Rabu, 8 Jun 2011

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


shouts of mine!: **Bunyi Kompang**

Posted: 07 Jun 2011 09:28 PM PDT

Tahniah, tahniah kepada adikku yg berjaya menamatkan zaman bujang last weekend.
Hujung minggu ni di Langkap pulak.

Owh, sebelum aku tertinggal jemput anyone, kalau ada readers (kalau), please be invited to Faiz's wedding :

    • Tarikh : 11 Jun 2011 (12:00 - 2:30 pm)
    • Tempat : Dewan SJKC Wah Keow, Langkap (ok, aku malas lukis peta, sila google map)
Ada banyak gambar yg sepupu-sepapat pakcik makcik upload dalam facebook, aku je tak copy lagi. Nanti aku upload kat sini, ni kan office hour tak sempat nak mengupload.

Time nikah adalah amat sedih, at least to me. First time adik lelaki ku di akad kan. Apa yg aku sedih tahla, but aku sedih. I'm sure my SIL will take good care of him (apakah, aku pun bukannya jaga si Faiz nih), and she love him so much, tapi nak sedih jugak.

Maybe because, like it or not, marriage will bring a person to another stage of life. U won't be reversed to your previous stage.

Your priority change, your lifestyle unconciously changed, either for love or just for the sake of living your life.

Like it or not, my brother wudn't be able to always pick up my phone calls and listen to my crappy problems, he on the other hand will not call me to mengadu as before. Instead of only me and Atiqah missing during Hari Raya, Faiz will not be around to sometimes.

A bit selfish, I know.

But I'm happy for him, takkan lah nak pi simpan adik aku tu jgn bagi kawin2, tapi aku boleh pulak. And I'm sure she's the most suitable woman for him, and insya Allah for us. Hopefully, she'll be better than me sebagai in-law (aku dapat markah 50% je kot)

Tapi yang paling tak tahan adalah, Reen menambah bilangan manusia kurus dalam family aku. Stress ok bila kadar manusia overweight adalah rendah, chances is kalau aku turun 10KG pun, aku lah yg paling gemuk.

That my friends, is one of the reason aku hampir-hampir menitis air mata. Shesshhh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIA ITU: Buru nama samaran 'Aziz'

Posted: 08 Jun 2011 04:44 AM PDT

TELUK INTAN- Gara-gara membuat tiga panggilan palsu ke nombor 999, seorang lelaki yang dipercayai menggunakan pelbagai nama samaran diburu polis.

Lelaki berkenaan dikatakan membuat panggilan palsu ke 999 dengan melaporkan pelbagai kejadian termasuklah kes kemalangan, pergaduhan dan kematian.

Penolong Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Langkap, K Pravin berkata, pihaknya turut menjadi sasaran pemanggil 'misteri' itu.

Menurutnya, pihaknya sering menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menggunakan pelbagai nama samaran, namun menggunakan talian bimbit yang sama.

"Salah satu panggilan palsu berkenaan adalah kes pergaduhan berkumpulan yang melibatkan pemuda Melayu dan India di Pekan Langkap, laporan palsu kedua dibuat lelaki sama melalui nombor sama mengatakan sebatang pokok besar menghempap sebuah kereta di kawasan Kampung Atta Duri.

"Kelmarin, satu lagi panggilan palsu di buat lelaki itu melalui nombor telefon bimbit sama ke talian 999 mengatakan terdapat mayat bayi di temui dalam parit di tepi jalan berhampiran Kampung Attaduri, bagaimanapun apabila bomba, polis dan ambulans tiba di tempat kejadian, tiada apa yang berlaku," katanya.

Beliau ditemui Sinar Harian selepas membuat satu laporan polis berhubung 'gangguan' lelaki berkenaan di Balai Polis Langkap, semalam.

Difahamkan, lelaki yang pernah menggunakan nama samaran sebagai 'Aziz' itu dikesan sering melakukan panggilan palsu berdasarkan rekod panggilan yang disemak di pusat panggilan Klinik Kesihatan Langkap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Muhamad Zaki Harun ketika di hubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Menurut beliau, adalah menjadi satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan bagi sesiapa yang membuat panggilan palsu.

Katanya, polis memandang serius kes berkenaan kerana ia menyusahkan semua pihak yang terlibat, tindakan pemanggil berkenaan dianggap tidak bertanggungjawab.

"Kita sudah melancarkan gerakan memburu suspek berkenaan, saya juga ingin menasihatkan orang ramai supaya jangan sesekali melakukan perkara sama kerana membuang masa pihak berkuasa dan ianya menjadi satu kesalahan bagi sesiapa melakukan secara sengaja," katanya.

Sinar Harian
8 Jun 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan