Khamis, 12 Mei 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Harian Metro: Mutakhir

Posted: 12 May 2011 07:49 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Bersara 60 tahun

Posted: 12 May 2011 03:58 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi menggesa kerajaan melanjutkan umur persaraan pekerja dalam perkhidmatan awam daripada 58 kepada 60 tahun.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata cadangan itu wajar ditimbang semula oleh kerajaan kerana beliau yakin golongan ini mampu menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih efisyen bersandarkan pengalaman yang mereka miliki.


"Seperti negara maju yang lain, umur persaraan penjawat awam mereka antara 60 hingga 62 tahun dan kita hanya sembilan tahun lagi hendak mencapai sasaran negara maju pada tahun 2020. Jadi wajarlah kerajaan mempertimbangkan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie.


Bagaimanapun, katanya ia bergantung kepada kesihatan pekerja berkenaan iaitu mestilah mempunyai penglihatan, pendengaran, pemikiran serta fizikal yang baik untuk dipertimbangkan dilanjutkan umur persaraan mereka. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tempahan terbaru AirAsia

Posted: 12 May 2011 03:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah terbesar rantau ini, AirAsia, hari ini memperkenal dua ciri tempahan baharu, "Family & Friends List" dan "1-Click Card", melalui laman sesawang dan juga peranti mudah alih.

Kedua-dua ciri ini dilaksanakan mulai esok, kata AirAsia dalam satu kenyataan hari ini. Syarikat penerbangan itu berkata "Family & Friends List" membolehkan pelanggan menyimpan maklumat hingga sepuluh pelanggan dalam akaun ahli AirAsia mereka manakala ciri "1-Click Card" akan mempercepat proses tempahan oleh pelanggan.


Selain ciri-ciri ini, ahli-ahli AirAsia boleh menggunakan ciri "Manage My Booking" mereka sendiri seperti mendapatkan maklumat terbaru tentang penerbangan, perincian penumpang dan jadual penerbangan serta memilih tempat duduk. Pelanggan-pelanggan boleh mendaftar dalam talian dengan mengunjungi laman sesawang www.airasia.com dan klik "Sign Up" di bahagian ''member log in'', kata AirAsia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 12 May 2011 03:44 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Utusan terima surat teguran KDN

Posted: 12 May 2011 03:25 AM PDT

Mutakhir

PUTRAJAYA: Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia hari ini dipanggil dan diberikan surat teguran oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berikutan penyiaran berita bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" pada 7 Mei lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata tindakan itu dibuat selepas mendapati penyiaran berita itu menggemparkan fikiran orang ramai.

"Adalah menjadi amalan KDN untuk memanggil dan mendapatkan penjelasan pihak akhbar atas tindakan menyiarkan perkara yang didapati bertentangan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984), serta menyerahkan surat teguran ke atas kesalahan berkenaan. "KDN juga akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai atau kandungan yang bertentangan dengan AMCP 1984," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Pada 7 Mei lalu, Utusan Malaysia memetik laporan dua laman blog sebagai mendakwa satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dari kalangan penganut agama itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis Australia tahan 2 lelaki Malaysia seludup 42kg heroin

Posted: 12 May 2011 03:13 AM PDT

Mutakhir

SYDNEY: Polis Australia menahan dua lelaki Malaysia selepas menemui 42 kilogram heroin dalam penghantaran perabot di Pelabuhan Sydney.

Menurut polis, lelaki berkenaan akan didakwa hari ini kerana mengimport dadah. Nama mereka tidak didedahkan.

Dadah berkenaan di anggarkan bernilai AU$49 juta di pasaran. Menurut polis, pegawai kastam yang memeriksa kontena dari Malaysia menemui heroin terbabit disorok dalam lapan unit perabot.

Mereka berhadapan hukuman penjara seumur hidup dan denda sehingga AU$825,000.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 12 May 2011 03:30 AM PDT

Utusan Online - Utara


Polis tumpaskan Geng Aho

Posted:

Polis tumpaskan Geng Aho

Polis tumpaskan Geng Aho

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my


Mohd. Shukri Dahlan (tengah) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas selepas penangkapan ahli Geng Aho di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di Ipoh, semalam.


IPOH 11 Mei - Polis menahan 10 anggota Geng Aho yang dipercayai terbabit dalam 57 kes samun bersenjata tajam, pecah rumah dan mencuri kenderaan termasuk diseludup ke Thailand sejak 18 April lalu.

Kesemua mereka yang ditahan itu berusia 25 hingga 48 tahun dan mempunyai rekod jenayah lampau termasuk lima daripadanya pernah dikenakan Perintah Sekatan di Simpang Renggam, Johor.

Polis turut merampas 11 kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu termasuk dua kereta Toyota Camry dan Perdana V6, sebuah Toyota Altis, dua enjin kereta, 10 jam tangan termasuk satu berjenama Rolex, beberapa batu jade, peralatan elektronik dan pelbagai barangan lain yang dilarikan daripada premis yang dipecah masuk di beberapa daerah di negeri ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kumpulan itu ditahan dalam Operasi Pintu/Lejang oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di sekitar bandar raya ini sejak 18 April lalu.

Beliau berkata, modus operandi anggota kumpulan yang berasal dari sini adalah memecah masuk premis kediaman sebelum melarikan kenderaan bersama pelbagai barangan berharga.

"Sekiranya, pemilik premis terjaga dari tidur, mereka akan menggunakan senjata seperti parang untuk melakukan jenayah kekerasan ke atas mangsa sebelum melarikan kereta dan barangan berharga milik mangsa.

"Kereta yang dicuri itu terutama kereta mewah jenis BMW dijual dan diseludup ke Betong, Thailand," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) di sini hari ini.

Mohd Shukri berkata, dengan penahanan kumpulan itu, polis berjaya menyelesaikan 34 kes pecah rumah dan curi, 17 kes curi kereta dan enam kes samun berkawan tanpa senjata api di negeri ini.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah dan mencuri.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, sebanyak 94 wanita warga negara China dan Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda di beberapa pusat hiburan di Daerah Manjung dan Kerian pada 23 dan 24 April lalu.

Beliau berkata, operasi itu bertujuan mengekang kemasukan rakyat asing daripada terbabit dalam kegiatan pelacuran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kanak-kanak dakwa ditampar

Posted:

Kanak-kanak dakwa ditampar

Kanak-kanak dakwa ditampar


Voon Oi Fun memangku Lau Chi Kean pada sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional di Ipoh, Perak, semalam.


IPOH 11 Mei - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun trauma selepas dipercayai ditampar sehingga pipinya merah dan bercalar oleh pemilik sebuah pusat tuisyen di Taman Pangkalan Barat, di sini pada 4 Mei lalu.

Ibu kanak-kanak itu, Voon Oi Fun, 39, mendakwa kejadian disedari selepas dia mengambil anaknya, Lau Chi Kean, 7, pulang daripada pusat tuisyen terbabit.

"Saya dapati kedua-dua pipi anak saya ada kesan calar, lebam dan berwarna merah seperti kesan ditampar.

"Saya bawa dia ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk pemeriksaan," katanya pada sidang akhbar oleh Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Lee Kon Yin di sini hari ini.

Menurutnya, dia telah bertanya kepada pemilik pusat berusia 60 tahun itu dan memaklumkan yang anaknya itu dipukul kerana tidak menyiapkan kerja sekolah dan degil.

"Saya tidak berpuas hati dan meminta dia memohon maaf tetapi pemilik itu enggan berbuat demikian," katanya.

Menurutnya, dia membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh di sini pada pukul 8.10 malam 4 Mei lalu.

Katanya, akibat kejadian itu anaknya yang bersekolah sesi pagi di Sekolah Rendah China Perak di Pekan Lama di sini, enggan pergi ke sekolah kerana takut.

Sementara itu, Kon Yin berkata, pihaknya akan menulis surat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyiasat sama ada pusat itu beroperasi secara sah atau pun tidak.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Pasir Putih ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Medan selera jadi gajah putih

Posted:

Medan selera jadi gajah putih

Medan selera jadi gajah putih

PULAU PINANG 11 Mei - Tidak ubah seperti gajah putih.

Itu perkataan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan Medan Selera Sungai Pinang yang dibina Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) empat tahun lalu.

Sehingga kini, hanya tujuh peniaga menjalankan perniagaan di situ kerana yang lain tidak mampu bertahan disebabkan hasil pendapatan tidak seberapa.

Peniaga kuih tradisional, Noraida Ramli, 39, berkata, sejak berniaga di situ setahun lalu, dia hanya mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM50 sehari.

"RM50 itu pun tidak menentu, kadang-kadang saya hanya dapat RM30 sehari," katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu mengapa medan selera tersebut tidak mendapat sambutan, sedangkan ia jauh lebih selesa berbanding gerai-gerai haram di tepi jalan yang kotor.

Bagi peniaga roti canai, Abdul Majib Abdul Rahman, 40, ia mungkin disebabkan kedudukan medan selera itu yang terlindung daripada pandangan umum.

"Masa mula-mula medan selera dibuka, saya berniaga di bahagian dalam.

"Namun lama kelamaan saya terpaksa menyewa sebuah kereta sorong untuk berniaga di bahagian luar kerana tiada pelanggan," katanya.

Sementara itu, Ketua Badan Bertindak Khas, Parti Cinta Malaysia (PCM), Tham Weng Fatt berkata, beliau berharap MPPP melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah berkenaan.

"Antara faktor yang dikenal pasti kurangnya pelanggan adalah ketiadaan promosi serta usaha bersepadu semua pihak untuk menarik kunjungan orang ramai ke sini.

"MPPP perlu menguar-uarkan premis ini kerana mungkin ramai yang tidak tahu kewujudannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 12 May 2011 03:25 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Mampu main peranan berkesan jika anggotai Jawatankuasa Warisan Dunia Malaysia ketengah kelebihan

Posted:

Mampu main peranan berkesan jika anggotai Jawatankuasa Warisan Dunia Malaysia ketengah kelebihan

Mampu main peranan berkesan jika anggotai Jawatankuasa Warisan Dunia Malaysia ketengah kelebihan

Oleh Rosni Hassan


Muhyiddin Yassin ketika menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Ke-186 di Paris, Perancis, semalam. – BERNAMA


PARIS 11 Mei - Malaysia berhasrat memainkan peranan dengan lebih penting lagi dalam mengekalkan warisan dunia untuk generasi akan datang, jika terpilih menganggotai Jawatankuasa Warisan Dunia tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selama ini, Malaysia merupakan negara yang sentiasa komited memainkan peranannya dalam usaha memulihara serta melindungi warisan dunia.

Katanya, negara ini mempunyai ramai profesional yang pakar dalam bidang arkeologi dan alam semula jadi, justeru kepakaran yang dimiliki itu boleh dimanfaatkan untuk mengurus serta melindungi warisan dunia.

Selain itu, katanya, Malaysia juga aktif mempromosi dan memulihara alam semula jadi serta warisan budaya seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan.

"Selaras dengan usaha yang dilakukan itu, Malaysia berharap dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam usaha melindungi dan mengekalkan warisan dunia sebagai anggota Jawatankuasa Warisan Dunia, jika terpilih pada tahun ini," katanya.

Beliau berucap pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-186, di sini hari ini.

Ini merupakan kali pertama Malaysia melobi untuk menganggotai jawatankuasa tersebut.

Golongan profesional yang dicadang Malaysia menganggotai jawatankuasa itu ialah beberapa ahli akademik dan mereka yang pakar dalam bidang berkaitan iaitu Prof. Zuraina Majid, Prof. A. Ghafar Ahmad, Prof. Dr. Latif Mohamed dan Pengurus Besar Perbadanan Georgetown Bandar Warisan Dunia, Maimunah Sharif.

Selain itu, dalam ucapannya, Muhyiddin turut menyatakan sokongan padu Malaysia terhadap usaha UNESCO untuk memperluaskan akses kualiti pendidikan dengan meningkatkan koordinasi program Pendidikan Untuk Semua (EFA) di peringkat global dan memperkukuhkan kerjasama antarabangsa.

Sejajar dengan usaha itu, Malaysia kini, jelas beliau, memberi penekanan terhadap kualiti pendidikan sebagai salah satu program utama di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan antara langkah yang dilaksanakan adalah memberikan tumpuan terhadap pendidikan awal.

"Sehingga kini Malaysia telah mewujudkan 46,569 kelas prasekolah dengan lebih 500,000 pelajar di seluruh negara dan dengan kerjasama sektor swasta, kerajaan Malaysia akan membuka lebih banyak kelas prasekolah," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran turut menyentuh tentang usaha mengekalkan keamanan sejagat dengan menekankan bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan keamanan sesebuah negara.

Dalam konteks itu, katanya, UNESCO harus memberi bantuan terhadap pihak berkuasa Palestin dalam membangunkan pendidikan dan institusi budaya di Genting Gaza dan Timur Baitulmaqdis sebagai usaha berterusan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau itu.

Malaysia menduduki kerusi lembaga eksekutif itu untuk tempoh empat tahun menerusi Menteri Pelajaran sebelum ini, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menang semasa pemilihan dalam Persidangan Agung UNESCO pada 24 Oktober 2007. Tempoh tersebut bermula 2008 hingga 2011.

UNESCO ditubuhkan pada 16 November 1945 dan Malaysia menjadi ahli pertubuhan itu mulai 16 Jun 1958. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Undang-undang beri nafkah kepada ibu bapa dikaji

Posted:

Undang-undang beri nafkah kepada ibu bapa dikaji

Undang-undang beri nafkah kepada ibu bapa dikaji

KUALA LUMPUR 11 Mei - Kerajaan akan mengkaji keperluan mewujudkan undang-undang bagi mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak.

Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh bagaimanapun berkata, sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak dalam jangka panjang.

Menurutnya, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu itu.

"JKM mahu kesedaran untuk menjaga ibu bapa datang daripada anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa merupakan sesuatu yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat negara kita.

"Lagipun, masih ramai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka," katanya ketika ditemu ramah dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Fazari menjelaskan, Dasar Warga Emas Negara yang baharu sahaja diluluskan pada 5 Januari lalu dilihat lebih komprehensif dan mampu untuk memperbaiki warga tua negara ini ke status yang lebih baik selepas ini.

Tegas beliau, dasar berkenaan memperlihatkan kelainan berbanding Dasar Warga Tua Negara sebelum ini yang lebih memberikan penekanan secara menyeluruh.

Di bawah dasar berkenaan, tumpuan kini akan menjurus kepada usaha menyediakan warga tua ke arah penuaan yang lebih aktif lagi produktif, kesepaduan dari segi hubungan antara generasi muda dan warga tua serta penekanan kepada aspek penyelidikan pembangunan dalam program-program yang dianjurkan.

Sehubungan itu, Mohd. Fazari memberitahu masalah warga tua yang hidup merempat mungkin dapat dielakkan jika warga tua membuat persediaan yang lebih awal semasa zaman mudanya. - BERNAMA.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Teliti dulu GST sebelum laksana

Posted:

Teliti dulu GST sebelum laksana

Teliti dulu GST sebelum laksana

KUALA LUMPUR 11 Mei – Kerajaan perlu meneliti terlebih dahulu kemampuan rakyat sebelum melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan mampu mengurangkan cukai pendapatan persendirian.

Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.

"Kerajaan perlu mengenalpasti jumlah pembayar cukai dan mereka yang tidak membayarnya bagi menentukan sama ada rakyat mampu menggalas bebanan cukai barang yang tinggi kerana sekarang ini pun ramai merungut dengan kenaikan harga barang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 12 May 2011 03:08 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Masalah air hantui 30 keluarga

Posted:

Masalah air hantui 30 keluarga

Masalah air hantui 30 keluarga

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


ROSZAINI Jantan bersama dua anaknya, Muhammad Qayyum Afiq dan Siti Qaisarah mandi di koridor rumah di tingkat empat kerana terputus bekalan air sejak tiga minggu lalu.


MELAKA 11 Mei - Setiap hari, tiada perkara lain yang difikirkan oleh kira-kira 30 keluarga di Blok G Pangsapuri Tengkera Jaya, Taman Siantan, Tengkera di sini melainkan perlu mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan seharian.

Masalah itu pula bukan baru berlaku sehari, tetapi sudah lebih tiga minggu mereka terpaksa berulang-alik untuk mengangkut air bersih ke blok empat tingkat itu.

Penduduk mendakwa, tekanan air yang terlalu rendah sejak tiga minggu lalu menyebabkan mereka terpaksa menunggu seharian untuk air memenuhi tangki di rumah.

Lebih malang, ada sebahagian penduduk di tingkat empat blok tersebut langsung tidak mendapat bekalan air paip kerana tekanan yang terlalu rendah.

Salah seorang penduduk, Roszaini Jantan, 28, berkata, keadaan itu memaksa dia dan lima anaknya yang masih kecil mandi di koridor rumah.

"Rumah saya di tingkat paling atas dan tekanan air paip yang terlalu rendah menyebabkan saya terpaksa menunggu seharian untuk air memenuhi tangki air.

"Itupun, hanya cukup untuk kegunaan isteri memasak dan membasuh pakaian, manakala saya pula terpaksa menadah air hujan di koridor untuk mandi bersama anak-anak," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, seorang pegawai Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang membuat pemeriksaan semalam memberitahu, tiada masalah pada meter rumah dan mungkin berpunca akibat tekanan air yang terlalu rendah.

Dakwanya lagi, pegawai berkenaan juga memintanya supaya memaklumkan masalah itu kepada pemaju atau Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerana ia mungkin disebabkan meter utama yang tersumbat.

"Saya amat berharap pihak berkenaan dapat segera membantu kami dan bukannya saling menuding jari sehingga akhirnya rakyat yang menjadi mangsa," katanya.

Seorang lagi penduduk, Koh Swee Keow, 50, berkata, masalah itu menyebabkan dia terpaksa mengambil air daripada paip awam untuk kegunaan seharian.

Menurutnya, dia dan keluarganya juga terpaksa memakai baju yang sama berulang kali selama beberapa hari kerana tidak mendapat bekalan air yang cukup untuk membasuh pakaian.

"Malah, kami juga terpaksa membeli makanan dari luar kerana ketiadaan bekalan air bersih menyukarkan kerja memasak dan membasuh pinggan mangkuk," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mokhtar Bujal, 44, berkata, keadaan itu memaksa dia mengangkut dua tong air setiap hari ke rumahnya di tingkat empat blok tersebut

"Rumah saya terletak paling hujung menyebabkan bekalan air langsung tidak sampai sehingga saya terpaksa menghantar pakaian ke kedai dobi," katanya.

Bagi Siti Arzura Othman, 28, dia berharap pihak berkuasa seperti MBMB dan SAMB dapat segera membantu penduduk menyelesaikan masalah tersebut dan bukannya saling menyalahkan antara satu sama lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Japerun Sungai Rambai rai pihak bantu pembangunan

Posted:

Japerun Sungai Rambai rai pihak bantu pembangunan

Japerun Sungai Rambai rai pihak bantu pembangunan

JASIN 11 Mei - Beberapa agensi kerajaan, syarikat swasta dan media tempatan diraikan pada majlis penghargaan kepada pihak terlibat yang banyak membantu dalam usaha membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dalam tempoh tiga tahun lalu.

Anugerah dan penghargaan daripada Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai itu disampaikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhammad sempena majlis Tiga Tahun Berlalu DUN Sungai Rambai di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Yusof Jantan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin.

Antara media yang menerima penghargaan ialah Utusan Malaysia, Melaka Hari Ini, Sinar Harian, Astro Awani, Berita Harian dan Harian Metro.

Penerima Anugerah Khas diberikan kepada Pegawai Daerah Jasin, Roslan Eusoff dan Murad, diikuti Anugerah Pegawai Terpuji kepada Juruteknik Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jasin, Mohd. Yusof Abdullah.

Anugerah Pegawai Harapan pula diberikan kepada Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan negeri, Lim Chow Beng; Juruteknik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jasin, Muh Hardian Abd. Hamid dan Pegawai DUN MPJ, Ismail Ibrahim.

Turut sama ialah Penyelia Kemas Jasin, Juminah Sidi dan Penyelia Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Mutiara, Sarah Sabrah.

Anugerah Agensi Cemerlang Japerun Sungai Rambai turut diberikan kepada PKNM, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri, Pejabat Tanah dan Derah Jasin, MPJ, JKR, Ibu Pejabat Polis Daerah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, JPS negeri dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Rambai Tengah pula dipilih sebagai pimpinan kampung paling aktif dalam DUN berkenaan di samping JKKK Batu Gajah Pasir yang diiktiraf sebagai kampung harapan.

Sementara itu, Hasan ketika ditemui berkata, anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan Japerun Sungai Rambai kepada semua pihak yang banyak membantu dalam usaha membangunkan kawasan tersebut sebagai Zon Gerbang Selatan.

"Saya begitu bangga dengan sumbangan tenaga dan idea semua pihak termasuk media cetak dan elektronik yang banyak membantu merealisasikan segala perancangan di Sungai Rambai sehingga ia begitu dikenali hari ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang putar belit gabung MPN, MPS

Posted:

Pembangkang putar belit gabung MPN, MPS

Pembangkang putar belit gabung MPN, MPS

SEREMBAN 11 Mei - Penggabungan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bagi membolehkan bandar ini mendapat status bandar raya tidak akan membebankan rakyat seperti yang didakwa pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, inisiatif penggabungan itu bukan sahaja akan membawa pelbagai manfaat kepada kerajaan negeri malah kepada penduduk di Nilai dan Seremban.

''Pihak pembangkang telah memutarbelitkan isu ini dan ini dapat dilihat melalui tulisan blog yang mengatakan rakyat akan menjadi mangsa apabila MPN dan MPS digabungkan.

''Mereka mendakwa bahawa sekiranya Seremban mendapat status bandar raya, maka rakyat terpaksa membayar cukai yang tinggi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Jelas Mohamad, dakwaan tersebut hanya akan mengelirukan pemikiran rakyat sedangkan pelaksanaannya bakal membawa banyak kelebihan dan kebaikan kepada umum.

''Apabila kita mendapat status itu, pelbagai manfaat akan diterima seperti pemberian geran tahunan dan bantuan kewangan yang lebih tinggi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

''Ini akan memberi kesan kepada pembangunan bandar ini seperti lebih banyak kemudahan asas penduduk dapat ditingkatkan termasuk pertambahan peluang pekerjaan apabila kita mendapat status tersebut," ujarnya.

Mengulas lanjut berhubung penetapan tarif cukai, Mohamad memberitahu, kerajaan negeri tidak akan menaikkan cukai sewenang-wenangnya kerana ia perlu mengambil kira pelbagai aspek terutamanya hal yang berkait rapat dengan masyarakat setempat.

''Apa pun kita hendak lihat kemudahan orang ramai ditingkatkan terlebih dahulu. Apabila semua selesai dijalankan baru kita akan menentukan tarif pungutan cukai, itupun kita ambil kira kos sara hidup dan kos lain kerana kita tidak mahu membebankan rakyat.

''Kalau hendak ikutkan, cukai MPS sudah 10 tahun tidak dinaikkan. Oleh itu, saya berharap agar orang ramai jangan risau dan terpengaruh dengan perkara negatif yang disalurkan kepada mereka kerana keutamaan kita adalah memberi kesejahteraan kepada rakyat," katanya.

Tambahnya lagi, apabila semua kemudahan dan perkhidmatan awam sudah ditingkatkan dan lengkap, barulah kadar cukai baru akan dipertimbangkan.

''Maka orang ramai tidak akan marah, lagipun kalau berlaku kenaikan cukai, ia tidak akan dinaikkan secara mendadak," jelas Mohamad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 12 May 2011 01:15 AM PDT

Utusan Online - Timur


Kereta api laju di Terengganu

Posted:

Kereta api laju di Terengganu

Kereta api laju di Terengganu

Oleh RADHUAN HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 11 Mei - Kerajaan negeri sedang menyiapkan kajian terakhir bagi membolehkan perkhidmatan kereta api laju yang bakal menghubungkan Kuala Lumpur-Kelantan pada masa depan turut dipanjangkan ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za'abar Mohd. Adib berkata, pihaknya sudah mengambil langkah proaktif bagi tujuan tersebut untuk kemudahan rakyat.

Beliau memberitahu, sehingga kini, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat itu termasuk persediaan membentuk sebuah jawatankuasa pemandu dan pelaksana.

Malah jelasnya, Kolej TATI di Kemaman juga telah menyatakan kesediaan menawarkan program pengajian berkaitan silibus lokomotif yang turut membantu kerajaan menjayakan hasrat tersebut.

"Kerajaan negeri sudah ambil tindakan proaktif supaya projek kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Kelantan dapat dipanjangkan ke Terengganu," katanya sewaktu menggulung perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Za'abar berkata, apabila silibus lokomotif mula diperkenalkan di TATI kelak, beliau percaya kolej universiti itu merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian seumpama itu di rantau Asia Tenggara.

"Saya difahamkan, satu MoU (perjanjian persefahaman) telah dimeterai antara TATI dengan pihak berkenaan yang kemungkinan satu silibus lokomotif dapat diperkenalkan di kolej universiti berkenaan," ujarnya.

Di samping itu, kata beliau, pihaknya juga sedang berusaha untuk melaksanakan projek landasan ujian di negeri ini sebagai langkah persediaan ke arah penyediaan perkhidmatan kereta api laju di Terengganu.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri turut membuat persediaan bagi mewujudkan industri menghasilkan produk berupa gerabak keretapi di Teluk Kalong, Kemaman pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ramai penduduk abai enap cemar

Posted:

Ramai penduduk abai enap cemar

Ramai penduduk abai enap cemar

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my


Seorang kakitangan IWK memberi penerangan berkaitan komponen yang digunakan untuk operasi syarikat itu kepada pengunjung sempena majlis perasmian Loji Unit Nyah Air Mekanikal di Taman Perindustrian Gong Badak, Kuala Terengganu.


KUALA TERENGGANU 11 Mei - Lazimnya, kebanyakan orang ramai tidak ambil kisah terhadap apa yang berlaku pada air kumbahan dari kediaman atau premis mereka kecuali ia mencetuskan masalah bau dan limpahan yang memualkan.

Bagi yang tinggal di kawasan perumahan yang menggunakan tangki septik berkelompok atau di penempatan tradisional dengan tangki individu atau kerek, kebanyakannya tidak berusaha untuk mengosongkan itu biarpun bertahun-tahun lamanya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Abd. Halim Jusoh mendedahkan, hanya empat peratus daripada 223,850 penggunaan tangki najis di negeri ini mendapatkan perkhidmatan pengurusan kumbahan yang sistematik dan berjadual.

Perkembangan itu cukup membimbangkan kerana ia mempunyai implikasi buruk yang jarang diketahui masyarakat umum yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan awam untuk jangka masa panjang.

"Enap cemar terkumpul yang tidak dikeluarkan boleh mengundang krisis kesihatan yang teruk. Pencemaran yang merebak melalui tanah dan bawaan air boleh mengancam penduduk dengan bawaan penyakit seperti taun, demam kepialu, hepatitis A dan disenteri yang boleh membawa maut," katanya.

Oleh itu katanya, kerajaan negeri melalui perkhidmatan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) merayu pengguna tangki najis di negeri ini memastikan enap cemar terkumpul dikeluarkan secara berjadual.

Pembinaan Loji Unit Nyah Air Mekanikal (MDU) di Taman Perindustrian Gong Badak yang dirasmikannya baru-baru ini adalah sebahagian daripada usaha mempertingkatkan perkhidmatan pembentungan di samping ke arah transformasi sistem merawat enap cemar yang lebih efisien dan mesra alam.

Loji milik IWK yang bernilai RM2.6 juta itu merupakan yang kedua seumpamanya dibina di negeri ini selepas sebuah lagi di Bandar Baru Kertih, Kemaman.

Loji yang menggantikan pusat rawatan sebelum ini di Kampung Tok Jembal, dekat sini berfungsi untuk mengolah enap cemar atau pepejal najis yang disedut dari tangki septik penduduk di sekitar daerah ini, Marang dan Hulu Terengganu.

Perkhidmatan IWK di Terengganu bermula sejak Ogos 1995 dan setakat ini penggunaan tangki septik individu berjumlah 80,090 unit berbanding tangki tradisional kerek berjumlah 143,760.

Bagi urusan perkhidmatan IWK, ia bukan sesuatu yang sukar kerana pengguna hanya perlu mengosongkan tangki kediaman atau premis mereka sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

Sementara itu, proses menyah air di MDU Gong Badak turut menghasilkan produk sampingan iaitu enap cemar kering yang dikenali sebagai 'Bio-Pepejal' dan digunakan dalam industri landskap terutamanya untuk menyuburkan tanah sebelum menanam pokok-pokok hiasan.

Proses yang sama juga menghasilkan gas metana atau 'Bio-Gas' yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik untuk menyalakan lampu di sekitar kawasan loji berkenaan dan dijadikan bahan bakar industri.

IWK juga sedang mengusahakan satu lagi produk sampingan iaitu 'Bio-Efluen' atau air terawat hasil daripada proses olahan di loji yang boleh digunakan untuk pembersihan serta komponen sistem bagi penyejukan di kilang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelaburan RM2.3 bilion tahun lalu

Posted:

Pelaburan RM2.3 bilion tahun lalu

Pelaburan RM2.3 bilion tahun lalu

KUALA TERENGGANU 11 Mei - Kerajaan negeri berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.3 bilion sepanjang tahun lalu yang meletakkan negeri ini di tangga keenam dari segi pelaburan tertinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Kemudahan Awam negeri, Toh chin Yaw berkata, pelaburan langsung asing (FDI) pula mencatatkan nilai RM216.9 juta sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, pada Januari tahun ini pula, sejumlah RM213 juta dilabur di negeri ini dan ia mencatatkan peningkatan berbanding RM7.7 juta pada bulan berikutnya.

"Untuk tahun ini, setakat ini sebanyak RM220 juta telah dilabur yang mampu menyediakan 184 peluang pekerjaan," katanya ketika menggulung perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri sedang berusaha untuk merancakkan lagi kegiatan pelaburan tahun ini termasuk perancangan membangunkan kawasan seluas 15.6 hektar di taman perindustrian Wakaf Tapai, Marang.

Selain itu jelasnya, empat syarikat akan mengemukakan cadangan untuk melibatkan diri dalam industri penapisan minyak di negeri ini.

Sementara itu, sidang Dewan juga diberitahu, kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah sekolah Imtiaz di daerah Marang pada tahun depan dalam usaha mewujudkan rangkaian sekolah itu di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tapak yang sesuai di Wakaf Tapai.

"Sebuah lagi sekolah Imtiaz akan diwujudkan di Kemaman pada tahun ini," katanya semasa menggulung perbahasan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 12 May 2011 01:05 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


UMNO masih jenama tinggi

Posted:

UMNO masih jenama tinggi

UMNO masih jenama tinggi

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL, MOHAMAD SHOFI MAT ISA
dan SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com


Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Melayu Terbilang kepada Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada majlis sambutan ulang tahun ke-65 UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/MOHD. NOOR AMIN


KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO masih lagi menjadi jenama yang sangat tinggi nilainya dalam kalangan rakyat.

Tegas Presiden UMNO, tidak ada salahnya pada jenama UMNO melainkan kelemahan yang ada dalam kalangan ahli UMNO sendiri.

"Kita sudah ada cukup kekuatan dan jika kita bekerja kuat, mendahulukan rakyat dan bersetia pada parti, Insya-Allah pada tahun-tahun mendatang, ulang tahun perayaan UMNO akan terus kita sambut sebagai parti yang berkuasa di bumi yang bertuah ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-65 UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Begitu pun Najib menambah, UMNO tidak sesekali boleh berada dalam keadaan selesa sehingga semboyan Pilihan Raya Umum Ke-13 dibunyikan.

Sehingga itu kata beliau, seluruh ahli parti perlu bekerja lebih kuat dan gigih untuk memantapkan parti di sebalik usaha transformasi parti yang sedang berjalan ketika ini.

"Bukan susah sangat sebenarnya dan ia juga bukan rahsia besar seperti 'rocket science'. (Ia) tidak susah, (sebaliknya) mudah.

"Kenapa saya kata begitu, sebab jika kita toleh kembali lipatan sejarah UMNO dan menggambarkan nilai perjuangan orang UMNO dulu, maka kita akan dapati rahsianya ialah kita perlu bersatu, bersetia dan berkhidmat," katanya.

Najib menambah, sambutan ulang tahun UMNO ke-65 ini juga perlu disertakan dengan ikrar di kalangan ahli dan pemimpin UMNO untuk terus mendekati hati rakyat.

Katanya, sambutan kali ini juga akan lebih bermakna sekiranya seluruh ahli UMNO cukup setia kepada parti keramat bagi orang Melayu ini.

"Adakah jika tidak dipilih sebagai calon, maka kita akan setia kepada UMNO? Apakah ahli UMNO bersedia menyerahkan mandat memilih calon kepada pucuk kepimpinan parti? Jika sudah bersedia, terima kasih. Tetapi saya akan uji apabila tiba masanya nanti," kata beliau.

Najib berkata, beliau tidak mahu ada yang merajuk sehingga melarikan diri ke luar negara dan tidak bekerja menyokong parti kerana tidak dipilih sebagai calon.

Katanya lagi, sejarah UMNO tidak boleh berakhir sebagai sebuah parti yang menjadi teras dan tonggak kepada kerajaan.

UMNO tegas Najib lagi, tidak boleh menerima nasib seperti kebanyakan parti pemerintah di negara lain yang banyak berjasa dan berbudi tetapi berkubur kerana akhirnya tewas pada pilihan raya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terima hakikat Islam agama rasmi - PM

Posted:

Terima hakikat Islam agama rasmi - PM

Terima hakikat Islam agama rasmi - PM

PUTRAJAYA 11 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua pihak harus menerima hakikat tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara yang tidak boleh diubah dalam apa jua keadaan.

Perdana Menteri justeru meminta semua pihak tidak berasa bimbang dan gundah-gulana dalam isu Kristian baru-baru ini kerana peruntukan Perlembagaan Persekutuan menjamin status agama suci itu.

Beliau memberitahu hasil pertemuan selama sejam dengan para pemimpin dan cendekiawan Islam di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini, turut sepakat yang semua pihak harus membendung emosi daripada membuat apa jua perkara yang boleh menggugat keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara.

"Ini kerana hakikat dan realitinya, kita mempunyai Perlembagaan negara dan peruntukan Perlembagaan amat jelas tentang kedudukan Islam dan agama-agama lain dan dalam apa jua keadaan, Perlembagaan negara tidak boleh dipinda.

"Oleh itu semua pihak tidaklah seharusnya berasa bimbang, gundah-gulana dan gelisah tentang hal ini," kata beliau kepada pemberita.

Beliau mengulas laporan mengenai pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain didakwa membawa agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Antara pemimpin dan cendekiawan Islam yang hadir ialah Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin.

Menurut Perdana Menteri, para pemimpin Islam sependapat bahawa kerajaan mesti memberi satu jaminan kepada rakyat untuk menangani isu Kristian itu dengan penuh bijaksana tanpa membiarkan ia merosakkan segala apa yang telah dibina sekian lama di negara ini.

"Ini terutama sekali keharmonian antara agama dalam negara yang banyak (pihak) merasakan ia contoh model sebuah negara yang boleh dibanggakan, " katanya.

Ditanya sekiranya masih ada pihak cuba mengeksploitasi isu Kristian itu, Perdana Menteri berkata: "Kalau mereka nak buat apa pun, dia tidak akan dapat mengubah hakikatnya (Islam agama rasmi)...realitinya tidak boleh diubah.

"Tapi kalau ada pihak yang mengeksploitasi isu ini sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara ini, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas mereka. Kita tidak mahu sebarang tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang negara sebab yang paling penting adalah keharmonian dan keamanan negara kita."

Mengenai saranan para pemimpin Islam dalam isu itu, Najib berkata, mereka mahu rakyat menolak fahaman yang keterlaluan dan ekstrem oleh mana-mana pihak.

"Memang saya ada berjumpa dengan pemimpin Islam dari semasa ke semasa tetapi dalam keadaan yang berlaku ini amat penting saya berjumpa dengan kumpulan ini untuk sekali lagi kita bincangkan isu ini.

"Kita tak cakap soal politik, yang penting untuk kita tentukan soal prinsip dan pokoknya," kata Perdana Menteri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syed Muhammad Naquib dan Mazlan tokoh Melayu Terbilang UMNO

Posted:

Syed Muhammad Naquib dan Mazlan tokoh Melayu Terbilang UMNO

Syed Muhammad Naquib dan Mazlan tokoh Melayu Terbilang UMNO

KUALA LUMPUR 11 Mei – Buat julung-julung kalinya, sambutan ulang tahun ke-65 hari ini menyaksikan wanita Melayu diberi pengiktirafan sebagai Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2011.

Penganugerahan tersebut diberikan kepada Penolong Ketua Pengarah di Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Austria, Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman, 60.

Mewakilinya untuk menerima anugerah yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu ialah kakak beliau, Laily Norehan kerana Mazlan kini berada di negara tersebut.

Mazlan merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan. Beliau yang berkelulusan bidang Astrofizik di Universiti Otago, New Zealand adalah wanita Malaysia pertama membuat pengkhususan dalam bidang tersebut.

Beliau juga merupakan wanita kedua dilantik sebagai Pengarah Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB di Vienna, Austria dari Oktober 1999 hingga Jun 2002.

Selain itu, semasa berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Bahagian Kajian Sains Angkasa di Jabatan Perdana Menteri, Mazlan telah diamanahkan menerajui mikrosatelit negara iaitu satelit Tiung-SAT 1 dan RAZAKSAT.

Sementara itu, bagi lelaki, Pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Atas, 80, dipilih untuk menerima anugerah tersebut.

Beliau yang berasal dari Bogor, Jawa, Indonesia telah menerima banyak anugerah dan ijazah-ijazah kehormat dari pelbagai universiti hasil kejayaannya di dalam dunia pengkajian, falsafah dan akademik.

Syed Muhammad Naquib telah banyak menulis buku-buku berlatarbelakangkan sejarah, kebudayaan, kesusasteraan, ilmu sufi, pemikiran, falsafah Islam dan metafizik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 12 May 2011 01:03 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kristian-Islam: DAP gesa Najib arah Utusan tarik balik laporan, mohon maaf

Posted: 12 May 2011 12:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mei — DAP menggesa Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan memohon maaf secara terbuka ekoran laporan berunsur fitnah yang mengaitkan parti itu dengan konspirasi menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pihaknya juga mahu Utusan Malaysia menggantikan editor dan wartawan akbar itu yang terlibat dengan penyiaran laporan bersifat fitnah dan boleh merosakkan gagasan 1 Malaysia yang diperjuangkan Najib.

Kata beliau, hanya dengan cara itu Najib boleh membuktikan bahawa Utusan Malaysia tidak mendapat imuniti apabila mengeluarkan laporan salah dan fitnah.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Utusan Malaysia bebas dari imuniti dengan mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan memohon maaf kerana menyiarkan laporan palsu.

"Selain itu, beliau juga harus menukar editor dan wartawan yang terlibat dengan laporan yang bahaya ini dan boleh membakar gagasan 1 Malaysia," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar berbahasa Malaysia milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Utusan Malaysia melaporkan perkara itu selepas memetik laporan sebuah blog yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi-paderi di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun kumpulan Kristian dan DAP menafikan dengan keras dakwaan itu sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu "pembohongan yang bahaya."

Kata Lim, Utusan Malaysia berani bertindak mengeluarkan laporan yang tidak benar kerana akhbar itu didokong sepenuhnya oleh Umno malah agenda mingguan akhbar tersebut ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh diketuai Najib.

"Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari, mendedahkan agenda-agenda dalam Utusan Malaysia ditetapkan Biro Politik Umno yang mengadakan perbincangan setiap Isnin untuk menentukan agenda mingguan akhbar itu.

"Mereka yang berada dalam biro itu adalah Najib, timbalannya (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, tiga naib presiden (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi, (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein dan (Datuk Seri) Shafie Afdal termasuk Setiausaha Agung Umno (Datuk Seri) Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Umno (Datuk) Ahmad Maslan," katanya.

Tambah Lim, beliau juga mencabar parti komponen BN untuk membantah tindakan Utusan Malaysia dalam mesyuarat Kabinet.

"DAP mencabar menteri MCA, Gerakan dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengemukakan bantahan tegas terhadap Utusan Malaysia dalam Kabinet.

"Sekiranya mereka gagal berbuat demikian bermakna mereka adalah talam dua muka seperti Umno," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dakwaan Bigdog konspirasi Kristian tindakan melulu, kata Khairy

Posted: 12 May 2011 12:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membidas penulis blog "Bigdog" sambi menyifatkan dakwaan yang dibuat kononnya wujud konspirasi mahu melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama Kristian sebagai "terlalu melulu."

Blog pro-Umno milik Zakhir Mohamad itu disifatkan Khairy sebaga satu tuduhan yang "luar biasa dan sangsi" tanpa "mempunyai apa-apa bukti."

"Apa yang dia ada hanya gambar dan apa yang dia tulis dalam blognya. Ia adalah amat tidak bertanggungjawab dan melulu. Dia adalah seorang yang sangat teruk," katanya kepada The Malaysian Insider selepas mengecam tindakan Zakhir melalui Twitter.

"Jangan terlalu sombong 'Fat Dog'. Jika anda salah anda akan dikenakan hukuman berat.

"Saya rasa kalau anda dibuktikan bersalah anda akan didakwa kerana menyebarkan laporan palsu dan hasutan. Berani buat berani tanggung," tulis Khairy dalam Twitter.

Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti, semalam Zakhir dalam entri terbaru di blognya mempertahankan laporannya dengan berkata "apa yang perlu dikekalkan adalah janji paderi-paderi yang mahu melantik perdana menteri Kristian dan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi."

Dia berkata paderi-paderi itu berdoa agar perdana menteri dilantik tanpa mengira latar belakang agama.

"Sudah tentu, mereka telah melakukan perkara ini secara terang-terangan untuk menyingkirkan hak kaum majoriti, siapa orang Melayu Islam yang gembira dengan perkara ini," tulis Zakhir.

Dia juga memberi respons terhadap Khairy dengan berkata "ini bukan mengenai sombong. Hanya menyatakan fakta. Siasatan masih berjalan. Apa yang pasti polis belum menyiasat mereka yang hadir."

Khairy membalas dengan berkata polis telah mengambil keterangan pada Selasa.

"Anjing, anda telah buktikan anda seorang penipu dalam Twitter. Saya cadangkan anda hentikan sebarkan laporan palsu, pergi ke The Loaf, pesan makanan dan sedut semua," katanya dengan merujuk kepada fizikal Zakhir.

Beliau juga berkata Zakhir sepatutnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai mana yang disarankan sesetangah pihak.

Minggu lalu Zakhir dalam entrinya bertajuk "Making Christianity the official religion?" mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Ekoran pendedahan penulis blog "Bigdog" itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN), beberapa blog pro-Umno dan kumpulan Kristian.

Beberapa laporan polis telah dibuat agar siasatan dilakukan terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog itu.

Najib juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian hari ini ekoran laporan media bahawa komuniti Kristian mahu menggantikan Islam sebagai agama rasmi selepas kontroversi kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 11 May 2011 11:41 PM PDT

Utusan Online - Politik


Saya malu dengan Anwar - Nalla

Posted:

Saya malu dengan Anwar - Nalla

Saya malu dengan Anwar - Nalla

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

KUCHING 11 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pandi kutty bukan hanya menghina Perdana Menteri, bahkan turut melibatkan maruah ayahandanya yang cukup berjasa kepada negara.

Bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, beliau selaku penganut agama Hindu dan berketurunan India juga cukup malu dengan perbuatan ketua pembangkang itu yang sentiasa menampilkan imej seorang Islam yang warak.

Katanya, tindak tanduk terbaharu Anwar itu menambah satu lagi koleksi petunjuk kepada keperibadian sebenarnya selepas terpalit dengan isu rakaman video seks yang mirip wajahnya dan pertuduhan liwat.

Anwar bagaimanapun menafikan gelaran itu beliau tujukan kepada Perdana Menteri tetapi adalah untuk menggambarkan mengenai tindakan UMNO sebagai sebuah parti.

"Sesiapapun boleh main wayang tetapi perkataan yang terkeluar secara spontan itu biasanya cerminan keperibadian sebenar dan dengan saya, Anwar jangan nak main wayang pula.

"Saya (orang) India, penganut Hindu pun malu nak menggunakan perkataan itu, sepatutnya orang Islam pun begitulah terutama yang boleh menjadi imam, membaca khutbah, memberi tazkirah dan berucap sambil menyelitkan ayat al-Quran macam Anwar.

"Tetapi bekas sahabat saya ini lain pula, nampak macam alim tetapi perkataannya tidak 'alim', yang dihina pula bukan sahaja Najib bahkan Tun Razak yang cukup berjasa, malah Anwar sendiri pun termakan jasanya itu," katanya yang menghubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Anwar dalam satu ceramah kepada masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Dalam perkembangan berkaitan, Nallakarupan menyelar Anwar sebagai tidak wajar untuk memberi label sebegitu hina kepada Perdana Menteri sewaktu keperibadian beliau sendiri diragui masyarakat.

Katanya, perkataan hina itu lebih layak ditujukan kepada seseorang yang pengecut, bermuka-muka dan perosak keharmonian negara berbanding kepada seorang tokoh yang banyak berjasa.

"Jadi sekarang siapa pandi kutty? Dalam keributan politik negara, saya yakin rakyat boleh membuat tekaan yang tepat," katanya sinis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NGO selar penafian Anwar

Posted:

NGO selar penafian <i>pandi kutty</i> Anwar

NGO selar penafian pandi kutty Anwar

KUALA LUMPUR 11 Mei – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin giat berusaha membersihkan diri dan reputasinya apabila menafikan gelaran pandi kutty yang disebutnya ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berceramah di Klang, Sabtu lalu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sepanjang beliau mengenali Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Anwar memang sering menyalahkan semua pihak dan baginya hanya dia sahaja yang berada di kedudukan yang betul.

"Sejak tahun 1970 saya kenali Anwar termasuk ketika menjadi rakan tahanan ISA di Kemunting selama dua tahun, beliau sering mengatakan dia difitnah dan apa yang terjadi ke atasnya adalah konspirasi politik.

"Adakah Anwar lupa bahawa dia sering berucap dan memberi ceramah dengan melemparkan tuduhan terhadap ramai pihak? Bagi saya, ini adalah balasan Allah kepada perbuatannya selama ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Anwar mengakui bahawa beliau ada menyebut perkataan pandi kutty yang bermaksud 'anak babi' dalam ceramahnya Sabtu lalu.

Bagaimanapun Anwar menafikan gelaran itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana didakwa pelbagai pihak tetapi menujukan kepada UMNO.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, sikap Anwar yang sering menafikan kenyataannya atas tujuan ingin bersihkan nama dan kedudukannya dalam dunia politik adalah sia-sia.

"Anwar perlu ingat pada bidalan Melayu, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Saya lihat Anwar sebenarnya sedang menghadapi penyakit 'sindrom penafian yang kronik'.

"Penafian Anwar itu sebenarnya menghina dirinya sendiri dan seluruh pengamal media khususnya wartawan di negara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 11 May 2011 11:40 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


19 maut nahas jalan raya tiap hari

Posted:

19 maut nahas jalan raya tiap hari

19 maut nahas jalan raya tiap hari

Oleh LEE HOOI BOON
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Mei – Seramai 19 rakyat Malaysia mati dalam kemalangan jalan raya setiap hari dengan 11 daripadanya adalah remaja yang menunggang motosikal.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, golongan yang berumur antara 18 hingga 25 tahun dan menunggang motosikal merupakan kumpulan pengguna jalan raya paling berisiko mendapat kemalangan.

Jelasnya, bagi tempoh 2009 hingga 2010, purata kadar kematian di jalan raya menurun daripada 3.55 orang kepada 3.40 orang bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar dan pada tahun lalu jumlah kematian akibat nahas jalan raya di Malaysia adalah 6,872 kes.

"Golongan belia yang menunggang motosikal menyumbang 40 peratus atau lebih 2,000 kes daripada keseluruhan jumlah kematian bagi 2010," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Satu Dekad Tindakan Keselamatan Jalan Raya 2011-2020 di Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kerjasama Keselamatan Jalan Raya Global Malaysia, Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.

Abdul Rahim memberitahu, terdapat pelbagai punca menyebabkan ramai remaja maut dalam nahas jalan raya antaranya berlumba haram, enggan mematuhi undang-undang, memandu selepas mengambil minuman beralkohol atau dadah dan kurang kesedaran mengenai akibat kemalangan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa, guru, majikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sentiasa bekerjasama dengan kementerian untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya di kalangan rakyat Malaysia bagi mengurangkan jumlah kemalangan maut di negara ini.

Beliau memberitahu, walaupun ada di antara pelaksanaan program-program intervensi keselamatan jalan raya berhadapan dengan cabaran, namun jumlah kes kecederaan telah menurun daripada 31,417 kes pada 2009 kepada 28,269 kes pada 2010 iaitu penurunan 6.2 peratus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

57 awak-awak Vietnam ditahan

Posted:

57 awak-awak Vietnam ditahan

57 awak-awak Vietnam ditahan

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanpahang@utusan.com.my


Wan Rosli Wan Yahya (berdiri dua kanan) bersama anggotanya menyoal siasat 57 awak-awak warga Vietnam dalam Operasi Perikanan Bersepadu di Tanjung Api, Kuantan, Pahang, semalam.


KUANTAN 11 Mei - Jabatan Perikanan Pahang menahan enam bot pukat tunda tempatan bersama 57 awak-awak warga Vietnam dalam Operasi Perikanan Bersepadu di perairan negeri ini yang berakhir hari ini.

Penolong Pegawai Perikanan Operasi, Wan Rosli Wan Yahya berkata, dalam operasi yang bermula semalam itu, semua mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 55 tahun.

Menurutnya, semua awak-awak terbabit ditahan kerana disyaki melakukan beberapa kesalahan seperti tidak mempunyai permit kerja, tidak memasang alat Unit Pengesanan Mobil (MTU) dan isu berkaitan perlesenan mengikut Akta Perikanan 1985.

"Siasatan awal mendapati ada antara mereka tidak mempunyai permit kerja, alat MTU tidak aktif dan penggunaan awak-awak asing tidak mengikut syarat yang ditetapkan oleh kementerian," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, operasi bersepadu selama dua hari itu melibatkan seramai lapan anggota Jabatan Perikanan negeri termasuk dari Bahagian Perlindungan Sumber Perikanan Putrajaya dan Perak.

''Operasi melibatkan kawasan perairan Endau semalam dan diteruskan pada awal pagi ini bermula dari kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini sehingga ke muara Sungai Kuantan," tambahnya.

Menurut beliau, awak-awak dan bot terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

Wan Rosli memberitahu, operasi itu dijalankan selepas menerima aduan daripada nelayan tempatan yang mengalami kerugian kerana peralatan mereka rosak dilanggar bot pukat tunda sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 11 May 2011 11:37 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Kekangan penolong pengarah

Posted:

Kekangan penolong pengarah

Kekangan penolong pengarah

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com



WALAUPUN perubahan sistem dan keadaan dalam dunia perfileman di Malaysia semakin ketara, khususnya dari segi bilangan filem yang dihasilkan saban tahun, namun perubahan itu sebenarnya berlaku secara sangat perlahan.

Kelembapan perkembangan sesebuah institusi perfileman adalah berkait dengan masalah tenaga manusia yang merupakan salah satu subsistem utama dalam aktiviti pembikinan filem.

Mutu tenaga manusia dan kaedah penggunaannya dalam industri perfileman Malaysia bagaimanapun dianggap masih berada pada tahap tidak profesional atau kurang profesional sehingga menjadi kekangan terhadap kemajuannya.

Ini diakui oleh pengarah berpengalaman Othman Hafsham.

Katanya, industri perfileman Malaysia masih kekurangan tenaga-tenaga mahir seperti penolong pengarah yang terbabit dalam produksi perfileman.

Menurutnya, kewujudan penolong pengarah jika ada pun, tahap pengurusan golongan tersebut masih perlu dipertingkatkan.

"Industri (perfileman Malaysia) belum mempunyai ramai lagi orang-orang yang berbakat dalam bidang produksi terutamanya penolong pengarah.

"Mereka perlu didedahkan dengan masalah produksi sebelum seterusnya dapat melaksanakan tugasan dengan baik. Namun, kebanyakannya masih membuat kerja di saat-saat akhir," katanya ketika ditemui selepas tamat Bengkel Penolong Pengarah Filem/TV di Pawagam Mini P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), di Ampang, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.

Tambahnya, kebanyakan produksi kekurangan anggota sokongan tetapi mereka mempunyai kepelbagaian kerja yang perlu dilakukan.

Lantas, tenaga yang sedikit itu menyebabkan penghasilan filem kurang bermutu.

Tanpa penolong pengarah yang bagus kata Othman, bagaimana industri perfileman mampu menghasilkan pengarah yang hebat, seterusnya menghasilkan filem yang bermutu tinggi.

"Jika mahu pertingkatkan filem, perlu ada orang yang bagus dalam industri.Industri perfileman sekarang sedang bergerak. Kita mahu menyaingi negara maju, jadi kena perbetulkan diri sendiri dulu. Pengarah yang hebat datangnya daripada penolong pengarah yang berbakat.

"Lagipun, kebanyakan stesen televisyen mahupun pembikin filem hanya mementingkan kewangan dan mengambil tenaga kerja daripada bidang luar seperti akaun dan sebagainya tetapi bukan di bidang produksi," dedahnya yang memberi ceramah mengenai ciri-ciri dan hala tuju seorang penolong pengarah kepada tetamu yang hadir terdiri daripada kalangan pelajar serta krew produksi filem dan drama tempatan.


INDUSTRI perfileman Malaysia memerlukan kepada usaha yang lebih gigih dalam menaikkan mutu tenaga kerja dan penggunaannya ke tahap profesional.


Kata Othman lagi, pada kebiasaannya permasalahan yang dihadapi oleh penolong pengarah adalah disebabkan cara mereka bekerja.

"Mereka ada peningkatan tetapi tidak betul dari segi membuat kerja.Dari segi kawalan krew, penolong pengarah juga perlu berfikir seperti mana pengarah berfikir," tegasnya.

Bengkel anjuran Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dengan kerjasama Finas itu turut menjemput pengarah berkaliber, Aziz M. Osman dan juga Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim untuk menyampaikan ceramah mengenai penolong pengarah.

Keghairahan

Saat diajukan soalan mengenai pemilihannya sebagai tenaga pengajar untuk bengkel penolong pengarah, Aziz yang merendah diri memberitahu, dirinya tidak layak untuk mendidik tetapi boleh memimpin.

"Saya mula mengarah pada tahun 1986 dan pada tahun 2011 nama saya sebagai pengarah masih lagi relevan. Saya merasakan diri masih di peringkat belajar kerana medium filem sentiasa ada benda-benda yang baru yang perlu dipelajari.

"Untuk bengkel ini, saya hanya memimpin mereka melalui pengalaman yang saya peroleh selama saya menjadi penolong pengarah dan pengarah," kata Aziz.

Paling utama, menurutnya lagi, setiap penolong pengarah perlu ada keghairahan untuk bergelar pengarah suatu hari nanti. Selepas itu, mereka perlu ada tanggungjawab yang besar untuk mengendalikan krew dan produksi.

"Setiap pembikin filem juga perlu memikirkan penonton terlebih dahulu. Bukannya syok sendiri menghasilkan filem yang diinginkan. Ada agenda dan cerita yang bagaimana yang mahu disampaikan," katanya.

Aziz yang juga pengarah untuk filem Azura 2011 itu juga memberitahu, tiada formula untuk mengarah sesebuah filem tetapi setiap penolong pengarah mahupun pengarah perlu mempunyai seni dan kreativiti bagaimana untuk mengarah.

Celik teknologi maklumat


OTHMAN sedang berceramah tentang ciri-ciri dan hala tuju seorang penolong pengarah.


Menurut Ahmad Ibrahim pula, visi dan misi penolong pengarah perlu diterjemahkan kepada golongan yang berkaitan dalam industri perfileman.

Katanya, pembikin filem sekarang perlu celik teknologi maklumat (IT).

"Filem Hikayat Merong Mahawangsa boleh diambil sebagai contoh sebab ia menggunakan teknologi tinggi," katanya yang juga dikenali sebagai Mat London.

Ahmad turut memberitahu, tujuan bengkel itu diadakan adalah untuk mencari pengarah muda yang berkarisma dan berwibawa.

"Sekarang ini pengarah-pengarah mempunyai masalah tidak ada penolong pengarah. Jika adapun, kebanyakannya kurang atau tiada pengalaman dan bakat. Penolong pengarah juga mempunyai tanggungjawab yang sama sepertimana pengarah.

"Diharap bengkel ini dapat mendidik para-para pelajar mahu pun mereka yang terlibat di dalam produksi supaya menjadi penolong pengarah yang berkualiti," katanya yang mensasarkan dalam lima hingga 10 tahun lagi industri perfileman Malaysia mampu bertukar wajah.

Tambahnya, setiap penolong pengarah juga perlu mengikuti perkembangan semasa.

"Kalau kita lihat drama-drama dan filem-filem semuanya mempunyai naratif yang sama.

"Kalau cerita hantu, tujuan cerita sama dan mungkin yang berubah pun adalah dari segi intipati tetapi tidak disuntik dengan teknologi terkini dan pembaharuan," ujarnya.

Mengenai pemilihan para tenaga pengajar, Ahmad memberitahu, Othman dan Aziz merupakan nama besar dan mereka mempunyai pengalaman yang luas di dalam industri perfileman.

"Kreativiti mereka untuk menyampaikan mesej itu ada. Othman dan Aziz bukan sahaja boleh mengarah tetapi juga bercakap," kata Ahmad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 11 May 2011 07:43 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


PAS: Rakyat hitung hari tunggu tindakan polis

Posted: 11 May 2011 06:59 PM PDT

Polis dinasihatkan agar tidak menambah kekecewaan rakyat dengan kegagalan demi kegagalan dalam mengambil tindakan dalam kes jenayah dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

pas seminar 071109 tuan ibrahimNaib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipetik Harakahdaily berkata sikap polis dilihat bersifat dwi-standard dalam melaksanakan tugas menjamin keselamatan negara dan menegakkan keadilan undang-undang.

"Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno BN timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

NONEBeliau memberikan contoh bagaimana cepatnya polis bertindak dalam demo-demo anjuran Pakatan Rakyat seperti anjuran bantahan terhadap Lynas di Kuantan baru-baru ini, berbanding dengan cara polis "menjaga" demo-demo anjuran Umno dengan tidak menghadirkan diri supaya ia dapat berjalan dengan bebas.

"Ia jelas amat berbeza apabila anggota keselamatan 'dihadapankan bagi menghadapi parti pembangkang sehingga ia menjadi bahan ketawa rakyat – bahawa jika satu-satu demo tersebut itu kelihatan berjalan bebas tanpa polis dan FRU maka rakyat terus tahu itu semestinya demo anjuran Umno dan sekutunya.

"Jikalau Pakatan yang berhimpun, walaupun demi keselamatan rakyat, yang termasuk juga keluarga-keluarga polis dari ancaman radioaktif, mereka terus diberikan amaran," katanya, yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

gaps protest at pkr hq 130311 walkMengulas tindakan polis yang seringkali rajin mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat kerana tiada permit, Tuan Ibrahim berkata itu hanyalah alasan semata-mata kerana jika pihak Pakatan memohon sekalipun, permit tetap tidak diberikan.

"Bukan tak nak minta permit, kerana dah tahu minta pun tak dapat, buat apa minta? Menyusahkan sahaja. Tidak macam negara luar, yang pihak polisnya menjadi pengawal himpunan agar berjalan dengan baik. Satu masa dulu, Umno juga dakwa demo bukan budaya kita, namun nampaknya kebelakangan ini, ia pun sudah menjadi budaya baru dalam Umno," katanya.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata sikap dwi-standard polis turut terserlah dalam dua isu sensasi terbaru ini.

NONEIsu pertama membabitkan kes video seks yang didakwa mebabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala yang kedua pula, katanya, permainan berbahaya media arus perdana milik Umno, Utusan Malaysia yang cuba melaga-lagakan penganut Kristian dengan orang Islam. Ini dilakukan dengan membangkitkan tuduhan tidak berasas mengenai 'negara Kristian'.

"Sebelum ini dalam isu klip video; sampai sekarang tangkapan dan dakwaan terhadap trio Umno Datuk T (Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Sharyl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim) tidak dilakukan, sedangkan mereka terus terang melanggar peraturan dan undang-undang negara.

utusan malaysia kritsian agama rasmi"Kini, satu demi satu tindakan berbahaya dan bersifat menghasut melampau oleh akhbar Utusan dan blogger pro-Umno terus dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan.

"Apakah pihak polis menunggu berlakunya tragedi malang seperti 13 Mei, yang dua hari lagi sebelum ulang tahun tragedi mendukacitakan negara itu, barulah mereka nak bertindak?" soal Tuan Ibrahim.

Katanya, kini rakyat menunggu dan menghitung hari menunggu bila polis akan bertindak terhadap Utusan Malaysia selepas diam menyepi dalam isu video seks.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib seru anggota Umno tingkat perpaduan

Posted: 11 May 2011 08:30 AM PDT

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini menyeru anggota parti itu supaya mengukuhkan perpaduan dan menghentikan perbalahan sesama sendiri.

Katanya, Umno pada masa ini masih belum berada dalam keadaan selesa walaupun telah berjaya meraih semula sokongan daripada rakyat.

umno 65th anniversary 110511 leaders and confettiIni adalah berdasarkan pencapaian yang diperolehi BN dalam siri pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak pada bulan lalu, kata Najib.

"Selagi semboyan belum berbunyi, selama itu kita mesti bekerja lebih kuat lagi... Walau proses transformasi politik berjalan, kita kena mantapkan lagi (usaha)," katanya yang memberi gambaran bahawa pilihan raya umum bakal berlangsung.

Tambahnya, parti itu akan menjadi lebih kuat hari ini sekiranya tiada anggota parti tidak mengamalkan politik berpuak-puak.

"Tapi masih ada lagi soksek-soksek, angkara-angkara, masih ada lagi puak-puak antara kita, jadi kenapa kita tidak ketepikan dan bersatu bawah Umno?," katanya dalam ucapan di satu majlis sambutan ulangtahun ke-65 parti itu di Kuala Lumpur malam ini.

Katanya lagi, pemimpin parti itu kini perlu mengambil sikap rajin untuk berkhidmat dan mendekati rakyat dan bukannya sekadar untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

umno 65th anniversary 110511 najib making doa"Adakah kalau tak jadi calon kita setia pada Umno? Jangan ada orang merajuk. Jangan ada orang pergi luar negeri sebab tidak dipilih jadi calon

"Kalau tak ada lagi, bermaknalah sambutan kita ke-65 tahun. Kita tidak mahu senasib dengan parti lain... Banyak berbudi tetapi akhirnya terkubur.

"Kalau kita setia kepada parti, tahun-tahun depan kita akan sambut dengan negara yang lebih bertuah lagi," katanya lagi.

Dalam majlis yang sama, Najib turut menyampaikan anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada pemikir ternama Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Seorang lagi penerima anugerah itu ialah penyelidik teknologi angkasa lepas terkemuka Prof Datuk Dr Mazlan Othman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 11 May 2011 07:42 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Nas undang-undang luar negara

Posted:

Nas undang-undang luar negara

Nas undang-undang luar negara

Oleh NORLIZAH ABAS
utusanputraja@utusan.com.my


Tun Zaki Tun Azmi (tengah) bersama hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 11 Mei - Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi mengingatkan para hakim supaya lebih berhati-hati ketika menimbang untuk mengguna pakai sebarang nas undang-undang dari negara luar dalam memutuskan sesuatu kes.

Beliau berkata, nas undang-undang dari luar tidak seharusnya diguna pakai secara membuta tuli kerana keputusan yang dicapai di negara terlibat dibuat selepas mengambil kira cara hidup dan situasi di sana.

Zaki menjelaskan, cara pemikiran dan ideologi sesebuah negara berbeza menjadikan sesetengah amalan yang menjadi kelaziman di barat mungkin asing untuk dipraktikkan di negara ini.

Ketua Hakim Negara menggariskan contoh berhubung perbuatan mendedahkan tangan dan kaki di kawasan orang awam dilarang di Arab Saudi sedangkan memakai bikini di laut dibenarkan di Dubai dan Qatar.

Ujar beliau, hukuman yang diputuskan juga berbeza kerana ada sesetengah negara menjatuhkan hukuman penjara singkat atau denda bagi kesalahan mengedar dadah tetapi di negara ini, ia mengakibatkan hukuman mati mandatori.

"Hakim tidak seharusnya hanya bergantung kepada negara yang mengamalkan undang-undang lazim tetapi juga boleh menimbangkan peruntukan undang-undang sivil dan syariah," ujar beliau ketika berucap di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Zaki menyatakan demikian pada Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia sembilan pegawai kehakiman yang dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, hakim Mahkamah Rayuan dan hakim Mahkamah Tinggi berkuat kuasa hari ini.

Dalam ucapannya, Ketua Hakim Negara turut menyarankan agar para peguam tampil dengan hujah lebih bernas untuk menyakinkan hakim supaya lebih radikal ketika memutuskan sesuatu kes.

Menurut beliau, penghakiman yang radikal seperti dianjurkan oleh Badan Peguam Malaysia itu hanya dapat dicapai jika para peguam mengemukakan penghujahan yang logik.

Pada majlis hari ini, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar, yang menyambut ulang tahun ke-60 Ahad lalu, mendahului senarai apabila dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.

Lima hakim Mahkamah Tinggi turut dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Azahar Mohamed, 55; Datuk Linton Albert, 61; Datuk Balia Yusuf Wahi, 58; Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, 58 dan Datuk Aziah Ali, 58.

Selain itu, tiga pesuruhjaya kehakiman iaitu Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, 56; Datuk Akhtar Tahir, 51 dan Datuk Hue Siew Kheng, 58, disahkan jawatan sebagai hakim Mahkamah Tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkamah benarkan tuntutan ganti rugi terhadap KADA

Posted:

Mahkamah benarkan tuntutan ganti rugi terhadap KADA

Mahkamah benarkan tuntutan ganti rugi terhadap KADA

KOTA BHARU 11 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan tuntutan saman dua individu terhadap Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang didakwa menceroboh tanah mereka seluas 0.24 hektar di Kok Lanas, Ketereh lima tahun lalu.

Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati KADA yang diwakili peguam Noraini Ismail gagal membawa beberapa saksi penting untuk menafikan tuntutan yang dikemukakan oleh Azhar Mohd. Rais, 48, dan Mohd. Effendi Daud, 41.

Beliau yang membenarkan tuntutan itu dengan kos turut memerintahkan ganti rugi ditaksirkan kemudian oleh Timbalan Pendaftar.

Azhar dan Mohd. Effendi selaku pihak plaintif memfailkan saman itu pada 2007 dengan mendakwa KADA telah menceroboh tanah mereka termasuk membina pagar pada penghujung 2006 untuk membangunkan sebuah kompleks perniagaan dikenali sebagai Dataran Warisan KADA.

Mereka yang diwakili peguam Mohd. Allaudin Mat Nor antara lain menuntut ganti rugi am dan tanah tersebut dikembalikan kepada keadaan asal dengan keseluruhan tuntutan bernilai RM13.8 juta atau dengan tafsiran mahkamah.

Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad Zaidi bagaimanapun menolak tuntutan kedua supaya tanah itu dikembalikan kepada keadaan asal kerana menganggap ia tidak praktikal.

"Saya dapati defendan mendakwa tanah itu dibangunkan secara bersama dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Kerajaan Malaysia, bagaimanapun defendan gagal membawa wakil daripada kedua-dua pihak untuk hadir di mahkamah, maka tuntutan pertama plaintif dibenarkan.

"Bagi saya tuntutan kedua tidak praktikal kerana secara munasabah tanah itu sudah dibangunkan dan tidak perlu dikembalikan kepada keadaan asal iaitu tanah kosong dan bersemak," jelas beliau.

Dataran Warisan KADA merupakan kompleks perniagaan yang dibangunkan KADA bermula 2007 dan menempatkan beberapa ruang perniagaan serta satu kawasan pasar malam.

Perasmian pembinaan kompleks itu telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 11 May 2011 07:20 PM PDT

Utusan Online - Pahang


RM14j bina klinik

Posted:

RM14j bina klinik

RM14j bina klinik

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


LAU LEE (kanan) menjalani pemeriksaan kesihatan semasa program rawatan percuma di Jerantut, kelmarin. - utusan/Haris Fadilah Ahmad


JERANTUT 11 Mei - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM14 juta untuk membina klinik kesihatan baru di bandar ini pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, projek berkenaan akan dibina bersebelahan Perpustakaan Awam Jerantut di sini.

Beliau berkata, projek itu bakal memberi kemudahan kepada penduduk tempatan termasuk Orang Asli di pedalaman untuk memperoleh rawatan dengan lebih cepat dan selesa.

''Klinik kesihatan baru ini dapat mengurangkan kesesakan di Hospital Jerantut yang kini mengalami pertambahan jumlah pesakit setiap hari.

''Kira-kira 900 pesakit menerima rawatan di Hospital Jerantut dan projek klinik kesihatan baru ini merupakan alternatif mengatasi kesesakan itu," katanya kepada pemberita selepas melawat pameran dan rawatan kesihatan percuma Jabatan Kesihatan Jerantut, di sini, semalam.

Menurut Lee, klinik kesihatan baru itu akan mengendalikan perkhidmatan kepada pesakit luar manakala rawatan susulan kes kronik dirujuk ke Hospital Jerantut dan Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Katanya, kira-kira 300 pesakit luar setiap hari akan mendapat manfaat di klinik kesihatan baru yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun depan.

''Kita akan menempatkan lebih ramai doktor dan petugas di klinik ini untuk menangani setiap kes," ujarnya.

Dalam pada itu, Lee memuji usaha Jabatan Kesihatan Jerantut kerana mengadakan program secara kolaborasi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melaksanakan rawatan percuma dan pameran kesihatan di bandar ini.

Beliau berkata, projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) itu merupakan antara aspirasi kerajaan meningkatkan taraf kesihatan penduduk luar bandar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Impian Mimi buka kilang gula

Posted:

Impian Mimi buka kilang gula

Impian Mimi buka kilang gula

Oleh NOREHAN SALEH
utusanpahang@utusan.com.my


Mimi Sakinah Abdul Munaim memegang habuk kayu yang mengandungi selulosa dalam penghasilan gula.


KUANTAN 11 Mei - Kejayaan seorang penyelidik merangkul Anugerah Cendekia Bitara dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencetuskan impiannya untuk membuka sebuah kilang bagi mengkomersialkan hasil kajiannya.

Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) UMP, Prof. Madya Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, 34, berkata, pembukaan kilang tersebut berikutan penemuan kaedah penghasilan gula daripada habuk kayu yang mengandungi selulosa.

Beliau telah menerima geran daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) sebanyak RM500,000 bagi membina kilang tersebut.

"Saya telah menerima geran daripada MTDC bagi membina sebuah kilang tetapi lokasinya masih dalam perbincangan," katanya ketika ditemui pada Malam Cendekia Bitara UMP di sini, baru-baru ini.

Penyelidikan tersebut membawa tuah kepadanya apabila berjaya menerima anugerah Best Women Inventor daripada Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIP0) menerusi kajian bertajuk Sustainable Production of Sorbitol From Biomass Using Green Technology Approach pada tahun lalu.

Pengiktirafan tersebut merupakan yang tertinggi dianugerahkan oleh badan antarabangsa kepada penyelidik yang menghasilkan penyelidikan yang memberi impak kepada negara.

Sehingga kini, beliau telah menghasilkan 50 kertas kerja persidangan, 15 artikel yang diterbitkan dalam jurnal berwasit, satu fail yang telah dipatenkan di Malaysia dan dua fail dipatenkan di Amerika Syarikat.

Pada Malam Cendekia Bitara UMP itu, antara kategori dipertandingkan ialah Tokoh, Penerbitan Jurnal, Penerbitan Buku, Produk Penyelidikan, Kreativiti, Kualiti dan Paten.

Mimi Sakinah dinobatkan sebagai Tokoh Cendekia Bitara dan Anugerah Projek Penyelidikan yang membolehkannya membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi dan sijil penghargaan setelah hasil penyelidikannya diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Syukur, saya berjaya menerima anugerah bagi kedua-dua kategori tersebut walaupun tidak menyangka ia sangat berhasil. Walaupun terpaksa menjalankan tanggungjawab sebagai penyelidik, pensyarah dan ibu secara serentak, namun segala usaha itu sangat berbaloi," katanya.

Turut menerima anugerah produk penyelidikan ialah seorang lagi pensyarah FKKSA, Prof. Datuk Rosli Mohd. Yunus yang menghasilkan penyelidikan kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai menggunakan teknologi pengekstrakan sebagai usaha mengelakkan pencemaran alam sekitar.

Rosli membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi dan sijil penghargaan.

Pemenang bagi Anugerah Kreativiti pula ialah Datin Fazia Ali, Muhammad Ilzam Jamat dan Mohd. Khairulnazri Saidi yang menghasilkan reka bentuk teruai (booth) dalam peringkat nasional dan antarabangsa.

Kategori Penerbitan Jurnal Terbaik pula dimenangi Dr. Ahmed Mohamed Ahmed Haidar, Dr. Chong Fui Chin, Sunarti Abd. Rahman, Prof. Dr. Jose Rajan, Fadhlur Rahman Mohd. Romlay dan Prof. Dr. Korada Viswanatha Sharma.

Anugerah tersebut diadakan bagi memberi penghargaan kepada penyelidik yang menyumbang kepakaran dalam pelbagai bidang. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Mohd. Hilmey Mohd. Taib.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kunjungan suntik semangat pesakit

Posted:

Kunjungan suntik semangat pesakit

Kunjungan suntik semangat pesakit

KUANTAN 11 Mei - Kira-kira 30 pegawai kanan polis negeri ini dan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) hari ini meluangkan masa menziarahi wad kanak-kanak dan anggota polis yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204.

Program kebajikan itu bertujuan mengeratkan hubungan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat di samping memupuk kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan anggota polis.

Kunjungan itu diketuai Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab. Ghani.

Hadir sama Pengarah HTAA, Dr. Marlia Mohamed Salleh, ketua-ketua jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan serta ahli jawatankuasa Perkep.

Sharifuddin ketika ditemui berkata, meskipun sibuk dengan tugas menjaga keselamatan dan keamanan, tanggungjawab sosial terhadap masyarakat tetap menjadi fokus utama PDRM.

"Selain menghulurkan bantuan dalam bentuk makanan kesihatan kepada pesakit, kita juga mahu menceriakan mereka yang sedang menerima rawatan.

"Walaupun kunjungan ini singkat, ia mampu mewujudkan perasaan kasih sayang sesama kita," katanya.

Sharifuddin juga mengingatkan semua anggota polis di negeri ini sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan masing-masing supaya mampu menjalankan tanggungjawab serta tugas dengan baik.

Sementara itu, salah seorang anggota polis yang menerima rawatan di hospital itu, Sarjan Mejar Abdul Samad Sungot, 51, yang menderita sakit ulser perut berkata, kehadiran Ketua Polis Pahang bersama warga PDRM dan ahli Perkep itu memberi harapan serta semangat kepadanya walaupun menanggung kesakitan.

"Saya yang mengalami masalah ulser dalam perut ini memerlukan rawatan dan pemantauan berterusan.

"Saya berterima kasih dengan kehadiran Ketua Polis Pahang yang prihatin terhadap anggota polis yang sakit dan ia menyuntik semangat saya supaya terus tabah menghadapi dugaan ini," katanya yang dimasukkan ke wad itu sejak empat hari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 11 May 2011 03:07 PM PDT

Utusan Online - Rencana


UMNO, legitimasi dan perkauman

Posted:

UMNO, legitimasi dan perkauman

UMNO, legitimasi dan perkauman

Oleh ROSLEE MARDAN
PENULIS ialah Penolong Pendaftar
Universiti Utara Malaysia


Najib Tun Razak bersama pemimpin dan ahli UMNO menyertai majlis tahlil sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.


Walaupun kebanyakan negara di dunia mempunyai pelbagai etnik atau kaum, Malaysia dilihat istimewa kerana asas kepada politiknya adalah kerjasama kaum. Semua dasar kerajaan, lantainya adalah soal kaum. Kedua barulah soal rakyat secara keseluruhan. Maka amat sukar untuk mendapat obligasi politik melalui legitimasi yang dijana daripada soal perkauman. Inilah yang dihadapi oleh kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO.

Baru-baru ini, pandangan bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai semangat perkauman yang masih sukar diatasi dalam politik Malaysia menarik perhatian untuk direnungi bersama. Jika ini wajar dijadikan petunjuk, bermakna legitimasi kerajaan hari ini amat bergantung kepada soal politik perkauman.

Mengimbau kesan Pilihan Raya Umum Ke-12 sememangnya memberi impak mendalam kepada Barisan Nasional (BN). Parti politik orang Melayu, UMNO juga tidak terlepas daripada hakikat ini. Dewasa ini, UMNO sering menjadi sandaran kepada terhakisnya legitimasi kerajaan sampaikan ada analisis melontarkan hujah, walaupun parti-parti komponen seperti MCA dan MIC gagal berperanan menarik sokongan kaum mereka, namun bagi rakyat dan sekelompok pemimpin BN meletakkan UMNO sebagai liabiliti ekoran kuasa politik yang sudah terlalu lama dipegang selain nilai dalaman UMNO yang berakomodasi dengan pengoperasian parti menjadi kritikan. Berapa lama lagikah UMNO masih diterima sebagai parti orang Melayu?

Benarkah UMNO terus bergantung kepada sokongan orang bukan Melayu melalui BN? Apakah UMNO mampu mengekalkan legitimasinya lanjutan politik kaum kini menjadi 'ancaman' yang menggugat perjuangannya?

Logiknya, semua persoalan ini hanya sesuai diberikan kepada 'orang politik' dalam UMNO untuk menjawabnya. Tetapi setiap kali pilihan raya, yang mengundi adalah rakyat. Maka persoalan ini wajib dijawab bersama oleh orang Melayu sendiri atas kapasiti kaum mereka dan bukan sekadar sebagai pengundi.

Umumnya politik Malaysia tidak boleh lari daripada soal kaum kerana di situlah terletak kunci utamanya. Justeru, legitimasi parti kerajaan dan negara disandarkan kepada soal hubungan kaum yang mana sejarah lampau mesti dikekalkan sebagai rujukan utama. Sesungguhnya, pelaksanaan tugas atau obligasi politik multietnik melalui legitimasi ini adalah terletak di atas bahu UMNO.

Penulis percaya sempena hari ulang tahun UMNO yang ke-65, sudah tentu hal ini (legitimasi dan hubungan kaum) semakin menambah bebanan kepada UMNO selaku key person' atau aktor utama dalam arus politik perdana. UMNO menanggung beban yang begitu berat. Soal kaum sendiri, soal kaum-kaum yang lain perlu dijaga dengan rapi bagi memelihara imbangan sosio-politik di negara ini.

Undi protes seperti yang dipersetujui oleh ramai penganalisis politik tanah air dalam PRU-12 melanjutkan politik perkauman di Malaysia. Tetapi, di pihak parti pembangkang, undi ini diterjemahkan sebagai gelombang kebangkitan rakyat. Bagi penulis, kalaupun benar kebangkitan rakyat, sebenarnya ia lahir dalam ruang kontenum realiti persaingan kaum yang bersembunyi di sebalik nama kerjasama politik. Dan mungkin ini adalah titik mula.

UMNO telah menghadapi banyak cabaran. Cabaran paling sukar bagi UMNO adalah mengukuhkan nilai dalaman parti seperti budaya politik dan kepimpinan. Walaupun UMNO kekal sebagai parti peneraju dalam pentadbiran kerajaan tetapi legitimasinya kian terhakis.

Kini, UMNO berhadapan dengan masyarakat Malaysia yang kian terbuka mengenai soal hak asasi dan kesamarataan yang semua ini adalah impak globalisasi. Pembangunan material yang selama ini menjadi wadah UMNO kurang 'laku' walaupun di kalangan kaumnya yang masih dilanda masalah kemunduran, kemiskinan dan ketinggalan berbanding kaum lain.

Nilai dalaman UMNO masih menjadi perhatian orang Melayu sendiri dalam pada menentukan sokongan. Proses-proses dalam penentuan barisan kepimpinan UMNO juga menjadi atribut penting dalam mengekalkan legitimasinya. Kepimpinan yang tegas terutama dalam kebolehan strategi menangani masalah perkauman di Malaysia amat penting untuk mewujudkan rasa 'selamat' kaum Melayu di negara ini.

Amat pelik kalau dikatakan Melayu takut di tanah air sendiri tetapi dalam konteks masyarakat majmuk itulah realitinya kerana sejarah lampau sangat ngeri untuk diulangi semula.

Hari ini, 'kebangkitan rakyat' atau lebih tepatnya politik kaum merupakan cabaran besar UMNO. Walaupun, sikap laissez faire atau keterbukaan menangani politik kaum dapat meredakan hubungan di kalangan masyarakat Malaysia, orang Melayu tetap akan memerhati UMNO. Sama ada kekuatan nilai dalaman parti yang kini sedang diperbaiki serta proses pemantapan kepimpinan dapat meyakinkan mereka, semuanya diletakkan di bahu parti UMNO.

UMNO akan sentiasa menerima kesan akibat politik kaum. Tetapi, apa yang boleh menyelamatkan legitimasi UMNO adalah orang Melayu sendiri. Walaupun dengan kepimpinan baru, perubahan politik dilakukan, UMNO tidak boleh sekali-sekali mengharapkan perubahan parti sahaja.

Apa yang turut diambil berat adalah bagaimana mendidik orang Melayu agar kesedaran terhadap nasib bangsa dapat memupuk rasa sentimental Melayu terhadap perjuangan bangsa. Ini tidak salah kerana kaum lain juga mempunyai rasa yang sama. Tidak salah juga UMNO 'meminta-minta' kepada orang Melayu supaya terus memberi sokongan padu.

Nilai keterbukaan UMNO sepatutnya diterjemahkan sebagai keterbukaan kepada kaumnya sendiri. Pandangan kaum Melayu harus diterima untuk memperbaiki parti. Barulah orang Melayu berasa 'selamat' di bawah naungan UMNO. Jika keterbukaan terlalu diberikan kepada tuntutan lain sedangkan peluang tertutup bagi kaumnya, legitimasi UMNO tidak akan selamat selamatnya.

Tetapi, mungkin ada yang mempersoalkan bagaimana pula tuntutan kaum lain yang bekerjasama dengan UMNO? Sebab itulah pentingnya sejarah diambil kira sebagai rujukan utama. Memetik kata tokoh pemikir Barat politics is service. Maka sesuailah jika politik di Malaysia dilaksanakan sebagai politik untuk membangunkan rakyat dan negara bukan perlumbaan untuk memenangi antara satu sama lain sehingga mengorbankan perkara-perkara yang telah dipersetujui.

Peranan UMNO, peranan orang Melayu, peranan parti-parti komponen perlu selari supaya bukan sahaja legitimasi UMNO dapat dikekalkan tetapi juga melibatkan keabsahan orang Melayu sendiri serta parti-parti komponen yang lain. Ulang tahun yang ke-65 ini, apakah yang sedang direnungi UMNO?

Apakah UMNO masih relevan dan berupaya memimpin masyarakat majmuk kontemporari? Bagaimanakah UMNO dapat terus mengekalkan kelangsungannya ketika semangat perkauman melangkaui fahaman ideologi parti-parti politik? Adakah orang Melayu masih setia kepada UMNO? Inilah cabaran UMNO hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuntutan hak eksklusif Islam

Posted:

Tuntutan hak eksklusif Islam

Tuntutan hak eksklusif Islam

TIAP-TIAP kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal agamanya sendiri. Itu janji yang sudah termeteri di bawah Artikel 11(3)(a) Perlembagaan Persekutuan yang terjamin dan tidak boleh diganggu-gugat.

Sayang sekali, peruntukan yang sedia ada itu tidak dipergunakan sebaik-baik mungkin sehingga merugikan agama itu sendiri khususnya agama Islam.

Dalam konteks ini, peguam bela, peguam cara dan juga peguam syarie berpengalaman, DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR memberitahu wartawan Utusan Malaysia NORAZLITA MOHD. SIES di pejabat beliau di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini bahawa pada masa sekarang orang Islam tidak secara eksklusif boleh mentadbir agama mereka sendiri apabila Jemaah Menteri bukan Islam, Ahli Parlimen bukan Islam, Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat turut mengambil bahagian dalam perbahasan menyentuh kemurnian agama tersebut.

Malah terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang bukan Islam turut mempertikai Undang-Undang Islam yang dibentangkan.

Bertitik tolak daripada kesedaran itu, Zainul Rijal yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) terpanggil untuk mengemukakan satu memorandum dalam masa terdekat bagi 'menuntut' hak tersebut.

UTUSAN: Apa sebenarnya idea yang hendak disampaikan oleh PPMM kepada peringkat tertinggi negara?

ZAINUL RIJAL: PPMM mahu mencadangkan supaya mekanisme membuat undang-undang ini ditukar cara pembikinannya kerana kerangka yang ada sekarang ini sudah tidak sesuai lagi untuk menggubal undang-undang berkaitan Islam. Pada masa sekarang semua undang-undang yang digubal dibincangkan oleh Jemaah Menteri dan dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum perkenan diberikan untuk dijadikan undang-undang yang berkuat kuasa. PPMM mengesyorkan agar mekanisme ini diubah tanpa perlu meminda Perlembagaan Persekutuan.

Boleh jelaskan apakah kesan daripada cadangan ini seandainya ia diterima dan diluluskan?

PPMM mencadangkan draf undang-undang (rang undang-undang) khusus tentang agama Islam yang didraf oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Sivil/Syarak Jakim kemudian dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara untuk gubalan. Setelah itu ia akan dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), kemudian akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapatkan perkenan.

Seterusnya ia akan hanya dipanjangkan kepada Jemaah Menteri untuk disahkan tanpa perlu dibahaskan kerana ia sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga apabila dibentangkan untuk bacaan pertama dan kedua tidak perlu juga dibahaskan kerana ia telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Perbezaannya adalah perkenan Majlis Raja-Raja atau Yang di-Pertuan Agong ini diperoleh terlebih dahulu sebelum perkara ini dibawa ke Jemaah Menteri dan Parlimen. Ia bertujuan mengelakkan perbahasan tentang Rang Undang-Undang Islam oleh orang bukan Islam termasuklah oleh orang Islam yang tidak mempunyai keilmuan dalam undang-undang Islam.

Dengan cara ini, orang bukan Islam tidak boleh lagi mencampuri urusan agama Islam dan orang Islam dapat mentadbir agamanya mengikut acuan Islam itu sendiri. Ia memberi kesan kepada Perkara 11(3) untuk orang Islam mentadbir agamanya secara eksklusif, terlaksana. Perkara ini mungkin akan dikaji tetapi saya sudah melihat dan bercakap dengan ramai peguam dan pensyarah undang-undang, mungkin ia boleh kita jadikan sebagai satu realiti.

Dalam konteks ini juga ia menggambarkan bidang kuasa agama dapat dikeluarkan dan bebas daripada campur tangan pihak-pihak tertentu atas dasar kepentingan politik masing-masing ataupun kedangkalan ilmu Islam itu sendiri. Ini kerana apabila undang-undang itu dibuat ia terus dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.

Bukan niat menidakkan peranan ahli politik bukan Islam dalam perkara ini namun apa kewajarannya bagi mereka untuk mencampuri urusan agama dan undang-undang dan fatwa ini. PPMM juga mengesyorkan agar mufti berurusan terus dengan Majlis Raja-Raja dan tidak tertakluk kepada arahan pihak kerajaan.

Perkara ini penting kerana pada masa ini sudah berlaku pencabulan terhadap kemuliaan institusi mufti ini. Terdapat sebuah negeri di utara yang mensyaratkan sesuatu fatwa sebelum disemak hendaklah mendapat persetujuan Exco atau pimpinan negeri. Malah terdapat Exco agama yang menulis kepada mufti mempertikaikan fatwa mufti kerana tidak selari dengan pandangan kerajaan.

Selain mengekang ahli politik, siapakah lagi yang PPMM sasarkan dalam memorandum ini?

Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam yang melaksanakan polisi Majlis Agama Islam juga sepatutnya diletakkan terus di bawah Sultan masing-masing dan bukannya tertakluk di bawah Exco agama. Ia mungkin satu cadangan yang drastik tetapi mempunyai asas dari segi undang-undang dan perlembagaan kerana kita tidak mahu lagi isu agama Islam dipertikaikan.

Mufti juga sepatutnya bebas daripada elemen-elemen politik dan tidak boleh diletakkan di bawah jabatan serta perlu menasihati kerajaan. Ada negeri-negeri yang meletakkan mufti ini sebahagian daripada Exco dan terdapat kebaikan serta keburukan apabila mufti menjadi Exco.

Baiknya adalah mufti boleh menasihati dalam jawatankuasa Exco itu tetapi persepsi negatif timbul apabila kerajaan meluluskan satu peruntukan yang bertentangan dengan agama Islam dan mufti akan dilihat sebagai salah seorang dalam jawatankuasa itu dan seolah-olah sebahagian daripada pembuat dasar.

Sehubungan itu, saya melihat lebih baik mufti dibawa keluar daripada jawatankuasa Exco itu sendiri dan mufti boleh bebas menasihati, membuat teguran kepada kerajaan.

Dalam hal ehwal Islam, mufti sepatutnya lebih proaktif, peka dan lebih bebas berbanding berada dalam Exco sendiri yang akan tertakluk kepada pelbagai syarat serta protokol dan ini yang menjadi masalah kepada PPMM yang mahu satu undang-undang dibuat bagi membebaskan mufti daripada kongkongan politik sebaliknya terus kepada Raja-Raja Melayu untuk menasihati dan membuat teguran.

Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh PPMM di sebalik langkah drastik ini?

PPMM tidak mengatakan atau mengehadkan campur tangan golongan tertentu terhadap agama Islam semata-mata tetapi ia secara menyeluruh. Dengan kata lain, PPMM juga tidak mahu pihak tertentu turut mencampuri urusan agama lain misalnya Kristian, Buddha dan Hindu kerana tidak mengetahui hal agama tersebut selain perlu menghormati fahaman agama mereka.

Tetapi perkara sebaliknya berlaku kerana apabila perbahasan yang melanggar hukum syarak seperti yang berlaku terhadap Undang-Undang Keluarga Islam yang berlangsung di Parlimen beberapa tahun yang lalu, ahli-ahli Dewan Negara yang bukan Islam turut serta dalam perbahasan dengan melabelkan undang-undang Islam zalim dan menindas serta tidak memihak kepada wanita.

Ini perkara yang tidak seharusnya terjadi kerana Perkara 11(3) menyatakan Islam itu ditadbir oleh golongan daripada agama itu sendiri dan yang lain tidak boleh masuk campur. Oleh itu untuk mengelak perkara ini berlaku, saya mencadangkan supaya rang undang-undang terus mendapat perkenan daripada Tuanku kemudian baru disahkan oleh Jemaah Menteri dan juga Parlimen tanpa perlu dibahas memandangkan ia sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Ketua Agama.

Amatlah tidak dapat diterima sekiranya sesuatu rang undang-undang yang telah diperkenan itu dibahas dan ditolak oleh Jemaah Menteri ataupun Parlimen.

Itu antara prinsip yang akan PPMM ketengahkan dan cadangkan kepada kerajaan supaya satu perubahan drastik dapat dilakukan. PPMM akan membuat memorandum untuk dihantar kepada kerajaan dan Majlis Raja-Raja yang menyentuh pelbagai isu antaranya mengenai kalimah Allah dan Bible (Injil) Melayu.

Ramai yang mempersoalkan undang-undang Islam mengenai enakmen kawalan perkembangan agama dan sebagainya. Ia tidak seharusnya dipersoal oleh bukan Islam kerana akan terjumlah kepada mencampuri urusan orang Islam sendiri. Misalnya mufti membuat suatu kenyataan ataupun Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman sebat ke atas wanita, semua orang hendak berikan komen dan ramai 'berlagak' seperti mufti.

Untuk menghalang perkara ini daripada berterusan, PPMM juga mencadangkan status mufti, Majlis Agama Islam diletakkan di tempat yang sewajarnya dan Mahkamah Syariah diletakkan sama tarafnya dengan Mahkamah Sivil dari segi bidang kuasa, gaji, strukturnya perlu sama.

Dengan cara ini kita baru dapat lihat bahawa undang-undang syariah boleh dilaksanakan dan tiada campur tangan daripada pihak lain yang menghina, mempertikai serta memperkecilkan undang-undang syariah itu sendiri.

Ingin saya tegaskan jika dilihat Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan, mengenai sumpah Yang di-Pertuan Agong yang berikrar mengaku taat setia menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan perlembagaan negeri serta pada setiap masa akan memelihara agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negeri.

Sumpah ini bukan untuk dekorasi tetapi ada kesan dan mesejnya. Apabila Yang di-Pertuan Agong bersumpah akan memelihara Islam setiap masa, Baginda akan dinasihati oleh Perdana Menteri dan kerajaan yang mempunyai tanggungjawab berperlembagaan untuk menzahirkan sumpah Yang di-Pertuan Agong ini. Sumpah ini mempunyai implikasi yang amat besar terhadap perundangan Islam di negeri. Malangnya ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan sumpah ini.

Jadi tidak boleh kita terima surat daripada kerajaan, di luar sampulnya tertera Urusan Seri Paduka Baginda (yang telah bersumpah memelihara Islam pada setiap masa) tetapi isi kandungannya melawan Islam pula. Walaupun di pihak kerajaan, orang itu bukan Islam namun beliau perlu melaksanakan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara Islam.

Ini perlu kita jelaskan kerana sesetengah orang kata tidak perlu melaksanakannya sebab kita ada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua yang perlu memelihara Islam pada setiap masa.

Apabila sumpah itu wujud, kerajaan sepatutnya melihat tanggungjawab berperlembagaan ini untuk melaksanakan Islam dan tidak boleh campur tangan, tidak boleh mengabaikan Islam sebab banyak perkara dalam perlembagaan ini yang ramai kurang arif, sepatutnya undang-undang berkaitan Islam jika hendak dipinda pun perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebelum hasrat itu dizahirkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 11 May 2011 01:29 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Durian raja kunyit masuk China

Posted:

Durian raja kunyit masuk China

Durian raja kunyit masuk China

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


NOH (kiri) bersama Chai Xi (dua dari kiri) menunjukkan buah durian D197 di Wisma Tani, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengeksport durian jenis D197 yang lebih dikenali sebagai durian raja kunyit ke pasaran China tidak lama lagi selepas beberapa piawaian negara itu dipatuhi.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, idea itu timbul selepas Perdana Menteri Republik Rakyat China, Wen Jiabao tertarik dengan rasa buah berkenaan semasa lawatannya ke Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya, buat permulaan, pihaknya telah menghantar 100 biji buah durian kepada Jiabao dalam bentuk sejuk beku dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan sebuah syarikat swasta.

"Buah yang dihantar kepada Jiabao itu tidak mengeluarkan bau dan perlu diletakkan pada suhu bawah 18 darjah Celsius. Ia boleh tahan selama setahun.

"Selain buah durian sejuk beku, pelbagai produk lain berperisa durian seperti kuih bulan dan aiskrim turut dihantar kepada Jiabao," kata Noh pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wajibkan nafkah ibu bapa

Posted:

Wajibkan nafkah ibu bapa

Wajibkan nafkah ibu bapa


IBU BAPA memerlukan sokongan daripada anak-anak untuk menjalani kehidupan terutama ketika usia tua. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengkaji keperluan mewujudkan satu undang-undang mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak.

Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh bagaimanapun berkata, sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira daripada segi implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak-anaknya dalam jangka panjang.

Menurut beliau, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu ini.

"JKM mahu kesedaran untuk menjaga ibu bapa datang daripada anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa merupakan sesuatu yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat negara kita.

"Lagipun, masih ramai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka," katanya ketika ditemu ramah dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terima hakikat Islam agama rasmi

Posted:

Terima hakikat Islam agama rasmi

Terima hakikat Islam agama rasmi

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua pihak harus menerima hakikat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia tidak boleh diubah dalam apa juga keadaan.

"Ia adalah kerana realitinya kita mempunyai Perlembagaan Negara dan peruntukannya adalah amat jelas tentang kedudukan Islam dan agama-agama lain," kata Najib selepas mengadakan pertemuan dengan 22 orang pemimpin dan cendekiawan Islam di sini semalam.

Dalam apa jua keadaan, katanya, Perlembagaan Negara tidak boleh dipinda dan oleh itu semua pihak tidak seharusnya berasa bimbang, gundah gelana atau gelisah di dalam hal itu.

Antara pemimpin dan cendekiawan Islam yang hadir ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin.

Najib berkata, dalam pertemuan selama sejam itu, beberapa isu semasa turut dibincangkan termasuk isu 'menukar' agama lain sebagai agama rasmi negara yang dilaporkan sebelum ini.

"Saya sememangnya berjumpa dengan pemimpin Islam dari semasa ke semasa tetapi dalam keadaan yang sedang berlaku sekarang ini, amat penting saya berjumpa dengan kumpulan ini dan sekali lagi kita bincang atas isu ini dan juga perkara-perkara yang lain," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 11 May 2011 11:34 AM PDT

Utusan Online - Kota


Operasi roboh kampung Melayu

Posted:

Operasi roboh kampung Melayu

Operasi roboh kampung Melayu

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


Sekumpulan penduduk membina tembok manusia bagi menghalang kerja-kerja merobohkan kampung mereka oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Kampung Melayu Sungai Kerandang di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, semalam. - UTUSAN/Amin Farij Hasan


HULU SELANGOR 10 Mei - Ketenangan Kampung Sungai Kerandang, Kuala Kubu Baru, yang didakwa menjadi penempatan lebih 45 keluarga Melayu di sini berubah menjadi tegang hari ini berikutan tindakan kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Hutan Negeri Selangor melakukan kerja-kerja merobohkan kawasan penempatan mereka dengan alasan mereka telah menceroboh kawasan Hutan Simpan Bukit Tarek.

Bagaimanapun, percubaan Jabatan Hutan Negeri Selangor yang diketuai Penolong Pengarah Penguat Kuasanya, Mohd. Yussainy Md. Yusop bersama kira-kira 200 anggota penguat kuasa termasuk dari Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor untuk memasuki kawasan itu pada kira-kira pukul 9.15 pagi dihalang oleh penduduk yang berkumpul di persimpangan masuk ke kampung mereka, iaitu kira-kira 100 meter daripada laluan masuk ke kampung tersebut.

Turut bersama kira-kira hampir 40 penduduk yang masing-masing membawa sepanduk dan kain rentang ialah Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu, Wong Koon Mun.

Kamalanathan yang mewakili penduduk yang sudah tiba seawal pagi berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan perkampungan itu dengan meminta operasi merobohkan ditangguh kerana masih ada jalan penyelesaian terbaik dengan mengadakan perbincangan.

Melalui perbincangan menerusi telefon yang dibuat hampir setengah jam antara Kamalanathan dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Elizabeth Wong, beliau memberitahu pihak kerajaan negeri tetap bertegas agar operasi diteruskan.

Bagaimanapun, Elizabeth memutuskan tindakan itu buat sementara ini tidak melibatkan penempatan, surau, balai raya dan kawasan tanaman penduduk sebaliknya jauh daripada kawasan tersebut.

Keputusan itu melegakan penduduk, tetapi hanya seketika. Dalam perbincangan selanjutnya dengan Mohd. Yussainy di balai raya kampung itu, keadaan kembali tegang kerana timbul isu mengenai kawasan mana yang patut dirobohkan.

Penduduk mendakwa jika operasi tersebut dijalankan ia tetap akan melibatkan kawasan kebun penduduk.

Jika operasi itu diteruskan bermakna masa depan dan mata pencarian mereka akan musnah, sekali gus membayangkan sifat kejam kerajaan negeri.

Dalam sesi perbincangan itu penduduk tetap mempertahankan hak mereka dan turut mempersoalkan status penukaran hak milik status rezab Melayu yang pernah ditawarkan oleh kerajaan negeri sebelum ini kepada mereka pada 2004.

Walaupun perbincangan berlangsung agak panas, akhirnya kira-kira 2.30 petang Mohd. Yussainy memutuskan operasi tetap diteruskan ke atas kira-kira 45 hektar daripada keseluruhan 354 hektar yang turut meliputi kawasan kebun penduduk.

Operasi yang berakhir kira-kira pukul 6 petang itu difahamkan akan disambung semula esok dan mengambil masa kira-kira dua minggu untuk diselesaikan.

Utusan Malaysia difahamkan, kebenaran menduduki sementara (TOL) yang dikeluarkan kepada penduduk di kawasan itu sebelum ini sebenarnya tidak sah kerana dari segi undang-undang tiada penerokaan dibenarkan dilakukan di dalam mana-mana kawasan hutan simpan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan ambil hak kami - Penduduk

Posted:

Jangan ambil hak kami - Penduduk

Jangan ambil hak kami - Penduduk

HULU SELANGOR 10 Mei - Penduduk Kampung Sungai Kerandang, Bukit Tarek di sini kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Selangor yang mereka anggap bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, tetapi juga mementingkan diri sendiri.

Bagi mereka, tindakan mengarahkan penempatan dan kebun tanaman kelapa sawit mereka yang telah diusahakan selama lebih 30 tahun itu dirobohkan membayangkan rakyat terpaksa merempat di bumi sendiri.

Ketua Kampung Sungai Kerandang, Kasani Kameran, 76, berkata, dia benar-benar kecewa dengan tindakan tersebut yang memberi gambaran betapa kejamnya kerajaan negeri Selangor terhadap rakyatnya.

Menurutnya, sebagai peneroka awal di kawasan penempatan itu dia tetap mempertahankan hak mereka yang selama ini bertungkus lumus mengusahakan kawasan itu.

"Kami benar-benar kecewa diperlakukan seperti ini. Kami bukan meneroka tanah haram, sebaliknya ada kelulusan yang membenarkan tanah ini diteroka. Bila ini berlaku ia sekali gus memperlihatkan bagaimana pihak luar cuba merampas apa yang diusahakan kami selama ini," ujarnya.

Setiausaha Kerja Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Ramlee Mohamad pula berkata, adalah menyedihkan apabila kerajaan negeri sesuka hati mahu meroboh dan menghalau mereka sedangkan sudah jelas ada cadangan tanah itu diwartakan sebagai tanah rezab Melayu sejak tahun 2004.

Katanya, dia sendiri tidak faham kenapa kerajaan Selangor cuba menidakkan hakikat itu, sebaliknya cuba memandang sebelah mata kewujudan penempatan di situ.

Turut berkongsi perasaan kecewa dan marah ialah Noreha Ahmad, 41. Ibu kepada enam anak berusia 3 hingga 16 tahun itu mengakui terkejut dengan tindakan tersebut, yang memberi gambaran bahawa selama ini mereka meneroka kampung itu secara haram.

Sedangkan, katanya, tanah tersebut telah diterokai berpuluh-puluh tahun lamanya tanpa ada gangguan pihak luar selama ini.

Bagi Mohamad Hassan, 57, adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila kawasan penempatan dan tempat mereka mencari rezeki selama ini tiba-tiba cuba dirampas.

Dia yang berasal dari Ijok, Selangor, mengakui cukup kecewa dengan sikap pimpinan kerajaan negeri yang diibaratkan hanya mementingkan diri sendiri, tetapi tidak rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan Selangor digesa runding dahulu, utamakan rakyat

Posted:

Kerajaan Selangor digesa runding dahulu, utamakan rakyat

Kerajaan Selangor digesa runding dahulu, utamakan rakyat


P. KAMALANATHAN (kiri, baju biru) berunding dengan Mohd. Yussainy Md. Yusop untuk meminta operasi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ditangguhkan.


HULU SELANGOR 10 Mei - Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan mendesak kerajaan negeri menyelesaikan isu yang melibatkan Kampung Sungai Kerandang melalui perbincangan atas dasar kemanusiaan.

Beliau berkata, tindakan merobohkan rumah penduduk dan memusnahkan kebun mereka adalah zalim memandangkan tiada notis sewajarnya, mahupun perbincangan dilakukan oleh pihak bertanggungjawab dengan penduduk mengenai perkara itu sebelum arahan meroboh dikeluarkan.

"Apa yang dimaklumkan penduduk ada menerima notis sebelum ini tetapi hanya ditampal di pokok dan penduduk sendiri tidak tahu dimana hendak mengadu," katanya.

Kamalanathan turut memberitahu, apa yang berlaku seolah-olah memberi gambaran kerajaan negeri hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib penduduk di situ yang sudah mengusahakan kawasan itu sejak 30 tahun lalu.

Beliau yang turut berusaha menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Elizabeth Wong bagi memberi penjelasan dan merayu agar operasi tersebut ditangguhkan turut melahirkan kesediaan untuk berunding mengenai perkara itu dengan pihak kerajaan negeri.

"Apa yang sepatutnya dilakukan ialah kepentingan penduduk didahulukan. Kami sedia bertemu dengan pihak Menteri Besar bagi sama-sama menyelesaikan isu ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 11 May 2011 09:24 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Untuk disewa

Posted: 10 May 2011 12:03 PM PDT

MukaDepan

Kementerian tawar kuarters guru kosong

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mengakui banyak Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) terbiar kerana tidak diduduki di seluruh negara, khususnya di luar bandar sehingga kediaman itu usang dan mengalami kerosakan yang teruk.

Berikutan itu, kementerian akan menyewakan unit yang kosong kepada agensi kerajaan lain. Setakat ini lima unit di Pekan, Pahang disewakan kepada MARA dan Jabatan Latihan Khidmat Negara. Sebanyak 40 unit di Kuantan pula disewakan kepada sebuah kolej swasta, 100 unit disewa oleh Universiti Malaysia Perlis dan 120 unit di Temerloh kepada Institut Pendidikan Guru Ampuan Afzan, manakala 958 unit lagi dirancang disewakan kepada agensi lain.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, juga berkata kajian mendapati sejumlah RM477,000 setahun diperlukan bagi menyediakan perkhidmatan keselamatan dan penyelenggaraan bagi dua blok KIP yang setiap satu mengandungi 20 unit, tetapi kementerian dikekang isu kos sama ada memperbaikinya atau mendahulukan pembinaan serta menaik taraf sekolah.

Akhbar ini, semalam melaporkan kira-kira 3,000 unit KIP, khususnya di luar bandar terbiar begitu saja kerana tidak didiami oleh guru kerana pelbagai faktor, termasuk lokasinya yang tidak sesuai dan tidak diselenggara dengan sempurna.

Ada sesetengahnya semakin usang dan kelihatan umpama 'rumah berhantu'. Ramai guru dikatakan enggan mendiami kuarters berkenaan kerana lokasinya yang terletak di luar bandar, jauh dari kemudahan awam dan sunyi.
Mohd Fuad juga menjelaskan sebuah pasukan petugas yang diketuai Ketua Setiausaha kementerian ditubuhkan Januari lalu bagi mengkaji isu kuarters terbiar dan sudah mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian.

"Bagaimanapun, ia bergantung kepada kemampuan kewangan kementerian kerana keutamaan kita pada masa ini ialah membina atau menaik taraf sekolah di seluruh negara khususnya di luar bandar," katanya.

Namun, beliau berkata, faktor utama KIP kosong ialah kerana guru lebih berminat menyewa rumah bukan apartmen di luar bandar yang sewanya lebih rendah dan tidak mahu Elaun Tetap Perumahan (ETP) dan Elaun Sara Hidup (COLA) dipotong jika tinggal di kuarters.

"Sebagai contoh, bagi guru gred DG41 yang menduduki kuarters di luar bandar, ETP mereka akan dipotong sebanyak RM250 dan COLA RM150. Dengan jumlah RM400 itu, mereka boleh menyewa rumah bukan apartmen yang sewanya lebih rendah dan masih ada baki," katanya kepada Berita Harian semalam.

Selain itu, beliau mengakui beberapa faktor, seperti lokasi KIP yang jauh dari sekolah dan kegagalan penyelenggaraan, terutama aspek kebersihan menyebabkan guru enggan tinggal di kuarters.

Mengulas lanjut, beliau berkata masalah lokasi KIP yang jauh dari sekolah berlaku kerana kuarters dibina menggunakan tanah kementerian sedia ada di sesuatu kawasan.

Mohd Puad juga berkata, pasukan petugas membuat beberapa cadangan kepada kementerian berhubung jumlah unit sebenar yang kosong dan kos membaik pulih.

Bagi unit yang rosak teruk, pasukan petugas melaporkan memerlukan RM57,000 untuk diperbaiki bagi seunit, kerosakan sederhana RM30,000 dan kerosakan minimum RM15,000 seunit.

"Ketika ini, pasukan petugas sedang menyelaras dengan semua Jabatan Pelajaran Negeri untuk membuat penilaian berkenaan termasuk mengenal pasti jumlah sebenar unit yang kosong," katanya.

INFO

  • 2,000 pemohon dalam senarai menunggu untuk mendiami kuarters di Kuala Lumpur
    330 daripada 991 unit di Pulau Pinang diduduki dengan semua yang kosong terletak di Seberang Perai
  • 10,000 unit unit dibina lewat 1990-an berdasarkan keperluan perumahan guru pada waktu itu
  • Dibina oleh swasta atas tanah kementerian yang kemudian membuat pembayaran ansuran kepada syarikat berkenaan.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    fyan

    Seboleh kuarters ini setelah di siapkan dibuka unruk disewa oleh semua kakitangan kerajaan dan keutamaan diberikan kepada warga pendidik. ini bagi memastikan tiada hantu-hantu menghuni kediaman sekian lama .
    Kadar sewa mesti mengikut harga pasaran dan mengikut prosidur seperti memetrai penjanjian sewaan.

    esma

    Cadangan jual saja rumah kuarters kepada kakitangan awam atau orang luar dengan harga yang berpatutan . Mesti ramai yang berminat dan wujudkan lot, geran atau hak milik srata Tiada ada lagi masalah rumah 'hantu' , terbiar atau projek kerajaan yang membazir. Bila ramai yang dah duduk barulah meriah tempat tu...

    antibazir

    Inilah masalah kita, bila tak ada kuarters merayu2 nak kuarters, tp bila dah diberi dibazirkan pulak.. akibatnya wang rakyat dibazirkan. Jabatan yang gagal mengurus aset seperti Jabatan Pelajaran perlu dikenakan tindakan tegas.

    Rakyat Malaysia

    Ramai yang lebih suka duduk luar berbanding kuarters, kerana duduk kuarters elaun perumahan ditolak + elaun sara hidup. Ini yang membuatkan ramai rasa untung duduk diluar berbanding kuarters. Masalah penyelenggaran pun ketara dan teruk sekali dan kebajikan penghuninya pun terabai.

    sri siantan

    harap disegerakan dan dimudahkan proses berkaitan. cara permohonan perlu dijelaskan agar memudahkan mereka yang berminat membuat permohonan.

    adnan

    kos baiki rm57000 seunit.. wajar ker


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Bajet 2012 lonjak momentum ekonomi

    Posted: 10 May 2011 11:57 AM PDT

    MukaDepan

    NAJIB sambil diperhatikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk   Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada sidang media selepas ucaptama sesi Perundingan Belanjawan 2012 bertemakan 'Transformasi Bersama Rakyat' di   Putrajaya, semalam.

    NAJIB sambil diperhatikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada sidang media selepas ucaptama sesi Perundingan Belanjawan 2012 bertemakan 'Transformasi Bersama Rakyat' di Putrajaya, semalam.

    PUTRAJAYA: Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober ini adalah belanjawan inklusif yang berpaksikan rakyat dalam menuju negara maju serta ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020.

    Walaupun mengakui penyediaan belanjawan berkenaan sebagai mencabar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata fokus kepada belanjawan itu ialah meningkatkan usaha transformasi ke arah mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan mempertahankan kesejahteraan rakyat.

    "Kita perlu menyahut cabaran menghasilkan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif dan berani," katanya pada ucaptama sesi Perundingan Belanjawan 2012 bertemakan 'Transformasi Bersama Rakyat' di Kementerian Kewangan, di sini, semalam.
    Perbincangan kira-kira tiga jam itu membabitkan pelbagai pihak dari sektor swasta dan awam untuk memberikan input dalam penyediaan belanjawan tahun depan.
    Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010.

    Najib berkata, kerajaan sudah menyediakan kerangka kerja dasar yang kukuh menerusi Model Baru Ekonomi (MBE) untuk mentransformasikan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    Katanya Rancangan Malaysia Ke-10 pula menggariskan strategi jangka sederhana manakala Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) meletakkan asas yang kukuh untuk transformasi ekonomi dan kerajaan.
    Sejak pelancaran ETP pada 25 Oktober tahun lalu, sebanyak 54 projek permulaan (EPP), yang mewakili 41.2 peratus daripada keseluruhan 131 projek, sudah memulakan operasi membabitkan pelaburan RM106.4 bilion sekali gus meningkatkan pendapatan negara kasar kepada RM153.8 bilion dan menyediakan 298,865 peluang pekerjaan.

    Sementara itu, pada sidang media, Najib berkata, kerajaan akan terus melaksanakan program yang akan memberi manfaat kepada rakyat termasuk beberapa projek yang akan dilancarkan bulan depan.

    "Apabila kita merasionalisasikan subsidi tidak bermakna kita tidak mengutamakan rakyat, ia mengurangkan perbelanjaan kerajaan jadi kita mempunyai kedudukan fiskal yang lebih kukuh untuk melaksanakan projek pada masa depan," katanya.

    Beliau berkata, peserta pada sesi perundingan itu faham dengan langkah ekonomi yang dilaksanakan kerajaan termasuk rasionalisasi subsidi yang dilakukan secara berperingkat dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tetapi meminta proses mendidik rakyat ditingkatkan.

    "Saya sarankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti FOMCA dan beberapa lagi menerangkan kepada rakyat mengenai kebaikan GST, supaya apabila rakyat faham dan ada penerimaan, masa itulah paling sesuai kita melaksanakannya.

    "GST adalah baik kerana ada kemungkinan kita boleh mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individu... kerajaan akan melakukan tinjauan (berkaitan penerimaan) dan buat masa ini kita melakukan pendidikan," katanya.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan