Khamis, 27 September 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Wawa&#39;z Donut: Merdeka <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b>~

Posted: 06 Sep 2012 07:47 PM PDT

Cuti Merdeka ari tu, ktorg memerdekakan diri ktorg kat Pulau Pangkor...hewhew...sblm2 ni, g tgk bunga api je...sanggup meredah lautan manusia semata2 nak tgk bunga api yg hanye beberape minit tu...walaupun kelihatan macam org bodoh, tp taktau la ngape buat jugak...bhahahaha...:p
ktorg bertolak pagi gak la...errr tp takde la pg sgt...dlm pukul 10 camtu...berkonvoi 2 kereta...sebaek Annaila tdo dalam kereta....klu tak penat tu nak layan ni terloncat2 dlm kereta...bukan nak duk diam...haih~ smpai sane tgh hari n terus cari kedai makan...nak makan kat darat dlu sebelum merentasi lautan ke Pulau....acecece...mcm jauh sgt je pulau tu kan...:p
kat kedai makan tu Naila berjaya menumpahkan air aku untuk pertama kali nye....cesss! ini budak semakin cekap dr mama nye..pantang lepa cket, mule lah mcm2 mnde die nk capai....pasni jangan die pecahkn pinggan mangkuk kat kedai sudeh...nanges aku!
pas masing2 da kenyang, walaupun tk bape nk kenyang sbb mknn tak bape nak best, ktorg pun g la beli tiket....errrr....tak silap aku dewasa RM10, kanak2 RM5 (pergi balik)....
time daddy nye beli tiket boat, budak kecik tu berangan nak jadi puteri lilin...konon nye lah....kne panas cket, mule la muke merah2 mcm berjemur tgh padang....peluh takyah cakap...masyam tau anak mama ni....haha! aku yg tak smpai ati nk tgk naila mencair, kne la beli topi die...pakai2, eh mamat kpop mane ni...huahuahua....*pengsan!*
dah kate pergi ke pantai, mandi laut haruslah jd agenda utama kan...first time masukkan Annaila dlm air laut, muka die mcm takde perasaan...steady je....gelak takde, nanges takde....muke blur2 je...bile ombak kuat sgt je die 'ok ek' cket....pastu ok balik...last2 aku main tanam2 kat badan die...tu pun die takde perasaan...yg die ade, perasaan nk makan pasir...aadoiiii....bile da start masukkan tangan dlm mulut, mmg kne balik hotel la....sobs!tak puas mama n daddy nak bercanda kat tepi pantai...sobs!
esok pagi tu, ktorg jalan2 je tepi pantai ala2 berbulan madu...bajet je lbeh padahal ngusung anak sane cni....tbe2 en donut ajak naik boat kecik tu pusing pulau utk melunaskan dendam die sbb tak dapat mandi laut n bersnorkelling......ngeh3...aku ape lg, on je...*sbnr aku pun nk mandi laut n snorkelling gak...tp utk Naila, ku pendam hasrat tu...hiks*  
gerak balik dlm kul 12 tgh hari kot....pastu singgah lumut beli ole2...kul 8.30 mlm baru smpai umah...phew....penat tp happy...bulan 12 nti, ke pulau langkawi plak! yeayyyyy....!!tiket air asia da beli sblm Annaila keluar...hahaha...


eh lupe nak cter satu hal ni...mse tnggu boat smpai, aku cam biase la suke usha2 org...sekali ternampak sorg minah arab bawak 2 bag yg sejibik sejibam mcm Naila punye bag....dlm hati aku juz terdetik, 'eh mcm beg Naila plak...tp nape die beli smpai 2...' pastu saje la usha beg Naila yg ade kat sblh aku...sekali tgk beg Naila tkde...terus cuak bgtau en donut n en donut lari kejar minah arab tu...hahaha...sekali minah arab tu silap amek beg....klu die nak curi, takde la die keluar dr boat tu utk letak balik kat luar kan...tp die tk letak kt ktorg, die letak kat tempat org....ctu mmg bnyk gler beg....hihi...cuak gler time tu....;p



07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


<b>manjoi</b>.my: Sambutan Hari Kemerdekaan <b>di</b> Gugusan <b>Manjoi</b> dan <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 10:48 AM PDT

*Semua gambar dari Badrul Hisham Mohamed Mokhtar

Bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, beberapa acara telah diadakan di Gugusan Manjoi dan Tanjung Rambutan, anjuran Majlis Pembangunan Perpaduan dan Kesejahteraan Parlimen Tambun dari 31 Ogos hingga 2 Sept. 2012.

Pada 31 Ogos 2012 di Stadium Mini Kg. Sungai Tapah, pada pukul 8.30 malam, Forum Perdana Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 telah diadakan. Ahli panel yang telah dijemput ialah Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam, Ust. Harith Fadzlilah dan Ust. Fathul Bari Mat Jahaya. Turut hadir Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (MP Tambun) dan Dato Nazri Ismail (ADUN Manjoi).

Di majlis tersebut, Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah juga telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa rumah anak yatim di Parlimen Tambun.


Lebih banyak gambar Forum Perdana oleh Badrul Hisham Mohamad Mokhtar di sini.

Pada 1 September 2012 pula, Karnival Nasyid Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 telah diadakan pada pukul 8.00 malam, juga di Stadium Mini Kg. Sungai Tapah. Majlis telah dimeriahkan dengan penampilan seperti kumpulan nasyid Rabbani dan Fauziah Gambus. Majlis diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

   
Lebih banyak gambar Karnival Nasyid oleh Badrul Hisham Mohamad Mokhtar di sini.

Pada 2 Sept. 2012, Sambutan Hari Kemerdekaan Parlimen Tambun telah diadakan di Padang Awam Tg. Rambutan, pada pukul 8.00 pagi. Pelbagai acara telah diadakan seperti tarian singa dan pertunjukan 'cheerleader'. Majlis telah dimeriahkan oleh orang ramai dari semua lapisan masyarakat.


Lebih banyak gambar Sambutan Hari Kemerdekaan oleh Badrul Hisham Mohamad Mokhtar di sini.

.

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


<b>BAGAN DATOH</b> PRU 13- APA KATA RAKYAT? | TEH TARIK <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 11:26 AM PDT

Menjelang PRU13 yang datang,rakyat akan mula menilai kredibiliti calon yang bakal di pertandingkan. Ada yang telah berkhidmat sekian lama dan ada yang baru muncul mukanya. Bandar atau Desa, pertaruhannya tetap sama, nilai kepimpinan dan nilai jasa -jasanya sepanjang berkhidmat. Kisah di sebuah DUN PAS di negeri Selangor yang kerjanya hanya hadir kenduri kendara dan melawat kematian,semua orang memuji atas keperihatinannya itu. Tetapi…. hakikatnya beliau tidak mampu membawa pembangunan kepada masyarakat setempat, memberi bantuan-bantuan yang sepatutnya. Hanya mampu menabur janji demi janji…

RAKYAT SUDAH MUAK

Kini, rakyat sudah tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Mereka sudah tidak suka lagi di permainkan sedemikian. Mereka inginkan kemajuan dan pembaharuan. Pembangunan setempat melalui inisiatif kerajaan Pusat serta pelaburan dari  pelabur luar, sekaligus dapat memberi peluang pekerjaan dan lain lain lagi. Pemimpin yang bakal di pilih mestilah seorang yang berwawasan.

