Sabtu, 3 November 2012

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Kulaan Niring: Puaka Niring : Misteri Laluan Berhantu <b>Di Behrang</b> <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 05:04 AM PDT

Kemalangan maut yang meragut dua nyawa di laluan 'berhantu' di Kilometer 114, Jalan Behrang-Tanjung Malim di sini, 19 April lalu, menyebabkan penduduk sekitar semakin bimbang keselamatan mereka.
Kerisauan itu turut dikongsi penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), yang berulang-alik antara politeknik itu dan Bandar Behrang 2020 iaitu tempat rumah sewa mereka.
Difahamkan, beberapa kemalangan serius turut berlaku sebelum ini di laluan berkenaan yang hanya berada kira-kira 100 meter dari PSAS.
Tinjauan mendapati laluan maut itu lebih berbahaya bagi pemandu yang datang dari arah Behrang terutama pada waktu malam kerana tiada lampu jalan.
Justeru, penduduk dan pengguna berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera menangani laluan maut itu termasuk mencadangkan supaya PBT meluruskan jalan berkenaan.

Jika kerja meluruskan jalan memerlukan kos besar, mereka berharap PBT memasang lampu dan membuat papan tanda amaran kepada pengguna jalan raya.
Seorang penduduk yang berulang-alik dari Tanjung Malim ke Slim River, Mohd Rozaidi Ramli, 34, berkata, laluan berdekatan PSAS itu memang berbahaya terutama pada ketika hujan dan malam.
Katanya, ketiadaan lampu pada waktu malam di selekoh itu boleh mengundang kemalangan terutama pemandu yang pertama kali melalui laluan itu kerana mereka tidak sedar keadaan sebenar laluan itu.
"Ini kerana laluan itu agak bercerun dan kebimbangan lebih terasa setiap kali berselisih dengan kenderaan terutama lori besar yang dipandu laju," katanya.
Beliau berkata, PBT juga perlu memasang papan tanda amaran sebagai ingatan kepada pengguna jalan raya sebelum laluan itu supaya pengguna berhati-hati dengan memperlahankan kenderaan ketika melalui laluan itu.
Katanya, rimbunan pokok di tepi jalan di sepanjang selekoh itu juga perlu ditebang dan diselenggara supaya pemandu yang datang dari arah Tanjung Malim dapat melihat dengan jelas kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Kek Perkahwinan <b>di</b> Kampung Tersusun Tasek, <b>Bercham</b> - Fondant <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2012 07:09 PM PDT

Kami mementingkan kualiti dan keenakan coklat. Oleh yang demikian kami memilih jenama coklat yang sedap dan enak dari Beryl's Chocolate dan Barry Callebaut Malaysia. Produk coklat dari jenama ini telah disahkan halal. Jadi para pengguna sekalian tak perlu lagi risau..:D

PILIH JENIS COKLAT

1. Milk Chocolate Compound
2. Dark Chocolate Compound
3. White Chocolate Compound

WARNA PUN BOLEH PILIH JUGAK...mengikut tema masing-masing :D

Pink
Merah
Kuning
Hijau
Deep Orange
Biru

* Kalau nak warna lain pun boleh beritahu yer..(jika ada) :D

Pilih 'Chocolate Pattern'

1. Lollipop (Sila lihat gambar di bawah)
2. Love
3. Rose / Flower
4. Leaf
5. Shell
6. Fruit (Nenas)
7. Kipas
8. Fish / Butterfly / LadyBird / Bear / Cat Face / Rabbit Face
9. Nombor ( 0-9 )
10.Huruf ( a-z )
11. Keretapi / Kereta/ Kapal ( XXL )

PILIH INTI

1. Tiada Inti
2. Almond
2. Hazel
3. Peanut Butter
4. Kismis

PERISA

Kebiasaannya bagi LOLLIPOP CHOC boleh diletakan perisa jika mahu la...:D

1. Strawbery - sesuai bagi yang berwarna merah/pink
2. Jagung - sesuai untuk semua warna
3. Pandan - sesuai bagi yang berwarna hijau
4. Orange - sesuai bagi yang berwarna oren
5. Vanilla - sesuai bagi semua warna
6. Laici - sesuai bagi semua warna
7. Coffee
8. Cappucino

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


PM Lancar Gagasan NAJ1B <b>Di Lumut</b> Hari Ini

Posted: 18 Oct 2012 01:28 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Okt - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan "Gagasan NAJ1B", iaitu lanjutan kepada pendekatan Gagasan Aman Jaya yang selama ini dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Gagasan NAJ1B yang merupakan akronim kepada Gagasan Negeri Aman Jaya 1Malaysia Bersatu, cetusan idea Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dilancarkan sempena program Jamuan Janji Ditepati, di Lumut hari ini, lapor Bernama.

Majlis itu merupakan antara beberapa acara yang dihadiri Perdana Menteri sempena lawatan beliau ke Teluk Intan, Seri Manjung dan Lumut.

Zambry berkata Gagasan NAJ1B akan memperkukuh lagi slogan "Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir" dalam memastikan semua rakyat mendapat nikmat daripada limpahan kemakmuran negeri di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Beliau berkata gagasan itu juga merupakan terjemahan kepada pendekatan 3P iaitu Padang, Perasaan dan Penyelesaian yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

"Melalui pendekatan-pendekatan ini, pada akhirnya, rakyat yang hidup aman dan berjaya akan menyumbang kepada pencapaian matlamat negara Malaysia yang bersatu padu melalui konsep 1Malaysia," katanya.

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


12 rumah kedai musnah dalam kebakaran <b>di Kampar</b> | Berita Terkini <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 09:13 PM PDT

KAMPAR: Sebanyak 12 rumah kedai sederet musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian dianggar lebih RM400,000 di sini, awal hari ini.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Kampar Zainuddin Mat Daud berkata dalam kejadian jam 1.45 pagi tadi, dua orang yang tinggal di sebuah kedai terbabit berjaya menyelamatkan diri.

Kebakaran membabitkan empat unit kedai kopi, dua kedai runcit dan satu unit kedai yang dijadikan stor menyimpan sayur-sayuran, manakala selebihnya kosong, katanya di sini.

Beliau berkata empat jentera dengan 30 anggota digegas ke tempat kejadian namun ketika tiba deretan kedai yang dibina dengan papan terbabit sudah musnah 95 peratus.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengawal sepenuhnya kebakaran, katanya.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/15


Article source: http://www.hmetro.com.my/articles/12rumahkedaimusnahdalamkebakarandiKampar/Article/

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


BFG <b>Bukit Merah</b> will be closed on 3rd Nov. Business to resume on <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2012 11:06 PM PDT

frosTEE
Super Active Golfer
Super Active Golfer

Posts: 1049
Join date: 2009-06-20


PostSubject: BFG Bukit Merah will be closed on 3rd Nov. Business to resume on 5th Nov   Fri Nov 02, 2012 2:06 pm

Dear GRians,

Due to a power shut down on 3rd of Nov(Sat), the den will be closed and business will resume on 5th Nov (Mon).

Sorry for any inconvenience caused.

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b> | Free MalaysiaKini

Posted: 03 Nov 2012 01:14 AM PDT

Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.

Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.

"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.

Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".

Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.

Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.

Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.

ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.

NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

Biaqpila™: Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b>

Posted: 03 Nov 2012 01:32 AM PDT


Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.

Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.

"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.

Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".

Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.

Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.

Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.

ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.

NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

MK

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Orang ni: Buat ceramah tiada sambutan, UMNO <b>Bukit Gantang</b> edar <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2012 09:27 AM PDT


Parlimen Bukit Gantang hari ini agak panas sikit walaupun cuaca hujan sebelah awal petang,dibeberapa tempat di DUN Changkat Jering,DUN Terong dan DUN Kuala Sepetang di dapati terdapat beberapa banner provokasi dinaikan oleh pihak yang dipercayai geng tiada thulur….UMNO le tu…..hehehe…
Tak cukup dengan banner-banner yang memaparkan ayat-ayat bodoh,yang amat mudah diteka dari pihak mana yang buat, berpuluh ratus keping CD dan risalah di campak tinggal dilokasi-lakasi yang tidak wajar.
Ada ke patut CD yang bertajuk "Realiti Politik Melayu Islam" yang konon-nya untuk Ahli PAS ditinggalkan disurau-surau sekitar Bukit Gantang.
Aku dah lama tengok isi cerita CD tu….biasa la..filem 1 jam lebih  yang  terang-terang dari kerja UMNO. Isinya hanya sentuh hal melayu khususnya di Perak. Semua fakta dan sumbernya 100% auta kelentong UMNO semata-mata..hehehe..
Kenapa sekarang UMNO Bukit Gantang semakin sasau..???
Ini kerana UMNO Bukit Gantang sudah  semakin senak thulur. 
Siri-siri ceramah yang UMNO buat di Bukit Gantang ketara tiada sambutan, aku sendiri dapat tengok keadaan  beberapa ceramah UMNO yang sempat aku pegi skodeng…hehehe…
UMNO konon-nya nak lawan ceramah PAS yang jaraknya amat dekat dengan lokasi yang mereka pun buat ceramah.
Disebabkan nak bagi ramai datang...terpaksa UMNO buat ceramah dalam kenduri..makan free, silap-silap duit poket 20 hinggit pun dibaginya..hehehe...
Malangnya kehadiran tetap tak ramai...indah sound sistem dari suara pengerusi UMNO  je..hehehe....
Lagi satu yang bestnya  ialah dalam ceramah UMNO tersebut  juga ditayang CD yang sama juga seperti yang di edarkan hari ini.
Kan dah kantoi…hehehe…kata untuk Ahli PAS saja…tapi yang pasang kat ceramah UMNO tu apa kejadahnya….hehehehe…
Nampaknya Ketua UMNO Bukit Gantang YB Rosli dah semakin kelam kabut sekarang, media TV arus perdana dan media cetak pun dah tak boleh dijadikan senjata UMNO. Ramai yang tak percaya.
Buat ceramah pun tiada sambutan dan sekarang buat kerja bodoh sebar provokasi murahan…tapi kantoi….hehehe….
Menurut sumber hari ini beberapa laporan Polis telah dibuat berkaitan kejadian ini. 
Gambar-gambar kantoi UMNO Bukit Gantang

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


sepetang <b>di KUALA sepetang</b>.. - EmIenAqil

Posted: 27 Sep 2012 05:00 PM PDT

As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!!
sepetang di K.U.A.L.A sepetang.. ;)
Alhamdulillah!!!
Bertemu lagi kita di hari yg penuh barakah ini..
Syukur Ya Allah!!
Diberi kesihatan yg baik..
Amin!!!!!!!!
Hari ni hari last berkerja..
Semangat weihhhhhh nak cuti 2 hari.. ;)
Yeayyyyyyyyyyyyy!!!
Hari ni penutup entry untuk minggu ni..
Minggu ni complete ibu bercerita direct 5 hari berturut2..
Dah lama bebenor rasanya blog ni jadi suam2 kuku..
Kejap ada cite kejap x ada cite..
Sunyi sepi tanpa berita..
Hari2 mesti ada jer ceritanya.. ;)
Insya'allah!!!!
Lepas ni ibu akan usahakan bercerita macam dolu2 balik yer.. ;)
Hari ni jom kita sambung cite kami hari minggu yg lepas..
Kuala Sepetang Taiping @ 23/9/2012
Tujuan asal kami ke Taiping hari tu.. ;)
Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang..
Tuan kecik yg sabar menanti.. ;)
Sambil nongkat dagu lagi.. ;D
Tuan besar & tuan separuh besar..
Pon sabar menanti..
Sama jer aksi dua beranak tu..
Bukan deme sedor ibu snap picca ni..
Masing2 melayan perasan & keroncong di perut yg makin menjadi2 ler tu.. ;p
Sejarah tu kan?!!
Nama asal kawasan ni.. ;)
Tuan kecik kita bila dah mula bosan..
Dia x duduk diam ler dah..
Ada ler yg nak dibuatnya..
Jangan kamu nak kamuk2 kat tengah2 medan tu udah sayang..
Kang terjun laut lak ibu..
Tuan separuh besar yg x jemu2 melayan tuan keciknya..
X pernah jemu melayan.. ;)
Mengusik je lebih sebenornya tu.. ;p
Manalah makanan ni lambat benor sampainya..
Pose mahal dari atok & opah..
Bila direnung wajah yg makin dimamah usia ini..
Hati jadi sayu.. ;,(
Moga Allah swt berikan ruang & kesempatan untuk kami berbakti pada mereka..
Hingga ke saat2 terakhir mereka..
Awat muka Paksu ada pantulan nih?!!!
Paksu pakai pencuci muka apa lak ni?!!
Abeh nek jerawat satu mukanya..
Haaaaaaaaaaaaaa!!
Paksu udah ada awek erkkkkk..
Orang semua pakai baju merah dia warna biru putih..
Makan kat sini memang menu utamanya berasaskan udang ler..
Memang feberet si Aqil Naim ler.. ;p
X payah nak berebut2 lagi dah..
Hah!!!!
Makan ler puas2 yer.. ;)
Opah with Mee Udang nya..
Nyummy3!!!!
Baca bismillah dulu opah.. ;)
Mee Udang Special Mak Jah Kuala Sepetang.. ;)
Bila Mee Udang menjadi menu pilihan si tuan puteri..
So kerja tuan putera pulak mengupas kulit udang untuk santapan si puteri yer.. ;p
Sama juga dengan putera ai yg sorang ni..
Tapi sedap lagi Udang Goreng Tepung tadi..
Cuma kami x sempat order Udang Goreng Sambal jer hari tu..
Nampak gaya kena datang lagi tu.. ;p
Menu atok & Paksu..
Nasi Goreng Udang Special..
Udangnya ada tersorok dibawah timbunan nasi2 tu..
Keow Teow Goreng Udang Special..
Nampak x udang di celah2 tu?!!!
Dia terintai2 jer tunggu masa nak dibaham..
Sambil menunggu si putera2 idaman Malaya menghabiskan makanan masing2..
Sebab makanan diorang sampai lambat..
Kami si puteri dah kenyang perut..
Ibu layankan si putera sorang ni bergambor..
Layan memek2 muka dia tu yer.. ;)
Hah!!!!
Ni awatnya ni?!!!
Tetiba jerk..
Ni aksi model iklan Colgate ke apa?!!! ;)
Nasib gigi semua cukup & cantik..
Eh!!! Tapi gigi Aqil Naim jarang2 ler..
Aksi mulut senget benget.. ;)
Hah!!!!
Tu nak tiru aksi mulut itik yg tengah top tu ler yer..
Tapi awat macam itik serati jer sayang?!!!
Muahahahahha!!!
Apapun kamu tetap comel nak oiii.. ;)
Ok untie2 semua..
Saya dah kenyang..
Alhamdulillah!!!
Masuk2 kete..
Saya rasa nak tido jer..
Tapi untie2 semua jangan ingat saya terus balik Ipoh lepas tu tau..
Ada lagi citer seterusnya..
Kita sambung minggu depan yer..
Insya'allah!!!!
Kami kemana lepas tu?!!! ;)

Nota Si Jari Runcing ~Hari ni ibu halfday.. Lepas kaum2 lelaki solat Jumaat kami nak gerak ke Banggi.. Nak jemput opah yg tamat kursus hari ni.. Teringin sangat nak jumpa kawan2 yg ada sekitar area2 sana.. Insya'allah!!! Ibu cuba contact sapa2 yg ibu ada senarai contact nya.. Sebab nak janji jumpa tu ibu x berani.. Takut nanti sampai2 sana waktu tu x berkesempatan nak menyelit2.. Opah dah siap2 ada plan kat sana.. Ada makan2 besar ngan big2 half of opah family.. Ntah apa ler speking london nih.. Aiyooooooooo!!! Ok nanti kita sambung cite lagi erk.. Take care semua.. Selamat bercuti!!! ;)~

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


Pecah Berita! Calon pru13, Nazri Aziz Bakal Tersingkir Untuk <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 01:54 AM PDT

Bakal disingkirkan kerana tidak mendapat kepercayaan 
penduduk tempatan di padang rengas.

Kuala Lumpur - by @tiewnama. 
Pelbagai maklumat sulit ditujukan kepada tim era pasca telah sampai, 
melalui beberapa maklumat penting ini, umno bahagian padang rengas yang mana 
maklumat telah di bocorkan oleh wisma putra mendapati ketua umno bahagian iaitu 
dato sri nazri aziz akan hilang jawatan sebagai ahli parlimen kerana beliau didapati 
menjadi second winnable di kawasannya, 

apapun pemberi maklumat ini yang akan kami rahsiakan mengikut akta kerahsiaan 
pemberi maklumat atau whistle-blower kesatuan bloger bloger politik 1malaysia 
rakyat di dahulukan menteri di kemudiankan memberitahu bahawa calon boleh 
menang di kawasan padang rengas adalah ketua pemuda umno di kawasan itu  untuk 
di angkat ke parlimen malaysia, 

ketua pemuda umno bahagian padang rengas ismail nordin di dapati mendapat 
tempat di kebanyakkan kawasan kawasan di sana kerana umum tahu anak muda 
masa kini lebih tertarik kepada calon muda yang lebih lantang dan berkarisma, 
pertembungan 2 penjuru ini melibatkan keseluruhan umno cawangan padang rengas 
dengan menamakan ketua pemuda bahagiannya iaitu ismail nordin sebagai calon 
untuk parlimen padang rengas pasca pru13. 

tim muhyiddin ini akan di senaraikan sebagai calon muda yang berkemampuan 
untuk salah 1 kerusi parlimen bagi keseluruhan 166 kerusi parlimen yang Barisan Nasional 
yakini boleh menang. berita selanjutnya menyusul. perebutan kerusi parlimen ini bakal
menyaksikan tim najib akan cuba menyekat tim muhyiddin.

1Malaysia Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan. 
Winnable Candidate bagi BN padang Rengas untuk Parlimen.

by @tiewnama - Rahsia Calon Pembangkang Juga Ada Pada UMNO kata Adnan Mansor.
kahkahkahkah


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Masjid <b>Bidor</b> sudah boleh diguna – Perak Today

Posted: 13 Nov 2010 03:19 PM PST

Kariah masjid di Bidor kini lega apabila pembaikpulihan Masjid Al-Muhtadin siap sepenuhnya, kelmarin.

Pengerusi Masjid Al-Muhtadin, Yahya Othman berkata, sebelum ini masjid yang sudah berusia lebih 100 tahun itu telah menjalani proses naik taraf.

Namun katanya, atas beberapa perkara tidak dapat dielakkan tempoh membaik pulih masjid itu mengambil masa agak lama.

"Kariah masjid di sini tidak dapat menggunakannya dalam tempoh hampir dua tahun kerana berlaku kerja pembaikpulihan dan kini sudah boleh digunakan selepas semua kerja selesai," katanya pada majlis penyerahan membaik pulih dan menaik taraf Masjid Al-Muhtadin, Bidor kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri, Datuk Dr Safry Kamal Ahmad; Pegawai Daerah Batang Padang, Razali Bakar dan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad.

Yahya berkata, penambahbaikan masjid itu melibatkan belanja hampir RM800,000 dan disiapkan dalam tempoh setahun lapan bulan.

Katanya, pada asalnya, peruntukkan sebanyak RM357,000 diterima untuk menambah baik bahagian belakang masjid itu, tetapi kerana agak uzur menyebabkan pembinaan baru perlu dilaksanakan dan ditambah sebanyak RM400,000 lagi.

"Ini menyebabkan berlaku masalah membaik pulih yang melibatkan tempoh masa agak lama dan menimbulkan pelbagai persoalan," katanya.

Sementara itu, Mohd Khusairi berkata, pihaknya berharap jawatankuasa kariah masjid dapat menggunakan wang tabung untuk membaik pulih tandas lelaki.

"Saya difahamkan tabung masjid ini mempunyai peruntukkan mencukupi bagi membaik pulih tandas lelaki yang sudah uzur itu.

"Masjid ini akan menjadi tumpuan umat Islam yang hendak menunaikan solat kerana terletak di kawasan strategik dan mudah disinggahi," katanya.