Isnin, 10 September 2012

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Kemalangan <b>di Behrang</b>: Kempunan beraya kereta baru <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2012 05:11 PM PDT

- Aug 17, 2012 08:11:31.

Saiful (kiri) dan Muhammad Hanif melihat keadaan kereta Iswara yang mereka naiki

Hasrat seorang penuntut sebuah kolej dekat sini untuk pulang beraya dengan kenderaan yang baru  diambil dari keluarganya tidak kesampaian setelah terbabit dengan kemalangan awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.25 pagi itu, kereta Proton Iswara dinaiki Saiful Amirul Abdul Rahim, 19, bersama rakannya, Muhammad Hanif Ismail, 19, terbabas setelah cuba mengelak kereta yang secara tiba-tiba membrek di hadapannya.

Menurut Saiful, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Sungai Behrang selepas bermain futsal di Tanjung Malim.

"Ketika tiba dekat persimpangan Plaza Tol Behrang, sebuah kereta Suzuki Swift dipandu seorang wanita mengekori rapat di belakang kami tetapi setelah kereta itu memintas secara tiba-tiba dia membrek.

"Saya cuba mengelak melanggarnya tetapi gagal dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar besi pengadang jalan dan berpusing sebelum terhenti di bahagian tengah pembahagi jalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Saiful berkata, dia mengalami kecederaan bibir kanan akibat terhantuk pada stereng sementara rakannya tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Muhammad Hanif berkata, Saiful baru saja mengambil kereta tersebut dari kampung di Pulau Pinang pada Ahad lalu dan bercadang menggunakannya untuk balik bercuti menyambut Aidilfitri.

Katanya yang mengambil jurusan Mekatronik Semester 3, kejadian itu cukup mencemaskan dan jika Saiful gagal mengelak berkemungkinan mereka jatuh ke gaung.

"Saiful bertindak memutar stereng ke kanan selepas melanggar besi pengadang jalan kerana menyedari terdapat gaung di bawah.

"Nasib baik dia bertindak pantas jika tidak tak tahulah bagaimana nasib kami," katanya yang berasal dari Johor.

Kongsi / Share Laman Sosial/Social Network

Use this unique QR (Quick Response) code with your smart device. The code will save the url of this webpage to the device for mobile sharing and storage.

Kulaan Niring: Puaka Niring : Misteri Laluan Berhantu <b>Di Behrang</b> <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 05:04 AM PDT

Kemalangan maut yang meragut dua nyawa di laluan 'berhantu' di Kilometer 114, Jalan Behrang-Tanjung Malim di sini, 19 April lalu, menyebabkan penduduk sekitar semakin bimbang keselamatan mereka.
Kerisauan itu turut dikongsi penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), yang berulang-alik antara politeknik itu dan Bandar Behrang 2020 iaitu tempat rumah sewa mereka.
Difahamkan, beberapa kemalangan serius turut berlaku sebelum ini di laluan berkenaan yang hanya berada kira-kira 100 meter dari PSAS.
Tinjauan mendapati laluan maut itu lebih berbahaya bagi pemandu yang datang dari arah Behrang terutama pada waktu malam kerana tiada lampu jalan.
Justeru, penduduk dan pengguna berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera menangani laluan maut itu termasuk mencadangkan supaya PBT meluruskan jalan berkenaan.

Jika kerja meluruskan jalan memerlukan kos besar, mereka berharap PBT memasang lampu dan membuat papan tanda amaran kepada pengguna jalan raya.
Seorang penduduk yang berulang-alik dari Tanjung Malim ke Slim River, Mohd Rozaidi Ramli, 34, berkata, laluan berdekatan PSAS itu memang berbahaya terutama pada ketika hujan dan malam.
Katanya, ketiadaan lampu pada waktu malam di selekoh itu boleh mengundang kemalangan terutama pemandu yang pertama kali melalui laluan itu kerana mereka tidak sedar keadaan sebenar laluan itu.
"Ini kerana laluan itu agak bercerun dan kebimbangan lebih terasa setiap kali berselisih dengan kenderaan terutama lori besar yang dipandu laju," katanya.
Beliau berkata, PBT juga perlu memasang papan tanda amaran sebagai ingatan kepada pengguna jalan raya sebelum laluan itu supaya pengguna berhati-hati dengan memperlahankan kenderaan ketika melalui laluan itu.
Katanya, rimbunan pokok di tepi jalan di sepanjang selekoh itu juga perlu ditebang dan diselenggara supaya pemandu yang datang dari arah Tanjung Malim dapat melihat dengan jelas kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Perbincangan Antara UMNO dan MIC Masih Berterusan - Perak Today

Posted: 08 Sep 2012 03:57 AM PDT

Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, suara akar umbi yang mahu UMNO kembali bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang pada pilihan raya umum akan datang bakal dipanjangkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau sendiri katanya, sedia maklum peri pentingnya kerusi itu kepada UMNO Tanjung Malim dan berjanji akan menunaikan amanah itu dengan menyampaikan hasrat berkenaan kepada Perdana Menteri.

"Saya tak dapat janjikan gunung, bintang dan bulan tetapi InsyaAllah, barang dimakbulkan juga hasrat itu dan jika Menteri Besar sendiri bersetuju, maka kita akan bergerak ke arah itu," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Tanjung Malim di MRSM Trolak, pagi tadi.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khusairi Talib.

Beliau mengulas gesaan Khusairi sebelum itu yang memaklumkan suara rakyat di akar umbi mahu kerusi DUN Behrang dikembalikan kepada UMNO pada PRU-13.

Pada 2008, kerusi itu yang wujud hasil persempadanan semula pada pilihan raya 2004  ditandingi MIC tetapi calonnya tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jamaluddin Radzi yang kini menjadi wakil rakyat Bebas.

Khusairi berkata, akibat kecewa dengan keputusan meletakkan calon MIC bertanding di Behrang, pengundi pada ketika itu telah memberi kemenangan kepada calon PKR berdasarkan kaum kerana majoriti pengundi di kawasan itu adalah Melayu.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, hampir 10 siri perbincangan telah diadakan bagi membincangkan perkara itu dengan pihak MIC.

"Siri perbincangan yang diadakan bukan sekali tetapi hampir 10 kali dan malam ini merupakan perjumpaan kelapan saya dengan Presiden MIC, Datuk G Palanivel bagi membincangkan perkara selanjutnya berhubung perkara terbabit.

"Hasil kerja dan semangat berpasukan daripada MIC, mereka kini faham dengan situasi semasa umpamanya di Behrang.

"Kalau kita masuk terowong, sudah ada petanda cahaya di hujungnya," katanya lagi.

Sementara itu, Zambry mengingatkan ahli UMNO supaya menjadikan pengalaman 11 bulan diperintah Pakatan Rakyat sebagai iktibar agar tidak berulang kembali pada PRU-13.

Untuk memastikan perkara itu tidak berlaku, perpaduan adalah kunci kepada kejayaan BN dalam menghadapi pihak pembangkang.

"Kita perlu bersiap-siaga untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Malim, DUN Slim dan DUN Behrang selain merampas kembali DUN Sungkai.

"Jangan biarkan peristiwa 2008 berulang dan dalam tempoh 11bulan memerintah, Pakatan Rakyat cukup zalim kerana mereka tidak mengamalkan apa yang dijanjikan kepada rakyat," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan