Rabu, 19 September 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Shafie Nor: Gerakan tanding <b>di Gopeng</b>, Malim Nawar?

Posted: 23 Aug 2012 04:38 PM PDT

IPOH, KHAMIS, 23 Ogos, 201: Parti Gerakan Bahagian Gopeng mempunyai calon boleh menang yang diterima pengundi di Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar iaitu dua kerusi yang ditandingi MCA sebelum ini.

Kenyataan itu adalah reaksi terhadap laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 14 Ogos lalu bahawa MCA akan bertanding di Parlimen Puchong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu kerusi yang ditandingi Gerakan sejak dua pilihan raya umum lepas.

Ketua Gerakan Bahagian Gopeng, Dr. Lee Chee Peng berkata, sekiranya MCA merasakan calon mereka boleh menang dan mahu bertanding di Puchong, Gerakan juga berpendapat parti itu boleh menawarkan calon boleh menang di beberapa kawasan tertentu yang ditandingi MCA di Perak.

"Gerakan Gopeng tidak menentang hasrat MCA bertanding di Puchong tetapi kami hanya akan bersetuju jika kerusi itu ditukar dengan parti komponen lain dengan persetujuan bersama," katanya kepada pemberita di Wisma Gerakan, di sini hari ini. - UTUSAN

Mydin Buka Pasar Raya Borong <b>Di</b> RTC <b>Gopeng</b> – Perak Today

Posted: 17 Sep 2012 10:20 PM PDT

Sektor peruncitan terus berkembang pesat di Perak apabila syarikat MYDIN Mohamed Holdings Bhd (Mydin) akan membuka cawangan ketiganya di negeri itu, akhir November nanti.

Gedung pasar raya borong itu akan dibuka di RTC Gopeng, dekat membabitkan pelaburan berjumlah RM65 juta.

Dipetik daripada Bernama , Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, Mydin Mall yang dibuka di RTC Gopeng itu mempunyai konsep berbeza dengan cawangan Mydin lain kerana pihaknya memberi tumpuan kepada jualan produk hasil industri kecil dan sederhana (IKS).

"Pasar raya Mydin di RTC Gopeng lebih menumpukan kepada barangan IKS, ruang jualan untuk disewa juga kami beri kepada pengusaha IKS selain memodenkan kaedah penjualan hasil tanaman dan ternakan seperti sayur-sayuran, ikan dan daging," katanya pada jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran pasar raya borong Mydin di Gugusan Manjoi, baru-baru ini.

Tegasnya, pembukaan cawangan itu sekali gus menjadi cawangan ketiga Mydin di Perak selepas di Gugusan Manjoi dan di Meru Raya, dua bulan lalu.

Tambahnya lagi, pembukaan cawangan baru itu tidak menjejaskan peniaga dan pemborong sedia ada di RTC Gopeng.

"Kita akan berusaha membantu meningkatkan sistem jualan borong serta peruncitan di kawasan itu supaya lebih sistematik dan mementingkan aspek kebersihan.

"Selain itu, lebih banyak gerai jualan dan makanan akan disediakan bagi menarik kedatangan pengunjung ke RTC berkenaan.

"Pada masa sama, kami turut menyediakan lebih 100 kios atau gerai berkonsepkan 'flea market' bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan memasarkan produk jualan masing-masing," katanya.

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Rakan 1Klik: Kemajuan Dan Pembangunan <b>Di Pangkor</b>

Posted: 07 Aug 2012 09:19 PM PDT

Dalam entry yang terdahulu saya telah menceritakan perihal burung enggang di Pangkor tetapi kali ini saya ingin menceritakan pembangunan di Pangkor. Semasa sampai di jeti Lumut terdapat banyak kemudahan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan antaranya bazaar, gerai makanan, hotel dan sistem parkir bertingkat. Pembangunan yang berlaku ini menyebabkan Lumut menjadi lebih ceria dan lengkap dengan kemudahan untuk menjadi tempat memulakan perjalanan ke Pulau Pangkor.
Dengan kemudahan yang telah disediakan di jeti, pengunjung akan lebih mudah untuk memulakan perjalanan ke Pangkor. Bermula daripada jeti yang lengkap dan kemudahan feri yang disediakan dilihat dapat memberikan kepuasan dan suasana yang ceria dalam melalui perjalanan ke Pulau Pangkor. Setibanya di Pulau Pangkor, telah banyak pembaharuan dan kemudahan yang disediakan antaranya adalah pondok menunggu dan kemudahan Teksi untuk membawa penumpang ke destinasi yang ingin dijadikan tempat penginapan. Para pengunjung tidak perlu menunggu lama kerana terdapat lebih 150 buah teksi yang terdapat di Pangkor dan ini sangat memudahkan pengunjung untuk melawat di sekitar Pulau Pangkor.
Kemudahan yang disediakan ini bukan terhenti di situ sahaja tetapi di kawasan tepi pantai teluk nipah juga telah dilakukan pembangunan beberapa deretan bangunan di mana dibuka kedai-kedai makan, kedai cenderamata dan kemudahan bilik menukar pakaian. Jika dibandingkan dengan sekarang, pembangunan yang berlaku di Pangkor ini dilihat salah satu daripada usaha kerajaan untuk menarik minat pelancong dan meningkatkan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.
Selain itu, sempat juga saya pergi ke perkampungan nelayan dan melihat sendiri bagaimana aktiviti yang dilakukan oleh para nelayan. Kemudahan jalan raya di sekitar pulau tersebut juga merupakan salah satu kemudahan asas yang paling utama bagi memudahkan perhubungan untuk ke tempat-tempat yang ingin dilawati. Sekian dulu untuk kali ini...
Rashid: Kemajuan yang ada pada hari ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sangat prihatin dalam membangunkan serta menyediakan kemudahan untuk dinikmati rakyat.

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Panas! BN menghina rakyat <b>Hutan Melintang</b> : Media Perak

Posted: 15 Jul 2012 05:45 AM PDT

Ingat lagi pasal perasmian balai bomba baru  Hutan Melintang yang aku pernah tulis aritu? Alhamdulillah, setakat ni aku tak dengar lagi ada kebakaran di kawasan kami ni. Harap-harap pun tak la. Tambah-tambah dekat-dekat nak puasa ni..nak raya pulak lepas tu kan?

Cuma yang tak sedap telinga aku mendengarnya ialah ada cerita di balik cerita. Macam ni. Hari tu aku cuma tulis perasmiannya dibuat oleh Raja Muda Perak. Yang datang mestilah ramai. Termasuklah pak-pak menteri dan mak-mak menteri. Zahid Hamidi ada. MB Zambry tu pun ada. Dia kan MB Perak walau pun hati aku masih berat nak mengaku dia sebagai MB aku.

Ok. Yang aku terpanggil nak buat susulan cerita ni sebab YB Kesavan, wakil rakyat DUN Hutan Melintang rupa-rupanya tak diundang masa perasmian tu. Mana aku tau? YB sendiri yang cerita pada aku dan sorang lagi team Media Perak. Dia hanya tau bila melihat banner-banner yang begitu banyak dipasang di merata tempat dari Teluk Intan sampailah ke Hutan Melintang. Dan dia berharap dari hari ke hari,  dia akan terima kad undangan. Tunggu punya tunggu, hampeh!

So, pada hari perasmian dia pun pergi. Sampai kat dalam , YB memperkenalkan diri di bahagian protokol. Depa tanya ada kad jemputan tak? YB kata dia wakil rakyat situ tapi dia takde terima apa-apa kad. Oleh kerana banyak sangat soal jawab, dia pun bergerak ke khemah orang awam. Tak lama lepas dia tercegat di situ sebab bangku semua dah penuh, datang la  sorang pegawai. Dia ajak YB masuk ke bawah khemah tetamu kehormat yang bersebelahan dengan pentas di raja.

Tapi  macam tadi, YB memberitahu dia tak nak ke sana sebab dia takde terima kad! Tak lama lepas tu, datang sorang lagi pegawai,yang pangkatnya agak besar sikit dari yang tadi, mengajak YB masuk ke bawah khemah kehormat. Sekali lagi YB menjawab dia tak akan masuk ke situ sebab dia tak terima jemputan secara rasmi. " Biarlah saya duduk bersama rakyat yang telah memilih saya sebagai wakil mereka..dan saya anggap kedatangan saya ini sebagai rakyat.." Maka terkulat-kulatlah pegawai tu mendengar jawapan YB Kesavan.

Setelah  YB berdiri sekian lama, majlis pun tamat. Raja Nazrin yang diiringi  Zahid Hamidi, Zambry dan orang-orang  kenamaan berjalan untuk menyantuni rakyat jelata. Bila sampai  di khemah orang awam, YB pun turut sama bersalam dengan Raja Muda! Yang bestnya YB menegur Raja Muda. " Ampunkan patik,Tuanku. Patik wakil rakyat Hutan Melintang datang sama-sama menyambut Tuanku walau pun patik tak dijemput secara rasmi.." Raja Muda menjawab, " Ohh..YB, I am happy to see you here..How are you? We talk about it later.."  Haaa…. Pucat pasi muka si Zahid Hamidi dan Zambry!

Ok. Itu kes pertama. Rupanya BN ni memang haprak. Aku tak tau apa ada dalam kepala otak depa? Pada 6hb.Julai yang lepas, satu upacara pecah tanah telah selamat dijalankan di sini. Orang Kampung Sg Ipil hinggalah ke Sungai Dulang bakal dapat jalan baru! Dan projek ni termasuk dalam DUN Hutan Melintang!  Sekali lagi YB Kesavan tak dijemput! Ni apa celop ni???? YB jugak yang ceritakan perkara ni  pada kami  di malam pelancaran bilik gerakan pilihanraya PR di Parit 11 , Sungai Sumun dua  minggu yang lepas.

Terang-terang ini projek Jabatan Kerja Raya Perak untuk rakyat Perak tapi korang tengok la..Semua projek dah jadi projek BN! BN benar-benar dah menghina rakyat Hutan Melintang dengan menafikan YB Kesavan sebagai wakil rakyat yang sah. Ate? Apa tunggu lagi? PRU 13 kita talkinkan semua konco-konco BN . Jangan dibagi peluang lagi walau sebesar hama.

Berani buat perubahan …^_^

Related posts:

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


.yana lyana.: Memungut <b>remis di Pantai</b> Pengkalan Balak, Melaka

Posted: 16 Sep 2012 07:50 AM PDT

Cuti hujung minggu aku kali ni ialah bersama rakan-rakan guru. Diorang buat hari keluarga di Pengkalan Balak, Melaka. Mula-mula malas sangat nak join sebab i belum ada keluarga kan. Baik habiskan masa dengan keluarga sendiri di rumah. Lagi heaven. Tapi last-last terjoin juga sebab aku fikir ada geng je pun. Kalau geng takde, memang aku pun non hado nak join. hee
Diorang berkumpul di sekolah pada hari sabtu dan berkonvoi sama-sama menuju ke D'Nelayan Beach Resort. Aku tak join sebab aku dari Seremban. Alahai sejam je pun perjalanan. Ingatkan jauh sangat rupanya lagi jauh Gemas tu ha. Baik aku posting Melaka je haritu. :p
Cerita lebih detail nanti aku update ok. Cari mood rajin dulu. hee
So aktiviti pagi tadi ialah memungut remis. Uols tahu ke idok apa itu remis? Aku pun memula tak tahu jugak tau siap google lagi nak tahu camne lah rupanya si remis tu. kekeke...

Kebetulan kat pantai tempat kitorang menginap tu ada banyak remis. Cara nak pungut? Ko duduk-duduk je situ, raba-raba pasir sikit dan jumpa. Memang banyak. Pungut remis ni boleh buat kita leka tau. Sebab sambil-sambil duduk, sambil-sambil rasa dalam pasir tu, sambil-sambil juga ombak kuat hentam badan, memang sedap. hehehe...
Banyak jugak kitorang dapat tapi tak pergi hantar timbang pun. Ada pertandingan sebenarnya siapa kutip paling banyak tapi tak kuasa nak timbang sebab masa tu sibuk nak mandi kolam renang. Kolam kanak-kanak pulak tu. haha..
Tu je pun peluang yang ada sebab masa tu semua orang sibuk bersukaneka. Kalau tak tu, jangan harap lah nak merasa mandi kolam tu. Memanjanglah penuh dengan budak-budak. Eh tak kisah lah budak ke mak budak ke bukan semua orang suka mandi kolam ke? eh...
Taraaa! Dan ini hasilnya remis kitorang yang tak berapa banyak. hehe..
Aku bawak balik sikit dan dah masak dah pun untuk makan malam tadi. Sedap juga. Manis-manis lemak gitu rasanya. Macam makan kuaci. hehe...
Nak tunggu hari Selasa pulak sebab dah janji dengan diorang nak masak remis sesama dan kenduri hamper yang kitorang dapat untuk cabutan bilik bertuah. 
Tak sabar tak sabar...hehehe...

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


MCD fall in luv with KFC: Lapor Diri <b>di Ipoh</b>

Posted: 03 Sep 2012 07:12 AM PDT

3.9..2012 pg2 buta lg mak da kjut

suh bgn tdo mnd n smyg sbuh..

sbb pg ni lapor dri kt IPOH..

rushing dr umh ke Ipoh..da la

jln ipoh tu sy xcekap lgsung..

3x pusingla bru smpai ke Bangunan

Perseketuan Ipoh..pdhal sng je..

tp 1stme drive xsmpt nk tgk

signboard sgt.huhu..ditemani abah

tercinta..kol 8.30 sampai.

pttnya kol 8 kne der kt sne tp da

sesat nk wat cmne.tahan telinga kjp

kne perli ngn Pengarah.huuuhu.

akhirnya sy ditempatkn di kawasan

Kemunting..xjauh sgt dr umh.

hope okla nnt...sok da stat mngajar

kids..bestnya..xsbr nk jmpa murid

seramai 35 org tu ok...xdpt jd cikgu

btol2..cikgu tabika pn ok kn...

bkn sng nk dpt gov skunk..

bersyukur sgt dgn rezeki yg diberi

oleh Nya..n yg paling penting tarikh

kawen da der..horeeee...so alang2

da stay kt kg lehla uruskn smua..

hepy preps nora...


Published with Blogger-droid v2.0.4

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


MotherHooD StorY: RAMADHAN 2012 | <b>DI SLIM RIVER</b>

Posted: 24 Jul 2012 08:37 PM PDT

1 Ramadhan, kami bertiga adalah pulang ke Slim River bersama family en.sOmi...
ramai balik.. so, ke sana le kami.. yeay!!
best. dah lama tak berkumpul.
ini budak kicik sudah dapat kaki sudah tak muleh dok diam...
jap dok atas kusi, jap krang nak turun bawah tu..
so, aku cakap kat en.sOmi.. kita siapkan aje bawah tu kasi lambak semua menan..
haaaaa.... kemain sengih gelak ngekek dia ketung ketang kat bawah tu..
sampai dalam kul 10 ke 11 pagi macam tu..
mandikan sakinah.. nak rehat2.. mak ajak gi Yat Fong bli barang dapur..
tak jadi rehat.. beramai-ramai ke Yat Fong (Tg. Malim)..
sampai Yat Fong, homak haaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.........
kemain penuh manusia dalam kedai secoit tu..
nak jalan pun berselisih bahu dah..
then gi singgah TF (Behrang).. puuuuuuunnnnnnnn penuh!!!
sudahnye... balik umah je..
zuhur kejap.. rehat kejap.. dah kul 3ptg..
eh.. dalam pada tu, potong bawang, potong sayur dan lain-lain untuk masak nanti..
sebab kul 3ptg nak gi bazar ramadhan kat trolak.. nak jenguk kak long & family meniaga kat bazar ramadhan... semangat!!! best diorang ni.. meniaga satu family turun.
makan badak berendam yang mavellessss pastu minum air tebu fresshhhhh dari ladang depan umah je........ hihihihihihi.... *telan liur* pergh.
si suami yang berada di belakang tabir..
si ibu memproses air tebu bersama anak lelaki tunggal
si anak perempuan pertama dan ketiga menjual di hadapan
diorang dah habes niaga!!
yang tinggal badak berendam 5 yang diorder khas ngan air tebu yang tinggal secawan je kot.. huhuhu... best ohhh niaga macam ni.... kul 5ptg dah bleh goyang kaki. huiiiii.... berbaloi2 kak long amik cuti 2 minggu semata-mata nak meniaga.. aku pun sanggup macam tu! hehek.


  

sakinah bersama orang-orang tersayang
tu muka dia macam tu sebab ngantuk tapi taknak tido..
haaaaa.... rasakan kena usung ke hulu ke hilir...
balik tu sakinah terus dipaksa tidur!
ye la.. pagi tu bangun kul 6.30pagi pastu tak tido dah.. haihhhssshhhh.... tak bleh jadi la macam tu kan.... siang-siang hari pun dok tutup pintu.. tutup tingkap.. tutup langsir.. kasi gelap gulita... kasi susu.. pastu ayah buat-buat tido... pastu barulah dia nak tido.. zzzzzzz... eh, tapi yang benarnye aku tak tau sape yang tido dulu.. ayah ke sakinah?? hahaha.. adat le tu.. amik kesempatan selagi ada... aku dok sibuk kat dapur dah.. masak berbuka... masak ngan mak mentua tu...... haha.. suka!! sebab mak mentua aku ni takde hal punye... aku dapur kiri, mak dapur kanan.. mak masak, aku basuh pinggan.. gitu... tu kalau berdua la.. kalau akak ipar ngan adik ipar aku ada.. tugas aku... pantau anak-anak... si sakinah tu kalau dah jumpa darwisy... membontot je dia... darwisy ni abang yang lembut bila dengan adik.. sakinah plak ganas... darwisy kena ketuk dengan sakinah pun ngadu sikit-sikit kat mummy, pastu sambung main... haduhaaaiiiilah anak oiii.... gitu le kekdahnye bila dedua anak sulung.. jadi tak bape reti berkawan.. hahahhahaha.... ailoike!
semua makanan dah terhidang.



cempedak goreng (mak buat)

kuih badak berendam (adik mak buat)
haaaaa..... semua pun buat sendiri.... no no no beli okehhhh......
ade lagi yang takde gambar.. macam bubur jagung dan lauk pauk.. air teh o panas je buat sendiri.. air lain diorang beli ikut citarasa masing-masing.. meriah!!! family kak long pun berbuka kat umah mak... humakhaaaiiiihhhhh.... terus rumah tu mengecik. eh? hahahha... ramai-ramai berbuka... selera je memasing!! kalau tengok semua menu... aku buat popia je.. yang lelain semua mak mentua aku yang masak. haahahahhahahahahahahahaha....... ok la tu... ai tolong belakang tabir je... mak pakar.. biarkan mak yang masak. hihihihihiihi.... i love you mak!





.






















07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Anak Haji Amir: <b>Bukit Merah</b>

Posted: 09 Sep 2012 06:39 PM PDT

Pada bulan Jun lepas ( masa tu cuti sekolah )aku dan keluarga telah pergi ke Bukit Merah kerana Cik Wife ada kursus di sana. Jadi kitaorang pun ikut jugak la sekali, semua perbelanjaan, tido makan ditanggung beress...
Ummi diorang ada kursus, jadi bapak la kena jaga..Uqaiel kat belakang, tak dok diam main air..
Ni pulak keesokan harinya...

Diorang ni selamba je, aku gak gayat...hehehe
Lepas tu naik skycycle pulak...
Kena kayuh dengan tangan....
Naufal yang ditugaskan mengayuh, kepenatan....
Berhadapan chalet di atas air...( air kering masa ni, tak berapa elok )-lepas ni la kamera yang nabil pegang hilang ( yang kat tengkok dia ), dia tertinggal masa asyik tengok mainan...

Eh, ni kaki sapa pulak.....kena gigit ikan...
Tu dia, Naufal tersengih kegelian....


Ummi dah keluar seminar dah...


Ni hari terakhir....mandiii...!!! ( selepas Ummi habis pukul 10.30 )
Layan Uqaiel naik pelampung..


Siapa yang menyelam ni....



Uqaiel dengan gaya ala-ala K-Pop....


Dua beradik ni bergilir untuk tolak satu sama lain...





***Walaupun panas, bebudak enjoy mak bapak pun enjoy!!!

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Hujan Lebat <b>Di Chemor</b>

Posted: 10 Mar 2011 05:29 AM PST

Hujan yang lebat turun hari ini di Chemor bermula pukul 4 petang hingga pukul 5:30 petang. tegels badkamer . Ianya telah menyebabkan kesesakan lalulintas di pekan Chemor. Domain Names . Walau bagaimana pun tidak ada mana mana kawasan yang terkena banjir kilat.

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


4 beradik Melayu terbiar <b>di Sungai Siput</b> - PDK SELAYANG / CBR <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 10:41 AM PDT


SUNGAI SIPUT: Empat beradik ditemui hidup terbiar dan kelaparan selepas ditinggalkan ibu kandung mereka yang tidak pulang ke rumah di Taman Makmur, di sini, sejak beberapa bulan lalu.
Lebih malang apabila tiga daripada empat beradik itu tidak bersekolah berikutan tidak diberikan wang saku selain dibiarkan hidup tanpa jagaan sempurna oleh bapa mereka yang ditahan polis selepas disyaki terbabit jenayah.

Nasib malang empat beradik itu mendapat perhatian Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, R Ganesan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Siput yang melawat rumah mereka pagi semalam.
Ketika lawatan mengejut dilakukan, empat beradik itu, Nor Hidayah Abdullah, tiga tahun, Nor Iman Abdullah, lapan tahun, Nor Ain Abdullah, 10, dan Norr Effa Abdullah, 14, tidak bersekolah dan sekadar berkeliaran di sekeliling rumah.

Jiran mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, rata-rata penduduk di kawasan perumahan itu simpati nasib empat beradik itu.

Menurutnya, mereka mula menyedari ibu kanak-kanak itu tidak pulang ke rumah sejak lebih tiga bulan lalu, manakala bapa mereka bersikap 'lepas tangan'.
"Penduduk bergilir-gilir memberikan makanan dan bantuan bagi memastikan empat beradik itu tidak kelaparan.

"Saya memastikan kanak-kanak itu diberikan roti atau nasi setiap hari. Saya tidak sampai hati melihat mereka kelaparan," katanya.
Menurutnya, penduduk di kawasan itu beberapa kali membawa Nor Hidayah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sungai Siput selepas kanak-kanak malang itu diserang penyakit sawan.

"Ada penduduk memberikan wang saku kepada Norr Effa bagi memastikan kanak-kanak itu dapat ke sekolah," katanya.

Seorang lagi jiran yang enggan namanya didedahkan mendakwa sering melihat Nor Hidayah merayau dan dihantar pulang orang ramai yang prihatin.

Sementara itu, Norr Effa yang disoal pegawai JKM gagal memberi maklumat jelas berhubung lokasi ibu dan bapanya berada.

"Ibu sudah lama tidak balik dan ayah ada di hospital kerana sakit," katanya sambil menitis air mata.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu yang berjaya dihubungi Ganesan menggunakan telefon bimbit berjanji untuk pulang menziarahi anak-anaknya.

Bagaimanapun, pihak JKM meminta ibu kanak-kanak itu yang kini menetap di Sitiawan datang ke pejabat JKM bagi memberikan laporan sebelum tindakan susulan diambil.

Ganesan berkata, ibu kanak-kanak malang itu sebelum ini pernah bekerja di sebuah kedai judi di pekan Sungai Siput sebelum berhijrah ke lokasi lain.

"Walaupun berlainan agama, rata-rata jiran berbangsa India di kawasan ini amat simpati terhadap nasib empat beradik itu. 
Pihak JKM mungkin akan menempatkan empat beradik itu di rumah kebajikan sekiranya penjaga atau waris mereka gagal mengambil tindakan sewajarnya....???
# Kenapa JKM perlu tunggu dan lihat lagi? Mereka telah terbiar selama beberapa bulan.... adakah JKM perlu menunggu beberapa bulan lagi? atau mungkin beberapa tahun lagi untuk membuat tindakan....,
## Sepatutnya tindakan segera dengan menempatkan mereka di bawah perlindungan JKM perlu dibuat (sebab JKM kan pelindung kanak-kanak)  sementara menunggu tindakan waris mereka!

"Agak menyedihkan apabila semua kanak-kanak itu dibiarkan bersendirian di rumah selain tidak diambil tahu ibu bapa soal kesihatan, persekolahan dan kebajikan," katanya.

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


ECE Technologies Buka Kilang Ketiga <b>Di Taiping</b>, Berjaya Tembusi <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 12:25 AM PDT

Syarikat ECE Technologies Sdn Bhd dijangka berupaya menawarkan pekerjaan kepada sekitar 1,500 hingga 2,000 rakyat Perak khususnya sekitar Taiping apabila kilang kelima dan keenamnya yang mengeluarkan mesin basuh dan penghawa dingin dibina menjelang suku kedua tahun depan.

Pengarah Urusannya, Mohd Mahyudin Zainal, berkata kedua-dua kilang syarikat itu akan diwujudkan dengan kos pelaburan berjumlah RM40 juta di kawasan perindustrian Kamunting.

"Sementara itu, kita juga sedang mengatur perancangan membuka kilang keempat juga di Kamunting yang mampu mengeluarkan 20,000 unit mesin basuh sebulan dengan pengeluaran maksimum 30,000 unit sebulan.

"Nilai pelaburan yang diperlukan untuk penubuhan kilang ini dianggarkan sebanyak RM25 juta," katanya kepada pemberita selepas perasmian kilang ketiga syarikat itu di Koridor Utara serta Jamuan Hari Raya di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai, dekat Taiping, hari ini.

Majlis perasmian kilang ECE Technologies Sdn Bhd bernilai RM12 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Datuk Redza Rafiq.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahyudin berkata, selain peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, kilang baru itu juga menawarkan lebih banyak tempat untuk latihan perindustrian dan teknikal, sekaligus menjadi sumbangan syarikat dalam merakyatkan perniagaan syarikat.

Satu lagi sumbangan syarikat ialah ialah Program Pembangunan Vendor dan pembukaan kilang baru di Kamunting itu diharap dapat melahirkan sekurang-kurangnya empat vendor atau pembekal yang beroperasi  seiring dengan pengeluaran kilang, katanya lagi.

"Vendor ini akan menjadi pembekal kepada komponen berasaskan plastik, besi, elektrik dan pembungkusan.

"Selain itu, mereka juga akan dibimbing selari dengan pembesaran syarikat dan kita mensasarkan melahirkan 13 vendor menjelang akhir tahun 2013.

"Melalui usaha ini, kedudukan syarikat lebih terjamin dengan pembekalan komponen yang diperlukan dengan harga yang berpatutan dan vendor pula mendapat pesanan kerja yang terjamin," tegas Mahyudin lagi.

Sebelum itu, Dr Zambry menyempurnakan majlis pelepasan dua produk kontena mesin basuh ECE semi-automatik untuk dieksport ke Thailand yang  bernilai RM314,000.

Selain mesin basuh dan peti sejuk, ECE Technologies turut mengeluarkan barang keperluan rumah yang lain seperti Plasma TV, pemain cakera padat serta barangan dapur antaranya periuk nasi dan pengisar makanan.

Produk syarikat itu berjaya menembusi pasaran negara Asia Tenggara antaranya Thailand, Mynmar dan Indonesia  dan tidak ketinggalan melebarkan sayap perniagaannya di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait dan Mesir.

my RLM 2012: Rumah Sewa Guru Pelatih RLM Terbakar <b>di Taiping</b>

Posted: 25 Aug 2012 11:17 PM PDT

(Berita dihebahkan ke Blog RLM 2012)
Salam & Salam 1 Malaysia,
.
Dukacita dimaklumkan bahawa rumah sewa Guru Pelatih(GP) RLM kita di Taiping telah terbakar pada hari Jumaat 24 Ogos lalu. Seramai 5 orang GP kita tinggal sehelai sepinggang dan telah berpindah ke rumah lain.

Sehubungan dengan itu, dipohon sumbangan Pusat Pengajian untuk membantu GP berkenaan. Saya akan ke sana seberapa segera sebaik sumbangan diperoleh untuk mereka.
.........................................................
Yus'aiman Jusoh @ Yusoff,
Lecturer, Educational Studies,
College of Arts and Sciences,
Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok, Kedah, Malaysia
.

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


LIVE!! Pidato Perdana Merdeka Rakyat <b>di Bukit Gantang</b>

Posted: 23 Jun 2012 08:24 AM PDT


Siaran langsung Pidato Perdana Merdeka Rakyat ini dibawakan kepada anda oleh SAMM.. oleh itu sila saksikannya di ( SINI )

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


PASPB: PANAS <b>DI KERIAN</b> !!! Himpunan Xpresi Anak Muda PAS <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2012 06:30 PM PDT


Ini Himpunan Xpresi Hijau Anak Muda anjuran Dewan Pemuda PAS Parit Buntar

Photo: Pagi tadi berlangsungnya Program Xpresi Hijau Anak Muda parlimen Pt Buntar. Alhamdulillah smbutan luar jangkaan.!! Ank muda Bangkit..!!





Ini pula himpunan belia dan beliawanis anjuran Pergerakan UMNO Bagan Serai



07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


.: <b>Padang Rengas</b>, Kuala Kangsar ^_^

Posted: 06 Jul 2012 01:15 AM PDT

yeah, hari nie cuti.. =D kemarin sukan sekolah so hari nie cuti peristiwa, bleh rehat2, online 24 hour, lyan running man, layan I Do..mo bgi rehat otak ku nie kjap sbb hari2 hadap RPH jak kerja, hehehe..
sebelum nie dak da kesempatan mo crita d mana aku praktikal, mana aku tinggal, ngan sepa, wat apa, sekolah mana and so on, jadi hari nie aku merajinkan diri ckit menaip, ngaa~~ tp hari nie mo crita tempat tinggal ku jak la, esok lusa or minggu depan bru crita pasal sekolah (nmpk btul mlas mo menaip, hahaha)..
right now aku stay umah pacik ku di Taman Utama, Padang Rengas, Kuala Kangsar, dia dak bagi aku sewa rumah luar, dia suruh tinggal di rumahnya jak practical nie..sekolah tempat aku praktikal just beside the taman, sgt2 dekat..jalan kaki pun boleh tp bepeluh jugak la bru smpai sekolah so pacik ku bgi 1 keta, ngee~~ dia ada dua keta, 1 dia pkai 1 dia bgi kami guna kehulu ke hilir, proton iswara, baik kan pacik ku, dak berkira langsung..sebelum aku praktikal pun dia dah ganti baru part kereta 2, ganti tayar, ganti seat, ganti bateri sbb dia takut aku kena sekolah di Sungai Siput, jauh dari rumah so dia pastikan kereta 2 selamat di pkai jalan jauh, tp last2 sekolah sebelah taman yg aku dapat,hehehe..aku tinggal isi minyak jak la utk pkai p sekolah e2 pun lmbat habis sebab sekolah dak smpai pun 5 minit dari rumah..aku first isi minyak sehari sebelum praktikal, rm30 and smpai skrg ada 1 bar lebih lagi, even aku selalu bawak p pekan yg jaraknya dalam 10 minit pun still minyak 2 dak luak, jimat kan, hehehe..and kereta nie la satu2nya di sekolah yang bunyinya menderum mcm kereta sport, sbb exzos nya besar..hahaha.. first2 2 aku risau jgk, boleh ka kereta nie masuk dalam sekolah ngan bunyinya mcm mo p racing jak, tp lantak la, dak kan mo parking d luar baru jln kaki, bilik guru ngan pagar luar bukannya dekat..but then after 2 weeks dak da jgak cikgu2 komen, that's mean ok la 2, selamat, hakhakhak..
dalam rumah nie semua lengkap..2 bnda yg aku suka, wifi ngan pemanas, hehe..ada wifi dak la aku susah2 mo bli broadband, save bajet ku ckit, 'cewah, mcm la ko yg bayar bil broadband 2, tgk2 mmk mu jgk yg ko suruh byar kan..' mgkin, hahaha..pemanas?? 'sblum nie ko pkai pemanas ka mandi baru p kelas awal2 pagi? buang tebiat la 2' dak la, since bnda 2 ada kita guna la kemudahan..sblum nie aku malas p kelas sbb mndi air sejuk 2 la, *bgi pelempang ngan diri sendiri*, hakhakhak..actually, sjak start practical nie pagi2 aku ssh btul mo kluar dari selimut, sejuk smpai tulang even kelajuan kipas just no.2..klu mo matikan kipas 2 lain crita plak jadinya, aku plak nnt yang dak boleh tdur, so dengan adanya pemanas boleh la aku psycho diri aku sendiri.. 'bgun la ira, skrg nie sejuk, klu ko turun di bawah 2, air mendidih pun ada klu mo pkai mndi, hilang la sejuk 2 trus'..huh, mcm 2 la aku didik diri sendiri, automatik aku bgun punya p mndi..dan disebabkan pemanas 2 la aku punctual dtg sekolah, dak prnah lmbat bgun, sblum 7.10am mmg ada uda aku tepacak dalam sekolah, hekhekhek..
biar pun semua kemudahan ada utk aku practical nie and boleh dikatakan segala2nya FREE tp dak boleh la aku wat rumah nie mcm hotel, sedar diri la jgk aku nie menumpang rumah org, hehehe..so, aku beli brang dapur, hari2 masak utk mkn mlm (pagi-ptg di sekolah so dak bleh masak waktu lain), kdang lepas sekolah bli lekor bawak balik, smpai umah wat air panas, trus minum ptg, cuci piring and so on.. weekend plak, kemas rumah, cuci kain, masak utk sarapan, tghari n mkn malam and wat apa yg patut..apa2 pun give and take and my mom pun pesan 'tlong macik mu, masak, cuci piring, jgn macik yg wat n klu ada masa p la bli ayam, ikan, sayur and brg2 rumah' so, i'll make sure semua keperluan dalam rumah nie cukup so that we all live happily ever after, tiba-tiba, hahaha..
tdi mcm mlas menaip, skali menaip 3 4 perenggan juga di hentam,hakhakhak..ok, tgk gmbar jak la uda..

bilik ku ngan c ain, hehehe.. ^_^
baby sean, dia la penghibur kami skrg nie di rumah..gmbar nie time dia kecik and mac d luar negara..either di london (tempat his dad) or kuwait (tmpat his mom kerja), aku pun dak sure..parentsnya kerja luar negara yang berlainan so wat sementara nie drg suru famlynya (macikku) jaga..his mom malaysian and his dad omputih so kacukan dua benua yang mnghasilkan baby comel nie, aku pun geram tgk..
dulu macik aku crita time first time c sean dtg cnie dia ckp bi jak..tp skrg nie hilang uda bi nya, hentam melayu uda, hahaha..tp kdg2 kluar jgk bi nya, mcm hari 2 aku, c ain n dia bejalan bertiga, dalam kereta 2 tiba2 dia ckp, 'kak tired', hehe..klu org ckp bi, dia marah, tp dia faham sebenarnya..aku pernah test satu kali,
s: kakak, mndi la..busyuk la..
s: ................ (dia mlas mo layan la 2)
trus dia p beg ku cari tuala, hahahaha..dia pun selalu b'skype ngan mommy and daddynya..klu daddynya tanya dalam bi, dia reply dalam bm, trus daddynya blank, bhahahaha..
Pokok-pokok malaysia uda di balakang, hehehe..

smbut birthdaynya minggu lalu, wat party kecil jak, just bli kek and kfc bucket..at the end tiada rupa kek uda, mmg semua bhagian dia ptong2 main..
nie gmbar tdi, aku mngemas baju lepas di lipat..dia p kacau bru ambik tudung dalam ku bawak main..ada gmbarnya c ain ambik time aku kac pkai dia tudung tp aku dak upload la, hahaha..
aku suka tgk dia pkai kemeja, hensem and comel so aku suru dia posing utk ambik gmbar, tp dia p wat gaya nie, pura2 tidur, sot,hehe..but still nice.. ^^

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Selamat Bercuti <b>Di</b> Cameron Highland dan <b>Tambun</b>

Posted: 04 Sep 2012 07:10 AM PDT

Tempahan dibuka sepanjang masa, sila hubungi Muhamad 0195550175 untuk tempahan.

Sila tempah awal untuk mengelak daripada kehabisan apartment

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit: Liputan Telefon Selular <b>di</b> Lebuhraya Perlu <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 03:08 AM PDT


Kerajaan Persekutuan diminta agar membantu Perak mengatasi masalah liputan telefon selular yang dihadapi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang merentasi laluan sepanjang negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata masalah itu mengganggu kelancaran komunikasi pengguna yang menggunakan lebuhraya terbabit kerana talian boleh terputus secara tiba-tiba selepas beberapa minit bercakap.

"Masalah yang membabitkan liputan telefon selular di sepanjang lebuhraya yang merentasi Perak ini sudah saya bangkitkan di mesyuarat peringkat negeri dan Persekutuan.

"Kalau dilihat peta Perak, ia memiliki laluan lebuhraya yang terpanjang berbanding negeri lain dan kita menghadapi masalah liputan selular yang menjejaskan komunikasi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan kerana wujudnya 'blind spot' di banyak kawasan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, sebentar tadi.

Sehubungan itu, kerajaan negeri tambah Zambry, berharap agar kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dapat mengadakan perbincangan lanjut dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan PLUS Malaysia Berhad bagi menyediakan kemudahan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri juga katanya, telah menyediakan kemudahan jalur lebar kepada segenap lapisan rakyat di Perak bagi mendedahkan mereka dengan dunia teknologi maklumat (IT).

Sehingga hari ini, kira-kira 100,000 Notebook 1Malaysia telah diagih-agihkan kepada golongan yang layak di seluruh Perak, katanya.

Selain itu, sebanyak 368 Kampung Tanpa Wayar juga telah diwujudkan di negeri terbabit selain 11 lagi Pusat Jalur Lebar Komuniti turut dibuka dengan bantuan SKMM.

"Perak juga mempunyai 38 Pusat Internet 1Malaysia dan tidak ketinggalan kemudahan 132 telefon awam bagi kemudahan penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman Perak," katanya lagi.

Beauty Fair <b>di Kinta</b> Riverfront Hotel, Ipoh - Gold Heart Swan

Posted: 03 Jul 2012 09:31 AM PDT

Sesiapa pun boleh datang dan belajar buat facial pada wajah sendiri.
Arahan semua kami tunjukkan.
Semua boleh masuk dan belajar.
Selepas sesi ini, sekiranya ada yang sesuai dan saudari ingin membeli, dipersilakan.

Kami menyediakan peluang untuk anda mencuba dulu produk yang sesuai sebelum beli.
Namun, jika ada halangan, anda tidak perlu berasa bersalah jika tidak membeli.
Kami hanya mahu peluang berkongsi maklumat dengan anda.
Kami ada banyak maklumat yang ingin disampaikan.
Anda hanya perlu luangkan masa sahaja.
Rata-rata selepas sesi ini, ramai yang berasa seronok!
Next appointment 14 July 2012
Venue : Heritage Hotel, Ipoh
Pagi hingga jam 3 petang.
Masa yang diambil : satu jam