Ahad, 9 Oktober 2011

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


: RUMAH SETINGKAT INDIVIDU <b>DI LEKIR</b> SETIAWAN PERAK

Posted: 07 Jun 2011 09:55 PM PDT

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


MAZHA 2010: Ala "Nilai 3" <b>di Seri Iskandar</b>, Perak

Posted: 02 Oct 2011 11:11 PM PDT

Bandar Seri Iskandar yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Ipoh, bakal menjadi pusat membeli belah ala "Nilai 3" di Negeri Sembilan apabila pembangunan sebuah pusat jualan borong bernilai kira-kira RM200 juta dibangunkan di situ.

Projek berkenaan akan dimajukan secara usahasama antara Syarikat Setia Awan Holdings dan Persatuan Peniaga Nilai 3 di tapak seluas kira-kira 19.2hektar.

Pengarah Syarikat Setia Awan Holdings, Marcus Doh berkata kompleks itu akan melibatkan pembinaan 222 unit kedai yang merupakan sebahagian daripada projek Seri Iskandar Business Centre.

"Pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2012 dan bakal meletakkan Perak sebagai pusat jualan borong bagi Zon Utara selain menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Daerah Perak Tengah.

"Kami menjangkakan dapat menarik kira-kira tiga juta pelancong tempatan ke pusat ini termasuk dari negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Kedah," katanya selepas menandatangi perjanjian persefahaman antara syarikatnya dan Persatuan Peniaga Nilai 3 di Ipoh, baru-baru ini.

Persatuan berkenaan diwakili pengerusinya Dr Tee Boon Thiam dan majlis berkenaan disaksikan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir. Marcus berkata keputusan memilih Seri Iskandar dibuat kerana kedudukan yang strategik dan berdasarkan pertumbuhan pembangunan ekonomi sekitar dan juga seluruh negeri yang baik dan dijangka berkembang pesat.

Sementara itu, Dato' Seri Dr Zambry berkata projek yang membabitkan kerjasama sektor swasta itu bakal memberi nilai dan tarikan baru kepada Daerah Perak Tengah, khususnya Seri Iskandar.

"Projek ini dibangunkan sepenuhnya oleh sektor swasta dan kita di pihak kerajaan amat mengalu-alukan penyertaan mana-mana syarikat yang boleh memberi nilai tambah kepada kawasan sedia ada," katanya.

Seri Iskandar juga terkenal sebagai sebuah bandar universiti kerana menempatkan Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi MARA.

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


SK <b>Hutan Melintang</b>, 36400 <b>Hutan Melintang</b>, Perak: SAMBUTAN <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2011 06:51 PM PDT




Sambutan Hari Raya & Pentutup Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 23 September 2011,bertempat di Dewan SKHM.Majlis diserikan dengan beberapa persembahan murid bertemakan hari raya dan patriotik.Tahniah kepada jawatankuasa program yang berjaya menguruskan aturcara dengan baik dan lancar.(lagi gambar program di facebook Skhm Gemilang )

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Aidilfitri 2011 <b>Di</b> Pulau <b>Pangkor</b>, Perak Part 2 - Dunia Kami

Posted: 27 Sep 2011 06:41 AM PDT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua… :)

Alahaiii lamanya tak update blog nie haaa.. Saya & Cik Abang busy iyer juga. Dan Blog kami kena hacked lagi pun iyer juga.. Uuhuhuu.. Nasib2.. Alhamdulillah sekarang blog kami telah pulih seperti sediakala..

Okay lah kita sambung lagi cerita pasal beraya di Pulau Pangkor tu.. Eeheheee.. Raya ke-4,selepas kami semua selesai sarapan, aktiviti kami adalah Island Hoping & Snorkling.. Sangat2 teruja ok bila dengar aktiviti nie.. Eeheheee.. Memandangkan ramai di antara kami yang tidak pandai berenang,kami pun di letak kan di satu pulau untuk mandi manda dan yang mahu snorkling akan di bawa ke tempat snorkling. Memang seronoklah dapat mandi laut.. Aahahaaa.. Dekat pukul 12pm juga lah baru kami pulang ke darat. ;)

Emmm…lepas solat zuhur hinggalah ke malam tiada aktiviti tetapi esok nya sebelom balik,aktivitinya adalah pergi kilang satay ikan,Galeri Pangkor,Kota Belanda & Pekan Pangkor. Memandang abah saya mahu pulang ke JB awal,so terpaksalah kami pergi keliling Pulau Pangkor nie arinie juga. Eehehhee.. Dalam pukul 3ptg cmtu abah telah menyewa van utk membawa kami pusing2 sekitar Pangkor nie dan dapatlah kami beli ikan bilis,ikan kering,satay ikan dan di Pekan Pangkor dapatlah beli t-shirt dan sedikit cenderahati untuk kenang-kenangan. ;) .. Selesai pusing2 Pulau Pangkor tu dan dah dekat sekitar resort yang kami tinggal tu,kami pun pergi ke gerai berdekatan untuk mengisi perut dan membasahkan tekak.. Eehehheee




Malamnya pula selepas makan malam,apa lagi kami semua round2 sekitar pantai. Al-maklumlah esoknya nak balik dah kan.. Eeheheee.. Sempatlah kami posing2.. ;) .. Dekat pukul 11 jugalah kami round2 pantai tu… Dah sampai resort,ada yang sambung borak2 lagi tu.. Eehehehee.. Ada juga yang terus masuk bilik dan tidur… Aahhahhaaa


Dunia Kami
Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Raya ke-5 pula..Raya terakhir kami di Pangkor. Sedihlah pula nak tinggalkan Pangkor nie… Tapi insyaALLAH ada masa & terniat nak pergi lagi,insyaALLAH akan sampai lagi…mungkin berdua dengan Cik abang jer kot. ;) Iyerlah Cik Abang tak pernah sampai Pulau Pangkor nie lagi… Eeheheheee.. Selesai sarapan,owner resort tolong telefonkan van untuk kami ke Jeti. Sebahagiannya balik pagi dan sebahagian lagi balik petang.


Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Dunia Kami

Sampai di sini jer lah dulu untuk edisi raya 2011 di Pulau Pangkor.. ;) Trip raya akan datang tak tahu pula ke mana hala tujunya.. Eehehee.. Moga2 ada lagi lah trip seperti ini. :D

DuniaKami.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang masalah, kehilangan atau kerugian didalam penggunaan segala informasi dari DuniaKami.com. Segala informasi di dalam DuniaKami.com adalah bersifat peribadi kecuali dinyatakan sumber asal informasi tersebut. Jika anda perlukan tips cari jodoh serta bagaimana nak kaya cepat, jumpalah pakar yang sesuai. Jika demam, pergi klinik. :)

Cik Akak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related posts:

  1. Aidilfitri 2011 Di Pulau Pangkor, Perak
  2. Feri Pulau Pinang
  3. Hari Raya Aidilfitri 2010
  4. Hari Raya Aidilfitri 2010 di Cameron Highlands
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin