Rabu, 14 November 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Batu Tepi Jalan ( BTJ ): Khabar Dari <b>Pangkor</b>

Posted: 09 Nov 2012 08:40 PM PST

Kali pertama BTJ menjejakkan diri Pangkor selepas hampir 30 tahun hidup di atas muka bumi ini
Keluar di awal pagi
Sangat kecewa sebab terlajak sampai ke Ipoh
Memang BTJ over confident ingat Lumut di Ipoh
Sampai Ipoh tak jumpa langsung papan tanda yang tertulis nama Lumut
Terus pukul telefon dan tanya kawan
Sah memang terlajak
Hahaha!

Papan tanda kat highway memang shit
Kawan BTJ kata patutnya ambil exit Teluk Intan
Apa la salahnya kalau papan tanda kat highway tu tulis dalam kurungan "Lumut" kat exit Teluk Intan tu
BTJ memang suka travel dan bergantung dengan papan tanda untuk cari arah
Lumut atau Pangkor ni tempat yang terkenal
Patut jadi landmark kat highway
Macam Cameron Highland ada plak tulis kat papan tanda exit Tapah dan exit Simpang Pulai
Siap dua lagi tu
Lumut atau Pangkor langsung takde
Puiiiii la kepada tahun melawat Perak walaupun BTJ memang suka travel ke Perak
Puiiiii juga kepada highway kat Malaysia yang tak bagus dalam sistem papan tanda penunjuk arah
BTJ kena pusing balik ikut jalan lama lebih 70km
Rugi masa dan minyak kereta

Sekarang sudah sampai di Pangkor
Apa yang menarik bila kali pertama kali sampai di jeti ialah
CHE PANG KHOR
Nama Pangkor ni asal nama Cina ke?
Mungkinkah ada kaitan dengan Che Guevera atau mungkin Che'guBard?
Atau keluarga Che di belah Kelantan
BTJ tiada jawapannya
Hahaha!!!

Nanti menyusul kisah chalet yang jadi tempat berteduh BTJ di sini
Cerita yang agak kurang menarik
Bilik tidak seindah penyambut tetamu
Huahuahua

BTJ nak berehat dulu
Lepas Zohor nak gi berkubang di laut
Cuaca cerah
Harap semua akan ok
Opsss..sebelum terlupa
Tadi jumpa papan tanda projek "Ini Projek Kerajaan Barisan Nasional"
Strategi pembodohan masyarakat di Pangkor masih berleluasa
Pastikan ubah di PRU13 supaya tidak terus diperbodohkan
Chowzzzz!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Gendang Perang: Ostad Kazim Calon umno DUN <b>Manjoi</b> Perak- Iyo <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2012 10:00 PM PST

BERITA TERKINI!!!... SAH! Ostad Kazim calon UMNO DUN Manjoi...

Ustaz Kazim calon ulama yg mirip UMNO akan menentang PAS di DUN Manjoi,dalam Parlimen Tambun. Najib memang nakkan winnable candidate untuk UMNO di PRU yang akan datang..

UMNO percaya boleh menang besar dgn calon2 ulama mereka.....Tungguuuuuu!!! - FB

Oleh kerana gua tak dapat sahkan berita ini, gua harap dapatlah dianggap sebagai khabar angin.

Boleh ke mamat ni mencabar kewibawaan PAS di Manjoi?  Dia ni kalau tak silap gua yang dok menumpang ceramah ustaz Azhar Idrus. Tumpang glamour. Dia pernah menyatakan dalam ceramahnya bahwa dia tidak menyebelahi mana-mana parti. wakaka. (Pandai pusing line ostad ni).
Kecoh di Facebook menyatakan abang dia ni orang umno. Tak tau pulak sama ada orang kuat atau orang tak kuat dalam umno tu. Letak King Jason jer lawan dia kat situ. Kompom King jason menang.

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Satu hari <b>di Seri Iskandar</b>… | MOnster KeKhAi...TiKa Cuma!! 9W2 KKX

Posted: 07 Sep 2012 09:29 PM PDT

Ini kali pertama aku dalam beberapa bulan permis di seri iskandar di buka…aku berkerja di sini…selalu nya aku duk melepak atau menyinggah saja…perasaan?…biasa saja cuma jauh dari pemerhatian boss…jadi aku bebas buat apa saja…tapi tidak yg bukan bukan lah…

Apa yg aku perhatikan di seri iskandar ini kebanyakan nya pelajar dari UITM…UTP dan kolej kolej sekitar nya…jd ramai lah budak budak muda di sini…jd mmg strategik jika membuka satu perniagaan yg menarik hati budak budak muda ini..

Alhamdulillah..kini ada nya ACE Tech di seri iskandar bertambah nya lagi satu pusat servis komputer di sini…

Ok..agak boring jgk duduk terperap di sudut kedai ni…naseb baek aku membawa buku utk di baca (apa??.buku??)…yup…kini aku sahabat setia buku buku…hahaha…tapi tumpuan buku yg aku baca bukan pada novel cinta tapi pada cerita cerita perjuangan…motivasi…islamik dan photografi…alhamdulillah…kini sudah beberapa buku aku baca…salah satu nye buku motivasi tulisan Ustaz Kazem…bertajuk Tuhan Sedang Menguji Kita…byk info dan kata kata motivasi di dlm nya…sgt sesuai utk pelajar dan orang dlm kebuntuan…

Kini aku sedang membaca buku bertajuk Kiyai Salleh tulisan Abdul Latip Talib….cerita berkisarkan kisah perjuangan pemimpin Selempang Merah di Johor pada zaman keganansan komunis…baru aku sedar dan paham apa rasa nya bila negara kita di jajah dan rasanya bila keluarga kita di tindas…

Bagi aku…aku sangat menghargai apa yang kita kecapi sekarang…keamanan dan kemakmuran…cuba bayang kan jika keadaan aman ini tiada…keganasan sana sini…mampu kah kita menghadapi nya?…kita bukan seperti pejuang dulu yang di bekalkan ilmu perang dan ilmu agama yang dalam…tepuk dada tanya lah iman…mahu kan apa yang ada sekarang ini hilang begitu saja…aku bukan lah memihak kepada mana mana…aku memihak kepada agama ku…agama Allah…agama Islam…terguris dan terhina agama Islam…aku sanggup mempertahankan nya…itu sumpah yg telah aku ambil sejak dari dulu lagi…

Ntah la…mana hilang nya jiwa sayang kan agama di kalangan kita…memperjuangkan perkara yang sia sa adalah…harap kita sedar…kita kini berdepan dengan musuh yg sgt halus dakyah nya…moga kita sedar….

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Menginap <b>Di</b> Joy Chalet, <b>Bota</b> Perak - Flipping For Dummies

Posted: 29 Sep 2012 07:36 AM PDT

Dari sehari kesehari nak buat entry berkaitan dengan chalet ni nampaknya macam tak berkesempatan pula. Dan seperti kebiasaannya juga, aku memang tak menulis berkenaan dengan isu hartanah pada hujung minggu. Pengisiannya adalah lebih santai dan berkisar tentang travelling, makanan dan aktiviti-aktiviti kesihatan (larian).

Sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih kepada pembaca yang link-kan ENTRY INI dan ENTRY INI dalam forum popular lowyat.net. Menjawab soalan En. K - saya akan terus menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya kecuali entry yang berkaitan dengan projek perumahan baru ataupun project review di mana pembacaannya adalah lebih menyeluruh.

Aku menginap di chalet ini semasa majlis bertandang ke perkahwinan anak saudara (anak abang), yang beristerikan orang Bota. Kalau ikutkan hati, aku nak duduk di Lumut sahaja sebab lebih familiar dengan lokasinya. Tetapi bila memikirkan aku kena berulang-alik2 semasa majlis nikah then esoknya bersanding, nak memandu 35km one way tu (termasuk tengah malam), secara logistiknya kurang sesuai dan aku terpaksa mencari opsyen lain.

Lalu diusulkan menginap di chalet kat bawah ini yang jauhnya hanya 5 minit dari rumah pengantin. Duduk free je sebab anak saudara dah book-kan chalet ni awal-awal lagi.

Kreatif - Titi Gantung kat tengah-tengah.
Masa nak masuk tu memang agak suspen sikit, dahlah aku memandu MPV yang agak besar (dengan muatan 6 orang), kena pula menyusuri masuk jalan kampung yang tak berapa nak besar tu. Dalam hati tertanya-tanyalah juga, macam manalah boleh ada chalet kat tengah-tengah kampung ni. Perjalananan itu dikelilingi dengan kebun getah dan kelapa sawit dan agak jauh dari jalan besar.
Aktiviti memancing adalah percuma di sini. Tapi kena sediakan pancing sendiri.

Bila sampai kat chalet tu, memang terkejut dan tertanya-tanya sendiri, macam manalah owner chalet ni boleh terfikir nak bina dan memulakan perniagaan chalet tu, memang kreatif dan "out of the box" untuk kawasan kampung yang semacam tu. Terdapat 14 buah chalet dan FULL HOUSE malam tu (kecuali 2 unit yang dengarnya ada last minute cancellation.

Untuk menginap di sini, semalam harganya adalah RM80. memang berpatutan sangat sebab satu bilik tu boleh memuatkan 5 orang. Ada disediakan juga surau dan tempat berkumpul kalau kita nak buat meeting ataupun team building. Tapi parking agak limited dan kena parking pula kat tepi kebun-kebun orang.

Aku sempat berbual dengan seorang pekerja di situ. Diberitahu dulunya kawasan itu adalah kawasan projek penternakan air tawar. Tapi projek ini telah menjadi terbengkalai, tak tau sebab apa, tapi rasanya mungkin ilmu penjagaan dan pemasaran ikan tu tak cukup. Mungkin jenis macam pelabur hartanah juga, tengok orang lain beli rumah, kita pun nak beli juga tapi asas pengetahuan dan pelaburan tiada, so jadilah projek hangat-hangat tahi ayam.
Tengok pokok-pokok menjalar tu takutlah juga ada ular.
Biznes chalet ni diberitahu boleh tahan jua, terutamanya pada masa pendaftaran pelajar baru dan konvo UiTM Seri Iskandar dan Universiti Tenaga Petronas. Aku ada komen juga dekat pekerja tu produk yang baik (chalet ni) kalau kita tak dipasarkan dengan baik, returnnya tentulah tak memberansangkan. Kena tengok target market dan study lingkungan dan potensi market ni betul-betul. Barulah perniagaan kita boleh maju, (macam bagus je aku cakap, lagipun cakap memang senang, guna ayaq liur je). 

Aku rasa RM80 tu worth the money, janganlah expect service 4-5 bintang pula untuk harga sebegitu. Buat owner chalet ni pula, semoga berjaya dalam biznes chalet ni! Aku ni pula, bilalah nak start business homestay/chalet  ni?

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Hingga akhir kalam

Posted: 12 Nov 2012 01:30 PM PST

dah pukul 517am br soh x de bunyi mercun lg...agknye dh hbih sume megholoh suasana pun aman tntrm. smlm kt opis ramai berbual hal saman AES....kedudukan psg kamera dan saman yg diswastakan. ramai yg membantah kecuali ade beberapa kerat yg menyokong atas prinsip pribadi dan sokongan pd pemerintah. memang pun a very good bsnes...bw lebih 70km/hr pun ade tmpt dh kna candid kamera. elok juge yg kt selangor dikivkan dulu. .menjelang PRU ni mcm2 isu akn timbul dan kedua pihak pasti akn guna isu yg ade utk menarik sokongan. zmn mklumat di ujung jari ni org dh x dngo ckp, deme nk tgk sendiri, pikir sendiri. tiap org ade pndgn berbeza tp semua tu x menghalang membantu memajukan negara ini akhirnya dan memelihara ketenteraman awam. hari ni semua bercuti deepavali dan tiap org ade program masing2...x kisahlah yang penting kite terus hidup aman damai, bersyukur seadanya.

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Penduduk sekitar Sungai Kinta diminta berwaspada | Free <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2012 10:14 PM PST

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Sungai Kinta, Tanjung Tualang, Kinta, Perak berwaspada kerana paras air melebihi tanda amaran susulan hujan lebat.
Sehingga malam tadi, di Selangor, paras air di Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat; Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor dan Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi, Sepang juga melebihi paras amaran dengan masing-masing mencatatkan 4.25 meter, 8.77 meter dan 3.72 meter.

Menurut portal JPS, paras air Sungai Bidut, Sibu di Sarawak turut melebihi paras amaran apabila mencatatkan bacaan 3.14 meter.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor berkurangan kepada 1,311 malam tadi berbanding 1,357 orang malam kelmarin.

Mangsa terdiri daripada 330 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan iaitu empat di Kuala Langat, dua di Sepang dan satu di Kuala Selangor.

Di Johor pula bilangan mangsa banjir meningkat kepada 143 orang berbanding 138 malam kelmarin. Mereka terdiri daripada 34 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sri Telok, Batu Pahat.

Perak pula, sehinngga semalam, mencatatkan 39 mangsa banjir meliputi 10 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat, Kampung Padang Serai di Manjung.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir kekal 84 mangsa merankumi 17 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tehel, Jasin.

- Bernama

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Check in <b>Bukit Merah</b> Laketown Resort - DaMiA aLeESyA & DaMiA <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2012 06:04 AM PDT

Alhamdulillah.. Selesai sudaa meeting kami di Kuala Kangsar. Meeting yang agak lama. Dari jam 11 pagi sampai 5:30 petang. Rehat masa solat jumaat sahaja..

Dan tadi kami check in kat Bukit merah laketown.. Check in pun jam 6 lebih.. Penatt drive dari KL awal pagi then terus masuk meeting. Dan yang paling best stay di bukit merah ni adalah salah satu hadiah birthday aleesya jugak ni.. Almaklum lah, dah hampir 1 bulan tak bawak diaorg ni pi leisure..:)

Oraitt malam ni tido awal, esok banyak entertainment yang nak kitaorg main dan cuba.. Both damias excited giler2 ni.. Masing2 dah cakap nak gi situ sini..:)

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Hee umum pertahan <b>Jelapang</b> dengan tiket BN | Free MalaysiaKini

Posted: 13 Nov 2012 10:15 PM PST

ADUN bebas Jelapang Hee Yit Foong, salah seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat yang berpaling tadah pada 2009 mengumumkan untuk mempertahankan kerusi itu dengan tiket BN pada pilihan raya akan datang.
Dalam satu wawancara disiarkan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News semalam, Hee berkata beliau akan bertanding kerusi yang dirampas Pakatan pada 2008 itu "bawah bendera BN".

Ketika diminta menjelaskan mahlis "bawah bendera BN" itu, Hee berkata beliau menyerahkan kepada perdana menteri dan juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan maklumat lanjut.

hee yit foong interview 010209 02Beliau mendakwa MCA tidak akan meletakkan calon "dalam semangat BN", namun menjelaskan bahawa perkara itu mungkin akan bertukar di saat akhir.

Hee, yang merupakan anggota DAP sebelum berpaling tadah, menewaskan calon MCA dan PSM dalam pilihan raya 2008 dengan majoriti 6,707 undi.

Ditanya sama ada beliau mungkin akan diminta memberi laluan untuk calon BN, Hee berkata "kami akan fikir mengenainya".

Hee keluar DAP pada 4 Februari 2009 dan menyokong BN bersama barisan ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering).

ADUN Bota Nasarudin Hashim, yang berpaling tadah kepada Pakatan, bertukar fikiran dan kembali kepada Umno.

Perkembangan ini menyebabkan BN berjaya menguasai 31 kerusi berbanding 28 kerusi Pakatan di Perak dan seterusnya menyebabkan perubahan kuasa di negeri Perak.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=55173

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Bantah AES <b>di</b> depan Pej MCA <b>Sitiawan</b>...... | Hablumminannas

Posted: 09 Nov 2012 03:15 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Bantah AES di depan Pej MCA Sitiawan...... Posted just now by fawi · Hablumminannas. Hubungan Sesama Insan... Subscribe. Subscribe. RSS Feed. Add to Google Reader · View RSS Feed. Loading. Send feedback.

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


Nazri cabar Azwanddin bertanding <b>di Padang Rengas</b> ABN News | BM

Posted: 07 Nov 2012 01:21 AM PST

Hilmi Ali (mohdhilmi@abnxcess.com)

KUALA LUMPUR 7 Nov – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mencabar Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah, bertanding di Parlimen Padang Rengas pada pilihanraya umum akan datang.

Ia bagi melihat sejauh mana dakwaan yang beliau adalah benar-benar 'political liability' ataupun tidak kepada Barisan Nasional.

Nazri dalam satu sidang media sebaliknya menyifatkan lagaknya Azwanddin hanya seperti politik jalanan dan layak disamakan dengan 'katak' yang sering 'melompat'.

"Saya tak hidak hairan dengan kenyataan dia malah saya tak pandang serius kepada ahli politik jalanan seperti dia. Kalau saya ni liability kepada kerajaan, mari bertanding di Padang Rengas dan kita tengok nanti macam mana," kata Nazri.

Azwanddin Ahad lalu mendakwa isu dibawa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai hubung kait antara Nazri dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia mampu menjadi isu kepada kerajaan.

Tindakan Rafizi pula dianggap sebagai langkah permulaan PKR menyerang barisan kerajaan.

Nazri bagaimanapun memberi gambaran tindakan Rafizi itu menjadikan dia sebenarnya adalah 'aset' kepada Barisan Nasional memandangkan pembangkang cuba mula membuat 'serangan' terhadapannya.

"Saya rasa saya asset kepada BN, kalau tak, takkan mereka(pembangkang) nak serang saya. Yang buat serangan pula adalah Pengarah Strategi PKR. Jelas itu strategi dari PR dan bimbang dengan kedudukan saya. Tapi kita tengok nanti samada saya ni asset atau liability kepada BN," kata Nazri.

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit: POLIGAMI, mengikut Enakmen <b>di</b> Perak

Posted: 19 Oct 2012 10:03 PM PDT


Allah Ta'la telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:

" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-

- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.

- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.

- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.

- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

* sebagai rujukan ;
ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan

Seksyen 23. POLIGAMI

(1) Tiada seorang lelaki pun semasa berterusannya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.

(2) Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 124.

(3) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Perak Darul Ridzuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Perak Darul Ridzuan dan perkahwinan di luar Negeri Perak Darul Ridzuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.

(4) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennnya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperoleh atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.

(5) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, jika ada, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati-

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syari'e kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

(6) Suatu salinan permohonan di bawah subseksyen (4) dan iqrar yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan ke atas setiap isteri yang sedia ada.

(7) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Mal (Perak) 2004 [Enakmen Bil. 7 Tahun 2004].

(8) Mana-mana orang yang membuat akad nikah berlawanan dengan subseksyen (1) hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jika jumlah itu tidak dibayar sedemikian, hendaklah dituntut sebagai hutang.

(9) Tatacara bagi akad nikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam segala perkara dengan yang terpakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Perak Darul Ridzuan di bawah Enakmen ini.

(10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan itu-

(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada; atau

(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperoleh oleh mereka dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.

*buat renungan

Panduan hadis Nabi s.a.w (riwayat Bukhari) yang bermaksud,
"Seorang perempuan itu dinikahi atas 4 kriteria atau sebab iaitu,
1) Hartanya
2) Keturunannya
3) Kecantikannya
4) Agamanya
Maka pilihlah yang taat agamanya nescaya kamu akan beruntung"

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Latihan <b>di</b> Gerik : <b>Pengkalan Hulu</b> | | YA |

Posted: 10 Nov 2012 08:52 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Latihan di Gerik : Pengkalan Hulu. November 11, 2012 in Kerja. Sedang cuba berjaya. No Comments » · ← Pondok Warga Emas · Antara Kuala Perlis & Pulau Langkawi →. Comments are closed.

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Hanie Rossa: Ada Apa <b>di Bidor</b> Station Kopitiam?

Posted: 30 Oct 2012 11:01 AM PDT

Cuti Hari Pekerja 1 Mei yang lalu, ajak suami dan anak-anak pergi makan kat Bidor Station Kopitiam kat Taman Seri Tanming, Cheras.  Selalu dalam perjalanan ke rumah dari Alam Damai ke Bandar Tun Hussein Onn, nampak signboard Bidor Station Kopitiam ni.
Nostalgia zaman kecik-kecik dulu sebab kat sini ada jual macam-macam jenis Lempeng.  Setting kedai ni macam kedai makan kat stesyen keretapi, sebab dari artikel yang dibaca kat kedai tu, kecik-kecik dulu family dia berniaga kedai makan di Stesyen Keretapi Bidor.
Antara makanan yang terdapat di sini ialah Nasi Lemak, berbagai jenis Lempeng a.k.a. Pancake, Coconut Shake, Bubur Kacang, dll.










07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


penjual surat khabar <b>di lenggong</b>, perak terima amaran - Omak Kau!!!!

Posted: 13 Nov 2012 03:23 PM PST


Lihat saja betapa pucat lesi, panik dan menggelabahnya UMNO kini.  Sampaikan akhbar lidah biawak rasminya diharamkan selit berita politik dalam akhbarnya. Risalah berbentuk lain diizinkan.

Manusia mati meninggalkan nama...Harimau mati meninggalkan belang.. Utusan mati meninggalkan hutang saman tertunggak!!!!!!

UMNO TUMBANG...ISLAM DAN MELAYU GEMILANG.