Rabu, 3 Oktober 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Zulheimy Ma&#39;amor: KD <b>LEKIR</b> : NEW ZEALAND IRFR 1991

Posted: 24 Sep 2012 09:48 PM PDT


Dari Sydney, New South Wales, KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan pelayaran ke Auckland, New Zealand untuk menyertai RNZN International Royal Fleet Review dan juga Perbarisan menyambut Ulangtahun ke 50 Tentera Laut DiRaja New Zealand. 





Devonport Naval Base terletak di Devonport,pantai Utara Auckland, New Zealand. Ditubuhkan seawal tahun 1841, pengkalan ini terdiri daripada HMNZS Philomel (pusat pentadbiran pengkalan), Fleet Support Organisation and juga Fleet Personnel and Training. 
Menyertai perbarisan Armada Tentera Laut Antarabangsa bukanlah sesuatu yang dapat dirasai oleh semua anggota Tentera laut. Menjadi satu kebanggaan bagi seorang anggota Tentera Laut terpilih menjadi duta kecil negara di peringkat antarabangsa. Begitulah yang dirasai oleh 70 pegawai dan anggota TLDM dari KD Lekir dan KD Mahawangsa yang menyertai perbarisan di Bandaraya Auckland,New Zealand. 
Diantara negara-negara yang turut terlibat dalam perbarisan armada Antarabangsa di bandaraya Auckland, NZ. 


KAPAL-KAPAL TERLIBAT DALAM NZ IRFR - 1991
HMNZS Canterbury, HMNZS Wellington, HMNZS Southlands, HMNZS Endeavour, HMNZS Waikato, HMNZS Manawanui, HMNZS Monowai, HMNZS Tui, HMNZS Tarapunga, HMNZS Takapu, HMNZS Hinau, HMNZS Wakakura, HMNZS Kiwi, HMNZS Moa dan HMNZS Kahu
HMAS Perth, HMAS Hobart, HMAS Ipswich dan HMAS Dubba
HMCS Yukon, HMCS Saskatchewan, HMCS Mackenzie dan HMCS Provider
KD Lekir dan KD Mahawangsa
RSS Endurance, RSS Vigour dan RSS Valour
Gambar di Sekitar Queenstreet, Auckland semasa NZ IRFR





HMNZS TAMAKI - Pusat latihan bagi anggota - anggota Tentera Laut Di Raja New Zealand. 


HMNZS Philomel adalah sebuah pengkalan utama bagi Pentadbiran Tentera Laut Di Raja New Zealand. HMNZS Philomel adalah sebahagian daripada Devonport Naval Base, North Shore City, Auckland, New Zealand.
Pengkalan ini dibina pada tahun 1921 apabila division Tentera Laut New Zealand mula-mula ditubuhkan. Pengkalan ini ditauliahkan semula sebagai pusat latihan pada tahun 1941. 
RPC di HMNZS Philomel, NZ
Setelah beberapa hari berada di Auckland, KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan destinasi seterusnya iaitu Port of Wellington di New Zealand. Semasa dalam pelayaran ke Wellington, kapal-kapal telah mengadakan latihan bersama di perairan New Zealand. 


Sesuatu yang jarang atau tidak ada di negara kita pasti akan menarik minat anak-anak kapal seperti contoh Gunung Berapi yang memang tidak ada di negara kita Malaysia. Semasa pelayaran ke Wellington, kapal telah melalui sebuah Gunung Berapi di New Zealand. Kami difahamkan bahawa terdapat beberapa gunung berapi di New Zealand dan kebanyakannya masih aktif. 

Wellington adalah ibu negeri dan bandar kedua mempunyai ramai penduduk selepas Auckland. Ia terletak antara Selat Cookd an Rimutaka Range dan mempunyai penduduk berjumlah 393,400 orang. 
Nama Bandar Wellington adalah mengambil sempena nama Arthur Wellesley, Duke of Wellington yang pertama dan juga merupakan panglima Tentera Laut British semasa Battle of Waterloo.
Bandar Wellington pernah mengalami beberapa kejadian gempa bumi yang agak teruk pada tahun 1848 dan 1855.  Gempa bumi yang paling kuat pernah direkodkan di New Zealand ialah Gempa Bumi Wairarapa pada tahun 1855. 

Setelah beberapa hari berada di Wellington, kapal meneruskan pelayaran dan singgah di beberapa pelabuhan sebelum pulang ke Malaysia. Di antara pelabuhan itu ialah Adelaide, Perth dan Surabaya. 
Kapal selamat tiba di Pelabuhan Lumut Perak (Jangka Masa tiba - tidak ingat).
Selepas pulang dari Pelayaran ke Australia dan New Zealand, aku telah ditukarkan ke Stesen Komunikasi TLDM Kuantan (SKTLDM Kuantan) di Tanjung Gelang, Kuantan dan berkhidmat di sana sehingga aku menamatkan perkhidmatan pada Januari 1996. 
Sesungguhnya kenangan bersama KD Lekir tidak dapat aku lupakan sepanjang hayat ku..... 
25 September 2012 - 12.43 pm



07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Nisa&#39; Perak: BANJIR <b>DI MANJOI</b>, NISA&#39; TURUN PADANG

Posted: 23 Feb 2012 11:32 AM PST

[unable to retrieve full-text content]BANJIR DI MANJOI, NISA' TURUN PADANG. Posted by Nisa' Perak at 11:32 AM. No comments: Post a Comment. Newer Post Older ... Perak Di Hati. Demi Masa. ClockLink.com. Takwim Hijriah / Masihi. Get the Hijri / Islamic ...

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


: hatiwanieybintang :: Preview Kursus <b>di Pangkor</b>

Posted: 27 Sep 2012 02:16 AM PDT

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


&#39;ADUAN <b>DI</b> TWITER&#39; – TINDAKAN AHLI PARLIMEN <b>BAGAN DATOH</b> <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2012 06:30 PM PDT

October 2, 2012

Dengan hanya menerima aduan di akaun twitter-nya tentang kerosakan rumah akibat di hempap pokok dari seorang menantu kepada salah seorang penduduk di Matang Kunda dalam kawasan Parlimen Bagan Datoh,Perak- Ahli Parlimen Bagan Datoh, DS Ahmad Zahid Hamidi bertindak segera melawat serta membantu meringankan beban mangsa dengan menyalurkan bantuan segera.

Aduan yang diterima serta tindakan segera oleh seorang ahli parlimen membuktikan pemimpin Barisan Nasional bersedia berbakti kepada penduduk di dalam kawasannya tidak mengira waktu walaupun aduan itu diperolehi melalui laman akaun media sosialnya.

Meletakkan keutamaan kepentingan rakyat dikawasannya lebih utama, terbukti pemimpin sebegini boleh diharap serta mengambil tindakan sesegera mungkin, jika ianya disalurkan dengan cepat.

Sumber akaun 'twitter' @Zahid_Hamidi

Memuji dengan bantuan yang dihulurkan oleh ahli parlimen kawasan mentuanya, pengadu amat berterima kasih dan tindakan sebegini wajar dijadikan contoh kepada ahli parlimen dikawasan yang lain.

Beberapa keping foto sempat dirakamkan dan diemailkan oleh seorang penduduk ke editor blog ini.

Lawatan dan bantuan segera dapat meringankan mangsa yang menghadapi musibah. 

K-MPM said: aduan lebih mudah disalurkan dengan pantas bila adanya pemimpin yang celik fenomena 'media baru' seperti antaranya twitter.

3.090607 101.529597

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


eylapunyacerita: Roadtour <b>di</b> Highway <b>Behrang</b>

Posted: 08 Jul 2012 09:30 PM PDT


Hah da seminggu mempraktikalkan diri.macam cepat pulak rasa.macam tak caya pulak.tinggal lagi 7 minggu.kira tue.seminggu baru praktikal minggu nie dah balik kampong.apa pun tak boleh kata bos kuh.arhhhh ..apa ada hal.balik kampong sebab ada hal.hal kawan-kawaan.hah gila la kalau tak balik.
Gerbang gerbong kawen kawan.ada nasik minyak kawan lak tue.hah pastilah aku balik.mana boleh tak balik.2 orang dah jalan.*kawen lah*.tinggal kami yang bz berkerjaya nie lah konon lambat sikit.takpa-takpa hero heroin selalu kalah dulu.selamat pengantin baru Tiha bersama sapa tah nama lakinya, tak berapa nak kenal lagi.
Hari ahad balik Kolumpo.balik balik malam konon jalan sejuk.sekali hah,jem roti gardenia menghadap ke kolumpo.jangja boleh sampai 2 jam dah jadi 4 jam.tambah dengan kejadiannya lagi.kejadian yang,aduhh…
Cik sebi kepunyaan adik gemok aku disodok dari belakang.maka jadilah kami penunggu jalanraya di behrang.duduk tepi divider keta lori moto *semua lalu*.hoooiiii ! apa hon-hon,ngat kami jual kacang putih ka.lepas setle kisah tepi jalan kami keluar highway slim river.buat police repot.aduh,bercinta menghadap abang polis nie.sempat pulak pergi minum lagi sementara kami buat repot.hoiyt,kami esok praktikal tahu tak praktikal.*ayat kat tekak yang tak lepas*.
Pukul 2 kami sampai depan umah.muka semua macam tempoyak basi.simpan tenaga untuk besok. terima kasih cik sebi.

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


<b>PARIT BUNTAR</b>!!! Golongan belia diseru tingkatkan amal <b>di</b> bulan

Posted: 24 Jul 2012 11:06 PM PDT


PARIT BUNTAR, 21 Julai : Sepanjang bulan Ramadhan ini umat Islam akan berlumba-lumba meningkatkan amalan untuk mencari keredhaan Allah SWT. Namun tanggungjawab itu bukan hanya untuk golongan tua sahaja akan tetapi golongan belia juga disaran agar turut sama mengambil peluang berbuat amal ibadah mencari keberkatan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, golongan belia disaran mengambil peluang di dalam bulan yang penuh barakah ini untuk menambahkan amalan seperti beriktikaf di masjid, bertadarus, solat tarawikh, berqiyamullail dan banyak lagi amalan-amalan lain yang boleh menambahkan pahala yang berganda-ganda sepanjang Ramadhan. 
Pemuda PAS Parit Buntar juga akan mengadakan program khusus bersama-sama dengan golongan belia sepanjang Ramadhan ini dengan program seperti mengedarkan bubur lambuk, mengadakan tadarus Al-Quran di masjid-masjid, qiyamullail perdana serta program Badar Al-Qubra.
Pemuda PAS juga akan bekerjasama dengan Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar serta PAS Kawasan Parit Buntar mengadakan program sumbangan untuk fakir miskin, meraikan anak yatim, guru Al-Quran serta lawatan ziarah ke Hospital Parit Buntar.
Kita minta golongan belia bersama-sama mengambil peluang ini. Sudah terlalu lama dan banyak kita menumpukan urusan dunia, hiburan, sukan dan macam-macam lagi, jangan kita menunggu apabila usia tua baru hendak beramal, sebaliknya semasa usia muda ataupun belia inilah kita jadikan sepanjang Ramadhan ini untuk meraih keuntungan saham di akhirat. 
 

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Bas melekat belakang treler <b>di Slim River</b> | ArauBlogger Dot Com

Posted: 30 Aug 2012 09:26 PM PDT

Klik sini untuk dapat iPhone 5 dengan harga tak masuk akal !!
Klik sini untuk saksikan Video terbaru dari Petronas !!
Klik sini untuk tengok barang murah dari Reebonz!!

"Kerusi tercabut dan saya tercampak ke bahagian depan bas. Dalam kesakitan, saya terpandang pemandu sudah tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduknya yang remuk."

Demikian kata R Kumutha, 23, seorang daripada 12 penumpang bas yang cedera, empat daripada mereka parah dalam kemalangan meragut nyawa pemandu bas berkenaan di Kilometer 362.7, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Plaza Tol Slim River, di sini, jam 10.30 malam kelmarin.

Agaknya pemandu mengantuk tu kot .

Pemandu bas ekspres yang terbunuh itu dikenali sebagai Hussain Jaafar, 29 dan ketika kejadian bas terbabit dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Butterworth, Pulau Pinang.

Kemalangan berlaku apabila bas terbabit melanggar belakang sebuah treler dengan muatan besi seberat 30 tan itu sebelum menyeret treler itu sejauh lebih 100 meter.

Kumutha yang juga penuntut Sarjana Sumber Manusia, Universiti Selangor (Unisel) berkata, ketika kejadian dia sedang tidur tidak jauh dari pemandu bas itu.

"Saya tidak ingat apa yang berlaku dan hanya tersedar apabila saya tercampak. Saya tidak dapat bergerak dan berasa sangat sakit.

"Ketika itu, keadaan menjadi kelam-kabut dan ramai orang menjerit kesakitan serta meminta tolong," katanya yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

Menurutnya, orang awam dan penumpang bas kemudian membantu memapahnya keluar dari bas berkenaan sebelum dihantar dengan ambulans ke Hospital Slim River di sini.

Kumutha yang ditemui di Hospital Slim River (HSR) semalam berkata, doktor yang melakukan pemeriksaan dan imbasan X-Ray memberitahu tulang pinggangnya patah dan dia perlu menjalani pembedahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dipandu Hussain gagal mengelak treler yang bergerak perlahan di depan.

Menurutnya, impak perlanggaran yang kuat itu menyebabkan kebanyakan kerusi penumpang di bahagian hadapan bas tercabut dan penumpangnya tercampak "Pemandu bas ekspres itu maut di tempat kejadian. Kedua-dua kakinya hancur akibat tersepit.

"Mayat pemandu bas dan empat penumpang yang parah serta lapan yang cedera ringan dihantar ke HSR," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Othman berkata, ada penumpang mendakwa bas itu dipandu keadaan terhoyong-hayang sebelum nahas dan kemungkinan pemandu bas berkenaan mengantuk.

Menurutnya, pemandu kedua bas ekspres itu dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati bas ekspres itu melekat di belakang treler. -metro



Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni ...
Klik sini untuk dapat iPhone 5 dengan harga tak masuk akal !!

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Diksi Dari Hati: <b>Bukit Merah</b> Laketown Resort..

Posted: 29 Sep 2012 03:56 AM PDT

Waktu kejadian...: Cuti Hari Malaysia yang lalu....
Pelbagai hal yang berlaku....baru hari ini saya sempat berentry tentang percutian Family Day pendek saya dan keluarga yang lalu. Bukan jauh pun....ke Bukit Merah Laketown di Perak saja.....nama saja orang Utara....tak pernah singgah pun.
Misi utama...hanya untuk berkumpul adik beradik.....pertama kali setelah semua telah bersuami.....
Persepsi saya yang pertama kali ke sini....saya kira percutian yang berbaloi....Kami tinggal di homestay yang harganya RM500 semalam.....( duduk di sana 2 malam. )
 Tiket masuk pula...kami ambil yang Water Combo berharga rm58 ( adult ) dan rm48 ( Children )
Merangkumi Waterpark, EcoPark, PUlau Orang Utan dan Chairlift Ride/ Skycycle  Ride. 
Hari Pertama.....pastinya terjah Waterpark....tak seramai di Desa Waterpark.....agak santai dan tenang di sini.....tak padat......pendek kata..mandi tak perlu bersesak-sesak dengan orang....Jom tengok gambar......( Kami sampai jam 10.00 pagi.....mandi manda sampai jam 1 tengahri.....balik rehat dan bersedia untuk ke Ecopark jam 4 petang ).





kids park
                             Ini kes di petang hari setelah penat main air....balik homestay dah rehat...kemudian kami segerombolan terjah ke Ecopark....ala-ala menjelajah nature dengan menaiki Skycycle  di atas......dan siapa yang tangan pernag terkehel....patah atau retak...jangan lah naik benda ni....sah sah tak jalan sebab nak gerakkan SKYcycle ni...kena kayuh pakai tangan....
     Teruja..walau gayat untuk balancekan kayuhan....sejuk dingin rasanya bila masuk ke ruang Ecopark..penuh pokok buluh.....dan dari atas kita boleh melihat semua jenis haiwan dalam habitatnya....

































tunggu bot nak balik semula ke seberang.
Dah selesai dua hari.....dua hari yang memberi ruang kepada kami smeua menimba pengalaman baru.....paling penting anak-anak berkesempatan merasai pelbagai perkara,....menikmati nature dalam erti kata yang sebenar.....ya..saya kira..jika anda merancang percutian ke sini...cukuplah untuk dua hari...Dua hari sudah memadai untuk meneroka Water park dan Ecopark di hari pertama....esokknya bangun awal ke Pulau Orang Utan pula....
     Alhamdullilah...Allah beri kesempatan untuk kami merasai nikmat percutian kali ini.

STOMP - Singapore Seen - Mailboxes at <b>Bukit Merah</b> block replaced <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2012 12:14 AM PDT

STOMPer Angry Fish wants to know why the old letterboxes at Block 117 Bukit Merah Central, which were in good condition, were replaced with new ones.

Said the STOMPer:

"The letter boxes located at Block 117 Bukit Merah Central were newly installed around 2006 or 2007.

"In just 5 years these letter boxes are being replaced with a so call three way letter box.

"I noticed that the current letter boxes being used are still in very good condition.

"It is a waste of money where the Town Council spent in this way.

"I would prefer it if Town Council can save the money and translate into lower conservancy fees for us."

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


House PK: FUYOH! <b>BATU GAJAH</b> BAKAL MENJADI PUSAT <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 05:00 PM PDT

Pembinaan kompleks kilang dan penyelenggaraan kereta api oleh syarikat pengeluar lokomotif terbesar dunia, China South Locomotive & Rolling Stock Corporation Ltd. (CSR Corporation) di Batu Gajah, Perak mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama industri kereta api global.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kompleks CSR Rolling Stock Centre (M) Sdn. Bhd. bernilai RM400 juta itu juga membolehkan negara mengaut pelbagai peluang dalam industri berkenaan di luar negara. Menurutnya, ini kerana ruang serta peluang untuk negara mengembangkan sektor itu di Asia Tenggara dan negara-negara lain menerusi kompleks tersebut adalah amat luas.

 ''Untuk itu tiada alasan mengapa Malaysia bersama rakan kongsi berkelayakan tidak melihatnya sebagai satu peluang. Dalam tempoh 10 tahun ini, terdapat permintaan untuk 250 unit kereta api dan lokomotif di Malaysia dan permintaan daripada ASEAN serta Timur Tengah dijangka mencecah 2,900 unit.

 ''Ia satu pasaran yang besar. Selain itu, sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kereta api juga memberikan peluang yang luas dan dijangka dalam tempoh lima tahun akan datang, dianggarkan 1,350 kereta api memerlukan khidmat MRO,'' katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Kementerian Pengangkutan dan CSR Corporation bagi mengadakan pengaturan menggalak dan mempromosi kerjasama teknikal dalam kejuruteraan serta teknologi kereta api di sini hari ini. Hadir sama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Duta China ke Malaysia, Chai Xi dan Timbalan Presiden Kumpulan CSR, Fu Jianguo.

 Kompleks CSR Rolling Stock Centre (M) Sdn. Bhd. di Batu Gajah itu akan berperanan dalam pengeluaran, kimpalan, pemasangan, ujian, pemeriksaan terperinci dan pembaharuan sistem kereta api termasuk lokomotif, transit aliran massa (MRT), koc tiga gerabak (EMU), transit aliran ringan (LRT) dan kelengkapan kereta api lain. Najib berkata, pembinaan kompleks kilang berkenaan jelas membuktikan industri kereta api di negara ini semakin berkembang pesat.

 Katanya, ia juga sebagai satu permulaan kepada era pembangunan pesat dalam industri berkenaan yang pasti akan membawa manfaat besar kepada pengguna perkhidmatan rel tanah air serta ekonomi negara.

 ''Minggu lalu, dalam konvensyen industri kereta api terbesar dunia, Innotrans yang diadakan di Berlin, Jerman, saya dimaklumkan bahawa pemain industri kereta api utama dunia menyifatkan Malaysia sebagai pusat industri kereta api terbaru dan berkembang kukuh berbanding negara-negara Asia Tenggara lain.

 ''Ini membawa petanda baik untuk Malaysia terutama dalam pelaburan langsung asing (FDI). Justeru saya berharap lebih banyak syarikat antarabangsa mencontohi CSR Corporation dalam membuat komitmen jangka panjang di negara ini,'' jelasnya.

 Menyentuh mengenai hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang terjalin sejak 1974, kata Najib, sehingga kini kedua-dua negara telah saling memperoleh manfaat kerjasama termasuk memperkukuh hubungan dalam berdepan pelbagai cabaran masa depan.

 ''Hari ini, China merupakan rakan dagangan utama Malaysia dan kita pula rakan dagangan utama China kalangan ASEAN. Ini petanda baik dan kita boleh melangkah jauh jika rakyat dapat meningkatkan hubungan dua negara ini.

 ''Sebagai contoh pada Julai 2010 apabila kerajaan menandatangani perjanjian dengan CSR-Zuzhou Electric Locomotive Co. Ltd. untuk memperoleh 38 set kereta api bagi meningkatkan keberkesanan komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB). Ini sebahagian daripada contoh terbaik kejayaan kerjasama Malaysia dan China,'' tambahnya.

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Kuala Gula - Santuari Burung dan <b>Kuala Kurau</b> - Asam Garam 2 <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 02:21 AM PDT


Assalamualaikum.

Kali ni saya nak bawa kowang sumer ke Kuala Gula dan Kuala Kurau, Perak. Mesti ada yang tak tahukan apa yang ada kat Kuala Gula dan Kuala Kurau ni. Sebabnya tempat ni bukan ler glemer sangat macam lain-lain tempat kat Daerah Kerian ni. Mungkin Daerah Kerian ni kena lebih fofularkan kawasan-kawasan yang best yang ada dalam daerahnya supaya dapat tarik lebih kedatangan pelancong. Sebab kat Daerah Kerian ni pun ada gak tempat-tempat yang menarik tau. Macam Kuala Gula ni ler.


Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Berhampirannya ialah Pulau Kelumpang, sebuah pulau yang terdapat di dalam hutan simpan tersebut, disempadani oleh Sungai Selinsing di bahagian tenggara, Sungai Kelumpang di bahagian timur laut dan kawasan laut di bahagian baratnya. Keseluruhan Pulau Kelumpang dikelilingi oleh pantai berlumpur yang baru terbentuk di mana anak-anak pokok Api-api (Avicennia spp.) hidup di atasnya. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen.

Kuala Gula mempunyai pelbagai jenis habitat tanah lembap yang terdiri daripada dataran lumpur, hutan paya bakau, muara sungai dan sistem-sistem sungai. ladang-ladang kelapa sawit dan kawasan sawah padi juga mempunyai liputan yang luas di Kuala Gula. Ia terletak di lokasi paling utara Hutan Simpan Paya Bakau Larut-Matang di Daerah Kerian, Perak. Kedudukannya lebih kurang 50km ke barat Taiping, 126km ke barat-laut bandar Ipoh dan 80km ke selatan dari Pulau Pinang.



Kuala Gula sebenarnya telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya penting dengan kewujudan burung air/berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini. Setiap tahun, pelbagai spesies burung singgah di Kuala Gula dalam laluan migrasinya. Terdapat beberapa laluan migrasi di dunia dan Malaysia terletak dalam laluan East Asian-Australasian Flyway.


Pelbagai spesies burung air/berhijrah boleh ditemui bermula daripada akhir Ogos hingga April setiap tahun. Spesies-spesies yang dikelaskan sebagai terancam oleh IUCN seperti burung Botak Upeh (Mycteria cinerea), burung Botak Kecil (Leptoptilos javanicus), burung Bangau China (Egretta eulophotes) dan burung Kedidi Kaki Hijau (Tringa nebularia) juga boleh didapati di sini. Kewujudan hutan paya bakau di Kuala Gula menyediakan kawasan persinggahan, kawasan berehat dan kawasan bersarang yang amat sesuai untuk pelbagai spesies tempatan di sini. Selain daripada itu, beting pasir dan beting lumpur menyediakan pelbagai sumber makanan yang diperlukan oleh burung-burung ini seperti ikan, ketam, siput dan cacing. Di Malaysia, sebahagian besar daripada spesies burung-burung di sini dilindungi bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 76/72.
Santuari Burung Kuala Gula menyediakan kemudahan chalet untuk pelancong yang ingin menginap dan merasai keindahan alam semulajadi paya bakau dan didiami oleh beribu-ribu burung yang singgah dari pelusuk dunia, Santuari Burung Kuala Gula juga menyediakan kemudahan seperti restoran, ekspedisi, bot pelancong serta kemudahan asas yang lain untuk pelancong menikmati cabaran alam semulajadi yang tenang.Malah pelancong juga boleh bersiar-siar menaiki bot untuk meneropong dan melihat sendiri burung-burung yang singgah di paya bakau Santuari Burung Kuala Gula ini.
Masa saya cari cerita pasal Kuala Gula ni, saya baru tahu yang terdapat satu tapak Arkeologi di Pulau Kalumpang, Kuala Gula, Perak ni. Yang ni saya tengok kat blog Rosli's Site. Tapi tak der le pulak apa-apa penerangan yang dia berikan. Bagi yang nak ke sini lepas je ke Kuala Gula boleh ler lajak-lajak ke Bukit Merah Laketown untuk berhibur dan mandi-manda. Lokasinya dekat je so ala-ala menyelam sambil minum air heheh.

Kuala Kurau pula terletak di dalam Daerah Kerian, Negeri Perak merupakan sebuah pekan yang terletak di pinggir Sungai Kurau dengan persekitaran perkampungan nelayan dan petani. Persekitaran desa dengan aktiviti industri desa dan kraftangan di samping aktiviti berkaitan perikanan seperti pendaratan hasil laut, memproses belacan dan ikan kering, ternakan ikan dalam sangkar dan ternakan udang telah menjadi aset pelancongan di sini. Kawasan pinggir pantai Kuala Kurau juga amat terkenal sebagai kawasan ternakan kerang.

Kalau nak ikut sejarahnya ada orang-orang tua dulu kala ceritakan bahawa ianya dibuka sekitar tahun 1800 dahulu. Namun setakat ni beluma da tarikh sebenar mengenainya. Ia dikatakan bermula dari penghijraan beberapa keluarga melayu Perak yang meneroka kawasan ini untuk bersawah dan menangkap ikan. Maka bermula dengan itu sejak dari hari ke sehari Kuala Kurau di datangi pendatang dari pelbagai kaum dan tempat. Kini peratusannya lebih dikuasai oleh penduduk berbangsa cina.



Di zaman penjajahan Inggeris, Kuala Kurau dan sekitarnya diteroka dengan pesatnya untuk dijadikan ladang kelapa dan tebu. Orang-orang India dibawa masuk untuk bekerja di ladang dan orang-orang Cina datang membuka perniagaan dan menjalankan perdagangan. Kuala Kurau semakin maju sehingga penjajah Inggeris menjadikannya sebagai seuah pelabhan import dan eksport yang lengkap degna pejabat dan pegawai-pegawai kastamnya (jabatan Syahbandarm, Kuala Kurau). Terbitnya nama Kuala Kurau ni adalah gabungan dua perkataan iaitu Kuala kerana kedudukannya di muara sungai dan Kurau pula adalah sejenis nama ikan yang masyhur dan amat banyak terdapat dalam sungai tersebut suatu masa dulu.
Jika ingin melihat kehidupan nelayan, menyusuri sungai Kurau adalah langkah yang paling baik. Kampung Nelayan, Kampung Tok Ngah dan Kampung Raja Bashah boleh dilawati sepanjang persisiran Sungai Kurau. Sejarah pelabuhan Sungai Kurau yang tidak dibukukan turut berupaya menjadi aset utama pelancongan di Kuala Kurau. Elemen-elemen pelabuhan dapat dilihat di sini seperti papan tanda had pelabuhan, tempok dan pelantar konkrit (sebahagian sudah dirobohkan) dan laluan keretapi (sumber lisan) dan bangunan-bangunan lama di Pekan Kuala Kurau