Sabtu, 17 November 2012

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Raja Nazrin Rasmi Masjid Jamek <b>Pengkalan Hulu</b> – Perak Today

Posted: 15 Nov 2012 02:37 AM PST

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Jamek di Pengkalan Hulu, sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H peringkat negeri Perak.

Turut berangkat mencemar duli Raja Dihilir Perak, Raja Jaffar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda, Raja Normahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan dan exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Setiausaha masjid, Hassan Basri Awang Besar berkata, masjid itu dibina dengan kos lebih RM6 juta hasil sumbangan daripada kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan juga derma orang ramai.

Katanya, pembinaan masjid itu mengambil masa selama dua tahun untuk siap sepenuhnya dan telah memulakan operasi pada 12 November tahun lalu iaitu kali pertama digunakan untuk menunaikan solat Jumaat.

"Kapasiti masjid ini boleh memuatkan hingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa dan keluasan masjid ini pula ialah 1.5 hektar," katanya.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan