Ahad, 26 Jun 2011

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


anak <b>behrang</b> ulu: Berteduh sementara <b>di</b> Pangsapuri Barakah

Posted: 26 Jun 2011 02:21 AM PDT

USAHA manusia ada bermacam-macam. Apa yang terpenting ialah mencari keredaan Allah SWT. Dalam surah al-Lail juga diterangkan bahawa amalan-amalan yang dikerjakan dengan tulus ikhlas demi mencari keredaan Allah SWT akan membawa kebahagiaan di akhirat.

Apatah lagi, jika yang dilaksanakan itu adalah satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh semua umat Islam yang cukup syarat-syaratnya seperti tanggungjawab melaksanakan ibadat zakat.

Zakat selain dilihat sebagai satu perlaksanaan perintah Allah, tujuan utama ibadat itu adalah membantu umat Islam lain yang memerlukan.

Sudah menjadi lumrah, manusia di atas muka bumi ini dianugerahkan dengan nikmat yang berbeza-beza seperti kesenangan, kesusahan, kekayaan dan kemiskinan.

Justeru, ibadat zakat yang diwajibkan merupakan pembahagian harta kekayaan yang dimiliki oleh golongan kaya kepada yang miskin mengikut peraturan yang ditetapkan syarak.

Menerusi cara itu, semua golongan manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah.

Bahkan, ibadat zakat juga merupakan satu bentuk hubungan individu dengan Allah dan hubungan sesama manusia.

Seperti juga dengan amalan berinfak atau bersedekah pada jalan Allah yang diumpamakan melabur saham di dunia yang akan dinikmati suatu hari kelak.

Hakikatnya, ini bukannya kenyataan kosong kerana Allahtelah berjanji kepada setiap mereka yang melakukannya dengan penuh keikhlasan ganajaran yang dilipatgandakan.

Sebagaimana firman Allah SWT: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir. Pada tiap-tiap butir terdapat 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) Lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 261)

Seperkara lagi, jangan kita menutup hati dengan pemahaman pada sebahagian harta yang kita miliki adalah milik fakir dan miskin.

Lantas, seharusnya kita berikan yang menjadi hak mereka. Seperti firman Allah SWT: Dan pada harta-harta mereka terdapat hak untuk orang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian. (adz-Dzariyat: 19)

Semua saranan itu terungkai kemas menerusi program anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) iaitu Ziarah Asnaf Bersama Media dan Korporat atau Zikra yang masuk penganjuran kali keenamnya 7 Jun lalu.

Rombongan lebih 80 peserta dengan menaiki dua bas LZS menuju beberapa lokasi pilihan iaitu Pusat Dialisis di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam, Selangor; Kompleks Baitul Hasanah, Kampung Perepat, Klang, Selangor, diikuti ziarah ke rumah asnaf yang menerima rumah baru dan berakhir di Pangsapuri Barakah, Subang Bestari, Subang, Selangor dengan acara kemuncaknya penyerahan bantuan zakat kepada 10 penerima layak.

Mega, Utusan Malaysia sempat menemubual dua penghuni Pangsapuri Barakah Purnama, Subang Bestari, Selangor.

Yang pastinya, perumahan berkelompok untuk asnaf fakir dan miskin bukan sahaja selesa tetapi sekali gus satu kaedah bagi menangani masalah kemiskinan di bandar.

Pangsapuri Barakah itu istimewa kerana ia terletak dalam kawasan berpagar dan LZS mempunyai 100 unit rumah di situ yang disediakan khas buat asnaf fakir, miskin dan mualaf.

Syaratnya, penerima tidak mempunyai rumah, tanah dan tidak mampu menyewa.

Mereka duduk percuma tetapi tempoh menginapnya adalah sementara dan akan dipantau setiap enam bulan.

Bagi asnaf-asnaf yang berpotensi, pihak LZS akan menyediakan modal dan insentif untuk meningkatkan taraf hidup.

Selain itu, mereka ini juga disediakan segala bentuk bantuan yang sesuai dan layak diterima. Contohnya, pendidikan, sara hidup, makanan, perubatan, modal perniagaan.

Pangsapuri Barakah Purnama di Subang Bestarii adalah pangsapuri kelapan dan dikira terbaru. Sejumlah 180 unit rumah disediakan antaranya di Kajang, Klang, Sepang dan Puchong.

Manakala Pangsapuri Barakah Purnama menjadi penempatan terbesar asnaf iaitu sebanyak 100 unit rumah tersedia tetapi hanya 30 unit telah diduduki.

Pasangan Mohamad Nizam Jalil, 38, dan isterinya Azlina Mohd. Hasri, 36, mula menetap di pangsapuri ini sejak April 2010 bersama enam anak mereka yang berusia empat hingga 16 tahun selepas melalui satu proses temuduga oleh pihak LZS awal tahun yang sama.

"Memanglah kami tidak menyangka untuk layak tinggal sementara di sini. Pada awalnya tujuan kami ke LZS adalah memohon modal memulakan perniagaan selepas menjadi mangsa penipuan sindiket yang bertopengkan jualan langsung.

"Wang modal sebanyak RM30,000 yang dikeluarkan secara sedikit-sedikit lesap begitu sahaja.

"Pada masa itu, dengan anak keenam yang bakal lahir, empat anak yang masih bersekolah, serta bebanan sewaan rumah RM550 sebulan. Dahulu berkereta tetapi tinggal motosikal, anak-anak hidup senang tetapi semua itu hilang sekelip mata.

"Jadi, kami suami isteri sanggup menebalkan muka berjumpa pegawai LZS untuk memohon modal perniagaan.

"Apabila dikira-kira, pendapatan isi rumah RM600 sebulan, rupa-rupanya kami tergolong dalam asnaf miskin. Daripada situlah kami terima bantuan daripada LZS bermula dengan bantuan pendidikan, hari raya, bulanan dan makanan," katanya yang melakukan pelbagai pekerjaan demi untuk keluarga.

Pun begitu, akui Mohamad Nizam, nasib mereka yang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pada waktu itu sedikitpun tidak dikesali kerana yakin ada hikmah di sebaliknya.

"Tidak sekali-kali kami berniat menjadikan setiap sumbangan yang diterima ini sebagai satu keselesaan. Malah saya bertekad untuk keluar daripada terus menjadi asnaf atau terus hidup dengan meminta-minta.

"Saya sedang berusaha mengembangkan perniagaan. Saya berharap dengan modal yang cukup untuk membeli kenderaan, mungkin lebih banyak lokasi jualan yang dapat ditujui," ujarnya yang mensasarkan tempoh setahun dua ini untuk merealisasikan cita-cita itu.

Malah Azlina sempat mencelah, setelah bergelar asnaf barulah timbul kesedaran akan kewajipan berzakat kerana sebelum ini mereka agak alpa mengenai tuntutan tersebut.

Sementara itu, seorang lagi penghuni Pangsapuri Barakah Purnama, Amin Ooi Abdullah yang genap setahun menginap di situ bulan ini mengakui kehidupannya jauh lebih baik daripada sebelumnya.

"Saya paling bersyukur kerana LZS cukup efisien dan prihatin dengan golongan susah seperti kami ini. Malah yang paling saya dan isteri hargai adalah bantuan pendidikan untuk dua orang anak kami berusia 15 dan 12 tahun.

"Di mana anak pertama saya tergolong sebagai Orang Kelainan Upaya dan anak kedua, alhamdulillah seorang pelajar yang cemerlang.

"Sekurang-kurangnya dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan yang tidak berapa tetapi dengan adanya bantuan daripada LZS terutamanya rumah untuk kami berteduh serta bantuan saraan bulanan, ia adalah memadai untuk kami empat beranak," kata Amin yang memeluk Islam lebih 10 tahun lalu.

Oleh ZUARIDA MOHYIN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan