Rabu, 8 Jun 2011

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


shena: Terik di Ipoh , Kabus <b>di Behrang</b> & Kena tag ?

Posted: 11 Feb 2011 04:52 AM PST

Assalamualaikum

Phewww , berpeluh-peluh duduk kat dalam bilik. Ingatkan kat Ipoh dah reda & surut musim panasnya. Ni la manusia. Panas salah , sejuk pun salah. Tak pernah nak bersyukur. Ada je yang nak dicomplaintnye. Tapi memang betul la wohh. Pagi tadi kat behrang berkabus-kabus tebal bagai haa. Rasa macam study kat oversea je. Cakap pun bekepul-kepul asap keluar. Amboi , melampau ! Tengahari pun sejuk lagi. Bila sampai kat Ipoh , tu diaaaa panas nyewwwww ! Yela , maunye tak berkabus kat behrang , keliling hutan kot. Nyaman wohhh. Otak jadi fresh je dok kat sana. Study pun masuk je. Haha ! Okay part yang study masuk tu tipu je. Saja nak hiperbola sikit. Eh , bukan. Saja nak sedapkan hati yang Behrang tu best. Hipokrit gila kau shena. Korang tak caya eh kat sana kabus. Meh sini , aku tunjuk sikittt.

See see , kabus tebal kan. Kan dah cakap tadi. Okay tadi pergi Unit Exam amek transkrip untuk result semester 5. Selesai 1 tugas. Fuhhh. Leganyewwww. Haha ! Sekarang budak rumah aku tengah demam si Anwar Hadi. Tak kenal Anwar Hadi ? Tak tau apa yang Anwar Hadi ni dah buat ? Sila cari di youtube nama beliau. Aku respect dia sebab dia punya point mengarut bernas ! And English dia superb ! Keep it up bro. Mana tahu boleh buat program tv sendiri nanti

Harini aku kena tag dengan si derk kitot. Dah pesan siap-siap siapa tak jawab tag dia dia terasa. cehhh , yola. Aku jawab ye derk.

TAG DARI DERK KITOT;

1) Apa benda yang penting dalam hidup korang?
- Duit ( takde benda ni mati aku. semua guna duit sekarang)
- Lappy
- Facebook ( haha ! jangan nak hipokrit kalau korang ckp benda ni tak penting)
- Shawl (kalau tak pakai shawl rasa lain )

2) Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
- Air Revive berharga RM 2 dekat Tanjung Malim tadi.

3) Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
- Tak pernah terfikir lagi

4) Adakah korang sedang bercinta sekarang?
- No komen , nanti ada orang cakap aku syok sendiri & nak happykan hati sendiri. what the fuck la kan?

5) Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
- Apa pasal cinta je ni ? Haiyoooo

6) Novel / buku / majalah terakhir yang dibeli?
- Novel apatah. Tak ingat.

7) Namakan orang yang betul-betul korang nak dalam hidup korang?
- Zamnah binti Jauhari. Dia sangat special !

8) Adakah korang basuh baju korang sendiri?
- Kat rumah sewa basuh sendiri & kadang Kedai Dobi Ikhwan yang basuhkan. miahaha

9) Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
- Bali please. Derk, tunaikan wishlist aku ehh

10) 5 lagu yang paling suka dan selalu dengar?
- Soko , take my heart
- Yiruma , kiss the rain
- Ne-yo , one in a million
- Dua mata , menikahlah denganku
- Zhifilia , aisheteru

11) 5 blogger yang korang nak tag ?
- syamira dayana
- adilah syazwani
- siti amnah
- ct syawalhana
- siapa-siapa sahaja !

Oh ye , sebelum mengakhiri tuan punya blog nak tayang muka jap. Lama tak tayang muka kan. Jangan risau I maintain cute je. Miahahahaha. Perasan kau !

Inner shawl baru hokeyyyy , haha nak jugak cakap kan. Okay , that's all for today. bye-bye

p/s ; Entri tiada motif -,-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Menembak <b>di</b> Slim River - all about my life...

Posted: 29 May 2011 10:03 AM PDT

Welcome Aboard

Kalau nk komen, sila click pada kotak ijau sebelah tajuk entry yang berkenaan. uuh.. mana nk carik template lain ni.. susah beno nk dapat yang cantik menawan kalbu

Oh ye. Mintak maaf awal2 kepada mereka yang tidak sependapat berkaitan posting2 emosi... Itu pendapat saya sendiri. Lain org lain cara pk..


Menembak di Slim River

Ahad, 29 May 2011.
Walaupun tdo kol 3 lebih, tp saya tetap kene bangun awal pada hari minggu... huh.. Hari sabtu pon bgn awal sbb dikejutkan utk bersarapan bersama keluarga.. hari ahad pon kene bangun awal utk bersarapan dan terus bersiap utk mengikut ride bersama bikers bang ipen, pakmalau, agus dan rakan2 lain.
Program kali ni adalah pi rombongan org kawen di Behrang (pengantin lelaki berarak naik motor tuuuu).. dan seterusnye melepak di Sungai Bil (ada sungai, tp tak bawak baju spare, so takde la nk mandi pon.. makan eksrem tepi sungai jer) dan acara kemuncak adalah program menembak bersama Pengarah Rela Negeri Perak di Slim River.

Pakcik ni mengerangkan tentang pengiraan markah. Papan musuh tu diletakkan pada jarak 100m dari penembak. Menembak dalam keadaan meniarap atas tanah, kaki di kangkangkan sedikit dan dibengkokkan salah satunya, selaras M16 diacukan pada target dan BENG! BENG!


Tak tere pon.. rasanya jo lagi tere aiming kot.. 1st batch peluru (10 biji), yang kene pada sasaran cuma 5 biji je.. 2nd try dapat la 6 biji. haha.. jo skali je.. dapat 7.. demm.. hahaha. Pastu masa pertandingan tembak piring, hampeh, daripada 6 biji peluru, seketul pon tak kene. Demmm skali lagi sbb jo dapat jatuhkan 1 piring! Apesal mesti lebih satu dari mas! Ni msti sebab ko selalu main game arcade Time Crisis tu kan!! haha..


Bergamba dgn adikku yg comel :-)
Oklaaa itu jer cerita pasal ride dan gambar2 menembak semalam. Yang pastinya, terubat rindu pada kakak2 dan abg2 bikers2 yg kerek. haha. Saya mmg rindu gile pada mereka.. pehh.. Macam setahun tak jumpe. Padahal baru 2 bulan kot! huhu..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

INDAH RASA J.MALIM: Kembara Pekan Terpencil 3 : Pekan <b>Behrang</b> Stesen

Posted: 03 Feb 2011 12:21 AM PST

Saya meninggalkan Tanjong Malim ketika hari sudah lewat petang namun masih cerah. Dalam perjalanan pulang ke Bidor ini saya akan singgah ke sebuah lagi pekan klasik dalam negeri Perak iaitu pekan Behrang Stesen. Pekan Behrang stesen terletak di pinggir jalan persekutuan dari Slim River menghala ke Tanjong Malim. Pekan ini juga merupakan pekan yang terletak tida jauh dari sempadan antara negeri Perak ( daerah Batang Padang ) dan negeri Selangor ( Daerah Hulu Selangor ).

Bagi pengguna yang sering melalui jalan Tanjong Malim ke Sungai Besar sudah pasti sentiasa akan melalui pekan ini. Namun bagi pengguna Projek Lebuh Raya Utara Selatan ( PLUS ) dan jalan persekutuan, kewujudan pekan ini mungkin menjadi tanda tanya kerana kedudukannya yang memerlukan kita masuk ke persimpangan sebelum menemui pekan ini. Behrang Stesen sebenarnya bukanlah sebuah pekan yang terpencil. Namun kedudukannya berhampiran dengan Tanjong Malim dan Slim River menyebabkan peranannya menjadi agak kurang penting.

Saya meyakini bahawa Behrang Stesen mungkin menjadi satu-satunya pekan dengan bangunan kayu yang masih utuh di Malaysia. Deretan rumah kedainya adalah diperbuat dari kayu. Suasanya begitu klasik malahan semasa berada di pekan ini terasa ia membawa saya ke zaman awal-awal tahun 1970an. Namun suasana pekan ini tetap hidup dengan aktiviti seharian penduduknya. 

Deretan rumah kedai yang diperbuat dari papan masih teguh

di Behrang Stesen

Sebahagian dari panorama Behrang Stesen

Suasana petang di Behrang Stesen

Klasik

Saya menghabiskan masa hampir setengah jam di Behrang Stesen memerhatikan denyut nadi kehidupan di sini. Emak saya, Hasnah Bt Narih lahir di Kampung Mesjid dalam daerah Hulu Selangor berdekatan dengan pekan ini. Malahan masih ada lagi kaum kerabat datuk sebelah emak yang masih lagi mendiami kawasan ini. Cuma saya sahaja yang tidak tahu bersoreh dengan mereka....mungkin atas faktor jarak masa yang memisahkan kami. Saya mendapati kemudahan asas di pekan ini adalah lengkap. Sebuah balai polis, pejabat pos, pasar awam dan stesen keretapi yang moden terdapat di sini. Cuma yang saya tidak nampak ialah stesen pam minyak.

 Pejabat Pos Behrang Stesen

Pekan Behrang stesen walaupun kelihatan tua, namun masih berdenyut dengan aktiviti perniagaan. Lensa kamera saya sempat merakamkan saudagar senja yang masih teguh mencari rezeki di pekan ini. Saya terlihat seorang tua berjaja sate di pekan ini. Namun dari pemerhatian saya,perniagaannya mendapat sambutan. Disamping itu seorang tukang jahit tua, masih terus menjalankan perniaaannya dalam sebuah kedai yang usang dan kusam. Ia menjadi bukti pekan Behrang Stesen sudah mula menjumpai zaman tuanya. Dengan kewujudan bandar Behrang 2020 tidak jauh dari pekan ini tidak mustahil pekan ini akan ditinggalkan menjadi seperti pekan Trolak yang semakin sepi dan terus sepi.

Penjual sate usia emas

Tukang jahit tua teguh dimamah masa

Saya bergerak pulang meninggalkan pekan Behrang Stesen dikala waktu sudah menunjukkan jam 7 malam. Hajat di hati ingin berlama-lama di sini menikmati suasana malamnya namun bila difikir tentang faktor cuaca dan jarak saya memutuskan untuk bergerak pulang. Behrang Stesen... pekan yang penuh gaya klasik. Perjalanan ke sini membuatkan saya merasa sayang dengan khazanah pekan-pekan terpencil yang terdapat di negeri Perak. Gaya klasik dan kehidupan yang bergerak perlahan membuatkan saya jatuh cinta dan membenci kehidupan sibuk di bandar.

Untuk siri perjalanan ke pekan-pekan kecil akan datang pula saya bergerak ke arah utara daerah Batang Padang. Tiga pekan yang menjadi sasaran saya ialah pekan Temoh, pekan Temoh Stesen dan Pekan Banir. Ia akan diceritakan dalam koleksi perjalanan akan datang...  Sejarah mengajar kita menjadi dewasa ... dewasa pula membuatkan kita menjadi matang .... salam

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan