Isnin, 5 November 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Inilah Aku: <b>Hutan Melintang</b>! Kami dah Hilang Arah!

Posted: 06 Sep 2012 09:40 PM PDT

Ini sambung lagi cerita...huhuhuhu 2 September 2012 Sebaik saja breakfast di coffee house di Level 4, terus salin pakaian (syiqin saja) dan aktiviti berenang pulak. Hmmmmm tak jemu2 nak mandi kolam budak nih. Badan dah makin hitam legam, adehhhhh nanti makin gelap gulita la anak dara kenit sorang nih. Tengahari, check out dan terus ke rumah anak sedara di Simpang Pulai (lokasinya kurang pasti). Makan2 lagi. Hari tu saya rasa tak berapa nak makan, asyik sendawa tak berhenti2. Entah silap makan apa, sampai sendawa rasa macam nak termuntah saja. Untuk menghilangkan rasa sendawa tu, tertidur la kejap. Lebih kurang jam 5 petang, bersiap2 pula nak ke Hutan Melintang rumah anak sedara seorang nih. Tak sampai hati lak nak menolak ajakan Umi, kita redah je ke Hutan Melintang. Itupun kita follow kereta dia orang dari belakang, kalau tidak memang tak sampai lah kan. Perjalanan mengambil masa sejam lebih jugaklah. Elok sampai, azan maghrib dah. Terus sembahyang jamak. Tepat jam 9, keluar dinner dan kami terus pulang ke KL. Pengembaraan pun bermula. Dari Hutan Melintang, sepatutnya apabila nampak signage arah ke Pekan Sabak Bernam, patutnya dah belok ke jalan tersebut. Disebabkan malam, dan ditambah dengan keletihan dan mengantuk pun iye jugak, en suami dah terus saja ke jalan lain. Dia kata nampak signage Rawang. Ingat dah dekat sangat dah la kan. Rupa2nya kami dah sesat masuk ke kawasan hutan kelapa sawit. Mula2nya ingat ok je. Dah lepas dari UNISEL, kereta pun tak banyak, lama2nya makin kurang. Selisih sebuah dua je kereta, bila toleh ke belakang, memang gelap gelita. Kiri kanan ladang kelapa sawit. En suami kata kita dah sesat. Nak patah balik dah jauh sangat. Saya kata mesti ada jalan keluar. Kita tawakal saja, ikut saja signage. Jam dah menunjukkan 12.30tengahmalam. Nampak bulan samar2 dilindungi awan hitam. Huhuhu betul2 macam citer seram pulak kan. Saya tak henti2 baca ayatul Kursi minta dijauhi dari segala yang tidak diingini. Nak google map pun tak dapat, sebab coverage memang betul2 hilang. Nak Tanya orang, mana ada orang. Kalau Nampak orang pun, betul ke orang tuu di tengah malam cam ni dan di tengah hutan gini? Huhuhuhu….peloh wei!! Dari jauh, nampak signage PLUS, timbul rasa lega sangat, tapi ada laaa dalam 30km lagi nak sampai ke Tol. Aduhhhh….gerunnya sebab signal minyak dah merah. Saya masa tu membayangkan kalau laaaa ada sapa2 yang tahan kereta atau ikut belakang kereta, tak boleh nak bayangkan di tengah2 hutan kelapa sawit kalau ada apa2 yang terjadi. Bila saja hampir dengan tol Bukit Tagar, saya baru perasan ada satu landrover menunggu di tepi jalan dalam keadaan gelap, bila nampak kereta kami lepas je, landrover tersebut terus ikut dari belakang. Saya suruh en suami pecut laju sikit bagi memastikan tidak ada apa2 yang berlaku. Nasib baik lepas dari toll, landrover tu seakan2 berpatah balik. Pelik kan. Tapi syukur Alhamdulillah, tak terjadi apa2 sepanjang perjalanan gelap malam tersebut. Kalau tayar pancit, atau minyak habih, memang kami tawakal tidur saja dalam kereta di tengah hutan kelapa sawit tu. Esoknya saya terus ambik emergency, letih sangat. Bayangkan sampai di KL jam 2.30 pagi!!

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


JKKK Kampung <b>Langkap</b>: Sambutan Harijadi WargaEmas.

Posted: 27 Oct 2012 09:29 PM PDT



JKKK Kampung Langkap telah mengadakan satu majlis meraikan wargaemas yang ada d Kg. Langkap pada 19.10.2012 (jumaat ) dengan aturcara memotong kek harijadi, bacaan doa selamat, pembahagian Hamper dan jamuan . Majlis disempurnakan oleh SU JKK C.W.Samiun b.Ton Mohamad.
Pada tarikh 19.10.2012 merupakan hari jadi ke 92 tahun warga emas Juriah bt Osman yg merupakan seorang penduduk tertua di Kg. Langkap pada masa ini yang masih lagi sihat dan meneruskan rutin harian untuk sembahyang 5waktu berjemaah di masjid. Jasa semua wargaemas untuk pembangunan insaniah di kampung Langkap sentiasa dihargai. JKKK Kg. Langkap mendoakan kesejahteraan didunia dan akhirat. Amin.

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


bn sah akan rampas dun <b>behrang</b> pru-13 - komando perang siber

Posted: 21 Oct 2012 12:00 AM PDT

63 AHLI PKR DARI 3 BUAH KAMPUNG IAITU KAMPUNG PASIR, KAMPUNG SUNGAI MUDA DAN KAMPUNG ULU SLIM KELUAQ PARTI MASUK UMNO. DALAM DOK MERAIKAN PERKARA TERSEBUT(YAKNI SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG) MAI LAGI 5 ORANG PKR DAN MENYERAHKAN BORANG SERTAI UMNO MENJADIKAN JUMLAH TERSEBUT NAIK KEPADA 68 ORANG. CUMA KPS NAK INGATKAN KENAPA KEMASUKKAN INI PENTING ?????? SEMASA PRU DULU, DUN BEHRANG INI ANTARA YANG MENINGGALKAN PKR DAN MENYEBABKAN PR RUNTUH DI PERAK. DAN YANG PALING PENTING BEZA KEMENANGAN PADA PRU-12 LALU DI PETI UNDI BERKENAAN IALAH 40 DENGAN BN MENDAPAT 294 DAN PR MENERUSI PKR MENDAPAT 334. MAKA, SEMAKIN HAMPIR BN UNTUK MERAMPAS KEMBALI DUN INI....

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


senarai kamera AES <b>di</b> Parlimen <b>Lumut</b> ~ :SAIFULLAH ::ZULKIFLI:

Posted: 19 Oct 2012 11:43 AM PDT

Berikut adalah senarai kemera AES yang di pasang di kawasan parlimen lumut - 

KM 8 JALAN LUMUT - TELUK BATEK
A0186
Manjung

90

KM 8 JLN SITIAWAN IPOH
F0005
Manjung
100.718536
4.249867
90

KM 6 JALAN DAMAR LAUT-TAIPING.
F0060
Manjung
60

KM 8 JALAN LUMUT - KG. ACHEH
F0100
Manjung
60

KM 2 JALAN LUMUT - SITIAWAN
F0018
Manjung
100.650816
4.200477
90

KM 24 JALAN DAMAR LAUT - TAIPING
F0060
Manjung

AYER TAWAR - BERUAS
F0071
Manjung
90

BATU 6 LEKIR
F0005
Manjung

L/ISYARAT KAMPUNG SITIAWAN
F0100
Manjung

L/ISYARAT SUNGAI RUMPUT KPG ACHEH
Z0012
Manjung



07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


berita bergambar!!!!...ibu pejabat dap perak <b>di ipoh</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 25 Oct 2012 07:15 AM PDT

Dua ketul batu besar dilempar di pejabat DAP Perak di Ipoh hari ini menyebabkan beberapa tingkap kaca pecah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Canning, Wong Kah Woh.

Beliau percaya batu itu dibaling semasa waktu rehat tengah hari dan disedari ketika kakitangan pejabat pulang daripada makan kira-kira jam 1.30 petang.

Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah di Ipoh, tambahnya.

"Kami sedang cuba menyemak rakaman CCTV, termasuk milik jiran, untuk melihat sama ada kita boleh dapatkan sesuatu untuk diserahkan kepada polis," kata Wong ketika dihubungi.

Beliau tidak mengesyaki mana-mana individu atau kumpulan tetapi percaya insiden itu dilakukan oleh "seorang yang kuat" kerana walaupun mengenai dinding, batu yang dibaling pergi sejauh tiga meter ke dalam pejabat.

Speaker DUN Perak yang sah yang merupakan ADUN Tronoh, V Sivakumar menyifatkan serangan tersebut bermotifkan politik kerana ia jelas disasarkan ke atas pejabat parti itu dan tidak membabitkan pejabat bersebelahan.

Beliau mahu polis menyiasat kejadian itu dan mengumumkan hasil siasatan dengan segera bagi mengelakkan sebarang kehilangan nyawa terjadi di premis itu.

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Batu vs Kayu: Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b>

Posted: 03 Nov 2012 12:58 AM PDT

Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.
Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.
"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.
"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.
Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.
Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".
Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.
Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.
Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.
ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.
NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

Biaqpila™: Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b>

Posted: 03 Nov 2012 01:32 AM PDT


Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.

Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.

"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.

Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".

Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.

Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.

Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.

ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.

NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

MK

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Labun Cikgu Lin: PERLUKAH SK SIMPANG EMPAT, <b>SITIAWAN</b> <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2012 09:59 AM PDT


Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Sitiawan yang bertaraf BANTUAN MODAL adalah salah sebuah yang terletak di SEGITIGA di Sitiawan.
Beberapa tahun lalu, sekolah ini menjadi HANGAT apabila Pihak Yang Empunya tanah menuntut kembali tanah kepunyaan mereka. Kononnya, Dinding Indian Association (DIA) bersama peguamnya memberi tempoh 2 tahun untuk Pihak Berkenaan mencari tapak baru.
Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini adalah :-
1.   Apa tujuan asal DIA memilkiki tanah berkenaan?
2.   Apa tujuannya sekarang .... adakah sekadar nak membina kedai dsbnya?
3.   Kenapa tak dijual tapak sekolah kepada Pihak Berkenaan?
4.   Siapa yang beria-ia sangat menuntut tapak berkenaan?
5.   Siapa yang UNTUNG di atas tuntutan berkenaan?
6.   Adakah tuntutan ini mempunyai UNSUR POLITIK? 
7.   Nak pindah ke mana?
8.   Apa kesannya kepada murid dan penjaga sekolah berkenaan?
       Konon ceritanya UNTUK KEGUNAAN BELAJAR dalam ertikata lain BUKAN TUJUAN PERNIAGAAN.
         Kononnya nak didirikan PREMIS PERNIAGAAN.

3.     KENAPA TAK DIJUAL KEPADA KEM. PELAJARAN?
         Takkan kerajaan TAK MAMPU nak bayar
4.     SIAPA YANG BERIA-IA SANGAT NI?
         Entah .... tapi tentulah ada yang untung.
5.     SIAPA YANG UNTUNG?
        Entah .... yang menyumbang (beli tanah dsbnya).... hampir sudah tiada lagi, jadi tentulah ada PIHAK TERTENTU.
6.     ADA UNSUR POLITIK KER?
          Bukankah dulu ada PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG yang cuba jadi juara.
7.     NAK PINDAH KEMANA?
        Guru dan muridnya akan berpindah ke sekolah yang berhampiran .....
8.     KESANNYA TERHADAP MURID DAN PENJAGA
        Jauhnya ...... dan murid terpaksa menyeberang jalan yang sibuk.

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Newsflash : OCPD <b>Gerik</b> educated that in England 75% suspects <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2012 07:05 PM PST

Sponsor a candidate for Hindraf & HRP Project 7/14 Focus Selangor @ 13th General elections expected in December 2012. Pathmarajah & Co. Chartered Accountants - Maybank Acct No. : 514075011112 - "You Must Be The Change You wish To See In The World" ~ Gandhi - Follow us on www.hindraf.org , Twitter - HINDRAF1 or Facebook Hindraf Support Group.

Gambar-gambar kecoh Kembara Oren <b>di</b> Felda Lawin Selatan, <b>Gerik</b>

Posted: 05 Nov 2012 05:52 AM PST


Kembara Konvoi Oren Selamatkan Felda yang berlangsung Sabtu lalu, mendapat tentangan daripada pihak yang bimbang akan warga Felda mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan semasa Felda dan negara.

Konvoi Oren ini yang dipimpin oleh Tuan Haji Razman Zakaria, pada mulanya dapat dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan di Felda Lawin Utara. Namun begitu, apabila menuju ke Felda Lawin Selatan, sekumpulan anggota Rela dan anak-anak muda menyekat kemasukan peserta-peserta konvoi ini ke dalam kawasan Felda tersebut.

Tercetus sedikit huru hara dan keadaan yang tegang apabila kumpulan ini berkeras untuk menghalang Konvoi Kembara Oren daripada memasuki kawasan Felda mereka.

Saya menerima kiriman gambar-gambar sewaktu kejadian Sabtu lalu melalui laman Facebook untuk dikongsikan bersama anda.






















Maklumat daripada rakan yang berada ditempat kejadian, akhirnya peserta konvoi Kembara Oren berjaya juga memasuki kawasan Felda Lawin Selatan ini untuk mengedarkan risalah apabila Haji Razman memberikan kata-kata penutup beliau, "Kamu punya orang kamu dan kami punya orang kami, jika kamu sanggup menjual kami juga sanggup membeli".

P/S: Wa dah kate bro, Haji Razman tu WWE bro, jangan main-main dengan dia bro, sekali dia Smackdown ko bro, bole patah riuk ko bro, wa cakap luuuu

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


Berkursus <b>Di</b> Institut Latihan Statistik Malaysia, <b>Sungkai</b>, Perak

Posted: 24 Sep 2012 03:21 AM PDT

Akhirnya sampai jugak aku dekat Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai, Perak ni. Sebelum datang memang aku dah buat research dekat Google keadaan tempat ni. Memang tak banyak yang aku dapat sebab tempat ni masih lagi baru. Rasanya dibuka awal tahun ni. Gambar yang aku jumpa hasil pencarian di Google memang memuaskan hati keadaan bilik dekat ILSM ni.

Tu hasil gambar-gambar yang aku tengok dekat Google la. Bila aku sendiri dah jejak kaki dekat sini, boleh la tengok dengan mata sendiri pulakkan. Apa yang aku boleh katakan dengan keadaan bilik, memang terbaik. Macam bilik hotel dah dekat Institut Latihan Statistik Malaysia ni. Sekarang ni nak post gambarpun tak boleh sebab aku update guna BlackBerry atau sekali sekala guna iPad. Blogger picisan macam aku ni belum mampu nak pakai notebook apatah lagi Macbook Pro.

Beberapa hari dekat sini bermakna kuranglah aku dapat hadap blog untuk update entri. Apatah lagi bersiar-siar di blog kawan-kawan. Yela, namapun berkursuskan. Nama Kursus Penyusunan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Berasaskan International Merchandise Trade Statistics 2010 (IMTS 2010), Concept and Definition ni pun dah cukup menggerunkan aku. Tajuk kursuspun dah panjangkan, macam susahpun ada. Hehe..

Harap beberapa hari dekat ILSM ni aku boleh dapat input-input yang berguna berkenaan dengan kursus ni. Suasana dah cukup selesa, moga ilmupun dapat masuk dengan lancar dalam kepala dan hati ni. Blog pun blog jugak, amanah yang diberi perlu dilaksanakan jugak. Yela, kata 'yang menurut perintah' kan. Hehe..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Incoming search terms:

  • majlis perkahwinan awal dan scha
  • institut latihan statistik malaysia sungkai
  • institut latihan statistik malaysia
  • ilsm sungkai
  • gambar perkahwinan scha dan awal ashaari

Related posts:

  1. Betul Seperti Yang Di Sangkakan
  2. KL Oh KL…
  3. Blog Punya Pasal
  4. Semakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2012
  5. Akibat Menonton Final Badminton All England
  6. Bila Internet Buat Hal
  7. Pameran & Persidangan Komoditi Antarabangsa Malaysia (MICCOS) 2011
  8. Ada Berani DiReview ?
  9. Outstation Di Bulan Ramadan
  10. Berakhir Sudah Segalanya

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Tabung Simpanan Pendidikan <b>Negeri Perak</b> - Blog Qashmere

Posted: 01 Jan 2010 12:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak adalah bertujuan sebagai inisiatif pendidikan dan pelajaran yang merupakan simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak kelahiran Negeri Perak. Pengwujudan Tabung Simpanan ...