Isnin, 10 September 2012

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search

Rumah Banglo Satu Tingkat <b>Di Batu Gajah</b>, Perak | Coretan Anuar

Posted: 07 Jul 2012 10:48 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sekarang ini saya berada di Batu Gajah Perak (rumah Ayah Mertua saya).. Sambil pergi meronda-ronda dekat Pekan Batu Gajah, ternampaklah iklan rumah Banglo satu tingkat yang  pernah menjadi idaman saya sebelum ini.. 
Pada kira-kira dua tahun yang lepas, saya dan isteri berharap sangat dapat memiliki Rumah Banglo Satu Tingkat Di Taman Desa Permai, Batu Gajah, Perak ini.. 

  • Single Storey Bangalow House
  • Keluasan Tanah 50 'x 80'
  • Jenis A (3 ruangan) - Build-up 1134 Kaki Persegi.
  • Jenis B (4 bilik) - Build-up 1251 Kaki Persegi.

  • Pembeli Mempunyai Pilihan Untuk Perubahan Reka Bentuk dan Susun Atur
  • Kualiti Bahan Bangunan & Design
  • Rekabentuk yang luas dan praktikal
  • lokasi yang strategik
  • Berhampiran dengan kemudahan Awam
  • Harga yang sangat berpatutan
  • Pinjaman Sehingga 95% (Pemohon yang layak sahaja)
Taman Desa Permai, Batu Gajah terletak di lokasi yang strategik berhampiran dengan infrastruktur dan kemudahan awam seperti sekolah, kedai, pasar raya dan kemudahan sistem pengangkutan. Di samping itu, ia terletak berdekatan lebuh raya Ipoh-Lumut dan stesen keretapi komuter ke Rawang.

Dari stesen Keretapi ini, kita boleh menaiki keretapi express untuk pergi ke Kuala Lumpur.. Masa perjalanan dari sini ke KL Central dengan menaiki keretapi Express cuma 2 jam sahaja.. 

Semasa saya berhasrat untuk membeli rumah ini, saya dan isteri bertugas di Mukah Sarawak.. Jadi, dengan adanya rumah ini secara tidak langsung akan memudahkan perjalanan kami dari Batu Gajah ke KLIA.. 

Dari Batu Gajah-KL Central (2 jam).. Dari KL Central-KLIA (tak sampai satu jam).. Total perjalanan ke KLIA cuma mengambil masa 2 jam setengah sahaja.. Berbanding 4 jam sekiranya menaiki kereta.. 

Bagi pendapat peribadi saya, rumah ini memang berbaloi untuk dimiliki, disebabkan harganya sangat berpatutan.. Ketika fasa 1 rumah ini dibangunkan, harganya cuma RM148,000 sahaja.. Pada ketika itu, bukannya senang nak dapatkan rumah Banglo satu tingkat dengan harga di bawah RM150K...

Ketika di peringkat pembinaan Fasa 1, saya berkesempatan melihat pembinaan tersebut dijalankan.. Saya dapati rumah ini dibina dengan menggunakan batu bata tanah liat (warna merah)... Ini menunjukkan pemaju menjaga standard dan kualiti rumah-rumah yang mereka bangunkan di taman tersebut..

Gambar Rumah Banglo Satu Tingkat, Lot tengah

Apabila dah berminat.. saya pun telah membuat tempahan untuk membeli seunit rumah di taman tersebut.. Rumah yang kami tempah tersebut adalah rumah Lot Tepi untuk  pembangunan pada fasa yang ke 4.... Kebetulan pula pada ketika itu tinggal dua unit lot tepi sahaja yang masih ada.. Jadi kami telah menempah salah satu daripadanya.. 

Dapat Fasa ke 4 pun jadilah.. Asalkan berjaya mendapatkan rumah tersebut..;)

Masa tu saya fikir berbaloi membeli rumah banglo lot tepi ini disebabkan rumah yang saya ada sebelum ini adalah
rumah tengah.. Lagipun harga yang ditawarkan untuk rumah Lot tepi di  sini, bagi saya memang sangat berbaloi dengan keluasan tanah tambahan yang diberikan..  

Kalau tak silap saya, rumah Corner Lot yang telah kami tempah tersebut berharga RM178,000 untuk keluasan tanah dalam lingkungan 85' X 80'.. Iaitu berbeza sebanyak RM30K daripada harga "rumah tengah"..

Rumah di sini dibangunkan secara berperingkat, mengikut Fasa.. Apabila telah selesai pembangunan rumah untuk Fasa 1, pemaju akan membangunkan rumah pada Fasa yang ke 2, seterusnya Fasa ke 3 dan akhir sekali adalah Fasa yang Ke 4.. 

Jadi pihak pemaju memberitahu saya, supaya menunggu kira-kira 2 tahun sehingga tiba giliran membangunkan rumah untuk Fasa yang ke 4..

Setelah dua tahun berlalu, pemaju baru sempat untuk membangunkan rumah ada Fasa yang ke 3.. Sedangkan harga rumah Banglo satu tingkat ini telah dinaikkan sebanyak RM20k..

Harga "Rumah tengah" telah dinaikkan kepada RM168,800

Sebelum ini rumah Banglo tersebut berharga RM148,800.. Tapi sekarang harga rumah Banglo tersebut telah menjadi RM168,800.. 

Ini merupakan harga untuk "rumah tengah".. Harga untuk rumah Lot tepi saya tidak pasti pula berapa.. Saya menjangkakan harga rumah lot tepi tersebut tentu boleh mencecah sehingga RM200,000.. huhuhu.. 

Saya rasa agak terkilan juga di atas peningkatan harga rumah tersebut.. Rasa terkilan disebabkan tidak berjaya membelinya pada harga dua tahun yang lepas.. 

Nak buat macamana, dah terpaksa menunggu giliran.. Dan saya percaya apabila Fasa ke 4 dibangunkan nanti, berkemungkinan besar harga rumah Banglo satu tingkat ini akan naik lagi..

Jadi saya memohon pendapat daripada anda.. 

Adakah wajar saya membeli Rumah Banglo satu tingkat tersebut (Lot tepi), sekiranya harganya melebihi RM220K?

Ps: Lepas ni saya dah tak sanggup untuk membeli rumah baru.. Jadi mulai sekarang saya kena belajar dengan AbangEnsem macamana nak beli rumah terpakai..

Pss: Apa agaknya yang sedang berlaku di antara Eyriqazz Vs Denaihati

Whut Telah Happen??: Raya 1433 <b>di Batu Gajah</b>

Posted: 03 Sep 2012 08:25 PM PDT

walaupun tgh cuti dan tidak berkerje.. tp saye rse seperti tiada mase utk update blog ini. hihihiii.. but i wanted to say a lot of things. seriously...

1st day of raya (19 August 2012)

tahun ini beraya di rumah opah di Batu Gajah bertemakan warna purple.
aku hanya memakai baju raya purple tahun lepas je. xsempat beli/buat baju baru
pepagi raya dah ade drama family. malas nk layan. kecik ati sikit je.

aktiviti mcm biase (eh biase ke? dah 7 tahun aku tak raye kt batu gajah ni kome oii) .. malam raya main mercun lps berbuka puasa.. pastu ade tahlil sikit.. then takbir raya.
esoknye pepagi mandi sunat hari raya, makan makanan raya, solat sunat hari raya. ahaha.. sume nk raya! pastu balik rumah opah sesi bergambar dan bermaaf-maafan sambil bagi duit raya. hoyey!! rupenye cousin2 yg masih bersekolah/belajar ade la dlm 7 org jek. ahahaha.. lain sume dah kerje. so yg bg duit lg byk drpd yg terima duit raye. kalo bg sorg singgit, tukar seploh ringgit pun tak abes. muahahahaa.. =D then ziarah menziarahi.. 1st ke kubur atok, rumah wan munah, then rumah yong elin (iaitu kakak abah), then last skali lepak rumah wan ina n berlama-lamaan di situ. diorg ade lg sesi fotografi, tp family aku kne balik rumah opah sbb beberape ahli keluarga ingin pulang ke kampung johor bahru secepat n sepantas yg boleh. hah! malam tu.. ermm.. aku tak igt buat ape ek.
raya ke-2, open house rumah wan ikin plaks. perghh!! spegetti die sedap gile wa cakap lu!! gua siap makan 2x lg.. tp gua tak makan nasi, so takde la rase serba salah sgt. ehehehe.. malam plak ade jiran merangkap sedara opah kawen, so kitorg g wedding diorg.
raye ke-3, gerak ke ipoh utk melawat mak yang.. tp tiada org di rumah. so shoot terus ke JB! niat di hati nk singgah ampang, tp kunci plak xdek. haha.. terpakse drive sampai JB berbekal beberape helai baju yg ade..

**alamak. tgh2 tulis blog, laki aku dah balik plak n ajak kuar. terpakse berhenti tulis. sambung kemudian ye uolls**

Ajijoi: Isu 511.43 ekar tanah <b>di Batu Gajah</b>: Dimana kedudukan <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2012 05:55 PM PDT

Isu 511.43 Ekar Tanah: Penjelasan Maju Perak mengelirukan

Bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Perak akan terus mendesak penjelasan tanah seluas 511.43 ekar berhampiran dengan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Batu Gajah yang dimiliki oleh Syarikat Maju Perak yang dikatakan telah memeterai satu perjanjian 'Usahasama' dengan Xtreme News Sd. Bhd. Penjelasan daripada Syarikat Maju Perak pada 11 Julai yang lalu lebih menimbulkan banyak persoalan-persoalan baru berkaitan 'Usahasama' yang sebenarnya merugikan kantung Kerajaan Negeri Perak secara langsung.
Pada 4 Julai yang lalu, kami telah membangkitkan persoalan ini dan mendesak agar Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir menjelaskan kedudukan status tanah yang dikatakan telah dijual dengan kadar rendah yang tidak mengikut harga pasaran semasa tersebut. Ini kerana Datuk Seri Zambry mesti bertanggungjawab terhadap anak syarikat kerajaan negeri terutamanya berkaitan urus niaga tanah. Kami telah jelaskan bahawa isu yang ditimbulkan adalah perjanjian yang telah dimeterai antara dua pihak tersebut yang pihak kami rasakan amat merugikan sama sekali.
Timbul persoalan baru, iaitu pada 9 Jun yang lalu Syarikat Nagamas Internasional Berhad melalui anak syarikatnya Nagamas Venture Sdn. Bhd. telah memeterai satu perjanjian dengan Xtreme News Sd. Bhd. bagi membangunkan projek bernilai RM 1 Billion di situ. Persoalan kami, di manakah kedudukan Syarikat Maju Perak di atas perancangan projek pembinaan "Wellness Resort" bertaraf lima bintang dan "Premium Shopping Outlet" yang setaraf dengan Johor Premium Outlet di Iskandar Development Region ("IDR") tersebut?
Kenapakah projek tersebut tidak terus diberikan kepada Syarikat Nagamas Internasional Berhad jika perancangan awal dan kedudukan lokasi tanah seluas 511.43 ekar berhampiran dengan KTM Batu Gajah yang dikatakan 50 peratusnya meliputi kawasan air tersebut? Kami sekali lagi mendesak agar campur tangan Datuk Seri Zambry agar kecelaruan pengurusan Syarikat Maju Perak di atasi dengan segera dan menyelamatkan satu urus niaga yang akhirnya akan merugikan rakyat iaitu kantung kerajaan negeri dan sebaliknya pula mengkayakan kroni sahaja!
IPOH: Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Perak, Salman Saleh berkata, PAS Perak telah mendedahkan pada 9 Jun yang lalu bahawa Syarikat Nagamas Internasional Berhad melalui anak syarikatnya Nagamas Venture Sdn. Bhd. telah memeterai satu perjanjian dengan Syarikat Xtreme News Sdn. Bhd. bagi membangunkan projek bernilai RM 1 Billion di situ.
Jelasnya, pihaknya telah mempersoalkan dimanakah kedudukan Syarikat Maju Perak Berhad diatas perjanjian baru yang telah dimeterai tersebut.
Menurutnya, jika projek yang diusahakan yang bernilai RM 1 Billion sepertimana yang dilaporkan, dimanakah peranan Kerajaan Negeri Perak dimana Maju Perak adalah anak syarikat kerajaan negeri?
"Kami telah dedahkan bahawa Xtreme News dimiliki oleh pemegang saham 'bukan bumiputera' dan pihak Maju Perak telah mendakwa syarikat 'usahasama' nya adalah 'bumiputera' iaitu Nagamas Internasional. Persoalan awal yang masih tidak terjawab ialah dimanakah kedudukan Maju Perak di atas projek mega ini?," ujarnya kepada Perakite Daily hari ini
Katanya, PAS Perak juga ingin mempersoalkan perjanjian usaha sama pertama antara Maju Perak dan Xtreme News dimana pada ketika perjanjian ini ditandatangani syarikat ini baru sahaja ditubuhkan tidak sampai enam bulan.
"Bagaimanakah Maju Perak boleh menjalankan satu projek usaha sama dengan sebuah syarikat yang masih amat baru dan tidak berpengalaman?," jelasnya.
PAS Perak katanya terus mempersoalkan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang masih mendiamkan diri tanpa mengulas isu tersebut seolah-olah beliau tidak tahu berkenaan projek tersebut sedangkan satu perjanjian mega akan dibangunkan di Negeri Perak.
Salman berkata, mustahil perkara ini boleh berlaku kerana projek tersebut bernilai hampir RM 1 Billion.
"Apakah telah terjadi dengan penjanjian usahasama yang dikendalikan oleh Maju Perak sebenarnya?
"Siapakah dibelakang 'permainan' ini yang kami rasakan cuba mengaut keuntungan segera melalui pemilikan tanah daripada Maju Perak tanpa memikirkan kesannya dimasa akan datang," soal beliau.
Jawatankuasa Strategik dan Isu,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan