Khamis, 5 April 2012

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Seorang Maut, Kereta Bertembung, Terbakar ! |

Posted: 03 Apr 2012 09:54 PM PDT

JAWI – "Pesanan isteri meminta saya menguruskan anak-anak sebelum keluar bekerja awal pagi semalam merupakan permintaan terakhir sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Pada 2 Mac lalu juga merupakan tarikh terakhir kami menyambut ulang tahun perkahwinan dan hasil perkahwinan sejak sembilan tahun lalu kami dikurniakan tiga cahaya mata," kata Mohd Khuzairi Zaini, suami kepada Rosmalia Ishak, 37, yang maut dalam kemalangan awal pagi semalam.

Rosmalia maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan awal pagi semalam di Jalan Bukit Jawi Golf, di sini.

Mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Viva maut di tempat kejadian manakala lelaki yang memandu kereta jenis Satria Neo, Mohd Zaidi Hashim, 38, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.

Kejadian yang berlaku pada jam 8 pagi semalam itu turut menyebabkan kereta yang dipandu Mohd Zaidi terbakar hampir 60 peratus.

Suami mangsa yang ditemui di Hospital Sungai Bakap berkata, kali terakhir dia bertemu isterinya pada jam 7 pagi semalam sebelum mangsa keluar ke tempat kerja.

"Isteri saya akan melalui jalan terbabit sejak dua tahun lebih untuk ke tempat kerjanya di Institut Kemahiran Tinggi Perda di Sungai Kechil, Nibong Tebal.

"Bagaimanapun, sejam sejurus isteri keluar meninggalkan rumah, saya dihubungi pihak pengurusan Perda dan diberitahu mengenai kematiannya," katanya yang berkhidmat sebagai anggota bomba di Bandar Perda.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, berkata, dalam kejadian awal pagi semalam, satu kemalangan maut berlaku di Jalan Bukit Jawi Golf dan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki terbakar hampir 60 peratus.

Seorang maut, kereta bertembung, terbakar

"Mangsa, Rosmalia Ishak dan menetap di Bandar Perda maut di tempat kejadian akibat tersepit manakala pemandu kereta jenis Satria Neo, Mohd Zaidi Hashim mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di ICU Hospital Seberang Jaya," katanya.

Rosmalia meninggalkan seorang suami dan tiga anak perempuan dengan masing-masing Shafiyatul Amyza, 9, Syaza Adriana, 6, dan Sofia Arisa, 7 bulan.

Jenazah Rosmalia akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak.

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


<b>Gopeng</b> ~ Budak Benteng

Posted: 05 Apr 2012 03:37 AM PDT

Gopeng ialah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 20 km dari Ipoh, ibu negeri Perak,Malaysia. Gopeng juga terkenal dengan gua batu kapurnya, Gua Tempurung. Gua ini berada sejauh 5 km dari pusat bandar.

Infrastruktur Utama

Pasar Besar Gopeng
Medan Purnama
Pejabat Pos Gopeng
Balai Polis Gopeng
Stesen Bas Gopeng
Matrikulasi Perak
RTC
RPGC

Gaya Hidup

Masyarakat Gopeng sememangnya sangat bertuah kerana dikelilingi tiga bandar besar yakni Ipoh (utara), Kampar (selatan) dan Batu Gajah (barat). Seperti pekan-pekan biasa yang terletak di luar rangkuman bandaraya, kehidupan di Gopeng tidak begitu sibuk pada hari-hari biasa termasuklah hujung minggu.

Kehidupan di Gopeng dihidupkan lagi dengan kehadiran pasar-pasar pagi dan juga pasar malam. Pasar pagi di Gopeng dibuat pada hari Selasa atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Lambak Selasa. Istilah ini telah digunakan sekian lama khususnya masyarakat Rawa atau Orang Rao di Gopeng. Pada hari Jumaat pula, pasar malam pula diadakan di Gopeng.
Kebanyakan penduduk Gopeng akan menuju ke Ipoh untuk menghabiskan waktu malam hujung minggu mereka di mana lebih banyak tempat untuk membeli-belah dan bersantai.

Demografi

Lebuh daripada separuh penduduk Gopeng adalah berketurunan Cina (lebih kurang 60%). Industri perlombongan bijih timah yang pernah maju suatu masa dulu telah menarik kemasukan orang Cina untuk bekerja dan menghuni Gopeng.
Penduduk Gopeng terdiri daripada:
Semai
Cina Kantonis
Rawa (Urang Rao)
Mandailing
Melayu Perak
Melayu Deli
Tamil
Punjabi
Penduduk Gopeng dianggarkan berjumlah lebih kurang 100,000 orang.
Antara penempatan-penempatan yang terdapat di Gopeng:
Taman Gopeng Jaya
Kampung Pisang
Kampung Rawa
Taman Changkat Golf
Taman Gopeng Indah
Kopisan Baru
Lawan Kuda Baru
Taman Kinta
Taman Gopeng Baru
Kampung Tersusun Kampung Pulai
Kampung Tersusun Gopeng
Kampung Lawan Kuda
Kampung Jahang
Kampung Jelintoh
Kampung Sungai Itek
Kampung Pintu Padang
Kampung Gunung Mesah Hulu
Kampung Gunung Mesah Hilir
Kota Baru Estate (small railway station town)
Kampung Gunung Panjang
Kampung Changkat Tualang
Kampung Changkat Legong
Kampung Redang Sawa

Tokoh tempatan

Antara tokoh yang terdapat di sini ialah :

Dato Aziz Shamsuddin
Akhil hayy
Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Dato Hamzah Kasim
Hang Tuah Hj Din
Dato Hamidah Osman

Asal-usul nama

Ada dua versi bagaimana nama Gopeng boleh wujud.
Gopeng dikatakan nama seorang pelombong berbangsa Cina yang bernama Goh Peng. Goh Peng merupakan seorang rakyat China yang miskin dan cuba membantu keluarganya yang miskin berikutan kebuluran dan bencana banjir besar di wilayah Kwangtung. Goh Peng berjaya menjadi pelombong yang berjaya.

Nama Gopeng dikatakan berasal dari nama sejenis buah pulai yang gopeng, yang bermaksud telah bertebuk oleh tupai dan lain-lain. Di sini memang banyak pokok pulai, malahan terdapat sebuah tempat yang dinamakan Simpang Pulai.
Nama asal Gopeng ialah Gunung Mesah. Beberapa orang penduduk di sini menjadi buruan tentera British semasa Perang Perak 1875.

Senarai Masjid

Masjid al-azim Kampung Gunung Panjang 31600 Gopeng , Perak
Masjid al-mardhiah Kampung Sungai Itek 31600 Gopeng , Perak
Masjid ar-rahman Kampung Gunung Mesah Hilir 31600 Gopeng , Perak
Masjid baru Gopeng 31600 Gopeng , Perak
Masjid jamek Kota Bharu Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
Masjid Kampung Changkat Legong Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
Masjid Kampung Changkat Tualang Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
Masjid Kampung Redang Sawa Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
Madrasah Ihsaniah Kampung Tersusun Kampung Pulai 31600 Gopeng

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Citer WiFe MaT NaVY: First ACT : ALPHA ROUTINE <b>di Lumut</b> - Part 2

Posted: 22 Mar 2012 07:30 PM PDT

;) ALPHA RUTINE.. Asal nampak langit.. Ngko kena lari Kadet!!! Rutine yang sangat digeruni oleh semua yang masih memegang title Pegawai Kadet TLDM..

Citer lama seperti di sini.. baru perasan citer ni tergantung..

Hari pertama (Ahad) :

Hari pertama dinner ngan Regular Intake, RSD dan Rotu UTM kira tak stress lagi. Sebab semua 'request' dibuat oleh DCOD Regular Kadet.. DCOD Rotu USM dan UTM 'accompany' kat meja utama je.. Paling kecut perut time Subby soh seorang regular cadet wat Public Speaking dengan tajuk yang diberikan secara spontan.. Respect kat diorang sebab 'at least' mereka dapat mengemukakan isu / usul walaupun ada yang menggunakan Manglish lengkap dengan huraian.. kalau saya.. without preparation at least 5 minit.. mau jadi patung kat depan khalayak..

7.30 petang : Baris depan Mess.. berkawad ke blok.. Untuk bab solat (sendiri2.. pandai2 la curik masa), prepare untuk 'round' pulak..

8.00 petang : (oh ya.. dalam term navy.. tiada istilah 'malam' sehingga time tido - cam om putih la.. nak tido baru say good night).. Stand by bed.. First day okay la.. walau pun ketar.. first time nak report sensorang kat Subby.. seb bek Subby ni tak sickerning (tak mau sebut nama la..).. Semua Kadet ROTU tak kena apa2 punishment pada malam nih..

9.00 petang : Baris dan kawad lagi ke Mess untuk 'prep hour' bersama2 Regular Cadet dan RSD.. okay la.. berkenal-kenalan.. ketika itu.. kami dari ROTU USM.. ada 4 ladies dan ROTU UTM ada 5 ladies.. carik kengkawan dengan 2 orang ladies Regular Cadet.. di samping menyempurnakan misi mencari baju 'OVERALL' untuk persediaan latihan dan ujian Renang nanti.

11.00 petang : Baris, check strength, report setiap intake kepada DLM.. dan balik.. (Biasa la..ada kadet kena 'pick-up' kena la wat satu dua set..)

11.30 malam : Pipe down (tido time).. semua lampu kena padam la.. dalam gelap tu.. kami mengilatkan segala jenis kasut yang perlu dikilatkan untuk kegunaan esok pagi, kawad dan segalanya.. kul 1.00 pagi jugak baru tido

Hari kedua (Isnin)

4.30 pagi : bangun siap2 untuk EMA (early morning activity).. ingatkan start kul 5.30 pagi rupa2nya.. pada..

4.45 pagi : PTI (Physical Training Instructor) dah menjerit2 dari luar blok soh cepat2 keluar.. terkocoh2 kami dibuatnya.. sementara tu seperti biasa.. sape yang cepat jadi mangsa menunggu yang lambat.. kena la half push-up.. berjurai2 peluh kuar.. tu baru menunggu.. belum lagi aktivitinya..

5.00 pagi : Warming up dan seterusnya dengan mata yang pisat2 sebab tak cukup tido berlari la kami dalam kumpulan mengelilingi Navy Base.. diselangi dengan aktiviti2 punishment sebab step tak sama.. ha ha.. Memang tortured betul la..

6.00 pagi : Sampai blok kena lagi beberapa set.. ikut kan je la... time bersurai berlarian dan bertebaran la kami ke bilik masing menyiapkan diri untuk berbaris semula ke Mess.. mandi.. asal air lalu je kat badan.. tukar baju (bayangkan pompuan pakaian dia je ada berapa helai.. dari yang dalam sampai la kasut.. tapi ladies jugak yang siap awal.. time tu ladies masih pakai skirt bukan nya seluar.. ) siap bawak 'briefcase' lagik

6.15 pagi : Baris, check strength dan kawad ke Mess.. report to DLM.. siap kena beberapa set.. makan pagi (bukan makan.. telan je) make sure 6.50 pagi siap berbaris depan Mess balik.. (ce pikir time ni.. solat tak solat pun dah jadi pertikaian antara kami..)

6.50 pagi : Baris, check strength, report dan terus ke kelas (time tu kelas kat blok seberang jalan KDSI sekarang)

7.00 pagi : Masuk kelas.. amik masa untuk tido.. yang nak 'berasap' pun ada..

7.30 pagi : Start kelas.. di ambil oleh perbagai Instructor (time tu panggilan nye begini la.. sekarang tak tau..)

10.00 pagi : Minum pagi.. Navy nih.. bab hidangan.. memang mantop.. semua sedap (tak tau la.. memang kebulur ke hape)

10.30 pagi : Sambung kelas

12.30 tengahari : Kelas bersurai.. terus kawad ke Mess untuk report dan makan tengahari.. dan bermula lah  detik2 yang sangat menjerih kan.. ha ha.. Dapat DLM yang sangat2 la 'sickerning' ..Nak dapat makan pun susah sangat.. check pakaian, kekilatan kasut segala bagai mak nenek.. sedangkan matahari betul2 kat bawah kepala.. (semua intake lak tu kena kali nih.. termasuk la Regular Cadet..)

1.00 tengahari : baru dapat masuk mess.. part amik makanan memang best!!!... tak de istilah berebut ngan 'Guys' sebabnya..  "Ladies first".. biasa la malu2.. mana nak amik makanan banyak2.. Kalo 'guys'.. amik makanan macam tak makan seminggu...

Nak makan pun tensi lagik!!.. sebab kena tunggu DCOD request kat DLM.. kali nih.. DCOD nye oleh Kadet USM.. giler menggeletak kawan aku tuh!! Tergeliat2 dan tergelincir jek lidah kawan aku tu.. skrip biasa je seperti diajar oleh Senior.. paling tak best time ada request spontan dari Subby.. Sian dia.. dah la English dia sangat lemah.. lama sungguh mengolah ayat sampai kena jerkah ngan Subby... kena punish depan kami semua satu hal.. kami nih.. dah dekat 1/2 jam kat meja masih tak dapat jamah makanan.. sejuk lali nasik kami..

dapat makan pun kena cepat2.. dalam 10 minit je.. rasa2nya macam Ular la pulak.. sume men kunyah dua tiga kali then telan.. sebab..

2.00 petang : Baris dan report lagi.. kena lagik la.. sorang2 ke.. satu kelas ke.. sesuka hati DLM la... kat bawah matahari dan di atas jalan tar.. melecek tangan kengkawan aku (guys la).. Ladies paling kuat pun kena 'half stand'.. tak patut la kena 'star jump' ke 'push up' bagai.. sebab pakai skirt... budak2 sekarang tak tau la.. tak de la sebab tak kena star jump.. uniform berseluar..

3.00 petang : Balik blok dengan berkawad.. chop2 siap tukar PT Rig dengan swimming suit kat dalamnya (Baju Physical Training), baris, check strength dan berlari ke Kompleks Kolam Renang pulak..

3.30 petang : Aktiviti berenang la.. ngaku je la sape yang memang pandai berenang, sape kayu dan sape batu.. masing2 ada PTI masing2... (tak pandai swimming paling tak bernasib baik untuk kali pertama.. sebab kena paksa terjun jugak.. tak pun kena tolak.. baik terjun sendirik kan?!)

tapi seperti biasa.. aktiviti warming up saje dah cukup menjerih kan.. belum lagi ke tepi 'pool'.. he heh.. ini time la ada Ladies amik kesempatan ngaku 'bendera Jepun' sedang berkibar.. tapi saya tidak ye!!! tak pandai hal2 belit membelit nih!!

Citer paling tak best time ni ialah bab pakaian renang wanita.... tak wujud lagi istilah Swimming Suit Muslimah.. antara punca juga kenapa tak ramai student pompuan join Rotu Navy.. Kami berdua ni (yg muslim) paling susah hati.. Seb bek di Koop USM dulu ada jual baju renang design student ITM.. kami lah antara pembeli pertama di USM... okay la... tertutup kemas dari leher sampai bawah lutut.. tapi yang tak best.. bab color.. memang failed (design 90-an).. cam ni la lebih kurang.. dari jauh PTI panggil "Hoi Otoman 2 org tu mai sini!!!".. Otoman kami ni diibarat kan.. sedey woo.. Guys apa lagi.. pakat gelakkan kami lah!!

Time Bravo Rutine.. Regular Ladies yang 2 orang tu minta kami belikan Suit ni pulak.. tapi dah habis pulak sebab dah ramai pompuan Muslim kat USM beli suit ni utk diorg berenang-renang di  Swimming Pool USM

5.30 petang : Kuar dari kolam...sarung baju PT.. kena lagik beberapa set.. kul 6.00 baru settle kena taji.. larik balik ke blok (dah letih.. lari dengan baju dan kasut yang lembab.. berat woo...) tak sempat mandi pun.. dapat cuci serba bdn sesikit kat kompleks renang tu pun dah besar rahmat..

6.15 petang : Baris depan blok.. pakai CV Rig.. berkawad ke Mess..

6.30 petang : sekalik lagi acara taji menaji oleh Subby.. biasalah.. kena pick-up.. kolar baju la.. side ada railway lah.. irish pendant lah.. handkerchief tak berperfume lah.. kasut tak kilat.. dah biasa sangat.. akhirnya kul 7.00 petang jugak baru dapat masuk mess.. kalau nasib tak baik dah Azan Maghrib pun masih kat depan mess tu lagik!!

7.00 petang : Dinner.. torture nye pun sama cam waktu lunch.. atau lebih teruk..

8.00 malam : Stand by bed.. seperti biasa lah.. kena report, kena taji.. starlight la.. commando rest la.. square jump la (sekarang tak bole dah).. jalan itik dari tingkat ke tingkat la.. jadi spiderman la.. forward dan side role la.. (ni sy tak penah kena).. guys cakap sampai muntah monggek sebab pening.. paling tak best kena taji satu intake.. haiyak!!!.. Change parade.. penat ooo..

okay la sampai sini dulu.. next entry pulak.. panjang sangat catitan kali nih!!!

Catitan untuk next N3 Alpha Rutine : 1. Acara taji menaji dan change parade 2. Berkayak ke Teluk Nipah Pulau Pangkor dari Navy base 3. Fire Drill 4. Tips dari Senior lay-out baju dan aksesori - kilat buckle bagai la.. and so on so on lah mana yang teringat nantih!!

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Gathering Blogger Perak <b>di Teluk Batik</b> Memang Sempoi — Blog <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2012 08:54 PM PST

blogger perak
Promosi: Genuine Kaspersky 2012 hanya RM 1.83/bulan

Gathering Blogger Perak. Salam 1Malaysia dan salam sejahtera, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Agak lama juga tak update blog ni, maklumlah cuti tahun baru cina. Balik kampung bukan ada coverage baik punya.

Waktu cuti banyak habiskan masa dengan keluarga, kawan-kawan dan televisyen. Tapi cuti pada kali ini, rasanya banyak habiskan masa dengan geng blogger Perak. Siap join gathering blogger Perak di Teluk Batik memang sempoi habislah.

Rasanya ini merupakan gathering besar yang ketiga oleh blogger Perak, gathering sebelum ini saya tidak dapat join. Maklumlah, tidak kena pada masanya. Oleh kerana yang pertama, sudah pastilah ramai rakan blogger Perak yang baru nak kenal.

Walaupun sebelum ini dah kenal dalam Facebook, tapi tak semua kenal pun. Yang kenal pun dua tiga kerat dari 1000 lebih ahli blogger Perak. Maklumlah, nak lepak lelama layan Facebook je mahu keje tak jalan pula nanti.

Anyway, ini bukan post journal. So saya ringkaskan sedikit secara kesimpulannya, kalau nak baca versi jurnal dari pukul berapa ke pukul berapa nantikan saja jurnal yang saya akan keluarkan kelak.

Secara ringkasnya, gathering blogger Perak yang berlansung di Teluk Batik pada hari Isnin bersamaan 23 Januari yang lepas memang meriah. Walaupun tidak semua blogger Perak yang dapat hadir, tetapi kemeriahan ini dibantu oleh keadaan Teluk Batik itu sendiri.

Maklumlah, waktu cuti tahun baru cina ini. Banyak keluarga mengambil kesempatan membawa keluarga mandi-manda di Teluk Batik. Aktiviti utama pada gathering pada kali ini ialah BBQ dan mandi laut.

Reaksi pertama saya bila pertama kali jumpa geng blogger Perak, memang sempoi habis. Tidak macam gathering lain yang sibuk cerita pasal blog sahaja, blogger Perak dari mula sampai habis gathering asyik bahan membahan demi mengeratkan silaturrahim. Tapi siapa rasa tersentap, harap maaflah jawabnya.

Habis sahaja gathering di Teluk Batik, aktiviti lain yang dilakukan oleh saya dan beberapa blogger yang tinggal ialah pembikinan video khas untuk menyampaikan ucapan hari ulangtahun kepada salah seorang blogger Perak. Kemudian bergerak makan malam di restoran apa pun dah lupa.

Akhir sekali, sesi melalak di pusat karaoke. Tapi saya tak nyanyilah, maklumlah suara tak sedap. Secara ikhlasnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan blogger Perak yang menjayakan gathering pada kali ini. Serius saya katakan, anda semua memang sempoi.

Nota: Nama blogger semua saya tidak masukkan, sebab saya akan tulis satu lagi artikel sebagai jurnal termasuk gambar-gambar. Nantikan ya. :)

ADVERTISEMENT

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kampar</b>

Posted: 04 Apr 2012 09:25 PM PDT

[KLIK] KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Daerah Kampar, Perak Darul Ridzuan :

1. Jurutera

2. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

3. Akauntan

4. Pegawai Kesihatan Persekitaran

5. Penolong Arkitek Lanskap

6. Setiausaha Pejabat

7. Pembantu Tadbir (P/O)

8. Pembantu Akauntan

9. Pemandu Kenderaan

10. Pekerja Awam

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 20 April 2012

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Jeja Tahir: Kapal Korek Bijih Timah - Tg <b>Tualang</b>

Posted: 06 Mar 2012 08:47 PM PST

Negeri Perak ni dahulu kala memang terkenal dengan aktiviti Bijih Timah.Memang tertulis dalam buku sejarah Negara pun.tapi which part kat Perak? Sebenarnya aktiviti bijih timah ni glamour kat area Kinta..Teringat aku masa zaman kecik2 dulu selalu nampak Kapal Korek tapi penggunaannya tidaklah banyak.Zaman sekarang pula jadi tatapan untuk generasi baru je la..

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran Daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar (rumah aku), Gopeng dan Kampar.
Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar. Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management.
Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia. Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.
Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan.
Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan. Tiada bayaran dikenakan.


Layan je la gambo-gambo ni erk..aku tau korang tak penah tgk kapal korek kan?hehehe

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Nota Anak <b>di Jelapang</b> Padi | ~INUNDATED by tHOse SKetches~

Posted: 03 Apr 2012 08:21 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Nota Anak di Jelapang Padi. Bismillah. Assalamualaikum. Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Dan aku bersaksi Muhammad itu RasulNya. Sejak kecil wak pegang dengan syahadah tu. Fahamnya mungkin tidak, tapi ...

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


MAZHA 2010: Kem PLKN Terkok <b>di Sungai Siput</b>, Perak telah ditutup

Posted: 05 Apr 2012 01:07 AM PDT

 

Kem PLKN Sungai Siput ditutup
05/04/2012 2:32pm

KUALA LUMPUR — Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Terkok di Sungai Siput, Perak telah ditutup operasinya susulan kematian seorang pelatih pada 12 Mac lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua jenis latihan air di semua kem PLKN di seluruh negara turut dihentikan serta-merta.

"Kita tidak berkrompomi dan sedaya upaya melaksanakan program bersandarkan "Standard Operating Procedure" (SOP) serta kita akan pastikan jika wujud sebarang permasalahan di mana-mana kem PLKN, tindakan tegas akan ditentukan.

"Justeru saya ambil keputusan bukan sahaja menghentikan latihan-latihan pengairan malah kem PLKN Terkok ditutup dan tidak mengambil peserta untuk pengambilan kali akan datang," katanya menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat, di sini hari ini. — BERNAMA

UMNO Online - Kem PLKN <b>Di Sungai Siput</b> Ditutup Susulan <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 11:17 PM PDT

Kategori Dari Parlimen

Kem PLKN Di Sungai Siput Ditutup Susulan Kematian Pelatih – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 April – Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Terkok di Sungai Siput, Perak telah ditutup operasinya susulan kematian seorang pelatih pada 12 Mac lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua jenis latihan air di semua kem PLKN di seluruh negara turut dihentikan serta-merta.

"Kita tidak berkrompomi dan sedaya upaya melaksanakan program bersandarkan 'Standard Operating Procedure' (SOP) serta kita akan pastikan jika wujud sebarang permasalahan di mana-mana kem PLKN, tindakan tegas akan ditentukan.

"Justeru saya ambil keputusan bukan sahaja menghentikan latihan-latihan pengairan malah kem PLKN Terkok ditutup dan tidak mengambil peserta untuk pengambilan kali akan datang," katanya menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Fong ingin tahu tindakan kementerian terhadap kes tersebut dan sama ada akan  akan menangguhkan PLKN untuk meneliti dan mengkaji pelaksanaannya.

Ahmad Zahid berkata kematian R.Vinoth, 18, itu bukan disebabkan oleh kencing tikus dan perkara tersebut disahkan selepas pemeriksaan makmal dan juga Jabatan Kesihatan Perak, mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria Leptospira.

Namun katanya, tindakan menutup kem Terkok dan menghentikan latihan air adalah bagi menjaga keberkesanan PLKN dan bagi memastikan tidak akan berlaku masalah kesihatan disebabkan oleh kelemahan pentadbiran dan kebersihan.

"Diingatkan, kami tidak akan berkompromi sama ada dengan komandan, jurulatih atau pihak yang menjadi operator mana-mana kem berkenaan sekiranya mereka melanggar SOP," katanya.

Beliau menyifatkan cadangan untuk menangguhkan atau menghentikan terus PLKN hanya kerana berlaku beberapa kematian, adalah sebagai langkah ke belakang.

"Seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Feb lepas dan 19 pelatih meninggal dunia atas faktor lain-lain yang bukan kecuaian kem," katanya sambil menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu), Ahmad Zahid berkata setakat ini seramai 33,591 bekas pelatih telah mendaftar sebagai anggota Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) dan jumlah dijangka terus bertambah dengan adanya kemudahan pendaftaran dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Latihan Khidmat  Negara (JLKN).

Beliau berkata penubuhan BSKN tidak terbatas kepada remaja yang menjalani latihan PLKN sahaja tetapi juga mencakupi bekas pelatih PLKN yang telah dewasa yang masih mahu menyumbang khidmat bakti secara sukarela.

Katanya anggota BSKN boleh digembleng bagi membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pelbagai kejadian malapetaka atau bencana alam seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran.

"Kerajaan akan terus berusaha membina generasi muda bersemangat patriotism tinggi di negara ini dan dengan adanya sikap kesukarelawan dan saling bantu membantu, ia sudah tentu akan memantapkan persefahaman dan perpaduan antara kaum," katanya.

Berita Bertarikh Semalam Pada 2:17 PM

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Ipoh ~ Budak Benteng

Posted: 05 Apr 2012 04:44 AM PDT

Ditubuhkan Sekitar 1880
Kerajaan
- Datuk Bandar Haji Roshidi Hashim
Luas
- Jumlah 248.268 batu persegi (643 km²)
Ketinggian 72 kaki (21.95 m)
Penduduk - Jumlah 710,798
- Kepadatan 2,597.20/batu persegi (1,002.80/km²)
Zon waktu MST (UTC+8)
- Musim panas (DST) Musim Panas dan Hujan (UTC)
Laman sesawang: http://www.mbi.gov.my

Ipoh ialah sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur,George Town, dan Johor Bahru.

Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Dato Roshidi Hashim.

Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.

Kini, "Ipoh" telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Secara sejarahnya, "Ipoh" terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya.

Berikut merupakan fakta-fakta yang boleh diungkapkan dengan kewujudan Bandaraya Ipoh dan serba sedikit mengetahui tarikh-tarikh Ipoh ditubuhkan.

Terdapat beberapa pekan dan bandar disekitar Ipoh di bawah pentadbiran MBI:

Ampang
Bercham
Buntong
Chemor
Cyber City
Falim
Gugusan Manjoi
Gunung Rapat
Ipoh Garden
Jelapang
Kelebang
Lahat
Meru
Menglembu
Pasir Puteh
Pekan Baru
Pekan Lama (Old Town)
Pengkalan
Simpang Pulai
Station 18
Sunway City
Tambun
Taman Cempaka Ipoh
Tanjung Rambutan

Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun terdiri daripada kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh.

Ipoh masih menjadi salah satu bandaraya terbesar di Malaysia,walaupun status bandaraya kedua terbesar di Malaysia itu telah di ambil-alih oleh George Town dan Johor Bahru disebabkan kepesatan pembangunan di bandar-bandar tersebut. Statistik populasi adalah seperti berikut:
Populasi = 710,798
Tangga : Ke-empat terbesar bandar-bandar sekitar di Malaysia.

Kumpulan Etnik di Ipoh

Etnik Populasi Peratus
Cina 451,361 70.0%
Melayu 109,616 17.0%
India 80,600 12.5%
Lain-lain 3225 0.5%

Destinasi Pelancongan

Lost World of Tambun

Merupakan tarikan dari Sunway City Ipoh yang terletak di Tambun, Lost World of Tambun adalah antara taman tema air di Perak.Ia akan membawa anda ke pengembaraan yang penuh dengan keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan.Terletak di antara kawasan rimbunan kehijauan dan batu kapur, Lost World of Tambun menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik sehingga membuatkan anda ingin datang kembali.

Muzium Darul Ridzuan

Muzium ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh yang berhampiran dengan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.Telah dibuka pada tahun 1992 dan bangunan muzium telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu.Ia memaparkan pelbagai jenis artifak menarik yang berkaitan dengan sejarah dan pembangunan bandar Ipoh terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah.

Muzium Geologi

Muzium ini mula ditubuhkan sejak tahun 1957.Ia memaparkan pelbagai jenis mineral, batuan fosil dan batu permata dari dalam dan luar negara.

Tokong Gua

Sepanjang Jalan Gopeng, kelihatan banyak tokong-tokong gua yang merupakan kebangaan Ipoh. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong merupakan antara tokong-tokong ternama di situ. Dinding gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan agama Tao dan Buddha. Do Jalan Kuala Kangsar pula tokong gua yang paling popular adalah Perak Tong.

Tokong Paloh Ku Miew

Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat dilihat daripada jambatan Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) yang memisahkan pekan baru dengan pekan lama Ipoh.

Masjid Panglima Kinta

Masjid ini dibina oleh Dato Panglima Kinta. Masjid ini terletak di pekan baru Ipoh. Masjid ini juga dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi umat Islam bersembahyang dan melakukan Ibadah.

Taman Dr Seenivasagam

Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang lama dibina di Ipoh , sesuai untuk pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika taman diluar negara, iaitu Taman Jepun yang hanya terletak bersebelahan dengan pintu masuk utamanya.

Pusat Membeli-Belah

Terdapat beberapa destinasi membeli-belah di Ipoh, seperti:
AEON Jusco di Pengkalan
AEON Jusco Kinta City
Ipoh Parade Shopping Centre
Greentown Shopping Mall
De Garden Mall, Ipoh Garden
Glamour Square, Bercham
Econsave,Jalan Kampar
The Store,Jalan Kampar
Tesco Hypermarket, Ipoh
Tesco Fresh & Distribution Centre, Simpang Pulai
Tesco Extra, Taman Tasek Indra
Giant Hypermarket, Sunway City
Giant Hypermarket, Bercham
Pengkalan Emas Mall, Station 18
Kompleks Yik Foong
Billion & The Store Supermarkets (sekitar bandar Ipoh)
Festival Walk, Perak Tourism Hub (dalam pembinaan)
Tesco Hypermarket Pengkalan @ Station 18
Tesco Hypermatket, Bandar Baru Kelebang (dalam perancangan)
Mydin Store Meru Raya (dalam pembinaan)
Mydin Store Manjoi (dalam pembinaan)
Mydin Store Ulu Kinta (dalam perancangan)
Kamdar Ipoh
Gerbang Malam
RTC Gopeng

Pembangunan Ekonomi

Kawasan Greentown berdekatan dengan Dewan Bandaraya Ipoh kini semakin menjadi pusat segala hiburan penduduk Ipoh. Dengan pembukaan komersial baru iaitu Pusat Perdagangan Greentown, telah memberi nafas baru kepada Bandaraya Ipoh khasnya. Aktiviti umum di kawasan penempatan baru komersial ini kebanyakannya adalah meliputi restoran-restoran, medan selera, kedai pejabat, bank-bank, pub, bistro dan kafe.

Medan Ipoh Bistari (dikenali sebagai Bandar Baru Medan) adalah kawasan yang menjadi tempat kesukaan ramai remaja di Ipoh. Penduduk bandar Ipoh telah memberi jolokan bagi kawasan komersial ini sebagai 'Bangsar Ipoh' (a.k.a kawasan pop Bangsar di Kuala Lumpur). Bandar Baru Medan terletak bersebelahan dengan Taman Ipoh Timur. Kawasan ini sangat popular kepada muda-mudi dan remaja dimana terdapat kawasan tumpuan dimalam hari, kafe-kafe, kedai kopi (menghidangkan makanan tempatan), pusat hiburan, Campuran kafe F&B (food and beverage), pub-pub, disko, bistro dan terbaru ialah kafe siber.

Taman Tema Air yang pertama di Ipoh Lost World of Tambun dijangka dapat mengubah keadaan di bandaraya Ipoh serta merupakan "Sunway City" versi tempatan (dikaitkan dengan "Sunway City" yang sebenarnya yang terletak lebih kurang 15km ke arah barat Kuala Lumpur). Di dalam "Lost World of Tambun" terdapat juga kolam air panas semula jadi, dimana sangat popular pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Malangnya, kepesatan pergerakan di dalam pusat bandar semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Disebabkan itu, Dewan Bandaraya Ipoh telah memperkenalkan satu aktiviti malam yang dikenali sebagai Gerbang Malam ditengah bandar, di Jalan Dato' Tahwil Azar, juga dikenali sebagai "Night Lane". Ia adalah pasar malam yang biasanya dikunjungi oleh orang ramai, tetapi lebih besar dan masa operasi yang lebih panjang.

Pusat Kesihatan

Hospital Ipoh, merupakan salah satu hak milik penuh kerajaan dan merupakan hospital yang terbesar di Ipoh dan Perak amnya. Ia terletak berdekatan dengan kawasan Fair Park and Pusat Perdagangan Greentown. Tidak jauh dari kawasan Hospital itu, terdapat Klinik Kesihatan Greentown. (juga milikan penuh kerajaan)

Swasta

Selain dari Hospital kerajaan, terdapat juga Pusat Perubatan swasta yang terletak disekitar bandar Ipoh.
Sesetengah darinya terletak didalam dan sekitar bandaraya Ipoh:
Hospital Pakar Ipoh
dikenali juga sebagai Pusat Perubatan Pakar Ipoh
Pusat Perubatan Kinta
Hospital Pakar Komuniti Perak
dikenali juga sebagai Perak Chinese Maternity Hospital, terletak di Jalan Kampar
Terdapat dua lagi Hospital swasta yang terletak di pinggir bandar Ipoh, iaitu di Ipoh Garden (South):
Hospital Fatimah
Pantai Puteri Hospital

Sekolah (Rendah dan Menengah)

Terdapat beberapa sekolah di Ipoh dan juga sekolah yang telah dibina hampir se-abad yang lalu. Diantaranya termasuklah:
Anderson School Ipoh
Anglo-Chinese School Ipoh
Ave Maria Convent
Ipoh International School (IIS)
Methodist Girls School Ipoh
SMJK Perempuan Perak
Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
Sekolah Izzuddin Shah
Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta
Sekolah Kebangsaan Manjoi 1 & 2
Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMARI)
Sekolah Menengah Doktor Megat Khas Ipoh
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh (Main Convent)
Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya Ipoh
Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Dato' Ahmad Said Ipoh
Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Pasir Puteh
Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu
Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia (6J)
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan (SRC)
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh (RPS)
Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun
Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta
Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya
Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA)
Sekolah Menengah Seri Intan
Sekolah Menengah Seri Putera
Sekolah Menengah Sri Ampang
Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator (Sek Men Vokasional Ipoh)
Sekolah Menengah Teknik Ipoh Persiaran Brash
Sekolah Raja Perempuan Taayah
Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh
SM Raja Chulan Ipoh
SMJK Sam Tet Secondary School
SRJK(C) Sam Tet Primary School
SMJK Poi Lam
SJK (C) Poi Lam
SMJK Yuk Choy
SRJK(C) Yuk Choy
SRK La Salle Ipoh
SRK MARIAN CONVENT
St Michael's Institution
Tarcisian Convent
Yuk Choy (SUWA) Independent High School
SJK(T) St. Philomena Convent
Wesley Methodist School Ipoh
SMK PINJI,IPOH
SK Jalan Pegoh,Ipoh

Institut Pengajian Tinggi

Universiti Teknologi MARA Perak
Universiti Teknologi PETRONAS
Institut Teknologi Cosmopoint
Institut Kompas Accountancy and Business College
Kolej WIT
Linton College
Olympia College
Polytechnic Ungku Omar
Sunway College Ipoh
Kolej Poly-Tech MARA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
UniKL RMCP
TAJ College
KERIS College
Kolej Pembantu Perubatan
Kolej Masterskill
Syuen College
Maxwell College
Institut Teknologi Perak
Nursing College Ipoh

Sukan

Terdapat satu kawasan yang luas iaitu di Kampong Simee telah dipilih oleh Dewan Bandaraya sebagai Pusat Sukan. Sukan utama yang popular bagi bola sepak dan sukan-sukan lain, juga bagi acara padang banyak berlaku di Stadium Perak. Bersebelahan Stadium Perak terdapat juga stadium tertutup, iaitu Stadium Indera Mulia, memainkan peranan sebagai hos bagi sukan badminton. Ipoh juga rumah kepada Perak FA .

Berdekatan dengan stadium terdapat Kompleks Sukan Renang yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya. Ia dibuka kepada orang umum dengan kadar harga yang berpatutan (RM1 untuk hari biasa/RM2 untuk cuti umum and hari minggu). Kompleks ini mempunyai kolam bersaiz Olimpik, kolam untuk menyelam, kolam berombak, kolam bersederhana saiz dan kolam untuk kanak-kanak.

Ipoh merupakan tuan rumah velodrom, iaitu dipanggil Velodrom Rakyat. Ia merupakan Velodrom yang pertama di Malaysia dimana ia dibina atas inisiatif Dato' Darshan Singh Gill (sekarang Tan Sri Dato' Seri). Tambahan lagi, Ipoh juga menyerlah sebagai salah satu dari beberapa bandar di Malaysia yang mempunyai "stadium astroturf" untuk sukan hoki, yang dipanggil Stadium Azlan Shah.

Untuk golf pula, padang golf popular yang terdapat di Ipoh ialah Kelab Golf Diraja Perak (sebelah Tiger Lane atau Jalan Sultan Azlan Shah). Kelab Golf Meru terletak di Jelapang. Selain itu, jalan menuju ke Batu Gajah, terletaknya Clearwater Sanctuary golf club.

Tempat bagi sukan-sukan lain termasuklah Kelab Kilat di Pasir Pinji, Padang Ipoh di Pekan Lama, Padang Polo, dan padang polo di Iskandar Polo Club, di Ampang Baru.

Pengangkutan

Jalan Persekutuan: Jalan umum di malaysia menghubungkan Ipoh dengan pekan-pekan sekitarnya dan juga Negeri-negeri lain (seperti pekan Gopeng, dan bandaraya Kuala Lumpur ke arah selatan).
Lebuhraya: Dengan terbinanya Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan dapat bergerak dengan pantas serta lebih efisyen berbanding Jalan umum. Walaubagaimanapun, sesetengah pekan seperti Kampar hanya boleh dihubungi melalui Jalan umum. Pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan terpaksa memilih keluar ke Ipoh dari mana-mana 4 jalan keluar - Simpang Pulai, Ipoh(S) , Ipoh(U) & Jelapang.

Keretapi: Stesen keretapi Ipoh dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya dapat menghubungkan diantara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar berdekatan.
Bas: Termina bas antara-banndar terletak di Silveritage Galleria dekat Jalan Gopeng, berdekatan dengannya ialah Gunung Rapat, selatan Ipoh (dahulunya terletak di Medan Kidd, Pekan Lama).

Udara: Bagi penerbangan udara, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah merupakan satu-satunya lapangan terbang di Ipoh. Ia terletak berdekatan dengan Gunung Rapat. Walaubagaimanapun, lapangan terbang ini hanya memberi perkhidmatana penerbangan domestik (dan satu penerbangan antarabangsa).

Sejak Mei 2006 (bagi Malaysia Airlines) dan September 2006 (bagi AirAsia), penerbangan telah digantung untuk mendarat di Ipoh. Diantara alasan-alasannya ialah jalinan udara yang tidak menguntungkan serta landasan yang terlalu pendek (untuk kes AirAsia).
Penerbangan antarabangsa pula hanya terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (di Lembah Kelang, 200km ke selatan), dimana ia boleh dihubungi di jalan darat oleh bas ekspress (harga lebih kurang RM50 seperjalanan).

Buat masa ini, lapangan terbang Ipoh digunakan oleh satu-satunya syarikat penerbangan Indonesia dan memberi perkhidmatan udara diantara bandar Medan-Ipoh.

Masjid di Ipoh

Masjid di Perak

Masjid Al-Aulia Tembok Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh
Masjid Al-Aulia Tembok Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh
Masjid India Muslim Jalan Senivasagam, 30450 Ipoh
Masjid Jamek Tanjung Rambutan, 31250 Ipoh
Masjid Jamek Ad-Diniah , Kampung Seri Kinta, 31600 Ipoh
Masjid Paloh Jalan Datoh 30000 Ipoh
Masjid Panglima Kinta 30300 Ipoh
Masjid As-Saadah, Kampung Dato' Ahmad Said, 30020 Ipoh
Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy, Ipoh
Masjid Sultan Idris II (Masjid Negeri) Jalan Dato Sagor, 30000 Ipoh
Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3, 30020 Ipoh
Masjid Tayibbin, Kampung Tersusun Tanah Hitam, 31200 Ipoh
Masjid Al-Muttaqin Taman Meru, Jelapang, 30020 Ipoh
Masjid Ahmadiah , Kampung Kepayang, Kampung Sungai Raya, 31300 Ipoh
Masjid Al-huda, Kampung Sungai Tapah 30020 Ipoh
Masjid Idrisiah, Kuala Pari, 31450 Ipoh
Masjid Kampung Kepayang Fair Park]], Kampung Kepayang, 31400 Ipoh
Masjid Raja NazrIn Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan 31350 Ipoh
Masjid Taman Keledang Jaya 30100 Ipoh
Masjid Al-Ahmadiah, Kampung Changkat Larang, Lahat 31500 Ipoh
Masjid Al-Khairiah, Pengkalan Stesyen Lahat, 31500 Ipoh
Masjid Ghufran, Kampung Manjoi, 30020 Ipoh
Masjid Menglembu, Menglembu 31450 Ipoh
Masjid Al-Furqan, Taman Pengkalan Jaya(sppk) 31650 Ipoh
Masjid Al-Rahmaniah, Pengkalan Baru, Kampung Kepayang, 31300 Ipoh
Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh 31500 Lahat Ipoh
Masjid Kampung Pasir Putih 31650 Ipoh
Masjid Sultan Yusuf, Jalan Raja Musa Mahadi, Rapat Setia, 31350 Ipoh
Masjid Kampung Taufiqiyah, Rapat Setia 31350 Ipoh
Masjid Al-Ittiahadiah, Kampung Tengku Hussein Baru, Taman Silibin, 30020 Ipoh
Masjid Jamil Al-Kholidi, Kampung Sengat, Sungai Raya, 31300 Ipoh
Masjid Kampung Melayu, Sungai Rapat,31350 Ipoh
Masjid Sultan Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam 31350 Ipoh
Masjid As-Syakirin, Kampung Tersusun 31400 Tasek Ipoh
Masjid As-Syarifah, Kampung Tasek 31350 Ipoh
Masjid Jamek Al-Amin, Tambun 31400 Ipoh
Masjid Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, 31150 Ipoh

Seni, Budaya dan Hiburan

Ipoh telah dilabelkan oleh para seniman dan penerbit sebagai salah satu lokasi sesuai untuk penggambaran melihatkan kepada kecantikan alam semula jadinya.

Filem-filem yang diterbitkan dan dilakonkan di Ipoh diantaranya ialah:

1980 - Potret Maria, dibintangi Sarimah Ahmad, Rubiah Suparman dan Zulkifli Zain
1999 - Anna and the King, dibintangi Chow Yun-Fat dan Jodie Foster, diarahkan oleh Andy Tennant.
2002 - Embun, diarahkan oleh Erma Fatima.
2003 - Paloh, diarahkan oleh Adman Salleh.
2003 - Kadhal Kisu Kisu, diarahkan oleh P. Vasu.
2004 - Tun Tan Cheng Lock.
2005 - Sepet, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad.
2005 - Gubra, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad.
2006 - After This Our Exile, dibintangi oleh Aaron Kwok dan Charlie Young, diarahkan oleh Patrick Tam.
2006 - Goodbye Boys, diarahkan oleh Bernard Chauly.
2006 - Lust, Caution, dibintangi Tony Leung Chiu Wai dan Lee-Hom Wang, diarahkan oleh pemenang Oscar dari Taiwan Ang Lee.
2007 - Mualaf, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad
2008 - Telent Time diarahkan oleh Yasmin Ahmad
2010 - Love and Death in Java, diarahkan oleh Bill Donovan

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Sidang Dun Perak ke – 12: Masalah Banjir <b>di Kerian</b> jangka selesai <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2012 04:00 AM PDT

Penduduk di sekitar Daerah Kerian kini boleh menarik nafas lega setelah kerajaan negeri mengumumkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dijangka siap menjelang 2014.

Dengan perlaksanaan projek terbabit, ia sekaligus dapat membantu rakyat daerah Kerian khususnya di Alor Pongsu dan Beriah yang selama ini dibelenggu dengan masalah banjir.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air Negeri, Datuk Ramly Zahari, berkata projek itu telah mula dilaksanakan sejak 12 Mac lalu dengan kos RM490 juta bagi mengatasi masalah banjir di daerah berkenaan.

"Kerajaan negeri menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengenalpasti punca berlakunya banjir di daerah itu yang melibatkan lembangan Sungai Kerian dan Sungai Kurau.

"Akibat hujan yang berterusan, air di kedua-dua sungai itu melimpah dan kejadian air pasang surut turut menjadi faktor yang menyebabkan aliran air kedua sungai itu perlahan lalu menjadikan kawasan sekitarnya dataran banjir.

"Pelepasan air dari empangan Bukit Merah juga telah capai aras maksimum dan ia terpaksa dilakukan demi menjamin eselamatan dan kestabilan empangan tersebut daripada melimpah," katanya.

Beliau  berkata demikian apabila menjawab soalan lisan Datuk Sham Mat Sahat (Alor Pongsu-BN) berhubung projek berkenaan termasuk punca berlakunya banjir di daerah itu.

Katanya, sebanyak 16 projek tebatan banjir telah dikenalpasti antaranya RTB lembangan Sungai Kerian iaitu membina ban dari Changkat Lobak ke Lebuh Raya Plus, ban dari Sungai Ayer Hitam ke Padang Lalang dan pembinaan rumah pam Parit Buntar.

Pihak JPS akan mengadakan perbincangan bersama penduduk tempatan di kawasan itu terutama penghulu-penghulu kampung bagi membincangkan masalah untuk mengatasi masalah banjir, katanya ketika menjawab soalan tambahan wakil rakyat Alor Pongsu itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kelulusan peruntukan bagi membaik pulih dan menaik taraf sistem pengairan di daerah itu ketika merasmikan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di Daerah Kerian pada 14 Jan lepas.

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Pelajar maut dalam nahas <b>di Gerik</b> |

Posted: 29 Mar 2012 08:01 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]IPOH: Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6 Kampung Bandariang, Gerik, malam tadi.

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


Mi udang & ketam sempoi @ <b>Tanjung Rambutan</b>, Ipoh

Posted: 04 Apr 2012 07:33 PM PDT

Penah dengar tak mi ketam?? Dari dulu duk teringin nak rasa mi ketam ni. Sekarang ni baru tau kat ipoh ni ada restoran mi ketam, itupun nasib baik la ada kawan yg bawa. Restoran ni namanya ialah Restoran Mi udang & ketam sempoi yg terletak di Tanjung Rambutan area belakang Petronas (agak hujung sikit kedai ni).

Mi udang dan mi ketam kat sini rupa dan rasanya nak seakan-akan char kuey teow sikit tapi kuahnya banyak la dan pekat bukan seperti mi udang di kuala sepetang. Kat sini boleh pilih ketam dari pelbagai saiz dengan harga yg tertentu, ketam dan udang diorang memang segar dan besar.

Selain mi ketam dan mi udang, Di sini juga ada jugak makanan lain seperti nasi goreng ketam, mi udang galah dan juga ikan bakar, masak stim dan lain-lain. Untuk nasi goreng, ketamnya dibakar dan bukan digoreng. harga kat kedai ni pun boleh tahan dan kena la datang awal sebab selalu penuh.




07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Tentang Kami..: Buru kepala samseng

Posted: 03 Apr 2012 05:34 PM PDT

TAPAH: Seramai 100 remaja sekolah dan belia berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun kempunan untuk menjadi anggota kumpulan kongsi gelap apabila dua kepala gengster yang cuba merekrut golongan muda itu, melarikan diri selepas polis menyerbu sebuah restoran di Bidor dipercayai lokasi pendaftaran ahli baru.

Dua beradik yang menjadi kepala gengster itu dipercayai yang cuba menarik minat remaja menyertai aktiviti ala kongsi gelap dengan menjadikan restoran berkenaan sebagai markas mendaftar ahli baru.
Mereka dikatakan merancang menganjurkan perjumpaan rahsia dan majlis angkat sumpah, dipercayai mahu menguasai dan mengagihkan kawasan jajahan kumpulan itu di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata pihaknya menerima aduan berhubung perjumpaan kumpulan berkenaan yang dipercayai sedang merencanakan strategi bagi mengaktifkan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Menurutnya, pihak polis yang mendapat maklumat berhubung perjumpaan haram itu bertindak menyerbu restoran berkenaan, malam Jumaat lalu.

sumber : mymetro