Sabtu, 22 September 2012

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


My Keju & Coklat: Menyusuri Sejarah Pasir Salak dan <b>Teluk Intan</b>

Posted: 10 Sep 2012 10:44 AM PDT

Tajuk dah macam cikgu sejarah nak buat lawatan sambil belajar bersama anak murid. hehe..
Niat asal adalah untuk menziarahi Opah En Bapak di Teluk Intan. Kami bergerak awal pagi untuk bersarapan di restoran mamak di Jelapang.
Cadangnya adalah untuk melawat tempat menarik dalam perjalanan ke kampung Opah. Akhirnya kami bersepakat untuk melawat Kompleks Sejarah Pasir Salah di Kampung Gajah. Memandangkan jaraknya hanya kira-kira 25 km dari Teluk Intan kesempatan ini sukar kami abaikan.
Ketika sampai matahari hampir berada tegak di atas kepala. Hari yang kami lawati adalah bukan hari cuti, maka diibaratkan kunjungan berkenaan macam biasa seperti kompleks atuk nenek yang punya. Mula-mula kita harus menapak kira-kira 500 meter untuk masuk ke kompleks utama. 
Kita bergambar dulu dengan jam suria sebagai simbolik kepada pembinaan terowong sejarah,
Kemudian, kita bayar tiket dan bergambar lagi depan pintu masuk terowong. hehe...Famili gila merakam memori ginilah. 
Dah nama terowong, haruslah laluannya adalah bergelap. Apa yang bercahaya adalah paparan 42 diorama berkaca lengkap dengan ilustrasi lukisan, replika manusia yang menggambarkan keadaan sebenar sesuatu peristiwa. Plot kronologi yang dipersembahkan sangat menggagumkan kerana secara tidak langsung kami dapat mengimbas kembali sejarah tanah air bermula dengan penempatan awal di Kuala Selinsing, Perak yang wujud pada tahun 200 sebelum masihi hingga 1000 masihi sehinggalah membawa kepada kemerdekaan negara. .
Selain itu, ada sebahagian diorama diperkukuh dengan kesan bunyi bagi menghidupkan perjalanan plot sejarah yang amat berharga ini. Hinggakan Khalish dan Ilhan terpegun dengan susun atur yang berwarna warni. Anak-anak masih kecil tidak faham apa-apa, tapi ini adalah peluang permulaan memperkenalkan mereka dengan kisah sejarah. 
Usai menatap kesemua kisah sejarah, kami bergerak ke tingkat bawah untuk ke Galeri Keris yang mempamerkan koleksi 180 keris dari Kepulauan Melayu Nusantara. Sayangnya gambar tidak dibenarkan dirakam di galeri ini.
Kemudian kami melawat ke bahagian luar kompleks berkenaan yang memaparkan tapak asal J.W.W. Birch dibunuh serta tugu peringatannya (beliau dikatakan mati dibunuh ketika sedang mandi di tepi sungai). Selain itu,  turut terdapat tugu peringatan pahlawan Melayu, rumah Kutai, kubur Si Puntum dan replika perahu naga.



Selesai sesi merakam memori, kami kemudiannya bergerak ke rumah Opah. Sebelah petangnya, kami meneruskan perjalanan ke Menara Condong di Teluk Intan. Bolehlah pulak si Ilhan sedap tidur tak nak bangun walaupun dikejut beberapa kali.

Sudahnya saya menggagahkan diri mendukung si kecil yang sudah melebihi berat 10kg beras mendaki anak tangga dua tingkat dalam menara berkenaan. Alang-alang dah sampai haruslah dijejaki hingga ke dalam menara. Ye tak?


Ketika di sana, En Bapak berjumpa rakan kerjanya untuk membawa kami ke tepi sungai bagi membeli udang galah. Sudahnya melepaslah saya untuk menikmati mee rebus dan rojak Mastan Ghani yang dikatakan femes itu kerana kami kemudiannya dijemput beraya di rumah rakannya itu. 
Tak mengapalah, kata En Bapak rasanya sama sahaja dengan restoran cawangannya di Silibin. Ok, jangan lupa belanja saya kelak ye, B. hehe...

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


IMAN HAKIMI HASHIM: Jalan Jalan <b>Di Bukit Merah</b> Lake Town Resort

Posted: 28 Aug 2012 06:03 AM PDT



Raya puasa yang lepas(2012) kami berkesempatan berkunjung ke Bukit Merah Lake Town Resort. Terletak tidak berapa jauh dari simpang empat Semanggol. Tempat ni best jugak untuk dilawati.Cuma kami tak bawa baju basah jadi kami hanya jalan jalan dan naik chair lift dan sky cycle je. Anda juga boleh masuk ke rumah hantu kalau ada berani. Tetapi kalau anda nak jalan jalan sekitar tasik pun boleh sambil menikmati pemandangan yang mempersonakan. Biasanya tempat ini menjadi tarikan pengunjung terutama pada masa cuti persekolahan dan cuti hujung minggu.

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Pemandu bas ekspres maut, empat parah dalam kemalangan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2012 01:46 PM PDT

IPOH: Seorang pemandu bas maut manakala 12 yang lain cedera termasuk empat parah apabila bas express yang mereka naiki merempuh treler di Km 362.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River, malam tadi.

Hussein Jaafar, 29, berasal dari Baling, Kedah yang cedera parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Mereka yang parah ialah pemandu kedua MOhd Fazli Khamis, 40, berasal dari Taman Sri Pinang, Tikam Batu, Kedah; Che Yusoff Che Ani, 39, berasal dari Alor Setar, Kedah; Mohamad Hafizul Zuljabli, 24, dari Kampung Seberang Alor, Alor Setar, Kedah; dan Khuhan a/l Dharmaraj, 21, dari Taman Aman, Anak Bukit Alor Setar, Kedah.

Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Slim River, kata Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nayan.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 10.45 malam tadi, bas yang dalam perjalanan dari Klang ke Butterworth itu dikatakan merempuh belakang treler membawa muatan besi konkrit menyebabkan bahagian hadapan bas remuk.

Beliau berkata sembilan penumpang yang tidak cedera meneruskan perjalanan dengan bas gantian. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Article source: http://www.hmetro.com.my/articles/Pemandubasekspresmaut_empatparahdalamkemalangandiSlimRiver/Article/

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Gambar Hantu: Hantu Penanggal <b>Di Kuala Kangsar</b>?

Posted: 17 Sep 2012 07:41 AM PDT

Gambar hantu terkini ini dikirimkan oleh seorang pembaca. Menurut pengirim gambar hantu penanggal ini tersebar di laman sosial Facebook dan disertakan dengan teks berikut:

Astaghfirullah hal azim, masih ada lagi manusia yang menggamalkan syirik kepada Allah swt.Makhluk Penanggal ini berjaya ditangkap oleh penduduk di Kuala Kangsar, Perak.

Gambar hantu penanggal ini menyerupai ciri-ciri hantu yang dikatakan sebagai 'Hantu Penanggal' dengan isi dalam perut yang kelihatan, paru-paru dan tali perut jelas dapat dilihat dalam gambar ini.
Seperti biasa kesahihan gambar ini masih belum dapat dipastikan.

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Hujan Lebat <b>Di Chemor</b>

Posted: 10 Mar 2011 05:29 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Hujan yang lebat turun hari ini di Chemor bermula pukul 4 petang hingga pukul 5:30 petang. tegels badkamer . Ianya telah menyebabkan kesesakan lalulintas di pekan Chemor. Domain Names . Walau bagaimana pun tidak ...

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Misai Merah: "Sharizat tanding <b>di Menglembu</b>. Shapie Apdal di <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 11:45 PM PDT

Kawan saya sms kat saya suruh baca dalam blog Umno The Antics of Husin Lempoyang dalam posting Shahrizat dan Shafie Apdal bertanding di mana?Antara lain Hussin Lempoyang tulih ;

"Kamu tahu tak Dato Najib dah buat keputusan akan ambil Dato Syahrizat dan Dato Shafie bertanding?"

"Biat betul ... takkan Dato Najib flip flop?" Ana bertanya

"Dia sudah flip flop itu MAS-Air Asia, tangga gaji kerajaan dan macam-macam lagi," sahabat ana terangkan

"Kalau begitu, mana Syahrizat nak bertanding? Raja Nong Chik pasti tanding di Lebah Pantai. Shafie mesti di Semporna, Sabah."

"Takkk ... kawasan lain."

"Mana pulak?" Ana tanya  

"Sharizat tanding di Menglembu. Shapie Apdal di Menggatal."Baca di sini.


Ada pulak orang melawak kat saya,"Ustaz Nasharuddin Mat Isa bertanding di mana?"Depa jawab bertanding di Baling!

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


My Family Story: Picnic <b>di</b> Kuala Woh, <b>Tapah</b>

Posted: 11 Sep 2012 01:30 AM PDT

Sebelum Check out mesti bergambo kenangan dulu la...



baby yg asyik nk berjalan jer..
tapipakai stoking licin x boleh la sayang...

sebelum berangkat pulang kita masak skit2 utk bekalan anak2 kang lapar lak...
masak nasi.. goreng sayur... rebus jagung byk2... (jagung beli kat CH...)
lauk lain beli otw jln...

tempat nie Ammar byk kalid ah mandi manda..
sebab dulu kan kami dok kat Tapah..
selalau juga la picnic sini...
plan nk mkn kat Lata Iskandar....
terus la ke sini.. Kuala Woh, Tapah
bagi budak bucuk macam nie mandi..
terus seronok la dpt main air...




budak2 nie kalau jumpa air mana reti nk naik...
selagi jari x biru mmg x naik la..
"perjalanan masih jauh anak2 oooii...
Big Boss yang sangat seronok sebab dpt bagi baby mandi kat Kuala Woh, tempat Ammar pernah mandi...
Ammirah juga pernah mandi sini kalau x silap..
so, this is Aisyah time laks...
free logo design

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


LIVE ceramah TG Nik Aziz <b>di Bagan Serai</b> - Himpunan Hijau ke <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2012 06:15 AM PDT


HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI PERAK

Penceramah 
1. TG Nik Aziz Nik Mat
 - Mursyidul Am PAS
2. Ust Abu Bakar Husin
 - Pesuruhjaya PAS Perak
3. Ir Hj Nizar Jamaluddin
 - AJK PAS Pusat

16 Jun 2012 9.30 malam
Markaz PAS Masjid Tinggi Bagan Serai

  

Rakaman Ceramah


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Perak Historical Crew: Warisan Prasejarah Lembah <b>Kinta</b>

Posted: 15 Sep 2012 06:42 PM PDT

Ipoh dan Lembah Kinta sememangnya amat sinomin dengan gunung dan gua batu kapurnya yang unik serta kedua-dua landskap alam ini didapti menggelingi hampir ke seluruh tempat ini. Landskap yang indah ini juga telah menyebabkan orang Cina menggelarkan Ipoh sebagai 'San Feng' yang bermaksud bandar berbukit. 
Dari segi geografi, Lembah Kinta ini terletak di antara dua banjaran gunung iaitu Banjaran Kledang dan Banjaran Titiwangsa. 
Jika dilihat hari ini, gua-gua batu kapur yang terdapat banyak di sekitar Lembah Kinta seperti gua biasa sahaja. Namun tidak ramai yang tahu bahawa sebenarnya gua-gua ini adalah sebahagian daripada warisan negara yang kaya dengan penemuan artifak, lukisan prasejarah dan fosil. 
Menurut Adnan Jusoh dalam artikel 'Warisan Semulajadi Gua-gua batu Kapur di Lembah Kinta', gua-gua batu kapur di Lembah Kinta ini memainkan peranan penting dalam aspek pensejarahan dan arkeologi prasejarah di Malaysia. Buktinya, H.D.Noone dan P.V.Van Stein Callenfels telah menemui serpihan tembikar di Gol Bait pada tahun 1936. 
Kemudian, Leonard Wray pula menemui serpihan manik di Gunung Cheroh, Ipoh dalam tahun 1891 dan penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2006 di Gua Mat Sirat turut menemukan serpihan tembikar, alat-alat batu dan sisa makanan.
Keistimewaan yang paling menarik bagi gua-gua batu kapur di Lembah Kinta ialah lukisan gua di Gua Tambun, Ipoh. Di sini terdapat 30 buah lukisan gua yang memaparkan pelbagai objek seperti manusia, haiwan dan lain-lain yang dilukis menggunakan hematite. Selain Gua Tambun, lukisan gua juga ditemui di Gua Kelawar, Sungai Siput.
Penemuan dan bukti arkeologi ini telah membuktikan bahawa gua-gua batu kapur di Lembah Kinta ini pernah menjadi pusat kehidupan masyarakata prasejarah negara. Gua-gua bukan sahaja berfungsi sebagai rock shelter tetapi menjadi tempat pengebumian. Walau bagaimanapun, gua-gua batu kapur ini sedang diancam dengan kemusnahan menerusi pembangunan pesat yang berlaku hari ini.

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Jalan2 ke Kuala Kangsar dan <b>Kuala Sepetang</b>.... - Cikgu If......

Posted: 16 Sep 2012 06:56 AM PDT

 Salam semua....baru sahaja Cikgu if balik dr kuala kangsar...bersama ayah bonda dan dua lagi adik yang lain...penat....tapi malam ni je de kesempatan untuk update blog....selasa dah nak g mesyuarat....sampai di kuala kangsar jam 12 tengahari....afte cek in hotel..kami terus ke kuala sepetang...nak makan mee udang yg semangkuk berharga rm 7 dan de 7 ekor udang huhuhu....tak sabo.....dalam 40 minit dr kuala kangsar...

 Mee udang yang rm 7 semangkuk.....ffuuuuhhh..memang sangat sedap...takleh nak gambarkan dengan kata2...memang berbaloi dengan harganya rm 7...kalau yg special..rm 11...tapi udang dia besau ibu jari kaki 7 ekor hahahaha....tak larat pulak nak makan hehehe...kat kuala sepetang memang banyak gerai makan yg jual mee udang nie.,..tapi sila cari yang mee udang mak jah ye....

Ni pulak...muzium matang......tak masuk pun sebab dah kekenyangan ..duk dalam kereta jew...

 Pagi tadi....dapatlah cikgu if snap gambo antara pokok getah yang di hantar ke tanah melayu dahulu...pasal sejarah pokok getah de cikgu if ajar di dalam bab 6 tingkatan 2....
 Besau pokok ni....kalau nak peluk pun tak sampai...

 Ni pulak ialah MCKK iaitu sekolah yang asalnya ditubuhkan untuk persekolah bagi anak2 golongan raja dan bangsawan...pun ada dalam bab 6 tingkatan 2....plz recall ye....nak2 yg nak pmr tu....hahahaha
 kalau ke kuala kansar..tak lengkap kalau tak membeli labu sayong...
 cantik kan ni? rm3 sebiji....
 haaaa....yang ni lah yang digunakan untuk menyimpan air...kalau kecik rm 8...air yang disimpan dalamnya pasti sangat sejuk....
 Sempat juga kami ke air terjun ulu kenas....waahhhhh...best dpt juntai2 kaki...mcm biasalah...cikgu if tak mandi huhuhuhu

 Last...jam 11 pagi...sempatlah ke rumah sorang tenaga pengajar seni tekat....ffuhhh..mahal sunggul hasil seni ni...tapi memang berpadanan pula dengan seni nya yang sangat halus....yang ni de di sebut dalam teks f1kalau tak silap bab 8....sila semak ye wahai f3....
 yang ni harganya rm 600.....
Last sekali....cikgu if membeli buah limau bali yang manis....
selamat sampai di rumah jam 7 malam....eeemmmm penatnye....sok dh lik ke bp....



07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Dd i n b u n g a: GELOMBANG BIRU <b>DI</b> PARLIMEN <b>TAMBUN</b> <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2012 08:41 PM PDT

15 SEPTEMBER 2012 SEJARAH DICIPTA OLEH BN PARLIMEN TAMBUN

5,000 ORANG PERWAKILAN, JENTERA PILIHANRAYA BN DAN NGO BERKUMPUL

DI PERHIMPUNAN PEMIMPIN PEMIMPIN PARLIMEN TAMBUN SEMPENA MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN 2012

UMNO BAHAGIAN TAMBUN MEMECAH TRADISI DI MESYUARAT PERWAKILANNYA DENGAN MENGHIMPUN SEMUA PIMPINAN BAGI BERSAMA - SAMA MERAIKAN MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN

YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH SELAKU KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN SENDIRI YANG MEMBENTANG USUL MENYOKONG KEPIMPINAN YAB DS NAJIB TUN RAZAK
DAN AKAN BERSAMA - SAMA KEPIMPINAN PERINGKAT PUSAT, NEGERI DAN BAHAGIAN BAGI BEKERJA KERAS MEMASTI BARISAN NASIONAL TERUS MEMERINTAH NEGARA

TETAP PENUH DIDALAM DEWAN SEMASA YB DS AHMAD HUSNI MEMBENTANG USUL DAN MENDAPAT SORAKAN SEMANGAT DARI PERWAKILAN DAN TETAMU
BUKTI BAHAWA BN PARLIMEN TAMBUN TERUS KUAT DAN BERSEMANGAT

KEHADIRAN BERBILANG KAUM MEMBUKTIKAN SEMANGAT 1 MALAYSIA DI TAMBUN

TUA, MUDA, LELAKI, PEREMPUAN, REMAJA, KANAK - KANAK MEMENUHI DEWAN

NYANYIAN LAGU SEPERTI NEGARA KU, LAGU UMNO, LAGU BARISAN NASIONAL, LAGU 1MALAYSIA DAN LAGU JIKA KAU BOLEH DAN LAGU 'WE ARE ONE' BERKUMANDANG DAN DINYANYI DENGAN PEBUH SEMANGAT

MESYUARAT BERLANGSUNG DENGAN PENUH PENGISIAN USUL YANG DIBENTANG SENDIRI OLEH KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN DAN DI SOKONG OLEH YB DATO NADZRI ISMAIL, TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN DAN DIBAHAS OLEH DATUK AMINUDDIN HANAFIAH , NAIB KETUA BAHAGIAN TAMBUN, DATO USTAZAH HJH FAEZAH, KETUA WANITA BAHAGIAN TAMBUN, SDR MAZLAN ABD RAHMAN, KETUA PEMUDA BAHAGIAN TAMBUN DAN SDRI AZANARITA, KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN TAMBUN MELIHATKAN KELAINAN MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN, PENDEK DAN PADAT.

YB DS AHMAD HUSNI MENYAMPAIKAN UCAPAN PENANGGUHAN DI HUJUNG MESYUARAT
SEMPOI, YB DS AHMAD HUSNI MENGETUAI NYANYIAN LAGU - LAGU PATRIOTIK
SIMBOLIK PERASMIAN YANG UNIK, ROBOT YANG MEMAKAI LENGKAP T'SHIRT BN DAN TOPI BN DAN MEMBAWA BENDERA BN MENYAMPAIAN PLAK PERASMIAN KEPADA YB DS AHMAD HUSNI

YB DS AHMAD HUSNI, YB DATO NADZRI ISMAIL DAN ENCIK SUHAIMI DIN, PEGAWAI KHAS MKII BERBINCANG SESUATU

ENCIK SUHAIMI DIN, PEGAWAI KHAS MENTERI KEWANGAN 2 MENYANYI DENGAN PENUH SEMANGAT LAGU 1MALAYSIA
BARISAN KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN
PENULIS BEGITU TERUJA SEKALI APABILA MEMASUKI DEWAN MELIHAT LAUTAN BIRU MEMENUHI DEWAN MALAH WALAUPUN MAJLIS ADALAH MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN SUDAH TENTU DALAM INGATAN PENULIS AKAN DIPENUHI OLEH AHLI UMNO, SEBENARNYA TIDAK, DEWAN DIPENUHI JUGA OLEH KAUM CINA, INDIA, PUNJABI, BAWEAN, ORANG ASLI YANG TURUT MERAIKAN MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN, MELAMBANGKAN KEAKRAPAN KELUARGA BN TAMBUN.
SEHINGGAKAN DEWAN KONVOKESYEN YANG BOLEH MEMUATKAN 4,000 ORANG PENUH SESAK DAN KELIHATAN KERUSI PLASTIK TERPAKSA DIBAWA MASUK BAGI MENGISI DIRUANG - RUANG KOSONG DI BELAKANG MALAH KELIHATAN JUGA YANG DUDUK DIATAS LANTAI DAN TANGGA. MANAKALA DI LUAR MASIH RAMAI YANG TIDAK DAPAT MASUK DAN TERPAKSA DUDUK DI BAWAH KHEMAH MAKAN YANG DISEDIAKAN.
PENULIS AMAT BANGGA DENGAN KEPIMPINAN YB DS AHMAD HUSNI YANG SENTIASA MEMBUAT KEJUTAN DAN PEMBAHARUAN DIDALAM SETIAP PROGRAM DAN CORAK KEPIMPINAN BELIAU, TERUTAMA INI ADALAH MESYUARAT PERWAKILAN UMNO YANG TERAKHIR SEBELUM PILIHANRAYA UMUM KE 13, PENGLIBATAN SEMUA HARUS DI TOTALKAN.
CUKUP BERSEJARAH BUAT BARISAN NASIONAL PARLIMEN TAMBUN, MEMANG BERSEJARAH BUAT UMNO BAHAGIAN TAMBUN, MALAH KESELURUHAN KEPIMPINAN DI SEMUA PERINGKAT TERMASUK KOMPONEN BN DAN  NGO - NGO DALAM PARLIMEN TAMBUN SEHARUSNYA BERBANGGA DIATAS PENCAPAIAN BN PADA HARI TERSEBUT, PASTI INSYAALLAH BN AKAN MENANG BESAR DI PARLIMEN TAMBUN, DI DUN MANJOI DAN DI DUN HULU KINTA.
SELAMAT MAJU JAYA BN PARLIMEN TAMBUN
"TAMBUN, KATAKAN TAK NAK ORANG LUAR"

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


suka duka affan: Aidilfitri <b>di Lenggong</b>

Posted: 05 Sep 2012 01:08 AM PDT

cousins :) kedah, KL, kedah, kedah, perak

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


Video Together <b>Sungkai</b> 1 Community (Jebat Legacy)

Posted: 18 Sep 2012 06:44 AM PDT


Together Sungkai 1Community yang melibatkan Jebat.Net, Kenarianz, Sabahan.FM, MENU Crew, SIXORS, Big Bikers, SIC, SBBA, Crez Crew D'Million, Petronas & banyak lagi

Aktiviti bersama ini sebenarnya telah bermula sejak 2 tahun yang lalu dengan pelbagai pelbagai aktiviti yang dijalankan dan kini ianya makin berkembang luas.
 

"Friendship In Community"
Terima Kasih Jebat Legacy Atas Video Youtube ini..Semoga persahabatan antara 1 komuniti akan kekal selamanya..

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Senarai Homestay <b>Di Batu Gajah</b> Perak | Coretan Anuar | blogr.my

Posted: 14 Sep 2012 01:55 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Senarai Homestay Di Batu Gajah Perak | Coretan Anuar. 5 hari lepas oleh nuargto di coretananuar.com. Baca Selanjutnya ... Senarai Homestay di Seri Iskandar Perak | Coretan Anuar ...

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Kes pecah rumah <b>di</b> Tapah, <b>Bidor</b>: 4 lelaki diburu

Posted: 07 Sep 2012 03:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TAPAH — Polis kini memburu empat lelaki bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan curi di kawasan Tapah dan Bidor baru-baru ini.

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


MEMPERINGATI RAMPASAN KUASA <b>NEGERI PERAK</b> SIRI-2

Posted: 17 Sep 2012 05:05 AM PDT

Hampir seminggu Pakatan tidak dapat menghubungi 2 EXCO terbabit. DAP juga gagal menjejaki kemana hilangnya wakil rakyat mereka,Hee Yit Foong sehingga DAP terpaksa mengeluarkan arahan bahawa mana mana adun DAP yang tidak bisa dihubungi dalam masa 24 jam, ia dikira sudah mengosongkan kerusi dun masing masing.  Akhirnya pada 6 FEB 2009, semua kemelut ini sampai ke kemuncaknya. Seluruh negara khususnya rakyat negeri Perak dikejutkan dengan gelak ketawa Najib beserta Adun Adun pengkhianat tersebut di satu sidang media di Putrajaya.Dalam sidang media tersebut hampir semua wakil rakyat BN-Perak hadir dengan wajah yang gembira. Najib dengan tepukan gemuruh semua yang hadir mengumumkan bahawa BN sudah ada cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru di Negeri Perak.
Saya selaku pengundi di negeri Perak merasa sangat marah dan benci dengan apa yang berlaku. Saya tidak menyangka ketiga tiga Adun ini sanggup 'menjual tubuh' mereka kepada BN.Majoriti rakyat negeri Perak sangat marah dengan  apa yang berlaku.Kerajaan yang sah yang diberi mandat oleh rakyat dirampas dengan angkuhnya oleh BN. Semua orang tahu Najib Dan Zaid Hamidi adalah 'Master Plan' disebalik rampasan kuasa terancang ini. Oleh sebab itu, dua watak ini menjadi watak yang paling dibenci pada ketika itu.
Pada waktu itu,seluruh rakyat Malaysia berduka. Namun BN gembira. Mereka gembira dengan kuasa. Sejarah tercatat kerana 3 Adun Pakatan yang hilang seminggu rupa rupanya berpakat dengan Najib untuk menumbangkan kerajaan sah di Perak.Entah berapa juta bayaran yang mungkin mereka terima.Inilah yang menjadi kepercayaan ramai orang, iaitu mereka dibeli. Dato Nasaruddin Hashim yang sudah masuk PKR dilihat juga kembali ke pangkuan BN. Pelik sungguh. Entah dimana harga diri mereka. Sanggup mereka mengkhianati pengundi pengundi mereka.Saya yakin ke empat empat Adun ini akan dihukum oleh rakyat diatas pengkhianatan besar yang mereka lakukan. Mereka sudah tidak ada masa depan dalam politik Perak.
Perak terus dilanda kebingungan. Kini BN ada 28 kerusi. Pakatan juga 28 kerusi. 3 lagi Adun adalah adun bebas. Jadi siapa sebenarnya memiliki majoriti di Perak?ketiga tiga Adun PR yang melompat itu sebenarnya sudah membuat perjanjian bertulis bahawa sekiranya mereka lompat parti,maka kerusi dun mereka akan kosong secara automatik.Maka speaker pun mengeluarkan notis kekosongan 3 kerusi Dun iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kepada SPR. Namun SPR dengan bodohnya membantah. Mereka mendakwa tiada kekosongan berlaku. Pakar undang undang merasa pelik, bagaimana SPR boleh mengatasi suara speaker dewan?Tugas SPR hanya menjalankan pilihanraya. Tapi kini SPR sudah canggih. Maka isu ini kini dibawa ke mahkamah oleh Pakatan Rakyat.
Seterusnya Kenapa BN mengambil 2 orang bekas EXCO bermasalah ini?adakah demi kuasa , BN sanggup mengutip sampah sarap dari luar?Ramai orang melihat 2 orang bekas EXCO ini sanggup melompat parti kerana ingin mengelakkan hukuman mahkamah ke atas dakwaaan rasuah  mereka. mereka mungkin tidak ada cara lain. hanya BN mungkin yang bisa menyelamatkan mereka. Rakyat Malaysia tertanya tanya, sejak mereka melompat menjadi Wakil Bebas, perbicaraan kes mereka tidak lagi kedengaran. tidak seperti dulu,sentiasa mendapat liputan meluas.Entah apa sudah jadi kita pun tak tahu. Mungkin hakim pun dah buat buat lupa. Hee Yit Foong pula keluar parti kerana masalah peribadi. Kononnya tidak puas hati.Beliau keluar kerana agenda peribadi yang tidak dapat ditunaikan.
Nizar merayu untuk membubarkan Dun. Namun Sultan menolak. Sultan terus melantik Zambry sebagai Menteri Besar sedangkan masih banyak perkara yang masih menjadi persoalan. Pertama, Tiada undi tidak percaya terhadap nizar di sidang dun. Justeru Nizar kekal sebagai menteri besar selagi undi tidak percaya tidak dilakukan. Kedua, status ketiga tiga adun yang melompat juga masih kabur. Speaker sudah mengosongkan kerusi mereka,namun SPR menolak padahal ini adalah kuasa mutlak speaker untuk menentukan kekosongan mana mana kerusi. Semuanya kalut. Maka Nizar pun membawa kes ini ke mahkamah bagi menentukan siapakah Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak.
Mulanya rakyat marah kepada BN. Kini rakyat kecewa pula dengan istana. BN dilihat cuba berselindung dibalik istana. Nizar pula digelar derhaka kepada Sultan kerana tidak melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar. Padahal Nizar bertindak mengikut undang undang. Propaganda Nizar sebagai penderhaka raja,boneka DAP terus dimainkan bagi membuatkan rakyat benci kepada Nizar. Namun BN silap. Liputan meluas terhadap Nizar mengharumkan lagi nama beliau diseluruh negara. Secara tiba tiba Nizar menjadi popular. Rakyat Malaysia bersimpati dan sayang kepada beliau. Kini beliau muncul sebagai icon baru bagi PAS.Kemana saja beliau pergi, beliau akan disambut ribuan umat manusia yang ingin melihat beliau dari dekat.
Pakatan Rakyat berjaya mencuit sentimen rakyat. Rakyat benci BN.Rakyat Perak nyata terus bersama Nizar. Nizar berkali kali mendesak untuk membubarkan Dun. Serahkan semula mandat memilih kepada rakyat,bukan mahkamah. namun BN enggan. BN takut. Tun Dr Mahathir sendiri meramalkan BN bakal 'kalah teruk' sekiranya pilihanraya mengejut dibuat di Perak. Jadi BN akan cuba mengelakkannya dengan apa cara sekalipun

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


<b>Manjung</b> Mari: Kenali Wanita misteri bersama lelaki amuk <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 05:41 AM PDT

Rasanya semua pembaca masih ingat kisah lelaki mengaku imam mahadi yang mati ditembak ketika menyerang dan mengamuk di Putrajaya beberapa bulan yang lalu, dimana disamping mangsa terdapat seorang wanita misteri,,,, siapa wanita misteri itu... aku pun tak kenal....  

Gambar sewaktu diluar mahkamah siang tadi....

Siap nak tunjuk simbol peace pulak... 
PUTRAJAYA, 29 Ogos -- Muhdalena Ahmad, 28, ketika di Mahkamah Sesyen di sini setelah terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu.
Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Abd Hamid, 47, yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi ditembak mato oleh polis setelah mengamuk dengan sebilah parang di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.
--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA
Ada sesiapa yang kenal dengan dia... talibarut siapa ni...