Khamis, 27 September 2012

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


MAJLIS JALINAN MESRA AADK <b>KINTA</b> | Portal Berita iKDN

Posted: 17 Sep 2012 07:46 AM PDT

Ipoh,13 September – Kemeriahan bulan Syawal masih belum menutup tirainya. Sempena di bulan yang penuh bermakna ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kinta dengan kerjasama AADK Negeri Perak dan Mini Cure & Care 1Malaysia Daerah Kinta (Mini C&C 1Malaysia) telah mengadakan Majlis Jalinan Mesra Jawatankuasa Pemulihan Dadah(JKPD), SKUAD 1Malaysia bersama Kes Pengawasan, Keluarga dan residen Daerah Kinta pada 10 September lalu. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah dihadiri oleh 550 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada kes pengawasan, residen, keluarga kes, pemimpin masyarakat, komuniti setempat dan wakil-wakil jabatan kerajaan serta NGO.

Pengarah AADK Negeri Perak iaitu Encik Mahadi bin Nordin, Pegawai-pegawai AADK Negeri, Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC ) Perlop dan Batu Kurau serta Ketua Pegawai dan wakil AADK Daerah di seluruh Negeri Perak turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana. Pertemuan ini sekaligus telah mengeratkan lagi hubungan diantara, CCRC Perlop, CCRC Batu Kurau dan pegawai AADK daerah serta para hadirin yang hadir.

Dalam masa yang sama beberapa aktiviti turut diadakan seperti perbincangan Kelompok Matriks, perbincangan ahli keluarga klien, Kelompok 12 Langkah dan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak berumur 7 sehingga 12 tahun. Aktiviti tersebut dijalanakan secara serentak bermula jam 9.00 pag dan disusuli dengan perkongsian pengalaman oleh ahli JKPD dan ahli SKUAD 1Malaysia bersama kes pengawasan yang hadir.

Sebaik selesai aktiviti-aktiviti yang dijalankan, para tetamu dijemput menjamu selera di perkarangan Mini C & C1Malaysia Kinta sempena meraikan sambutan aidilfitri. Sambil menikmati juadah yang disediakan, para tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan karaoke Aidilfitri oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Ahli SKUAD 1Malaysia sebagai aktiviti sampingan.

-Tamat-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan