Jumaat, 28 Disember 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


MENJADI DIRI KITA SENDIRI: BERCUTI <b>DI</b> Pulau <b>Pangkor</b> (Hari 2)

Posted: 24 Dec 2012 10:33 PM PST


18 Dis 2012 (Selasa)   
Bergerak ke Seri Manjung .  Shopping di Pasaraya  Billion. Pakaian di sini memang murah.  Naik tingkat atas. Pasaraya AEON juga baru dibuka. Tapi kami tak pergi. Billion jalan ke arah Lumut. 
1.30 sampai di Lumut.  Di Pekan Lumut, parking kereta agak sukar.  Parking berkupon. Saman dan kunci tayar  mungkin dikenakan jika tiada kupon. Terbaik parkir di parking bertingkat.   Bayaran 40 sen satu jam. Jam pertama  free.  
Selepas makan tengahari (kat Gerai Intan Berlian. Agak mahal. Lauk biasa sahaja ),  seret  beg ke jeti. Kita akan melalui laluan pejalan kaki berbumbung dari bangunan parking. Lebih kurang macam airport. Di jeti ada ATM Maybank.   Beli tiket feri dahulu. Ada 3 kaunter.  3 syarikat berlainan.  Jangan bimbang.  Boleh beli mana-mana tiket dan naik mana-mana feri.  3 syarikat ini dah bekerjasama. Tiada rebut-rebut penumpang.   Kami naik  feri Pan Silver. Tiket dewasa RM10.00, kanak-kanak RM5.00. Tiket untuk bayaran pergi balik.  Lebih baik simpan tiket tersebut.  Feri datang setiap setengah jam.  Adalah lebih baik terus naik jika feri sudah sampai. Supaya dapat tempat duduk. Kecuali ingin duduk di bahagian atas (deck) untuk menikmati  angin dan melihat pemandangan dengan lebih jelas. 
Feri gerak pukul 2.40pm. Sampai di Jeti Pangkor 3.20pm.  sampai di jeti Pangkor, ramai anak muda  (Cina dan India)  bertanya samada kita nak sewa kereta atau tidak.  Macam di Langkawi. Bayarannya RM80.00 sehari. Jika 2 hari RM150.00.  Kami sewa Proton Wira Auto.  Di pulau ini van menjadi teksi. Warna pink. Jika naik teksi dari jeti ke Resort , kena cas RM20.00.  
Kami terus gerak ke Pangkor BayView Resort. Lokasinya 5km dari jeti. Sampai di Teluk Nipah, tiada papan tanda BayView. Rupanya kena masuk ikut  simpang Horizon Inn. Tak sampai 100m ke dalam. Parking kereta agak sukar. Parking di sebelah jalan sahaja.  Bay View  ada kolam. Sesuai bagi kanak-kanak. Bilik family jika hari biasa RM180.00 semalam. Kami sudah booking  melalui online.  Deposit RM200. Jika transfer melalui ATM Maybank, simpan resit. Nanti pihak resort minta sebagai bukti. 
Pukul 5.30pm kami  keluar ke Pekan Pangkor. Isi minyak RM20.00 (RM10.00 agak memadai).  Ah Tong, pemilik kereta kata RM15 isi minyak sudah cukup. Ada bro  'beach boy' kata jika kita isi minyak lebih, nanti si pemilik kereta ini akan sedut minyak lebih tersebut jika kita tak habis pakai. Jadi  minyak kereta akan pada  paras 'E' bila penyewa berikut ambil alih .  Tak tahulah. Apa pentingnya sedut minyak?
Shopping di Pekan Pangkor. Kedai buka sampai malam. Kedai t shirt, cenderamata, hasil laut. Mayban, AMBank dan Agro Bank ada di sini. T shirt di Kedai Norizan (kedai mula-mula) agak murah. Boleh ditawar sehingga 25%. 
Sebelum balik bilik, kami singgah di tepi jalan dekat Pasir Bogak.  Pekena Siakap bakar cicah air asam, paprik sotong dan air buah. RM54 melayang.  Sebelum masuk bilik, jalan-jalan lagi di pinggir Teluk Nipah. Ramai orang masih melilau. Rupa-rupanya di sini paling meriah pada waktu malam. Ada seorang mak cik kata, dia menginap di Sea View dekat Pasir Bogak, tiada tempat makan. Dia datang makan di Teluk Nipah.  Gerai makan banyak pilihan. Resort juga lebih banyak  dan kedai cenderamata juga banyak. Jika siang, aktiviti laut paling banyak juga di Teluk Nipah.   Malam tersebut agak bising dengan karaoke  suatu keluarga di  Bay View
Bay  View menyediakan sewa motosikal.  RM35 sekali sewa sampai balik.  Sewa moto dan basikal banyak di Pasir Bogak. Sewa basikal RM 3 untuk 2 jam.RM5 jika  24 jam.  Semua basikal jenis MTB.  Mesti  tahu main gear.

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Selamanya...Cinta: Pemeriksaan mata <b>di</b> Hosp.<b>Teluk Intan</b>

Posted: 09 Dec 2012 08:49 PM PST

Assalamualaikum,

Sejak lahir, Muhammad mengalami masalah saluran air mata tersekat..klik SINI untuk info lanjut..masalah ni menyebabkan mata Muhammad sentiasa berair..masa mula2 check dengan doc, aku diberitahu kemungkinan masalah ni berlarutan sampai umuq 6 bulan hingga setahun..kuasa Allah, bila umuq Muhammad genap setahun, masalah tu hilang terus..Alhamdulillah sepanjang tempoh mata berair tu, Muhammad tak mengalami masalah lain kat mata..setiap kali aku bawak Muhammad check up di Klinik Tg Malim, doc akan check sekali mata Muhammad untuk pastikan keadaan mata dia baik..maksudnya tiada jangkitan kuman dsb..

Lepas masalah mata berair tu hilang, mata Muhammad ada spot2 hitam di kawasan mata putih pulak..aku terus refer masalah tu kat doc yang selalu check Muhammad..doc tu cakap dengan aku dia kena refer kes Muhammad dekat doc pakar mata di Hosp.Teluk Intan..doc pakar mata yang akan periksa sepenuhnya masalah spot2 hitam tu..pada 21/11/12 hari tu, temujanji Muhammad dengan doc pakar mata kat Hosp.Teluk Intan untuk periksa tahap penglihatan kedua-dua mata dia..Alhamdulillah Muhammad takda gangguan masalah penglihatan dan keadaan baik2 saja..walaubagaimanapun, doc nasihatkan aku sentiasa monitor dirumah cara Muhammad melihat melalui:-

1) Jarak jauh atau dekat masa Muhammad tengok TV
2) Boleh nampak dan kutip benda2 kecik depan mata
3) Kedua-dua mata Muhammad pandang kita atau tak bila panggil dia?
4) Masa melihat, Muhammad merenung atau pandang biasa saja?
5) Perhatikan pergerakan mata Muhammad statik atau ikut bergerak bila kita tunjukkan flash card atas, bawah, kiri, kanan


Setakat pemantauan aku sampai la ni, penglihatan Muhammad elok saja..Alhamdulillah..aku mohon padaMu Allah bagi lah mata anakku sentiasa elok, jauhkan lah perkara2 tidak baik menimpa anakku..Amin..

Terima kasih.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Perak mulakan saingan 2013 <b>di Lumut</b>

Posted: 27 Dec 2012 11:16 PM PST

Stadium LumutLima perlawanan yang bakal dilalui oleh Perak di gelanggang sendiri dalam pusingan pertama akan dilangsungkan Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut mulai 8 Januari akan datang.

Perak akan membuka tirai saingannya berdepan T-Team di Stadium TLDM pada pukul 4.45 petang.

Perak terpaksa bermain pada waktu siang kerana kecerahan lampu di Stadium Perak, Ipoh adalah 800 lux sahaja.

Selain berdepan T-Team, Perak juga akan bermain dengan Felda United (15 Januari), Selangor (22 Januari), Pahang (19 Februari) dan ATM (9 Mac) di Lumut.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya membenarkan stadium yang mempunyai kecerahan lampu melepasi 1000 lux untuk beraksi pada waktu malam.

Hanya empat stadium sahaja yang melepasi 1000 lux iaitu Stadium Shah Alam; Stadium Negeri Sarawak di Kuching; Stadium Darul Makmur, Kuantan; dan Stadium Jalan Besar, Singapura.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Zainol Fadzi Paharudin menjangkakan Perak akan beraksi semula di Stadium Perak pada waktu malam dalam pusingan kedua nanti.

Perak memulakan aksi pusingan kedua di tempat sendiri berdepan Selangor PKNS FC pada 14 April akan datang.

Zainol memberitahu bahawa Pafa sudah berbincang dengan Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi meningkatkan kecerahan lampu di Stadium Perak.

"Kerajaan Negeri Perak dan MBI bersetuju meningkatkan kecerahan lampu stadium Perak daripada 800 lux kepada 1,400 lux," jelas Presiden Pafa itu.

Oleh itu, katanya, Stadium Perak akan ditutup selama tiga bulan bagi kerja-kerja meningkatkan kecerahan lampunya.

Walaupun bermain di Lumut pada waktu petang, Perak tetap mahukan sokongan padu daripada para penyokong Kejor Yeop Kejor.

Zainol meminta semua para penyokong dapat memberi sokongan kepada skuad Seladang bagi memburu kemenangan.

Selain beraksi di gelanggang sendiri Perak juga akan bertandang ke tempat lawan untuk berdepan Darul Takzim FC (12 Januari), Negeri Sembilan (19 Januari), Terengganu (16 Februari), Lion XII FC (23 Februari), Kelantan (2 Mac) dan Selangor PKNS FC (30 Mac)

Artikel asal di PerakNews.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


MPP Online: HOT!! Awie mengaku buka Pub <b>di Ipoh</b>..

Posted: 08 Dec 2012 11:41 AM PST

Sebelum ni nama Awie kembali jadi bualan kerana ada dakwaan dia bukak satu Pub di Ipoh yang dikatakan menghidangkan arak kepada pengunjung..

Ramai yang tunggu penjelasan dari Awie pasal isu ni sebab ramai yang nak tahu betul ke dakwaan tersebut..

Hari ni dalam satu temuramah dengan Kosmo.., Awie mengaku bahawa beliau memang membuka sebuah Pub dan ia telah 3 bulan beroperasi di Ipoh..

Pasal dakwaan hidang arak tu.., tak pulak Awie jelaskan.. Cuma penyanyi Rock tersohor tu menafikan tentang penjualan dadah, senjata api, pelacuran serta gangster..

Gua cuba bersangka baik disini ye.. Mungkin betul Awie difitnah dan mungkin juga sebaliknya.. Bagi gua, selagi gua tak nampak bukti depan mata, kira tak sahih lagi la semua dakwaan tu..

Apapun.., korang baca temuramah antara Awie dan Kosmo dibawah ni.. Semoga Otai Rock ni terus sukses dalam bidang hiburan.. Hidup Awie!!!

------------------------------------

Selain kerana vokal kental dan tubuh maskulinnya yang menghambat pandangan, vokalis Wings dengan nama komersial Awie ini sering dikaitkan dengan cerita gaduh.

Mungkin kerana sosoknya yang sebegitu, wajahnya yang kadangkala tampak garang, maka Awie terusan dilontarkan dengan persepsi kaki gaduh atau gangster. Hilang seketika perwatakan yang disenangi, lucu berlawak dan mesra dengan peminat dan semua pihak tatkala cerita kelahinya sampai di pendengaran umum.

Baru-baru ini timbul lagi cerita kononnya Awie bergaduh dan bertumbuk lagi di Pulau Langkawi, Kedah. Berita ini bukan kali pertama kerana cerita yang sama sudah sampai di pengetahuan umum pada bulan November tahun lalu.

Awie dengan tegas menafikan berita ini. Di samping isteri tercintanya Rozana yang menemani ketika temuramah, sang isteri juga menyatakan dia tahu selok-belok dan jadual Awie. Tampak kesal dengan berita angin ini, Awie menjelaskan suasana yang berlaku dalam dirinya kini.

Baru-baru ini dapat berita yang Awie bergaduh lagi di Langkawi. Sejauh mana kebenaran cerita ini?

AWIE: Saya sekarang ni tak keluar kecuali mengadakan persembahan di Kelantan dan Ipoh. Pulau Langkawi sudah lama saya tidak jejak kerana tiada kesempatan. Malah anggota Wings yang lain ada mengajak saya ke sana tetapi saya tolak kerana sibuk.

Tapi bagaimana cerita sebegini boleh tersebar?

Saya kurang pasti kenapa orang masih nak kaitkan saya dengan cerita ini. Baru-baru ini di Ipoh, orang kata saya jual dadah, senjata api dan terlibat dengan pelacuran serta gangster.

Bagaimana cerita tersebut juga timbul?

Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah.

Jadi apa tindakan Awie?

Saya buat tidak tahu. Malah ada orang kata saya kini dalam pemerhatian. Pada saya, ini rezeki dan kerja saya. Hak manusialah mahu bercakap dan saya tidak boleh hentikan. Saya bersyukur orang masih mengingati saya dengan cara baik dan buruk. Maksudnya saya masih hero.

Walaupun banyak difitnah dan ditipu, nampaknya rezeki Awie sekarang makin murah dengan pengacaraan program Tunggu Sekejap dan juri untuk Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012).

Syukur tetapi mesti ada orang cakap saya tamak. Kenapa saya jadi pengacara? Kerana saya mahu membuat eksplorasi dalam bidang lain. Isteri saya juga memberi dorongan buat saya. Untuk jadi pengacara, kita perlu ada ilmu.

Bagaimana pula dengan pengalaman mengacarakan MLM 2012?

Dahulu, Boboi ajak saya sertai mereka tapi saya tolak sebab sibuk dengan penggambaran. Saya juga ditawarkan jadi juri tapi saya tolak kerana pementasan Teater Lat The Musical. Kini tawaran datang lagi dan saya terima. Jujurnya. saya tidak suka untuk komen sebab takut orang terasa. Jadi saya bagi komen yang selamat dan dapat membina semangat.

Daripada kacamata Awie, bagaimana mutu MLM 2012?

Secara peribadi, mutu agak kurang. Asyik-asyik nama tiga kumpulan yang sama berada di tangga atas. Tapi mungkin kerana awal lagi.

Bagaimana pula dengan lakonan?

Saya akan mula dengan penggambaran Zombie Kilang Biskut. Ada beberapa filem saya yang belum ditayangkan seperti Husin, Moon dan Jin Toncit, Frankenstein, Bikers Kental dan Rentaz. InsyaAllah, bulan Februari nanti saya akan membuat penggambaran filem Gangster Superstar arahan Khabir Bhatia. - Kosmo

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Kerdipanrohani: Kait Rambutan <b>di Slim River</b>

Posted: 24 Dec 2012 11:30 AM PST

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

Nampaknya sekarang musim buah menjadi sungguh di tempat kita nikan. Di mana-mana saja kita nampak orang menjual durian, rambutan, manggis, langsat dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
Hari Selasa lepas saya ke rumah adik di Kampong Seri Kledang di Slim River. Dah lama dia dok telefon suruh saya datang ke rumahnya sebab katanya durian sedang luruh dan rambutan sedang masak.

Tapi saya ni susah sikit nak berjalan jauh sekarang ni sebab teman hidup saya ni kurang sihat sikit nak memandu jauh. Tapi hari Selasa tu, barulah kami dapat ke sana. Lama jugak saya tidak ke sana. Selain kerana buah-buahan, datang ni pun lebih kepada nak jumpa adik saya suami isteri dan anak-anaknya.

Apa nak buat, kebetulan durian dah tak ada sangat. Dan rambutan pun dah tinggal yang tinggi-tinggi. Anak saudara saya Hakim yang berusia 14 tahun tulah dok mengaitnya. Nak panjat kerengga banyak, akhirnya dapat lebih kurang sebaldi ni. Cukuplah Kim.

Alhamdulillah dapat rasa buah ramburan segar dari pokok.



Akhirnya dah kenyang makan rambutan di bawah pokok, saya kumpul-kumpul baki rambutan yang dikait oleh Hakim, ini rambutan yang dibawa balik ke Shah Alam. Satu baldi besar jugalah.
Sekarang ni saya tak berapa boleh makan durian atau rambutan atau apa saya buah-buahan seperti langsat, duku dan yang sewaktu dengannya kerana bila saya makan buah-buah tu di siang hari, dimalam hari saya akan diserang krem kaki yang teruk dan sangat sakit rasanya bergilir-gilir dari kaki kiri ke kaki kanan dan begitulah sebaliknya sehingga menjelang subuh. Jadi sekarang ni kalau saya makan pun saya makan sekadarnya saja tak ikut selera lagi.

Jadi dengan tak ramai orang di rumah sekarang ni rambutan satu baldi tu berhari-hari jugalah nak menghabiskannya. Tunggu anak-anak balik.

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


INDAHRASA J.MALIM: Hati Kecewa <b>Di</b> Pekan <b>Tronoh</b> Mines

Posted: 27 Dec 2012 10:50 PM PST

Semasa melakukan perjalanan ziarah ke makam-makam lama di sekitar daerah Perak Tengah pada bulan November baru-baru ini, saya telah memilih untuk menggunakan jalan dari bandar Kampar menghala ke Kampung Gajah. Kebiasaannya, untuk ke daerah Perak Tengah saya lebih selesa menggunakan laluan dari pekan Tapah. Jalan dari bandar Kampar ini sebenarnya sudah dilalui oleh saya beberapa kali. Selain boleh menghubungkan bandar Kampar dengan Kampung Gajah, ia juga membolehkan kita untuk ke pekan Tanjung Tualang dan juga ke bandar Batu Gajah.

Selain untuk mencuba sesuatu yang baru, saya juga berhasrat untuk singgah sebentar di sebuah pekan kecil yang amat klasik di pertengahan jalan. Pekan yang saya maksudkan ialah pekan Tronoh Mines. Rasanya kali terakhir saya melalui pekan Tronoh Mines ini ialah kira-kira setahun yang lalu. Suasana pekan kecil ini menarik minat saya ketika itu. Sayangnya saya pula tidak membawa kamera bersama. Hal inilah yang membuatkan saya bersemangat untuk meneroka pekan koboi ini. Sepanjang perjalanan, fikiran saya jauh menerawang memikirkan bangunan rumah kedai kayu tua setingkat yang menghiasi latar suasana pekan Tronoh Mines. Mungkin di Tronoh Mines masih ada tersisa suasana pekan-pekan lama yang pastinya akan menimbulkan mood klasik pada diri saya. Ah ... tidak sabar rasanya untuk sampai ke Tronoh Mines !. 

Semakin hampir ke Tronoh Mines !

Jalan dari Kampar menghala ke Tronoh Mines bukanlah merupakan jalan yang sesak. Sepanjang perjalanan, saya hanya sesekali berselisih dengan kenderaan dari arah bertentangan. Dengan jalan yang sunyi dan permukaan jalan yang baik, saya memecut motosikal saya tanpa ada rasa takut. Dalam fikiran saya hanya satu ... saya perlu menyelesaikan tugasan saya hari ini dengan segera. Jika tidak, pasti tiada bahan cerita untuk dikongsikan di blog ini. Tambahan pula saya berperang dengan cuaca yang tidak menentu. Jika hujan turun sudah pasti saya akan berhalangan untuk sampai ke Tronoh Mines namun syukurlah, matahari memancarkan cahayanya dengan megah hari itu dan saya tersenyum dengan selebar-lebarnya bibir !

Setelah hampir 20 minit menunggang motosikal, akhirnya saya sampai ke pekan Tronoh Mines. Pekan Tronoh Mines ialah pekan kecil tipikal dengan rumah-rumah kedai terletak kiri dan kanan jalan. Uniknya, kebanyakan kedai-kedainya lebih tertumpu di sebelah kanan jalan ( dari arah Kampar ). Jika dilihat pada nama pekan ini, saya dapat menduga bahawa pekan ini mungkin wujud hasil dari ledakan perkembangan perlombongan bijih timah sewaktu zaman penjajahan Inggeris dahulu. Bagi orang luar yang pertama kali singgah ke pekan ini pasti menyangka bahawa pekan Tronoh Mines adalah pekan yang sama dengan pekan Tronoh yang menempatkan Universiti Teknologi Petronas ( UTP ). Namun hakikatnya kedua-dua pekan dengan nama Tronoh ini adalah berbeza dan terletak agak berjauhan. Tronoh Mines terletak tidak jauh dari bandar Kampar manakala Tronoh pula terletak berhampiran dengan bandar Batu Gajah.

Saya meninjau-ninjau suasana pekan ini dan mula menjejaki rumah kedai kayunya yang suatu ketika dahulu benar-benar menarik minat saya untuk ke pekan ini. Peliknya, saya tidak pula menemui rumah kedai kayu tersebut malahan suasana pekan ini kelihatannya sudah jauh berubah dari yang pernah saya lihat dahulu. Apakah yang telah berlaku pada pekan ini ? ... setelah hampir dua ratus meter saya bergerak saya ternampak kesan kebakaran sebuah bangunan. Barulah saya sedar apa yang pernah saya lihat dahulu telah musnah dijilat api. Terasa benar-benar kecewa hati saya. Hilang satu lagi tinggalan sisa pekan-pekan lama yang terdapat di negeri Perak ini. Menyesalnya rasa tidak mengambil gambar suasana pekan ini lebih setahun yang lalu. Inilah kuasa Allah SWT dan saya menerimanya dengan redha.

Rumah kedai kayu lama di pekan Tronoh Mines 

kini tinggal kenangan.

Namun demikian, di beberapa bahagian pekan ini masih terdapat rumah-rumah kedai tua yang masih beroperasi. Saya beranggapan, pekan Tronoh Mines sudah mula melalui fasa-fasa akhir kewujudannya sebagai sebuah pekan. Kedai-kedai yang terdapat di pekan ini hanyalah sebagai memenuhi keperluan sementara penduduk setempat malahan kebanyakannya sudah tidak lagi menjalankan perniagaannya. Perkembangan pesat bandar Kampar yang telah dinaikkan sebagai sebuah daerah juga menyebabkan peranan pekan ini semakin berkurang. Dengan keadaan jalan perhubungan dan gaya hidup masa kini yang memungkinkan setiap keluarga memiliki kenderaan sendiri, saya pasti penduduk Tronoh Mines lebih selesa berbelanja di bandar Kampar ataupun Ipoh seterusnya membunuh kepentingan pekan Tronoh Mines.

Deretan rumah kedai kayu yang tidak lagi beroperasi

Sebuah kedai kayu lama 

Secara umumnya pekan Tronoh Mines bukanlah sebuah pekan yang lengkap. Tiada kemudahan pejabat kerajaan disini termasuklah pejabat pos. Namun demikian terdapat sebuah balai polis yang agak besar bagi menjamin keamanan dan keselamatan penduduknya. Kemudahan stesen minyak juga tidak terdapat di pekan ini. Sebuah pasar basah moden juga disediakan oleh pihak kerajaan namun saya tidak pasti sama ada ianya mendapat sambutan dari penduduk setempat. Kelihatannya pasar berkenaan bagaikan agak sunyi dan terletak agak jauh dari pekan Tronoh Mines.

Balai Polis Tronoh Mines

Pasar awam Tronoh Mines

Sebagai sebuah pekan yang wujud akibat dari perkembangan perlombongan bijih timah, majoriti penduduknya ialah terdiri dari bangsa Cina. Hal ini dikuatkan lagi dengan kewujudan sebuah kampung baru Cina tidak jauh dari pekan Tronoh Mines itu sendiri. Namun demikian populasi masyarakat Cina ini diimbangi oleh orang-orang Melayu yang kebanyakkannya tinggal di kampung-kampung yang sememangnya banyak terletak di kiri dan kanan jalan menuju ke Tanjung Tualang. Terdapat juga sebuah Gurdwara Sahib yang menjadi tempat ibadat masyarakat Sikh disini. Ia secara tidak langsung menunjukkan bilangan masyarakat Sikh di Tronoh Mines ini agak ramai.

SRJK ( C )  Sin Min Gudwara Sahib Tronoh Mines

Saya juga dapat melihat beberapa buah rumah dan bangunan lama yang terbiar di pekan ini. Tidak ketahuan pula kenapa ianya ditinggalkan. Ia bagaikan bercerita kepada saya bahawa pekan Tronoh Mines semakin tua dan ditinggalkan. Rata-rata penduduk yang saya temui terdiri dari golongan berusia emas. Mungkin tarikan hidup di bandar lebih memikat bagi golongan muda pekan ini. Tambahan pula peluang kerja di bandar seperti Kampar, Ipoh dan Batu Gajah memaksa golongan mudanya berhijrah.

Rumah lama yang ditinggalkan

Alat pengangkutan utama bagi penduduk Tronoh Mines ialah perkhidmatan bas ulang alik yarikat Hup Soon yang menghubungkan pekan ini dengan bandar Kampar. Namun saya tidak pasti berapa lama perkhidmatan bas ini akan bertahan dalam mendepani cabaran kekurangan penumpang. Walaubagaimanapun saya masih dapat melihat beberapa orang warga emas masih setia menantikan kehadiran bas ulang alik ini di perhentian bas di sepanjang jalan. Mungkin pada mereka itulah nilai nostalgia berharga yang masih utuh disini.

Walaupun pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah, Tronoh Mines tidak pula dihubungkan dengan jajaran landasan keretapi. Tidak seperti pekan "kembarnya" iaitu Tronoh yang mempunyai stesen keretapinya yang tersendiri. Hal ini mungkin kedudukan pekan ini yang berdekatan dengan bandar Kampar yang seterusnya memudahkan bijih timah diangkut dengan menggunakan jalan raya. 

Agak lama juga saya di pekan ini. Suasana petang yang terik membuatkan saya berpeluh. Seorang lelaki berbangsa Cina tua tersenyum menampakkan giginya yang rongak kepada saya. Agaknya beliau hairan melihat saya sibuk mengambil gambar suasana pekan ini. Setelah hampir 30 minit disini saya mula bergerak meninggalkan pekan Tronoh Mines dengan hati dan perasaan yang basah dengan kecewa. 

Tronoh Mines sebuah pekan kecil yang makin dimamah masa. Pekan ini tidak dibunuh oleh pembangunan dan kemodenan. Sebaliknya pekan ini dibunuh oleh urbanisasi yang menghimpit. Saya tidak pasti sama ada akan kesini lagi ... dengan hayat diri yang semakin berjauhan dengan negeri Perak yang tercinta, saya tahu esok dan lusa Tronoh Mines bukan seperti yang saya pernah lihat dahulu !


07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


IdaMan: BN Terdesak <b>Di Sungai Siput</b>

Posted: 18 Dec 2012 12:08 AM PST

Parti Sosialis Malaysia (PSM) membidas  dakwaan sesetengah media kononnya wujud pertelingkahan antara parti itu dan PKR berhubung isu penamaan calon dan penggunaan logo parti di Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan berkata, soal itu tidak wajar dijadikan isu memandangkan mereka (PSM dan PKR)  masih dalam fasa perbincangan.
"PSM memang mahu bertanding pakai logo sendiri tapi kami (PSM dan PKR) tidak berbalah seperti yang dikhabarkan media, sebaliknya masih berbincang secara baik.
"Dulu hampir 10 tahun pendaftaran parti ini ditolak, jadi sekarang sebagai parti yang telah berdaftar, sudah tentu PSM mahu gunakan logo sendiri. Tapi kalau ada logo bersama itu juga boleh diterima," katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media kononya   PSM dan PKR yang dikatakan saling bertelagah dalam isu penamaan calon dan penggunaan logo parti di Sungai Siput bagi PRU – 13.
Ditanya mengenai sokongan pengundi Sungai Siput yang dilihat mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN), S. Arutchelvan berkata :
"Saya tidak rasa sokongan pengundi telah berkurang kerana apabila kami turun padang berjumpa rakyat, mereka masih lagi setia menyokong parti ini.
"Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj juga telah melakukan bermacam usaha untuk menaik taraf kehidupan rakyat di Sungai Siput, jadi soal isu pengundi kembali kepada BN tidak timbul sama sekali," jelasnya.
Selain itu, S. Arutchelvan menambah, BN kini dilihat sedang berhadapan masalah menamakan  calonya di Sungai Siput kerana sehingga kini BN masih belum mengemukakan nama calon yang sepatutnya.
"Kerajaan MIC-BN semakin terdesak nampak gayanya sekarang ini. Kenapa Datuk S Samy Vellu yang telah bersara kembali berkempen? Saya rasa mereka telah mengalami kepupusan kepimpinan baru," ujarnya.
Sementara itu, memberi maklum balas yang sama, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj meminta media tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar.
"Saya tahu, ini lah yang diharapkan BN sebenarnya, supaya kami parti pembangkang akan bergaduh sesama sendiri sekaligus menakutkan pengundi dengan dakwaan yang tidak betul. Malang sekali itu semua tidak akan berlaku.
"Sama seperti parti lain juga, kalau ada masalah sekalipun, ia hanyalah masalah kecil sahaja yang pasti boleh diselesaikan tanpa perlu pertelingkahan," katanya.
Diminta mengulas mengenai desas-desus Sungai Siput bakal jatuh semula ke tangan BN, beliau berkata, pihaknya yakin bahawa sokongan rakyat terhadap pembangkang masih teguh di parlimen tersebut.
"Apa yang boleh saya katakan, situasi sekarang adalah 50-50. Tetapi saya tetap percaya kami (pembangkang) ada peluang untuk menang," kata beliau.
Untuk rekod, PSM menang dalam Pilihan Raya Umum 2008 menggunakan tiket PKR namun kedua-dua parti itu dikhabarkan mengalami perselisihan pendapat berikutan isu logo parti yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang.
Pada PRU 2008, bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu gagal mempertahankan kawasan tersebut yang diwakilinya sejak 1974 kepada Jayakumar dengan majoriti 1,821 undi.
Perlantikan Samy Vellu sebagai Pengerusi BN Parlimen Sungai Siput awal bulan lepas selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat reaksi yang berbeza di kalangan penyokong dan pemimpin BN sendiri.
Persoalanya mampukah Samy Vellu meredakan politik Sungai Siput selepas tersungkur di PRU 2008? Apakah pengaruhnya masih kuat disana seiring dengan tuntutan politik semasa ?
MIC dikatakan masih mencari seorang calon yang sesuai yang dapat mempengaruhi senario politik Sungai Siput tanpa "campurtangan" mana – mana pihak.
TMT difahamkan , antara nama – nama yang dipertimbangkan oleh MIC dan pucuk pimpinan tertinggi BN termasuklah,  Naib Presiden MIC Datuk S.K. Dewamany, Ketua Pemuda T. Mogan, Setiausaha Agung MIC Datuk S. Murugessan dan  bekas Timbalan Menteri Datuk T. Murugiah. TMT

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Orang ni: Part 2 Terbongkar Bukti UMNO BN Perak K.O : Isu <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2012 10:53 PM PST

Isu, Wishlist & Aktiviti UMNO Bukit Gantang P- 059
( Penilaian ini dibuat oleh UMNO BN)

Isu Dalaman:
  • 1. AJK UMNO BN Bukit Gantang  tidak komitmen
  • 2. Masaalah ADUN-ADUN UMNO BN yang tidak mengambil berat masaalah rakyat, (Contoh) ADUN lompat yang dipuja UMNO Dato Osman Jailu tak buat kerja.
  • 3. Janji-janji yang dijanji tidak ditepati.     
Isu Dalaman UMNO BN di-parlimen Bukit Gantang jelas menunjukan pergolakan memang berlaku dalam pimpinan UMNO BN Bukit Gantang. 
AJK UMNO BN Bukit Gantang dilihat lumpuh dan permasaalah rakyat dikawasan tidak di-ambil tahu serta ditambah lagi dengan YB Changkat Jering Osman Jailu yang langsung tak buat kerja... Nampaknya katak belaan UMNO Perak sibuk kira projek agaknya...hehehe....


Aktiviti Pembangkang ( Pakatan Rakyat la tu...hahaha...) dan aktiviti UMNO BN di Bukit Gantang yang disenaraikan jelas membuktikan UMNO BN jauh kebelakang dalam melaksanakan aktiviti di kawasan. 

Pakatan Rakyat Bukit Gantang disenaraikan 5 aktiviti yang dicatitkan oleh UMNO BN walaupun sebenarnya banyak lagi yang takut dipaparkan..hahaha. 
Piiiiraah..!!!! ini satu lagi pembohongan dalam penilaian yang dibuat oleh UMNO BN khususnya UMNO BN Perak. 


Orangni:  Isu, Wishlist & Aktiviti UMNO BN untuk parlimen lain di Perak akan di update kemudian dalam Part 3 yang akan datang...hahaha....

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Projek Tebatan Banjir <b>Di</b> Daerah <b>Kerian</b> Bermula Secara <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2012 12:44 AM PST

Projek tebatan banjir secara menyeluruh di kawasan Daerah Kerian sudah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat membabitkan peruntukan kerajaan Pusat berjumlah RM350 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM47O juta untuk projek tebatan banjir membabitkan tiga negeri bersempadan iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

"Ketika ini, projek tebatan banjir di Perak yang membabitkan kos RM350 juta sudah dilaksanakan secara berperingkat dan sebahagian lagi diagihkan untuk projek sama di negeri bersempadan iaitu Kedah dan Pulau Pinang.

"Bagi mengelak masalah berulang lagi di masa depan, kita telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menyediakan pelan tebatan banjir secara menyeluruh di Daerah Kerian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pagi Bersama Menteri Besar dan Perasmian Kursus Kepimpinan Pekida negeri Perak di Semanggol, pagi tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, walaupun banjir masih belum berlaku di daerah berkenaan, kerajaan negeri sudah mengarahkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Persiapan katanya, perlu dilaksanakan di setiap daerah di negeri Perak di mana Pegawai Daerah akan mengetuai jawatankuasa berkenaan.

"Selain menyalurkan keperluan harian seperti makanan dan tilam kepada mangsa banjir, saya juga mengarahkan pihak MKN supaya melihat sama keperluan mangsa selepas banjir surut.

"Kita mahu bantuan dari segenap aspek disalurkan kepada mangsa banjir bukan semata-mata dengan memberi RM100 atau RM200 kepada mangsa banjir," katanya lagi.

Mengulas banjir di Perak, Zambry berkata, seramai 7O keluarga masih ditempatkan dua pusat pemindahan banjir di Daerah Hilir Perak iaitu di Chikus dan Changkat Jong.

"Kejadian banjir tahun ini bermula di Hilir Perak apabila hujan lebat turun di kawasan berkenaan.

"Kita di pihak kerajaan negeri juga sudah meminta MKN memantau kebajikan mangsa banjir yang terbabit dari hari pertama sehingga ke hari ini," tambahnya lagi.

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


<b>KUALA SEPETANG</b> ECO TOURISM Mangrove Tour, Bird Watch <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2012 08:52 PM PST

Sejarah:
Mee Banjir Udang Mak Teh merupakan pengasas keagungan mee udang di Kuala
Sepetang yang sudah terkenal di seluruh Malaysia. Menjadi lebih terkenal lagi
apabila terbit dalam pelbagai program Majalah 3 TV3, RTM, NTV7, ASTRO dan
rencana dalam pelbagai penerbitan massa.

Sos pekat secukup rasa menjadi pelengkap kepada timbunan udang yang menutup
mee.
Terdapat dalam 3 saiz udang dengan harga antara 7-17 Ringgit Malaysia.

Rombongan yang menempah secara berkumpulan akan diberikan air berperisa
percuma.

Juga terdapat pelbagai menu lain seperti nasi goreng udang & ayam, sate dan
western food.

Setiap pelancong yang berkunjung ke Kuala Sepetang semesti mencuba kelazatan
mee banjir udang mak teh.

Juga menyediakan perkhidmatan penginapan, bot untuk menjelajah hutan paya
laut, dolfin dan kelip-kelip.

Price: RM 12

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Paras Air <b>di</b> Sungai <b>Kinta</b> Lebihi Tahap Amaran.

Posted: 13 Nov 2012 06:25 AM PST

alt

 

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Sungai Kinta, Tanjung Tualang, Kinta, Perak berwaspada kerana paras air kini melebihi tanda amaran susulan hujan lebat.

Di Selangor, paras air di Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat; Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor dan Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi, Sepang juga melebihi paras amaran dengan masing-masing mencatatkan 4.25 meter, 8.77 meter dan 3.72 meter.

Menurut portal JPS, paras air Sungai Bidut, Sibu di Sarawak turut melebihi paras amaran apabila mencatatkan bacaan 3.14 meter.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor berkurangan kepada 1,311 malam ini berbanding 1,357 orang malam semalam.

Mangsa terdiri daripada 330 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan iaitu empat di Kuala Langat, dua di Sepang dan satu di Kuala Selangor.

Di Johor pula bilangan mangsa banjir meningkat kepada 143 orang berbanding 138 malam semalam. Mereka terdiri daripada 34 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sri Telok, Batu Pahat.

Perak pula mencatatkan 39 mangsa banjir meliputi 10 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat, Kampung Padang Serai di Manjung.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir kekal 84 mangsa merankumi 17 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tehel, Jasin.

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


Day Trip Ke Kg Lalang,<b>Padang Rengas</b>, Perak | Lemprica.Com

Posted: 01 Dec 2012 12:55 AM PST

Hari ni day trip balik kampung di Padang Rengas , Perak (dalam 10 minit dari tol Kuala Kangsar). Ada kenduri kahwin cousin sebelah hubby and at the same time mari lah kita serang buah-buahan tempatan yang aada di keliling rumah Poksu (pak sedara hubby) .

Perjalanan dimulakan around 9am , 2 kereta dari rumah mil.Nasib baik cuaca sepanjang perjalanan cerah dan terik.Tapi perjalanan balik,cuaca mendung and ada few spots kami menempuh hujan.

Yang best sekali sekala balik ni,anak-anak la.Semua nak di redah.Al maklum,even di melaka pun tiada suasana kampung.And sempat juga aku mandikan anak-anak di air kolah kat Masjid Kg Lalang.Sejuk gilos air nya.Memang sedap la badan kekanak ni.Masuk je kereta,belum kat mana-mana,masing2 dah tido.Kepenatan bermain. :)

anak-anak melepak lepas pekena nasi di kenduri kahwin

anak-anak melepak lepas pekena nasi di kenduri kahwin

azwar memanjat pokok rambutan.merah-merah menyala buah rambutannya..

azwar memanjat pokok rambutan.merah-merah menyala buah rambutannya..

nak durian?

nak durian?

perjalanan pulang ke kl.mendung.

perjalanan pulang ke kl.mendung.

Posted from WordPress for BlackBerry.