Jumaat, 22 Februari 2013

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Gambar2 Amukan Sahur Berdarah <b>di Langkap</b> <b>...</b> - sedaka sejahtera

Posted: 13 Aug 2010 11:33 PM PDT

Mangsa, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36 Meninggal dunia

Mangsa amuk, Najihan Mohd Natri, 13, yang cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan selepas ditetak oleh bapanya di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari Ipoh, Sabtu. Bapanya, Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada 8.30 pagi tadi. Dia turut menetak mati isterinya, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, dan mencederakan seorang lagi anaknya. Foto BERNAMA

IPOH: Polis menembak mati seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman kira-kira tiga jam selepas menetak mati isterinya dengan sebilah parang di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada kira-kira 8.30 pagi tadi.

Katanya, sebelum itu lelaki itu telah mengamuk dan menyerang isteri dan dua anak perempuan mereka pada kira-kira 5.15 pagi.

Isterinya Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, seorang pekerja kilang, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang anak mereka, Najihan, 13, cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan, kata Goh ketika dihubungi.

Seorang lagi anak pasangan itu, Nazuwa, 10, terselamat daripada sebarang kecederaan, katanya.

Menurut Goh, selepas mendapat maklumat mengenai insiden itu, polis bergegas ke tempat kejadian dan berusaha memujuk Mohd Natri menyerah diri tetapi beliau terus mengurung diri di dalam rumah.

Katanya, anggota polis telah menembak mangsa dengan menggunakan senjata taser tetapi tidak berkesan malah menyebabkan dia semakin agresif.

Polis terpaksa menggunakan pistol apabila lelaki itu bertindak ganas dan cuba menyerang dengan parang dan pisau, katanya.

Menurut Goh, mangsa yang terkena dua das tembakan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati lelaki itu memang mempunyai masalah mental dan pernah menjalani rawatan di hospital, katanya.

Mayat pasangan berkenaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala Najihan pula dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan, katanya.

- BERNAMA

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Surau Rahmaniah Jalan <b>Trolak</b> , Felda <b>Trolak</b> Selatan: FADILAT <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 06:28 AM PST


Wuduk adalah wasilah syarak terpenting untuk menghilangkan hadas kecil daripada anggota supaya seorang Muslim menjadi suci dan menunaikan perbuatan yang disyaratkan baginya taharah. 

Wuduk dari segi istilah Wuduk pada istilah ialah perbuatan menggunakan air pada anggota tertentu dan ia mempunyai syarat, fardu serta sunat. 


Allah berfirman: "Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (pada hal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali." (Surah al-Maidah, ayat 6) 

Bukhari meriwayatkan sifat yang lengkap bagi wuduk Rasulullah SAW dengan menjelaskan fardunya, sunatnya dan fadilatnya, daripada Usamah bin Affan: Saidina Usman bin Affan telah meminta air untuk berwuduk, setelah itu beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Saidina Usman berkata: Aku pernah melihat Rasulullah SAW berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar Baginda bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti aku berwuduk kemudian dia menunaikan solat dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan solat, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. 

Enam fardu wuduk 
Fardu wuduk ada enam iaitu niat, membasuh muka, membasuh dua tangan hingga siku, menyapu sebahagian kepala, membasuh kaki hingga buku lali dan tertib. 

Sunat wuduk banyak dan dianjurkan melakukannya antaranya membaca bismillah pada awalnya, membasuh kedua-dua belah tapak tangan, menggunakan siwak, mencelah-celahi janggut yang lebat, menyapu seluruh kepala, menyapu kedua-dua belah telinga, membasuh sebanyak tiga kali dan mendahulukan yang kanan. 

Sumber: Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Gambar Kemalangan Maut Bas Dan Treler 11.11.11 <b>Di Behrang</b>

Posted: 11 Nov 2011 12:01 PM PST

Kebanyakan orang mungkin akan meletakkan tarikh 11.11.11 sebagai satu tarikh yang cukup bermakna dalam kehidupan tetapi berlainan pula dengan mereka yang terlibat dalam kemalangan pada awal pagi kelmarin apabila terlibat dalam kemalangan di Behrang iaitu di Kilometer 382 Lebuhraya Utara Selatan.

Kebanyakan pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah sedang tidur ketika bas persiaran yang mereka naiki untuk lawatan ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands terbabas dan terbalik di laluan kiri.

Mangsa yang maut ialah dalam kemalangan ini ialah:

1. Siti Hajar  Binti Mohamad (33 Tahun – Guru Pengiring)

2. Khairul Anuar Bin  Azhan (15 Tahun – Pelajar)

3. Maysarah Binti Zaidi (15 Tahun – Pelajar)

4. Basarah  Binti Saad (45 Tahun – Ketua Wanita UMNO Cawangan Alor Teja, ALor Setar)

Menurut saksi, mereka cuba keluar dari bas terbabit sebelum treler membawa guni muatan pasir merempuh sebahagian belakang bas yang berada di atas jalan laluan lebuh raya itu.

Seorang pelajar yang berada dalam bas terbabit, Farhana Adila Ramli, berkata ketika kejadian kebanyakan rakannya sedang tidur.

"Kami tidak sedar sebahagian bas telah terbalik selepas terbabas, suasana bising. Kami keluar dari bas untuk selamatkan diri masing-masing. Pada waktu itu tiba-tiba sebuah treler langgar dari belakang bas, kawan-kawan di bahagian belakang saya tidak tahu nasib. Saya sedar apabila berada di hospital," 

Pelajar Tingkatan Tiga, Mohd Shah Redzuan Samsudin, yang patah di bahagian lengan, berkata sebilangan besar yang berada di dalam bas terbabit hanya cedera ringan apabila bas itu terbabas.

"Apabila treler merempuh bas kami, saya tengok rakan sekolah yang lain tercampak keluar dari bas,"

Guru mata pelajaran Biologi, Azria Hani, 31, berkata rombongannya bertolak dari Kulim pada 11.30 malam tadi untuk lawatan ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands. Antara tempat yang ingin dilawati adalah ASTRO dan Menara Berkembar PETRONAS.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim, berkata mangsa yang maut dalam kejadian itu, Basarah Saad, adalah ahli pergerakan Wanita dan menaiki bas lain yang berhenti untuk membantu pelajar keluar dari bas yang membawa rombongan sekolah berkenaan.

"Ketika bas yang membawa rombongan Pergerakan Wanita UMNO Kedah untuk ke Tanjung Karang lalu di kawasan terbabit, pemandu ternampak dan kemudian berhenti di depan bas terbabit.

"Pemandu kami turun untuk bantu pelajar dan pesan kepada kami jangan turun tapi beberapa ahli pergerakan ingin bantu. Mereka sempat keluarkan tiga pelajar dari bas yang terbabas," katanya.

Apabila sedang membantu, sebuah treler merempuh belakang bas terbabit dan kemudian asap keluar berkepul-kepul.

"Pemandu minta semua ahli Wanita yang turun (untuk bantu) naik semula ke dalam bas kami, kerana pemandu kata keadaan bahaya dan risau jika bas terbabit meletup. Apabila bas kami bergerak, baru tersedar Basarah tiada dalam bas, dan cubaan menghubunginya gagal. Kami kemudian berhenti dan berjalan kaki ke kawasan kejadian sebelum dimaklumkan Basarah maut," katanya.

Katanya, ketika kejadian, kedengaran pelajar terbabit menangis dan meminta tolong dalam keadaan gelap di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, Basarah adalah ibu tunggal dan mempunyai tiga anak lelaki.

Abang kepada seorang pelajar yang maut, Zuhairi Azhan, 21, berkata pada mulanya beliau tidak membenarkan adiknya Khairul Anwar menyertai rombongan itu bagaimanapun selepas dirayu beberapa kali akhirnya beliau mengizinkan.

"Saya terkilan tidak dapat menghantar adik kerana bekerja. Sebenarnya ibu saya mengalami trauma kerana sebelum ini adik perempuan saya juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya," katanya.

Ibu kepada Farhana Adila, Rozita Idris berkata, pada 6.30 pagi, beliau cuba menghubungi anaknya bagaimanapun tidak dapat menembusi talian telefon bimbit anaknya itu.

"Saya kemudiaan cuba hubungi kawan kepada anak saya, dan dimaklumkan bas kemalangan dan mereka berada di Hospital Slim River. Saya sedih dan hiba apabila diberitahu ada rakan anak yang meninggal dunia dalam kejadian itu," katanya.

Dalam kejadian itu, empat maut dan lima cedera parah apabila sebuah treler membawa guni berisi pasir melanggar bahagian belakang bas yang berhenti akibat terbabas di sebelah kiri laluan menuju ke selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang.

Berikut ialah beberapa gambar di tempat kemalangan :

p/s : Harap maaf, aku tidak meletakkan gambar mangsa yang maut dalam kemalangan sebagai menghormati waris mangsa kemalangan. Walau apapun, takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dan sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa yang maut dalam kemalangan ini.

BUAT DUIT LUMAYAN TANPA MODAL DI FACEBOOK!!

PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly & adfoc.us.Cara menggunakannya, klik pada linktunggu 5 saat, kemudian tekan butang  tanda "X" ataupun "SKIP AD" ataupun "SKIP"bahagian atas kanan. Siap.


GD Star Rating
loading...

GD Star Rating
loading...

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


alialisakreatif: sepetang <b>di pantai remis</b>

Posted: 18 Feb 2013 08:12 PM PST

perjalanan selama 45 minit dari jinjang memang best, sebab ikut highway LATAR dan sekejap aje dah sampai. Cuti panjang CNY hari 11 Februari 2013 ini kami gunakan dengan meyinggah pantai ini. Sebenarnya ada tujuan pergi ni pun, tujuan nak beli ikan masin bulu ayam untuk kenduri pertunangan awen. Terlanjur ke sini apa lagi..makan lah kerang-kerangan rupa tak ingat, masa kolin datang ramai orang, ye lah cuti sekolah dan orang beriadah kan..seronok main layang-layang kat sini..
Selesai makan, selesai membeli..upacara melepak..
alisa and ali imran with kezen..shamil dan haikal  oppss lisa cekci hahaha...


mainler pasir yang tak seberapa tu


dan ini lah en. suami yang sempat melelapkan mata di atas batu setelah makan kerang, lala bla bla sebanyak banyak nyer...

Lebih kurang jam 4.00 petang kami pun balik ke rumah, sesekali memang seronok ke sini.
sapa yang tinggalh di Lembah Klang, yang belum pernah sampai, marilah singgah. Mana tau tempat ini juga menjadi destinasi kegemaran awak kan..

adios

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Cheongsam Dari Qashmere Untuk Pusat Anak Permata Negara <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 09:46 PM PST

Woahh! Waktu lunch tadi agak gigih bergegas ke Tesco Extra dan terus ke Pusat Anak Permata Negara Bercham. Semalam, Mummy buat penglibatan 4 jam untuk bulan Februari di Permata. Dapat tahu dari Cikgu Mira yang pada 22 Februari 2013 ni untuk sambutan Chinese New Year nanti, anak-anak Permata ni akan membuat persembahan.

Macam excited terus. Biasalah mak-mak yang terlebih excited. Kekekeke. Mummy pun tanyalah soalan cepumas, salah satunya, "kalau pakai cheongsam kan cantik". Jawab Cikgu Mira, "a ah kalau ada cheongsam lagi cantik, tapi kalau takde pun takpe. Kami tak paksa. Lebih bagus pakai baju warna merah".

Balik kerja semalam, dah abis tengok cerita Rindu Bertamu Di Abu Dhabi dan makan malam. Terus Mummy bawak Qashrin dan Azran untuk temankan Mummy nak cari dress warna merah. Sebabnya cheongsam ni pon sekali je pakai. Cari punya cari takde pulak yang berkenan. Terus singgah ke Tesco Extra terjumpa cheongsam dua jenis. Satu sleeveless yang seksi satu lagi nampak high sophisticated type of cheongsam. So, Mummy pilih yang biasa punya sebab harganya RM13.88 yang lagi satu tu pulak RM24.88. Kata Qashrin, "mi, Qashrin nak yang tu (tunjjuk yang mahal), sebab sepesel". Amboi anak Mummy ni pandai pulak nak memilih. Hahaha. Fikir punya fikir, beli yang RM13.88 jelah sebabnya nak pakai sekali je pun Sesampai je rumah, Mummy try balik baju cheongsam tu. Besar lah pulak. Terus tak puas hati nak pergi tukar balik dengan niat nak beli yang mahal sikit macam gambar di bawah ni. Tukar barang dan nak tambah duit. Bila check price dekat kaunter perkhidmatan Tesco, katanya harga RM3.50??? Aik biar betul???

Terus Mummy pergi ke tempat gantung baju cheongsam tu. Rupanya ada potongan harga sehingga 75%. Ek eh, murahnya eh? Terus Mummy sambar 10 pasang cheongsam untuk anak-anak Permata ni. Tapi 7 cheongsam design lain dan lagi 3 orang pakai cheongsam yang mahal sikit. Sebab memang tinggal 7 pasang je yang harga murah sikit tu. Cheongsam yang mahal sikit tu pon ada 5 pasang umur 2 tahun dan 3 pasang untuk 1 tahun. Cuttingnya agak ketat sikit berbanding dengan yang harga murah sikit tu. Takot tak muat yang lain. Tu pasal pilihan pertama malam tadi beli yang murah je sebab nak pakai bila ada Chinese New Year je. Kalau beli yang ketat punya, harus Qashrin terus takleh pakai lepas ni. Harga cheongsam yang mahal sikit tu lepas potongan harga RM6.00 setiap satu. Murahkan????

Takleh lah tunjjuk gambar cheongsam tu, tak surprise lah kan. Heheh. Malam tu nanti katanya akan ada Yee Sang beramai-ramai. Lebih kurang 22 kanak-kanak dan 30 orang dewasa untuk makan malam tu nanti. Dan digalakkan ibu bapa bawa makanan ringan-ringan macam pot luck sebabnya dah ada catering yang menyediakan makan malam kami nanti. So, Mummy dan 3 orang lagi mama yang lain akan sponsor satay 200 cucuk. Malam tu juga nanti akan diadakan sambutan hari jadi untuk anak-anak Permata yang tarikh harijadi-nya dari bulan Januari hingga April.

Tak sabar nak tengok first performance Qashrin. Diharap, Qashrin dapat buat yang terbaik. Sebabnya semalam rehearsal, dia dah nangis malu nak Mummy. Terpaksa la malam Jumaat ni kena nyorok jadi invisible. Hahahaha.

Xoxo
Mummy Akmar

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


PREVIEW JAMU SUSUK DARA KINI <b>DI IPOH</b>!!!! - Manis Mantop <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2013 06:54 AM PST

Ini lah peluang anda bertemu warga JSD yg SAH..

Jomm pakat2 kite ajak saudara mara kawan2 dan teman2.. tentang kesedaran DALAMAN WANITA....

"Tips Penjagaan Dalaman Wanita bersama Jamu susuk Dara"

#Di samping itu kita dapat pelajari bertapa bahayanya FIbroid, Cyst, PCOS, Kanser Serviks dan sebagainya..
#Ini lah Rahsia Rumahtangga Kami....
#PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA..!!
# Belum berkahwin & sudah berkahwin boleh JOIN
# Penjualan Produk JSD jugak ada di Sana....
# SHARE kn kepada rakan2 dan juga family terdekat anda

SAVE THE DATE..!! ^_________________^

Tarikh: 3.3.2013
Masa: 9 Pagi
Tempat: Dewan Persekutuan Seruan ISlam Ipoh, Perak, Jalan Seruan.

HANYA SUAMI ISTERI DAN REMAJA PEREMPUAN 18THN keats SAHAJA..!!

Maklumat lanjut: Whtsapp @ Call: 012-5909837 ~ Mya Sara
utk memaklumankan kedatangan anda...!! TEMPAT ADALAH TERHAD..

 

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Treler rempuh tiga kedai <b>di Chemor</b> | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 05 Jan 2011 10:11 PM PST

01 Safar 1432H.

IPOH: Seorang pemandu treler nyaris maut selepas merempuh tiga kedai di Jalan Kuala Kangsar, Chemor, hari ini.

Ketua Polis Trafik Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab, berkata dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa Mat Lazim Osman, 51, yang berasal dari Kampung Tunku Husin, Manjoi hanya cedera ringan di kaki.

"Mangsa yang tersepit dalam treler berkenaan dikeluarkan dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rodzi berkata, nahas berlaku ketika Lazim memandu treler membawa muatan simen dalam perjalanan dari Kuantan ke Ipoh.

"Treler berkenaan dikatakan gagal dikawal lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan dan merempuh tiga buah kedai," katanya.

Katanya, sebuah Proton Gen-2 yang diletakkan di tepi kedai berkenaan turut rosak akibat dihempap oleh runtuhan kedai terbabit.

Beliau berkata, pemilik kedai terbabit juag tidak berada di premis berkenaan ketika kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sinar Harian/-


07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


10,000 pengunjung hadir ke Karnival 1Malaysia <b>Tanjung Tualang</b> <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 08:58 PM PDT

Karnival Tanjung Tualang yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung yang terdiri pelbagai bangsa dan agama.

Sebelum program Walkabout di pekan Tanjung Tualang, Najib sempat beramah mesra dengan masyarakat Mambang Di Awan di SJKC Mambang Di Awan.

Terdahulu, beliau dan isteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh, jam 9.30 pagi tadi untuk lawatan kerja sehari ke Perak.

Program pertama yang dihadiri pemimpin nombor satu negara itu berlangsung di Taman Soon Choon, iaitu Program Sepagi Bersama Perdana Menteri yang membabitkan majlis rumah terbuka dan ramah mesra Hari Raya Aidilfitri.

Pada sebelah petang, beliau dijadual mengunjungi perkampungan Orang Asli di Sungai Siput dan menyampaikan bantuan yang golongan yang memerlukan di sana.

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Latar Belakang - Homestay dan Rumah Sewa <b>di Slim River</b>

Posted: 18 Jan 2013 10:34 PM PST




Selesa Homestay di Slim River, Perak, Malaysia
Selesa Homestay terletak di Kampung Balun, Slim River, Perak. Homestay ini baru sahaja beroperasi pada bulan November 2012

  Selain itu, Selesa Homestay ini berdekatan dengan beberapa lokasi tumpuan antaranya Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), PROTON City, Bandar Behrang 2020Sek. Men. Keb. Agama Slim River (SMKASR), KFC Slim River, Kawasan Rekreasi Tasik YDP, Pasaraya TF Value Mart, Hot Spring Sungai Klah, Kawasan Perkelahan Air Terjun Sungai Bil dan banyak lagi tempat menarik. 

      Selesa Homestay dikelilingi dengan alam semulajadi yang dapat memberi ketenteraman buat  pengujungnya dan dibina di atas tapak yang berkeluasan 4000 sq. feet, mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak, ruang tamu dan ruang makan. 

      Selesa Homestay juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain bagi menjamin keselesaan pengunjung seperti siaran televisyen ASTRO, penyaman udara, dapur memasak, peti ais, mesin basuh, meja makan, pemanas air, tempat letak kendaraan yang LUAS, ampaian dan banyak lagi. Kemudahan yang disediakan ini adalah selaras dengan motto Selesa Homestay iaitu : "Selesa, Luas dan Berbaloi".

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


<b>JELAPANG</b>: SUHAIMI ATAU JAMIL <b>DI</b> JERAI?

Posted: 16 Feb 2013 10:16 PM PST

Siapa bakal calon BN di Parlimen Jerai?

Ketua Bahagian Suhaimi Abdullah atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom?

Ini yang menjadi teka-teki di kalangan pengundi di Jerai. Badaruddin Amiruddin, Pengerusi Tetap Umno, merupakan Ahli Parlimen semasa piliharaya 1999 dan 2004 dan tewas kepada Pas pada PRU-13 kepada calon Pas Firdaus Jaafar.

Jelapang singgah di pekan Yan Besar kelmarin  dan rata-rata orang bercakap mengenai Jamil Khir dan Suhaimi.

Suhaimi merupakan Ketua Bahagian Jerai sejak 2009 dan belum pernah bergelar Yang Berhormat sementara Jamil Khir sudah pun bergelar Yang Berhormat Menteri.

Rata-rata cerita Suhaimi agak positif, rajin turun padang bertemu pengundi, tak kira hujan, tak kira panas.

Akhir-akhir ini, kata mereka, kelihatan kelibat Jamil Khir di kawasan Yan. Persoalan timbul apakah Jamil Khir bakal bertanding di Parlimen Yan?

Katanya penyokong-penyokong Jamil Khir sudah mengembar-gemburkan bahawa Perdana Menteri sudah membuat keputusan Jamil Khir akan dipilih sebagai calon untuk Parlimen Jerai.

Apa nasib Suhaimi pula?

Ada juga kata-kata negatif mengenai Jamil Khir. Katanya apabila Jamil Khir turun padang, sikapnya tak berubah kerana masih menganggap dirinya seorang pegawai kanan tentera yang beruniform dan orangramai umpama rekrutnya.

Mungkin ada yang suka cara sebegitu, mungkin ada yang tidak.

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Ketua Cawangan MCA <b>Changkat Keruing</b> mati dibunuh

Posted: 31 Jul 2010 08:51 AM PDT

Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing mati dibunuh

31/07/2010 7:28pm

LUMUT, 31 Julai - Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Kinta Menjerit : Gangster curi kereta ditembak mati oleh polis <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 02:30 PM PST


Seorang penjenayah dipercayai 'ketua gengster' yang sangat dikehendaki polis ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di ladang kelapa sawit Sungai Wangi, Sitiawan dekat sini, awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, suspek dikenali Farid Abdul Hamid, 25, dari Ayer Tawar, Manjung mempunyai empat rekod jenayah sejak 2006 berhubung kes bunuh, samun kenderaan mewah dan dadah di sekitar Manjung, Sitiawan, Teluk Intan dan Slim River. Menurutnya, insiden berkenaan bermula apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah terserempak dengan sebuah kereta jenis Naza Citra berwarna hitam dipandu suspek berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 4 pagi di Sitiawan.

"Polis yang mengekori suspek mendapati nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu dan didaftarkan atas kereta jenis Proton Waja, bagaimanapun suspek yang menyedari dirinya diekori bertindak memecut kereta ke arah Kampung Baru sebelum terbabas di kawasan ladang sawit Sungai Wangi. "Suspek kemudiannya melepaskan tembakan ke arah polis yang mengenai cermin tempat duduk pemandu kenderaan tersebut, demi mempertahankan diri, anggota polis tersebut bertindak membalas tiga das tembakan dan mengenai suspek," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim dan Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba. Akibat tembakan itu, suspek mati di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan polis ke atas kenderaan tersebut turut menemui beberapa barangan.

