Khamis, 5 April 2012

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


RM200,000 disalurkan kepada mangsa banjir <b>di Lenggong</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2012 01:11 AM PDT

Susulan banjir kilat yang melanda beberapa kampung di Daerah Lenggong pada 10 Mac lalu, kerajaan negeri tampil membantu bagi meringankan beban 646 keluarga yang terbabit secara langsung dalam kejadian itu.

Daripada jumlah itu, lima rumah dihanyutkan arus sungai berdekatan manakala 11 lagi mengalami kerosakan teruk.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika menziarahi kawasan terbabit berkata, kejadian banjir yang berlaku buat pertama itu berkemungkinan disebabkan oleh projek penanaman semula yang dilaksanakan oleh agensi Felda.

"Kita mahu Felda atau agensi lain supaya melakukan kerja penanaman semula secara berperingkat-peringkat pada masa akan datang.

"Jika ini dapat dilaksanakan, kawasan projek berkenaan tidak kosong dan limpahan air sungai tidak akan berlaku.

"Banjir kilat 10 Mac lalu merupakan kejadian pertama kali berlaku yang disebabkan oleh projek penanaman semula Felda dan kita harap pihak berkenaan dapat ambil perhatian bagi memastikan projek itu tidak memberi impak negatif kepada penduduk," katanya.

Menurut Zambry lagi, setakat ini kerajaan negeri telah membuat beberapa perancangan bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di kawasan itu.

Katanya, ini termasuklah menyalurkan bantuan segera kepada semua penduduk yang terlibat dalam kejadian itu.

"Kita akan mendapatkan bantuan di peringkat negeri mahupun Persekutuan bagi membantu membina semula jambatan yang runtuh dan kerosakan rumah yang teruk dan setakat ini RM200,000 telah disalurkan kepada mangsa banjir.

"Kita sudah minta kerjasama dari pihak Panglima Bridged untuk membantu kerajaan negeri dimana peruntukan akan disediakan oleh kerajaan negeri manakala pihak berkenaan akan membantu membaiki apa-apa kerosakan yang perlu," katanya.

Akibat hujan lebat pada 10 Mac lalu, beberapa buah kampung terjejas teruk akibat banjir antaranya Kampung Malau, Lawin, Padang Jeri, Padang Kunyit, Gelok, Sumpitan, Banggol Belimbing, Banggol Batu dan Lubuk Kawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan