Selasa, 19 Mac 2013

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Genap Setahun Berpraktikum <b>Di</b> SMK Batu Sepuluh <b>Lekir</b>, Sitiawan...

Posted: 30 Jan 2013 07:24 AM PST

Assalammualaikum dan selamat malam...
 Banyak mempelajari erti dunia seorang cikgu kaunseling di SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan...
Genaplah setahun EH berpraktikum di SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan pada hari ini. Bagi memenuhi syarat bergraduasi, pada semester tujuh EH telah menjalani latihan internship kaunseling bersama seorang rakan EH di sekolah ini.
 Pada asalnya, EH telah memilih SMK Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia, Lumut untuk berpraktikum. Disebabkan atas masalah tertentu pihak Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI telah menukarkan penempatan praktikum EH pada saat-saat akhir di SMKBS. EH menganggap ianya sebagai satu cabaran.
  Corat-coret dalam segmen Bimbingan dan Kaunseling (B&K) pada hari ini...
Sekitar sekolah negeri Perak sahaja yang ditetapkan oleh fakulti EH bagi program Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling untuk menjalankan internship ini. Bagi memudahkan urusan EH, sekolah di daerah Manjung, Perak menjadi tumpuan. Tepat jam 7.00 pagi pada 30hb Januari 2012 bermulah ceritera EH melaporkan diri sebagai cikgu praktikum. Heheee...
 Cantik tak pentas di atas? Inilah hasil idea cikgu pembimbing EH, Cikgu Shamsul Hisham Bin Md. Sharif. EH diminta untuk memasangkan lampu kalimantang yang berwarna biru pancaran indah itu. 
EH dan rakan EH menggenakan tema berwarna hijau  sempena pelancaran Program Guru Penyayang SMKBS. Nampak tak gambar Cikgu Shamsul Hisham di hujung sekali?
Yang menariknya selain Cikgu Shamsul, EH mempunyai 2 oarang lagi cikgu pembimbing iaitu Cikgu Karimah Bt Hamat dan Cikgu Siti Jurizaini Bt Ag. Awang Hamat. Mereka sangat spoting! Cikgu Karimah duduk paling kanan dalam gambar kenangan selepas Program Kepemimpinan Perdana SMKBS...
 Selain sesi bimbingan dan kaunseling, program yang dijalankan oleh kaunselor pelatih dinilai dalam internship ini. Terpaksa menolak permintaan Guru Penyelaras Praktikum, Cikgu Norainee Bt Yusop agar EH mengajar minor EH iaitu Bahasa Melayu. Tak menang tangan nak selesaikan jam kredit internship kaunseling. Fuhh!
Ada pelajar yang menyangkakan EH adalah pelajar baharu di sekolah tersebut semasa hari pertama berada di SMKBS. Mungkinkah penangan EH memakai kemeja putih berlengan panjang, berseluar slack hitam serta bertali leher jalur-jalur pada isnin yang berbahagia itu? Ok semua, sekian dan sayonara!
  Gelagat pelajar SMKBS...
EH : Setuju, don't judge book by it's cover! 

BLOG PERAK: 07 <b>di lekir</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Oct 2012 11:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Zulheimy Ma&#39;amor: KD <b>LEKIR</b> : AUSTRALIA , 1991

Posted: 19 Sep 2012 09:19 PM PDT

September 1991, KD Lekir dan KD Mahawangsa dipilih untuk menyertai Perbarisan Hari Ulangtahun ke 50 Tentera Laut Di Raja New Zealand (RNZN International Fleet Review) di Auckland, New Zealand. 
Dalam Perjalanan ke New Zealand, kapal telah singgah di beberapa destinasi seperti Darwin, Cairns, Sydney, Adelaide dan Perth di Australia dan juga Auckland dan Wellington di New Zealand. 
DARWIN - NORTHERN TERRITORY
Pelabuhan pertama kapal singgah ialah Pelabuhan Darwin di Utara Australia. 
Darwin adalah ibu Negeri Wilayah Utara Australia (Northern Territory), mempunyai penduduk seramai 127,500 orang. 
Sejarah Darwin bermula pada 9 September 1839 apabila kapal HMS Beagle belayar memasuki pelabuhan Darwin. John Clements Wickham telah menamakan pelabuhan itu "Port Darwin" bersempena nama seorang anggota Kapalnya, Charles Darwin yang telah mengikuti beliau dalam pelayaran yang terdahulu.
Bandar Darwin telah 2 kali dibina semula akibat kerosakan teruk. Kali pertama selepas serangan Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan kali kedua apabila Cyclone Tracy melanda Darwin pada tahun1974. 
Cuaca di Darwin pada masa ketibaan kami di sana agak panas terik. Disebabkan keadaan cuaca yang agak panas, anak-anak kapal diberi kelonggaran untuk berpakaian bebas semasa berkelepasan di Darwin. 
Cairns adalah sebuah bandar di Utara Queensland, Australia diasaskan pada tahun 1876. Bandar Cairns dinamakan sempena dengan nama William Wellington Cairns , Gabenor Queensland yang dilantik pada January 1875.
Bandar Cairns terletak kira-kira 1,700 km (1056 batu) dari bandar Brisbane dan kira-kira 2,700 km (1,678 batu) dari Sydney. Cairns adalah destinasi pelancongan yang sangat popular di Australia. 
KURANDA RAINFOREST PARK, CAIRNS
Kuranda Rainforest Park terletak di kawasan Rainforest World Heritage seluas 100 ekar. Kawasan yang menjadi tarikan pelancong ini mengambil masa 5 minit perjalanan dari Kampung Kuranda dan setengah jama dari Cairns Tropical North Queensland, Australia. Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Rainforest Park ini. 
Bungi Jumps adalah satu aktiviti sukan yang agak merbahaya, bukan semua orang sanggup melakukan penerjunan seperti ini. KD Lekir agak bertuah kerana ada anggotanya yang sanggup menyahut cabaran itu. 

Mossman adalah nama sebuah bandar di Utara Queensland di Sungai Mossman.
Mossman George adalah merupakan kawasan hutan yang menjadi tarikan pelancongan ke Australia. Ia adalah sebuah kawasan seluas 56,000 hektar dalam Warisan Dunia. Hutan hujan Tropika yang tebal ini terkenal kerana keindahannya yang sangat mengkagumkan. Ia juga adalah merupakan tempat suci bagi kaum Asli Australia dari suku kaum Kuku Yalanji yang dikatakan telah mendiami kawasan itu selama lebih kurang 4000 tahun. 
HMAS Cairns merupakan sebuah pengkalan Tentera Laut DiRaja Australia (RAN) yang terletak di Cairns, Queensland. Pengkalan ini ditubuhkan pada tahun 1971 sebagai pengkalan untuk kapal-kapal perang kecil.
HMAS Cairns bertanggungjawab untuk aktiviti bagi Bot Peronda RAN dan juga sebagai Markas Hidrografi RAN. 
Semasa berada di Cairns, kami telah diraikan oleh anggota Tentera Laut DiRaja Australia yang berpengkalan di HMAS Cairns di Junior Rates Club yang turut dihadiri oleh anggota wanita RAN. 
Pada 19 September 1991, KD Lekir dan KD Mahawangsa telah selamat tiba di Sydney, New South Wales. 
Sydney adalah ibu negeri New South Wales, Australia dan merupakan bandar yang paling ramai penduduk di Australia. Ia terletak di bahagian Tenggara Laut Tasman.

Sydney diasaskan pada tahun 1788 dan merupakan tapak jajahan British yang pertama di Australia. Ia diasaskan oleh Arthur Phillip, Commodore of the 1st Fleet Royal Navy. Nama Sydney diambil dari nama Setiausaha Negara British ketika itu, Thomas Townshend, Lord Sydney.

HARBOUR BRIDGE AND OPERA HOUSE SYDNEY. Bergambar kenangan bersama LRO Chandran di hadapan Sydney Opera House.
SYDNEY HARBOUR BRIDGE AND OPERA HOUSE
Sydney Harbour Bridge adalah jambatan keluli yang merentasi Pelabuhan Sydney. Ia dibina oleh sebuah firma British Dorman Long and Co. Ltd dibawah arahan Dr. J.J.C. Bradfield dari  Jabatan Kerja Raya New South Wales and dibuka pada tahun 1932.
Sydney Opera House pula dibuka kepada umum pada tahun 1973 dan dibina oleh Arkitek Denmark, Jorn Utzon. Sydney Opera House telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 28 Jun 2007. Sydney Opera House adalah juga pusat Seni yang paling sibuk di dunia dengan pelbagai aktiviti Seni dan budaya Australia. Lebih dari 1,500 persembahan diadakan pada setiap tahun. Ia adalah merupakan mercu tanda Australia yang cukup dikenali diseluruh dunia.
 DARLING HARBOUR, SYDNEY
Darling Harbour adalah pelabuhan bersebelahan dengan pusat bandar Sydney, New South Wales, Australia. Ia mengambil sempena nama Lt. Gen. Ralph Darling, Gabenor New South Wales dari 1825 – 1831.
RO Zaid, RO Azman, RO Azmi, RO Nordin
RO Rosman, LRO Zulheimy , RO Anor
Anggota-anggota Komunikasi KD Lekir di Sydney, Australia berpakaian Jaket hitam yang ditempah khas untuk Pelayaran ke Australia dan New Zealand. 
Satu lagi kenangan manis di Sydney ialah bertemu dengan seorang bekas Anggota Royal Australian Air Force (RAAF) yang pernah berkhidmat di RAAF Butterworth, Pulau Pinang sekitar tahun 70'an dulu. Beliau berkahwin dengan warga Malaysia keturunan Cina. Isteri beliau ternyata amat gembira dapat bertemu dengan Rakyat Malaysia kerana beliau telah menetap hampir 25 tahun di Sydney. Malam itu mereka belanja saya makan di sebuah Restoran Malaysia di Sydney yang menyediakan makanan halal. 

Sydney Paddy's Market , sebuah syarikat Komersial yang mempunyai 2 pasaraya besar di Sydney, iaitu Paddy's Market and Sydney 2129.
Paddy's Market merupakan salah satu pasaraya yang paling terkenal di Australia. Antara yang dipasarkan disini ialah sayur-sayuran segar, buah-buahan, bunga-bungaan, perhiasan, cenderahati dan sebagainya.
Sydney Paddy's Market diasaskan pada tahun 1834 oleh General Richard Bourke, Gabenor New South Wales.

Auckland & Wellington, New Zealand
Selepas beberapa hari berada di Sydney , KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan pelayaran ke Auckland untuk menyertai sambutan 50 tahun Royal New Zealand Navy dan kemudian ke Wellington, N.Zealand. 
(Rujuk Blog Lawatan Kapal ke NZ)
Adelaide adalah ibu negeri Australia Selatan dan merupakan bandar ke 5 terbesar di Australia dengan jumlah penduduknya melebihi 1.1 juta orang. Bandar Adelaide terletak kira-kira 20 km dari tepi pantai Teluk St Vincent, di utara Semenanjung Fleurieu dan Dataran Adelaide.
Nama Adelaide dikatakan berasal dari nama Ratu Adelaide, Isteri kepada Raja William IV yang lahir di German. Bandar ini diasaskan pada tahun 1836. Colonel William Light adalah merupakan pengasas bandar Adelaide. 

Sebuah akhbar tempatan Adelaide menyiarkan berita ketibaan Kapal TLDM , KD Lekir dan KD Mahawangsa di Pelabuhan Adelaide. 

KD Lekir & KD Mahawangsa tiba di Pelabuhan Adelaide selepas selesai menyertai acara sambutan 50 tahun Tentera Laut DiRaja New Zealand di Auckland dan Wellington. 
Dari Adelaide pelayaran kapal seterusnya ialah ke Pelabuhan Fremantle di Perth, Australia. 
PERTH , WESTERN AUSTRALIA
Perth adalah ibu negeri Western Australia. Ia adalah bandar ke 4 paling ramai penduduk di Australia dengan jumlah penduduknya sekitar 1.4 juta orang.
Bandar Perth ini diasaskan oleh Kapten James Stirling pada tahun 1829 dan dijadikan pusat pentadbiran Swan River Colony. 

Anggota Band KD Lekir telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan di Harboursite Hotel yang terletak di Pelabuhan Fremantle di Perth Australia. 

Apa yang amat menarik di Perth ini adalah terdapat ramainya orang berketurunan Melayu di bandar. Pada mulanya saya ingatkan mereka rakyat Malaysia yang mungkin bekerja atau bercuti di sini...  tapi setelah berbual dengan beberapa orang dari mereka... ternyata mereka adalah rakyat Australia berketurunan Melayu... bukan rakyat Malaysia..malah ada antara mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Malaysia.. namun keinginan mereka amat tinggi agar dapat menjejakkan kaki ke negeri asal nenek moyang mereka dulu.
Kebanyakan masyarakat Melayu Australia tinggal di Pulau Christmas dan Kepulauan Cocos. Mengikut sejarah, orang Melayu mula dibawa ke Australia pada tahun 1826 oleh Alexander Hare untuk diambil bekerja di ladang-ladang yang menghasilkan pertanian tebu dan kelapa. Kebanyakan berasal dari Malaysia dan Indonesia.
Orang Melayu dari Kepulauan Cocos merupakan komuniti yang membentuk kumpulan lebih banyak di sini. Mereka berasal dari keturunan peneroka Melayu dari Tanah Jajahan British seperti Malaya, Singapura, Brunei dan sebahagian Kepulauan Riau. 

KD Lekir dan KD Mahawangsa mengakhirkan sesi Lawatan ke Australia dan New Zealand dengan bandar Perth ada persinggahan terakhir di sini. Kapal meneruskan pelayaran balik ke Malaysia dari Perth,Australia dan singgah di Surabaya, Indonesia sebelum meneruskan pelayaran ke Lumut, Perak....
Setelah tiba di Lumut, Perak, saya mendapat arahan pertukaran dan di tukarkan ke unit SKTLDM Kuantan. Saya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan KD Lekir yang banyak memberikan pengalaman berguna kepada saya...... 


Zulheimy Ma&#39;amor: KD <b>LEKIR</b> : SURABAYA 1989,1990 & 1991

Posted: 17 Sep 2012 09:10 AM PDT

PELABUHAN TG.PERAK, SURABAYA, INDONESIA
Pelabuhan Tanjung Perak yang terletak di Surabaya, Indonesia adalah pelabuhan kedua tersibuk di Indonesia selepas Pelabuhan Tg. Periok di Jakarta. Pelabuhan ini menghubungkan Surabaya dengan kota-kota Pelabuhan lain di Indonesia. Bersebelahan dengan Pelabuhan Tg. Perak ini terdapat Pelabuhan Ujung iaitu Pelabuhan ferry untuk membawa penumpang ke Madura. 
Kota Surabaya adalah ibu kota Provinsi Jawa Timur, Indonesia. Kota ini merupakan kota kedua terbesar di Indonesia dan dikenali juga dengan nama Kota Pahlawan kerana sejarah yang melibatkan kota ini dalam perjuangan rakyat Indonesia merebut kemerdekaan Indonesia daripada penjajah. 
Kunjungan kali pertama KD Lekir ke Surabaya ialah pada tahun 1989. Sepanjang di KD Lekir, 3 kali aku menjejakkan kaki ke Surabaya iaitu pada 1989, 1990 dan 1991.

Antara gambar-gambar kenangan sepanjang di Surabaya :






Di antara tempat menarik yang sempat dikunjungi ialah Makam Sunan Ampel atau Makam Raden Achmad Rachmatulloh berada di sebelah kanan depan Masjid Sunan Ampel, yang wafat pada tahun 1481. Beliau dikenal sebagai seorang yang pandai dengan ilmu-ilmu agama, beliau dipercaya Raja Majapahit untuk berdakwah dan menyebarkan agama Islam di Surabaya (dulu namanya Ampel Dento).
Masjid itu sendiri merupakan masjid terbesar kedua di Surabaya yang dibangun oleh Raden Achmad beserta pengiikutnya pada tahun 1421 M. Di masjid ini Anda bisa melihat bangunan dengan gaya arsitektur jawa kuno dan nuansa arab islami yang sangat lekat. Tampak juga lima Gapuro (Pintu Gerbang) yang merupakan simbol dari Rukun Islam.


Di samping Surabaya, KD Lekir juga pernah membuat lawatan ke Tanjung Pinang, Riau Indonesia pada bulan Jun 1990. Tanjung Pinang ialah ibukota wilayah Kepulauan Riau di Indonesia. Sebuah bandar dengan penduduknya seramai 200,000 orang ia adalah pelabuhan perdagangan antara pulau-pulau di Riau. Tanjung Pinang terletak di selatan Pulau Bentan yang berhampiran dengan Singapura.
Tanjung Pinang adalah merupakan Pusat Politik kepulauan Melayu kira-kira 500 tahun dahulu. Semasa menyerang Melaka pada 1511, Sultan Mahmud Melaka telah melarikan diri ke Tanjung Pinang.
Setiap kali bila tiba Surabaya terutama di Pelabuhan Tg. Perak... saya teringat akan sebuah lagu Indonesia yang agak popular di sekitar tahun 70'an dulu.. dalam lagu tersebut ada nama Tanjung Perak... bagi orang-orang lama tentu ingat lagu itu...

Waktu terang bulan, udara bersinar terang
Teranglah sekali di kotalah Surabaya
Belum berapa lama saya duduk dengan bimbang
Datang kawan saya Si Gendut itu namanya
Ayo rame-rame di kota tanjung perak
Panggil satu taksi kita bersorak bersama
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Tanjung perak tepi laut
Siapa suka boleh ikut
Bawa gitar keroncong piul
Jangan lupa bawa anggur
Tanjung perak.. tepi laut
Teranglah sekali di kotalah Surabaya
Belum berapa lama saya duduk dengan bimbang
Datang kawan saya Mas Dhani itu namanya
Ayo rame-rame di kota tanjung perak
Panggil satu taksi kita bersorak bersama
Tanjung perak tepi laut
Siapa suka boleh ikut
Bawa gitar keroncong piul
Jangan lupa bawa anggur
Tanjung perak.. tepi laut
Ooo.. tanjung perak.. tepi laut
18 September 2012 - 12.10 am


07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


BLOG PERAK: 07 <b>di behrang</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Dec 2012 09:50 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rojak Pasembor: N59 DUN <b>Behrang</b> milik siapa?

Posted: 13 Nov 2012 12:01 AM PST

DUN Behrang nampak gayanya akan kekal diwakili oleh YB Jamaluddin Mohd Radzi  walau pun beliau bertanding di atas tiket bebas. Yb Jamaluddin sebelum ini dicemuh oleh rakyat kerana meninggalkan Pakatan Rakyat, namun YB Jamal tidak pernah meninggalkan pengundinya. Saban minggu beliau pasti akan berada di kawasannya untuk bertemu pengundi. Kalau mengikut elaun YB yang diterima pada setiap bulan, pastinya beliau tidak sanggup pulang ke kawasan setiap minggu melayan rakyat.  


Bhai, gua rasalah, sumbangan yang beliau terima semasa melompat dahulu tidak habis lagi. Perkara sumbangan yang diterima ini pernah beliau sendiri nyatakan dalam satu program beberapa waktu lalu. Ramai orang kampung yang dengar beb. Video pun ada. Tapi itu dia punya hal. Yang penting kebajikan pengundi dijaga.
Secara peribadi gua puji YB Jamaluddin ini. Beliau rajin melayan pengundi DUN Behrang. Tidak pernah lari atau menyorok dari ditemui orang ramai. Peramah, mesra dan mudah tersenyum. Sesiapa yang bertemu beliau kerana sesuatu hajat akan diberikan harapan walau pun ada kemungkinan tidak dapat dilaksanakan. Sikap dan cara YB Jamal bertemu pengundi patut menjadi contoh kepada Yb-yb dari BN dan Pakatan Rakyat.
Minggu ini sahaja dua program telah diadakan oleh Yb Jamal di pusat perkhidmatannya di tingkat atas, bersebelahan Restorent Aluha, Balun Slim River. Antaranya pemberian sumbangan Depavalli dan juga sumbangan kepada ketua-ketua kampung dan JKK Dun Behrang. Dan kotak sumbangan beliau tertera cop 1Malaysia. Agaknya BN kasi semua tu. Maklumlah, YB Jamaluddin merupakan YB bebas menyokong BN.
Calun dari BN untuk DUN Behrang khabarnya dari MIC. Kaum India dan Cina tidak suka kepadanya atas sebab-sebab yang tertentu. Begitu juga jika calun PKR, mereka masih marah YB Jamaludin melompat tempohari. Jika dirisik pandangan kaum bukan melayu, mereka lebih suka jika PAS yang meletakkan calun.
Khabarnya Pakatan Rakyat pula akan meletakkan calun dari parti PKR. Di Behrang/Tg. Malim PKR sentiasa bergolak. Di luar nampak tenang, tapi di bawah, arusnya begitu bergelora. Masaalahnya berebut untuk menjadi calun. Kerja habuk pun tarak. Di peringkat ranting dan akar umbi PKR pula majoriti tidak suka kepada calun bayangan yang sedia ada. Mereka kata jawatankuasa PKR dalam DUN ini hanya lebih cakap dan syok sendiri sambil berangan-angan.
Pada pemerhatian gua, kalau Pakatan Rakyat  mahu menang di Dun Behrang, sebaiknya diletakkan calun dari Parti PAS. Pimpinan PKR dan PAS kawasan rajin2lah turun kedai kopi. Dengar-dengarlahlah sembang orang kampung. Itu pun sakit bhai, kalau nak menang.

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


BLOG PERAK: 07 <b>di bercham</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Nov 2012 07:44 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

khidmat lori sewa pindah rumah <b>di bercham</b> 019-5536710 nasir

Posted: 02 Nov 2012 12:21 AM PDT

Nama: NASIR
Email: nasirnasir95@ymail.com
Website:
Tajuk: KHIDMAT LORI SEWA PINDAH RUMAH DI BERCHAM 019-5536710 NASIR
Iklan: KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN LORI SEWA UNTUK KEGUNAAN PINDAH RUMAH,PINDAH PEJABAT,DAN PENGHANTARAN BARANGAN KILANG.HARGA BOLEH RUNDING.JIKA ANDA MEMERLUKAN KHIDMAT KAMI,SILA HUBUNGI;
019-5536710 NASIR
Ip Pengirim: 118.101.201.102

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


Sepetang <b>Di Pantai Remis</b> - anak En. Yusni

Posted: 24 Feb 2013 05:38 PM PST



Dan Selamat Berkerja bagi mereka yang berkerja macam 
AEY nie... seyes paling benci ari senin nie
Tapi nak buat macam mana.. kena la kerja...
kalu x mana nak dapat duit tOk makan gan soping kan??
ahahhaha

ok2 xmO membebel lagi..

mOh AEY citer mana AEY pergi mereban
masa ari ahad 24.02.2013


mula2 ingat nak p pekena CENDOL BAKAR
teruja sangat bile tgOk kat JJCM 
tapi bile sampai

v
v
v
v
v
v
v

 nie la hasilnya...xsangOp asenya nak beratOq..
yang Drive-thru lagila...
Last2 kami ke Pantai Remis..
wahahaha kire feberet AEY tu..
tapi sOry sangat2 xsempat tangkap mana 
taknya tangan kiri kanan pegang kerang, siput, ketam lala..
Lala : 1 kilo 2 ingit / 3kilo 5ingit
kerang : ikot saiz bermula dari 3ingit sekilo
ketam gan udang mahal sikit time tu..
nie sebahagian gambar kami berjimba di pantai remis..



# ader sapa2 xtau kat mana pantai remis??
klik >> SINI

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Wanita Maut Kabel Lif Putus <b>Di Lumut</b> | MyNewsHub

Posted: 16 Feb 2013 06:46 PM PST

Kabel Lif Putus

IPOH – Seorang wanita maut selepas lif dinaikinya terjunam dari tingkat lima di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

Menurut sumber, wanita yang maut itu dikenali sebagai Zamzila Isharuddin, 38, yang juga isteri seorang daripada anggota TLDM.

Kejadian berlaku selepas kabel lif dinaiki mangsa pada Khamis lalu tiba-tiba terputus menyebabkan lif berkenaan menjunam.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Manjung sebelum disahkan meninggal awal pagi semalam dan dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Sementara itu, sumber TLDM yang dihubungi enggan mengulas lanjut berkaitan kejadian dan menjelaskan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – Sinar Harian Online

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Sungai lumpur <b>di Ipoh</b> menghanyutkan 3 kereta

Posted: 02 Mar 2013 04:46 AM PST

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Penduduk di Taman Kledang Permai dan Taman Arkid, Ipoh terkejut apabila melihat sungai lumpur yang menghanyutkan 3 buah kereta. Menurut seorang penduduk yang tinggal di atas bengkel di Persiaran Kledang Permai 7, berkata yang terdapat bunyi gegaran kuat sekitar jam 2.30 pagi Jumaat lalu. Ia menghanyutkan 3 kenderaan yang diletakkan berdekatan kawasan tersebut. Selain itu, lebuhraya Ipoh-Lumut juga tidak dapat digunakan dan memaksa pengguna jalanraya menggunakan laluan alternatif.

Sumber :- TheStar

Anda tengoklah gambar kereta ni.
kledang-permai-mudslide-n6
Pasti bukan mudah untuk memperbaikinya. Diharap tuan kereta tidak mendapat kecelakaan.

Related Posts with Thumbnails
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Omak Kau!!!!: CERAMAH DSAI <b>DI BOTA</b>, PERAK BUAT NAJIB <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 12:34 AM PDT


Inilah susana dan pemandangan diKampong Padang Tenggala, Bota, Perak, semalam apabila DSAI pergi bertemu rakyat tempatan disana.

Turut menyampaikan ucapan ialah

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KeADILan, Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty.

Yang hadir bukan setakat seratus dua tetapi ribuan. INI YANG BUAT NAJIB BOTAK KEPALA BEB!!!!

Fitnah kata DSAI dalang Sulu ceroboh Lahad Datu tidak laku.

Lagi DSAI diserang lagi ramai rakyat mau UMNO tumbang!!!.. Ini bukan khayalan tetapi kenyataan... FAKTA BUKAN AUTA.

Tak caya lihat dengan mata kepala sendiri rakaman-rakaman gambar yang dimuat naik.

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Vectorise Logo | Sekolah Kebangsaan <b>Malim Nawar</b>

Posted: 05 Mar 2013 08:57 PM PST

Sekolah Kebangsaan Malim Nawar

Malim Nawar adalah sebuah pekan yang terletak di Daerah Kinta, Kawasan Parlimen Kampar, Perak. Lokasinya berada kira-kira 40 km ke selatan bandaraya Ipoh, Perak dan kira-kira 14 km di utara bandar Kampar, menghala ke sebelah kiri dalam perjalanan dari Kampar ke Ipoh dan kira-kira 6 km dari Simpang Kuala Dipang. Sungai Kinta, di bahagian barat Malim

download-button-02

dap dabik dada tawan <b>malim nawar</b> sebelum pru13 - hak malaysia

Posted: 28 Feb 2013 03:38 AM PST

Belum lagi PRU13 bermula,belum lagi dibubarkan parlimen, DAP sudah mendabik dada mengatakan sudah memenangi di kawasan Malim Nawar dengan harapan orang cina menyokong DAP pada PRU13 kali ini.

Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar berkata DAP meramalkan akan memenangi Malim Nawar akibat pertambahan peratusan pengundi Cina.

V Sivakumar telah lupa bahawa isu Keshvinder yang mewakili penduduk Malim Nawar melompat parti telah mendapat restu penduduk Malim Nawar kerana meluat dengan DAP yang tidak kotakan janji kepada Penduduk malim Nawar. Pusat Khidmat DAP dikhabarkan tidak bergerak aktif sepanjang penggal ini dengan wakil barunya yang datang dari orang luar kawasan jarang memberikan layanan yang baik terhadap komuniti setempat.

.Jika V Sivakumar tidak melihat perkara itu secara kasar,mungkin DAP akan berkubur kerana BN telah mula menyusun strategi mendapatkan kembali kawasan Malim Nawar ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


PANAS! DAP dan PSM Berebut Kerusi <b>di Jelapang</b> | Apple Biru

Posted: 27 Feb 2013 07:00 PM PST


Itulah Pakatan Rakyat. Namanya berpakat tapi berkelahi jugak. Ada ura-ura Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikaitkan dengan komunis akan meletakkan calon bertanding di DUN Jelapang. Ini bermakna, wujud pertandingan 3 penjuru antara DAP, PSM dan BN.
DUN Jelapang telah dimenangi oleh DAP pada tahun 2008 oleh Hee Yit Fong dan telah keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas mesra BN. Sebelum ini PSM bertanding di satu kerusi parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum 2008, dan bercadang untuk bertanding dalam kerusi lagi iaitu di Jelapang. Saraswathy (Gambar Atas) adalah calon yang disebut-disebut akan diletakkan oleh PSM. Adeeh! Komunis dah masuk!

Jeyakumar telah menggesa Pakatan Rakyat untuk memberi laluan kepada calon namun hingga kini PSM sendiri bukanlah rakan sekutu rasmi Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat masih lagi berdolak dalih untuk menerima PSM dalam sekutu kerana Pakatan Rakyat sendiri takut akan menerima impak negatif dari rakyat apabila PSM dikaitkan dengan agenda Komunis. Mat Sabun macamana pulak? Bukankah Mat Sabun antara penyokong komunis? Kesian..
Tidak mungkin DAP Perak akan melepaskan kerusi DUN Jelapang semudah itu. PSM bagai peminta sedekah untuk mendapat simpati. Jadi berkelahi lah sampai berebut-rebut kerusi. Pada Pakatan Rakyat, berpolitik sepanjang masa tapi masalah rakyat masih lagi tidak dipedulikan...

Cuba baca petikan dibawah daripada DAP Insider,
Tetapi panglima perang DAP Perak berhujah bahawa Jelapang adalah kerusi majoriti Cina dan oleh itu seorang wakil DAP akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada bahagian pilihan raya itu. Tetapi di mana adalah bahawa semangat 1Malaysia dalam DAP - sesuatu yang Kit Siang terus mencemuh dan menghina Muhyiddin Yasin. Dan tidak Hannah Yeoh mahu Anak Malaysia? - Yang kuat disokong oleh Lim Guan Eng sendiri. Jadi, apabila ia datang kepada amalan sebenar politik keras, prinsip-prinsip ini seolah-olah terbang keluar tingkap dan kita kembali kepada hujah-hujah perkauman. Justifikasi hanya seolah-olah bahawa kerusi itu adalah di kawasan majoriti Cina.
Secara realiti bahawa dalam DAP, kita sebenarnya tidak mahu blok mengundi India tetapi sebaliknya meletakkan beberapa personaliti India untuk memenuhi penampilan pelbagai kaum? 
Secara ringkas, DAP hanya menggunakan kaum lain sebagai alat untuk mencapai cita-cita. Lakonan demi lakonan dicipta untuk meraih undi kaum lain. Kome fikir-fikirkan lah..

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Sepetang Semalam <b>di Bukit Merah</b> | Blog Maya Dot Com

Posted: 16 Dec 2012 11:00 PM PST

cuaca punya la panas menyengat kat bukit merah ni ha.
peluh tik tik tik menetes netes.
kat jeti yaya & caca sambung lagi bagi ikan makan.
ada satu kumpulan itik yang comel nya lahai..
pastu terus ler balik ke hotel.
budak budak nak terjun tiruk dalam pool.
saya macam biasa lah, jadi pemerhati bebas saja.
seronok la budak ni dapat melampiaskan skill renangnya.
tapi belum cukup power lagi. kena asah lagi sayang.
dah puas mandi manda segala, balik bilik siap siap nak keluar dinner.
saya kan.. hmmm.. nak nangis tengok yaya buat solat jamak taqdim.
sumpah tak pernah terfikir yang anak saya tahu solat jamak ni.
sebak melihatnya sob sob sob..
plan nak makan kat luar bukit merah tu je, tapi sebab itu satu satunya gerai yang ada, makanya penuh bebenau.
sudahnya meredah highway, gi makan kat kamunting.  belasah je la.
apa tah nama restorannya, lupa. tapi sokayyy makanan sedap juga.
sebelum masuk tidur saya dengan encik z layan kerusi urut rest n go ni kat lobi hotel.
bahagian tertentu terpaksa dicensor atas sebab sebab keselamatan.
selamat malam bukit merah!

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Kuala Kangsar</b> - My Kerjaya <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 10:07 PM PDT

Kekosongan di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

1. Penolong Pegawai Tadbir (Pelancongan)

2. Penolong Pegawai Penilaian

Tarikh Tutup: 20 Mac 2013

Klik Untuk Maklumat Lanjut

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Le Tour De Langkawi (LTDL 2013) in <b>Chemor</b> - Blog Anak Jati <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 09:23 PM PST

Seawal jam9 pagi lagi sudah beratur rakyat-rakyat di sekitar Pekan Chemor Bagi melihat Pertandingan Basikal Lumba yang terkenal di seluruh di dunia yang dipanggil Le Tour De Langkawi. Sekali lagi Chemor menjadi salah satu jalan utama bagi pertandingan LTDL buat kali ini. Sekitar jam 9.30Pagi ,kami melihat banyak kenderaan penaja dan Marshall lalu sambil membunyikan hon .Petugas-petugas media juga turut bertugas pada hari tersebut bersama-sama Polis bagi mengawal lalu lintas dan kelancaran LTDL. Laluan pada kali ini bermula dari Sungai Siput Utara dan akan berakhir di Cameron Highlands. DM sempat menangkap beberapa foto buat tatapan pembaca blog DM yang tidak berkesempatan untuk turut serta melihat Rombongan Pelumba handalan Dunia beraksi pada LTDL pada tahun ini. Ayuh saksikan:


























semoga tahun-tahun yang mendatang, Chemor menjadi laluan utama LTDL bagi edisi yang seterusnya..
TERIMA KASIH/THANK YOU/SYUKRAN