Paramasivam berkata, pemeriksaan ke atas suspek dan kereta itu menemui sepucuk revolver jenis .38, tiga butir peluru dan kelongsong, sebilah parang panjang, beg silang berisi lesen memandu suspek dan sepaket plastik lutsinar mengandungi syabu. Katanya, suspek terbabit dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes tembak seorang mekanik di Taman Sejati, Sitiawan pada 10 November tahun lalu.

"Kereta yang digunakan itu juga sebelum ini dilaporkan hilang di Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur pada 7 Mei tahun lalu. "Selain itu, suspek dipercayai sering melakukan jenayah bersama kumpulannya di sekitar Manjung," ujarnya.

Paramasivam percaya, pihaknya telah dapat menyelesaikan sembilan kes yang berlaku di sekitar Manjung sejak 2011. "Kami akan meneruskan siasatan dan menjejaki konco-konco suspek yang masih bebas di luar sana," katanya yang sebelum ini memberitahu beberapa ahli kumpulan yang bekerja di bawah suspek pernah ditahan dan didakwa di mahkamah pada tahun lalu. Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pada sidang media yang sama, Paramasivam memberitahu, Bahagian Siasatan Jenayah Nakortik Daerah Ipoh berjaya menyerbu sebuah rumah yang dipercayai dijadikan makmal pemprosesan dadah di Bercham. Bagaimanapun, polis yang telah membuat pemerhatian selama seminggu itu hanya menjumpai peralatan untuk memproses dadah tetapi tidak menjumpai sebarang dadah di dalam rumah tersebut.

Namun, pihak polis berjaya menjumpai satu beg plastik berisi 149 biji peluru hidup jenis 99MM dan 28 biji peluru jenis .22 di belakang rumah berkenaan. Katanya, polis masih melakukan siasatan dan belum membuat sebarang tangkapan berkenaan kejadian tersebut. Dalam pada itu, Paramasivam mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah banyak memberi kerjasama dan maklumat yang dapat membantu polis menyelesaikan kes-kes jenayah di negeri ini.

*sumber dari beberapa laman sesawang akhbar tempatan

> Syabas PDRM...

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


9,000 pengundi baru <b>di Bukit Gantang</b>: Jangan nak tuduh BN <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2011 05:44 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menyiasat pertambahan pengundi baru di beberapa kawasan Parlimen di negeri ini termasuk di Bukit Gantang yang dikatakan mempunyai lebih 9,000 orang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, walaupun kerajaan negeri tidak ingin menuduh ia dilakukan pihak pembangkang, namun hakikatnya perkara itu turut berlaku di kawasan Gopeng, Tambun dan Lumut.

"Mereka (pembangkang) mengatakan kita menambah pengundi di Lumut suatu masa dulu. Namun, dari segi logik politik, mereka tahu Datuk Seri Kong Cho Ha (Ahli Parlimen Lumut) hanya menang tipis di sana dengan majoriti 298 undi.

"Jadi, kita juga hendak bertanya kepada mereka, kenapa tiba-tiba terdapat pertambahan pengundi di beberapa kawasan Parlimen ini? " soalnya pada sidang akhbar sempena Program Turun Padang ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham baru-baru ini yang mendakwa wujud pengundi hantu di kawasan Parlimen Beruas apabila beberapa warganegara asing telah didaftarkan sebagai pengundi.

Ngeh yang juga Ahli Parlimen di kawasan tersebut mendakwa, sekurang-kurangnya terdapat 25 nama telah disenaraikan sebagai warga Thailand, Pakistan, Indonesia, Bangladesh dan Eropah tetapi lapan daripadanya tidak mempunyai kad pengenalan yang sah.

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit : Promosi KAFE KASIH menu istimewa <b>di</b> Ipoh

Posted: 16 Feb 2013 09:57 PM PST

ASSALAMUALAIKUM,

KEPADA peminat peminat NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH(RM4.00) DAN NASI EKONOMI(RM2.50) KAFE KASIH akan menyediakan menu terbaru untuk pelanggan2 mereka yg amat dihargai....

NASI KUKUS AYAM BEREMPAH,KELI BEREMPAH DAN NASI EKONOMI AKAN MULA BEROPERASI DI KAFE KASIH MULAI 18/02/13 MASA DARI JAM 9PG HINGGA 12 TGH MALAM.. PIHAK KAFE KASIH AMAT BERTERIMA KASIH KEPADA PELANGGAN2 YG SELALU MENYOKONG KAFE MEREKA....

HARGA:-
NASI KUKUS AYAM BEREMPAH+AIR = RM4.50
NASI EKONOMI+AIR = RM3.00

alamat
no 33/33a jalan ampang baru 6a, taman ampang baru 31350 IPOH, perak — at Kafe Kasih, Ipoh

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Beli tanah, <b>tambun</b> tanah & bina rumah « Pi Sana Pi Sini

Posted: 21 Feb 2013 09:06 AM PST

Dok syok melepak sarapan pagi.. member sekerja aku trigger pasal rumah banglo setingkat baru yg dibina di atas tanah bendang yg di tambun dgn kos tak sampai RM150k. Mana tak rancak sembang pasal ni, 3/4 dari sahabat seopis yg usia mereka baru melepasi 30 tahun sudah membuat perancangan untuk bina rumah di atas tanah yg baru mereka beli.

Salah sorang member aku tu dah beli 2 relong bendang di Arau,Perlis. Tanah beliau dah siap tambun dgn tanah bukit beratus lori.  Harga belian tanah 2 relong ialah RM 120k.

image

image

Manakala sorang lagi beli kat Bukit Ayer serelong bendang dgn harga RM45k (harga paling murah setakat ini yg aku dgr). Dan member aku yg ketiga pulak beli tanah serelong di Kuala Sanglang, Perlis dgn harga RM90k. Nampak macam mahal kan… sebenarnya member yg ketiga ni beli tanah yg tak perlu ditambun dan diatas tanah tersebut telah tersedia berpuluh pokok mempelam harum manis & mempelam sala yg cukup terkenal di negeri Perlis ini.

Dasyat kan.. aku tabik spring kat depa ni.. Muda muda lagi dan beli aset hartanah. Paling best ialah ketiga tiga mereka ni merancang utk bina rumah di atas tanah yg dibeli.

So, atas keminatan yg sama kami pi cari kontraktor binaan di salah sebuah rumah yg masih dlm pembinaan di lokasi tanah yg berhampiran member pertama aku tadi.

image

Bila dah sembang barulah kami tahu bina rumah sendiri adalah lebih menguntungkan. Jika nak rumah cepat siap, bayar cash. Namun jika nak ikut urusan pinjaman bank atau kerajaan masa 1~3 bulan diperlukan utk urusan dokumentasi sahaja.

image

Akhir kata, aku kena penuhkan capital dan cari tanah yg sesuai secepat mungkin jika tidak mau ketinggalan kapal….

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


<b>KUALA SEPETANG</b> ECO TOURISM Mangrove Tour, Bird Watch <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 03:51 AM PST


Assalamualaikum En Taufik, Tg Malim
Pakej 2 hari/ 1 malam RM 200 seorang. Minimum 10 orang maksimum 14 (Ada 7 bilik)
2 Day / 1 night Package RM 200 per head (Room: Twin Sharing)
13:00 - Pengenalan kepada Ekosistem Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang di Hutan Eko Pelajaran.
15:30 - Check-in di Kuala Sepetang Hotel
19:00 - Makan malam Seafood 

10:00 - Melawat Pusat Interpretasi Hutan Paya Laut
11:00 - Melawat Kilang Belacan/udang kering
12:00 - Kembali ke resort. Check-out.
Khairul Salleh bin Ahmad.
Kuala Sepetang Eco Track (K-SET) IP0373243-P
Lot 7262, Jalan Sg Ranting Hilir,