Di Bagan Datoh, seorang warga emas yang cuma ingin di kenali sebagai Ustaz Daim menceritakan sejarah awal Bagan Datoh. Beliau merupakan Tuan punya rumah Tradisional yang berusia lebih dari 100 tahun. Beliau turut memuji kepimpinan YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Ahli Parlimen yang bertanggungjawab dan sangat berwawasan. Mengenali Dato Seri sejak zaman kecil nya, Ustaz Daim berkata bahawa Dato Seri suka membuat kebajikan dan kebaikan tanpa mengheboh-hebohkannya kepada umum. Beliau juga seorang yang suka pada perbincangan dan tidak suka akan persengketaan. Kata Ustaz Daim lagi, semasa Dato Seri menjadi  Timbalan Menteri Pelancongan dahulu,beliau telah mengusahakan Industri Desa Homestay di Bagan Datoh dan sehingga kini ianya masih aktif. Kami juga turut di saran untuk terus mencari sumbangan serta jasa jasa Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal Islam. Khabar yang kami terima, usaha YB Dato Seri untuk membawa MRSM ke Bagan Datoh akan menjadi kenyataan tak lama lagi. Alhamdulilah…Janji Di tepati.

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


CSQ Training <b>di</b> MRSM Felda <b>Trolak</b>, Perak - Walk Your Talk

Posted: 04 Sep 2012 01:13 AM PDT


CSQ Training di MRSM Felda Trolak
KURSUS KEMAHIRAN ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Tarikh               : 1 September 2012
Peserta            : PRS MRSM Felda Trolak, MRSM Pasir Salak, MRSM Parit, MRSM Lenggong, Sek Men Sains Tapah dan      
                             Sek Men Keb slim River












CSQ bersama Kaunselor dan PRS dari MRSM Felda Trolak ( Tuan Rumah)

CSQ bersama Kaunselor dan PRS dari SM Sains Tapah

CSQ bersama Kaunselor dan PRS dari MRSM Pasir Salak

CSQ bersama Kaunselor dan PRS dari MRSM Felda Parit

CSQ bersama Kaunselor dan PRS dari SM Slim River

CSQ bersama Kaunselor dan PRS dari MRSM Felda Lenggong

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Imej bandar Proton: Macam bandar Tokyo atau Stuttgart dan <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2012 06:30 AM PDT

Oleh: Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Di Perak, tanah seluas 4,000 ekar yang dikurniakan kepada Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) Berhad pada tahun 1996  melalui perjanjian pembangunan Lembah Bernam antara Perak dan Selangor adalah satu projek maha mega yang boleh dibanggakan.

Kerajaan Negeri Perak sebelum ini telah menyediakan kawasan seluas 1,620 hektar di Hulu Behrang, Tanjung Malim untuk projek Bandar Proton yang dianggarkan menelan belanja RM10 bilion yang akan dibina sebuah bandaraya automotif.

Dahulu hartanah di sekitar kawasan seluas 1,620 hektar di Hulu Behrang, Tanjung Malim terdiri daripada tanah-tanah dusun serta estet kelapa sawit yang dipunyai oleh peneroka Felda ketika itu, Proton telah menggunakan sebanyak 486 hektar untuk kilangnya.

Bandar Proton akan menjadi kawasan pembuatan kereta yang terbesar di negara ini, meliputi program penyelidikan dan pembangunan (R&D), perumahan, rekreasi, institusi pendidikan dan infrastruktur menyeluruh sebagai sebuah bandar automobil.

Proton pada penghujung tahun 2003 dijangka mengeluarkan kereta Proton pertama model terbaru di kilangnya berharga RM 2 bilion dimana kilang barunya tersebut yang menggunakan teknologi bersepadu dan bertaraf dunia akan dapat mengeluarkan 150,000 buah kereta setahun.

Waktu projek ini mula bertunas kira-kira 15 tahun lalu, Proton melalui pelbagai kepakaran menjanjikan sebuah bandar automotif ala-ala bandar automotif luar Negara, Bandar Proton bakal menjadi sebuah bandaraya atau hub automotif pertama yang bersifat "integrated".

Ketika itu, penawaran unit hartanah merupakan fenomena ekonomi yang berlaku di sana, khususnya di zon pertumbuhan baharu seperti di Bandar Proton, tetapi malangnya zon pertumbuhan ekonomi baharu berhampiran tidak begitu rancak sebagaimana unjuran pakar ketika projek dilancarkan.

Pembinaan kampus pintar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersaiz ratusan hektar di kawasan strategik Bandar Proton dijangka  menjana lebih banyak kegiatan ekonomi dan inovasi di situ di dalam usaha membangunkan Bandar tersebut

 Namun dilihat pembangunan kampus UPSI juga agak perlahan seperti tiada suntikan semangat dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Perak amnya.

Tetapi ianya masih menyimpan segala kegagalan perancangan awal di atas nama 'Bandar Proton' yang boleh dikategorikan sebagai 'Projek Gajah Putih' walaupun pemilik barunya, DRB Hicom Bhd., telah menyuntik dana lebih RM1 billion.

Ini kerana jika satu pelaburan awal sebanyak RM 10 bilion telah dilaburkan dan hanya sekitar 30 hingga 40 peratus sahaja kejayaan projek maha mega ini, mana mungkin suntikan RM 1 bilion tersebut boleh mengubah lanskap sebenar atas nama 'Bandar Proton' tersebut.

Jika diperhalusi perancangan utama pembangunannya, beberapa faktor boleh membantu perkembangan Bandar Proton sebenarnya dengan melihat keperluan utama atau asas bagi menghidupkan suasana bandaraya sepertimana yang diimpikan.

Sudah tentu bagi membangunkan sebuah bandaraya memerlukan persekitaran yang baik selain infrastruktur yang terbaik bagi merancakkan ekonomi selain suntikan yang boleh membantu agar kemampanan pelbagai sektor lain kelak.

Disebabkan itu, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin pernah mencadangkan pembinaan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Behrang yang meliputi 1,000 ekar dan terletak 7 kilometer daripada Lebuh Raya PLUS.

Pihak Air Asia Berhad telah bersetuju melabur RM 2 bilion setelah dua kali perbincangan dengan mereka bagi menyemarakkan lagi pembangunan Bandar Proton yang menjadi impian rakyat Perak amnya dan penduduk Behrang yang sudah lama menunggu.

Kini Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir pula telah merancang ingin membawa projek LCCT tersebut ke Utara Perak dan dalam masa yang sama akan merencatkan lagi kerancakkan matlamat membina Bandar Proton yang menjadi impian.

Tindakan Datuk Seri Zambry yang berhasrat untuk membawa cadangan projek LCCT ke Utara Perak disamping boleh membantutkan perancangan asal menyemarakkan Bandar Proton juga dilihat untuk tidak menampakkan idea-idea bernas Kerajaan Pakatan Rakyat dulu dalam merangka pembangunan di Bandar Proton.Malah jika usaha untuk menyemarakkan Bandar Proton oleh Kerajaan Persekutuan, konsep Pusat Tranformasi Bandar (UTC) adalah pelan utama yang perlu menjadi agenda untuk dimajukan dan bukannya diserahkan kepada badan korporat lainya.

Adalah menjadi impian jika Bandar Proton akan menjadi bandaraya automotif yang bukan hanya hayalan semata-mata tetapi akan menjadi realiti dan bukan omong kosong yang menjadi janji yang tidak ditepati dari mana-mana pentadbir kerajaan negeri sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat!

Related posts:

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Cik Adila Amalyna: Kuih-muih <b>di</b> Bazaar Ramadhan <b>Kampar</b>!

Posted: 22 Jul 2012 06:57 AM PDT

Assalamualaikum

Selamat berpuasa untuk hari yang kedua di dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah :)

Kalau korang semua nak tahu, sejak hari pertama Ramadhan aku, emak & kakak ipar berniaga kuih-muih kat Bazaar Ramadhan. Nak cari duit poket lebih sikit untuk raya tahun ni lagipun nak masuk degree kan, yuran mahal jadi kenalah kerja keras sikit cari duit. Alhamdulillah, pengalaman berniaga sangat seronok tak terkata walaupun badan tersangat penat. Lepas sahur terus mula buat kuih untuk jual kat bazaar kemudian lepas berbuka buat tempahan biskut raya pulak. Nampak tak? Truly hectic!

Sempat pulak update belog?

Sempatlah. Sekarang ni tengah tunggu azan maghrib, hewhewhew. Sedang menanti saat untuk melahap je sekarang. Tapi agak pelik, langsung tak rasa lapar mungkin sebab aku terkejar-kejar buat kerja itu ini. Bagus jugak kan, cuma badan lemah/lesu. Tapi bila mak start bebel kalau ada nak curi-curi tulang, jadi segar balik tiba-tiba. Aura apa mak pakai ni?!


Dan banyak lagi..... Tadi baru ni je yang sempat tangkap :)
Kepada sesiapa yang duduk dekat-dekat kawasan (Kampar, Jeram, Temoh, Tapah etc), come to Bazaar Ramadhan Kampar. Macam-macam ada dan jangan lupa singgah gerai kami yow! Tapi aku tak jaga kat gerai pun, kite maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu (Hiks). Eh mana ada, aku duduk rumah nak masak lauk untuk berbuka pulak. Nampak tak ciri-ciri isteri mithali yang amat sangat pada diri aku sekarang? *flip hair*
Okay. Excited benar berniaga sampai kecoh dalam belog. Seriously, berniaga ni sangat best sebenarnya. Sangat-sangat best. Kan 9/10 rezeki datang daripada perniagaan, marilah kita berniaga secara kecil-kecilan kemudian lama-kelamaan akan menjadi besar-besaran. InsyaAllah.
Happy fasting people :)

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Pemuda UMNO, NGO <b>Lumut</b> buat laporan polis terhadap Pengerusi <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2012 07:38 AM PDT

Pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan di seluruh negeri terus membuat laporan polis bagi melahirkan bantahan terhadap kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Di Lumut, seramai kira-kira 100 orang penduduk terdiri daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lumut serta lima pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) turut berbuat demikian hari ini.

Terdahulu, kumpulan NGO tersebut mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan Pejabat DAP Sitiawan di Kampung Koh, dekat Lumut sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Koo Ham.

Antara NGO yang terlibat, Perkasa Sitiawan/Seri Manjung/Lumut; Pertubuhan Belia Warisan dan Integrasi Rakyat (Perwira); MAYC Lumut; Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Sitiawan dan penduduk Taman Sri Acheh, Kampung Acheh, Sitiawan.

Kumpulan berkenaan kemudian berhimpun secara aman di situ sambil membawa poster serta sepanduk dan menyerahkan memorandum bantahan di pejabat Koo Ham sebelum bergerak ke Balai Polis Sitiawan untuk membuat laporan polis.

Pegawai Khas kepada Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang juga Ketua Penerangan GPMS Cawangan Sitiawan, Mohd Fauzi Mohd Soot, berkata mereka mengutuk sekerasnya-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh wakil rakyat pembangkang itu, baru-baru ini.

"Sebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya tahu apa risiko yang bakal berlaku terhadap sebarang kenyataan liar yang dikeluarnya dalam twitternya.

"Sehubungan itu, GPMS mendesak supaya beliau tidak mengulanginya lagi di masa depan," katanya.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lumut, Mohd Shahril Yahya, berkata perhimpunan secara aman dan penyerahan memorandum  ini dibuat bagi melahirkan rasa 'marah' Pemuda terhadap kenyataan Koo Ham sebelum ini.

"Beliau (Ngeh) sepatutnya tidak masuk campur terhadap sebarang urusan agama Islam di negara ini. Perbuatan beliau mempersendakan Islam umpama satu cubaan bermain dengan api," katanya.

- Nooraini Mahamad

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


12 JENIS BUBUR <b>DI</b> TITI GANTUNG, <b>BOTA</b> - YANG HALAL ITU <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 11:39 PM PDT


BUBUR merupakan hidangan popular orang Malaysia terutama masyarakat Melayu pada waktu petang. Namun, bukan mudah untuk mencari premis makanan yang menjual bubur, apatah lagi yang mempunyai pelbagai jenis.
Jika anda seorang penggemar masakan itu, anda patut singgah di gerai Bubur Perak & Makanan Tradisional di Batu 30, Titi Gantung, Bota, Perak. Gerai itu terletak di hadapan Kompleks Pertanian Titi Gantung di tepi Lebuh Raya Ipoh - Lumut.
Ini kerana di situ terdapat sebanyak 12 jenis bubur iaitu bubur lambuk, bubur jagung, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, bubur gandum, bubur caca marba, bubur sagu bandung, bubur pengat pisang, bubur pengat ubi keledek, bubur pengat ubi keladi, bubur kacang merah dan bubur pengat nangka.
Harganya juga tidak mahal iaitu cuma RM2 semangkuk jika makan di situ dan RM2.50 jika dibungkus untuk dibawa pulang.
Bagaimanapun, pada bulan puasa yang lalu, gerai Bubur Perak & Makanan Tradisional hanya menjual 10 jenis bubur iaitu kecuali bubur kacang merah dan pengat nangka sahaja kerana bilangan pelanggan tidak seramai hari biasa.
Selain bubur, gerai itu menjual pisang goreng, ubi keledek dan ubi keladi goreng.
Menurut pengusaha gerai tersebut, Badri Hamzah, 53, gerainya mendapat sambutan hebat kerana menawarkan pelbagai jenis bubur tradisional yang boleh dipilih oleh orang ramai.
"Bubur bukan tidak ada dijual di tempat lain tetapi susah hendak cari. Lebih-lebih lagi kedai yang menjualnya menawarkan begitu banyak jenis bubur," katanya ketika ditemui S2 di gerainya.
Bubur di gerai Bubur Perak & Makanan Tradisional juga popular kerana rasanya yang sedap dan dijual dalam keadaan masih panas.
Badri juga tidak menggunakan daging tetapi hanya ayam dan udang dalam masakan bubur lambuk agar penganut Hindu pun boleh makan.
"Pelanggan saya bukan hanya orang Melayu, tetapi orang Cina dan India juga makan di sini. Sebab itulah, saya memastikan bubur saya boleh dimakan oleh semua orang," katanya sambil memberitahu pelanggannya terdiri daripada 60 peratus orang luar dan 40 peratus penduduk tempatan.
"Paling ramai adalah pelancong yang melalui Lebuh Raya Ipoh - Lumut," tambahnya.
Ditanya tentang rahsia keenakan bubur yang dijualnya, Badri yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam perniagaan bubur memberitahu, dia agak cerewet dalam penyediaan bubur terutama memastikan masakan itu hanya menggunakan santan segar.
"Saya juga memasak sendiri bubur ini walaupun saya ada tujuh pembantu. Tiga jam diperlukan untuk memasak kesemua bubur yang dijual ini," ujarnya sambil memberitahu resipi bubur itu adalah ciptaannya sendiri yang diolah daripada resipi yang dipelajari daripada ibunya, Puteh Zainah Tuah, 89.
Satu lagi perkara menarik mengenai gerai bubur itu adalah deretan bendera Perak dan Jalur Gemilang yang dipacak di hadapan premis tersebut mempunyai makna tertentu.
Sekiranya, bendera-bendera tersebut sudah dipacakkan, ia bermakna bubur sudah siap dimasak untuk dijual dan jika tiada bendera dipacak, ia bermaksud bubur belum siap dimasak atau sudah habis dijual.
Sementara itu, seorang pelanggan setia gerai bubur itu, Burhanuddin Karim, 63, memberitahu, dia meminati semua jenis bubur yang dijual di gerai itu.
"Saya beli bubur di sini setiap hari. Bubur yang paling saya minat adalah bubur ubi keledek dan ubi keladi," katanya.
Seorang lagi pelanggan dari Ipoh, Haniff Radman, 33, memberitahu, ini merupakan kali pertama dia singgah di gerai tersebut.
"Kebetulan saya lalu di sini ternampak gerai bubur ini. Jadi, saya singgah membeli bubur untuk mencuba rasanya," katanya.
Gerai Bubur Perak & Makanan Tradisional itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


sekupangdua: BUBUR LAMBUK FREE <b>DI</b> MYDIN <b>JELAPANG</b>, DS <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 01:48 AM PDT

Dato Seri Dr Zambry Kadir sekarang berada di Mydin jelapang, perghh Banyak bubur lambuk sedang diagihkan oleh beliau. teman difahamkan banyak yang terlibat dalam mengacau bubur lambuk bermula pagi tadi, antara yang terlibat tmasuk PBBSI ataupun persatuan Budak Bas Stand Ipoh ataupun kita kenali dia orang ni Otai bebudak Bas Stand, hehehehe Kawan-kawan teman semua tu... hahaha berpeluh ketiak bila rokers otai pun turut masak bubur lambuk... 
Masih banyak lagi bubur disini yang masih belum diagihkan, bukan satu tapi setakat tiga ke empat pun boleh bawak balik, perghhh ingatkan susah sangat nak dapat bubur lambuk, tak payah tunggu lama bro mesti dapat, mai la jangan tak mai

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Recipes House: <b>Bukit Merah</b>

Posted: 23 Sep 2012 06:25 PM PDT


Inilah pintu masuk Bukit Merah, menarik kan??
             Memang sesuai untuk percutian dengan ahli keluarga!
     Jangan lupa untuk mencuba kereta kabel, boleh melihat pemandangan yg cantik!!     
Kawasan yang luas untuk bermain air, bersantai bersama keluarga.
                                        

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Muslimeen United: Panas!! Umno Cawangan <b>Di Pasir Salak</b> Di <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2012 03:30 PM PDT


Umno Pasir Salak menerima tamparan hebat dimana seramai 35 orang ahli Umno cawangan Pulau Juar di DUN N 49 Kampung Gajah dengan rasmi keluar parti semalam.

Penyerahan borang beramai ramai untuk menjadi ahli Pas telah diserah kepada Mantan Menteri Besar Perak Dato Sri Nizar Jamaludin pada satu majlis jamuan hari raya Pas kawasan Pasir Salak.

Penyerahan borang itu diketuai oleh Saudara Mohd Jamil yang merupakan ketua cawangan Umno Pulau Juar . Pulau Juar sebelum ini merupakan kubu Umno.

Menurut sumber berita sebab mereka keluar dari parti Umno kerana rasa tidak puas hati dengan pergerakan itu.


Dengan penyerahan borang keahlian untuk menjadi ahli Pas maka dengan rasminya mereka telah mengistiharkan bahawa cawangan Umno Pulau Juar di bubarkan.

Dengan berita pembubaran cawangan serta kemasukan ahli Umno Pulau Juar diharap ahli Pas serta Pakatan Rakyat kawasan Pasir Salak mempergiatkan lagi usaha agar pada pilihan raya umum yang akan datang dapat merampas Parlimen Pasir Salak ,Dun Sungai Manik serta Dun Kampung Gajah dari tangan BN.

Media Perak.Com mengucapkan syabas kepada Pas kawasan Pasir Salak kerana berjaya meroboh benteng Umno di kawasan tersebut.

Bye Bye Umno…~~~

~mediaperak

Umno Pasir Salak menerima tamparan hebat dimana seramai 35 orang ahli Umno cawangan Pulau Juar di DUN N 49 Kampung Gajah dengan rasmi keluar parti semalam.

Penyerahan borang beramai ramai untuk menjadi ahli Pas telah diserah kepada Mantan Menteri Besar Perak Dato Sri Nizar Jamaludin pada satu majlis jamuan hari raya Pas kawasan Pasir Salak.

Penyerahan borang itu diketuai oleh Saudara Mohd Jamil yang merupakan ketua cawangan Umno Pulau Juar . Pulau Juar sebelum ini merupakan kubu Umno.

Menurut sumber berita sebab mereka keluar dari parti Umno kerana rasa tidak puas hati dengan pergerakan itu.


Dengan penyerahan borang keahlian untuk menjadi ahli Pas maka dengan rasminya mereka telah mengistiharkan bahawa cawangan Umno Pulau Juar di bubarkan.

Dengan berita pembubaran cawangan serta kemasukan ahli Umno Pulau Juar diharap ahli Pas serta Pakatan Rakyat kawasan Pasir Salak mempergiatkan lagi usaha agar pada pilihan raya umum yang akan datang dapat merampas Parlimen Pasir Salak ,Dun Sungai Manik serta Dun Kampung Gajah dari tangan BN.

Media Perak.Com mengucapkan syabas kepada Pas kawasan Pasir Salak kerana berjaya meroboh benteng Umno di kawasan tersebut.

Bye Bye Umno…~~~

~mediaperak

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Siapa Bunuh Ketua Cawangan MCA <b>Changkat Keruing</b>? | SEDAKA <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2010 02:56 AM PDT

LUMUT, 31 Julai - Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ketua Cawangan MCA <b>Changkat Keruing</b> mati dibunuh

Posted: 31 Jul 2010 08:51 AM PDT

Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing mati dibunuh

31/07/2010 7:28pm

LUMUT, 31 Julai - Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu,� katanya kepada Bernama di sini hari ini.

07 di beruas - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


The-Anecdotes: Mee Udang Mak Jah <b>Kuala Sepetang</b>, Cawangan <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 12:52 AM PDT

Inilah dia Mee Udang Special Mak Jah Kuala Sepetang tapi di cawangannya di Wangsa Link Business Park,Wangsa Maju. Sangat sedap. Udang gemok dan banyak. Oh surprisingly ada celery dalam kuah tu, lagilah sedap! Tapi tak boleh buat comparison dengan tempat asal mee udang ini because we haven't been there. Eh we've been there but..
Actually, we went to Kuala Sepetang few weeks ago to try out the famous Mee Udang Mak Jah. That was an unplanned trip by the way. We were on our way back to KL from Kulim and the husband keep asking me whether I wish to drop by any where since he'll be quite busy in the next few months. Susah dah nak jalan2 makan2 cuti2 katanya. I pun macam blur2 tak tau nak pergi mana when suddenly he exited the PLUS highway - entering the route to Taiping.
"Dah lama syg nak jalan2 Taiping kan. Kita singgah jap la.." Kata si jantung hati itu.
According to my brother in law (who is originally from Taiping), Mak Jah and Mak Teh sama sedap je. And along the way apparently macam2 Mak itu Mak ini Mee Udang yang ada. Hehehe. Arriving Mak Teh Mee Udang, there were almost 20 bijik kereta di bahu jalan. Kami excited bercampur risau. Mesti sedap ni ramai sangat orang. Tapi mesti kene tunggu lama. We had a short discussion and decided to say good bye to Mak Teh. Tak sanggup nak menunggu. Terus jalan2 Taiping sahaja lepas tu. Next time balik kampung boleh singgah lagi.
Mee Udang biasa RM8 Mee Udang Special RM12.
Reasonable la jugak. Udang banyak dan besar!

Kami pilih meja di luar. Sebab hidung tak berapa sihat. Duduk dalam aircond yang tak tau di servis ke tak tu nanti lagi teruk jadinya. Mula2 risau jugak, sebab dah macam2 jadi kat area Wangsa Link ni kan - according to the chain emails lah. Staff Butik Ariani once told me ada peragut betul2 meragut rumput eh meragut orang depan Pondok Polis kat depan tu. How scary is that? Berani betul. Luckily ada CCTV pointing directly to our table, sebelah LCD TV tu. So, secure sikitlah rasanya (not sure whether the CCTV is functioning or not tho).

Opposite kedai Mak Jah ada Cheng Ho Chinese Muslim Restaurant that used to be so famous few years back. The owner is non other than the legendary rockstar, Amy Search. Zaman mula2 kenal cik abg syg dulu he used to bring me to that restaurant for my birthday dinner. What a memory.. Hee

So for those who suddenly craving for Mee Udang Mak Jah?
No need to rush for Kuala Sepetang any more!