Sabtu, 4 Februari 2012

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


What is NGV ?: Bengkel NGV kami <b>di</b> Bandar <b>Seri Iskandar</b>, Tronoh <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2012 11:46 PM PST

Salam semua.

Selepas sahaja cuti raya cina 2012 ni saya akan uruskan bengkel NGV baru kami di Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak.

Kepada penduduk Bandar Seri Iskandar dan sekitarnya nantikan pembukaan rasmi kami nanti. Kami menjanjikan perkhidmatan dan harga yang berpatutan untuk pemasangan NGV ini.

Jika ingin maklumat lanjut boleh hubungi saya:

NAZRUL 017-5836760

Full content generated by Get Full RSS.

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Tragedi 11.11.11 Nahas ngeri bas-treler <b>di Behrang</b>: 4 maut <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2011 09:29 PM PST


Ini berita terkini yang diterima pagi tadi.  Tiga pelajar sekolah dan seorang guru terbunuh manakala 5 lagi parah apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas berkenaan membawa rombongan pelajar dan guru sebuah sekolah dari Kulim, Kedah.

Setakat ini, 22 dilaporkan cedera dalam kemalangan di Behrang membabitkan bas dan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Dan setakat ini,  mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri itu ialah pelajar Tingkatan Tiga, Khairul Anuar Azhan; guru, Siti Hajar; seorang wanita dan seorang lagi pelajar yang masih hilang.


Bas yang dinaiki 44 penumpang termasuk pemandu dipercayai hilang kawalan kerana laluan berpasir sebelum terbalik dan mengentam belakang bas yang dinaiki kesemua mangsa.Rombongan dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands. Mereka dijadual mengadakan rombongan tiga hari dua malam di ibu kota.


Perkembangan terkini akan diupdate dari masa ke semasa.

Berikut adalah senarai nama yang maut dalam kejadian:
- Siti Hajar Mohamed, 33 tahun (Guru Ekonomi) – Kota Sarang Semut, Kedah
- Khairul Anwar Azhan (Pelajar Tingkatan 3)
- Maysara Zaidi, Taman Angsana (Pelajar Tingkatan 3)
- Basarah Saad ,45 tahun (orang awam yang membantu mangsa kemalangan)


p/s: Di manakah penghujungnya kemalangan yang melibatkan bas ni? Bila dah jadi macam-macam jawatankuasa khas diwujudkan lepas tu senyap jer....apa2 pun kita doakan keselamatan yang selebihnya dan alfatihah kepada yang maut dalam kemalangan ni.

Sumber :mstar,bharian



Sila copy artikel ini, untuk mendapat backlink ke blog ini


Full content generated by Get Full RSS.

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Masalah Banjir Kilat Akibat Sampah <b>Di Bercham</b> - TV3

Posted: 08 Jan 2012 04:00 AM PST

08/01/2012 20:00:00

Keluhan penduduk dari sebuah taman perumahan di Ipoh, Perak menarik perhatian Aduan Rakyat minggu ini.

Banjir kilat dari 1996 hingga ke hari ini, tidak ada kesudahan.

Pelbagai cara dibuat untuk mengatasinya, namun banjir gagal ditangani.

Lebih teruk, paras air semakin meningkat setiap kali hujan.

Penduduk lalu  berpaling ke aduan rakyat untuk menyuarakan masalah mereka bagi menagih perhatian pihak bertanggungjawab.

Ikuti laporan yang saya sediakan ini.

Sejak kebelakangan ini hujan yang kerap   meresahkan penduduk di taman perumahan desa impian.

Jika hujan lebat terutamanya hanya dalam tempoh kurang 30 minit, penduduk sudah bersiap sedia menyelamatkan barangan dan nyawa.

Banjir kilat-menjadi igauan ngeri penduduk.

Kerugian akibat kerosakkan barangan seperti perabut dan kereta sudah mencecah ratusan ribu ringgit.

Namun masih belum ada tanda-tanda masalah mereka bakal menemui penyelesaian.

Norhayati Abdullah, Penduduk: "Boleh dikatakan dalam sebulan 2-3 kali banjir. Dalam musim hujan jaga-jagalah malam tak boleh tidur. Hari tu sampai pukul lima pagi baru boleh tidur. Habis nak tidur macamana? Semua dah habis tenggelam."

Punca masalah, penduduk dakwa disebabkan sistem perparitan dari 32 taman perumahan lain di kawasan Bercham disambung ke perparitan mereka.

Menyebabkan bila hujan, longkang yang ada tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak.

Bertambah teruk apabila longkang pula jarang diselanggara.

Rumah pam ada dibina di taman perumahan itu untuk membantu pengeluaran air.

Namun masalahnya, rumah pam yang sepatutnya mengalirkan lebihan air secara automatik  ke parit sebelum ke sungai seringkali tidak berfungsi.

Apa yang mampu dilakukan penduduk membina penghadang di setiap pintu rumah.

Namun paras air yang naik kebelakangan ini mampu melepasi penghadang ini.

Khamis Othman, Penduduk: "Air dalam masa setengah jam boleh naik dua kaki. Yang baru ni satu meter, pernah hampir dua meter. Baru-baru ni lima bijik kereta tenggelam. Sebab ada penghuni yang pergi buat aktiviti harian."

Rosman Zulkifli, Penduduk: "Semua air masuk ke sini. Bila desa impian yang terpaksa tampung semua ini.  Dahlah dah ada masalah sedia ada, tambah perumahan baru tambah lagi risiko yang ada. Dulu kalai naik dua kaki. Sekarang dah 3 kaki. Mana pihak yang nak selesai masalah ini?"

Tidak tahan dengan masalah banjir tidak berkesudahan, banyak penduduk nekad berpindah.

Banyak rumah di taman perumahan ini dalam keadaan terbiar.

Aduan demi aduan telah dihantar ke pihak majlis bandaraya Ipoh.

Namun belum ada penyelesaian muktamad.

Selagi sistem perparitan tidak diubah suai, Taman Desa Impian akan terus menjadi lokasi banjir kilat yang tidak berkesudahan.

Pihak bandaraya Ipoh pula mahu penduduk memahami masalah yang berlaku.

Ini kerana rumah pam yang dibina dengan ratusan ribu ringgit sering terhadang dengan sampah sarap yang didakwa perbuatan penduduk sekitar Bercham.

Pun begitu, MBI  sedang mengusahakan penyelesaian lain-iaitu sebuah longkang monsoon sepanjang satu kilometer bagi mengalihkan aliran air ke Sungai Pinji.

Datuk Roshidi Hashim, Datuk Bandar Ipoh: "Sekurang-kurangnya air takkan pergi satu arah jee, akan terpecah kepada dua saluran. Kita sedang menanti peruntukkan."

Datuk Roshidi Hashim membuat lawatan mengejut ke sekitar perumahan Taman Desa Impian.

Penduduk mengambil kesempatan sepuas-puasnya bagi menceritakan masalah yang dihadapi kepada Datuk Bandar Ipoh itu.

Beberapa penyelesaian segera dicapai.

Sebagai penyelesaian jangka pendek sebuah lagi rumah pam bernilai lebih dua ratus ribu ringgit akan didirikan di taman perumahan itu.

Apabila peruntukan sebanyak 3 juta ringgit dari RMK 10 diluluskan, longkang monsoon yang dicadangkan akan dibina untuk megurangkan jumlah air ke Taman Desa Impian ketika hujan.

Sikap penduduk yang mengambil jalan mudah membuang sampah sarap ke dalam longkang dan sungai turut ditegur.

Full content generated by Get Full RSS.

Laluan alternatif <b>Bercham</b> keluar ke PLUS dibuka – Perak Today

Posted: 02 Jan 2012 09:52 PM PST

Masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Bercham dijangka dapat dikurangkan kepada 30 peratus apabila laluan alternatif keluar ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mula dibuka secara rasmi, hari ini.

Laluan yang dibina sebulan lalu oleh Topwish Realty Sdn Bhd dengan kos RM230,000 itu adalah antara projek yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah kesesakan teruk di kawasan terbabit yang mempunyai populasi 154,000 penduduk.

Pagi ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir merasmikan laluan alternatif itu yang dibina untuk kemudahan penduduk Bercham, sekaligus membuktikan keprihatinan kerajaan BN dalam menangani masalah rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) katanya, perlu membina persimpangan baru dekat pekan Tambun dengan secepat mungkin supaya pengguna tidak perlu membuat pusingan U seperti yang ada di laluan sedia ada sebelum menghala ke arah utara.

Jika persimpangan baru itu tidak dapat dibina, beliau bimbang masalah kesesakan di tempat baru pula akan muncul hingga menyukarkan pengguna lalu lintas.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry menegaskan, perancangan yang dilaksanakan di peringkat kerajaan tempatan perlu mengambil kira masa depan dan bukannya untuk hari ini semata-mata.

Ujarnya lagi, dalam mana-mana cadangan pembangunan sekalipun, ia perlu mengambil kira perancangan yang rapi, teliti dan tidak menjejaskan kualiti hidup wargakota bandaraya Ipoh.

"Kita jangka dalam tempoh lima tahun akan datang, lebih banyak pembangunan akan mengambil tempat seperti di Meru dan Simpang Pulai," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry memberitahu masalah yang dibangkitkan rakyat perlu diselesaikan tanpa mengira samada kawasan itu dikuasai pihak pembangkang atau kerajaan BN.

Menurutnya, adalah hak rakyat untuk menikmati kemudahan dan menjalani kehidupan dengan baik.

"Walaupun projek ini menelan kos hanya RM230,000, ia sangat penting bagi penduduk Bercham kerana dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

"Kita perlu memahami masalah rakyat dan menyelesaikannya dengan baik seperti yang kita lakukan di Bercham ini," tambahnya.

Sementara itu, Ahli Majllis MBI DUN Bercham, Ir Lai Tong Pui, berkata setiap hari, purata 40,000 kenderaan menggunakan laluan utama Tasek.

Daripada jumlah itu, 20,000 kenderaan katanya, menggunakan persimpangan jalan utama untuk keluar dan masuk ke pekan Bercham hingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas terutama di waktu puncak.

"Pembukaan laluan alternatif keluar ke PLUS ini dijangka dapat mengurangkan 30 peratus masalah kesesakan lalu lintas di Bercham," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Perasmian Pembukaan Laluan Alternatif Dari <b>Bercham</b> Ke <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 07:26 PM PST

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir Merasmikan Laluan Alternatif Dari Bercham Ke Lebuhraya Plus Di Bercham Turut Hadir Adun Bercham Dap Y.B.SUM CHEOK LENG

Full content generated by Get Full RSS.

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


My diary: Lunch <b>di Pantai Remis</b>

Posted: 31 Dec 2011 11:59 PM PST

    Dalam perjalanan dari kampung biniku, kami sekeluarga singgah di Pantai Remis utk makan tghari (mkn lewat petang). Kami pilih restoran ni memandangkan x ramai orang & berdekatan ngan pantai. Angin sepoi² bahasa yg syahdu. Tenang sungguh.
     Tapi tenang rupanya x sepanjang mana. Setelah makan bini aku offer biar dia yg belanja lalu dia minta bil. Datang sorang remaja bagi bil yg berharga RM34. Terkezut beruk aku, mkn utk 2 org harga semahal itu ke?
Lauk pun x byk mana, daging masak merah, sup tom yam, 3 ketul ikan bakar yg KeciK & kerang bakar semangkuk serta dua air laici. Itu pun harga mcm itu ka?
Bini aku x puas ati, dia pergi tanya kat kaunter, pastu dikatanya salah kira iaitu RM27. Pastu dia kira balik harga RM34 tu juga. Alamak.. Memang restoran seafood standard harga mcm ni ke? Bini aku minta tulis bil utk tgk harga lauk pauk.

 Mungkin sebab ini x ramai pelanggan. Restoran satu lagi yg berderet sebelah sana ramai orang. Seketul ikan kecik tu RM3. 3 ketul da RM9. Kecik sgt, x rasa apa. Ikan apa, aku x ingat nnti refer balik. Lepas ni da tahu xkan pergi restoran ni lagi.
Full content generated by Get Full RSS.

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


PLANTURALISME: ~JENJALAN <b>DI</b> PASAR LAMBAK <b>MALIM NAWAR</b>~

Posted: 09 Oct 2011 03:51 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]~JENJALAN DI PASAR LAMBAK MALIM NAWAR~. Dikarang Dari Hati .... Bunyi 'Aneh Dan Menakutkan Dari Langit' Di Sarawak. 1 hour ago ... Kaedah menfailkan kes di tribunal tuntutan pengguna Malaysia. 5 hours ago ...

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Mayat lelaki berulat ditemui <b>di Jelapang</b> | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 25 May 2011 06:01 AM PDT

IPOH: 25 Mei – Polis menemui satu mayat lelaki dengan berpakaian lengkap dan sudah berulat di kawasan tangki air puncak Jelapang, Ipoh.

Maklumat petama diperoleh pada jam 3.50 petang apabila orang awam menemui mayat tersebut ketika hendak memotong rumput di kawasan tersebut.

Siasatan lanjut diteruskan dan keterangan lanjut akan dimaklumkan selepas bedah siasat.

- berita harian

Full content generated by Get Full RSS.

Marang Dikenal Pasti Kawasan <b>Jelapang</b> Padi Kedua <b>Di</b> Terengganu

Posted: 21 Dec 2011 06:44 AM PST

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menuai padi menggunakan jentera di jelapang padi di Sri Cempaka, Kampung Jelapang, Setiu baru-baru ini.

Daerah Marang akan dijadikan kawasan jelapang padi kedua Terengganu kerana didapati mempunyai banyak kawasan yang sesuai untuk diusahakan dengan tanaman itu namun pada masa yang sama dibiarkan oleh pemiliknya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Asha'ari Idris yakin bekalan padi untuk menampung keperluan di Terengganu akan mencukupi sekiranya kesemua kawasan itu diusahakan.

"Saya pergi melawat daerah Marang baru-baru ini. Saya tengok masih ada tanah terbiar sedangkan kemudahan asas hampir semuanya ada," katanya tanpa menjelaskan keluasan tanah terbiar itu.

Asa'ari berkata Terengganu kini terpaksa mengimport hampir 40 peratus bekalan beras untuk menampung keperluan penduduk negeri ini.

Katanya kawasan pengeluaran padi yang paling luas setakat ini di Terengganu ialah di Jelapang, Setiu yang melibatkan kawasan lebih 100 hektar dan kos kemudahan asas hampir RM50 juta.

Beliau berkata mengikut perancangan, Terengganu memerlukan kawasan seluas 24,000 hektar pada tahun 2020 bagi tanaman padi untuk menampung keperluan dalam negeri.

"Yang menjadi kebimbangan kita sekarang ini tanah-tanah padi di negeri ini sudah banyak bertukar menjadi tanah perumahan kerana ditukar syarat," katanya.

Sehubungan itu, katanya kerajaan akan mengambil tindakan mewartakan tanah padi seperti hutan kekal supaya tanah padi itu berkekalan pada masa akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.

Selamat Datang ke <b>Jelapang</b> Emas | <b>Jelapang</b> Emas

Posted: 23 Jan 2012 11:56 PM PST

Misi penubuhan Jelapang Emas adalah untuk menguruskan jualan serta khidmat nasihat di  negeri kawasan utara khasnya, Kami di Jelapang Emas menjual dan menyediakan skim boleh milik untuk para pelanggan terutama dalam pemilikan emas 999.9 24k. Selain dari menjual , kami juga menyediakan perkhidmatan "Buy Back" segala bentuk emas mengikut harga semasa.

Untuk jualan boleh milik, Kami di jelapang Emas mengetengah kan simpanan dalam sistem pajakan Islam  Ar Rahnu , di mana para pelanggan hanya perlu menyediakan 30%- 35% modal dan selebihnya dibiayai oleh sistem Ar Rahnu mengikut terma dan syarat yang di tetapkan.

Kami di Jelapang Emas tidak menerima segala bentuk deposit dalam urus niaga kami. Segala urusan di selesai kan di bank.

Sila Hubungi :

En. Sohaimi Hanafiah
017-5309993
Pyshical Gold Trader

Full content generated by Get Full RSS.

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Tanah k&#39;jaan <b>di</b> Tg <b>Tualang</b> bertukar tangan | Free Malaysia Today

Posted: 24 Jan 2012 11:22 PM PST

Kawasan itu pada suatu ketika dahulu menempatkan blok quarters kediaman, bangunan pejabat dan sebuah surau untuk pusat transit Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati).

PETALING JAYA: PKR Cabang Pasir Salak menggesa Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah, Perak menyiasat dan membuat pengesahan terhadap status sekeping tanah di Tanjung Tualang.

Penyelaras parlimen Pasir Salak, Abdul Razak Ismail berkata, lokasi tanah tersebut terletak agak bertentangan dengan Ladang Agro Koperasi Atlet Malaysia Berhad (KAMB) di Tanjung Tualang, Perak, kira-kira 11 km ke arah bandar Kampung Gajah.

Menurutnya, kawasan itu pada suatu ketika dahulu menempatkan blok quarters kediaman, bangunan pejabat dan sebuah surau untuk pusat transit Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati).

"Kemudiannya kawasan itu dijadikan tempat Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) di jalan utama Tanjung Tualang – Kampung Gajah.

"Tetapi sejak 10-12 tahun kemudiannya, dikhabarkan tanah tersebut telah bertukar milik kepada salah seorang ahli politik (bekas Adun tempatan) dan tanah tersebut bertukar menjadi ladang tanaman kelapa sawit," kata beliau dalam email kepada FMT hari ini.

Razak mendakwa ramai penduduk tempatan meragui bagaimana tanah milik kerajaan negeri yang lengkap dengan infrastrukturnya  tiba- tiba boleh bertukar tangan menjadi milik persendirian.

"PKR merasa sedih dan kesal kerana infrastruktur yang dibina telah reput dan terbiar begitu sahaja dan ini merupakan pembaziran wang rakyat dan menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara ini dengan kadar segera," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

RAKYAT MARHAEN: Tanah k&#39;jaan <b>di</b> Tg <b>Tualang</b> bertukar tangan

Posted: 25 Jan 2012 01:23 AM PST

Kawasan itu pada suatu ketika dahulu menempatkan blok quarters kediaman, bangunan pejabat dan sebuah surau untuk pusat transit Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati).
PETALING JAYA: PKR Cabang Pasir Salak menggesa Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah, Perak menyiasat dan membuat pengesahan terhadap status sekeping tanah di Tanjung Tualang.
Penyelaras parlimen Pasir Salak, Abdul Razak Alias berkata, lokasi tanah tersebut terletak agak bertentangan dengan Ladang Agro Koperasi Atlet Malaysia Berhad (KAMB) di Tanjung Tualang, Perak, kira-kira 11 km ke arah bandar Kampung Gajah.
Menurutnya, kawasan itu pada suatu ketika dahulu menempatkan blok quarters kediaman, bangunan pejabat dan sebuah surau untuk pusat transit Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati).

"Kemudiannya kawasan itu dijadikan tempat Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) di jalan utama Tanjung Tualang – Kampung Gajah.
"Tetapi sejak 10-12 tahun kemudiannya, dikhabarkan tanah tersebut telah bertukar milik kepada salah seorang ahli politik (bekas Adun tempatan) dan tanah tersebut bertukar menjadi ladang tanaman kelapa sawit," kata beliau dalam email kepada FMT hari ini.
Razak mendakwa ramai penduduk tempatan meragui bagaimana tanah milik kerajaan negeri yang lengkap dengan infrastrukturnya  tiba- tiba boleh bertukar tangan menjadi milik persendirian.
"PKR merasa sedih dan kesal kerana infrastruktur yang dibina telah reput dan terbiar begitu sahaja dan ini merupakan pembaziran wang rakyat dan menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara ini dengan kadar segera," katanya. Full content generated by
Get Full RSS.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


SATU UMAT: HIMPUN <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 16 Dec 2011 07:18 AM PST

Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar

Full content generated by Get Full RSS.

Murid Maut Dipanah Kilat <b>Di Kuala Kangsar</b>... - BudakBotak.com

Posted: 31 Jan 2012 07:40 PM PST

Salam...

Muhammad Syafiq Mohd Tajul Ariffin, 11 tahun pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Mazuin di Kuala Kangsar terkorban manakala empat lagi termasuk seorang guru cedera dalam tragedi panahan petir di padang sekolah berkenaan.

Mereka dikatakan baru saja selesai latihan memanah pada pukul 5.30 petang ketika cuaca hujan dan mangsa bersama rakan-rakan masih lagi berada di padang selepas selesai menjalani latihan. Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan tiga lagi rakan mangsa berusia 10 hingga 12 tahun dan seorang guru dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan lanjut

P/s: Kalau boleh elakkan berda di tempat terbuka ketika kilat...

Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE @ COPY Jika Bermanfaat

Full content generated by Get Full RSS.

HIMPUN..PAGI INI <b>DI KUALA KANGSAR</b>, PERAK! - Malaysians Must <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2011 04:15 PM PST

LIVE - MALAYSIAN PARLIAMENT SITTING Blame Ourselves For The Mistakes We Made, SAYS TUNKU ABDUL RAHMAN, BAPA MERDEKA A STORY OF RADIATION VICTIM -Lai Kwan(Chinese & English subtitles) Malaysia Obedient Wives Club - find out the secrets of a happy marriage Rakyat Service Advertisement 2 @ MyConstitution PerlembagaanKu Rakyat Service Advertisement 4 @ MyConstitution PerlembagaanKu Rakyat Service Advertisement 5 @ MyConstitution PerlembagaanKu Apakah itu Social Inclusion Agenda? Haris Ibrahim / MCLM / RARA 2011/ part 1 Haris Ibrahim / MCLM / RARA 2011 / part 2

Full content generated by Get Full RSS.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


<b>Bukit Merah</b> Central | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 31 Jan 2012 12:00 AM PST

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

Full content generated by Get Full RSS.

<b>Bukit Merah</b> Laketown Resort | Mawar Merah

Posted: 23 Jan 2012 11:18 PM PST

Siaran Tertunda : Ingatkan nak tulis semalam, tapi masa upload gambar, aksess internet melalui telefon tidak begitu baik hinggakan mood nak melengkapkan tulisan dan gambar terganggu.

Matahari terik ketika sampai di Bukit Merah Laketown Resort. Memang tak masuk dalam rancangan asal, tetapi memandangkan, jarak yang tidak jauh, semua kereta melencong exit ke Bukit Merah.

Sampai sahaja di sana, memang penuh lautan kereta yang memenuhi seluruh tempat letak kereta yang disediakan. Perlu jalan jauh sedikit dan akhirnya dapat mencari tempat untuk ahli rombongan meletakkan kereta masing-masing.

Aktiviti kami ketika itu hanya bersantai sambil makan-makan di tepi tasik sambil merakam gambar dan mengunjungi kedai-kedai di situ membeli sedikit cenderamata untuk di bawa pulang.  Kak Long pun dah banyak kali mengunjungi dan bercuti di resort di sini, jadi kali ini  tidaklah teruja sangat, Kami ke sini, atas permintaan salah seorang ibu saudara yang bersama dalam rombongan Cik Kiah ke utara kali ini.

Budak-budak ada juga minta nak masuk ke Laketown WaterPark. Namun disebabkan masa yang agak terhad dan Laketown Waterpark ketika itu memang sesak kerana majoriti pengunjung tertumpu ke situ,  keinginan mereka kali ini tidak dapat ditunaikan walaupun masing-masing memang ada bawa swimming suit.

Mereka hanya dibenarkan kemudahan permainan di sekitar kawasan itu sahaja. Setelah membeli token, kanak-kanak sibuk bermain sementara ayah-ayah, ibu-ibu dan nenek datuk menikmati alam sehingga tiba masa untuk pulang.

Jalan raya dan lebuh raya memang lengang. Tidak seperti perjalanan pergi, perjalanan pulang mengambil masa lebih singkat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full content generated by Get Full RSS.

PERASMIAN MARKAS BARU <b>DI BUKIT MERAH</b> - Adun Gunung <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2012 09:09 PM PST

Semalam satu perasmian markas PAS yang baru yang diberi nama Pusat Informasi dan Dakwah PAS Cawangan Bukit Merah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamd Sabu..


Bangunan ini mengambil masa kira-kira 7 bulan untuk disiapkan..Program tersebut bermula jam 3 hingga 430 petang.Turut hadir adalah YB Ramli,Ustaz Misbahul Munir (Timb Peseruhjaya PAS Perak) dan Ustaz Nuri Al Amin (ketua Penerangan PAS Perak).


Hampir 200 orang menyertai program ini.








Full content generated by Get Full RSS.

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Kemalangan Maut 11-11-11 <b>di Slim River</b>-Behrang | Cinta Hatiku <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2011 04:50 PM PST

Salam semua,

* Update terkini

Foto kemalangan boleh rujuk disini

Sumber : BERNAMA:

Empat Pelajar Maut, Lima Parah Dan 20 Cedera Dalam Kemalangan

Sumber : Berita Harian Online:

3 pelajar maut nahas bas-treler di Behrang

Nahas di Behrang: Seorang guru turut maut

kemalangan maut behrang

Sumber foto : http://mstar.com.my/

Ingat lagi tak dengan tarikh 10-10-10 ni.. kalau korang masih ingat pastinya korang pernah baca entri aku sebelum ni "12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan".

kemalang-alor gajah

Kemangan maut 10-10-10

Hari ini 11-11-11 sekali lagi negara digemparkan dengan satu kemalangan maut melibatkan bus katanya di Slim River-Behrang awal pagi ini.. apa yang aku dengar di radio sinar.fm tadi pagi setakat ini telah meragut  3 nyawa.

Berita lanjut & gambar akan menyusul kemudian Status kemalangan di Km 382 arah selatan (Slim River-Behrang)

Takziah diucapkan kepada semua mangsa & keluarga.. semoga yang roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

* Senarai nama mangsa kemalangan yang meninggal boleh rujuk di http://ondscene.my/

Full content generated by Get Full RSS.

TERKINI! MAHASISWA UPSI DITAHAN DIBAWA KE <b>SLIM RIVER</b> <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2011 11:53 PM PST

Malam tadi kerajaan UMNO melalui "alat" kerajaan iaitu FRU telah dengan sengaja menimbulkan provokasi terhadap perhimpunan aman bagi menuntut kebebasan akademik bagi mahasiswa di negara ini..
Dengan bersenjatakan belantan dan perisai,FRU membelasah mahasiswa yang tidak bersenjata.. lihat DISINI.
sudah tentulah FRU-FRU ini mendapat arahan dari pihak atasan..
Seramai 17 orang ditahan termasuklah Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafi...
beliau sebelum ini adalah merupakan bekas aktivis mahasiswa..

Jingga 13 sebagai NGO yang selama ini memperjuangkan hak-hak rakyat termasuklah menuntut keadilan bagi  rakyat teramai tidak ketinggalan untuk turut bersama dengan mahasiswa..
Jingga 13 turut bersama mahasiswa didalam memperjuangkan hak-hak mahasiswa yang cuba dinafikan oleh kerajaan UMNO
Jingga 13 bersama Ketua Koordinatornya,Fariz Musa kini berada di Slim River,Perak selepas kesemua yang ditahan di bawa ke balai polis Slim River..


Pada saat ini (jam 3:30pm) Jingga 13 bersama dengan mahasiswa sedang berhimpun di hadapan IPD Slim River bagi membantah tangkapan dan kekasaran terhadap mahasiswa..
Perhimpunan bermula dari balai polis Tanjung Malim dan apabila kesemua tahanan dibawa ke Slim River...
Beratus mahasiswa turut sama pergi ke Slim River untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang ditahan..


Dikhabarkan bahawa seramai 6 orang telah dibebaskan oleh pihak polis...
termasuklah Setiausaha Jingga 13,Saifuddin Shafi...

gambar update!

Aku terharu dengan perjuangan Adam Adli,rakan-rakan mahasiswa dan juga aktivis Jingga 13...
perjuangan korang semua akan tercatat dalam sejarah negara..

Full content generated by Get Full RSS.

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


24 rumah <b>di Chemor</b> rosak dipukul ribut – Perak Today

Posted: 24 Jan 2012 06:29 PM PST

Kejadian ribut yang berlaku di Kampung Ulu Chemor, dekat Chemor lewat petang kelmarin mengakibatkan kira-kira 24 buah rumah rosak akibat ditiup angin kuat atau dihempap pokok yang tumbang.

Sebuah rumah mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung akibat dihempap pokok durian yang terletak di seberang sungai.

Mangsa, Nor Hisyam Mustafa, 42, memberitahu ketika kejadian keluarganya sedang berehat sementara menanti azan Maghrib.

"Ada sembilan ahli keluarga dalam rumah ketika itu dan kami semua cemas dan segera bergegas keluar dari rumah sebaik sahaja terdengar bunyi kuat," katanya.

Hisyam yang terperanjat dengan bunyi dentuman kuat itu semakin cemas apabila seluruh rumah bergegar dengan bunyi angin kuat sebelum melihat sebahagian bumbung bilik tidur tercabut.

"Pada mulanya kami sangkakan bunyi kilat… tidak sangka ia rupanya bunyi pokok durian yang berusia lebih 40 tahun menghempap salah satu bilik tidur di rumah ini," katanya.

Tambah beliau, disebabkan kejadian itu, dia mengalami kerugian hampir RM 3,000 bagi kos membaiki bumbung serta dinding rumah yang rosak selain untuk melakukan kerja-kerja mengalihkan pokok yang tumbang.

Turut menjadi mangsa, Zaharuddin Bahari, 46, yang menganggap kejadian ribut itu paling buruk pernah dialaminya sejak lapan tahun lalu.

"Sebelum ini tak pernah jadi kejadian buruk macam ini dan paling teruk pun banjir kecil sahaja tetapi apa yang berlaku semalam begitu menakutkan apabila bunyi angin yang kuat beserta hujan lebat.

"Memang kilat sambung-menyabung dan tidak sampai beberapa minit saya terdengar bunyi kuat dari arah depan.

"Saya tidak menyangka tiupan angin itu telah menyebabkan pokok kunin di hadapan rumah saya tumbang dan menghempap anjung rumah," jelasnya.

Bagaimanapun, Zaharuddin bersyukur kerana tidak ada ahli keluarganya yang tercedera aikbat kejadian itu.

Katanya, disebabkan pokok kuinin yang rebah itu bersaiz besar, ia tidak dapat dialihkan berikutan bimbang merosakan struktur rumah kayu.

Full content generated by Get Full RSS.

Adun Hulu Kinta prihatin nasib mangsa ribut <b>di Chemor</b> – Perak Today

Posted: 24 Jan 2012 09:00 PM PST

Susulan kejadian ribut yang merosakkan 24 buah rumah di Chemor lewat petang kelmarin, Adun Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim segera turun padang bagi memantau bantuan segera yang boleh disalurkan kepada mangsa ribut di kawasan itu.

Dengan kerugian dianggarkan mencecah RM50,000, Rusnah berkata, kerja membaiki kerosakan rumah-rumah yang terlibat akan dilakukan secepat mungkin.

"Disebabkan musim perayaan, banyak kedai ditutup dan agak sukar untuk kita mendapatkan peralatan untuk membaiki rumah yang rosak.

"Namun, usaha untuk mendapatkan atap zink serta barang-barang lain kita akan segerakan dan segala kerja-kerja pembersihan selain baikpulih rumah akan dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung," katanya.Tambah beliau lagi, laporan akan dihantar ke Pejabat Daerah Kinta selepas senarai lengkap mangsa diperolehi.

"Saya berharap agensi berkenaan dapat bertindak pada kadar segera bagi membantu rakyat di kampung ini," tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir yang turun bagi memantau perkembangan itu berkata, semua mangsa diminta hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan membawa bersama dokumen lengkap bagi memohon bantuan Ihsan Pemulihan Bencana Alam.

Katanya, selain salinan kad pengenalan, mangsa juga perlu membawa laporan polis untuk siasatan sebelum dana bantuan mengikut kerosakan yang dialami disalurkan kepada mereka yang layak.

"Bagi pelajar-pelajar maahad tahfiz pula, JKM akan memberi bantuan makanan selama tiga hari sementara membaiki kerosakan tersebut," katanya.

Seramai 20 anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), 10 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Skuad Pemuda BN yang diketuai Mazlan Abd Rahman turun padang membantu mangsa dalam kejadian  ribut petang kelmarin.

Full content generated by Get Full RSS.

Hikayat hidupku...: Musim buah <b>di Chemor</b>

Posted: 11 Jan 2012 09:28 PM PST

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Bulan lepas aku balik ke kampung belah hubby di Chemor. Tak sangka buah-buahan kemain merimbun terutamanya buah rambutan. Seronok... kalau boleh nak ambil banyak-banyak, pastu bawa balik sini tapi kereta lak tak muat. Terpaksa lah tinggalkan di situ.... Sayang kan. Kalo jual, boleh gak belanja makan KFC hehe....






Full content generated by Get Full RSS.