Isnin, 10 September 2012

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Taiping Mali: Khemah Jualan Gudang <b>di Kamunting</b> Runtuh Malam <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2012 08:36 PM PDT





















Akibat hujan lebat yang turun sekitar 11.00 malam tadi telah menyebabkan khemah runtuh. Banyak barangan perabot seperti meja, kerusi, katil, tilam rosak akibat hujan. Kebanyakan produk adalah produk import dari China.

Minggu lalu, pokok hujan-hujan di Taman Tasik Taiping tumbang, juga kerana hujan lebat.

Teringat kes 173 buah rumah di Sungai Bayor Selama musnah kerana hujan dan ribut. Seorang rakan memaklumkan hujan ribut di Selama adalah kerana solat hajat dan doa daripada Pas Larut .

Mereka mendoakan agar diturunkan bala dan runtuh kepada  40 buah khemah program perasmian mini RTC ,memohon akan pentas utama tempat TPM berada  runtuh dan musnah,  Pas juga mohon agar helikopter yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin jatuh terhempas. [ terkedu TM apabila ustaz tersebut menceritakan bagaimana orang Pas Larut sanggup membuat perkara-perkara keji memohon bala diturunkan kepada sesama umat] .

Sebab itu ulamak-ulamak pondok hari ini berani menentang Pas kerana kesesatan mereka.

Taiping Mali: Abby Inspektor shahab buat kecoh <b>di Kamunting</b>

Posted: 08 Jul 2012 04:33 PM PDT

Satu lagi kempen untuk mengujudkan gelombang anti kerajaan bagi isu ISA nampaknya gagal lagi. PM dah umumkan untuk memansuhkan ISA, tunggu sajalah. Kerajaan BN tak mcm pakatan dok asyik cakap kosong, tapi setiap janji ditepati.

Bagi penyokong mcm Abby ini kita tolak tepilah sebab orang baru mestilah kena tunjuk hebat sikit. Lagi pun dia juga dah gian tu lama tak berlakon depan kamera. Bagilah can.....he he.

Buat Abby ingatlah pepatah "habis madu sepah dibuang"
begitulah nasib yg bakal dialami oleh anda....orang pas hanya mahukan glamor anda saja tapi lepas tu bersedialah untuk dicampakkan ke longkang....

BalasPadam

Saari Sungip Sahkan Seksaan Ala Guantanamo <b>di Kamunting</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2012 08:29 PM PDT


Dari Keadilan Daily

19 Jun 2012

Saari Sungip sahkan seksaan ISA ala Guantanamo

KUALA LUMPUR 19 Jun: Bekas tahanan, Saari Sungip mengesahkan wujud pelbagai deraan mental dan fizikal sepanjang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk dibogel dan kemaluan dijolok dengan kayu serta seksaan lain.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau menyalahkan polis atasan kerana menerapkan anggota bawahan dengan pendekatan deraan menyerupai ala Guantanamo terhadap tahanan yang belum dibuktikan bersalah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang itu berkata, banyak ketidakadilan berlaku, antaranya dihalang bertemu ahli keluarga dan tidak dibenar berjumpa peguam.

"Tahanan tidak boleh hubungi sesiapa termasuk peguam dan keluarga selama 60 hari. Pada 90 hari pertama, tahanan diasing dalam sel berbeza.

"Selepas 60 hari, baru dapat jumpa keluarga, itupun dipantau. Langsung tiada akses kepada peguam melainkan keluarga buat kenyataan bertulis mohon peguam dibenar melawat.

"Apabila dibebas pula, tahanan disyarat hanya boleh 'buka cerita' selepas setahun," katanya menceritakan pengalamannya mengulas nota penyeksaan yang diseludup keluar dari Kem Kamunting.

Saari berkata, kezaliman ISA terserlah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ditumbuk hingga matanya lebam.

Beliau menyeru lebih ramai peguam tampil memberi pandangan dan sokongan kepada bekas tahanan untuk memberi kekuatan kepada mereka supaya bercerita pengalaman ngeri ditahan ISA.

"Kesan seksaan memerlukan kekuatan untuk pulih dari trauma. Bukan mudah mahu ceritakan pengalaman," katanya yang mencatat penderitaannya dalam buku secara bersiri "Suara Dari Kamunting" dan "Siri Mansuhkan ISA."

Beliau ditahan ISA kali pertama pada 12 Oktober 1998 dan kali kedua, 10 April 2001.

Nota penyeksaan yang memperinci seksaan ala Guantanamo terhadap 45 tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak terbongkar.

Nota tanpa tarikh itu diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting oleh kakitangan kem dan diserah kepada Malaysiakini.

Seksaan itu berlaku, ketika proses soal siasat semasa individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Antaranya mangsa dipaksa menanggalkan pakaian dan hanya memakai pakaian dalam dan "digantung terbalik" daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman".

Selain itu, minyak panas dilumur ke kemaluan mangsa dan mencucuh kemaluan dengan api rokok.


— Keadilan Daily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan