ketibaan treler Negara Berkebajikan dinantikan lebih 200 penduduk di Manjoi walaupun sebelum masuk ke pekan kecil itu diganggu oleh sekumpulan kecil pemuda Umno dengan sorakan menghalau kembara Negara ...

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Anak Jati Malaya: Terminal Bas Medan <b>Gopeng</b> harus dikekalkan

Posted: 14 Feb 2013 11:05 PM PST

Ipoh: Pengusaha-pengusaha bas di Terminal Medan Gopeng mencadangkan supaya Terminal Medan Gopeng dikekalkan di samping Terminal Amanjaya di Meru Raya bagi melancarkan lagi sistem pengangkutan awam di Bandaraya Ipoh.

Setiausaha Badan Bertindak Pengusaha Bas Terminal Medan Gopeng, Abd Hamid Sidek berkata, mereka mencadangkan Terminal Medan Gopeng digunakan untuk perkhidmatan bas ekspres ke selatan manakala Terminal Amanjaya untuk bas ekspres ke utara.

Menurut beliau, mereka bukanlah membantah kewujudan Terminal Amanjaya tetapi cadangan tersebut dicapai hasil beberapa sesi perbincangan yang diadakan dikalangan pengusaha bas yang beroperasi di Medan Gopeng.

"Kami bukanlah membantah Terminal Amanjaya kerana itu sebagai mercu tanda di negeri Perak tetapi kami sebagai pengusaha bas yang memperolehi pendapatan tidak seberapa, bercadang mahu kekal di sini,'' katanya pada sidang media di Ipoh hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Koperasi Pekerja Dan Pengusaha Bas di Terminal Medan Gopeng berkata, kadar sewa yang dikenakan di Terrminal Amanjaya juga jauh lebih tinggi berbanding dengan kadar sewa yang sedia ada sekarang.

"Kami menyokong penuh segala usaha kerajaan dan kami juga berpendapat supaya dikekalkan terminal yang sedia ada supaya perjalanan penumpanguntuk ke utara dan selatan akan berjalan dengan lancar," katanya.

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Labun Cikgu Lin: 23 FEB 2013 : CALON N54 <b>HUTAN MELINTANG</b> <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 12:19 AM PST




SAYA BERSARAPAN PAGI DI GERAI INI
KETUA MIC DAN KETUA IPF BAGAN DATOH



MAJLIS DIAKHIRI DENGAN MAKAN TENGAH HARI
RESTORAN MYDIN JALAN BAGAN DATOH



TINJAUAN KE PDM MAJORITI KAUM CINA


PEKERJA DI BAGAN HUTAN MELINTANG,
BERSAMA RAKAN BNPC SEMASA TINJAUAN 
KE N54 PDM HUTAN MELINTANG (MAJORITI KAUM CINA)
"Kita mau Ganesan bertanding. Kalau BN KALAH, Angpau ada ,,, semua ada. Tapi kita sokong sama Dato' Zahid. Itu kopi kedai cakap" kata pekerja Bagan di situ.

"Mau tanya sikit ....  tak mau sokong BN tapi  apa  pasal sokong sama Dato' Zahid"  tanya BNPC
"Dia kerja punya orang .... menteri ... tau kerja  punya orang" jawabnya lagi


"Kasevan boleh duduk rumah .... gerenti menang" kata Kaum Melayu semasa tinjauan kami.


KENAPA DAN MENGAPA .... 


Rupa-rupanya .... rata-rata mereka .....
Pengundi Kaum Cina : MAHUKAN PAKATAN MENANG,
Kalau Ganesan bertanding ... senang PR menang.


Pengundi Kaum Melayu : Sebahagiannya PROTES sebab mahukan Calon Melayu.

SIKAP PENGUNDI KAUM INDIA.


1.   "Sini punya orang tarakkah?" 
2.   "Janji tak ditepati, Najib kata Janji Ditepati ... dia tarak"
3.   "Ini Kasevan ... duit tarak ... hati baik ... kita bukan mau duit ... sebab dia tarak duit" kata Penyokong PR



KESIMPULAN DARI SAYA
SEBAGAI PENGASAS BNPC

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Taiping Mali: 056/02/13- Isu Pocong <b>di Parit Buntar</b>. Blogger Pas <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 08:34 AM PST

Gua Taipingmali , gua tak mau cakap manyak laa sebab guaa bukan olang Parit Buntaq..gua taiping mali punya,.....mau baca kalu sini tekan juga.....laaaa  (TEKAN)

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Rafizi belasah Zahid Hamidi <b>di</b> kawasan Parlimennya sendiri <b>Bagan</b> <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2013 06:52 AM PST

KUALA LUMPUR 28 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli bakal gempur Bagan Datoh, Parlimen Datuk Zahid Hamidi Februari ini bagi menerangkan isu salahguna dan penyelewengan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah pentadbiran Menteri Pertahanan itu.

"Saya bersetuju beberapa tarikh untuk turun ke Bagan Datoh dalam bulan Februari.

"Saya juga masih menunggu saman Zahid Hamidi yang belum dihantar kepada saya. Tapi saya dah setuju turun habis-habisan gempur Bagan Datoh," tulis Rafizi pada twitternya hari ini.

Zahid 25 Januari lalu memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel di dalam laman blognya.

Tegas Rafizi, saman Zahid akan dijawab di mahkamah kerana isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota tentera yang diabai tidak boleh dipadam dengan tipu helah teknologi.

Rafizi semalam turut menolak keras laporan mendakwa beliau memohon maaf kepada Zahid dalam laman facebooknya.

"Kenyataan palsu dan berniat jahat itu dirancang laman pro-Umno dengan tujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat.

"Saya menafikan sepenuhnya kenyataan maaf dan tetap dengan pendirian membawa perkara ini ke mahkamah.

"Saya tidak akan berganjak membawa isu salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia," katanya pada kenyataan.

Rafizi berkata, tindakan menggodam akaun dan laman pro-Pakatan Rakyat, termasuk laman web dan facebook pimpinan Pakatan berpunca kegagalan Umno BN berdepan pendedahan memalukan.

"Ini kejadian kedua dalam tempoh dua hari selepas laman facebook Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

"Saya mengutuk muslihat dan tipu helah yang digunakan cybertrooper Umno kerana tidak beretika," tegasnya.

b hamba kerajaan

sumber KD

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Surau Rahmaniah Jalan <b>Trolak</b> , Felda <b>Trolak</b> Selatan: Majlis Tahlil <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2013 03:49 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Wuduk adalah wasilah syarak terpenting untuk menghilangkan hadas kecil daripada anggota supaya seorang Muslim menjadi suci dan menunaikan p... Dari Abu Hamzah Anas Bin Malik R.A. · Surau Rahmaniah Jalan Trolak ...

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Diyakini Ada Mahluk Hidup <b>di</b> Planet <b>Lumut</b> | Barata Media Online

Posted: 12 Feb 2013 06:35 PM PST

By Vanzank - Wed Feb 13, 9:35 am

kepler2

kepler22b

HEIDELBERG, BARATAMEDIA – Cahaya yang dipantulkan berwarna seperti lumut dan ganggang yang tercermin dalam pewarnaan khas dari sebuah planet yang jauh itu bisa menjadi bukti kehidupan asing.

Zona layak huni bintang ini berukuran 0,7-1,2 kali jarak Bumi-matahari. Dengan demikian, Kepler-22b berada di sisi terdalam dari kawasan yang sanggup menopang kehidupan ini. Air dalam fasa cair, serta oksigen dalam jumlah melimpah sangat mungkin ada di permukaan planet ini.

Siddharth hegde dan Lisa Kaltenegger dari Max Planck Institute for Astronomi di Heidelberg, Jerman. Mengatakan mereka berpikir exoplanets berbatu itu, dimungkinkan akan memiliki panas yang ekstrim, kekeringan atau keasaman, dan bahwa bentuk-bentuk kehidupan hardier – seperti lumut dan ganggang – akan mendominasi mereka dipermukaan.

Untuk memastikan apa organisme tersebut akan terlihat seperti dari kejauhan, para peneliti menganalisis cahaya yang dipantulkan oleh beberapa bentuk yang lebih ekstrim seperti bumi, hidup lumut di daerah kering, bertirai bakteri dalam air yang sangat panas dan ganggang merah dalam air asam tambang. NewScientist.com melaporkan.

Dilihat dari melintasi ruang, setiap jenis organisme akan menciptakan pola warna yang unik, kata mereka, lumut, misalnya, akan tampil lebih kuning daripada ganggang atau bakteri.

Sementara pola warna tersebut tidak akan berarti hidup hadir, hegde dan Kaltennegger mengatakan, hal itu bisa menjadi langkah menuju mempersempit exoplanets untuk pencarian yang lebih rinci. Seperti yang dilansir spacedaily. Selasa (12/2).

Seperti diberitakan sebelumnya, penemuan terbaru Badan Antariksa Amerika (NASA), mengungkapkan, adanya planet terdekat yang mirip bumi. Kepler-22b, adalah sebuah planet yang mengorbit di zona bernama 'Goldilocks' dan terletak di rasi bintang Cygnus.

Ukuran Kepler-22b adalah 2,4 kali lebih besar dari Bumi, tahun orbitnya selama satu tahun adalah 290 hari.

"Tapi bintangnya agak redup dibanding matahari dan lebih kecil, sehingga Kepler-22b dimungkinkan memiliki temperatur mirip Bumi," kata Bill Borucki, Peneliti NASA dari Ames Research Center. (ali).

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Annur Young Boys FC merupakan kelab harapan pasukan futsal <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 09:59 AM PST

ANNUR YOUNG BOYS

annur

Annur Young Boys FC merupakan kelab harapan pasukan futsal Surau An-Nur, Fasa 1D2, Seri Manjung, Perak. Pasukan ini merupakan salah satu projek di bawah naungan Surau Annur Fasa 1D dan KRT 7 Seri Manjung. Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 2011. Tujuan penubuhan pasukan ini adalah ikhlas untuk membantu perkembangan futsal remaja tanah air agar bakat dikalangan remaja yang ada di Seri Manjung tidak terpadam hanya setakat peringkat sekolah sahaja. Oleh itu pasukan ini sedaya upaya dan berusaha untuk melaksanakan serta merealisasikan kejayaan yang akan diperolehi dalam tempoh 3 tahun mendatang (2014) agar setaraf atau setanding dengan akademi/kelab futsal remaja yang lain.

Pengurus pasukan: Muhammad Faris b Mohd Sidek

Kapten pasukan: Muhammad Amir Syazani b Saaban

SENARAI PEMAIN

Syahrul Fahmy,

Izzat Syazwan, Nasrul Hakim, Amyril Hazreel, Nafis Ashraf

Amir Syazani, Shahin, Amirul Fitri, Imran

Aiman Hanif, Wan Salim, Amar

PENCAPAIAN

Tempat ke-3 Kejohanan Futsal Bawah 15 Tahun terbuka Seri Manjung anjuran ANYC.

2nd Round Peringkat Kalah Mati, Kejohanan Futsal MILO bawah 16 Tahun Peringkat Negeri Perak

Johan ANYC CUP (1st Edition & 2nd Edition)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Dee: Ronda2 <b>di Teluk Intan</b>...

Posted: 06 Jan 2013 05:00 PM PST

Hari tu dah cerita pasal Menara Condong Teluk Intan kan?  Sambung baliklah story Teluk Intan saya.  Ni ada yang kena gelak ni kang.  Yelah..orang gi HK Disneyland pun seminggu je entry.  Kalau saya, mau sebulan lebih pun tak abis2..hahaha.  Oklah, nampak durian kat atas tu?  Ha...mmglah sepanjang jalan ke sana kiri kanan org berniaga durian.  Tak tahan wei.  So, gigih ni cari durian kat pekan Teluk Intan.  Murah2 pulak tu.  RM1 sebiji pun ada.

Belasah 2 biji durian yang besar2.  RM7 je.  Makan pun berdiri je tepi jalan, tepi longkang.  Beli air mineral botol besar kongsi ramai2.  Eh..seronok tau.
Balik tu, budak2 pakat berendam kat hotel.  Hotel murah je.  Sebab tu tak buat entry khas utk hotel ni.  Swimming pool pun sempoi habis.  Jadilah..buat budak2 enjoy.  Nak tau hotel mana?  Kat sini.  Satu je pesan saya, jangan terpedaya dengan gambar2 kat website...hahaha.  Boleh tahanlah, bersih gak.  What do u expect from a 3 star hotel kan..hehehe.
Petang tu kitorang round2 lagi Teluk Intan   Ada River Front.
Tapi kitorang pergi jeti.  Tengok view kuala sungai yang cantik sgt.


Ha..cantik tak?  Mestilah cantikkan...indahnya ciptaan tuhan.  Mendamaikan.  Ok, esok entry makan2 ye..hehehe.

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Kedah Bakal Jadi Negeri <b>Jelapang</b> Lumpur <b>Di</b> Bawah PR | KLUANG <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2012 07:08 AM PST

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Tokwan Matarun: MAJLIS PERNIKAHAN HIDZAMI & UMI SALWA <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 10:43 PM PST

[unable to retrieve full-text content]MAJLIS PERNIKAHAN HIDZAMI & UMI SALWA PADA 9.2.2013 DI CHEMOR, PERAK. Dicatat oleh TOKWAN MATARUN di Ahad, Februari 24, 2013 · E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook. Label: beras ...

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


IdaMan: BN Terdesak <b>Di Sungai Siput</b>

Posted: 18 Dec 2012 12:08 AM PST

Parti Sosialis Malaysia (PSM) membidas  dakwaan sesetengah media kononnya wujud pertelingkahan antara parti itu dan PKR berhubung isu penamaan calon dan penggunaan logo parti di Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan berkata, soal itu tidak wajar dijadikan isu memandangkan mereka (PSM dan PKR)  masih dalam fasa perbincangan.
"PSM memang mahu bertanding pakai logo sendiri tapi kami (PSM dan PKR) tidak berbalah seperti yang dikhabarkan media, sebaliknya masih berbincang secara baik.
"Dulu hampir 10 tahun pendaftaran parti ini ditolak, jadi sekarang sebagai parti yang telah berdaftar, sudah tentu PSM mahu gunakan logo sendiri. Tapi kalau ada logo bersama itu juga boleh diterima," katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media kononya   PSM dan PKR yang dikatakan saling bertelagah dalam isu penamaan calon dan penggunaan logo parti di Sungai Siput bagi PRU – 13.
Ditanya mengenai sokongan pengundi Sungai Siput yang dilihat mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN), S. Arutchelvan berkata :
"Saya tidak rasa sokongan pengundi telah berkurang kerana apabila kami turun padang berjumpa rakyat, mereka masih lagi setia menyokong parti ini.
"Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj juga telah melakukan bermacam usaha untuk menaik taraf kehidupan rakyat di Sungai Siput, jadi soal isu pengundi kembali kepada BN tidak timbul sama sekali," jelasnya.
Selain itu, S. Arutchelvan menambah, BN kini dilihat sedang berhadapan masalah menamakan  calonya di Sungai Siput kerana sehingga kini BN masih belum mengemukakan nama calon yang sepatutnya.
"Kerajaan MIC-BN semakin terdesak nampak gayanya sekarang ini. Kenapa Datuk S Samy Vellu yang telah bersara kembali berkempen? Saya rasa mereka telah mengalami kepupusan kepimpinan baru," ujarnya.
Sementara itu, memberi maklum balas yang sama, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj meminta media tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar.
"Saya tahu, ini lah yang diharapkan BN sebenarnya, supaya kami parti pembangkang akan bergaduh sesama sendiri sekaligus menakutkan pengundi dengan dakwaan yang tidak betul. Malang sekali itu semua tidak akan berlaku.
"Sama seperti parti lain juga, kalau ada masalah sekalipun, ia hanyalah masalah kecil sahaja yang pasti boleh diselesaikan tanpa perlu pertelingkahan," katanya.
Diminta mengulas mengenai desas-desus Sungai Siput bakal jatuh semula ke tangan BN, beliau berkata, pihaknya yakin bahawa sokongan rakyat terhadap pembangkang masih teguh di parlimen tersebut.
"Apa yang boleh saya katakan, situasi sekarang adalah 50-50. Tetapi saya tetap percaya kami (pembangkang) ada peluang untuk menang," kata beliau.
Untuk rekod, PSM menang dalam Pilihan Raya Umum 2008 menggunakan tiket PKR namun kedua-dua parti itu dikhabarkan mengalami perselisihan pendapat berikutan isu logo parti yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang.
Pada PRU 2008, bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu gagal mempertahankan kawasan tersebut yang diwakilinya sejak 1974 kepada Jayakumar dengan majoriti 1,821 undi.
Perlantikan Samy Vellu sebagai Pengerusi BN Parlimen Sungai Siput awal bulan lepas selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat reaksi yang berbeza di kalangan penyokong dan pemimpin BN sendiri.
Persoalanya mampukah Samy Vellu meredakan politik Sungai Siput selepas tersungkur di PRU 2008? Apakah pengaruhnya masih kuat disana seiring dengan tuntutan politik semasa ?
MIC dikatakan masih mencari seorang calon yang sesuai yang dapat mempengaruhi senario politik Sungai Siput tanpa "campurtangan" mana – mana pihak.
TMT difahamkan , antara nama – nama yang dipertimbangkan oleh MIC dan pucuk pimpinan tertinggi BN termasuklah,  Naib Presiden MIC Datuk S.K. Dewamany, Ketua Pemuda T. Mogan, Setiausaha Agung MIC Datuk S. Murugessan dan  bekas Timbalan Menteri Datuk T. Murugiah. TMT

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


SK MARIAN CONVENT, IPOH: Pertandingan Merentas Desa <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 01:56 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Kelihatan di sudut sana Tuan PPD Kinta Utara, Tuan Hj Marazlen @ Mar Azlan b Amran, AMP., PPT. ditemani Guru Besar SJK(T) Menglembu Puan Mariamal a/p Surinarayanan menunggu untuk melepaskan peserta ...

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


Pembabitan Artis Mampu Majukan Pelancongan <b>di Beruas</b> | Perak <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2012 09:23 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ketua Penerangan Kerajaan Negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar yakin kawasan tinggalan sejarah di kawasan Beruas mampu diperkenalkan semula di mata dunia dengan menggunakan artis sebagai medium perantaraan.

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


028/02/13- Pas <b>Bukit Gantang</b>: Cermin diri anda <b>...</b> - Taiping Mali - Yes

Posted: 03 Feb 2013 05:07 AM PST


Bila speaker pick up pembawa fitnah kena ketuk dengan orang maka Pas menuduh ia dilakukan oleh samseng Umno. Ada pula mangkuk tandas Pas melabelkan si pelaku sebagai samseng taik kucing.
Apa pun kejadian yang berlaku sudah tentu ada sebabnya, mungkin salah pemandu pick up yang suka parking suka hati sehingga menghalang laluan atau pemandu memasang pembesar suara ajak penduduk keluar mengikuti ceramah Pas. Mungkin juga si pelaku marah sebab speaker tersebut mengganggu ketenteraman penduduk, anak kecil nak tidur atau orang tua yang sakit nak tidur.
Pas Bukit Gantang nampaknya tidak berani  menyatakan sebab-sebab secara terperinci. TM akan juga korek cerita ini bila ada kelapangan. 
Dahulu  pernah berlaku pergaduhan kerana Pas buat ceramah dalam taman tersebut dan menyebabkan laluan utama menjadi sesak dan menghalang laluan penduduk. 
Pas sepatutnya tidak membuat ceramah dalam taman kerana perangai orang Pas pantang dengar ada ceramah, berhujah berpayung sanggup pergi dengar, usung anak-anak kecil dan anak-anak sekolah berjaga sampai lewat malam.
Pernah seorang muslimah Pas berkata  "Dia rela tak tidur dengan suami nya jika ada ceramah Pas dan wajib pergi dengar ceramah, laki nak marah-marah lah", begitulah taksubnya muslimah Pas terhadap perjuangan mereka
Berbalik kepada isu di atas, Pas begitu mudah melabelkan pelaku sebagai samseng.
Dalam PRK Bukit Gantang tahun 2009, Pas lagi zalim, samseng dan ganas. Tok lebai Pas jam 3.00 bawa Ford Ranger berhenti dekat billboard BN dan gergaji tiang sampai tumbang. Ini berlaku depan kedai Long wan Simpang, dan berlaku juga di tempat-tempat lain.
Bendera BN dicabut dan dibuang ke dalam longkang. gambar calon dan gambar pemimpin BN disimbah cat dan di bakar, banyak lagi kalau nak cerita perbuatan kotor pecacai-pecacai Pas di PRK Bukit Gantang. Paling menjijikkan ialah mereka membuat flyer calon BN di kepit oleh perempuan siam.

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


nurul izzah ni patut masuk <b>tanjung rambutan</b>!!! - Semut Hitam

Posted: 23 Feb 2013 10:15 PM PST

Retorik dan memalukan! Itu je yang perlu kita gambarkan mengenai Si Nurul Izzah ni. Dia ni memang tak de kerja lain selain dari menipu rakyat.

Suruh dia senaraikan apa jasa dan sumbangan dia dah buat pada rakyat pun dia tak mampu nak buat. Apatah lagi nak diajak berdebat.

Kot kalau dia nak sangat berdebat pun, apa keuntungannya kepada rakyat? Setakat dengar dia berleter tentang pengorbanan dia kepada rakyat buat apa?

Rakyat mahukan bukti sebab rakyat sendiri yang melihat benda - benda ni. Rakyat sendiri yang menjadi saksi bahawa Si Nurul Izzah ni Pemalas!!!

Dan yang paling pasti, bukan rakyat di Lembah Pantai je mengakui perkara tersebut. Malah, puak - puak Pakatan sendiri pun kata dia ni pemalas. Kalau tidak, macam mana dia boleh tersenarai sebagai YB - YB BABI sebelum ni!!! (klik sini)

8 Feb 2013: Nurul Izzah mencabar Raja Nong Chik berdebat

9 Feb 2013: Raja Nong Chik menegaskan tak perlu debat, sebaliknya Nurul hanya perlu menyenaraikan hasil kerja dan perkhidmatannya di Lembah Pantai, untuk dinilai sendiri rakyat Lembah Pantai.
13 Feb 2013: Nurul Izzah melalui juara Lembah Pantai beliau Fahmi Fadzil menghantar surat jemputan debat kepada Raja Nong Chik ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di Putrajaya. Tiada jawapan dari Raja Nong Chik.
21 Feb 2013: Tiba-tiba 'banner' jemputan debat penuh di Lembah Pantai, begitu juga Fahmi Fadzil dalam twitternya menjemput ke "Debat Perdana" pada 24hb, iaitu satu penipuan sebab tidak pernah dari pihak Raja Nong Chik kata nak debat.

22 Feb 2013: Nurul Izzah dalam twitternya mengulang benda yang sama, malah menggunakan banner yang sama yang digantung sekitar Lembah Pantai, dalam Facebooknya. Itu bukti banner dibuat PKR dan Nurul izzah.

Bukankah ini satu penipuan yang terang dan nyata?

Jika hal debat yang remeh ini pun Nurul Izzah dan PKR sanggup menipu, apatah lagi dalam perkara lain yang penting! - seterusnya...

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Tokwan Matarun: MAJLIS PERKAHWINAN HIDZAMI & UMI SALWA <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 10:22 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Bendahari bertangungjawab menguruskan kewangan persatuan yang diamanahkan, mengurus dan menyimpan buku akaun persatuan yang dikemaskinik... Sejarah Perlombongan Bijih Timah Di Bidor. Perlombongan bijih ...

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Senarai Homestay <b>Di Batu Gajah</b> Perak | Coretan Anuar

Posted: 14 Sep 2012 01:40 AM PDT

Berikut merupakan Senarai Homestay di Batu Gajah Perak yang berjaya saya perolehi melalui hasil carian di Laman Web Google Malaysia..
Dalam senarai Homestay tersebut, terdapat beberapa Homestay yang diiklankan di laman web Mudah.my... Jadi semasa anda melawat blog ini, kemungkinan sumber iklan tersebut tidak lagi aktif di Mudah.My disebabkan syarat pengiklanan yang ditetapkan di Mudah.my iaitu.. 
"Setiap Iklan akan disiarkan selama 60 hari sebelum iklan tersebut dipadamkan.."
Sekiranya anda mempunyai urusan di Batu Gajah dan sedang mencari Homestay untuk didiami, berikut merupakan senarai pemilik Homestay yang boleh anda hubungi..


Pak Ya Home Stay terletak di Metro Pengkalan sesuai untuk disewa bagi anda yang mempunyai urusan di sekitar Ipoh, Seri Iskandar dan Tronoh, Perak 
- 15 km ke Tesco & AEON Section 18 , Ipoh. 
- 4 km dari Carlie Castle
- 13 km  dari UiTM Seri Iskandar
- 13 km dari Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- 15 km dari IKBN, Seri Iskandar
- 15 km ke SMKA Sultan Azlan Shah
- 15 km ke SM Teknik Seri Iskandar
- 40 km ke MRSM Kampung Gajah
- 50 km ke Lumut/Teluk Batik
Kemudahan Berhampiran : Stesyen Minyak Petronas, Restaurant, Mesin ATM Maybank, Pasaraya Mini, Surau dan sebagainya.
Kemudahan yang Disediakan di Pak Ya Home Stay:
- Bilik Tidur No 1 (Master Bedroom)
1 Katil Queen-size, air-condition unit, Kipas Dinding, Tandas, Meja Solek, Almari Pakaian
1 Katil Queen-size , Kipas Dinding, Meja Solek, Almari Pakaian
2 Katil Bujang, Kipas Dinding,  Almari Pakaian
- Ruang Makan (Wet kitchen and Dry kitchen)
- 1 Tandas (Selain Master Bed Room)
- Porch (Kapasiti untuk 2 kereta)
- Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti Television, Cerek Elektrik, dining set, tea set, mineral pot, dan sebagainya.
Sesuai Untuk Aktiviti keluarga seperti:-
- Melawat Kawan/Ahli Keluarga
- Bercuti Bersama Keluarga
- Lain-lain Aktiviti Seperti (Kenduri, Raya, Tahun Baru, Sure Heboh!, dan Sebagainya.)
- Menghadiri Kursus / Praktikal / Loging
Terdapat Pasar malam Di Kawasan Berhampiran Pak Ya Home Stay pada setiap hari Ahad...
**Sekiranya anda berminat untuk menyewa Pak Ya Home Stay anda boleh menghubungi..
- Zakaria Hashim (Pak Ya) 012-5780498

2. HOMESTAY DI BATU GAJAH PERDANA
-Untuk Tempahan Sila Hubungi 019 576 7779 (En.Khalid)
Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi:
Hubungi : 019-4636201 (Puan Noor Mastura)
5. HOMESTAY DI TAMAN BATU GAJAH PERDANA
Hubungi : Nizam 016 3930414

6. HOMESTAY NA&WA SIPUTEH
sebarang pertanyaan boleh komen di post ini atau boleh hubungi:
En. Radoan : 0125651444/ 0165361444

Semoga info ini berguna kepada anda yang sedang mencari Homestay di Sekitar Batu Gajah Perak.