Selasa, 12 Mac 2013

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


.: Ustaz Azhar Idrus <b>di Gopeng</b>

Posted: 25 Feb 2013 10:07 AM PST

Ceramah Ustaz Azhar Idrus Gopeng
Tergerak inginturut serta versama kawan BImmerz dan Bikers.. mencari serba sedikit ilmu. Kebetulan
 Ustaz Azhar Idrus datang ke Gopeng buat Ceramah Agama..so teman tidak melepaskan peluang bersama turut menyertai Majlis itu..memang dasat Aura UAI 25-3o ribu menghadiri ceramah beliau...
Moh tengok serba sedikit Konvoi kita orang:))


































07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


IdaMan: [Video] Jelajah Merdeka Rakyat, Pekan <b>Langkap</b> Perak 02 <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2012 10:44 PM PST

           

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


PRU13 - Kit Siang Tak Berani <b>Di Kampar</b>, Kalau Kalah Nak Cari <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2012 09:22 PM PST

DAP Perak menyifatkan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen Kampar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai khabar angin.

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, perkara itu tidak pernah dibincang dan menegaskan soal calon adalah rahsia parti dan tidak seharusnya dihebahkan sebelum tiba pilihan raya.

"Ini (Kit Siang bertanding Parlimen Kampar) hanya khabar angin. Saya tidak pernah dengar atau bincang tentang  perkara itu," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin Kit Siang akan beralih arah dari Parlimen Ipoh Timur kepada bertanding di kawasan baru iaitu Parlimen Kampar pada PRU13.

Koo Ham berkata, sama ada parti akan meletakkan calon popular di kerusi yang gagal dimenangi DAP pada pilihan raya lalu atau tidak, ia kekal rahsia parti.

Beliau berkata, itu adalah sebahagian dari strategi DAP untuk memastikan segala perancangan berjalan lancar selari dengan ketetapan jawatankuasa pusat.

"Kami tunggu Barisan Nasional (BN) umum calon dululah," katanya.

Pada Ahad lalu, Sinar Harian menyiarkan terdapat khabar angin bahawa Kit Siang akan meninggalkan Parlimen Ipoh Timor dan bertanding di Parlimen Kampar pada PRU13 sebagai antara strategi untuk mengukuhkan lagi penguasaan DAP Perak.

Untuk rekod, Parlimen Kampar disandang Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong selepas menang pada PRU12  pada 2008.

Katanya, segala keputusan mengenai calon belum diputuskan lagi dan soal calon DAP menyerahkan sepenuhnya kepada keputusan Jawatankuasa Pusat.

Menurutnya, rakyat sudah membuat keputusan siapa yang bakal mereka undi pada pilihan raya nanti dan DAP tidak gentar serta bersedia menghadapi apa-apa cabaran dari BN.

Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Pesawah Kampung <b>Jelapang</b> Rugi; Hasil Padi Merosot Teruk

Posted: 11 Mar 2013 12:50 PM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita63/padi%20kuning%20kurang%20air.JPG 

(Buletin Online) - SETIU - Cita-cita kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) khususnya Menteri Besar Terengganu untuk mengujudkan sebuah jelapang padi baru di negeri ini hanyalah tinggal 'angan-angan' sahaja apabila hasil yang dituai dari sawah padi di kampung Jelapang dekat sini, merosot teruk.


Seorang pesawah, Abdul Rahman Awang berkata, hasil tuaian padi pada akhir tahun lalu telah merosot sehingga lima puluh peratus menyebabkan para pesawah mengalami kerugian.

Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan keugian tersebut adalah diskriminasi pembahagian input baja dan racun selain sistem saliran yang tidak sempurna dan giliran mesin menuai yang mendahulukan mereka yang rapat dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) 

"pilih kasih dalam pemberian bantuan baja dan racun...........hasil padi tidak menjadi kerana serangan penyaki, menyebabkan sebahagian besar pesawah rugi teruk, giliran jentera penuai juga diutamakan kepada 'suku-sakat',

"sistem saliran yang tidak betul, sawah tak kering molek.........jadi mesin (menuai) padi 'lekat',"katanya.

[Gambar - daun padi kekuningan kerana tidak cukup baja........ dan ada yang diserang oleh penyakit 'karah padi' kerana masalah 'diskriminasi' agihan input benih, baja dan racun yang mendahulukan suku sakat Umno]

Menurutnya, petani bersusah payah bekerja siang dan malam, tetapi projek penanaman padi Kampung jelapang yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak mendatangkan hasil yang lumayan.

Katanya, hampir RM50 juta dibelanjakan kerajaan untuk sistem saliran, punca air tidak ada dan pegairan tidak sempurna menyebabkan pertumbuhan padi menghadapi masalah.

Read more at: http://www.buletinonline.net/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=6147:pesawah-kampung-jelapang-rugi-hasil-padi-merosot-teruk&catid=35:dalam-negeri&Itemid=210 




07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Treler rempuh tiga kedai <b>di Chemor</b> | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 05 Jan 2011 10:11 PM PST

01 Safar 1432H.

IPOH: Seorang pemandu treler nyaris maut selepas merempuh tiga kedai di Jalan Kuala Kangsar, Chemor, hari ini.

Ketua Polis Trafik Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab, berkata dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa Mat Lazim Osman, 51, yang berasal dari Kampung Tunku Husin, Manjoi hanya cedera ringan di kaki.

"Mangsa yang tersepit dalam treler berkenaan dikeluarkan dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rodzi berkata, nahas berlaku ketika Lazim memandu treler membawa muatan simen dalam perjalanan dari Kuantan ke Ipoh.

"Treler berkenaan dikatakan gagal dikawal lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan dan merempuh tiga buah kedai," katanya.

Katanya, sebuah Proton Gen-2 yang diletakkan di tepi kedai berkenaan turut rosak akibat dihempap oleh runtuhan kedai terbabit.

Beliau berkata, pemilik kedai terbabit juag tidak berada di premis berkenaan ketika kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sinar Harian/-


07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Detik² Kehidupan : Lawatan ke PAPN <b>Bercham</b>

Posted: 22 Sep 2011 05:30 AM PDT



















Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti bersama kanak-kanak di PAPN Bercham.. Terima kasih semua yang terlibat..

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Pentas UMNO Kg.Serdang, <b>Sitiawan</b>. Perak | BLOG - BLOG PARTI <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2013 01:09 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Kisah bersama MB: Kerenah Pegawai susahkan rakyat!

Posted: 31 Jan 2013 07:40 AM PST



Pegawai Tadbir Kanan Negeri Perak terutama sekali yang ada kaitannya dengan orang awam hendaklah lebih prihatin dan tidak terlalu protokol sangat untuk bertemu dengan rakyat kerana apa yang dapat diperhatikan sikap acuh tidak acuh segelintir pegawai atasan ini telah menyusahkan orang ramai.

Pernah saya sebagai mewakili sebuah persatuan berhasrat untuk bertemu dengan Menteri Besar (MB) pada pagi 15 Februari 2013 iaitu hari 'MB Bersama Rakyat' untuk menerima aduan orang awam di dalam apa juga masalah mereka yang ditetapkan pada setiap pagi Selasa. Malangnya setelah beberapa kali datang pada hari tersebut untuk bertemu MB tetapi tetap gagal kerana diperkatakan bahawa MB ada hal-hal lain untuk beliau perlu hadiri.

Apa yang amat dikesali adalah sikap pegawai-pegawai yang mewakili MB untuk melayani kami sebagai orang awam yang kebanyakannya adalah orang-orang kampung yang datang dari jauh. Cara dan sikap pegawai berkenaan tidak mencerminkan sebagai seorang penjawat awam yang diharap-harapkan. Setiap individu dilayan dengan agak tidak memuaskan dengan suara yang tinggi dan ada di antara orang awam diherdik kerana mahu jumpa MB dengan masalah remeh-temeh seperti mendapatkan surat sokongan ataupun memohon bantuan kewangan bagi keluarga yang terlalu daif.


Diharapkan pihak pejabat MB dan pejabat Kerajaan Negeri Perak yang lain hendaklah lebih berhati-hati lagi dan menjaga etika sebagai penjawat awam yang menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.

Janganlah pandang kami sebelah mata sahaja, mentang-mentanglah kami ini orang kampung yang berpakaian cara kampung serta tidak mempunyai apa-apa, cuma hanya memerlukan bantuan. Sepatutnya orang-orang macam kami ini perlu dilayan sewajarnya dan bukannya dihemburkan dengan kata-kata yang tidak begitu enak didengar di hadapan khalayak ramai yang berada di situ.

Kalaupun tidak dapat membantu hendaklah disampaikan dengan cara yang berkhemah.

Adalah lebih baik di masa-masa akan datang jika pegawai berkenaan tidak dapat mengawalkan perasaan semasa berhadapan dengan orang awam, panggilah orang awam yang datang untuk mengadu hal atau masalah itu di dalam bilik yang tertutup sahaja.

Begitu juga apabila kami hendak ke dewan, tempat perjumpaan MB dengan rakyat yang selalu diadakan di mana tempat itu terletak di bawah sebelah tempat letak kereta bangunan Wisma Negeri Darul Ridzuan, kami tidak dibenarkan menggunakan lif di pejabat itu untuk ke sana kerana ia adalah khas untuk pegawai atasan dan juga staf tertentu sahaja.

Adalah tidak wajar sama sekali lif untuk kemudahan semua orang itu dikhaskan untuk orang tertentu sahaja sedangkan orang-orang awam ada yang uzur dan ada di antaranya terdiri daripada golongan warga emas. Mereka terpaksa berjalan kaki agak jauh untuk ke tempat perjumpaan dengan MB itu dan perkara seperti ini tak sepatutnya berlaku.

Aduan Rakyat:
SYED ABDULLAH SYED OSMAN

Warna-warni Politik
Torashah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Banduan mati dalam lokap | Johny Tim

Posted: 12 Mar 2013 02:45 AM PDT

IPOH: Seorang banduan yang dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan selepas didapati bersalah mencederakan seorang peniaga, Isnin minggu lalu, ditemui mati dalam lokap di Balai Polis Kampar, pagi kelmarin.

Lelaki berkenaan, M Ragu, 47, ditemui mati dalam keadaan terbaring di sel pada jam 8 pagi oleh seorang pengawal lokap yang sedang menggerakkan 11 suspek lain untuk bersarapan.

Si mati seorang pengganggur ditahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata di sebuah kedai di Malim Nawar.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, Pegawai Perubatan Hospital Kampar mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia ketika dipanggil ke lokap.

"Ketika kejadian, lelaki berkenaan tinggal berseorangan di dalam sel itu. Selain pegawai perubatan, Majistret Mahkamah turut hadir dan mengesahkan bahawa tiada unsur-unsur jenayah berlaku.
"Mayat dibawa ke Hospital Kampar dan seterusnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan oleh 'Pulmonary Embolism'(PE) selain mengesahkan tiada sebarang kesan kecederaan trauma pada tubuhnya.
"PE disebabkan arteri utama paru-paru tersumbat menyebabkan gejala kesukaran bernafas, sakit dada dan mengakibatkan tekanan darah rendah serta boleh berlaku kematian secara tiba-tiba.
"Sepatutnya, Ragu dibawa ke Penjara Tapah hari ini (semalam) selepas dijatuhkan hukuman Jumaat lalu dan dia mempunyai 18 rekod lampau bermula dari tahun 1985," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan ahli keluarga yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis, Paramasivam mengarahkan Ketua Polis Daerah, Superintendan Ng Kong Soon untuk lengkapkan siasatan secepat mungkin.
"Saya meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan yang sewajarnya akan dijalankan. Kita tidak pernah melindung apa-apa dan sekiranya ada pihak bertanggungjawab, tindakan akan diambil mengikut undang-undang," katanya.
— Sinar

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Kau Yang Satu: Diner Julera <b>di Kinta</b> Riverfront

Posted: 28 Nov 2012 05:32 AM PST

Tempat : Hotel Kinta Riverfront
Acara : Meraikan ahli yang bersara, bertukar keluar & berkursus




07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Sambut tahun baru <b>di</b> Lost world of <b>Tambun</b>, Ipoh - GaDThis Da <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2013 09:48 AM PST





 
entah macam mana si dia mengajak aku ke Tambun untuk mandi disana. Tambun bukan lah kali pertama aku jejaki. Aku pernah mengikuti rombongan sekolah utk menjaga budak2 asrama. Tapi sayang. Aku tak join mandi kerana tidak biasa dan segan. Kali ini aku mmg x lepas peluang bersama yang tersayang masuk ke Tambun untuk nikmati dan explore apa ada disana. Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam mengikut lebuhraya PLUS dan mengikut kelajuayang ditetapkan. Ini kali pertama En Z saya memandu jauh. Dan tempat yang saya nantikan ialah terowong selepas sungai perak. Satu satunya terowong yang perlu dilalui oleh pengguna lebuhraya jika menggunakan PLUS. Dengan ingat ingat lupa..aku menjadi menunjuk arah...cm garmin plak...hihihi...dan akhirnya sampai jugak kami di Tambun walau pun sesat skit je.. Bayaran untuk masuk RM45 untuk dewasa.. Dan En Z yang belanja. Hoorey..sewa pelampung RM25 dan sewa loker RM10 dan boleh guna berapa kerap dengan 6digit katalaluan.

ramai juga la walaupun cuti sekolah telah berakhir. masih ramai yang datang mengunjung di Tambun utk menghabiskan masa dgn family, kawan atau pasangan masing2. ada yang belajar berenang, ada yang merehatkan minda sambil melihat anak bermain air.


 













seharian bersama yang tersayang.. banyak benda nikmati bersama..dan di tempat ala2 pantai tu..aku tggu dia berenang..mmg xde gmbar or vedio yang sempat merakam..gaya berenang dia mmg mata aku xdapat pandang ke lain..tgk je en Z aku berenang..mmg bergaya cm perenang lah... anyway En Z..dh mengajar saya berenang pai telan ayaq..terima kasih lah sgt wat saya lemas 2 kali...huh!! awak suka dera saya kan? gelak eh tgk saya terkapai2..tapi dia mmg jaga aku dgn penuh perhatian  bila di tempat dalam.
dan sama-sama la kulit kita burn skit sbb mandi tgh panas..yeay....hahahaha

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


[BERGAMBAR] Edaran Limau Dapat Sambutan <b>...</b> - Kelab Greenboc

Posted: 10 Feb 2013 11:01 PM PST

Parit Buntar : Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Hussain dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah berkunjung menemui masyarakat Cina dalam program edaran limau kepada orang ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Program mengedar buah limau ini anjuran bersama PAS Kawasan Parit Buntar, Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar, Ahmad Azhar Shahrin berkata program pada tahun ini telah mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Cina di Parit Buntar.

"Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina menyebabkan pihak kami kehabisan limau sebelum menamatkan kunjungan ke seluruh Pekan Tanjung Piandang.

"Ini menandakan sambutan yang amat menggalakkan kerana mereka datang menemui rombongan kami sebelum kami sempat berjalan-berjalan," katanya

Ahmad Azhar berkata, edaran limau yang melibatkan juga Kuala Kurau, Kuala Bagan Tiang, Pekan Parit Buntar, Pekan Titi Serong dan Ban Seng Hin diadakan sepanjang minggu sebelum Tahun Baru .

"Sebanyak 1,200 kotak limau telah diagih-agihkan kepada orang ramai sempena sambutanTahun Baru Cina yang bertemakan ular hitam ini.

"Pihak kami terpaksa membuat tambahan limau kerana berbeza tahun tahun lalu, kali ini sambutan luar biasa, mereka teruja dengan kedatangan rombongan kami" katanya Menurutnya, selain edaran limau, turut diadakan majlis sumbangan kepada 200 orang warga emas dan penduduk miskin masyarakat Cina.

"Majlis sumbangan ini diadakan di empat kawasan komuniti orang Cina di Pekan Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau dan Kuala Bagan Tiang "AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Parit Buntar membantu mengenalpasti orang Cina yang layak menerima sumbangan Tahun Baru Cina berkenaan" katanya Katanya, program edaran limau ini turut melibatkan DHPP Parit Buntar, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Unit Amal dan Nisa' Parit Buntar.

Sementara itu, pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS parit buntar iaitu, Ong Choi Ee, Ricky Tang dan Teoh Bak Chua menjadi tonggak utama kejayaan program.

Ricky Tang selaku Pengerusi DHPP Pekan Parit Buntar menyatakan berpuas hati dengan sokongan yang ditunjukkan oleh orang ramai.

"Sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat dan Pas begitu ketara ditunjukkan di semua kawasan komuniti orang Cina.

"Perkataan "Meng Lien" (Pakatan Rakyat) dan "Koyok" (Pas) kedengaran menyambut kedatangan rombongan" katanya.