MCKK Kuala Kangsar

MCKK Kuala Kangsar -Ihsan mckk.edu.my

Tempat menarik di Kuala Kangsar ni sebenarnya banyak walaupun bandarnya kecil sahaja. Bukan saje bandarnya yang terdapat tempat menarik, kawasan kampung-kampungnya juga ada pelbagai tarikan yang tersendiri.

Kuala Kangsar ni mempunyai kesan-kesan peninggalan penjajah British yang menduduki negeri Perak sekitar abad ke 18 (1700-an) hinggalah Malaysia capai kemerdekaannya pada 1957.

Kebanyakannya dalam bentuk bangunan pentadbiran British, sekolah-sekolah, jambatan kenderaan bermotor , jambatan keretapi, pokok getah, jam besar dan lain-lain lagi.  Tapi kebanyakannya adalah untuk kepentingan penjajah British pada masa tu. Contohnya mengangkut hasil mahsul negeri ke luar dan dijual dan hasil duitnya digunakan untuk mengayakan negeri penjajah iaitu United Kingdom.

Walaupun begitu terdapat juga yang diilhamkan oleh Sultan sendiri iaitu Sultan Sir Idris Mersid ibni Sultan Aazam Shah iaitu Malay College atau nama Melayunya Maktab Melayu yang melahirkan genius cerdik pandai Melayu contohnya Dato Onn bin Jaafar, Tun Hussein Onn, Tengku Abdul Rahman, Yang DiPertuan Agung Sultan Mizan dan banyak lagi tokoh-tokoh terkemuka negara.

Ok, nanti kalau cerita panjang-panjang lak engkorang boring pulak yer jadi dibawah ni aku senaraikan tempat-tempat menarik yang terdapat di Kuala Kangsar:

1.Sawah padi di Kota Lama kanan

2.Perusahaan Labu Sayong di Sayong. Kat sini banyak kedai-kedai dan bengkel orang kampung yang mengusahakan pembuatan labu ni.

3.Rumah-rumah tradisional Melayu Perak di sepanjang jalan Kota Lama Kanan, Sayong dan di Kampung Jemuan

4.Jambatan Iskandar yang diperbuat daripada besi pada zaman British tahun 1887

5.Jambatan keretapi Victoria di Karai, Enggor

6.Jam besar Kuala kangsar

7.'Lembah' iaitu tempat di mana terdapat kedai dan gerai menjual laksa beras yang famous tu. Di sini juga anda boleh menikmati pemandangan tebing Sungai Perak dan terdapat jeti kecil dan jeti berbumbung untuk duduk santai-santai.

8.Masjid Ubudiah yang terkenal tu

9.Istana Kuning atau Istana Kenangan

10.Istana Kuala kangsar di mana Sultan Azlan Shah bersemayam. Ni anda boleh pusing keliling jalan yang mengelilingi istana, tapi tak boleh masuk ke perkarangan ya!

11.Muzium atau Galeri Sultan Azlan Shah ( dulunya sekolah Raja Perempuan Kalsom )  Yang ini pun bangunan bersejarah jugak.

12.Maktab Melayu Kuala Kangsar atau Malay College

jalan2cuti2 mckk -Kuala Kangsar

MCKK- Sumber Ihsan mckk.edu.my

13.Rotunda atau menara pemerhati di padang berhadapan Malay College

14.Pokok getah yang tertua di Malaysia di sebelah bangunan Pejabat Daerah Kuala Kangsar. Ditanam oleh orang Inggeris pada tahun sekitar 1800-an

15.Tasik Raban, jauh sikit dari Kuala Kangsar

16.Acara tahunan iaitu Jambori Vespa & Motor Klasik Antarabangsa, Kuala Kangsar Tempat: Arena, Kuala Kangsar – Lembah sekitar bulan April

17.JAMUAN RAKYAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN PERAK KE – 83.

 Pada : 23 April 2011 ,Masa: 4.00 petang hingga 7.00 petang,Lokasi : Arena Square Kuala Kangsar

18.Sukan Rakyat Kuala Kangsar