Isnin, 10 September 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Inilah Aku: <b>Hutan Melintang</b>! Kami dah Hilang Arah!

Posted: 06 Sep 2012 09:40 PM PDT

Ini sambung lagi cerita...huhuhuhu 2 September 2012 Sebaik saja breakfast di coffee house di Level 4, terus salin pakaian (syiqin saja) dan aktiviti berenang pulak. Hmmmmm tak jemu2 nak mandi kolam budak nih. Badan dah makin hitam legam, adehhhhh nanti makin gelap gulita la anak dara kenit sorang nih. Tengahari, check out dan terus ke rumah anak sedara di Simpang Pulai (lokasinya kurang pasti). Makan2 lagi. Hari tu saya rasa tak berapa nak makan, asyik sendawa tak berhenti2. Entah silap makan apa, sampai sendawa rasa macam nak termuntah saja. Untuk menghilangkan rasa sendawa tu, tertidur la kejap. Lebih kurang jam 5 petang, bersiap2 pula nak ke Hutan Melintang rumah anak sedara seorang nih. Tak sampai hati lak nak menolak ajakan Umi, kita redah je ke Hutan Melintang. Itupun kita follow kereta dia orang dari belakang, kalau tidak memang tak sampai lah kan. Perjalanan mengambil masa sejam lebih jugaklah. Elok sampai, azan maghrib dah. Terus sembahyang jamak. Tepat jam 9, keluar dinner dan kami terus pulang ke KL. Pengembaraan pun bermula. Dari Hutan Melintang, sepatutnya apabila nampak signage arah ke Pekan Sabak Bernam, patutnya dah belok ke jalan tersebut. Disebabkan malam, dan ditambah dengan keletihan dan mengantuk pun iye jugak, en suami dah terus saja ke jalan lain. Dia kata nampak signage Rawang. Ingat dah dekat sangat dah la kan. Rupa2nya kami dah sesat masuk ke kawasan hutan kelapa sawit. Mula2nya ingat ok je. Dah lepas dari UNISEL, kereta pun tak banyak, lama2nya makin kurang. Selisih sebuah dua je kereta, bila toleh ke belakang, memang gelap gelita. Kiri kanan ladang kelapa sawit. En suami kata kita dah sesat. Nak patah balik dah jauh sangat. Saya kata mesti ada jalan keluar. Kita tawakal saja, ikut saja signage. Jam dah menunjukkan 12.30tengahmalam. Nampak bulan samar2 dilindungi awan hitam. Huhuhu betul2 macam citer seram pulak kan. Saya tak henti2 baca ayatul Kursi minta dijauhi dari segala yang tidak diingini. Nak google map pun tak dapat, sebab coverage memang betul2 hilang. Nak Tanya orang, mana ada orang. Kalau Nampak orang pun, betul ke orang tuu di tengah malam cam ni dan di tengah hutan gini? Huhuhuhu….peloh wei!! Dari jauh, nampak signage PLUS, timbul rasa lega sangat, tapi ada laaa dalam 30km lagi nak sampai ke Tol. Aduhhhh….gerunnya sebab signal minyak dah merah. Saya masa tu membayangkan kalau laaaa ada sapa2 yang tahan kereta atau ikut belakang kereta, tak boleh nak bayangkan di tengah2 hutan kelapa sawit kalau ada apa2 yang terjadi. Bila saja hampir dengan tol Bukit Tagar, saya baru perasan ada satu landrover menunggu di tepi jalan dalam keadaan gelap, bila nampak kereta kami lepas je, landrover tersebut terus ikut dari belakang. Saya suruh en suami pecut laju sikit bagi memastikan tidak ada apa2 yang berlaku. Nasib baik lepas dari toll, landrover tu seakan2 berpatah balik. Pelik kan. Tapi syukur Alhamdulillah, tak terjadi apa2 sepanjang perjalanan gelap malam tersebut. Kalau tayar pancit, atau minyak habih, memang kami tawakal tidur saja dalam kereta di tengah hutan kelapa sawit tu. Esoknya saya terus ambik emergency, letih sangat. Bayangkan sampai di KL jam 2.30 pagi!!

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


The Real Life: Uitm <b>Seri Iskandar</b> VS Uitm Jengka

Posted: 09 Sep 2012 08:42 PM PDT

Salam satu Malaysia. Yaeh. 1st posting for this month, well, dah lama tak post sbb busy sgt dgn preparation nak masuk uitm balik. setelah bercuti hampir 2 bulan. so now, i'm part 3 in bachelor of office management. ekk. tapi english ngokngek lagi seperti ini. muet dah tak lama lagi. lalalallaaa.. sedapkan jiwa sendiri lak.

so, terimbas kembali kenangan dahulu di jengka dan ditambah pula dengan otak yg memikirkan diri di seri iskandar ni.. terjadilah 2..

Jengka dan seri iskandar..
pahang dan perak..
wahhhh..
setakat ni byk giler perbezaan antara 2 tu. tapi nak diceritakan balik entohlerr.
kat pahang, tak banyak tempat nak berjalan. kat sini banyak.
uitm pahang lebih kecil dari sini. kat seri iskandar ni sampai tak larat nak jalan nk g kelas.
kat sana byk lecturer muda, sini lak byk senior lecturer.
pasar malam jengka lagi panjang dari seri iskandar.
kebab kat jengka lg best dari kat sini.

okey, suasana belajar plak, kat jengka lagi byk ketenangan. nak buat study group pun senang. kat sini pun sama, cuma yg beza, ramai orang jela., kat library, or mana2 je, byk sgt orannggg. so, bek buat study group korang at rumah je.huhu.

kat seri iskandar lebih byk saingan la wa cakap lu. saingan dari segi pelajaran, orang2, perangai2, kena byk sabar lah utk bertahan. biasalah,,.. tapi yg best, sini dh dikira utara.., byk lah kawan utaara, makanan, dan apa2 je berkenaaan utara.

korang nak cari bakal suami/isteri utara pun maila sini.heee :D

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Kemalangan <b>di Behrang</b>: Kempunan beraya kereta baru <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2012 05:11 PM PDT

- Aug 17, 2012 08:11:31.

Saiful (kiri) dan Muhammad Hanif melihat keadaan kereta Iswara yang mereka naiki

Hasrat seorang penuntut sebuah kolej dekat sini untuk pulang beraya dengan kenderaan yang baru  diambil dari keluarganya tidak kesampaian setelah terbabit dengan kemalangan awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.25 pagi itu, kereta Proton Iswara dinaiki Saiful Amirul Abdul Rahim, 19, bersama rakannya, Muhammad Hanif Ismail, 19, terbabas setelah cuba mengelak kereta yang secara tiba-tiba membrek di hadapannya.

Menurut Saiful, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Sungai Behrang selepas bermain futsal di Tanjung Malim.

"Ketika tiba dekat persimpangan Plaza Tol Behrang, sebuah kereta Suzuki Swift dipandu seorang wanita mengekori rapat di belakang kami tetapi setelah kereta itu memintas secara tiba-tiba dia membrek.

"Saya cuba mengelak melanggarnya tetapi gagal dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar besi pengadang jalan dan berpusing sebelum terhenti di bahagian tengah pembahagi jalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Saiful berkata, dia mengalami kecederaan bibir kanan akibat terhantuk pada stereng sementara rakannya tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Muhammad Hanif berkata, Saiful baru saja mengambil kereta tersebut dari kampung di Pulau Pinang pada Ahad lalu dan bercadang menggunakannya untuk balik bercuti menyambut Aidilfitri.

Katanya yang mengambil jurusan Mekatronik Semester 3, kejadian itu cukup mencemaskan dan jika Saiful gagal mengelak berkemungkinan mereka jatuh ke gaung.

"Saiful bertindak memutar stereng ke kanan selepas melanggar besi pengadang jalan kerana menyedari terdapat gaung di bawah.

"Nasib baik dia bertindak pantas jika tidak tak tahulah bagaimana nasib kami," katanya yang berasal dari Johor.

Kongsi / Share Laman Sosial/Social Network

Use this unique QR (Quick Response) code with your smart device. The code will save the url of this webpage to the device for mobile sharing and storage.

Kulaan Niring: Puaka Niring : Misteri Laluan Berhantu <b>Di Behrang</b> <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 05:04 AM PDT

Kemalangan maut yang meragut dua nyawa di laluan 'berhantu' di Kilometer 114, Jalan Behrang-Tanjung Malim di sini, 19 April lalu, menyebabkan penduduk sekitar semakin bimbang keselamatan mereka.
Kerisauan itu turut dikongsi penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), yang berulang-alik antara politeknik itu dan Bandar Behrang 2020 iaitu tempat rumah sewa mereka.
Difahamkan, beberapa kemalangan serius turut berlaku sebelum ini di laluan berkenaan yang hanya berada kira-kira 100 meter dari PSAS.
Tinjauan mendapati laluan maut itu lebih berbahaya bagi pemandu yang datang dari arah Behrang terutama pada waktu malam kerana tiada lampu jalan.
Justeru, penduduk dan pengguna berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera menangani laluan maut itu termasuk mencadangkan supaya PBT meluruskan jalan berkenaan.

Jika kerja meluruskan jalan memerlukan kos besar, mereka berharap PBT memasang lampu dan membuat papan tanda amaran kepada pengguna jalan raya.
Seorang penduduk yang berulang-alik dari Tanjung Malim ke Slim River, Mohd Rozaidi Ramli, 34, berkata, laluan berdekatan PSAS itu memang berbahaya terutama pada ketika hujan dan malam.
Katanya, ketiadaan lampu pada waktu malam di selekoh itu boleh mengundang kemalangan terutama pemandu yang pertama kali melalui laluan itu kerana mereka tidak sedar keadaan sebenar laluan itu.
"Ini kerana laluan itu agak bercerun dan kebimbangan lebih terasa setiap kali berselisih dengan kenderaan terutama lori besar yang dipandu laju," katanya.
Beliau berkata, PBT juga perlu memasang papan tanda amaran sebagai ingatan kepada pengguna jalan raya sebelum laluan itu supaya pengguna berhati-hati dengan memperlahankan kenderaan ketika melalui laluan itu.
Katanya, rimbunan pokok di tepi jalan di sepanjang selekoh itu juga perlu ditebang dan diselenggara supaya pemandu yang datang dari arah Tanjung Malim dapat melihat dengan jelas kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Perbincangan Antara UMNO dan MIC Masih Berterusan - Perak Today

Posted: 08 Sep 2012 03:57 AM PDT

Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, suara akar umbi yang mahu UMNO kembali bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang pada pilihan raya umum akan datang bakal dipanjangkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau sendiri katanya, sedia maklum peri pentingnya kerusi itu kepada UMNO Tanjung Malim dan berjanji akan menunaikan amanah itu dengan menyampaikan hasrat berkenaan kepada Perdana Menteri.

"Saya tak dapat janjikan gunung, bintang dan bulan tetapi InsyaAllah, barang dimakbulkan juga hasrat itu dan jika Menteri Besar sendiri bersetuju, maka kita akan bergerak ke arah itu," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Tanjung Malim di MRSM Trolak, pagi tadi.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khusairi Talib.

Beliau mengulas gesaan Khusairi sebelum itu yang memaklumkan suara rakyat di akar umbi mahu kerusi DUN Behrang dikembalikan kepada UMNO pada PRU-13.

Pada 2008, kerusi itu yang wujud hasil persempadanan semula pada pilihan raya 2004  ditandingi MIC tetapi calonnya tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jamaluddin Radzi yang kini menjadi wakil rakyat Bebas.

Khusairi berkata, akibat kecewa dengan keputusan meletakkan calon MIC bertanding di Behrang, pengundi pada ketika itu telah memberi kemenangan kepada calon PKR berdasarkan kaum kerana majoriti pengundi di kawasan itu adalah Melayu.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, hampir 10 siri perbincangan telah diadakan bagi membincangkan perkara itu dengan pihak MIC.

"Siri perbincangan yang diadakan bukan sekali tetapi hampir 10 kali dan malam ini merupakan perjumpaan kelapan saya dengan Presiden MIC, Datuk G Palanivel bagi membincangkan perkara selanjutnya berhubung perkara terbabit.

"Hasil kerja dan semangat berpasukan daripada MIC, mereka kini faham dengan situasi semasa umpamanya di Behrang.

"Kalau kita masuk terowong, sudah ada petanda cahaya di hujungnya," katanya lagi.

Sementara itu, Zambry mengingatkan ahli UMNO supaya menjadikan pengalaman 11 bulan diperintah Pakatan Rakyat sebagai iktibar agar tidak berulang kembali pada PRU-13.

Untuk memastikan perkara itu tidak berlaku, perpaduan adalah kunci kepada kejayaan BN dalam menghadapi pihak pembangkang.

"Kita perlu bersiap-siaga untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Malim, DUN Slim dan DUN Behrang selain merampas kembali DUN Sungkai.

"Jangan biarkan peristiwa 2008 berulang dan dalam tempoh 11bulan memerintah, Pakatan Rakyat cukup zalim kerana mereka tidak mengamalkan apa yang dijanjikan kepada rakyat," katanya lagi.

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Lantak HANGPA la...: Samseng bertempur <b>di Parit Buntar</b>

Posted: 22 Aug 2012 08:25 PM PDT

Kemeriahan sambutan Aidilfitri tercemar apabila dua kumpulan remaja samseng bergaduh sebelum merebak menjadi pertempuran 'gila' dengan menggunakan parang sebagai senjata mempertahankan diri, semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, kumpulan remaja belasan tahun yang dipercayai ada kaitan dengan kegiatan geng kongsi gelap bergaduh di kawasan lapang di Taman Semarak, di sini.

Seorang penduduk berkata, pergaduhan itu melarat menjadi perbuatan khianat apabila beberapa cermin kereta milik penduduk di kawasan itu dipecahkan.

Dia yang mahu dikenali sebagai Wahid, 35, mengakui terkejut apabila beberapa jiran menjerit dan memaklumkan berhubung pergaduhan serius membabitkan remaja.

Menurutnya, kumpulan remaja tempatan itu dipercayai sudah lama berdendam sebelum merebak menjadi pergaduhan besar di kawasan penempatan itu.

"Saya dimaklumkan, kumpulan remaja samseng itu tidak puas hati antara satu sama lain sebelum bertempur. Mengikut laporan polis, dua daripada remaja yang bergaduh itu parah akibat dilibas dengan parang.

"Apa yang berlaku ini cukup menakutkan berikutan remaja terbabit sudah berani mencederakan dan cuba membunuh," katanya.

Menurutnya, pergaduhan itu menyebabkan beberapa cermin kereta penduduk dipecahkan, malah tiga motosikal dipercayai milik kumpulan samseng remaja itu dibakar. Wahid berkata, huru-hara yang dicetuskan ini menakutkan dan meminta polis memberkas individu terbabit.

Kejadian ini pergaduhan kedua selepas dua beradik diserang sekumpulan lebih 10 remaja bersenjatakan parang berhampiran padang futsal di Tanjung Rambutan, di sini.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, seorang mangsa yang berusia 21 tahun putus dua jari tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh penyerangnya.

Malah, adik mangsa yang berusia 18 tahun parah akibat ditetak dengan parang sebelum dihantar mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, di sini.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Parit Buntar yang dihubungi mengesahkan menerima laporan penduduk berhubung kes terbabit dan masih memburu beberapa suspek yang dipercayai menjadi dalang pergaduhan itu.

UMNO Yakin Rampas Semula Kerusi Parlimen <b>Parit Buntar</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 04:56 AM PDT

Semangat kental dan perpaduan di kalangan ahli UMNO dilihat sebagai petanda baik untuk merampas semula Parlimen Parit Buntar daripada parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan, beliau amat berpuas hati melihat kedudukan serta perkembangan yang telah ditunjukkan  ahli UMNO yang begitu bersemangat untuk bangkit daripada kekalahan empat tahun lalu.

"Kita mempunyai potensi besar untuk mengambil semula parlimen ini dan kedua-dua DUN yang turut dikuasai pembangkang," kata beliau.

Zambry berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit Buntar di Dewan Merdeka, hari ini.

Katanya, masalah dalaman serta percanggahan pendapat yang berlaku dikalangan ahli parti juga dapat diselesaikan dengan baik dan ini sekaligus memberi peluang yang cerah kepada UMNO untuk merampas semula kemenangan.

Mengulas lanjut mengenali pemilihan calon  yang mewakili Barisan Nasional (BN), beliau berkata calon UMNO yang bakal bertanding telahpun dikenalpasti dan dipilih daripada kalangan wakil rakyat yang sudah dikenali oleh rakyat.

"Kita tidak memberi tumpuan kepada satu calon kerana kita memberi ruang untuk pertimbangkan beberapa nama yang dirasa sesuai," katanya.

Beliau berkata, nama yang tersenarai akan dinilai berdasarkan penilaian yang telah dibuat oleh rakyat sendiri sudah tentu calon yang dipilih mempunyai potensi besar untuk membawa kemenangan kepada BN.

Ketika ditanya mengenai peluang memenangi semula kerusi DUN Titi Serong, jelasnya dengan program yang dilakukan oleh wakil BN di situ, beliau positif kemenangan akan berpihak kepada parti berkenaan.

"Saya berpuas hati dengan khidmat wakil BN dari Titi Serong yang melaksanakan pelbagai program sejak tiga tahun lalu dan rakyat di situ juga memberi respon yang baik," katanya lagi.

PASPB: <b>PARIT BUNTAR</b>!!! Dr Mujahid, Ust. Abu Bakar dan pimpinan <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2012 01:47 PM PDT


 
PARIT BUNTAR, 17 Ogos : Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak yang juga bakal calon DUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin dan pimpinan PAS Parit Buntar telah meraikan anak yatim di majlis iftar perdana di sini. 
Pengerusi Ehya Ramadhan Ahmad Azhar Sharin berkata, majlis ini dianjurkan oleh PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar bagi meraikan anak-anak yatim, guru-guru PASTI dan murabitun.
" Lebih dari 700 orang telah hadir di dalam majlis tersebut yang turut disertai oleh oleh PAS kawasan yang berhampiran seperti kawasan Bagan Serai dan Larut. 
" Sumbangan telah diberi kepada anak-anak yatim, petugas-petugas parti, guru-guru PASTI dan juga petugas media yang sering melaporkan aktiviti PAS kawasan atau Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar" katanya 
Ahmad Azhar berkata, majlis ini merupakan acara kemuncak program Ehya Ramadhan PAS Parit Buntar bagi tahun 2012 ini. 
" Dana ramadhan yang disumbangkankan oleh orang ramai pada tahun ini melebihi RM 90,000. Kami sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang sentiasa memberi sumbangan mereka pada setiap tahun.
" Derma tersebut digunakan untuk membantu fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal,guru-guru al- quran dan pesakit di hospital dalam parlimen Parit Buntar"katanya
Majlis ini turut dihadiri oeh  YB Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau, YB Ustaz Husin Din ADUN Selinsing, YB Ustaz Ramli Tusin ADUN Semanggol, Hj Othman Maseri, Bendahari PAS Perak, AJK PAS Parit Buntar, AJK Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dan Nisa Parit Buntar. MKA
 









07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


sembang odah: Posa <b>di Pantai Remis</b>

Posted: 18 Aug 2012 08:30 PM PDT

Salam

Bukan nak cite pasal posa sangat pun tp nak cite pasal ayaq tebu. Somi kalu balik pantai Remis bulan posa mesti ayaq tebu pakcik ni jadi rebutan. tp memang ramai pun. Ayaq dia dahla banyak, manis dan sedap.




Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Beruas <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2012 02:17 AM PDT

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan Memberi Duit Raya Kepada Sebahagian Kanak-Kanak Selepas Merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Beruas di Pantai Remis, Pagi Tadi.

Blogger aRy ツ: Berbuka puasa <b>di Pantai Remis</b>..

Posted: 24 Jul 2012 09:03 PM PDT

  assalamualaikum semua,hari nie kite da berpuasa selama 5 hari da..pejam celik cepat mase berlalu kn.Kali nie aku nk cter ckit menu special mase sedang berpuasa hari ke-3..sbp kebetulan abah aku adew kerja di KS atau name sebenarnye Kuala Selangor..haha.Lepas selesai kerja abah..kiteorag singgah mkn di tepi pntai..name pantai uh..Pantai Remis namenye..bnyk kedai seafood kt cne ttop..tp ntahlah..rzeki kiteorag mkn kt kedai ini..ag pon pemandangan kt sne..sgt best kowt..mcm g Port Dickson lak asew..haha..berangan plak.Nk tgk lby selanjotnye..tgk lah pix dibawah nie..





itu sje lah yg nk dikongsi bersama-sama sempena bulan ramadhan nie.law berminat bly ah berkunjung disini menikmati keindahan alam yg sgt-sgt best..nk snap pix pon ape salahnye..bly saje..haha..salam..

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


bumiperak: Ribuan manusia di wacana Ostad Kazim <b>di Seri Manjung</b>.

Posted: 16 Jul 2012 02:26 AM PDT


Dalam Dewan Merdeka Manjung... banyak kerusi dari orang
Terima Kasih buat Media Perak tolong ambik gambar....

Bukan Blog Kamu: Pemeriksaan ECHO <b>di</b> Hospital <b>Seri Manjung</b>

Posted: 10 Jun 2012 07:33 PM PDT

1 June yang lepas ditemujanjikan di spital manjung perak..
untuk diperiksa setelah 10 tahun dah tak cek.. cek pun sebab mengandung..
spital ini pernah didiami oleh cik asven saya satu ketika dahulu 
kerana beliau telah tereksiden di manjung kerana ingin pulang dari tempat
praktikalnya menuju ke rumahnya di kampung gajah...
kalau diceritakan punca kemalanggannya memang agak misteri..
beliau dengan baik hatinya menumpangkan 2 orang warga emas
yang duduk di bus stop yang ingin pulang ke rumah..
dalam perjalanan beliau eksiden dan 2 orang warga emas itu hilang..
setelah sedar dari kemalangan pelanggaran antara kereta dan kereta
sehingga terbabas ke longkang sehingga hancur kereta itu..
beliau menanyakan kepada maknya dan juga saya dimana orang tua itu..
hilang dengan misterinya sampai sekarang tak tau lah sape... mistik sungguh!
aiseh............... lari tajuk pulakkkkkkkkk...
sesampainya di hospital ini kami ketawa.. kerana banyak kenangan 
di hospital ini dan kawasan-kawasan terdekatnya....




di depan pintu untuk menunggu giliran.. nasib baik tak ramai...
pesakit tersenyum gembira di samping laki terchenta...
dah pagi gerak ke spital... memang mengantuklah nak menunggu...
tak tido pon tapi purak2 tido untuk merelaks hati yang gundah gulana...
baju pesakit sudah disalin.. saya bukan datang pakai baju ni pulak ye..
saya diarahkan untuk menukar baju ini supaya baju saya tidak kotor..
terbaring kesengihan sementara menanti doktor yang sedang membelek
buku pink di sebelah saya itu.. tidak kelihatan doktornya..
sekejap je ceknya.. ada la dalam 10-15 minit gitu..
dan selesai.. report pun dibagi dan kata doktor itu..
meskipun sudah lama.. tapi ia tetap ada.. cuma tidak seriyus
malah bila masa nak bersalin nanti mungkin akan dicek semula
bagi memastikan saya kuat untuk bersalin normal atau sebaliknya..
sepupu saya ada masalah yang sebijik macam saya jugak..
pun sama tak seriyus malah baru je lepas bersalin normal 2 minggu lepas...
harap saya pun mudah bersalin macam beliau jugak.. aminnnn..

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Jangan Salahkan Mark Zuckerberg! — illustrasiaku .com

Posted: 02 Sep 2012 08:30 AM PDT

Belum masuk sekolah menengah sudah pandai ponteng kelas untuk berjumpa teman lelaki. November lalu gadis berusia baru 12 tahun itu pertama kali dirogol oleh pakwenya yang berusia 16 tahun.

Selepas kejadian pertama itu pelajar tersebut, kini 13, mengakui beberapa kali dirogol remaja yang sama.

"Walaupun bekerja di Kuala Lumpur, dia selalu pulang ke rumah keluarganya di sini. Kami selalu berjumpa di sebuah pasar raya di Bercham dan sanggup ponteng sekolah untuk bertemu dengannya," kata si gadis seperti yang disiar media, kelmarin.

Perlu diingat, hubungan seks beberapa kali itu menjadi jenayah rogol sebab gadis masih di bawah umur. Sekiranya tidak berstatus bawah umur, perlakuan ketika ponteng sekolah itu tidak dikira rogol, dan dianggap hanya sebagai 'bertukar-tukar hadiah suka sama suka'.

Siapa agaknya yang patut disalahkan dalam kes malang ini? Adakah remaja 16 tahun yang pandai memujuk rayu, mungkin meniru ala-ala romantis dari filem Hindustan, atau dari siri drama Korea yang banyak ditayangkan di TV kita sekarang.

Boleh jadi juga salah si gadis sebab cepat tergoda dan menyerah. Atau adakah salah ibu bapa pelajar berkenaan yang gagal mengawasi pergerakan anak sehingga acap ponteng sekolah untuk bercumbuan.

Tetapi, rata-rata orang menyalahkan Facebook. Laman sosial itulah yang mula mengenalkan 'Romeo' dan 'Juliet' berkenaan. Seperti yang diakui Juliet, dia mula menjalin hubungan di alam siber pertengahan tahun lalu.

Dari alam siber ke alam nyata, dan… Apabila Mark Zuckerberg mula mencipta Facebook pada 2004 – ketika itu usianya baru 20 tahun – dia mungkin tidak terfikir sisi-sisi negatif yang bakal dicetuskan oleh hasil rekaannya itu. Atau, boleh jadi juga si genius komputer itu memang sudah menjangka akibatnya, dan hanya mengambil sikap 'ada aku kisah?'

Hari ini, tidak sampai sepuluh tahun, laman sosial ciptaan pelajar tercicir Havard itu mempunyai pelanggan lebih 250 juta di seluruh dunia, dan Zuckerberg menjadi jutawan, sekali gus selebriti dunia. Tidak dinafikan banyak manfaatnya. Maklumat dan data tersebar dan diterima di hujung jari.

Apa yang terjadi di sebelah sana glob, diketahui di sebelah sini dalam beberapa saat. Pasaran saham, keputusan pilihan raya, perlawanan bola sepak Piala Eropah, semuanya boleh diketahui dalam sekelip mata.

Tetapi banyak juga kesan buruknya. Orang boleh melakukan jenayah menerusi laman maya ini. Seperti yang diberitakan dari London kelmarin, maklumat yang dikumpulkan akta kebebasan maklumat United Kingdom mendedahkan, satu jenayah berkaitan dengan laman sosial Facebook akan dilaporkan kepada polis setiap 40 minit.

Menurut laporan itu, tahun lalu sahaja, pihak berkuasa tersebut mencatatkan 12,300 aduan kesalahan melibatkan laman sosial popular itu. Bukan setakat itu, laman tersebut juga dijadikan rujukan bagi penyiasatan kes pembunuhan, rogol, kesalahan seksual kanak-kanak, serangan, culik, ancaman bunuh, saksi ugutan dan rasuah.

Di tempat kita Facebook menjadi medan peperangan, lebih-lebih lagi pada musim-musim pilihan raya seperti sekarang. Siapa sahaja boleh menuduh apa sahaja menerusi laman popular ini. Detik demi detik telefon bimbit kita berdecit, pasti ada fitnah baru yang masuk dalam Facebook kita.

Malah, sudah banyak juga kes orang kita terpedaya menerusi laman maya ini. Ada lelaki tampan, bahasanya indah dan amat mendayu, hingga memikat hati seorang wanita.

Apabila hati sudah terpikat, masa akan banyak dihabiskan melayan jejaka tampan itu menerusi maya. Hari demi hari saling berbalas bahasa indah, tidak disedari cinta telah bersemi di alam maya. Meski hanya dalam maya, keasyikannya amat luar biasa.

Gambar bertukar gambar, termasuk aksi paling menggiurkan. Kemudian si jejaka mula meminta wang untuk urusan yang kononnya membolehkan mereka bertemu di KL.

Demi cinta wang dimasukkan dalam akaun tanpa sedikit pun rasa ragu. Hanya setelah beberapa bulan berlalu, dan RM puluhan ribu telah diberi, barulah diketahui jejaka yang dipuja dan didodoikan menerusi maya itu, rupanya satu penipuan terancang.

Cerita seperti ini semakin kerap kita dengar. Facebook, sama seperti Internet, sentiasa ada manfaat dan kebaikan. Tetapi, sentiasa juga ada bahaya dan keburukan. Jangan salahkan Zuckerberg. Kita tidak perlu lari dari kecanggihan maya. Tetapi perlu menggunakan fikiran, bukan perasaan.

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

ieyra.com: Outing.

Posted: 20 Jul 2012 10:38 AM PDT

Ahad lepas, saya dan rakan-rakan buat aktiviti outing ke Ipoh. kami seramai 16 orang semuanya. konvoi habis empat kereta. kemain ramai kan kan. memula kami plan nak gerak pukul 7 pagi, tapi akhirnya pukul 8 pagi baru bergerak ke Buntong Falls. entah mana-mana entah si Fahmi ni plan bawak kami. terpencil je tempatnya sampai kami was-was betul ke dalam hutan ni ada waterfall? then, kami hiking...
panjat punya panjat...kendong beg banyak-banyak segala...akhirnya kami jumpa la...
ini aje? kecik bebenor kolamnya. batu je besar semua memenuhi. macam mana nak mandi 16 orang? beratur ikut turn? atas kekecewaan terhadap Buntong Falls, kami pun...


...menggedik ambil gambar je la. dah tak boleh mandi kan? maka ramai-ramai decide nak ke Ulu Chepor. tengok jam, nak dekat pukul 10 pagi dah masa tu. perghh...plan dah lari. cepat-cepat kami turun semula. penat betei hiking semata-mata nak main celup-celup kaki je dalam air kat Buntong Falls. 

masa ni,semua kalut masuk dalam kereta, dan menuju ke Ulu Chepor. sampai je kat Ulu Chepor, kena hiking lagi. hahahaha kurus peha semua orang! jumpa je sungai, semua terus rasa nak terjun tanpa ragu-ragu. hah, siapa tak mandi pagi tu? baik mengaku! 
 

yang tak reti berenang pun buat-buat macam reti. dah siap main game dalam air la apa sampai kecut jari, baru naik. masa tu dah tengah hari. eh, booking nak main laser tag pukul 1130 pagi macam mana? booking lunch pulak pukul 1 petang. disebabkan masing-masing lapar, terus kami menuju ke Royak Perak Golf Club untuk makan tengah hari!



on the way to Royak Perak Golf Club, terjumpa kereta katak hello kitty tu. kemain lampu dia siap ada eyelashes! haha~ actually pergi makan dekat The Fairway Restaurant, Royak Perak Golf Club ni sebab kami guna voucher groupon. dapat ler diskaun sikit kan. apa pun burger tu terbaik gila! besar sangat dan berlapis-lapis. habis segala lemak yang hilang masa hiking tadi, muncul kembali lemak baru. haha~~ then, lepas makan dan solat semua, kami plan nak ke Bercham untuk Laser Tag Battle! tapi...
kereta Myvi merah yang kami naik, dilanggar oleh Myvi hitam! tetibe entah dari planet mana masa kami duduk dekat lane kiri tu, ada pulak kereta lain muncul sebelah kiri. sebab rapat sangat, dia langgar side mirror tu sampai patah. masa tu Borg yang bawak kereta tu hon dan blur kejap. tengok-tengok je Keem da ada kat sebelah kiri sambil menjerit suruh kejar. maka, terjadi la adegan filem KL Drift. KL Gangster pun boleh. lepas tu India yang langgar kami tu dah macam tak boleh lari, dia stop kat tepi. terus semua lelaki ekluar ramai-ramai dari kereta, terjah dia. cuak gitu. then ajak pergi balai polis, dia macam nak lari lagi. nasiblah ada hero kami, Keem abam long gangster kejar kereta tu sampai dapat. masa ni skill memandu Keem tahap IMBA dah. haha~ dah setel apa semua, dapat la tuntut ganti rugi. hee~


mula-mula sampai tu, tak boleh masuk main laser tag lagi sebab full. so semua main boxing dulu. best jugak teknologi kinect kat Xbox ni. boleh kurus lengan duk boxing non-stop. lepas tu eksaited pulak nak main 2 game untuk Laser Tag!
FUN gila hoi! first time main terus teruja. tapi sekejap sangat masa. 1 game cuma 10 minit :'( 
apa pun, sangat FUN outing kali ni. walaupun penat gila sampai sakit badan. next trip pergi cameron jum, guys? haha~


Masalah Banjir Kilat Akibat Sampah <b>Di Bercham</b> - TV3

Posted: 08 Jan 2012 04:00 AM PST

08/01/2012 20:00:00

Please note that to view this content requires you to have Javascript enabled, and the Flash plugin (get it at http://get.adobe.com/flashplayer/) or HTML 5 compliant browser able to MP4.

Keluhan penduduk dari sebuah taman perumahan di Ipoh, Perak menarik perhatian Aduan Rakyat minggu ini.

Banjir kilat dari 1996 hingga ke hari ini, tidak ada kesudahan.

Pelbagai cara dibuat untuk mengatasinya, namun banjir gagal ditangani.

Lebih teruk, paras air semakin meningkat setiap kali hujan.

Penduduk lalu  berpaling ke aduan rakyat untuk menyuarakan masalah mereka bagi menagih perhatian pihak bertanggungjawab.

Ikuti laporan yang saya sediakan ini.

Sejak kebelakangan ini hujan yang kerap   meresahkan penduduk di taman perumahan desa impian.

Jika hujan lebat terutamanya hanya dalam tempoh kurang 30 minit, penduduk sudah bersiap sedia menyelamatkan barangan dan nyawa.

Banjir kilat-menjadi igauan ngeri penduduk.

Kerugian akibat kerosakkan barangan seperti perabut dan kereta sudah mencecah ratusan ribu ringgit.

Namun masih belum ada tanda-tanda masalah mereka bakal menemui penyelesaian.

Norhayati Abdullah, Penduduk: "Boleh dikatakan dalam sebulan 2-3 kali banjir. Dalam musim hujan jaga-jagalah malam tak boleh tidur. Hari tu sampai pukul lima pagi baru boleh tidur. Habis nak tidur macamana? Semua dah habis tenggelam."

Punca masalah, penduduk dakwa disebabkan sistem perparitan dari 32 taman perumahan lain di kawasan Bercham disambung ke perparitan mereka.

Menyebabkan bila hujan, longkang yang ada tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak.

Bertambah teruk apabila longkang pula jarang diselanggara.

Rumah pam ada dibina di taman perumahan itu untuk membantu pengeluaran air.

Namun masalahnya, rumah pam yang sepatutnya mengalirkan lebihan air secara automatik  ke parit sebelum ke sungai seringkali tidak berfungsi.

Apa yang mampu dilakukan penduduk membina penghadang di setiap pintu rumah.

Namun paras air yang naik kebelakangan ini mampu melepasi penghadang ini.

Khamis Othman, Penduduk: "Air dalam masa setengah jam boleh naik dua kaki. Yang baru ni satu meter, pernah hampir dua meter. Baru-baru ni lima bijik kereta tenggelam. Sebab ada penghuni yang pergi buat aktiviti harian."

Rosman Zulkifli, Penduduk: "Semua air masuk ke sini. Bila desa impian yang terpaksa tampung semua ini.  Dahlah dah ada masalah sedia ada, tambah perumahan baru tambah lagi risiko yang ada. Dulu kalai naik dua kaki. Sekarang dah 3 kaki. Mana pihak yang nak selesai masalah ini?"

Tidak tahan dengan masalah banjir tidak berkesudahan, banyak penduduk nekad berpindah.

Banyak rumah di taman perumahan ini dalam keadaan terbiar.

Aduan demi aduan telah dihantar ke pihak majlis bandaraya Ipoh.

Namun belum ada penyelesaian muktamad.

Selagi sistem perparitan tidak diubah suai, Taman Desa Impian akan terus menjadi lokasi banjir kilat yang tidak berkesudahan.

Pihak bandaraya Ipoh pula mahu penduduk memahami masalah yang berlaku.

Ini kerana rumah pam yang dibina dengan ratusan ribu ringgit sering terhadang dengan sampah sarap yang didakwa perbuatan penduduk sekitar Bercham.

Pun begitu, MBI  sedang mengusahakan penyelesaian lain-iaitu sebuah longkang monsoon sepanjang satu kilometer bagi mengalihkan aliran air ke Sungai Pinji.

Datuk Roshidi Hashim, Datuk Bandar Ipoh: "Sekurang-kurangnya air takkan pergi satu arah jee, akan terpecah kepada dua saluran. Kita sedang menanti peruntukkan."

Datuk Roshidi Hashim membuat lawatan mengejut ke sekitar perumahan Taman Desa Impian.

Penduduk mengambil kesempatan sepuas-puasnya bagi menceritakan masalah yang dihadapi kepada Datuk Bandar Ipoh itu.

Beberapa penyelesaian segera dicapai.

Sebagai penyelesaian jangka pendek sebuah lagi rumah pam bernilai lebih dua ratus ribu ringgit akan didirikan di taman perumahan itu.

Apabila peruntukan sebanyak 3 juta ringgit dari RMK 10 diluluskan, longkang monsoon yang dicadangkan akan dibina untuk megurangkan jumlah air ke Taman Desa Impian ketika hujan.

Sikap penduduk yang mengambil jalan mudah membuang sampah sarap ke dalam longkang dan sungai turut ditegur.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Perak beraksi <b>di Lumut</b> Piala Malaysia 2012?

Posted: 08 Aug 2012 11:20 PM PDT

Piala Malaysia 2012 300x300Perak mungkin tidak dapat beraksi dalam Piala Malaysia 2012 yang bermula pada 22 Ogos depan di Stadium Perak, Ipoh.

Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun memberitahu bahawa Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) telah menerima notis daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai permukaan padang Stadium Perak yang kurang sesuai untuk sebarang perlawanan bola sepak.

Azwan berkata, FAM menyatakan bahawa terdapat beberapa permukaan padangnya 'botak' atau tidak ditumbuhi rumput terutama di depan kedua-dua kawasan gol.

Sehubungan dengan itu, Azwan berkata, PAFA sudah menghubungi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selaku pihak berkuasa yang mengawasi stadium berkenaan supaya bertindak segera memperbaikinya.

"Kita memerlukan masa selama tiga minggu agar rumput di kawasan yang botak itu tumbuh semula dan sekaligus membolehkan aksi Piala Malaysia dilangsungkan di sini," jelas Azwan di Stadium Perak semalam.

Perak diletakkan dalam kumpulan C bersama-sama juara bertahan, Negeri Sembilan; Felda United dan Sime Darby.

Perak akan memulakan cabarannya dalam Piala Malaysia berdepan Sime Darby di gelanggang lawan pada 22 Ogos.

Aksi pertama di gelanggang sendiri Perak akan berdepan Felda United pada 25 Ogos nanti.

Beliau meminta jasa MBI agar dapat melakukan kerja-kerja pembaikan permukaan padang tersebut dengan kadar yang segera.

Dalam usaha membantu MBI mempercepatkan kerja-kerja pembaikan itu, Azwan berkata, para pemain Perak di bawah jurulatih Jang Jung telah mengadakan latihan harian di padang SMK Anderson.

"Kita tidak mahu mengganggu kerja-kerja pemulihan itu. Oleh yang demikian padang latihan para pemain Perak turut dipindahkan," kata Pengurus Pasukan tersebut.

FAM dijangka menghantar pegawai teknikalnya bagi memeriksa setiap stadium termasuk Stadium Perak sebelum sepak mula Piala Malaysia pada 22 Ogos depan.

"Saya berharap kita dapat menepati kehendak FAM semasa pemeriksaan tersebut," tambahnya.

Beliau memberitahu bahawa Perak mungkin terpaksa beraksi di Stadium TLDM, Lumut jika Stadium Perak tidak boleh digunakan.

"Saya percaya perpindahan stadium perlawanan itu akan menyusahkan para pemain dan penyokong Kejor Yeop Kejor," tambahnya.

Walau bagaimanapun beliau tetap yakin semua perlawanan di gelanggang sendiri akan dilangsungkan di Stadium Perak.

Artikel asal di PerakNews.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menara Kehidupan: Berhari Raya <b>di</b> Pantai <b>Teluk Batik</b> Dan <b>Lumut</b> <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2012 07:47 PM PDT

Sudah beberapa hari kami berhari raya dan pada raya ke empat kami berhari raya pula ke Perak. Negeri Perak ini kira tempat asal usul keluarga sebelah isteri. Di Parit Buntar lah nenek dilahirkan dan emak pula tempat permainannya. Manakala belah keluarga arwah bapa pula di Bagan Datoh, Perak juga...Bila sudah jauh beraya untuk mencari mood anak-anak kembali beraya kami pun singgah la di Pantai Teluk Batik Lumut. Kami lepaskan mereka bermain di tepi pantai pun mereka sudah seronok bermain pasir. Kami sampai pun dah nak senja jadi tak dapatlah mereka bermandi-mandian.
Panorama hampir senja di Teluk Batik memikat hati kami sekeluarga... di sinilah kami melonggarkan segala urat saraf yang tegang dan kejang setelah menempuh perjalanan yang lama dari Johor - Tanjung Karang - Lumut. Almaklumlah jalan Jem dihari raya ni memang menuntut kesabaran yang tinggi ketika memandu.



Di sinilah kami berehat sambil memerhatikan gelagat anak-anak bermain pasir di tepian pantai. Rasanya terlepas la juga tension anak-anak yang duduk berjam-jam dalam kereta semasa perjalanan ini.
Ni pula muka orang geram tak dapat mandi manda... haaa3x.... tak yah la mandi.... hari dah nak senja....


Muka si kakak yang dah penat duduk dalam kereta lama-lama.... pas tu sampai pantai tak dapat mandi la pulak.... heee3x...
Antara gerai yang terdapat di sana dengan jualan cenderamata dan juga buah tangan yang boleh dibeli...
Selepas ke Teluk Batik kami bersiar-siar di Bandar Lumut Perak. Sajer pusing-pusing tengok ragam orang sahaja sambil mencari sedikit ole-ole untuk di bawa pulang.



Antara gerai yang terdapat di sana untuk membeli ole-ole hasil laut seperti ikan kering... sotong... ikan jeruk... atau segala hasil laut yang ada. Bab ini si isteri je yang tahu yang mana murah dan yang mana kedai mahal harganya... si suami cuma hantar aje kat kedai mana dia nak pergi....

Begitulah aktiviti kami pada hari raya ke empat. Seronok beraya dan seronok berjalan-jalan..... si emaknya juga la yang dah sakit-sakit pinggang dan bapanya pula dah lengoh-lengoh kaki memandu.... haaa3x

Karg&#39;s Blog: BERSANTAI <b>DI LUMUT</b> WATERFRONT

Posted: 06 Jul 2012 10:07 PM PDT



Uddin berkesempatan bersantai di Lumut Waterfront sambil menghirup udara petang..Setelah penat
berjalan-jalan Uddin sempat pula menikmati ABC Special kat sini.........Pemandangan petang cukup menarik sambil dapat bergambar suasana kapal berada di belakang sebagai latar belakang..... ...........

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


DesaTualang@Jenaris: Raya <b>di Kampar</b>

Posted: 25 Aug 2012 02:45 AM PDT

Aku pun tak menduga kamar yang kutempah itu berkembar ada pintu antara bilik. Hatta suka amat si Qasrina boleh ke bilik atoknya sebelah; lagi pun senang malam-malam nak minum kopi atau mencari makan di sebelah. Jika anda menyewa hotel bajet di Kampar Perak aku mencadangkan cubalah sewa Hotel Regal; kamar nombor 1 & nombor 2 tingkat satu. Kadar sewaan cuma RM85 sebilik santai dan di tengah bandar.

2. Sebelahnya ada banyak pilihan nak makan nasi mamak atau nasi orang kita Melayu. Hadapannya ada kompleks beli belah yang padat barangannya.

3. Jika mahu lebih murah ada kamar harganya sekitar RM65, nak mahal ada kamar harganya RM120. Terpulang kepada citarasa sendiri nak kamar sesesuai mana. Grand Hotel Kampar setahu aku tak ada kamar berharga RM100 ke bawah; mungkin hotel bertaraf 3 bintang ke atas. Bedanya ada kolam renang di bumbung. Regal tak ada apa kecualai yang sewanya RM100 lebih tenguk dalam brousernya ada besen mandi.

4. Jangan keluar hotel awal sebab awal pagi di bazar makanan kampar ada banyak pilihan makanan; mee, laksa nasi lemaknya memang menarik. Bagun sekitar jam 7:00 pagi telah dibuka bazar makanan ini; jika tak suka makanan tradisional terpaksalah ke TESCO sebelum berkelah di Lata Salu.

Kemalangan - www.kemalangan.net: Kemalangan <b>di Kampar</b>

Posted: 05 Aug 2012 10:02 PM PDT

KAMPAR : Seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta rentung selepas tersepit dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 17, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur berhampiran RTC Gopeng, di sini, awal pagi semalam.
Sebelum kejadian, mangsa, P Srinivasan, 26, dikatakan dalam perjalanan dari bandar Ipoh ke rumah di Taman Timur, Kampar dan sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan lalu masuk laluan bertentangan dan bertembung sebuah lori, jam 1.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan k Proton Saga BLM dipandu mangsa, manakala lori jenis Mitsubishi tiga tan membawa muatan tilam.
"Siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa dari arah Ipoh dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung sebuah lori dari arah Kampar mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbakar.

"Pemandu kereta Srinivasan tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori, Mohd Nordan Enoh, 50, dan seorang kelindan sempat menyelamatkan diri," katanya.

Menurutnya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng yang dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai berjaya mengawal api sebaik tiba di tempat kejadian jam 1.30 pagi.

FUYOH! DR ZAMBRY SELESAIKAN MASALAH RAKYAT <b>DI KAMPAR</b>!

Posted: 06 Jul 2012 06:00 PM PDT

Isu penempatan yang membelenggu penduduk Kampung Sahom, dekat Kampar akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila 63 daripada mereka menerima surat tawaran Borang 5A dari Pejabat Tanah Daerah Kampar untuk fasa pertama.

Setelah terpaksa menunggu lebih berpuluh tahun untuk memiliki tanah milik kekal, akhirnya masalah itu dapat diatasi hasil usaha gigih kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Salah seorang penerima Borang 5A, Deram Shah Taharim, 53, memberitahu keluarganya terpaksa menunggu hampir 10 tahun sebelum masalah tersebut berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri.

"Saya berasa begitu gembira kerana terpilih menerima Borang 5A dan amat berterima kasih kepada Dr Zambry di atas keprihatinan beliau menyelesaikan masalah penduduk tertangguh begitu lama," katanya.

Bagi warga emas Nor Ahmad Samsudin, 69, tiada apa yang menggembirakan buat dirinya dan keluarga apabila pemohonan yang sudah memasuki generasi ketiga akhirnya diluluskan oleh kerajaan negeri.

Read more...

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


al-Husseyn: Suasana menyambut perayaan Hari Merdeka <b>di Ipoh</b> <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 03:07 AM PDT

Hari ini selepas solat Jumaat, aku ajak anak aku pusing bandar Ipoh sekecap untuk ambil gambar sebagai kenangan suasana menyambut Ulangtahun Hari Kemerdekaan Negara di bandar Ipoh.

Berikut adalah shot pertama aku kat masjid tadi. Tengok tak ada sebiji keta pun yang pasang bendera sebagaimana yang sudah-sudah....

Ini semasa aku parking keta kat Masjid Jalan Dairy, Ipoh

Masuk ke Jalan Tiger Lane...aku tak berapa ingat apa nama barunya.Aku lebih mesra dengan nama yang aku sebut tu sebab dah biasa dari budak-budak dulu.

Anak aku pandu keta, aku snap ajer...budak ni pula kalau bawa keta macam orang gila, entah apa yang dia nak kejor... aku merungut sebab nak ambil gambar! Tapi sempatlah juga aku rakamkan sambil lalu ...


Memang patutlah pun....

Melintasi sebuah kediaman yang besar megah tersergam indah....tapi aku rasa memang patut pun. Korang tahu ceritanya tak? Ha! ha! Mungkin uncle Seekers anak Pak Belalang Modern tu boleh cerita satu masa nanti.Tapi aku rasa, bila PR perintah nanti mesti pasang punya!

Di kedua-dua gate masuk keluar tak mandang pun

Kediaman seorang kerabat diraja

Masuk pekan, tengok pejabat Utusan Meloya tak pasang bendera.Cuma tumpang bendera MBI yang dipasang pada tiang leterik sepanjang jalan.Rasa kesian, ungkin nak jimat duit sebab nak bayar saman.Masih lagi menunggu berapa juta nak kena bayar kat Nizar.Dengar-dengar 50 juta? Entahlah, Ringgit Malaysia atau Rupiah?

Kesian...hanya mampu menumpang bendera MBI sahaja...

Kemudian belok ke Cowan Street...errr aku minta maaflah kat korang. Aku orang tua! Aku cuma tau nama hok lama tu juga... aku tak berapa nak kisah pasal nama baru. Maksud aku jalan ini yang kat Pasar Bulat lama tu.Tentu korang tau bila sebut Pasar Bulat kan? Aku ambil gambar sekitar tempat itulah gambar-gambar yang di bawah nih!

Deretan kedai setentang Jubilee Park Lama tu

Kena saman pasal tak pasang bendera kah?
Kalau boleh memang Umno nak buat macam tu!

Kemudian kami lalu kat Pasar Besar Ipoh dan meluncur terus sambil aku merakamkan gambar-gambar berikut.

kat panggung lama Lido

Macam tak caya, hari ini kita nyambut Hari Merdeka kan?

Kemudian kami terus pergi ke Little India kat pekan lama.

suasana sunyi sepi tengahari ni...

Samy Vellu tentu tak tekata bila lihat orang
India dan tak sokong MIC lagi dah...

Sampai rumah aku snap gambar ikan aku kat dalam kolam tu.Ikan-ikan nampak lebih meriah berenang dalam kolam.Sempat dengar depa bersembang ...


Sambutan kali ini hambar di mana-mana sekali pun, bukan hanya di Ipoh. Biarlah Pakatan Rakyat yang uruskan samabutan perayaan ini mulai tahun-tahun tyang akan mendatang; boleh tak?

Ha! ha! Najib dan Rosmah khabarnya dah banyak hari tak masuk tandas sebab marah asyik keluar yang kuning ajer... diaorang nak yang biru juga! Ha! ha!ha!

aishah megahasz: Raya 2012 <b>Di Ipoh</b>

Posted: 26 Aug 2012 08:38 PM PDT

Tahun ini giliran kami sekeluarga beraya bersama keluarga mertua saya di Ipoh, Perak . Kami bertolak pulang ke Ipoh pada hari Jumaat. Jadi sempatlah berbuka puasa 2 hari sebelum raya.
Acara wajib tiap-tiap tahun pada malam menjelang raya, main bunga api. Anak-anaklah yang paling seronok.


Alhamdulillah, tahun ini saya berkesempatan untuk solat Aidilfitri. Cuak juga bawa Hana Alesya bersama. Lepas solat tengok dia tak ada berdekatan saya. Terus panjangkan leher cari dia di sekitar. Tengok-tengok dia duduk di hujung sambil main-main dengan baby. Kalau hilang mesti susah nak cari sebab ramai sangat orang di masjid masa tu.

Balik rumah, sesi bersalam-salaman. Nak tergelak pun ada tengok gelagat Haziq salam dan cium tangan Atoknya. Beria betul.



Hana Alesya sibuk dengan botol susu. Salam, salam juga tapi botol susu tak lepas.
Lepas habis salam Atok dan Opah, giliran Abah pula. Sambil salam, korek tangan Abah minta duit raya lebih skit. Haziq Fahmi tahun ni dapat duit raya lebih sebab puasa penuh 30 hari. Alhamdulillah, satu pencapaian tu. Saya darjah 2 baru mampu puasa penuh.
Seronok jadi budak-budak ye, dapat duit raya.

Habis sesi bersalaman, sesi bergambar pula. Mula-mula kami bergambar di luar rumah. Ini gambar paling cantik saya ambil raya ini. Gambar Hadif dan anak saudara saya Uwais.


Ini family adik ipar saya Maidy dan Nora. Ini pun saya yang ambil gambarnya.
Ok, giliran keluarga saya pula. Saya tak suka tudung raya saya! Sekian, titik.

Seronok ambil gambar budak-budak ni. Macam-macam gelagat boleh tengok.


Habis di luar rumah, dalam rumah pulak berposing-posing. Macam-macam gaya ada.

Atok dan Opah bergambar dengan cucu-cucunya. Insyallah, bulan depan dapat lagi seorang. Baru 5 orang pun dah macam-macam huru-haranya.

Gambar raya 2012 kami sekeluarga. Tahun ini warna tema adalah hitam dan grey. Raya tahun ini adik ipar saya, Yati tidak pulang beraya. Dia di Australia sedang menunggu masa untuk bersalin.
Memandangkan tudung raya saya tak best, saya tukar tudung lain dan minta ambil gambar lagi sekali.
Ini orang mesti nak spoilkan gambar saya. Penat je bagi senyuman menawan :P
Penat-penat bergambar, Opah belanja makan aiskrim. Suka sangatlah budak-budak ni.

Petang itu kami sekeluarga beraya di sekitar Ipoh, rumah saudara sebelah Huzein. Esoknya kami balik ke Penang.