Khamis, 9 Februari 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Permata Hati: Hari Keluarga Arwah Haji Abdul Latif <b>di Langkap</b>

Posted: 15 Sep 2011 12:57 AM PDT

mcm biasa la ry ke 3 or ke 4 msti adik beradik papa berkumpul..thn ni diaorg buat ari raya ke 4..so pg2 tu kami gerak dlm kul 8pg dr klang..letih konvoi ramai2 ngn mama ke raub pn tk ilang lg..smpi kt langkap suma org dh ade..tp majlis tk stat lg..smpi je mkanan dh siap msk oleh ipar ngn biras mama..ank2 muda sibuk kt dewan balut hadiah bagai.

pas je smbhyg jumaat diaorg stat ngn bacaan yasin dl baru mkn..dah kenyang br la stat game..byk2 game 3game je mama join..game tuk yg simple2 tuk mak yong cm mama..papa join byk juga..kyra main juga tp tk menang..yg best dia main rebut kerusi..awl2 dah kalah..org len yg kalah kena keluar dia still lg pusing kt situ..tkpe taun dpn kyra dh pndi main n leh join lg..

pas dh penat main2 semua dok kumpul dlm dewan tu..kakak sulung ngn abg papa ks ucapan.br la sesi pyampaian hadiah pd sape yg menang..papa dpt 2hadiah n mama dpt 1 adiah..jadila kn dr tkde..time cabutan bertuah kyra tlg papa cabutkn n dpt hamper besar..sblm semua nk balik ade la sesi pbahagian duit ry untuk ank2 yg blm bersekolah,msh bersekolah dan belum bekerja



mmg seronok sbb time ni la dpt jupe suma ahli keluarga..i'allah taun dpn kita jupe kt Tg Malim plak..pastu kami gerak ke ipoh..papa ajak jln2 kat sana..suprise dr papa..nasib mama mmg bw bj.

p/s:disebabkn papa tk byk amik gmbr..so gmbr2 di atas mama minta dr ank sedara papa,Farah tuk msk kt blog mama..thanks ye Farah..

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Pasar Tani Berkonsep Baru Pertama <b>Di</b> Malaysia, Bakal Beroperasi <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2012 09:02 PM PST

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membina kira-kira 20 buah pasar tani berkonsep baru dikenali Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) di seluruh negara termasuk di negeri ini.

Pengarah FAMA Negeri, Basri Jasmo

Pengarah FAMA negeri, Basri Jasmo, berkata sebuah PAKAR bernilai kira-kira RM2 juta sedang dibina di Seri Manjung dekat sini, iaitu pasat tani berkonsep baru yang pertama dibina di negara ini.

"Kompleks Pasar Tani yang mempunyai 90 lot niaga tersebut turut dilengkapi kemudahan surau, bekalan air, elektrik, pentas dan 'wi-fi'.

"Ianya dijangka akan beroperasi mulai Mei depan pada setiap hari berbanding pasar tani biasa iaitu pada setiap hari minggu sahaja," katanya kepada pemberita ketika meninjau Pasar Tani Mega Manjung dekat sini pada Ahad.

Turut hadir, Pegawai FAMA Daerah Manjung, Mohd Fikri Mohd Hashim dan Pengerusi Pasar Tani Mega Manjung, Zulkifli Hashim.

Pengerusi Pasar Tani Mega Manjung Zulkifli Hashim

Menurutnya, selain di Seri Manjung, sebuah kompleks PAKAR turut akan dibina di Gerik di mana saiznya lebih besar lagi berbanding di sini iaitu mampu memuatkan seramai 200 orang peniaga.

Sementara itu, Zulkifli Hashim berkata, beliau berterima kasih kepada pihak FAMA serta pihak berkuasa tempatan yang begitu prihatin dengan masalah peniaga di pasar tani di situ.

"Sebelum ini kami hanya boleh berniaga sekali sahaja dalam seminggu. Bagaimanapun, dengan siapnya PAKAR nanti, kami boleh mencari rezeki pada setiap hari.

"Kemudahan canggih yang disediakan itu sekaligus mampu menjadikan PAKAR sebagai destinasi baru tarikan pelancong ke daerah Manjung," katanya. – Nooraini Mahamad.

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


THE FLYING KICK: MIMPI NGERI UMNO-BN <b>DI TELUK INTAN</b> TAK <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 02:00 AM PST

Postingnya adalah posting lama tetapi masalah yang sama masih berlanjutan di Changkat Jong serta UMNO Bahagian Teluk Intan. Seperti MERBOK dan SUNGAI PETANI di Kedah, TELUK INTAN di Perak juga nampaknya menjanjikan kegelapan buat UMNO dan Barisan Nasional.

Sehingga bilakah masalah UMNO di Teluk Intan boleh diselesaikan dan sampai bilakah RIAK-RIAK KEMENANGAN UMNO-BN di Changkat Jong boleh kelihatan?

Cuba baca artikel di bawah...

Teluk Intan merupakan sebuah kawasan yang sangat penting dalam sejarah kewujudan Perak sebagai sebuah negeri yang bersultan. Sebelum Kuala Kangsar menjadi Bandar Diraja, pada tahun 1528, di Teluk Intanlah terletaknya istana Sultan Perak. Bagaimanapun, seperti di tempat-tempat lain juga, di mana terletaknya bandar yang menempatkan istana sultan, kawasan itu pasti akan diserbu oleh golongan pendatang. Apatah lagi dengan kedatangan British pada tahun 1874, golongan imigran dibawa masuk bagi menurunkan jumlah rakyat tempatan yang dilihat tidak mesra British, terutama selepas pembunuhan J.W.W.W Birch di Pasir Salak.

Tinggalan sejarah itulah juga yang masih menaungi Teluk Intan sehingga kini. Sekalipun Teluk Intan yang nama lamanya adalah Teluk Mak Intan sebelum ditukar menjadi Teluk Anson tetapi ditukar kembali kepada Teluk Intan merupakan pekan asal Melayu selepas Bandar Baru yang terletak tidak jauh di seberang Sungai Perak, ditinggalkan akibat serangan British, komposisi kaum di Teluk Intan menjadi duri dalam daging.

Terdapat dua Parlimen di kawasan tersebut iaitu Parlimen Pasir Salak dan Parlimen Teluk Intan. Sebahagian besar perkampungan Melayu berada di dalam DUN Sungai Manik yang berada dalam Parlimen Pasir Salak. Manakala di Parlimen Teluk Intan, DUN 'Melayu' hanyalah Changkat Jong yang mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India 27.07% dan lain-lain kaum 0.03%. DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India 14.13% dan kaum lain 0.09%.

Pasir Salak dikatakan kubu selamat buat UMNO memandangkan ketiga-tiga kerusi (1 Parlimen, dua DUN) dikuasai oleh UMNO-BN sepenuhnya. Dua DUN di Pasir Salak adalah DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah. Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi tersebut langsung tidak selamat buat UMNO memandangkan catatan majoriti yang diperolehi untuk Parlimen Pasir Salak, DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah, telah menurun secara drastik pada tahun 2008 berbanding 2004.

Berdasarkan perkembangan terkini, Parlimen Teluk Intan dan DUN Pasir Berdamar tidak mungkin dapat direbut oleh mana-mana parti gabungan Barisan Nasional. Dengan jumlah pengundi berbangsa Cina yang mengatasi pengundi Melayu, sama ada MCA, MIC, GERAKAN apatah lagi PPP sekadar boleh telan asap.

Namun Changkat Jong yang mempunyai pengundi Melayu teramai, sepatutnya berjaya dipertahankan oleh UMNO menerusi wakilnya, Idris Hashim yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan. Ditambah pula dengan jawatannya selaku Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), seharusnya UMNO di Changkat Jong mempunyai imej yang cukup baik.

Beberapa pengumuman telah dibuat, bahkan retreat dan beberapa aktiviti membabitkan PNS turut dilakukan di Teluk Intan, namun ternyata ia tidak menambahkan sokongan daripada masyarakat Changkat Jong, sebaliknya ramai yang melihat tindakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan itu mempunyai motif untuk mempertahankan jawatannya di dalam UMNO dan tidak bertujuan sama sekali untuk memajukan masyarakat!

Idris Hashim bertanding sebagai calon UMNO-BN di Changkat Jong pada tahun 2008. Namun dia kalah di tangan calon PAS, Mohd Anuar Sudin dengan majoriti 899 undi. Walhal pada tahun 2004, calon UMNO-BN, Ir.Onn Hamzah menang dengan majoriti 3,611. Undi rosak pada tahun 2008 juga agak tinggi iaitu 410.

Pengaruh PAS dan PKR di Changkat Jong begitu meningkat. Manakala pengaruh DAP di Pasir Berdamar dan Teluk Intan juga kian bertambah. Malangnya, pengaruh UMNO di Changkat Jong, semakin merosot dan langsung tidak menggigit. Apa sebenarnya yang berlaku sehingga boleh jadi sebegitu rupa, walaupun Changkat Jong suatu ketika dahulu merupakan kawasan kubu kuat UMNO?

SAMBUNG BACAAN DI PERAK TODAY

Jalan-jalan <b>di Teluk Intan</b> waktu malam - MON MONTANA

Posted: 24 Jan 2012 09:30 PM PST




Menara Condong Teluk Intan.
Cantikkan menara ni diwaktu malam.

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


(Berita Mengelirukan) Sindiket dadah <b>di Kampar</b> tumpas, dadah <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2012 11:39 PM PST


berita dari sinar harian
IPOH - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri ini apabila merampas dadah bernilai lebih RM9.2 juta dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses dadah di Taman Malim Nawar, Kampar, Jumaat lepas.

Serbuan pada pukul 9 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak itu turut menahan seorang wanita yang ketika itu sedang memproses dadah di rumah terbabit, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemui 46.2 kilogram serbuk dipercayai ecstacy, 126 gm ketamin, dua botol plastik mengandungi cecair dipercayai asid, alat penimbang, ketuhar dan alat memproses dadah.

Keseluruhan berat dadah yang dirampas boleh menghasilkan 462,000 biji pil ecstacy yang dianggar bernilai lebih RM9.2 juta, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas dan menyita sebuah kereta jenis Toyota-Vios bernilai RM40,000 daripada wanita berkenaan.

Beliau berkata wanita berusia 31 tahun itu kini direman selama tujuh hari, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B akta Dadah Merbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Mohd Shukri berkata berdasarkan siasatan, polis percaya dadah yang diproses itu adalah untuk pasaran di negeri ini dan sindiket itu beroperasi sejak tiga bulan lepas.

Polis masih mengesan suspek lain yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah itu selain mengenalpasti sama ada ia membabitkan sindiket di luar negeri ini, katanya.- Bernama

berita dari berita harian online
IPOH: Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun dan merampas serbuk ecstasy serta ketamin yang mampu menghasilkan 462,000 pil ecstacy yang nilai pasarannya dianggarkan bernilai RM9.2 juta. 
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, berkata serbuan dilakukan di sebuah rumah di Taman Malim Permai, Malim Nawar dekat sini, Jumaat lalu.
kawasan yg sama tapi taman lain²
berita dari sinar harian tulislah taman malim nawar , malim nawar .kampar. nanti org ingat taman malim nawar tu dekat pekan kampar.
taman malim nawar- perumahan bawah
taman malim permai- perumahan atas(rumah besar²)
tak tahu taman yg mana satu

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


(Berita Mengelirukan) Sindiket dadah <b>di</b> Kampar tumpas, dadah <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2012 11:39 PM PST


berita dari sinar harian
IPOH - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri ini apabila merampas dadah bernilai lebih RM9.2 juta dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses dadah di Taman Malim Nawar, Kampar, Jumaat lepas.

Serbuan pada pukul 9 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak itu turut menahan seorang wanita yang ketika itu sedang memproses dadah di rumah terbabit, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemui 46.2 kilogram serbuk dipercayai ecstacy, 126 gm ketamin, dua botol plastik mengandungi cecair dipercayai asid, alat penimbang, ketuhar dan alat memproses dadah.

Keseluruhan berat dadah yang dirampas boleh menghasilkan 462,000 biji pil ecstacy yang dianggar bernilai lebih RM9.2 juta, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas dan menyita sebuah kereta jenis Toyota-Vios bernilai RM40,000 daripada wanita berkenaan.

Beliau berkata wanita berusia 31 tahun itu kini direman selama tujuh hari, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B akta Dadah Merbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Mohd Shukri berkata berdasarkan siasatan, polis percaya dadah yang diproses itu adalah untuk pasaran di negeri ini dan sindiket itu beroperasi sejak tiga bulan lepas.

Polis masih mengesan suspek lain yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah itu selain mengenalpasti sama ada ia membabitkan sindiket di luar negeri ini, katanya.- Bernama

berita dari berita harian online
IPOH: Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun dan merampas serbuk ecstasy serta ketamin yang mampu menghasilkan 462,000 pil ecstacy yang nilai pasarannya dianggarkan bernilai RM9.2 juta. 
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, berkata serbuan dilakukan di sebuah rumah di Taman Malim Permai, Malim Nawar dekat sini, Jumaat lalu.
kawasan yg sama tapi taman lain²
berita dari sinar harian tulislah taman malim nawar , malim nawar .kampar. nanti org ingat taman malim nawar tu dekat pekan kampar.
taman malim nawar- perumahan bawah
taman malim permai- perumahan atas(rumah besar²)
tak tahu taman yg mana satu

Stories of The World&#39;s

Posted: 09 Feb 2012 03:14 PM PST


Sindiket ekstasi RM9.2 juta tumpas

Posted: 09 Feb 2012 03:00 PM PST

MOHD. SHUKRI (kiri) menunjukkan sebahagian dadah dan peralatan memproses dadah yang dirampas di Malim Nawar di Ipoh semalam.
MOHD. SHUKRI (kiri) menunjukkan sebahagian dadah dan peralatan memproses dadah yang dirampas di Malim Nawar di Ipoh semalam.

IPOH - Satu sindiket memproses dan mengedar dadah jenis pil ekstasi dipercayai antara yang terbesar di Lembah Kinta tumpas dalam serbuan polis di Malim Nawar, Kampar dekat sini pada 3 Februari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan makmal dadah di Taman Malim Permai, Malim Nawar itu pihaknya berjaya merampas dadah bernilai hampir RM9.2 juta.

"Sebanyak 46.2 kilogram serbuk disyaki ekstasi yang mampu menghasilkan 462,000 pil dadah jenis sama berjaya dirampas.

"Seorang wanita berusia 31 tahun dipercayai anggota sindiket yang bersendirian di dalam rumah itu semasa serbuan turut diberkas," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Balasan yang setimpal bagi orang yang melakukan kesalahan dan merosakkan kehidupan masyarakat

Enam beranak hidup menumpang di surau

Posted: 09 Feb 2012 10:46 AM PST

NORMALIZA bersama empat orang anaknya ketika ditemui di surau Taman Rinting, Pasir Gudang semalam
NORMALIZA bersama empat orang anaknya ketika ditemui di surau Taman Rinting, Pasir Gudang semalam

PASIR GUDANG - Gara-gara suami tiada kerja tetap dan sukar mendapat pekerjaan menyebabkan enam beranak terpaksa hidup merempat.

Itulah yang dialami pasangan Muhammad Shah Abdullah, 34, dan Normaliza Mustafa, 33, bersama empat anak mereka, Nor Diana Shafiza, 9, Muhammad Shariz Daniel, 8, Muhammad Shafiz Daniel, 7, dan Muhammad Aiman Daniel, 1.

Mereka sekeluarga sejak Selasa lalu terpaksa menumpang teduh di sebuah surau di Taman Rinting, Masai di sini.

Sebelum ini, mereka sekeluarga menyewa di sebuah rumah di Flat Tasek 64, Bandar Seri Alam sejak setahun lalu tetapi dihalau tuan rumah ekoran gagal menjelaskan sewa bulanan berjumlah RM270 sebulan yang tertunggak selama tiga bulan.

Keadaan mereka sekeluarga yang tidur di tempat solat bahagian luar surau amat menyedihkan kerana tidur beralas tikar tanpa bantal dan selimut.

Sejak dihalau keluar dari rumah sewa selepas Tahun Baru Cina lalu, tiga anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Alam 1, Bandar Seri Alam terpaksa ponteng sekolah.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Ramai yang menghulurkan bantuan apabila ada kempen bantuan untuk warganegara luar,sedangkan di negara sendiri masih ramai yang memerlukan bantuan tetapi tidak dipedulikan oleh masyarakat

Ketua sindiket penipuan internet bernilai RM10 bilion diberkas

Posted: 09 Feb 2012 06:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua sindiket penipuan antarabangsa terbesar menggunakan internet berpangkalan di Pulau Pinang, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion, dikenali sebagai Huang berjaya diberkas Polis Taiwan.

Difahamkan Huang ditahan di lapangan terbang Tai Joo, Taiwan pada 22 Januari lalu sebaik tiba dari China setelah polis Taiwan menggunakan 10 warga Taiwan, yang ditahan di Malaysia, untuk memujuk Huang pulang ke negara itu.
Kejayaan penangkapan Huang ekoran satu serbuan ke pangkalan pusat penipuan internetnya di Pulau Pinang pada 6 Januari lalu hasil kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan polis Taiwan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan ia merupakan kejayaan polis dalam membanteras penipuan melalui internet melibatkan sindiket antarabangsa.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya.

Pada 6 Jun tahun lalu, polis berjaya menahan 37 orang dalam dua serbuan serentak di Pulau Pinang yang dipercayai terbabit dengan sindiket yang lebih dikenali sebagai "Penipu Macau" dan diketuai seorang warga Taiwan.

Tempat berkenaan dijadikan pusat membuat panggilan kerana polis menemui beberapa peralatan khidmat komunikasi termasuk, komputer riba, moderm, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit di situ.
Media melaporkan mereka yang ditahan dalam serbuan itu ialah lima orang rakyat Malaysia, 22 warga China dan 10 rakyat Taiwan cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank.

Sindiket itu, yang beroperasi sejak 2010, telah berjaya menipu ramai warga China secara memperdayakan mereka supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.

Cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank.

Mereka memberitahu mangsa bahawa akaun bank atau kad kredit mereka (mangsa)telah diceroboh oleh pihak ketiga dan wang dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya tidak dipindahkan ke akaun lain.

Difahamkan kesemua warga Taiwan yang ditahan itu telah diekstradisi ke negara mereka oleh Polis Taiwan untuk membantu siasatan

kredit : Bharian.com.my

Info Gallery - Tiada guna punya wang yang banyak jika tidak dapat membawa kebahagiaan

CEO Paling Top Tapi Gagal 2011

Posted: 09 Feb 2012 04:30 AM PST

CEO Paling Top Tapi Gagal Untuk 2011
Sejak kebelakangan ini, prestasi ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi peneraju industri teknologi maklumat sering menjadi perhatian khususnya bagi para pelabur yang sentiasa memikirkan keuntungan. Bagi 2011, terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.

Yahoo!: Carol Bartz
Yahoo!: Carol BartzCarol Bartz telah diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Yahoo pada 13 Januari 2009 sehingga dia tidak menyangka dipecat pada 6 September 2011 kerana gagal untuk mengukuhkan prestasi perniagaan syarikat tersebut. Beliau menerima pemecatan itu dari satu panggilan telefon yang dibuat oleh pihak lembaga pengarah setelah para pelabur mula mempersoalkan kredibilit Carol Bart dalam membaik pulih urusniaga Yahoo. Sebelum Carol Bartz memulakan karier di Yahoo, beliau dengan jayanya telah menjadi pengerusi eksekutif bagi syarikat Autodesk, Inc, malah dia juga turut menyandang pelbagai jawatan penting yang lain di syarikat yang sama selama 14 tahun sebelum meletak jawatan pada April 2006 untuk meneruskan kerjaya bersama Yahoo. Kini tempat Carol Bartz telah digantikan oleh Scott Thompson di mana sebelum ini Scott Thompson menerajui syarikat perkhidmatan bayaran dalam talian - Paypal sebagai presiden. Dalam email terakhir yang dihantar oleh Carol Bartz kepada pekerja, selain mengucapkan terima kasih beliau juga turut meluahkan perasaan terkilan kerana dipecat melalui panggilan telefon.

Microsoft: Steve Ballmer
Steve BallmerSebelum ini Microsoft merupakan salah satu syarikat teknologi yang kukuh & sukar disaingi oleh pemain industri yang lain. Tahun demi tahun sehingga 2011, prestasi Microsoft yang diterajui oleh kian Steve Ballmer sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) kian goyah. Kini Microsoft mengalami pelbagai masalah bagi melariskan pelbagai produk mereka selain perisian sistem operasi Windows & Office yang sememangnya mempunyai sambutan. Prestasi jualan produk Xbox masih mempunyai keyakinan dikalangan pelabur walaubagaimanapun Microsoft masih jauh ketinggalan malah kerugian bagi produk telefon & komputer tablet. Malah pelaburan bagi enjin carian Bing juga masih tidak memberi impak yang positif untuk menyaingi enjin carian Google. Isu ini menyebakan Microsoft kian kehilangan para pelabur. Ballmer yang mula menerajui Microsoft sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) sejak Januari 2000 telah gagal dalam beberapa aktiviti pelaburan & penyelidikan. Ballmer juga turut gagal dalam proses pengambilalihan syarikat Yahoo yang pernah dikatakan sebelum ini, bertindak dari kegagalan tersebut Microsoft telah membuat perlaburan dengan membeli syarikat Skype pada harga USD8.5 billion yang turut mengundang kontroversi khususnya daripada pelabur. Selain itu, hala tuju bagi produk sistem operasi seterusnya iaitu Windows 8 masih lagi kabur di hal ini sekali lagi tidak dapat meyakinkan para pelabur menyebabkan produk itu dijangka akan menerima nasib seperti Windows Vista.

Nokia: Stephen Elop
Stephen ElopSambutan yang dingin bagi produk Windows Phone 7 memberi impak prestasi jualan yang negatif bagi Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Nokia iaitu Stephen Elop. Pihak Nokia menangguhkan projek Meego yang sepatutnya adalah platform seterusnya bagi produk mereka malah terus bekerjasama dengan Microsoft dengan harapan dapat mempercepatkan penghasilan produk telefon mereka. Pada 11 Februari 2011, Microsot & Nokia telah mengumumkan bahawa Windows Phone akan menjadi platform utama bagi telefon pintar Nokia sepenuhnya, sebaliknya produk yakni Windows Phone 7 juga gagal memasuki pasaran mengikut jadual. Oleh yang demikian pihak Nokia telah melancarkan produk telefon berasaskan platform MeeGo tetapi tidak dijual bagi pasaran di Amerika Syarikat & German. Hal ini sedikit sebanyak merencatkan prestasi perniagaan syarikat tersebut dan tindakan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Nokia - Stephen Elop itu menimbulkan pelbagai spekulasi. Pada dasarnya, Stephen Elop ingin membawa kejayaan masa depan Nokia seiring dengan kepercayaan kepada Microsoft selaku rakan kongsi teknologi tetapi strategi itu ternyata meleset kerana Microsoft sendiri turut mempunyai pelbagai masalah.

Groupon: Andrew Mason
Andrew MasonFaktor utama Groupon menolak tawaran pengambilalihan dari Google adalah kerana Andrew Mason - Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Groupon mempunyai keinginan yang lebih dari apa yang ditawarkan iaitu mengumumkan Tawaran Awam Permulaan (IPO) di mana untuk meraih lebih keuntungan. Walaubagaimanapun Groupun berjaya disenaraikan di Bursa Nasdaq pada 4 November 2011, hasrat tersebut tidak semudah yang disangka setelah terdapat beberapa polisi yang tidak mengikuti peraturan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (US SEC). Kewangan Groupon semakin rapuh setelah Andrew Mason menarik wang perlaburan sebanyak USD28 juta malah rakan kongsi lain yang turut mengeluarkan USD380 juta daripada pusingan pembiayaan syarikat ini. Hal ini telah menyebabkan para pelabur kian hilang keyakinan untuk melabur dalam syarikat ini. Memburukkan keadaan, sekeping memo yang ditulis oleh beliau dituju kepada pekerja Groupon menafikan kontroversi yang berlaku dan menyalahkan pihak lain telah mengundang musibah. Seterusnya pihak Groupun telah membatalkan promosi Tawaran Awam Permulaan (IPO) untuk seketika bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Kesempatan ini diambil oleh pesaing seperti Living Social dan Google untuk merapatkan jurang persaingan mereka dengan Groupon.

AOL: Tim Armstrong
Tim ArmstrongSesungguhnya AOL amat terdesak mengharapkan Huffington Post dan TechCrunch untuk memberikan prestasi syarikat yang lebih baik dan seterusnya meyakinkan para pelabur. Kandungan maklumat, hiburan & media bukanlan di antara faktor yang diutamakan dalam hala tuju pembaharuan AOL di mana mereka perlukan lebih dari itu untuk berdaya saing pada masa kini. Sejak Carol Bartz dipecat dari Yahoo, ramai penganalis meramalkan bahawa Tim Armstrong adalah yang layak untuk menduduki kerusi Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Yahoo tersebut. Menurut InvestorPlace, pegangan saham AOL menurun sebanyak 34% pada 2011 di mana para pelabur mula hilang keyakinan bagi urus niaga berasakan internet ini. Masalah utama yang dihadapi AOL adalah sama seperti Yahoo iaitu para pelawat laman web & pengiklan yang makin berkurangan.

HP: Leo Apotheker
Leo ApothekerLeo Apotheker dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Hewlett-Packard sejak November 2010 dan meletak jawatan pada 22 September 2011 di mana menyebabkan syarikat kerugian USD30 billion dalam permodalan pasaran. Pemegang - pemegang saham Hewlett-Packard mula berasa kurang senang setelah tindakan Leo Apotheker agar Hewlett-Packard membeli pada harga yang tinggi sebuah syarikat pembuat perisian - Autonomy. Untuk mengembalikan kepercayaan di kalangan para pelabur, Leo Apotheker mengumumkan produk terbaru iaitu - TouchPad yang diberi kepercayaan untuk memberi saingan yang serius dalam urus niaga teknologi komputer tablet ini. Walaubagaimanapun pada 18 Ogos 2011, Hewlett-Packard mengumumkan untuk memberhentikan sokongan operasi bagi peranti webOS khususnya produk peranti yang menggunakan sistem operasi ini yakni TouchPad & telefon. Manakala sokongan & pembangunan bagi perisian webOS tetap diteruskan. Disebabkan oleh hal ini, pegangan saham Hewlett-Packard mula susut hampir sebanyak 25%. Walaupun Leo Apotheker berkhidmat kurang dari 11 bulan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Hewlett-Packard, beliau turut menerima pelbagai jenis pampasan sebanyak lebih dari USD26 billion walaupun menyebabkan kerugian lebih dari USD30 billion.

sumber asal : gombug.net

Info Gallery - Syarikat besar pun boleh rugi apalagi yang kecik.

Kren patah, hempap empat kereta

Posted: 09 Feb 2012 03:46 AM PST

INSIDEN kren di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan jatuh menghempap sebuah kereta dan serpihan besi juga merosakkan dua buah kereta (gambar bawah), yang diletakkan berdekatan di Jalan Binjai, Kuala Lumpur, hari ini.
INSIDEN kren di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan jatuh menghempap sebuah kereta dan serpihan besi juga merosakkan dua buah kereta (gambar bawah), yang diletakkan berdekatan di Jalan Binjai, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Empat buah kereta rosak teruk apabila sebuah kepala kren terjatuh di kawasan pembinaan bangunan pejabat 35 tingkat berhampiran Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Ampang Park di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu menyebabkan kerosakan terhadap kenderaan yang diletakkan di kawasan itu membabitkan sebuah Perodua Kelisa, Proton Wira dan Proton Satria.

"Sebuah lagi kereta pacuan empat roda, Toyota Lexus, yang sedang melalui kawasan itu remuk teruk di bahagian belakang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Tiada kemalangan jiwa berlaku.
Khirudin berkata, bomba masih menyiasat punca kren itu patah bagi memastikan aspek keselamatan bangunan berkenaan terjamin.

"Semua aktiviti pembinaan di bangunan itu dihentikan sementara sehingga pengesahan keselamatan selesai," katanya.

Seramai 15 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Pusat Jalan Hang Tuah dan Balai Bomba Chow Kit dihantar ke tempat kemalangan selepas mendapat panggilan pada jam 1.20 tengah hari.

Pemandu kereta Toyota Lexus itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Eric, 52, berkata beliau amat terkejut dan agak trauma kerana masih merasai hentaman kuat serpihan kren yang jatuh di bahagian kiri belakang bumbung keretanya ketika melalui kawasan berkenaan.

"Saya sedang memandu di jalan itu dan ternampak sesuatu jatuh di depan. Saya cuba mengelak, tetapi kereta saya terkena juga serpihan kren sehingga remuk bahagian bumbung, pintu dan belakang kereta saya," katanya.

kredit : Bharian.com.my

Info Gallery - Pihak pemaju perlu mengutamakan keselamatan pekerja dan orang ramai ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan

Bungkus bayi dalam plastik

Posted: 09 Feb 2012 01:00 AM PST

DI SINI...Fredly (kanan) menunjukkan lokasi dia menemui bayi perempuan berkenaan.
DI SINI...Fredly (kanan) menunjukkan lokasi dia menemui bayi perempuan berkenaan.

TAWAU: "Mujur kami meronda sejam sekali, kalau tidak bayi ini pasti jadi habuan anjing yang banyak berkeliaran di sini," kata pengawal keselamatan, Fredly Suman, 40, yang menemui bayi perempuan masih bertali pusat ditinggalkan di kaki lima bangunan berhampiran pejabat Jabatan Air di Tanjung Batu, di sini, awal pagi semalam.

Menurut Fredly, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dia bersama rakannya, Umar Emat, 55, sedang melakukan rondaan di kawasan itu sebelum melihat satu bungkusan plastik di siar kaki bangunan terbabit.

"Pada mulanya, saya menyangka plastik ini berisi sampah dibuang penduduk atau digonggong anjing.

"Tetapi, sebaik membuka plastik ini, saya terkejut melihat wajah bayi yang comel," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Katanya, bayi perempuan itu kemudian menangis tanpa henti menyebabkan dia dan rakan membawanya ke pondok pengawal sebelum menghubungi polis.

Fredly berkata, dia melihat bayi itu seolah-olah kelemasan dalam plastik dengan berbantalkan kain batik ketika membuka bungkusan berkenaan.

"Sebaik dikeluarkan, saya lihat bayi ini masih bertali pusat namun keadaannya seperti sudah dimandikan dengan rambut disisir rapi serta tiada kesan darah di badan," katanya.

Fredly berkata, sepanjang bekerja di kawasan itu sejak 18 tahun lalu, kejadian itu pengalaman pertamanya.

"Mujur saya cepat membuka ikatan plastik itu, jika tidak sudah pasti bayi itu akan mati kelemasan atau menjadi mangsa anjing liar," katanya.

"Selama ini saya hanya membaca kejadian sebegini melalui media, tak sangka pula turut mengalaminya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, bayi itu dipercayai baru dilahirkan serta berada dalam keadaan sihat dan polis yakin ia baru ditinggalkan di kawasan itu sebelum ditemui pengawal keselamatan berkenaan.

"Buat masa ini, bayi yang cukup sifat ini ditempatkan di Hospital Besar Tawau dan berada dalam pengawasan pihak hospital," katanya pada sidang media di pejabatnya.

Ibrahim berkata, polis sudah menjalankan siasatan termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan dari Unit K9 bagi mengesan individu yang membuang bayi itu.

"Mereka yang bertanggungjawab perlu diberkas dan dihadapkan ke mahkamah.

"Polis meminta kerjasama mana-mana hospital, klinik bersalin atau mereka yang mengetahui kejadian ini supaya menghubungi polis dengan segera," katanya.

kredit : Hmetro.com.my

Info Gallery - Masyarakat kembali mengamalkan gaya hidup jahilliah,akhirat kelak tempat yang seadil-adilnya dan setiap perbuatan akan ada balasannya

kemaruk raba sesama lelaki

Posted: 08 Feb 2012 11:00 PM PST

TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit
TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit

KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.

Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.

Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.

Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.

Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka 'kemaruk' meraba lelaki lain.

kredit : hmetro.com.my

Info Gallery - Dunia akhir zaman,perbuatan pelik dianggap kebiasaan

Amukan jiran

Posted: 08 Feb 2012 10:00 PM PST


KUALA LUMPUR: "Saya menjerit dan berdiri di belakang suami ketika kami diserang jiran yang bersenjata rantai besi dan topi keledar," kata Siti, 33, cedera dipukul jirannya yang berang selepas insiden kemalangan kecil membabitkan dirinya dan suami serta isteri jirannya.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi di Setiawangsa, di sini, kelmarin, pasangan terbabit tergamam apabila jirannya memecah pintu rumah sebelum menyerang mereka.

Menceritakan semula kejadian, Siti, penyelia sebuah pusat beli-belah berkata, sebelum diserang, dia bersama suami yang menunggang motosikal pulang ke rumah dilanggar motosikal ditunggang isteri jirannya.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu berlaku pertengkaran beberapa minit sebelum suaminya meredakan keadaan dan mereka pulang ke rumah kerana motosikal mereka hanya mengalami kerosakan kecil.

"Sangkaan saya kejadian itu sudah selesai meleset apabila tiba-tiba jirannya itu mengamuk dan menyerang kami selepas dimaklumkan isterinya mengenai kemalangan kecil itu.

"Saya yang ketika itu memasak terkejut apabila terdengar dentuman kuat dari luar pintu rumah. Ketika itu, suami berada di ruang tamu sebelum melihat jiran meluru masuk dan memukulnya," katanya.

Siti berkata, lelaki terbabit yang berusia 30-an kemudian melibas rantai besi hingga terkena badan suaminya, malah dia yang berada di dapur meluru keluar membantu, namun turut dipukul lelaki terbabit yang seolah-olah hilang pertimbangan.

"Walaupun puas kami menyuruh jiran itu bertenang dan berbincang, namun lelaki terbabit tidak mempedulikannya sebaliknya semakin ganas menyerang kami.

"Selepas beberapa minit kami cuba mempertahankan diri, akhirnya lelaki itu berhenti sebelum melarikan diri," katanya.

Menurutnya, akibat serangan itu, mereka cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

"Saya tidak sangka hanya kerana salah faham menyebabkan dia menyerang kami dan bertindak ganas memecah pintu rumah.

"Saya dan suami hingga kini masih trauma, tambahan pula ini kali pertama ia berlaku," katanya.

Bimbang dengan keselamatan diri dan tidak mahu kejadian sama berulang, mereka membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak untuk tindakan lanjut.

kredit : Hmetro.com.my

Info Gallery -Berbincang untuk menyelesaikan masalah, tindakan melulu hanya akan merugikan diri dan memburukkan keadaan

Misteri kematian Patrick Wong?

Posted: 08 Feb 2012 08:00 PM PST

Keratan Utusan Malaysia 20 November 2009
Keratan Utusan Malaysia 20 November 2009

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Pengendali portal berita Free Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendakwa kematian ahli perniagaan, Datuk Patrick Wong Kie Yik yang terjatuh dari balkoni rumahnya pada 19 November 2009, sebenarnya dibunuh.

Lebih mengejutkan, Raja Petra mendakwa kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor.

Katanya, ia berdasarkan pertemuan antara beliau dengan mendiang di United Kingdom pada Oktober 2009 atau sebulan sebelum kejadian itu, di mana Patrick telah berjanji untuk mengumpul maklumat mengenai penyelewengan pasir untuk disiar dalam Free Malaysia Today.

Jelas Raja Petra, beliau percaya tiga perompak bersenjata parang yang memecah masuk rumah mendiang di Bukit Bandaraya, Bangsar, adalah pembunuh yang diupah oleh pihak yang terbabit dalam penyelewengan pasir kerana bimbang isu rasuah tersebut didedahkan Patrick.

"Seorang kawan baik saya telah dibunuh dan saya ingin tahu mengapa. Sekarang, selepas hampir tiga tahun, saya memiliki bukti yang akan mendedahkan cerita 'rasmi'. Sumber dalaman memberitahu saya ia bukan rompakan, ia satu pembunuhan berkait dengan perniagaan.

"Ini kerana selepas pertemuan di United Kingdom, Patrick meminta tempoh sebulan untuk mengumpul maklumat mengenai sindiket perlombongan pasir di Selangor, bererti pada November saya boleh mula menyiarkan pendedahan itu tetapi ia tidak berlaku.

"Beberapa minggu kemudian, Patrick dibunuh. Polis kata mendiang maut kerana terjatuh tetapi laporan bedah siasat mendapati kematiannya disebabkan kecederaan di kepala dan leher (seperti dicekik)," dakwanya seperti mana dipetik dari http://www.freemalaysiatoday.com.

Dalam kejadian pada 19 November 2009 lalu, Patrick, 57, yang ketika itu berada dalam bilik komputer dilaporkan maut apabila terjatuh daripada balkoni, ketika cuba menyelamatkan diri selepas panik melihat dua daripada tiga perompak menyerbu tingkat atas rumahnya.

Bagaimanapun, anak perempuan dan lelaki Patrick yang masing-masing berusia 18 dan 25 tahun serta pembantu rumah tidak diapa-apakan, sebaliknya perompak hanya melarikan dompet mangsa berisi USD300 (RM1,018) dan telefon bimbit milik anak perempuan mendiang.

Dalam pada itu, sebagai memperjuangkan kematian sahabat baiknya itu, Raja Petra berikrar akan mendedahkan segala bukti rasuah dan penyelewengan pasir yang didalangi beberapa pemimpin pakatan pembangkang selepas tiga tahun beliau mengumpul maklumat.

Ujarnya, tindakan tersebut demi memberi penghormatan kepada Patrick kerana mendiang semasa hayatnya menentang aktiviti rasuah dan penyelewengan pasir di Selangor yang seolah-olah 'dihalalkan' walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui perkara itu.

"Sekurang-kurangnya saya dapat memberi penghormatan kepada mendiang walaupun sedar dengan risiko nyawa yang terpaksa saya hadapi tetapi jika apa yang berlaku pada Patrick terjadi ke atas saya, ia mengesahkan apa yang saya kata (pembunuhan) tentang mendiang," dakwanya.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Jika benar terdapat bukti dan saksi,pihak polis perlu membuka fail siasatan yang lebih teliti didalam kes ini

2 cek RM4j kepada Sosilawati tak ditunai

Posted: 08 Feb 2012 07:00 PM PST

SHAH ALAM - Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu tertuduh pertama N.Pathmanabhan telah mengeluarkan dua cek berjumlah RM4 juta untuk dibayar kepada jutawan kosmetik itu tetapi kedua-duanya tidak ditunaikan.

Pengurus operasi Hong Leong Bank cawangan Banting, Yvonne Tiong Guat Choo, 39, berkata, dua keping cek bertarikh 9 September 2010 itu adalah daripada akaun peribadi Pathmanabhan untuk dibayar kepada Southern Symphony Sdn. Bhd., syarikat yang dimiliki oleh Sosilawati.

"Merujuk kepada penyata akaun Hong Leong Bank atas nama Pathmanabhan, kedua-dua cek itu tidak ditunaikan sehingga 15 September 2010," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani.

Yvonne Tiong memberi keterangan pada hari ke-66 perbicaraan kes Pathmanabhan yang merupakan bekas peguam, serta tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, serta pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, dituduh melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Berjumpa ditempat terbuka atau dipejabat untuk urusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak

Pelanggan leka judi terkejut

Posted: 08 Feb 2012 05:00 PM PST


SEREMBAN – Polis menyerbu tiga premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian siber, dalam Ops Judi Ciber, di sini, malam kelmarin.

Hasil serbuan dilancarkan serentak oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri itu, sebanyak 65 set komputer yang diubah suai menjadi mesin perjudian haram berjaya dirampas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, serbuan bermula kira-kira jam 11.30 malam itu diadakan di dua lokasi berasi­ngan iaitu di Temiang dan Rasah.

"Seramai 25 lelaki dan empat wanita warga tempatan yang leka berjudi ditahan. Tiga lelaki tempatan dipercayai penjaga premis juga ditahan untuk membantu siasatan.

"Mereka berusia lingku­ngan 20 hingga 40-an terkejut ketika serbuan kerana tidak menyangka kehadiran polis membuat pemeriksaan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, semua pelanggan dibebaskan selepas keterangan diambil.

"Selain komputer, turut dirampas wang tunai RM3,038 dipercayai kutipan hasil perjudian daripada tiga premis terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi setiap mesin yang dirampas atau penjara lima tahun jika sabit kesalahan," katanya.

Hamdan berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Pusat Hiburan yang membawa hukuman denda minima RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun sekiranya sabit kesalahan.

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Banyak lagi perniagaan yang halal yang boleh diceburi,judi hanya akan menjatuhkan ekonomi dan menambah sikap pemalas Umat Islam

Lelaki dituduh cederakan isteri guna mancis

Posted: 08 Feb 2012 04:00 PM PST


Wan Mustafa Mamat, 40, didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan itu terhadap Rohana Abdullah, 40, pada jam 9.30 malam, di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh di sini, 2 Februari lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Dalam perkembangan sama, Wan Mustafa turut menafikan tuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki 0.2 gram heroin ketika ditahan, 3 Februari lalu.

Kedua-dua kes pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Hafiz Abd Rahman di hadapan Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor.

Kes disambung semula 4 Mac depan, sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki memukul isterinya dengan kerusi sebelum mencucuh mata kiri wanita itu dengan api sehingga melecur selepas mengamuk kerana tidak diberikan wang dipercayai untuk membeli dadah.

Dia bagaimanapun ditahan polis selepas anak perempuan mereka yang berusia 19 tahun membuat laporan polis pada jam 7.45 malam, keesokan hariny

kredit : sinarharian.com.my

Info Gallery - Ramai yang tidak memahami konsep sebenar perkahwinan,lelaki sepatutnya membimbing dan melindungi isterinya,bukan sebaliknya

TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Wanita Ditahan Dipercayai <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2012 09:00 PM PST

09/02/2012 13:00:00

Seorang wanita ditahan bersama lebih 46 kilogram dadah jenis ecstacy.

Nilai rampasan dadah itu dianggarkan melebihi sembilan perpuluhan dua juta ringgit.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata rampasan, - hasil serbuan polis di sebuah rumah di Malim Nawar, Kampar 3 Februari lalu.

Turut dijumpai dalam serbuan 126 gram ketamin, dua botol plastik dipercayai asid dan ramuan menghasilkan ecstacy.

Pelbagai peralatan digunakan untuk memproses bahan larangan ini turut dirampas.

Polis percaya dadah diedar ke sekitar Perak dan Lembah Kelang.

Wanita berusia 31 tahun yang ditahan dalam serbuan itu kini direman seminggu hingga esok.

Kes disiasat mengkut Seksyen 39B Akta Dadah berbahaya 1952.

Sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Gerakan mengesan ahli kumpulan terbabit giat dilakukan.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Warna Kehidupanku |Kueh Bangkit|: Menjala <b>di Bota</b>

Posted: 05 Feb 2012 06:32 AM PST

Balik kampung baru ni sempena cuti 4 hari Maulidurrasul dan Thaipusam, abang ambil kesempatan utk menjala di bendang kt Bota. Alahai bendang tu blkg rumah aje. Tapi anak tuan rumah pun tak pernah masuk dlm bendang, menantunye pula yang gian nak ke bendang, maklum le, suami teman ni orang kampung aje, dah jenuh berkubang mase kecik2 dulu. Kira kali ni lepas rindu menjala le tu. Yang best nye, Opah teman langsung tak sangka yang suami teman terer menjala, mengagau dan etc yg sewaktu dgnnya, Opah ingat kami beli ikan, bila dia dengor abang yang jala ikan, tersangat la Opah kagum! katanya "gheti kamu menjala ye Zun, cucu2 opah hagham soghang pun tak gheti, nama aje oghang duk kampung"....muahahah! Suami teman sangat le kembang mendengo nye!.

p/s: Zun adalah panggilan mesra manja oleh Opah kat abang, jenuh lidah nye nak nyebut Zul! tak maunye!
Gambar kabur sikit sbb dah maghrib dah time tu, jadi kene le adjust sikit brightness gambar ni.
Alhamdulillah, ni la hasil jalaan abang ptg tu. Merasa la sikit sorang bagi sikit kat opah dah jiran.

itu la lebih kurang size tangan ikan

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


ZambryAbdKadir Merasmikan Kedai Rakyat 1 Malaysia <b>Di Bagan</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 07:06 PM PST


Baru-baru ini Kulaan menerima panggilan telefon daripada bonda Kulaan di kampung. Agak lama juga Kulaan tidak menghubungi bonda kerana kesibukan kerja di hujung tahun. Namun, panggilan bonda kali ini ada kelainan. Bonda Kulaan bagi tau Datuk Seri Zambry, MB Perak ada datang ke kampung halaman Kulaan di Bagan Serai.
Kulaan kata biasa la kalo MB Perak datang, kan kerja dia melawat kawasan dalam Perak. Tapi bonda Kulaan kata lawatan MB Perak kali ini berbeza sebab dia rasmikan "Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)". Apa? 'KR1M' ada kat Bagan Serai. Biar betul? Pekan kecil sebelum di hujung sempadan utara negeri Perak dah ada 'KR1M'.
Bagan Serai merupakan pekan kecil dalam Daerah Kerian yang terkenal sebagai 'Jelapang Padi Perak' kerana keluasan sawah padinya. Majoriti penduduknya berkerja di sawah atau lebih dikenali dikalangan penduduk setempat sebagai "bendang" atau berkaitan dengannya. Mereka ini terdiri daripada etnik Melayu yang berasal dari BanjarMasin ratusan tahun dahulu. Keadaan taraf hidup masyarakat di sini bukanlah boleh dikatakan sebagai "mewah" sekadar biasa-biasa sahaja.


Namun, dengan kehadiran "Kedai Rakyat 1Malaysia" ini memberi peluang kepada penduduk sekitar Bagan Serai, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Selingsing, Bukit Merah, Gunung Semanggol, bahkan penduduk Parit Buntar dan Taiping menikmati barangan 'KR1M' yang murah harganya berbanding di pasaraya-pasaraya besar yang ada.
Sudah tentu dengan kehadiran 'KR1M' ini dapat mengurangkan beban perbelanjaan penduduk setempat dan rakyat negeri Perak amnya dalam membeli barangan harian. 
Pemilihan MB Perak untuk membuka 'KR1M' di pekan kecil ini amat bertepatan dengan objektif 'KR1M' yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib, PM kita. Semoga bukan ini satu sahaja 'KR1M' yang dibuka di negeri Perak. Alangkah baiknya 'KR1M'  dibuka disetiap pekan kecil agar 'nikmatnya' dapat dirasai oleh rakyat biasa atau orang kebanyakkan.


Sumber Gambar : PerakToday

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Our Wonderful Simple Life: Kenduri <b>di Taiping</b>

Posted: 16 Jan 2012 05:00 PM PST

Musings of a Mualaf: SEPETANG <b>DI TAIPING</b>

Posted: 21 Dec 2011 06:16 AM PST

Syukur alhamdulillah, anak-anak dah makin besar, sihat dan aktif. Menguruskan mereka berdua serentak bukan mudah; memerlukan kesabaran dan ilmu.

Umur Ikram dah 18 bulan, Ihsan 5 bulan dan Ummi mereka pula 491 bulan, huhu. (Abah mereka kata umurnya rahsia, sshhhh.. tak boleh habaq.)



tak mau.. tak mau posing.. uhuk, uhuk

lariii.....panjat


Abah, tak mau gambil foto lagi.. Ikram dah letih, nak balik..

Yang lucunya, Ihsan yang disangkakan mungkin akan meragam pula yang diam dan 'control macho' sepanjang hari. 

"Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar."[surah al-Anfal ayat 28]

PASPB: PANAS!!! Najib kena serbu <b>di Taiping</b>, muka Zambry merah <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2012 07:59 PM PST

Lawatan Najib dan Zambry Kadir di sekitar Taiping bermula malam tadi berakhir dengan adegan tidak puas hati oleh saudara Simon Uthaya Kumar (berbaju kelabu cerah) kerana beliau mendakwa telah ditumbuk dan ditendang oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) semasa berurusan di pejabat MPT pada 12 Januari 2012.

Beliau mengambil kesempatan ini untuk meluahkan ketidak puasan hati terhadap pentadbiran MPT kepada Najib dan Zambry yang kononnya mendengar dan menyelami hati rakyat.

Sdr Simon Uthaya Kumar yang juga pesara tentera telah membuat satu laporan polis di sini pada hari kejadian beliau dikasari pihak MPT.

Bagaimanapun, Zambry terkedu kerana Simon mendakwa kakitangan kerajaan negeri yang telah memperlakukannya sedemikian membuatkan Najib turut buat-buat terkejut.

Kejadian ini disaksikan puluhan rakyat yang berdemonstrasi di hadapan bas yang membawa Najib dan rombongannya yang tiba dari Kerian, Perak, hari sebelumnya.

Zambry yang panik terus merah padam mukanya kerana tidak menyangka ada yang berjaya membuat demonstrasi sebaik Najib tiba!