Khamis, 5 April 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


<b>Gopeng</b> ~ Budak Benteng

Posted: 05 Apr 2012 03:37 AM PDT

Gopeng ialah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 20 km dari Ipoh, ibu negeri Perak,Malaysia. Gopeng juga terkenal dengan gua batu kapurnya, Gua Tempurung. Gua ini berada sejauh 5 km dari pusat bandar.

Infrastruktur Utama

Pasar Besar Gopeng
Medan Purnama
Pejabat Pos Gopeng
Balai Polis Gopeng
Stesen Bas Gopeng
Matrikulasi Perak
RTC
RPGC

Gaya Hidup

Masyarakat Gopeng sememangnya sangat bertuah kerana dikelilingi tiga bandar besar yakni Ipoh (utara), Kampar (selatan) dan Batu Gajah (barat). Seperti pekan-pekan biasa yang terletak di luar rangkuman bandaraya, kehidupan di Gopeng tidak begitu sibuk pada hari-hari biasa termasuklah hujung minggu.

Kehidupan di Gopeng dihidupkan lagi dengan kehadiran pasar-pasar pagi dan juga pasar malam. Pasar pagi di Gopeng dibuat pada hari Selasa atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Lambak Selasa. Istilah ini telah digunakan sekian lama khususnya masyarakat Rawa atau Orang Rao di Gopeng. Pada hari Jumaat pula, pasar malam pula diadakan di Gopeng.
Kebanyakan penduduk Gopeng akan menuju ke Ipoh untuk menghabiskan waktu malam hujung minggu mereka di mana lebih banyak tempat untuk membeli-belah dan bersantai.

Demografi

Lebuh daripada separuh penduduk Gopeng adalah berketurunan Cina (lebih kurang 60%). Industri perlombongan bijih timah yang pernah maju suatu masa dulu telah menarik kemasukan orang Cina untuk bekerja dan menghuni Gopeng.
Penduduk Gopeng terdiri daripada:
Semai
Cina Kantonis
Rawa (Urang Rao)
Mandailing
Melayu Perak
Melayu Deli
Tamil
Punjabi
Penduduk Gopeng dianggarkan berjumlah lebih kurang 100,000 orang.
Antara penempatan-penempatan yang terdapat di Gopeng:
Taman Gopeng Jaya
Kampung Pisang
Kampung Rawa
Taman Changkat Golf
Taman Gopeng Indah
Kopisan Baru
Lawan Kuda Baru
Taman Kinta
Taman Gopeng Baru
Kampung Tersusun Kampung Pulai
Kampung Tersusun Gopeng
Kampung Lawan Kuda
Kampung Jahang
Kampung Jelintoh
Kampung Sungai Itek
Kampung Pintu Padang
Kampung Gunung Mesah Hulu
Kampung Gunung Mesah Hilir
Kota Baru Estate (small railway station town)
Kampung Gunung Panjang
Kampung Changkat Tualang
Kampung Changkat Legong
Kampung Redang Sawa

Tokoh tempatan

Antara tokoh yang terdapat di sini ialah :

Dato Aziz Shamsuddin
Akhil hayy
Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Dato Hamzah Kasim
Hang Tuah Hj Din
Dato Hamidah Osman

Asal-usul nama

Ada dua versi bagaimana nama Gopeng boleh wujud.
Gopeng dikatakan nama seorang pelombong berbangsa Cina yang bernama Goh Peng. Goh Peng merupakan seorang rakyat China yang miskin dan cuba membantu keluarganya yang miskin berikutan kebuluran dan bencana banjir besar di wilayah Kwangtung. Goh Peng berjaya menjadi pelombong yang berjaya.

Nama Gopeng dikatakan berasal dari nama sejenis buah pulai yang gopeng, yang bermaksud telah bertebuk oleh tupai dan lain-lain. Di sini memang banyak pokok pulai, malahan terdapat sebuah tempat yang dinamakan Simpang Pulai.
Nama asal Gopeng ialah Gunung Mesah. Beberapa orang penduduk di sini menjadi buruan tentera British semasa Perang Perak 1875.

Senarai Masjid

Masjid al-azim Kampung Gunung Panjang 31600 Gopeng , Perak
Masjid al-mardhiah Kampung Sungai Itek 31600 Gopeng , Perak
Masjid ar-rahman Kampung Gunung Mesah Hilir 31600 Gopeng , Perak
Masjid baru Gopeng 31600 Gopeng , Perak
Masjid jamek Kota Bharu Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
Masjid Kampung Changkat Legong Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
Masjid Kampung Changkat Tualang Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
Masjid Kampung Redang Sawa Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
Madrasah Ihsaniah Kampung Tersusun Kampung Pulai 31600 Gopeng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan